Anda di halaman 1dari 2

LEMBAGA PENGELOLA SEKOLAH

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) KULIM


d/a SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) KULIM
09000 KULIM KEDAH DARUL AMAN
TEL : 04-4905055
Ruj Kami : LPS.SJKTK.100/9/6/1(15)
Tarikh : 08 Jun 2023

Kepada Sesiapa Yang Berkenaan,

Tuan/Puan,

MEMOHON SUMBANGAN DANA SEMPENA PROGRAM HARI KANTIN SEKOLAH


SJK (T) KULIM TAHUN 2023

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah dengan kerjasama pihak Lembaga Pengelola
Sekolah SJK (T) Kulim akan menganjurkan Program Hari Kantin Sekolah pada ketetapan seperti
berikut:-

Tarikh : 08 Julai 2023


Masa : 8.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat : SJK (T) Kulim

3. Untuk makluman tuan/puan, tujuan utama program ini diadakan adalah untuk
mengumpulkan dana LPS bagi menyalurkan bantuan sekolah kepada murid-murid yang tidak
berkemampuan untuk membeli peralatan persekolahan seperti beg sekolah, pakaian seragam/
uniform sekolah, alat tulis dan buku nota.

4. Sehubungan itu, pihak kami dengan rendah hati ingin memohon sumbangan wang tunai/
cek daripada pihak tuan/puan bagi menaja gerai jualan pada Hari Kantin tersebut. Sumbangan
tuan/puan bolehlah disalurkan melalui akaun LEMBAGA PENGELOLA SEKOLAH,SEKOLAH
JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) KULIM seperti berikut:

Nama Penerima : LEMBAGA PENGELOLA SEKOLAH SJK (T) KULIM


Nama Bank : RHB BANK BERHAD
No. Akaun : 20203200046646

5. Semoga dengan sumbangan tuan/puan ini, dapatlah Program Hari Kantin ini berjalan
dengan lancar dan lebih meriah. Kerjasama dan perhatian tuan/puan kami dahului dengan jutaan
terima kasih.

Sekian.

Yang benar,

……………………………….
PANNIRSELVAN A/L NARAYANASAMY
PENGERUSI
LEMBAGA PENGELOLA SEKOLAH
PENDAPATAN HARI KANTIN
TUJUAN
Sekolah berusaha dengan kerjasama Lembaga Pengelola Sekolah dan PIBG untuk mengumpul dana bagi
membaik pulih bilik darjah tahun 1 dan berusaha untuk mengadakan kelas latihan kemahiran untuk murid-
murid yang tidak menguasai Tahap penguasaan bacaan dan tulisan.

AKTIVITI
1. Membaik pulih semua bilik darjah yang rosak dan memasang kipas tambahan dalam
semua bilik darjah.
2. Sekolah memerlukan bilik tambahan untuk membawa sesi sekolah kepada1 sesi pada
tahun 2024/2025.
3. Menyediakan bilik dan peralatan untuk menjalankan kelas kemahiran kepada murid-
murid yang tidak menguasai kemahiran bacaan dan tulisan.
i) Kelas pendawaian
ii) Kelas membaik pulih basikal
iii) Kelas memasak biskut/kek
iv) Kelas Jahitan
v)
4. Usaha murni Lembaga Pengelola Sekolah dan PIBG ini akan dapat membantu pihak
sekoalh dalam usaha mengubah aluan kehidupan murid B40 ini.

GAMBAR-GAMBAR YANG BERKAITAN DENGAN USAHA MURNI INI.

BILIK DARJAH TAHUN 3 BILIK LATIHAN KEMAHIRAN

Anda mungkin juga menyukai