Anda di halaman 1dari 1

KARANGAN TENTANG KELEBIHAN PERGI

BERKELAH
Aktiviti berkelah merupakan aktiviti bersantai di sesuatu kawasan bersama –sama
keluarga.Biasanya,amalan murni ini dilakukan di tepi pantai,tepi sungai dan di kawasan air
terjun.Jadi,amalan ini membawa pelbagai manfaat kepada keluarga apabila dilakukan secara
kerap.

Faedah melakukan amalan berkelah ini iailah aktiviti ini dapat merapatkan hubungan
sesama ahli keluarga.hubungan ahli keluarga menjadi intim kerana setiap anggota akan
ditugaskan untuk melakukan sesuatu aktiviti ketika berkelah seperti menguruskan bekalan
makanan.Sudah pasti interaksi akan berlaku sesama ahli keluarga ketika berusaha memastikan
amalan ini berjaya.

Selain itu,minda setiap ahli keluarga akn menjadi tenang apabila menyertai aktiviti
berkelah itu.Ketenangan jiwa diperoleh kerana kawasan berkelah begitu sunyi,cantik dan
dipenuhi dengan keindahan alam sekitar itu.Akibatnya,jiwa setiap ahli keluarga lebih tenang
untuk mengharungi cabaran hidup itu.

Tambahan pula, setiap ahli keluarga dapat mengenali ahli keluarga yang lain menerusi
amalan ini.Banyak kejadian atau peristiwa akan berlaku ketika berkelah itu yang memberi
pengalaman kepada setiap ahli keluarga.Sesungguhnya,ahli keluarga itu akan lebih
memahami dan tidak terjebak dalam pergaduhan keluarga.

Kemudian,amalan berkelah juga menjamin masa hujung minggu keluarga itu


dihabiskan secara berfaedah.Berkelah juga dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik dan
positif berbading dengan aktiviti lain yang boleh dilakukan itu.Maka,keluarga sebegini tidak
akan menghadapi pelbagai kemelut sosial yang melanda masyarakat.

Kesimpulannya,semua hujah tadi membuktikan amalan ini wajib dilakukan oleh setiap
keluarga di Malaysia.anak harus memberikan sokongan kepada ibu bapa dalam
melaksanakan amalan murni ini.Bak kata pepatah,” bersatu teguh bercerai roboh”.Hal ini
dapat membuktikan bahawa hubungan keluarga menjadi erat selepas amalan ini dilaksanakan.

Anda mungkin juga menyukai