Anda di halaman 1dari 5

TEKS UCAPAN VIP

PROFESOR MADYA DR. CRYSTALE LIM SIEW YING

DEKAN FAKULTI SAINS GUNAAN UCSI

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG

SMK ORKID DESA (28 JUL 2023)

Yang berusaha En. Rossaidi bin Ngah, Pengetua SMK Orkid Desa

Yang dihormati Pn. R.K Shanti Latha a/p R. Krishnasamy, Penolong

Kanan Pentadbiran Smk Orkid Desa,

Yang dihormati, Pn. Salehah binti Ali, Penolong Kanan Hal Ehwal

Murid,

Yang dihormati En.Mohamad Sepian bin Osman, Penolong Kanan

Kokurikulum,

Yang dihormati Pn. Noorhayati bt Mustaffa, Penolong Kanan

Pendidikan Khas,

Barisan guru kanan mata pelajaran, Guru bimbingan dan kaunseling,

guru-guru, Ajk PIBG, ibu bapa dan penjaga yang dikasihi sekalian.
Terima kasih kepada pengerusi majlis. Terlebih dahulu saya ingin

merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada SMK Orkid Desa

kerana telah menjemput saya untuk menghadiri majlis ini. Saya

berasa amat terharu dan gembira kerana ini merupakan kali pertama

saya dapat bersama-sama meraikan murid-murid SMK Orkid Desa.

Majlis Anugerah Cemerlang merupakan satu majlis khas untuk

meraikan murid-murid yang telah membuktikan kecemerlangan

mereka dalam bidang akademik khususnya. Syabas dan tahniah saya

ucapkan kepada murid-murid cemerlang sekolah ini.

Hadirin sekalian,

Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada

barisan guru yang bertungkus lumus merealisasikan majlis ini. Tidak

dilupa, ucapan terima kasih atas kehadiran para ibu bapa pada hari ini.

Sesungguhnya kehadiran tuan puan sekalian mencerminkan

komitmen dan hubungan silaturahim yang baik antara ibu bapa dan

pihak sekolah. Saya percaya Majlis Anugerah Cemerlang pada hari

ini adalah selari dengan matlamat memberi dorongan dan


memotivasikan para murid agar terus berusaha untuk mencapai

kecemerlangan dalam semua bidang.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas

dan tahniah kepada murid-murid yang akan menerima hadiah sebentar

nanti atas pencapaian mereka dan diharapkan pencapaian

kecemerlangan tersebut tidak berakhir di sini sahaja. Teruskanlah

kecemerlangan itu setiap masa. Segala kejayaan ini tidak seharusnya

melekakan kita.

Hadirin sekalian,

Benar kita telah mencipta banyak kejayaan, tetapi ini tidak bermakna

bahawa kita boleh selesa berpeluk tubuh mengharapkan setiap

kejayaan yang dicipta pada masa lalu akan berulang dengan

sendirinya pada masa hadapan. Hakikatnya, kita sedang menghadapi

pelbagai cabaran baru yang menuntut supaya kita sentiasa meneroka

ilmu terkini, melakukan inovasi dan berusaha untuk melangkaui

sempadan kecemerlangan.
Kepada murid-murid yang tidak menerima hadiah, janganlah kecewa

tetapi ingatlah pesanan saya ini. Untuk menjadi seorang murid yang

cemerlang, kita harus mempunyai sikap rajin berusaha dan tidak

mudah berputus asa. Saya percaya murid-murid yang mendapat

anugerah pada hari ini merupakan mereka yang rajin berusaha dan

konsisten dalam usaha. Mereka yang cemerlang ini biasanya rajin

pada setiap hari dan bukannya rajin menjelang peperiksaan semata-

mata atau rajin mengikut musim. Semua murid mestilah mencontohi

sikap positif mereka ini. Saya percaya jika murid-murid dapat

mencontohi mereka yang menerima anugerah pada hari ini, anda juga

pasti akan memperolehi kejayaan pada tahun akan datang.

Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan sekali lagi

mengucapkan tahniah kepada semua warga sekolah terutamanya

murid-murid yang telah menempa kejayaan dalam bidang akademik.

Semoga kejayaan sentiasa mengiringi anda.


Saya dengan sukacitanya merasmikan, Majlis Anugerah Cemerlang

SMK Orkid Desa tahun 2023.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai