Anda di halaman 1dari 191

TAJUK / GENRE 2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018 2019

1. Pantun Budi Bincangkan Gambaran masyarakat /


Pantun Nasihat
Pantun Kasih Sayang

Pantun Agama
2. Syair Ikan Terubuk

3. Gurindam Norma-norma Yang Baik Dlm Perhubungan / Bincangkan nilai yg menjamin kerukunan R.T
Gurindam Taat Setia Kepada Raja

4. Seloka Pak Pandir /Bincangkan aspek keindahan/Tafsiran sikap


5. Talibun Keindahan dan Kemakmuran Negeri Jelaskan ciri / Bincangkan gambaran tentang negeri (2016)
6. Teromba Adat Bincangkan maksud setiap rangkap /

7. Mantera Ulik Mayang Maksud, gaya bahasa, nilai masyarakat(2012)


Jelaskan unsur gaya bahasa/ Bincangkan aspek pemikiran (2018)

8. Mantera Menduduki Rumah Baru / Bincangkan pokok pemikiran masyarakat

TAJUK / GENRE 2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018 2019

1. Pertemuan di Hyde Park – Adi Badiozaman Tuah Bincangkan persoalan/ Jelaskan kesan gaya bahasa /

2. Pernahkah Engkau Mentafsir Kedamaian – Baha Zain / Huraikan unsur perulangan/Kesan/Bincang sikap manusia
3. Di Titian Kemerdekaan – Dharmawijaya /Huraikan Gaya. B/Bincang mesej penyajak

4. Aku Tidak Mahu Lagi - T. Alias Taib Huraikan unsur perulangan/ Bincangkan harapan (2017)

5. Keris Itu Masih di Tanganmu – Ahmad Sarju Bincangkan Mesej /

6. Menyongsong Arus – Kemala Huraikan gaya bahasa/Bincangkan harapan penyair

7. Pahlawan Ialah Dia – Abdul Ghafar Ibrahim


8. Seorang Jemaah – A. Wahab Ali Huraikan Pemikiran/ Jelaskan Gambaran kehidupan (2016)

1
Kesusasteraan Melayu Tradisional

Pengertian Kesusasteraan Melayu Tradisional


Menurut Profesor Ismail Hussein;
kesusasteraan Melayu tradisional adalah semua gejala kesusasteraan yang
berbentuk lisan atau bertulis tetapi tidak bercetak.

Berdasarkan pernyataan di atas, amat jelas kepada kita bahawa kesusasteraan Melayu tradisional
merupakan satu wacana yang luas dan terdiri daripada berbagai-bagai bentuk dan sifat. Pengkaji
kesusasteraan Melayu membahagikan kesusasteraa Melayu tradisional kepada dua golongan yang
utama iaitu Kesusasteraan Lisan dan Kesusasteraan Tulisan

Kesusasteraan lisan (tradisi lisan) lahir di kalangan masyarakat Melayu yang lazimnya terdiri daripada
kaum tani dan nelayan. Mereka ini tinggal di kawasan yang jauh di pedalaman, desa-desa dan pinggir
pantai. Pada waktu tersebut sistem tulisan belum lagi muncul dan masyarakat lazimnya buta huruf.
Walaupun tidak menguasai sistem tulisan, daya kreativiti mereka dalam bidang kesusasteraan tidak pula
mati begitu sahaja. Sebaliknya ia dikembangkan melalui pertuturan atau penceritaan secara lisan. Atas
sebab itulah hasil-hasil keusasteraan yang dicipta oleh kelompok ini disebut sebagai kesusasteraan lisan
kerana penyampaian cerita secara lisan. Kesusasteraan lisan dikenali juga sebagai kesusasteraan rakyat.

Kesusasteraan tulisan (tradisi tulisan) muncul apabila orang Melayu mula menerima pengaruh luar.
Pengaruh luar yang awal menyerap ke dalam kebudayaan Melayu adalah pengaruh India. Melalui
kemasukan pengaruh India, orang Melayu diperkenalkan dengan sistem tulisan. Walau bagaimanapun,
sistem tulisan ini tidak meluas dan akhirnya pupus. Kedatangan agama Islam ke alam Melayu membuka
satu lembaran baru dalam kamus kesusasteraan Melayu. Agama Islam muncul bersama-sama dengan
sistem tulisan yang lengkap bersumberkan al-Quran sebagai kitab suci orang Islam. Sistem tulisan Arab-
Islam ini kemudiannya disesuaikan dengan sebutan dalam bahasa Melayu. Orang Melayu kini
mempunyai sistem tulisan yang dinamakan tulisan Jawi. Tradisi tulisan lebih condong kepada istana
menjadikan istana sebagai pusat penyebaran ilmu pada masa itu. Di istanalah lahirnya tokoh-tokoh
sasterawan Melayu tradisional yang menghasilkan karya sama ada yang asli ataupun salinan semula
kerana pada masa itu mesin cetak belum wujud.

Semua hasil karya ini sama ada lisan atau bertulis merupakan satu dokumen penting yang merakamkan
segala perihal kehidupan masyarakat Melayu tradisional. Ia adalah himpunan daya kreativiti masyarakat
Melayu tradisional yang menyerlahkan daya fikir, akal budi, sentuhan jiwa, cita rasa, jati diri dan
kebijaksanaan masyarakat Melayu (Mutiara Sastera Melayu Tradisional 2003:xiv). Sebagai
kesimpulannya, sebagaimana yang dinyatakan oleh Harun Mat Piah kesusasteraan Melayu tradisional
merujuk kepada karya yang mempunyai ciri-ciri seperti:

1. Bersifat kolektif dan dianggap sebagai milik bersama masyarakat. Hasil karya bersifat feudal
3. Karya yang terbatas pencipta dan khalayak
4. Dihasilkan sebelum 1800. Bersifat fungsional dan pelbagai genre
5. Perkembangan kesusasteraan Melayu tradisional tidak dibatasi oleh zaman, tarikh dan waktu.
6. Gaya bahasa berbeza daripada gaya bahasa kini
7. Hasil karya mempunyai nilai tersendiri kepada masyarakat yang mewarisinya.
8. Bentuk dan cirinya menjadi tradisi yang mantap
9. Persoalan yang dibawa oleh karya tersebut mempunyai struktur formal yang terikat.
10. Hasil karya yang bersifat statis kerana tidak memperlihatkan keragaman tema dalam sesuatu
genre

2
TEKNIK MENJAWAB PUISI KLASIK (TRADISIONAL) / PUISI MODEN (SAJAK)
Cara Menjawab
1. Fakta
2. Huraian / Perbincangan
3. Contoh puisi
4. Kesan /Ulasan - Jika maka / Kepentingan
5. Kesimpulan Kecil

* bergantung kepada kehendak soalan


Jika soalan huraian – Bagi ayat huraian/ ulasan
Jika soalan bincangkan – Bagi ayat bincang iaitu ayat pro atau ayat kontra
Jika soalan sejauhmana / ulaskan / jelaskan – Bagi ayat ulasan / penjelasan
Jika soalan setujukah anda. Perlu menjawab Ya atau Tidak. Kemudian baru hurai

Pendahuluan (3m)
Umum
Pantun merupakan puisi Melayu asli yang tertua dan paling popular. Pantun bermaksud tersusun, sopan,
teratur, bersistematik dalam usaha melahirkan sesuatu maksud, pemikiran, idea dan gagasan. Pantun
bersifat terikat dan digunakan sebagai hiburan, memberi nasihat dan pengajaran . (3 huraian yang tepat
tentang pantun– 3 M)

Khusus Kepada Teks Yang Dikaji


(Berikan tema, peranan, ambil 2 fakta dari kehendak soalan)
Pantun Budi membawa tema berbudi dan menghargai budi. Pantun ini berfungsi untuk memberi
pengajaran dan nasihat kepada masyarakat. Antara pemikiran yang terkandung di dalam puisi ialah
masyarakat yang menghargai budi, menghormati budi dan menabur budi. (3 huraian yang tepat tentang
pantun– 3 M)

3
Contoh Menjawab Tema
Pantun ini bertemakan amalan atau nasihat kepada golongan muda mudi tentang FAKTA
cara/adab apabila bergaul dan menyesuaikan diri dengan orang-orang yang berada
disekeliling mereka. Pergaulan yang baik dapat membantu golongan muda menyesuaikan HURAIAN
diri di tempat orang atau dalam sesuatu situasi. Jika mereka bersikap sombong dengan
orang lain maka, mereka akan dibenci dan dijauhi. Contoh nasihat jangan meninggi diri PRO/KON
pada rangkap yang kedua seperti di bawah:- ULASAN
Burung tiung terbang tinggi,
Burung merpati mencari sarang; CONTOH
Kalau sombong meninggi diri,
Ke mana pergi dibenci orang. KESAN /K.KECIL

Oleh itu, nilai / abad yang baik seperti merendah diri perlu ada dalam diri golongan muda
mudi agar dihormati dan disanjungi oleh orang lain.

Dari aspek strukturnya, teknik penulisan, bentuk pantun terdiri dari puisi terikat
Dari segi rangkap. Pantun mempunyai rangkap-rangkap yang berasingan dan terbina FAKTA
daripada baris-baris yang sejajar dan berpasangan seperti 2, 4, 6 sehingga 16. Namun,
pantun di atas mengandungi 3 rangkap. Setiap rangkap mempunyai empat baris serangkap HURAIAN
( quatrain ) atau pantun empat kerat yang terbina dalam baris-baris yang sejajar dan
berpasangan. Hal ini dapat dilihat pada baris….., rangkap …… seperti contoh dibawah:- ULASAN

Pisang emas dibawa belayar,


CONTOH
Masak sebiji di atas peti, (Rangkap 1)
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.

Kesan / Kepentingan – agar mesej yang disampaikan jelas dan sedap merdu didengar.
Kesan / Kepentingan agar - mengindahkan lagi irama dan bunyi. KESAN /K.KECIL
Kesan / Kepentingan agar – memerdukan intonansi dan bunyi.
Kesan: Untuk menimbulkan kemerduan bunyi /agar dapat menimbulkan keserasian bunyi dan
makna./agar meningkatkan nilai estatika dari segi bunyi dan rima.

Contoh Menjawab Ulasan Pembayang


Rangkap pertama pembayang pantun wujud pada baris pertama yang mengungkapkan ayat
berkaitan kegiatan masyarakat melayu yang suka menanam pokok hiasan. Pokok tersebut FAKTA
menjadi hiasan kerana pokok bunga itu ditanam di dalam sebuah pasu. Kesesuaian
pembayang ini dilihat dari aspek rima akhir baris pantun sahaja iaitu perkataan “pasu” dapat HURAIAN
di sesuaikan dengan perkataan “nafsu”. Kesannya untuk menimbulkan keindahan
pengucapan. Kita mungkin boleh menanam bunga di mana-mana tempat asalkan di atas KESAN /K.KECIL
tanah, tetapi mungkin kurang sesuai kerana ia mungkin tidak mampu menghias sesuatu
tempat. Sedangkan menanam bunga di dalam sebuah pasu mampu menjadikan bunga yang
ditanam itu menghiasa sesuatu tempat dan mudah alih sifatnya. Hal ini jelas dilihat pada ULASAN
rangkap___baris___seperti di bawah:-
Beri puisi…… CONTOH

4
Contoh Menjawab Gaya bahasa / Nilai estatika FAKTA HURAIAN

Pengulangan bunyi konsonan dalam baris tertentu. Pengulangan bunyi ini dikenali juga
sebagai aliterasi. Menerusi puisi di atas, penyair mengulangi bunyi konsonan “n” sebanyak ULASAN
5 kali. Kesannya ialah ia dapat menimbulkan kekerasan/ kelantangan bunyi, menyedapkan
sebutan, kelembutan @ kemerduan bunyi perkataan dan sekali gus ayat yang digunakan. KESAN /K.KECIL
Contoh :-
Hancur badan dikandung tanah, CONTOH

Personifikasi juga digunakan di dalam puisi ini. Ia merupakan unsur pengorangan iaitu memberikan
sifat-sifat yang dimiliki oleh manusia kepada sesuatu objek / perkara / haiwan. Pengarang menggunakan
perkataan selawat bagi seekor ayam walhal pada zahirnya perkataan itu digunakan kepada manusia .
Kesannya adalah untuk memberi penekanan pada sesuatu perkara yang ingin disampaikan,
memberikan gambaran kehidupan yang lebih jelas, menghidupkan pengucapan dan menggerakkan
imaginasi pembaca @ menimbulkan pengucapan yang puitis. Contohnya :-

Menderu selawat ibu ayam (R:1, B9)

Contoh Menjawab Pemikiran Pantun


Nilai menyanguingi budi. Masyarakat Melayu mempunyai adat yang tinggi dalam FAKTA
menyangjungi dan menghorati orang yang berbudi. Nilai budi tidak boleh dibandingkan
dengan sebarang nilai harta dunia termasuk emas. Orang yang berbudi akan dipandang tinggi
HURAIAN
dalam masyarakat Melayu. Sesuai dengan ayat :-

Hutang emas boleh dibayar, (R1, B3)


Hutang budi dibawa mati. (R2, B4) CONTOH
Maka orang yang menerima budi tetap tidak akan mampu membayarnya sekalipun dengan
harta yang paling tinggi nilainya iaitu emas, namun mereka akan mengenang jasa orang yang ULASAN
berbudi sehingga mati. Oleh itu, nilai budi memang tidak dapat ditandingi kerana ia mampu
melahirkan insan yang mulia.
KESAN /K.KECIL

Contoh Menjawab Estetik / Keistimewaan Puisi. FAKTA


Estatika Bahasa atau dari sudut gaya bahasa. Aspek utama nilai estetik pantun ialah pemilihan diksi yang
tepat dan indah. Perkataan yang wujud dalam pantun sangat menepati maksud dan tujuan puisi dicipta.HURAIAN
Contohnya
Hancur badan dikandung tanah CONTOH
Budi yang baik dikenang juga

Perkataan “hancur badan” begitu tepat untuk memberi maksud seseorang yang sudah mati. ULASAN
Kematian itu pula digambarkan dengan jangka masa kematian yang sudah lama. Namun begitu
nama orang yang berbudi tetap akan dikenang. Oleh itu, penggunaan gaya bahasa yang indah
dan tepat penting bagi menimbulkan………… KESAN /K.KECIL

5
2. Estatika bentuk puisi. Keindahan bentuk dapat dilihat melalui rima akhir. Kesannya adalah untuk
menimbulkan kemerduan bunyi.
3. Keindahan juga dapat dilihat menerusi peranan puisi. Salah satu peranan puisi ialah cara
berkomunikasi.
4. Keindahan maksud puisi. Maksud puisi begitu indah dan mendalam maksudnya. Kefahaman
terhadap maksud dapat dirasa sehingga ke dalam sanubari hati pendengar.

Contoh Menjawab Gambaran Masyarakat FAKTA

Masyarakat yang menghargai / mengenang budi. Budi merupakan satu perkara yang amat HURAIAN
dititk beratkan di dalam adat dan budaya masyarakat Melayu. Peribahasa ada menyatakan
“orang berbudi, kita berbahasa, orang memberi, kita merasa”. Nilai ini dapat dikesan dalam
baris akhir pantun yang menyatakan budi yang ditabur akan dikenang sampai mati. Konsep ULASAN
menghargai budi ini memang wujud di dalam jati diri masyarakat Melayu silam sehingga kini.
Contohnya:-
CONTOH
Hutang budi dibawa mati.

Oleh itu, menghargai budi penting bagi menanam sikap jati diri yang baik dan menjadikan diri
kita dihargai.
KESAN /K.KECIL

Jikalau fakta masih belum cukup, pelajar boleh ambil menerusi pembayang pantun.

Masyarakat yang tinggal di tepi pantai. Melalui ketiga-tiga pembayang maksud pantun terdapat
gambaran bahawa pencipta pantun ini tinggal dalam persekitaran tepi pantai dan lautan. Ini dapat
digambarkan melalui pemilihan kata yang berkaitan dengan latar tempat berkenaan seperti “belayar”,
“pulau Pandan”, ”tanjung”, “kolek” dan gambaran suasana “air tenang” .

Contoh Menjawab Nilai, Pengajaran dan Mesej Pengarang


(ayat untuk nilai, pengajaran dan mesej berbeza)
Nilai Kemanusiaan
FAKTA
Manusia yang menyanjungi budi. Seeorang itu perlu meletakkan kedudukan budi pada
tempat yang tinggi dan tidak boleh dibandingkan nilainya dengan harta seperti emas.
Manusia hendaklah sedar bahawa budi itu tidak boleh dibayar. Setiap individu perlu
HURAIAN
menghargai pertolongan orang lain walau sekecil mana budi tersebut.Rangkap puisi
ketiga menggambarkan betapa seseorang yang pernah menerima budi akan sentiasa ULASAN
menjunjung budi. Contoh:-

Hati terkenang mulut menyebut CONTOH


Budi baik rasa nak junjung ( R:3, B:3 dan 4)

6
Nilai Keagamaan

Beriman kepada Tuhan. Setiap insan perlu mempunyai pegangan agama dan beriman kepada Tuhan.
Kita juga perlu percaya akan kekuasaanNya. Anak-anak perlu dididik dan disemai nilai-nilai keimanan
agar kehidupan mereka tidak terpesong daripada landasan kebenaran. Hal ini dapat dilihat menerusi
watak puteri puyu-puyu. Beliau telah berdoa dan memohon petunjuk dari Tuhan agar dapat
menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh beliau. Akhirnya doa beliau dimakbulkan. Contoh puisi yang
menunjukkan beliau memohon kepada Tuhan dpat dilihat pada rangkap……

Dengan berkat segala mulia,


Perkataan puteri terhentilah ia,
Belumlah sampai daya upaya
Tiada pertemuan apakan daya

Meskipun penceritaannya agak luar biasa namun sebagai seorang yang patuh kepada agama Islam, kita
hendaklah sentiasa berdoa kepada Tuhan demi kehidupan yang tenang dan harmoni. Berbaliklah
kepadaNya jika kita ditimpa masalah. Jika tuan puteri tidak memohon doa dan meminta petunjuk, maka
masalah beliau tidak dapat diselesaikan dan nescaya negerinya akan ditawan oleh Ikan Terubuk.

Nilai Kemasyarakatan

Masyarakat yang bersatu padu, berwaspada dan saling bekerjasama dalam mempertahankan tanah air.
Nilai bersatu padu, berwaspada dan saling bekerjasama dalam mempertahankan tanah air dari serangan
musuh perlu wujud di dalam diri agar negara akan sentiasa berada dalam keadaan aman dan sentosa.
Perasaan cinta akan tanah air mampu mewujudkan keserasian dalam membentuk budaya bersatu padu
dan bekerjasama. Oleh itu, penyajak menekankan sikap askar yang penuh rasa cinta kepada tanah air
saling bekerjasama dan sentiasa berwaspada dalam mempertahankan negara tercinta menerusi bait-
bait yang terdapat pada rangkap kedua seperti berikut:-

Dialah pahlawan yang mengumpulkan tenaga


siap sedia
atas nama negara yang tidak dibiarkan leka
Dialah pahlawan yang menghimpunkan setia
tahan uji
atas nama negara yang tak dibiarkan mati
Mereka sanggup mengorbankan diri dan keluarga demi mempertahankan negara tercinta. Kesannya
negara yang kita duduki senantiasa berada di dalam keamanan dan keharmonian tanpa boleh ditembusi
oleh pihak musuh.

Nilai Kepercayaan

Kepercayaan Animisme. Masyarakat melayu dahulu sangat mempercayai roh-roh leluhur mereka.
Mereka sering memuja semangat roh nenek moyang mereka apabila mereka menghadapi masalah
hidup. Menerusi syair di atas, puteri puyu-puyu memohn kepada roh nenek moyangnya untuk
membantu beliau menyelesaikan masalah yang melanda. Setelah bersuci dan berdoa, suasana bertukar
dan keajaiban berlaku. Akhir sekali puteri puyu-puyu hilang dari pandangan. Contohnya ayat “Dengan
berkat nenek moyangku” dan contoh peristiwa yang terdapat dalam rangkap tiga belas seperti di
bawah:-
Semua jawapan wajib beri contoh puisi
7
Contoh Menjawab Intuisi (khusus untuk sajak)
Gabungan nada dan mesej pengarang untuk fakta. Contoh
Penyajak dengan perasaan sedih, pilu, geram menekankan bahawa dia peperangan hanya akan
membawa kepada kemusnahkan. Beri huraian macam jawapan mesej pengarang / pengajaran / nilai

Contoh Menjawab Peranan / Fungsi / Kepentingan dan kedudukan pantun dalam


masyarakat Melayu
Pantun memang penting dan bertindak sebagai hiburan dalam kehidupan masyarakat Melayu.
FAKTA
Menurut Harun Mat Piah pantun berfungsi sebagai hiburan dalam kehidupan masyarakat
Melayu dan pantun bergantung kepada keseluruhan aktiviti kehidupan masyarakat Melayu
seperti upacara keraian, ulit mayang dan uapcara keagamaan dan perubatan. Malah HURAIAN
adakalanya pantun dinyanyikan atau dilagukan untuk tujuan bergurau senda, bermain-main,
usik-mengusik, dan menghibur hati. Menerusi pantun yang dikaji, jelas menunjukkan
penggunaan kata-kata yang menghiburkan seperti…………… Sambil memberi nasihat, pantun ini ULASAN
dilagukan agar menjadi lebih menarik dan semua golongan terhibur mendengarnya.
Contohnya,
KESAN /K.KECIL
Yang kurik kundi, Yang Merah saga
CONTOH
Yang baik budi , yang Indah bahasa

Pantun berperanan sebagai alat didaktik , iaitu memberikan panduan, nasihat, tunjuk ajar dan sindiran
atau kritikan secara halus kepada khalayak. Pantun juga berperanan sebagai gambaran masyarakat dari
segi politik, ekonomi dan sosial. Dalam pantun banyak terselit mesej, sama ada berupa nasihat dan
pandangan yang menyentuh ketiga-tiga aspek tersebut. Walaupun ringkas, nasihat dan pandangan yang
diberikan kental dan padat. Sindiran dan kiasan yang diluahkan melalui pantun begitu tepat, tetapi
sangat sopan. Sebagai contoh , melalui pantun budi khalayak beroleh panduan tentang keperluan aspek
budi dalam lapangan kehidupan. Isinya yang berperanan sebagai nasihat itu senang diterima kerana
kalimatnya disampaikan dalam bentuk puitis dan indah sekali.

Hati terkenang , mulut menyebut


Budi yang baik rasa nak junjung

Contoh Menjawab Kepentingan Karya Dalam Konteks Sarwajagat


Masyarakat Melayu yang kreatif dan tajam akal fikiran.
Memberi gambaran world-view / budaya masyarakat Melayu

(Fakta yang umum dan boleh diguna untuk semua puisi. Fakta khusus mengikut puisi seperti di
bawah)

Menunjukkan adab masyarakat Melayu yang tidak suka perbuatan sombong dan tinggi diri. Perbuatan
sombong adalah amalan yang tidak baik. Perbuatan itu mungkin menjerumuskan seseorang itu tidak
bercampur gaul dengan masyarakat. Hidup ahli masyarakat tersebut akan diibaratkan seperti melukut di
tepi gantang, ibarat kera sumbang dan ibarat katak di bawah tempurung. Ahli masyarakat lain akan
salah tanggap dan sering memperkatakan keburukan rakan yang sombong itu. Hal ini akan
menambahkan dosa dan konflik sesama ahli masyarakat. Contoh:-
8
BAB 1
PUISI TRADISIONAL
PANTUN
Pantun yang dikatakan khazanah Melayu asli yang tertua dan paling popular. Pantun membawa maksud
bentuk yang cukup tersusun, sopan, teratur, bersistematik dalam usaha melahirkan sesuatu maksud,
pemikiran, idea dan gagasan. Ia berasal daripada perkataan nusantara seperti tun( Sunda), tuntun
(Pampanga),tonton (Tagalog), atuntun (Jawa Kuno) . Pantun bersifat terikat. Ia digunakan sebagai
hiburan, memberi nasihat dan pengajaran secara halus tanpa menyinggung perasaan seseorang, dalam
adat, keagamaan dan majlis tertentu. Ia juga menjadi alat komunikasi dan cerminan masyarakat
setempat dan bersifat universal.

Pantun dapat dilihat melalui dua aspek iaitu dalaman dan luaran. Aspek dalaman dapat dilihat menerusi
nilai estatik yang berkaitan dengan penggunaan lambang-lambang tertentu dan makna atau maksud
pantun yang disampaikan mengikut ketegori pantun seperti pantun kanak-kanak untuk memberi nasihat
dan panduan kepada kanak-kanak.

Penjenisan pantun berdasarkan bentuk dan strukturnya yang tetap. Setiap barisnya mempunyai antara
lapan hingga sepuluh suku kata yang sesuai dengan pernafasan normal, dan mempunyai antara empat
hingga lima perkataan. Setiap pantun mempunyai rangkap-rangkap yang berlainan. Maksudnya berdiri
sendiri (kecuali pantun berkait), dan setiap rangkap membawa persoalan yang sempurna. Contohnya:

Kuplet pembayang
Sapu tangan berkaki merah,
kakinya diletak dalam perahu,

Kuplet maksud
Luka di tangan berdarah merah,
Luka di hati tak dapat nak tahu.

Oleh itu, istilah-istilah yang merujuk kepada jenis-jenis pantun, seperti “pantun kanak-kanak”, “pantun
kasih-sayang”, “pantun budi” dan sebagainya bukanlah tergolong sebagai jenis tetapi lebih jelas sebagai
pengelasan tema yang boleh berubah-ubah menurut tafsiran dan penumpuan pengkaji. Bagi setiap baris
pantun ada jeda di dalamnya. Pantun-pantun ini memiliki gaya bahasa dan lambang yang sesuai dengan
norma dan nilai masyarakat setempat. Terdapat juga pantun-pantun yang pembayangnya mempunyai
hubungan dengan maksudnya. Pantun sebagai milik semua lapisan masyarakat, mampu membawa
berbagai-bagai tema, persoalan dan mesej. Contohnya:

Pantun Budi

Bunga Cina di atas batu,


Jatuh daunnya ke dalam ruang,
Adat dunia memang begitu,
Sebab emas budi terbuang.

9
Kedudukan / Fungsi / Peranan pantun dalam masyarakat tradisional

Pantun memang penting dalam kehidupan masyarakat Melayu. Menurut Harun Mat Piah pantun
berfungsi sebagai hiburan dalam kehidupan masyarakat Melayu dan pantun bergantung kepada
keseluruhan aktiviti kehidupan masyarakat Melayu seperti upacara keraian, ulit mayang dan uapcara
keagamaan dan perubatan. Kedudukan pantun dalam masyarakat Melayu Tradisional adalah seperti
berikut :-

1. Hak milik Melayu asli atau tulen berbanding syair yang merupakan puisi saduran dari Arab,
seloka dari India dan Rubai dari Parsi. Puisi Melayu tertua, buktinya terdapat dalam Sejarah
Melayu ceritera ke – 27 –Shellabear, halaman 176 – 178 dan beberapa karya yang lain.

2. Ia juga dianggap sebagai alat untuk mendapat gambaran masyarakat, minda dan pemikiran
masyarakat Melayu, world-view, harapan, cita-cita, daya estetik dan perspektif mereka
seluruhnya. Ibu-ibu yang menidurkan anak selalunya menyanyikan lagu yang menggambarkan
bentuk pantun. Anaknya mungkin dibuai oleh lagu-lagu merdu yang mengandungi rima-rima
yang menarik hasil daripada kepandaian manusia mencipta puisi. Suasana masyarakat yang
rapat dengan pantun menjadikan pantun sebahagian daipada asam garam dalam masyarakat
lama. Tanpa puisi tersebut, hambarlah kehidupan masyarakat yang dahagakan hiburan dan
sumber-sumber seni yang lain yang dipancarkan oleh pantun.

Anak dara pergi ke judah,


Sampai di judah berperi-peri;
Menjual suara bukannya mudah,
Hendak mencari nafkah sendiri.
Atau
Sang kancil binatang liar
Liar lagi si anak rusa
Rusa ditembak pegawal raja
Lalu dibawa ke dalam kota
Waktu kecil tak mahu belajar
Semasa muda membuang masa
Sudah dewasa malas bekerja
Bila dah tua hidup menderita

3. Sebagai alat menguji ketajaman akal dan kehalusan perasaan seperti pantun teka-teki, pantun
peribahasa dan pantun yang terdapat dalam puisi adat atau teromba. Pantun mempunyai
kepelbagaian bentuk, ada yang selapis, berkait dua kerat , empat kerat, lapan kerat dan
seterusnya.Berbanding dengan puisi lain, pantun popular di semua lapisan masyarakat. Ianya
terkenal dalam kalangan orang tua, remaja dan kanak-kanak. Pantun juga mempunyai maksud
dan unsur-unsur yang tersirat, secara halus dan lebih berkesan untuk memberi pengajaran
tanpa menyentuh perasaan seseorang.

4. Pantun juga bersifat komunikatif. Digunakan dalam aktiviti masyarakat seperti dalam kegiatan
seni, keagamaan, dan adat istiadat.Contoh pantun digunakan dalam adat meminang. Pancaran
nilai budaya Melayu lebih terserlah di dalam pantun, berbanding dengan puisi yang lain. Pantun
juga boleh digunakan sebagai alat komunikasi yang bertaraf tinggi seperti dalam upacara adat
seperti adat meminang. Pantun yang dilafazkan dalam upacara ini menjadi salah satu bentuk
komunikasi orang Melayu yang begitu bersopan kerana orang Melayu tidak akan berkomunikasi
secara terang-terangan kerana dikhuatiri akan menyinggung perasaan orang yang dilawan
berkomunikasi.

10
Berkokok ayam dari hulu,
Ditangkap budak sedang berlari;
Angin memukul gelombang memalu,
Sebab berhajat kita ke mari.
Atau
Laksamana berbaju besi
Masuk ke hutan melanda-landa
Hukum berdiri dengan saksi
Adat berdiri dengan tanda.

6. Pantun juga memainkan peranan sebagai penyampai maksud atau curahan rasa hati,
terutama di kalangan orang-orang muda yang sedangkan berkasih-kasihan. Contohnya melalui
pantun kasih. Setiap kata yang bakal disampaikan akan disusun dengan penuh indah dan
menarik hati orang yang akan dilawan berbicara. Pantun dalam jenis ini sungguh mengasyikkan.
Contoh:-
Kalau tuan mudik ke hulu
Belikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu syurga

7. Seterusnya, sebagai alat komunikasi untuk menyampaikan isi hati dan hajat, seperti
sanjungan, pemujaan dan ucapan selamat kepada seseorang dalam sesuatu upacara atau
majlis rasmi. Pantun disisipkan juga dalam sebarang ucapan, sama ada sebagai memulakan
ucapan atau sebagai penutup sesuatu ucapan. Isi pantun pada bahagian pembukaan dilukiskan
sebagai kata alu-aluan atau penghargaan, sama ada kepada pendengar atau kepada penganjur.
Pada bahagian penutupnya pula, isinya biasa berkisar tentang harapan, puji-pujian, kemaafan
dan sebagainya seperti yang terlihat pada pantun dibawah:-

Kalau ada sumur di ladang,


Boleh kita menumpang mandi;
Kalau ada umur pamjamg,
Boleh kita berjumpa lagi.

8. Pertama, sebagai alat hiburan. Pantun memainkan peranan yang penting dalam
kehidupan masyarakat Melayu tradisional. Peranan pantun antara lain adalah sebagai alat
hiburan, malah dinyanyikan atau dilagukan untuk tujuan bergurau senda, bermain-main,
usik-mengusik, dan menghibur hati. Pantun juga berfungsi sebagai alat hiburan dan jenaka serta
gurau senda bagi memeriahkan majlis atau penghibur setelah penat bekerja dan melakukan
aktiviti harian. Antara pantun yang popular termasuklah pantun jenaka, pantun dua kerat dan
pantun teka-teki. Contohnya,

Yang kurik kundi, Yang Merah saga


Yang baik budi , yang Indah bahasa
Atau
Ambil segulung rotan sega,
Sudah diambil mari diurut;
Duduk termenung harimau tua,
Melihat kambing mencabut janggut.

11
Unsur-unsur hiburan jelas disisipkan ke dalam baris ke tiga dan empat agar pendengar berasa
terhibur. Ibu-ibu yang menidurkan anak selalunya menyanyikan lagu yang menggambarkan
bentuk pantun. Anaknya mungkin dibuai oleh lagu-lagu merdu yang mengandungi rima-rima
yang menarik hasil daripada kepandaian manusia mencipta puisi. Suasana masyarakat yang
rapat dengan pantun me njadikan pantun sebahagian daipada asam garam dalam masyarakat
lama. Tanpa puisi tersebut, hambarlah kehidupan masyarakat yang dahagakan hiburan dan
sumber-sumber seni yang lain yang dipancarkan oleh pantun.

Buai tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Belum tumbuh gigi
Sudah pandai baca kitab

9. Selain itu ia juga bertindak sebagai alat pendidikan dan sindiran secara halus kepada golongan
tertentu. Pantun juga berperanan sebagai gambaran masyarakat dari segi politik, ekonomi dan
sosial. Dalam pantun banyak terselit mesej, sama ada berupa nasihat dan pandangan yang
menyentuh ketiga-tiga aspek tersebut. Walaupun ringkas, nasihat dan pandangan yang
diberikan kental dan padat. Sindiran dan kiasan yang diluahkan melalui pantun begitu tepat,
tetapi sangat sopan.

10. Akhir sekali, pantun berperanan sebagai alat didaktik, iaitu memberikan panduan, nasihat,
tunjuk ajar dan sindiran atau kritikan kepada khalayak. Sebagai contoh, melalui pantun budi
khalayak beroleh panduan tentang keperluan aspek budi dalam lapangan kehidupan. Isinya yang
berperanan sebagai nasihat itu senang diterima kerana kalimatnya disampaikan dalam bentuk
puitis dan indah sekali.

Tenang-tenang air di laut


Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang , mulut menyebut
Budi yang baik rasa nak junjung
Atau
Baik-baik mengail tenggiri
Takut terkena ikan parang
Baik-baik merendah diri
Jangan menjadi hamba orang.

Tegasnya di sini pantun menggambarkan cara berfikir dan nilai-nilai masyarakat Melayu tradisi. Melalui
pantun orang Melayu mengeluarkan rasa hati dan keluhan jiwa, seperti dalam bentuk kasih sayang,
cinta, suka duka, sindir menyindir dan berbagai-bagai perasaan hati mereka yang diungkapkan dalam
bahasa yang indah dan menarik. Dalam pantun juga kita akan dapat melihat akan keindahan atau estetik
masyarakat Melayu itu sendiri kerana sikap orang Melayu yang tidak suka bercakap secara berterus
terang. Misalnya melalui pantun kias ibarat. Melalui pantun seperti ini orang Melayu sendiri telah dilatih
supaya berfikir secara tinggi. Orang yang tidak boleh berfikir secara mendalam sudah pasti tidak akan
dapat mengesan maksud yang disampaikan

12
Ciri-ciri ( dikenali juga sebagai bentuk / teknik penulisan )kelebihan pantun

Pantun dapat dilihat melalui dua aspek iaitu dalaman dan luaran. Aspek dalaman berkaitan dengan tema
dan persoalan, manakala aspek luaran dapat dilihat melalui struktur dan ciri-ciri visualnya.Tema dan
persoalan pantun boleh dikelaskan kepada babarapa bahagian seperti pantun kanak-kanak, pantun
nasihat, pantun budi dan pantun naratif.

Dari aspek strukturnya (bentuk / teknik penulisan), pantun terdiri dari puisi terikat :

1. Pantun mempunyai rangkap-rangkap yang berasingan. Setiap rangkapnya terbina


daripada baris-baris yang sejajar dan berpasangan seperti 2,4,6 sehingga 16. Rangkap pantun
yang paling umum ialah yang mempunyai empat baris serangkap. Pembentukan rangkap
berdasarkan baris ini telah menjeniskan pantun Melayu iaitu pantun dua kerat (pameo/kilat),
pantun empat, pantun enam kerat dan seterusnya hingga ke pantun enam belas kerat.Terdapat
juga pantun yang wujud secara berkait yang dinamakan pantun berkait dan biasanya dalam
bentuk empat kerat.

2. Setiap baris mengandungi kata dasar antara empat hingga lima patah perkataan, dengan
jumlah suku kata antara lapan hingga dua belas. Yang biasanya ialah lapan hingga sepuluh suku
kata dalam sebaris.

3. Pembayang maksud dan maksud. Pantun mempunyai pembayang maksud dan maksud. Setiap
stanza atau rangkap pantun mempunyai unit atau kuplet iaitu unit atau kuplet pembayang atau
sampiran (separuh jumlah baris pertama) dan unit maksud (separuh jumlah baris bahagian
kedua). Dengan kata lain 2 baris yang pertama adalah pembayang ( sampiran ) dan 2 baris yang
kedua adalah maksud.

4. Mempunyai skema rima hujung yang tetap iaitu a-b,a-b bagi pantun empat kerat iaitu bunyi
rima akhir baris pertama sama dengan baris ketiga dan rima akhir baris kedua sama dengan
baris keempat, a-b-c, a-b-c bagi pantun enam kerat (dan seterusnya), dan a-a bagi pantun dua
kerat. Menurut Abdul Halim dalam kertas kerja “Pemantapan Pantun” terdapat satu lagi bentuk
iaitu “Pantun Samarima”. Pantun Samarima ini bermaksud rimanya yang sama untuk semua
perkataan yang sejajar dan sepasang dengannya. Contoh:-

Perulangan rima pada setiap perkataan dalam pasangan iaitu baris 1 dan 3, baris 2 dan 4

Buah langsat kuning mencelah,


Senduduk tidak berbunga lagi;
Sudah dapat gading bertuah,
Tanduk tidak berguna lagi.

5. Setiap rangkap pantun merupakan satu keseluruhan, iaitu mengandungi satu fikiran yang
bulat dan lengkap yang dapat dikesan melalui maksud pantun dalam rangkap tersebut.
Contoh huraian :

Buah langsat kuning mencelah,


Senduduk tidak berbuah lagi;
Sudah dapat gading bertuah,
Tanduk tidak berguna lagi.

13
Dari aspek visual (dalaman pantun) :

1. Penggunaan lambang-lambang tertentu yang terdapat dalam pantun mengikut tanggapan


dan pandangan dunia masyarakat Melayu

2. Hubungan makna antara pasangan pembayang dengan pasangan maksud sama ada secara
konkrit atau abstrak.

Wujudnya pembayang dan maksud yang tiada dalam puisi yang lain. Pembayang atau
sampiran yang digunakan lebih kepada unsur-unsur alam dan persekitaran orang yang
menciptanya. Contoh jika berada di laut, pembayang yang digunakan berkisar tentang ombak,
pulau, laut, ikan dan sampan. Menurut Zaaba ia dianggap sebagai kulit pantun sebagai
persediaan untuk orang mendengar isi yang ingin disampaikan.

Maka di sini terpancarlah unsur-unsur falsafah kehidupan manusia yang diasionasikan dengan
kehidupan haiwan dan tumbuh-tumbuhan serta fenomena alam yang lain. Kedua-dua baris ini
Stanza kedua pula menerangkan maksud pantun dan mengandungi tema dan persoalan yang
ingin disampaikan. Contoh pantun budi empat kerat.

Pulau Pandan jauh ke tengah


Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang juga.

3. Rima di tengah atau jeda ditekankan di dalam pantun. Jeda ini juga tidak terdapat dalam
puisi yang lain. Jeda bagi pembayang pertama sama dengan maksud pada bait yang ketiga
manakala jeda di pembayang yang kedua sama dengan jeda di masud yang akhir. Hal ini adalah
untuk menjadikan nilai pantun lebih indah dan kreatif. Contoh pantun kanak-kanak ini :-

Buah cempedak di luar pagar


Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan.

4. Boleh berdiri dengan sendiri, sedangkan syair misalnya perlukan perkaitan dengan
rangkap-rangkap yang lain. Pantun terbentuk secara berpasangan, tetapi puisi-puisi lain tidak
sedemikian. Ada pembayang dan maksud serta ada skima rima diakhir yang seirama iaitu a,b,a,b
atau a,a,a,a.

Jenis Pantun : Berdasarkan tiga aspek

1. Suduk Khalayak (penutur dan pendegar pantun)

a. Pantun kanak-kanak. Pantun yang bermaksud nasihat terutamanya menyentuh alam


pendidikan Contoh :-

Buai laju-laju
Sampai pucuk sena
Apa dalam baju
Sekuntum bunga cina
14
b. Pantun orang dewasa / orang muda. Pantun yang bertemakan kasih sayang, usik
mengusik, kepahlawanan, adab resam, budi, nasihat dan sebagainya. Contoh :-

Nasi lemak buah bidara


Sayang selasih ,saya lurutkan
Buang emak buang saudara
Kerana kekasih saya turutkan

Apa di harap padi seberang,


Entah berderai entahkan tidak,
Entah dimakan pipit melayang,
Apa diharap kekasih orang,
Entah bercerai entah tidak,
Entah makin bertambah sayang.

c. Pantun orang tua


Pantun yang mengandungi maksud nasihat, kias ibarat, adat resam serta mengandungi
nilai kemasyarakatan dan kebudayaan.

Cahaya malam gilang gemilang,


Kerana disinar bulan purnama;
Gajah mati meninggalkan tulang,
Manusia mati meninggalkan nama.

2. Sudut bentuk – berdasrkan jumlah dalam setiap rangkap. Mempunyai empat kumpulan :

i. Pantun dua baris / dua kerat (pameo/pantun kilat)


ii. Pantun empat baris / empat kerat (kuatren)
iii. Pantun lebih empat baris ( 6 kerat – 16 kerat)
iv. Pantun berkait / Pantun Berlapis.

3. Sudut Tema (sebelas tema)

i. Pantun adat dan resam manusia


ii. Pantun agama dan kepercayaan
iii. Pantun budi
iv. Pantun jenaka dan permainan
v. Pantun teka-teki
vi. Pantun kepahlawanan
vii. Pantun nasihat dan pendidikan
viii. Pantun peribahasa dan perbilangan
ix. Pantun kias dan ibarat
x. Pantun kembara dan perantauan
xi. Pantun percintaan

15
Pantun Budi
Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.

Pulau Pandan jauh ke tengah,


Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.

Tenang-tenang air di laut


Sampan kolek mudik ke tanjung,
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi baik rasa nak junjung.

Jenis Pantun : Pantun empat kerat


Judul / Tajuk : Pantun Budi

Tema Pantun

Pantun ini mengambarkan tentang masyarakat yang menghargai budi dan orang yang berbudi akan
sentiasa di sanjung dan dikenang. Masyarakat Melayu juga berpendapat bahawa budi yang diterima
akan dikenang sampai mati. Contoh orang yang menyanjungi budi yang dapat dilihat pada rangkap
pertama, baris keempat seperti di bawah:-

Pisang emas dibawa belayar,


Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.

Maksud Pantun Budi

Rangkap pertama membawa maksud kehidupan masyarakat melayu zaman dahulu yang serba
kekurangan menyebabkan mereka saling bergantung antara satu sama lain. Semua aktiviti dilakukan
demi mencari rezeki termasuklah pergi belayar. Namun setiap aktiviti yang memerlukan pertolongan
pihak lain akan dianggap sebagai aktiviti menabur budi, menerima jasa yang diberi dan membalas budi.
Walaupun budi boleh dibalas tetapi nilainya tidak mungkin sama dengan ketika budi itu diberi
berbanding ketika pihak yang telah menerima budi itu membalas budi. Oleh itu nilai budi tidak boleh
dibanding-bandingkan terutama dibandingkan dengan emas. Malah sekiranya dibandingkan akan
menyebabkan ungkitan dan rasa tidak ikhlas. Nilai pertolongan ketika seseorang itu memerlukan
sebenarnya amat tinggi nilainya dan akan diingat sampai mati, Hal ini ditekankan pada maksud rangkap
1 iaitu:
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.

16
Budaya tolong menolong dan berkerjasama adalah amalan yang diamalkan setiap hari dalam
masyarakat Melayu. Tanpa bantuan ahli masayarakat yang lain, sesuatu kerja itu mungkin tidak akan
selesai. Oleh itu, wujudlah masyarakat yang akan menabur jasa dan masyarakat yang akan mengenang
jasa orang yang berbudi seperti yang dinyatakan dalam rangkap 2, baris 4. Contoh :

Pulau Pandan jauh ke tengah,


Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.

Apabila manusia sudah menerima budi tentunya individu tersebut akan sentiasa terkenang budi,
terhutang budi dan cuba untuk membalas budi. Mungkin pada masa yang lain, pihak yang sudah
menerima budi tersebut akan cuba membalas budi mengikut kemampuan masing-masing. Bentuk
pertolongan yang mereka akan lakukan mungkin dalam bidang yang lain pula.

Rangkap ketiga membawa maksud masyarakat Melayu yang senantiasa menyangjungi orang yang
berbudi/ yang menabur jasa. Nilai ini adalah cerminan diri kepada masyarakat Melayu. Orang yang
berbudi akan sentiasa dikenang, dimuliakan dan disebut-sebut kebaikannya. Masyarakat juga
menyanjungi orang yang menabur budi/jasa. Dalam masyarakat Melayu, sering diperhatikan dan dinilai
ialah perlakuan dan pertuturan serta tingkah laku seperti menghargai jasa orang yang menabur budi dan
berbudi kepada orang, bukannya paras rupa yang menjadi ukuran. Contoh:-

Hati terkenang mulut menyebut


Budi baik rasa nak junjung

Tegasnya budaya berbudi ini adalah sebahagian daripada kehidupan masyarakat melayu zaman dahulu
dan akan diamalkan sehingga sekarang. Sesiapa yang tidak mahu berbudi akan dianggap sombong dan
mementingkan diri sendiri. Ahli masyarakat tidak boleh hidup bersendirian seolah-olah tidak
memerlukan rakan-rakan dan saudara mara. Oleh itu orang yang berbudi akan disanjung dan akan
sentiasa disebut meskipun dia telah tiada.

Persoalan / Pemikiran

1. Menabur Budi / Jasa


2. Budi/Jasa yang baik akan sentiasa dikenang. Mengenang budi sehingga mati. Mengenang budi
seseorang bukan setakat ketika seseorang hidup di dunia sahaja. Budi seseorang itu akan tetap
dikenang walaupun dia telah mati tetap akan disebut orang. Sesuai dengan isi pantun tersebut
iaitu “hancur badan dikandung tanah” yang memberi maksud sudah meninggal dunia.
3. Orang yang berbudi sentiasa disanjung dan dihormati. Menghargai budi/Rasa terhutang budi.
Bagi mereka yang telah menerima budi tentunya akan rasa terhutang budi. Penghargaan
terhadap orang yang berbudi begitu tinggi sehingga meletakkan penghargaan itu di tempat yang
sangat mulia dan dibawa ke mana sahaja. Hal ini merujuk kepada maksud perkataan “rasa nak
junjung” dalam rangkap ketiga pantun di atas.
4. Masyarakat yang memiliki ilmu pelayaran
5. Masyarakat yang bekerja sebagai nelayan / tinggal di pinggir laut
6. Masyarakat yang bertani
7. Masyarakat yang menghargai alam sekitar
8. Nilai perbandingan budi. Nilai budi tidak boleh dibandingkan dengan sebarang nilai harta dunia
termasuk emas. Budi itu mempunyai nilainya yang tersendiri. Budi tidak ada tukar ganti. Sesuai
dengan ayat “hutang emas boleh dibayar”, maka orang yang menerima budi tetap tidak akan
mampu membayarnya sekalipun dengan harta yang paling tinggi nilainya iaitu emas.

17
Bentuk / Struktur / Teknik penulisan pantun

1. Dari segi rangkap . Pantun di atas ialah pantun empat baris serangkap ( quatrain ) atau pantun
empat kerat yang terbina dalam baris-baris yang sejajar dan berpasangan. Hal ini dapat dilihat
melalui pantun di bawah :-

Pisang emas dibawa belayar, B1


Masak sebiji di atas peti, B2
Hutang emas boleh dibayar, B3
Hutang budi dibawa mati. B4

2. Ia mempunyai pembayang dan maksud. Setiap stanza atau rangkap pantun mempunyai 2 baris
yang pertama adalah pembayang (sampiran) seperti contoh di bawah :-

Pisang emas dibawa belayar,


Masak sebiji di atas peti,

dan 2 baris yang kedua adalah maksud. Contohnya,

Hutang emas boleh dibayar,


Hutang budi dibawa mati.

3. Jumlah perkataan. Pantun budi memiliki 4 hingga 5 patah perkataan seperti yang
ditetapkan dalam puisi terikat. Contoh baris yang mewakili 4 patah perkataan terdapat dalam
rangkap 1, manakala baris yang mengandungi 5 patah perkataan terdapat dalam rangkap ke tiga
baris ke duaseperti di bawah:-

Pisang emas dibawa belayar, 4 p.p


Masak sebiji di atas peti, 4 p.p
Hutang emas boleh dibayar, 4 p.p
Hutang budi dibawa mati. 4 p.p (R1)

Sampan kolek mudik ke tanjung, 5 p.p (R3, B2)

4. Setiap baris mengandungi kata dasar empat hingga lima patah perkataan, dengan jumlah suku
kata antara sembilan hingga sepuluh suku kata dalam sebaris. Contohnya:-

Pi/sang/ e/mas /di/ba/wa/ be/la/yar/,


Ma/sak/ se/bi/ji/ di /a/tas /pe/ti/, 10 suku kata
Hu/tang/ e/mas /bo/leh /di/ba/yar/,
Hu/tang/ bu/di/ di/ba/wa /ma/ti/. 09 suku kata

5. Mempunyai skema rima hujung yang tetap iaitu a-b,a-b . Bagi pantun empat kerat ini bunyi rima
akhir baris pertama sama dengan baris ketiga dan rima akhir baris kedua sama dengan baris
keempat. Hal ini dapat dilihat seperti di bawah :-

Pisang emas dibawa belayar, a


Masak sebiji di atas peti, b
Hutang emas boleh dibayar, a
Hutang budi dibawa mati. b

18
6. Dari segi jeda. Terdapat hentian sejenak / jeda di antara dua perkataan dalam sebaris seperti
yang ditunjukkan di bawah ;-

Pisang emas /dibawa belayar,


Masak sebiji /di atas peti,
Hutang emas/ boleh dibayar,
Hutang budi /dibawa mati.

7. Pantun ini mengandungi satu fikiran yang bulat dan lengkap yang dapat dikesan melalui maksud
pantun dalam rangkap tersebut. Dari segi maksud pantun. Lengkap maksud pantun itu dengan
serangkap sahaja. Pantun di atas bertemakan budi iaitu sesekali orang berbudi kepada kita.
Seharusnya mengingatnya sehingga mati kerana budi ini tinggi nilainya dan ia tidak dapat
dibalas dengan wang ringgit Contohnya:-

Hutang emas boleh dibayar,


Hutang budi dibawa mati.

Gaya bahasa / Nilai estatika Bahasa

1. Pengulangan kata diawal baris. Dikenali sebagai Anafora. Kesannya dapat menimbulkan
penegasan maksud yang cuba disampaikan oleh pengarang. Ia juga dapat menimbulkan kesan
yang puitis. Contoh dapat dilihat pada rangkap pertama baris ketiga dan keempat. Contoh

Hutang emas boleh dibayar,


Hutang budi dibawa mati.

2. Pengulangan bunyi huruf konsonan dalam baris tertentu atau dikenali sebagai aliterasi.
Kesannya ialah ia dapat menimbulkan kekerasan/ kelantangan bunyi, menyedapkan
sebutan, kelembutan @ kemerduan bunyi perkataan dan sekali gus ayat yang digunakan.
Contoh dalam baris 3, pengulangan bunyi konsonan “n” sebanyak 4 kali seperti yang
terdapat dibawah:-

Hancur badan dikandung tanah,

3. Pengulangan bunyi bunyi huruf vokal “a” sebanyak 4 kali juga dihadirkan di dalam pantun di
atas. Pengulangan bunyi ini dikenali juga sebagai asonansi. Pengulangan bunyi ini dapat
menimbulkan bunyi yang seragam kerana keseragaman vokal, menggalakkan kesan pengucapan
yang puitis dan menimbulkan kelembutan irama, menyedapkan sebutan bunyi, kelembutan
bunyi ayat tersebut. Contohnya

Masak sebiji di atas peti, (R1, B2) “a” diulang 4 kali

4. Inversi. Inversi bermaksud pembalikan kata yang berlaku di dalam hukum BM. Contoh dalam
rangkap 2 baris 3:

Hancur badan dikandung tanah

“Hancur badan” sepatutnya mengikut hukum DM ( diterangkan dan menerangkan),


sepatutnya dikatakan “badan hancur”. Kesannya adalah untuk menimbulkan kelainan
penyebutan / pengucapan bunyi.

19
5. Diksi-diksinya tepat dan indah. Pada baris pertama perkataan “Pulau Pandan”, dan
“tengah” mempunyai hampir persamaan bunyi dengan perkataan “badan” dan “tanah” pada
baris ketiga. Perkataan “Gunung Daik” dan “tiga” pula mempunyai hampir persamaan bunyi
dengan “budi baik” dan ‘juga” pada baris keempat. Hal ini menimbulkan bunyi-bunyi dan rima
yang sangat indah.

Unsur Bunyi

1. Pengulangan bunyi huruf vokal (Asonansi)


2. Pengulangan bunyi huruf konsonan (Aliterasi)
3. Rima akhir
4. Jeda
5. Samarima (sama bunyi di tengah dan diakhir)

Gambaran Masyarakat

1. Masyarakat yang menghargai / mengenang budi / jasa. Nilai ini dapat dikesan dalam baris akhir
pantun yang menyatakan budi yang ditabur akan dikenang sampai mati. Konsep menghargai
budi ini memang wujud di dalam jati diri masyarakat Melayu silam sehingga kini. Contohnya:-

Hutang budi dibawa mati.

2. Masyarakat yang menyangjungi orang yang berbudi/ budi pekerti yang tinggi /berhemah tinggi.
Nilai ini adalah cerminan diri kepada masyarakat Melayu dalam usaha hendak menjadi orang
yang dimuliakan dan disanjung tinggi oleh masyarakat lain. Dalam masyarakat Melayu, sering
diperhatikan dan dinilai ialah perlakuan dan pertuturan serta tingkah laku seperti menghargai
jasa orang yang menabur budi dan berbudi kepada orang, bukannya paras rupa yang menjadi
ukuran.
Hati terkenang mulut menyebut
Budi baik rasa nak junjung

3. Masyarakat yang suka bantu membantu antara satu sama lain / menabur budi / jasa / Baik Hati.
Sikap baik hati dan prihatin serta ikhlas menghulurkan bantuan tanpa dibalas memang
ditekankan ke dalam norma-norma kehidupan masyarakat melayu silam.

4. Masyarakat yang tinggal di tepi pantai/ memiliki ilmu pelayaran/belayar. Melalui ketiga-tiga
pembayang maksud pantun terdapat gambaran bahawa pencipta pantun ini tinggal dalam
persekitaran tepi pantai dan lautan. Ini dapat digambarkan melalui pemilihan kata yang
berkaitan dengan latar tempat berkenaan seperti “belayar”, “pulau Pandan”, ”tanjung”, “kolek”
dan gambaran suasana “air tenang” .

5. Masyarakat petani dan nelayan. Masyarakat melayu terdisional tidak boleh lari daripada
menjalankan kegiatan bertani seperti menanam “pisang” dan sebagainya. Manakala bagi
mereka yang tinggal di persisir pantai akan “belayar” dan menjalankan kegiatan nelayan.

6. Masyarakat yang menggunakan jalan air sebagai pengangkutan. Sistem pengangkutan


tradisional yang paling mudah di kalangan masyarakat melayu zaman dahulu adalah melalui
jalan air. Mereka akan menggunakan alatan yang sesuai ketika bergerak melalui jalan air.
Penggunaan alat pelayaran, sampan dan kolek adalah sesuatu yang perlu pada waktu itu. Malah

20
mereka perlu memahami keadaan yang sesuai ketika bergerak supaya selamat dalam
perjalanan. Mereka perlu menunggu air yang tenang apabila menggunakan sampan kolek.

7. Masyarakat yang sentiasa mengenang budi. Masyarakat yang baik akan selalu mengenang budi
walau budi itu kecil nilainya. Perkara tersebut termaktub dalam ketiga-tiga maksud pantun budi
di atas. Malah mereka yang tahu erti budi akan menjunjung dan mengingati budi orang lain.

Kesan puisi itu kepada diri anda.

1. Kesan puisi ke atas diri ialah kita perlu menghargai dan bersyukur atas jasa yang telah
ditaburkan. Jasa tersebut akan dikenang sehingga mati.
2. Kita hendaklah bersikap murah hati dan sedia membantu orang lain. Kita ditengah bersikap
angkuh, sombong dan tamak terhadap mereka yang memerlukan bantuan.
3. Kita mestilah merendah diri terhadap segala yang pernah kita peroleh atau terhadap apa yang
telah kita lakukan. Jangan bersikap mengungkit-ungkit terhadap sebarang bentuk bantuan yang
pernah diberikan.
4. Puisi di atas memberi galakkan kepada saya untuk mengenang budi orang lain yang pernah
berbudi kepada saya.
5. Puisi diatas memberi galakan kepada saya melakukan kebaikan atau berbudi kepada sesiapa
juga yang memerlukan pertolongan.
6. Mendorong saya menghargai dan menynjung tinggi terhadap orang yang banyak berbudi.
7. Mendorong saya untuk menjadikan satu amalan dalam kehidupan seharian.

Kepentingan pantun budi kepada sarwajagat masyarakat melayu tradisional

1. Komunikasi. Pantun di atas boleh digunakan ketika berucap di hadapan khalayak ramai.
Biasanya sebagai bahasa pengucapan para pemimpin masyarakat. Pantun di atas mampu
menyampaikan mesej yang berguna kepada pendengarnya. Pendengar akan faham permintaan
dan harapan seseorang pengucap pantun. Malah pantun itu mampu mengungkapkan rasa
terima kasih yang tidak terhingga kepada orang yang telah “berbudi”.
2. Nasihat dan tunjuk ajar. Pantun di atas mampu memberikan nasihat kepada seseorang untuk
melakukan kebaikan dengan berbudi kepada orang lain. Malah ia juga menasihatkan seseorang
yang telah menerima budi agar sentiasa mengenang dan menyanjung pihak yang telah berbudi
kepada dirinya.
3. Pengajaran / Didaktik. Seterusnya pantun tersebut mengajar manusia supaya mengamalkan
perbuatan menolong orang lain atau dengan kata lain berbudi kepada rakan. Ajaran mulia ini
mampu diterapkan andai seseorang itu memahami maksud pantun di atas. Malah ia juga akan
mendorong khalayak mengamalkan budaya tolong menolong kerana amalan mulia akan
menjadi bekal ketika kita sudah meninggal dunia.
4. Gambaran masyarakat (word-view masyarakat yang mendukungnya). Gambaran amalan
berbudi dapat dilihat dalam kegiatan harian masyarakat melayu. Mereka menjadikan budaya
tolong menolong sebagai amalan hidup seharian kerana ahli masyarakat saling bergantung
antara satu sama lain. Hidup yang serba kekurangan akan mendorong individu supaya perihatin
akan kesusahan ahli masyarakat yang ada di sekitar mereka.
5. Motivasi supaya berkelakuan baik. Pantun di atas boleh menjadi pendorong seseorang supaya
berbudi kepada orang lain. Dorongan ini wujud kerana masyarakat melayu sangat menghargai
jasa orang lain. Malah balasan orang berbudi akan di bawa setelah seseorang itu meninggal
dunia. Bagi mereka yang menerima budi pula akan cuba menolong rakan yang lain pada waktu
yang sesuai.

21
6. Penerapan Nilai Budaya seperti bersopan santun. Gaya bahasa pantun yang menarik sebenarnya
menggalakkan seseorang menasihat dan menyampaian mesej secara bersopan santun.
Keindahan penggunaan pembayang maksud yang menarik dan disertai dengan mesej pantun
tentunya akan menjurus seseorang yang mendengar pantun rasa terdorong untuk berbudi dan
menghargai budi orang lain.
7. Adat istiadat. Penggunaan pantun di atas sangat sesuai digunakan dalam majlis-majlis tertentu
dan ketika menjalankan adat istiadat. Orang melayu sangat mementingkan pengucapan yang
tersusun untuk menyampaikan hasrat dan meluahkan perasaan mereka.
8. Hiburan. Kadangkala pantun di atas boleh digunakan ketika melagukan sesuatu irama yang
diiringi dengan bunyi-bunyian seperti gendang dan tiupan serunai. Selain memberi nasihat, pada
masa yang sama mampu menghibur khalayak melalui keindahan susunan kata dan maksud puisi.

Fungsi / Peranan puisi.

1. Sebagai pengajaran / mendidik masyarakat.


2. Mengingatkan manusia/masyarakat supaya menghargai jasa.
3. Mendidik masyarakat supaya melakukan perkara-perkara yang positif/baik seperti berbudi
kepada orang.

Pandangan Sarwajagat terhadap puisi (boleh guna untuk semua puisi)

1. Masyarakat Melayu yang kreatif dan tajam akal fikiran.


2. Memberi gambaran “world-view” bangsa Melayu / adat istiadat masyarakat Melayu
3. Masyarakat Melayu yang suka menabur budi dan menghargai budi (ikut puisi yang dikaji)

Estetik Pantun.

Estetika adalah salah satu cabang falsafah. Secara sederhana, estetika adalah ilmu yang
membahas keindahan, bagaimana ia boleh terbentuk, dan bagaimana seseorang boleh merasakannya.
Pembahasan lebih lanjut mengenai estetika adalah sebuah falsafah yang mempelajari nilai-nilai sensoris
(perasaan), yang kadang dianggap sebagai penilaian terhadap sentimen dan rasa. Estetika merupakan
cabang yang sangat dekat dengan filosofi seni. Esetetika berasal dari Bahasa Yunani iaitu aisthetike.
Setelah memahami maksud estetik maka berikut adalah rumusan aspek estetik bagi pantun budi secara
umum. Estatik / Estatika puisi dapat dilihat pada 4 perkara iaitu:-

1. Keindahan dalam pemilihan kata iaitu estatika gaya bahasa. Aspek utama nilai estetik pantun
ialah pemilihan kata yang tepat dan indah seperti penggunaan imej alam. Perkataan yang wujud
dalam pantun sangat menepati maksud dan tujuan puisi dicipta. Contohnya perkataan “hancur
badan” begitu tepat untuk memberi maksud seseorang yang sudah mati. Kematian itu pula
digambarkan dengan jangka masa kematian yang sudah lama.

2. Keindahan unsur bunyi. Kemudian diikuti dengan penggunaan rima yang tepat samada di awal,
di tengah dan di akhir baris. Contoh yang jelas seperti perkataan “pandan” dan “badan” pada
tengah baris. Begitu juga perkataan penggunaan perkataan “tiga” dan “juga” digunakan di akhir
baris. Unsur bunyi juga wujud dalam aspek bunyi vokal dan konsonan. Ia dikenali juga sebagai
asonansi dan aliterasi. Contoh:-

Pulau Pandan jauh ke tengah,


Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.

22
3. Keindahan maksud puisi dan pemikiran yang cuba disampaikan. Maksud puisi begitu indah dan
mendalam maksudnya seperti yang terdapat dalam pantun budi. Penyair cuba menekankan
tentang konsep menghargai jasa orang yang berbudi. Khalayak akan rasa dihargai dan sentiasa
bersangka baik kepada teman dan taulan. Maksud puisi ini membolehkan seseorang menerima
baik nasihat, saranan dan permintaan penutur pantun. Tidak wujud rasa kecil hati dan rendah
diri kerana nilai pantun ini begitu lembut ketika menyatakan tujuan pengucapan. Kefahaman
terhadap maksud dapat dirasa sehingga ke dalam sanubari hati pendengar.

4. Estatika juga dapat dilihat pada bentuk puisi. Setiap pantun mempunyai jumlah perkataan
yang setara seperti yang ditetapkan dalam puisi terikat. Pantun budi memiliki 4 hingga 5
patah perkataan seperti yang ditetapkan dalam puisi terikat. Contoh baris yang mewakili
4 patah perkataan terdapat dalam rangkap 1, manakala baris yang mengandungi 5 patah
perkataan terdapat dalam rangkap ke tiga baris ke dua seperti di bawah:-

Pisang emas dibawa belayar, 4 p.p


Masak sebiji di atas peti, 4 p.p
Hutang emas boleh dibayar, 4 p.p
Hutang budi dibawa mati. 4 p.p (R1)

Nilai Kemanusiaan / Pengajaran

1. Menabur budi / Berjasa kepada orang. Manusia yang saling bergantung antara satu sama lain.
Hidup masyarakat melayu pada zaman tradisional penuh dengan kesusahan dan saling
bergantung antara satu sama lain. Setiap individu yang menjadi ahli masyarakat akan sering
memerlukan pertolongan ahli masyarakat yang lain untuk meneruskan kelangsungan hidup. Hal
ini jelas dapat dilihat menerusi rangkap 2 baris 4. Baris ini menekankan tentang budi yang
ditabur akan dikenang sampai bila-bila. Contoh:-

Pulau Pandan jauh ke tengah,


Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.

2. Menyanjugi budi /menghormati orang yang berjasa / berbudi. Manusia yang boleh menilai erti
budi berbanding harta. Seeorang itu perlu meletakkan kedudukan budi itu sesuatu yang amat
mulia di sisi mereka. Budi perlu diletakkan pada tempat yang tinggi dan tidak boleh
dibandingkan nilainya dengan harta seperti emas. Oleh itu manusia hendaklah sedar bahawa
budi itu tidak boleh dibayar.

3. Manusia yang sentiasa mengenang budi orang lain. Setiap individu perlu menghargai
pertolongan orang lain walau sekecil mana budi tersebut. Rangkap puisi ketiga menggambarkan
betapa seseorang yang pernah menerima budi akan sentiasa menjunjung budi.

4. Memiliki ilmu pelayaran.

23
Pantun Nasihat
Tanam bunga di dalam pasu,
Bunga melati bunga pandan;
Jangan ikut hawa nafsu,
Kelak nanti binasa badan.

Burung tiung terbang tinggi,


Burung merpati mencari sarang;
Kalau sombong meninggi diri,
Ke mana pergi dibenci orang.

Jenis Puisi : Pantun 4 kerat


Judul / Tajuk : Pantun Nasihat

Tema

Pantun ini bertemakan tentang amalan atau nasihat kepada golongan muda mudi tentang berakhlak
mulia dan cara bagaimana adab apabila bergaul dan cara menyesuaikan diri dengan orang-orang yang
berada disekeliling mereka. Contoh nasihat yang dapat dilihat ialah jangan terlalu mengikut hawa nafsu
pada rangkap pertama dan jangan meninggi diri pada rangkap yang kedua seperti di bawah:-

Burung tiung terbang tinggi,


Burung merpati mencari sarang;
Kalau sombong meninggi diri,
Ke mana pergi dibenci orang.

Ulasan tentang pembayang maksud

Rangkap pertama pembayang pantun wujud pada baris pertama yang mengungkapkan ayat berkaitan
kegiatan masyarakat melayu yang suka menanam pokok hiasan. Pokok tersebut menjadi hiasan kerana
pokok bunga itu ditanam di dalam sebuah pasu. Kesesuaian pembayang ini dilihat dari aspek rima akhir
baris pantun sahaja iaitu perkataan “pasu” dapat di sesuaikan dengan perkataan “nafsu”. Kitan mungkin
boleh menanam bunga di mana-mana tempat asalkan di atas tanah, tetapi mungkin kurang sesuai
kerana ia mungkin tidak mampu menghias sesuatu tempat. Sedangkan menanam bunga di dalam
sebuah pasu mampu menjadikan bunga yang ditanam itu menghiasa sesuatu tempat dan mudah alih
sifatnya.
Tanam bunga di dalam pasu,
Bunga melati bunga pandan;
Jangan ikut hawa nafsu,
Kelak nanti binasa badan.

Rangkap kedua, pembayangnya ada dua baris. Kedua-dua baris memberikan senario kegiatan unggas
iaitu burung tiong dan burung merpati. Kesesuaian burung tiong adalah mampu terbang tinggi
sedangkan burung merpati lebih suka kepada kegiatan mencari sarang sahaja. Kegiatan burung tiong
yang terbang tinggi mungkin sesuai dengan isu yang hendak dibawa dalam maksud pantun iaitu
perbuatan sombong dan tinggi diri. Kadang-kadang sifat manusia yang mampu mencapai pencapaian
yang tinggi akan menyebabkan seseorang itu terlalu berbangga diri sehingga dianggap sebagai orang

24
yang sombong dan bongkak. Contohnya seperti sudah belajar tinggi, sudah kaya, lebih kuat, lebih
berkuasa dan lain-lain lagi.

Sifat merpati pula yang sibuk dengan hal sendiri iaitu mencari sarang juga menyebabkan dirinya lalai dan
terlalu bersifat individualistik. Jika dikaitkan dengan sifak manusia, orang yang hanya memikirkan hal diri
sendiri tanpa memikirkan masalah orang lain boleh menyebabkan dirinya dianggap sombong. Jika hidup
berjiran, mereka hanya pergi dan balik ke rumah semata-mata kerana mencari rezeki dan menyelesaikan
urusan diri sendiri sahaja. Pada pandangan mereka, peduli apa dengan hal-hal orang lain termasuk hal-
hal kejiranan. Mereka tidak ambil tahun masalah jiran-jiran dan mengabaikan kegiatan kemasyarakatan.
Contoh:-
Burung tiung terbang tinggi,
Burung merpati mencari sarang;
Kalau sombong meninggi diri,
Ke mana pergi dibenci orang.

Ulasan tentang maksud pantun.

Dua rangkap pantun di atas merupakan larangan-larangan terhadap individu supaya menjauhkan diri
dari sikap buruk atau tidak melakukan sesuatu sikap yang buruk.

Larangan pada rangkap pertama ialah jangan mengikut hawa nafsu. Kita dinasihatkan agar jangan
menurut hawa nafsu yang negatif iaitu menurut segala keinginan yang tidak dibenarkan oleh Allah dan
Rasulnya. Jika kita tidak dapat mengawal nafsu buruk ianya sangat berbahaya kerana barang siapa
menurut hawa nafsu tentu akan menerima kebinasaan dan akibat yang tidak baik. Kesan buruk ini tidak
hanya terbatas kepada diri kita secara peribadi tetapi kepada keluarga dan masyarakat. Contoh

Jangan ikut hawa nafsu,


Kelak nanti binasa badan.

Larangan kedua pula ialah menghindarkan diri dari sikap sombong. Perkataan yang lain yang mempunyai
maksud yang sama ialah seperti bongkak dan tinggi diri. Pantun kedua ini seterusnya menyatakan akibat
daipada perlakuan sombong. Kita dinasihatkan supaya menjauhi diri daripada bersikap sombong dan
meninggi diri. Ini kerana orang yang bersikap sombong akan dibenci oleh orang ramai walaupun dimana
saja kita berada. Contoh:-

Kalau sombong meninggi diri,


Ke mana pergi dibenci orang.

25
Persoalan / Pemikiran

1. Adab dalam pergaulan – jangan sombong. Sikap sombong akan dibenci orang. Perbuatan
sombong adalah satu perbuatan yang tidak disukai oleh orang lain. Perkara ini sangat diambil
perhatian oleh ahli masyarakat melayu kerana amalan bertegur sapa dan mengambil berat
adalah budaya masyarakat yang diamalkan sejak sekian lama dan berterusan. Contoh

Jangan ikut hawa nafsu,


Kelak nanti binasa badan.

2. Menurut kata hati (nafsu) boleh mengundang binasa. Secara umumnya manusia memang
mempunyai nafsu dan perlu memenuhi keperluan nafsu. Gambaran pantun di atas adalah
nasihat supaya jangan terlalu mengikut hawa nafsu kerana perlakuan tersebut boleh
menyebabkan satu akibat yang buruk. Contohnya seorang yang memerlukan makanan
mungkin akan mendapat penyakit sekiranya makan berlebih-lebihan. Contoh:-

Jangan ikut hawa nafsu,


Kelak nanti binasa badan.

3. Mencintai alam sekitar

Burung tiung terbang tinggi,


Burung merpati mencari sarang;

4. Masyarakat yang gemar menanam pokok bunga

Kepentingan puisi dalam konteks sarwajagat masyarakat Melayu tradisional. (Gambaran Masyarakat)

Masyarakat Melayu yang suka bercucuk tanam. Termasuk jenis-jenis bunga menjadi satu budaya
masyarakat melayu kerana tanaman tersebut menjadi lambang keindahan. Malah sering mengaitkan
bunga dengan perempuan.

Masyarakat yang suka kepada keindahan alam dan persekitaran. Mereka suka menghias halaman
rumah dengan hiasan tumbuh-tumbuhan dari jenis pokok bunga.

Masyarakat yang tidak suka perbuatan yang terlalu mengikut nafsu. Masyarakat yang menyedari
bahawa perbuatan mengikut hawa nafsu akan memusnahkan diri sendiri akhirnya. Ucapan pantun
supaya jangan mengikut hawa nafsu merupakan nasihat yang mampu mencegah seseorang ahli
masyarakat supaya jangan melakukan sesuatu perbuatan yang boleh menyebabkan seseorang itu
menyesal di kemudian hari.

Masyarakat yang tidak suka perbuatan sombong dan tinggi diri. Perbuatan sombong adalah amalan
yang tidak baik. Perbuatan itu mungkin menjerumuskan seseorang itu tidak bercampur gaul dengan
masyarakat. Hidup ahli masyarakat tersebut akan diibaratkan seperti melukut di tepi gantang, ibarat
kera sumbang dan ibarat katak di bawah tempurung. Ahli masyarakat lain akan salah tanggap dan sering
memperkatakan keburukan rakan yang sombong itu. Hal ini akan menambahkan dosa dan konflik
sesama ahli masyarakat.

Masyarakat yang sukat menasihat orang lain /mengambil berat


Masyarakat yang menjaga adat dan tata susila

26
Bentuk Pantun

1. Dari segi rangkap. Pantun di atas ialah pantun empat baris serangkap (quatrain) atau pantun
empat kerat yang terbina dalam baris-baris yang sejajar dan berpasangan. Hal ini dapat dilihat
melalui pantun di bawah :-

Tanam bunga di dalam pasu, B1


Bunga melati bunga pandan; B2
Jangan ikut hawa nafsu, B3
Kelak nanti binasa badan. B4

2. Ia mempunyai pembayang dan maksud. Setiap stanza atau rangkap pantun mempunyai 2 baris
yang pertama adalah pembayang (sampiran) seperti contoh di bawah :-

Burung tiung terbang tinggi,


Burung merpati mencari sarang;

dan 2 baris yang kedua adalah maksud. Contohnya,

Kalau sombong meninggi diri,


Ke mana pergi dibenci orang.

3. Jumlah perkataan sebaris adalah di antara 4 hingga 5 patah perkataan.Hal ini dapat dilihat
pada pembayang rangkap 1 dimana baris pertama mempunyai 5 patah perkataan.
Manakala baris kedua mempunyai 4 patah perkataan. Contohnya:-

Tanam bunga di dalam pasu, 5 p.p


Bunga melati bunga pandan; 4 p.p

4. Setiap baris mengandungi kata dasar empat patah perkataan, dengan jumlah suku kata antara
lapan hingga sepuluh suku kata dalam sebaris. Contohnya:-

Bu/rung/ ti/ung/ ter/bang/ ting/gi/, 8 suku kata


Bu/rung/ mer/pa/ti /men/ca/ri /sa/rang/; 10 suku kata

5. Mempunyai skema rima hujung yang tetap iaitu a-b,a-b . Bagi pantun empat kerat ini bunyi rima
akhir baris pertama sama dengan baris ketiga dan rima akhir baris kedua sama dengan baris
keempat. Hal ini dapat dilihat seperti di bawah :-

Tanam bunga di dalam pasu, a


Bunga melati bunga pandan; b
Jangan ikut hawa nafsu, a
Kelak nanti binasa badan. b

6. Dari segi jeda. Terdapat hentian sejenak / jeda di antara dua perkataan dalam sebaris seperti
yang ditunjukkan di bawah ;-

Burung tiung/ terbang tinggi,


Burung merpati /mencari sarang;
Kalau sombong/ meninggi diri,
Ke mana pergi /dibenci orang.

27
Gaya Bahasa

1. Pengulangan kata di awal baris yang sejajar. Dikenali juga sebagai anafora.

Burung tiung terbang tinggi,


Burung merpati mencari sarang;

2. Penggunaan diksi yang indah iaitu menggunakan unsur alam.

Tanam bunga di dalam pasu, Pembayang (kuplet


Bunga melati bunga pandan sampiran ) bagi rangkap 1

Burung tiung terbang tinggi, Pembayang (kuplet


Burung merpati mencari sarang; sampiran ) bagi rangkap 2

3. Inversi. Pembalikan kata

Kelak nanti binasa badan.

Mengikut hukum DM ( diterangkan dan menerangkan), sepatutnya badan akan binasa.

4. Pengulangan bunyi huruf vokal “a”. Dikenali juga sebagai asonansi. Kesannya: Dapat
menimbulkan bunyi yang seragam kerana keseragaman vokal. Pengulangan bunyi vokal “a”
sebayak lima kali. Contohnya :

Tanam bunga di dalam pasu (diulang sebanyak 5 kali)

5. Pengulangan bunyi huruf konsonan “r” yang juga dikenali sebagai aliterasi. Kesannya:
menimbulkan kekerasan/kelantangan bunyi, menyedapkan sebutan, kelembutan/kemerduan
bunyi. Pengarang mengulangi bunyi huruf “r” sebanyak empat kali. Contohnya :

Burung merpati mencari sarang

28
Contoh jawapan kesan puisi di atas diri saya ialah :-

1. Kita seharusnya tidak terlalu mengikut hawa nafsu. Secara umumnya manusia memang
mempunyai nafsu dan perlu memenuhi keperluan nafsu. Gambaran maksud pantun pada
rangkap pertama adalah nasihat supaya jangan terlalu mengikut hawa nafsu kerana
perlakuan tersebut boleh menyebabkan satu akibat yang buruk. Contohnya seorang yang
memerlukan makanan mungkin akan mendapat penyakit sekiranya makan berlebih-lebihan. Hal
ini ditekankan pada rangkap 1 baris 3 dan 4 seperti dibawah:-

Jangan ikut hawa nafsu,


Kelak nanti binasa badan.

2. Mengajar kita agar tidak berbuat sombong. Perbuatan sombong adalah satu perbuatan yang
tidak disukai oleh orang lain. Perkara ini sangat diambil perhatian oleh ahli masyarakat melayu
kerana amalan bertegur sapa dan mengambil berat adalah budaya masyarakat yang diamalkan
sejak sekian lama dan berterusan. Hal ini dapat dilihat pada rangkap ke dua.

Burung tiung/ terbang tinggi,


Burung merpati /mencari sarang;
Kalau sombong/ meninggi diri,
Ke mana pergi /dibenci orang.

Nilai

1. Bersopan santun dan Berbudi bahasa


2. Penyabar dan Rendah Diri /tidak sombong
3. Hormat menghormati

Pengajaran

1. Kita hendaklah menghormati adat dan budaya masyarakat lain (tempat yang dikunjungi).
2. Kita mestilah bersopan santun/ berbudi bahasa dengan semua orang
3. Kita tidak boleh terlalu mengikut hawa nafsu.

29
Pantun Kasih Sayang
Dari mana pipit melayang,
Dari paya turun ke padi;
Dari mana datangnya sayang,
Dari mata turun ke hati.

Air dalam bertambah dalam,


Hujan di hulu belumlah teduh;
Hati dendam bertambah dendam,
Dendam dahulu belumlah sembuh.

Jenis Puisi : Pantun empat kerat


Judul / Tajuk : Pantun kasih sayang

Tema : Kasih sayang di antara satu sama lain

Maksud Pantun

Rangkap 1- Pandangan pertama yang memperlihatkan wajah dan tubuh yang berkenan dihati akan
melahirkan rasa ingin memiliki apa yang di sukainya. Maka terjadilah rasa jatuh cinta yang dikenali
sebagai cinta pandang pertama. Bila mata bertentang mata lidah kelu untuk berkata .

Dari mana pipit melayang,


Dari paya turun ke padi;
Dari mana datangnya sayang,
Dari mata turun ke hati.

Rangkap 2 – Dendam bertambah kerana hati semakin tidak merasai kasih sayang. Hati tidak tahu erti
kemaafan.Maka noda hitam penutup luka menjadi semakin banyak dan semakin keras yang akhirnya
menutup hati yang satu masa dulu merah bercahaya.

Atau

Dalam percintaan / berkasih sayang akan wujud perasaan rindu dendam apabila berjauhan. Rindu yang
tiada kesudahan dan semakin menebal dan tidak sembuh bila tidak berjumpa.

Air dalam bertambah dalam,


Hujan di hulu belumlah teduh;
Hati dendam bertambah dendam,
Dendam dahulu belumlah sembuh.

30
Pemikiran

1. Sikap manusia yang saling sayang menyayangi

Dari mana datangnya sayang,


Dari mata turun ke hati.

2. Masyarakat yang bertani /tinggal di desa

Dari paya turun ke padi;

3. Asal usul sayang

Dari mana datangnya sayang,


Dari mata turun ke hati.

4. Dendam yang wujud akibat perpisahan/ persengketaan dalam percintaan.


5. Rindu dendam ketika berlaku perpisahan

Gaya Bahasa

1. Perulangan kata di awal baris- “dari”


2. Perulangan kata dalam baris yang sama – “dalam”
3. Perulangan bunyi huruf vokal – “u”
4. Perulangan bunyi huruf konsonan “d”
5. Hiperbola – “Dendam bertambah dendam”
6. Penggunaan diksi yang tepat dan indah – unsur alam “air hujan”, “dendam”. Air hujan yang
dalam dikaitkan dengan dendam yang mendalam.

Gambaran Masyarakat

Puisi di atas penting utnuk menggambarkan cara hidup masyarakat tradisional seperti berikut:

1. Tinggal di kawasan paya dan sawah padi / desa.


2. Masyarakat yang menanam padi. Kegiatan ekonomi mereka ialah bertani / pekerjaan seorang
petani. Tanam padi.
3. Masyarakat yang hidup berkasih sayang. Bagi masyarakat melayu, hubungan kasih sayang
adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan mereka.
4. Masyarakat yang tinggal di tepi sungai/hulu. Perkataan “air dalam” gambaran pasang surut dan
hujan. Menjadi kerisauan orang yang tinggal di tepi sungai. Perkataan “hulu” pula menunjukkan
mereka tinggal di hilir sungai. Apabila hujan turun di hulu, penduduk di kawasan hilir akan
mendapat kesannya iaitu air semakin dalam. Mungkin boleh berlaku banjir.
5. Masyarakat yang sering terpisah dan terpaksa tinggal berjauhan. Lalu di antara mereka ada yang
rindu kepada kekasih kerana terpisah jauh. Ini menunjukkan orang dahulu sering merantau
kerana mencari rezeki. Kerinduan akan melanda hati kerana pertemuan yang sekejap belum
mampu menghilangkan rindu.

31
Pantun Agama
Banyak hari antara hari,
Tidak semulia hari Jumaat;
Banyak nabi antara nabi,
Tidak semulia Nabi Muhammad.

Anak ayam turun sepuluh,


Mati seekor tinggal Sembilan,
Bangun pagi sembahyang subuh,
Minta ampun kepada Tuhan.

Jenis Puisi : Pantun empat kerat


Judul/Tajuk : Pantun Agama

Tema

Keagamaan. Iaitu menceritakan tentang pegangan umat Islam (rukun iman) yang mempercayai nabi dan
memuliakan nabi Muhammad iaitu nabi akhir zaman. Menrut Islam hari Jumaat merupakan penghulu
segala hari. Umat Islam juga percaya tentang qada’ dan qadar iaitu hidup dan mati yang ditentukan oleh
Tuhan. Mereka juga berpegang teguh kepada rukun Islam antaranya sembahyang lima waktu. Mereka
juga akan berdoa meminta petunjukdari Tuhan. Contoh:-

Anak ayam turun sepuluh,


Mati seekor tinggal Sembilan,
Bangun pagi sembahyang subuh,
Minta ampun kepada Tuhan.

Maksud rangkap

Rangkap 1. Semulia-mulia hari ialah hari Jumaat (Penghulu segala hari)Semulia-mulia makhluk di muka
bumi ini ialah nabi Muhammad SAW. Nabi Muhammad adalah penghulu segala nabi dan Rasul Allah.
Contoh:-

Banyak hari antara hari,


Tidak semulia hari Jumaat;
Banyak nabi antara nabi,
Tidak semulia Nabi Muhammad.

Rangkap 2. Waktu subuh adalah waktu yang sangat susah untuk bangun bersolat.Ianya merupakan satu
bentuk ijian Allah tentang keimanan Umatnya. Waktu subuh adalah permulaan siang hari yang banyak
mengandungi kelebihan dan keistemewaan. Oleh itu kita di sarankan supaya bangun pagi untu solat
subuh serta berdoa kerana waktu subuh adalah waktu yang baik untuk berdoa bagi mendapat keredaan
/ keampunan Allah SWT.

32
Persoalan

1. Beriman kepada tuhan dengan mengerjakan solat. Contoh

Bangun pagi sembahyang subuh,

2. Percaya kepada qoda’ dan qadar – mati


3. Solat tiang agama
4. Memuliakan hari Jumaat
5. Percaya kepada kewujudan nabi dan memuliakan nabi Muhammad (S.A.W)
6. Berdoa dan memohon ampun kepada Tuhan / memohon petunjuk. Contoh

Minta ampun kepada Tuhan.

Gaya Bahasa

1. Perulangan kata dalam baris yang sama / setara. Contoh “hari”


2. Perulangan bunyi huruf Vokal
3. Pengulangan bunyi huruf konsonan
4. Alusi
5. Citra
6. Penggunaan Diksi yang Indah dan Tepat – unsur alam

Ciri-ciri (ciri-ciri merangkumi semua yang dianalisis iaitu tema, pemikiran, gaya bahasa, bentuk dan
peranan)

1. Tema. Tema pantun adalah bertemakan keagamaan.


2. Bentuk. Pantun ini adalah pantun empat baris serangkap atau pantun empat kerat. Terdapat
pembayang maksud pantun. Dua baris pantun yang awal pada setiap rangkap adalah
pembayang.
3. Gaya Bahasa. Perulangan kata ditengah baris
4. Pemikiran. Pantun ini menerangkan tentang pegangan dan kepercayaan umat Islam pada
rukun Iman dan rukun Islam seperti percaya kepada nabi dan sembahyang lima waktu
5. Peranan pantun. Bertindak sebagai alat didaktik / pengajaran

Nilai keindahan (Estatika) pantun dari segi bentuk

1. Rangkap.Terdapat 2 rangkap. Bentuk binaan pantun adalah seimbang dari segi jumlah atau
bilangan baris dalam setiap rangkap.
2. Jumlah perkataan juga sejajar iaitu 4 patah perkataan dan jumlah suku kata antara 9 hingga 11
iaitu masih tidak melebihi suku kata terikat (8-12). Kesannya menimbulkan bentuk yang seragam
dan menarik.
3. Rima akhir- Berselang seli dan terikat a,b,a,b. Rima akhir baris pertama sama dengan rima akhir
baris ketiga, manakala rima akhir baris kedua sama dengan baris keempat. Kesannya dapat
melahirkan kesan bunyi yang menarikapabila diucapkan.

33
4. Pembayang dan maksud. Baris-baris dalam pantun dibahagikan kepada dua bahagian iaitu
pembayang dan maksud. Pembayang dapat memainkan peranan bagi memudahkan pembaca
memahami maksud dan mesej. Kesannya dapat menimbulkan keseimbangan apabila dibaca.
5. Jeda. Terdapat jeda atau hentian sebentar jika membaca pantun dalam baris-baris pantun.
Kesannya menimbulkan rentak beralun .

Contoh menjawab keindahan /estatika secara umum

(a) Huraikan tiga keindahan pantun di atas. [9]

Tiga keindahan pantun agama ialah:-

Pertama, keindahan dapat dilihat pada bentuk iaitu rangkap. Pantun agama mempunyi
dua rangkap Setiap rangkap mempunyai empat baris yang sejajar dan berpasangan. Hal
ini dapat menimbulkan kemerduan sebutan. Contoh

Banyak hari antara hari,


Tidak semulia hari jumaat,
Banyak nabi antara nabi,
Tidak semulia Nabi Muhammad.

Oleh itu, bentuk penting dalam penghasilan puisi bagi menimbulkan keindahan sebutan,

Kedua, dapat dilihat pada nada atau ritma pantun menerusi rima akhir. Rima akhir adalah persamaan
bunyi akhir dalam baris-baris puisi. Rima akhir pantun tetap iaitu a-b,a-b. Bagi pantun empat kerat ini
bunyi rima akhir baris pertama sama dengan baris ketiga dan rima akhir baris kedua sama dengan baris
keempat. Persamaan ini akan menimbulkan irama / rentak yang menarik apabila diungkapkan. Contoh
rangkap 2:-
Anak ayam turun sepuluh,
Mati seekor tinggal Sembilan,
Bangun pagi sembahyang subuh,
Minta ampun kepada tuhan

Oleh itu, nada dalam puisi dapat menimbulkan keindahan bunyi dan pendengar akan tertarik
mendengarnya.

Akhir sekali, keindahan dapat dilihat pada gaya bahasa yang ada iaitu perulangan kata di awal baris.
Penyair mengulangi perkataan “banyak“ dan “tidak” dalam rangkap pertama. Hal ini dapat menimbulkan
pengucapan yang puitis disamping memberi penekanan tentang mesej yang cuba disampaikan. Contoh:-

Banyak hari antara hari,


Tidak semulia hari jumaat,
Banyak nabi antara nabi,
Tidak semulia Nabi Muhammad.

Oleh itu, gaya bahasa memainkan peranan penting dalam menghasilkan puisi yang indah dan puitis.

34
Unsur agama

1. Hari dalam Islam- memuliakan hari


2. Nabi-nabi dalam Islam/kemuliaan Nabi Muhammad-percaya
3. Solat/sembahyang-tiang agama
4. Mohon keampunan kepada Allah/Tuhan - berdoa
5. Kematian yang pasti- percaya qada’ dan qadar

Contoh menjawab unsur agama

(b) Jelaskan pemikiran yang berunsurkan agama yang terdapat dalam puisi di atas. [16]

Pemikiran yang berunsurkan agama yang terdapat dalam pantun agama ialah:-

Kemuliaan hari dalam kalender Islam. Masyarakat Islam percaya bahawa hari Jumaat adalah penghulu
segala hari. Banyak perkara yang baik akan berlaku pada hari Jumaat seperti sembahyang Jumaat dan
lain-lain. Masyarakat Islam akan berkumpul pada hari Jumaat untuk mendengar khutbat dan nasihat
sebelum menunaikan sembahyang Jumaat secara berjemaah. Hal ini dapat mengeratkan tali
persaudaraan sesama manusia seperti yang ditekankan di dalam pantun agama. Contoh

Banyak hari antara hari,


Tidak semulia hari jumaat,

Memuliakan nabi/ Kepercayaan kepada kewujudan nabi. Umat Islam seharusnya percaya dan
memuliakan nabi kerana ia adalah sebahagian daripada rukun Iman. Nabi Muhammad S.A.W dikatakan
mulia kerana baginda merupakan kekasih Allah nabi akhir zaman. Baginda juga amat mengasihi
umatnya. Oleh itu, nabi Muhammad dimuliakan dan dikasihi oleh semua umat seperti yang terdapat
pada contoh di bawah:-
Banyak nabi antara nabi,
Tidak semulia Nabi Muhammad.

Seterusnya, Beriman kepada Tuhan dengan mengerjakan solat lima waktu / Kewajipan menunaikan
solat. Setiap umat Islam wajib menunaikan solat lima waktu seperti yang ditetapkan di dalam Al-quran
dan hadis. Barangsiapa yang mengerjakan solat akan mendapat ganjaran pahala. Umat Islam juga
diminta menyegerakan solat seperti yang terdapat dalam pantun:-

Bangun pagi sembahyang subuh,

Berdoa dan memohon keampunan kepada Tuhan. Setiap manusia tidak lekang daripada masalah dan
melakukan kesalahan, Oleh itu, manusia perlu berdoa dan memohon keampunan kepada Tuhan agar
hidupnya mendapat keredhoan dan keberkatan. Meminta doa dan ampun yang mustajab adalah selepas
menunaikan solat. Contoh

Bangun pagi sembahyang subuh,


Minta ampun kepada tuhan.

35
Kepentingan karya Dalam Kontaks Syarwajagat

1. Ketajaman akal dan kreatif dalam menyebarkan agama


2. Berpegang teguh pada ajaran agama
3. Percaya pada ketentuan /Qada’ dan Qadar
4. Memuliakan /percayakan nabi dan hari

Gambaran

1. Masyarakat yang sentiasa memuliakan nabi.


2. Masyarakat yang memuliakan hari kebesaran Islam iaitu hari Jumaat
3. Masyarakat yang memelihara binatang ternakan sebagai aktiviti mencari rezeki.
4. Masyarakat yang sentiasa taat kepada perintah Allah
5. Masyarakat yang rajin bekerja dan sentiasa bangun awal pagi.
6. Masyarakat yang sentiasa bersolat pada waktu/berdoa untuk memohon keampunan Allah.

36
BAB 2
PUISI TRADISIONAL
SYAIR

Syair dalam pengertian kesusasteraan Melayu digarap dengan pilihan kata-kata yang indah untuk
memaparkan hikayat lama, peristiwa sejarah, agama, bahan pengajaran, cerita gubahan sendiri dan
sebagainya. Pada suatu ketika, syair amat digemari oleh masyarakat Melayu sehingga dipersembahkan
dengan irama lagu yang tertentu. Syair juga merupakan sejenis puisi berlagu. Ia berasal dari Parsi dan
telah dibawa masuk ke Nusantara bersama-sama dengan kedatangan Islam. Syair telah diubahsuaikan
mengikut kesesuaian Bahasa Melayu Klasik ketika itu. Namun begitu, A. Teeuw berpendapat bahawa
syair merupakan puisi Melayu lama yang telah sedia wujud tetapi namanya telah ditukar.

Menurut Mohd, Yusuf Md. Nor, 1985 : Syair dikatakan berasal daripada puisi Arab iaitu sy’ir tetapi
bentuk syair Melayu amat berbeza dengan bentuk syair dalam kesusasteraan Arab. Keseluruhan
pengkaji sependapat bahawa istilah syair berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud puisi secara
umum. Dalam bahasa Melayu, istilah syair sudah menjadi satu istilah yang khusus. Syair Melayu tidak
beracuankan syair daripada tradisi Arab atau mana-mana puisi Arab-Parsi tetapi dalam bentuk dan
acuan asli masyarakat Melayu (Harun Mat Piah,1989).

Syed Naquib al-Attas berpendapat bahawa syair dicipta oleh Hamzah Fansuri sendiri selepas kedatangan
Islam iaitu pada tahun 600 Masihi. Kata “syair” mula diguna di alam melayu pada abad ke 16 dalam
stanza terjemahan “Kesidah Burda al-Busiri”. Za'aba pula mendakwa bahawa syair berasal daripada
perkataan "syir" yang membawa maksud perasaan serta pengenalan dengan pancaindera yang
selalunya membangkitkan pelbagai perasaan dan pengalaman serta mempunyai bahasa yang indah dan
menarik.

Melalui perkembangan persuratan Melayu selanjutnya, Hamzah Fansuri, seorang tokoh ulama dan
pujangga melayu merupakan individu yang telah menghasilkan syair dalam bentuk yang lebih Melayu
dan menyimpang daripada bentuk syair Arab dengan cukup berkesan dan ilmiah temanya. Selepas itu,
syair terus berkembang pesat dengan bentuk yang lebih mantap dan tekal. Semenjak itu, syair Melayu
sudah menyimpang daripada bentuk syair Arab yang menjadi tiruannya.

Terdapat bukti bahawa bentuk syair itu sendiri telah wujud sebelum kejatuhan Kerajaan Melaka,
sebagaimana yang tersurat dalam kata-kata yang tertulis pada sebuah batu nisan tua yang telah di-
jumpai di Minye Tujuh, Acheh, pada T.M. 1380 itu, selain itu hasil-hasil sastera yang seloka, gurindam,
pantun juga telah sedia diketahui oleh orang Melayu sebelum zaman kejatuhan Melaka. Hal ini ada
tercatat di dalam buku Sejarah Melayu menerusi kisah "Meminang Puteri Gunung Ledang"

"…….segala burung di dalam taman itu pun berbunyi, pelbagai bunyinya, ada yang seperti orang
bersiul, ada yang seperti orang berbangsi, ada yang seperti orang bersyair, ada yang seperti orang ber-
bait, ada yang seperti orang berseloka, ada yang seperti orang bergurindam "

Dalam teks Sulalatus Salatin Sejarah Melayu terdapat syair dalam bahasa Arab dan bahasa Melayu.
Orang Melayu mula berkenalan dengan syair sejak zaman awal bertapaknya Islam di alam Melayu
melalui pengkajian kitab yang terdapat bentuk syair seperti kitab Al-Luma’, Fusus al-Hikam, Al-Insan al-
Kamil yang dibawa oleh pengembang agama Islam ke Melaka. Syair berbahasa Arab yang terawal ialah
catatan batu nisan Sultan Malik al-Saleh (1297 M) di Pasai. Syair disampaikan dalam bentuk rangkap dan
menjadi kegemaran masyarakat Melayu lama. Syair tidak mempunyai pemilik atau penulis yang khusus.
Syair dianggapa milik bersama oleh masyarakat Melayu lama.

37
Ciri-ciri Syair

(Ciri-ciri merangkumi semua termasuk tema, pemikiran, bentuk, gaya bahasa dan lain-lain)

Syair boleh dikenali melalui bentuk, isi dan perbandingan dengan puisi Melayu tradisional yang lain.
Berbanding pantun, bentuk syair lebih ketat dan terikat kepada ciri – ciri tertentu. Bentuk konvensional
syair Melayu mengandungi empat baris serangkap dengan rima a/a/a/a. Bentuk inilah yang paling
dominan dalam masyarakat Melayu walaupun terdapat juga variasi-variasi bentuk yang lain. Berikut
adalah huraian berkaitan ciri-ciri syair.

Menurut Jamilah Hj. Ahmad ( 1989 ;ix ),ciri-ciri syair adalah seperti berikut:

i). Setiap rangkap syair terdiri daripada empat baris serangkap. Ini bermakna tiap-tiap satu
rangkap syair mengandungi jumlah baris yang tetap.

ii). Setiap baris mengandung empat atau lima patah kata dengan jumlah suku kata antara lapan
hingga dua belas.

iii). Rima hujung setiap barisnya sama,iaitu a-a-a-a.

iv). Untuk menyampaikan satu-satu idea atau tema,unit-unit rangkap syair tidak berdiri sendiri
tetapi bersambung-sambung dan menjadi satu kesatuan yang sistematik serta berkembang.
Dengan kata lain , tiap satu rangkap syair memerlukan beberapa rangkap syair yang berurutan
untuk memberi idea yang lengkap. Dengan lain perkataan, syair adalah satu pernyataan yang
berlarutan bagi mengemukakan cerita, kisah, buah fikiran, nasihat dan puji-pujian. Sebab itulah
syair ada awalan dan akhirannya. Oleh itu, syair sangat sesuai untuk menyampaikan ajaran,
nasihat, cerita-cerita, kisah-kisah sejarah dan sebagainya secara lebih indah, padat dan ringkas.

v). Dalam satu baris syair, terdapat suatu hentian (pause).

Menurut Harun Mat Piah (1989), syair dalam bahasa melayu mempunyai beberapa variasi yang
bergantung kepada bentuk rimanya iaitu:

i. Dua baris serangkap dengan rima a/b, (memerlukan beberapa rangkap)


ii. Tiga baris serangkap dengan rima a/a/b.
iii. Empat baris serangkap dengan rima a/a/a/a.
iv. Empat baris serangkap dengan rima a/b/a/b.
v. Empat baris serangkap dengan rima a/a/b/b.
vi. Empat baris serangkap dengan rima a/a/a/b, c/c/c/d, d/d/d/d dan seterus nya.
vii. Empat baris seirama (monorhyme).
viii. Empat baris berkait.

38
Tema Syair.

Dari segi isi dan tema, terdapat tujuh jenis tema yang berbentuk cerita (naratif) dan bukan cerita (bukan
naratif). Antaranya adalah seperti berikut :

i. Syair Sejarah. syair tentang sesuatu peristiwa atau sejarah,misalnya “Syair Singapura Terbakar”,
Syair Himop ” (mengisahkan perang yang berlaku antara orang Belanda dengan orang Cina) dan
“ Syair Speelman ”
ii. Syair Romantis cth. Syair Jeragan Budiman dan Jauhar Manikam. Syair daripada rekaan
pengarang yang berisi cerita,misalnya “Syair Bidasari”, “ Syair Dandan Setia ” dan “ Syair Yatim
Piatu”. Syair ini juga mengandungi cerita atau hikayat lama, misalnya “ Syair Ken Tambuhan ”,“
Syair Damarwulan ” dan “ Syair Panji Semirang ”.
iii. Syair Simbolik / Kiasan. syair yang bersifat kiasan dan sindiran, misalnya “ Syair Burung Pungguk
”, “ Syair Nuri ” dan “ Syair Kumbang dan Melati ”.
iv. Syair keagamaan. Syair yang berisi nasihat dan pengajaran agama seperti “ Syair Perahu”, “ Syair
Ibadat ” dan “ Syair Kiamat ”.
v. Tema-tema lain yang berasingan.

Fungsi Syair

Sebagai hiburan – sesuai dengan sifatnya yang demikian maka syair sering dilagukan dalam majlis-majlis
tertentu seperti dalam pesta dan keramaian, dipertandingkan atau dalam upacara-upacara adat.

Alat menyampaikan pengajaran melalui cerita dan lagu terutama dalam hal-hal yang menyentuh aspek
pengajaran agama Islam dari rukun iman, rukun sembahyang, zakat, puasa dan sebagainya. Kemerduan
suara “tukang lagu” dan kelembutan nada syair berupaya mengusik perasaan dan seterusnya
meninggalkan kesan yang mendalam.

Berfungsi dalam kegiatan kesenian dan kebudayaan masyarakat

i. Ketika sambutan maulud


ii. Dinyanyikan atau dilagukan sebagai mengiringi tarian-tarian tertentu seperti dalam dabus dan
boria
iii. Digunakan dalam adat perkahwinan

39
Syair Ikan Terubuk
1.0 Latar belakang:

Syair Ikan Terubuk adalah sebuah kumpulan syair Melayu yang diciptakan pada abad ke-19, berupa
media lisan tanpa diketahui siapa penciptanya. Salah satu cerita lisan yang masih menjadi tradisi dalam
kalangan masyarakat Melayu Bengkalis, Riau ialah kisah ikan Terubuk. Kisah ini diabadikan dalam bentuk
syair melalui 285 bait dan diberi nama Syair Ikan Terubuk. Namun syair ini telah diterbitkan di dalam
sekitar dua puluh versi, salah satunya ditulis oleh Ulul Azmi. Karya besar yang menjadi masterpiece ini
membentangkan kehidupan habitat ikan didalam air, baik air laut maupun air tawar secara lengkap.
Uniknya, Syair Ikan Terubuk menjadi sangkakala mantra dalam upacara Semah Laut di Bengkalis, yaitu
sebuah upacara mengundang ikan-ikan terubuk melalui cara supranatural, yang dilakukan secara turun-
temurun. Rangkaian syair ini menceritakan perjuangan ikan Terubuk, sejenis ikan yang menjadi
pemimpin kerajaan laut dengan daerah kekuasaan meliputi beberapa selat, telah tertawan dengan
puteri yang cantik jelita bernama Puyu-Puyu dari kerajaan air tawar. Untuk mendapatkan putri Puyu-
Puyu, ia pun mengerahkan bala pasukan yang dimilikinya untuk menerobos masuk ke kerajaan air tawar.
Namun mujur tak dapat diraih, malang tak dapat ditolak, pasukan Terubuk terjerat jaring nelayan.

Melalui buku ini, Ulul Azmi menunjukkan bahawa syair ikan Terubuk merupakan karya sastera yang sarat
makna dan tinggi nilainya. Syair ini mempunyai pengaruh yang cukup signifikan terhadap kehidupan
masyarakat Bengkalis, khususnya di laut muara sungai Siak, Riau. Di samping itu, Azmi juga
menunjukkan bahwa karya sastera yang diciptakan pada abad ke-19 ini dibuat oleh seorang penyair
yang memiliki pengetahuan luas mengenai kehidupan di dalam air, baik air masin maupun air tawar.
Secara politik, rangkaian Syair Ikan Terubuk menggambarkan keinginan yang gagal dari penguasa lautan,
ikan Terubuk, untuk menguasai daerah pedalaman, putri Puyu-Puyu. Jika ditarik pada konteks awal
keberadaan syair tersebut, kita akan mengetahui bahwa Syair Ikan Terubuk menceritakan negeri pantai
di wilayah Semenanjung Melayu, yang diwakili oleh Sultan Mahmud dari Melaka, untuk menaklukan
negeri-negeri di daerah pedalaman, seperti Pagarruyung, Minangkabau dan negeri-negeri yang lainnya.

Syair kiasan atau alegori ini mengisahkan percintaan antara ikan. Menurut Overbeck, syair jenis ini
biasanya mengandungi sindiran terhadap peristiwa tertentu. Syair Ikan Terubuk dengan Puyu-puyu
misalnya menyindir peristiwa peminangan seorang anak Melaka terhadap puteri Siak yang tidak
berhasil. Syair ini mungkin diilhami oleh pelanggaran Melaka terhadap Siak. Syair Ikan Terubuk dengan
Puyu-puyu ini berdasarkan naskhah v.d. Wall 242 di Jakarta.

Sinopsis Keseluruhannya,

Secara keseluruhannya syair ini mengisahkan tentang ikan terubuk yang berasal dari Tanjung Tuan di
laut Melaka (Kerajaan air masin laut) telah jatuh cinta pandang pertama dengan tuan puteri ikan puyu-
puyu yang berasal dari Tanjung Pandang (kerajaan air tawar). Ikan terubuk yang digelar sebagai Duli
Seripada sentiasa terkenang akan tuan puteri ikan puyu-puyu yang cantik rupawan dan baik tingkahlaku
serta bersopan-santun.

Namun begitu, tuan puteri ikan puyu-puyu menolak hasrat hati ikan terubuk, menyebabkan ikan
terubuk pulang ke Tanjung Tuan membawa hati yang lara. Tuan Puteri puyu-puyu tidak berminat
dengan ikan terubuk lalu dia berdoa kepada tuhan agar diberi jalan untuk tidak bersama dengan ikan
terubuk. Lalu berlakulah peristiwa aneh, angin ribut berserta kilat dan petir sabung-menyabung dan
akhirnya sebatang pokok pulai tumbuh ditengah kolah puteri puyu-puyu. Tuan puteri puyu-puyu telah
melompat ke atas pucuk pokok pulai dan hilang lenyap diudara.

40
Berita kehilangan puteri puyu-puyu di udara bersama dengan bala tenteranya telah disampaikan oleh
ikan belida kepada ikan pari. Berita tersebut telah dipanjangkan pula kepada ikan terubuk yang digelar
sebagai Duli Seripada. Apabila mendengarnya, dia berasa amat sedih kerana hasratnya untuk memiliki
tuan puteri puyu-puyu tidak kesampaian.

Ikan terubuk dan bala tenteranya terus pergi mencari di lautan luas, namun segala usahanya sia-sia
sahaja kerana tuan puteri puyu-puyu sudah tiada. Ikan terubuk akhirnya mengambil keputusan untuk
kembali ke tempat aslanya dengan kecewa kerana hasratnya untuk memiliki tuan puteri puyu-puyu
tidak kesampaian.

Maksud Syair mengikut rangkap: (rujuk teks muka surat 7-10)

Rangkap 1:
Syair ini dimulakan dengan bacaan bismilah sebagai pembuka cerita dan seterusnya diikuti dengan
memuji kebesaran Allah pentadbir sekalian alam semestayang sentiasa memberi rahmat siang dan
malam kepada setiap umat Islam.

Bismillah itu permulaan kalam,


Dengan nama Allah Khalik al-alam,
Melimpahkan rahmat siang dan malam,
Kepada segala mukmin dan Islam

Rangkap 2:
Syair ini menceritakan tentang ikan terubuk yang tidak menghiraukan keadaan sekeliling (kawasan
pemerintahannya) kerana bersedih .

Rangkap 3:
Sebenarnya ikan terubuk adalah ikan yang dianggap berhantu dan berasal dari laut Melaka. Ikan terubuk
berada dalam kesedihan setiap waktu sehingga tidak ada keceriaan dihatinya. Kisah dua kerajaan yang
memerintah di persekitaran kawasan kerajaan air masin dan air tawar. Kerajaan air masin diwakili oleh
ikan terubuk manakala kerajaan air tawar diwakili oleh ikan puyu-puyu.Ikan terubuk dikatakan seolah-
oleh ikan puaka yang berasal dari laut di Melaka. Perkataan “puaka” boleh dikaitkan dengan ancaman
musuh dan perseteruan. Ikan terubuk sangat meminati ikan puyu-puyu. Namun ikan puyu-puyu tidak
sedikitpun menyukai ikan terubuk. Ini dapat dilihat pada rangkap 2 dan 3;

Mula dikarang ikan terubuk,


Lalai memandang ikan di lubuk,
Hari dan jantung bagai serbuk,
Laksana kayu dimakan bubuk.

Asal terubuk ikan puaka,


Tempatnya konon di laut Melaka,
Siang dan malam berhati duka,
Sedikit tidak menaruh suka.

41
Rangkap 4:
Ikan terubuk sentiasa termenung dan bermuram dalam kesedihan kerana perasaanya resah gelisah
apabila mengetahui adanya puteri yang cantik jelita.

Rangkap 5:
Kisahnya bermula apabila ikan terubuk yang cuba memujuk rayu puteri ikan puyu-puyu, sehingga
menyebabkan ikan terubuk sentiasa terkenangkannya. Dendam rindu inginkan ikan puyu-puyu sangat
mendalam dan terubuk sering merindu siang dan malam. Lalu terubuk sering menyeru dan memuja
puyu-puyu. Sebagaimana rangkap ke 4 dan 5;

Pagi petang duduk bercinta,


Berendam dengan airnya mata,
Kalbunya tidak menderita,
Kerana mendengar khabar berita.

Pertama mula terubuk merayu,


Berbunyilah guruh mendayu-dayu,
Senantiasa berhati sayu,
Terkenangkan puteri ikan puyu-puyu.

Rangkap 6:
Puteri tersebut dikenali sebagai Puteri puyu-puyu yang tinggal di dalam sebuah kolam (air tawar)
Memiliki rupa paras yang cantik, tingkah laku yang baik serta bersopan-santun.

Puteri Puyu-puyu konon namanya,


Di dalam kolam konon tempatnya,
Cantik mejelis barang lakunya,
Patutlah dengan budi bahasanya.

Rangkap 7:
Tempat tinggal sang puteri di Tanjung Padang. Pada suatu ketika ikan terubuk datang menziarahinya lalu
jatuh cinta kerana kecantikan fizikal yang dimiliki oleh puteri ikan puyu-puyu. Asal puyu-puyu dikatakan
di Tanjung Padang. Ada pendapat mengatakan kawasan ini adalah di Pagar Ruyung Minangkabau di
pulau Sumatera. Diceritakan juga gambaran rupa paras tuan puteri yang menyerupa puyu-puyu.
Terubuk sangat tertarik dan sering memerhati keayuan wajah puyu-puyu;

Kolamnya konon di Tanjung Padang,


Di sanalah tempat Terubuk bertandang,
Pinggangnya ramping dadanya bidang,
Hancurlah hati terubuk memandang.

Rangkap 8:
Ikan terubuk mulai terkenang puteri puyu-puyu dari jauh hingga tidak terkata. Perasaannya diselubungi
resah sehingga tidak keruan(tidak tentu arah jadinya)

Muda menentang dari saujana,


Melihat puteri terlalu lena,
Hati di dalam bimbang gulana,
Duduk bercinta tiada semena.

42
Rangkap 9:
Perasaan sedih kerana terkenangkan puteri puyu-puyu yang tidak menerimanya menyebabkan ikan
terubuk (golongan bangsawan) pulang ke tempat asalnya di Tanjung Tuan. Siang dan malam ikan
terubuk teringatkan tuan puteri.

Gundah gulana tidak ketahuan,


Lalulah pulang muda bangsawan,
Setelah sampai ke Tanjung Tuan
Siang dan malam igau-igauan

Rangkap 10:
Apabila menjelang waktu senja(petang) tuan puteri berdoa, sekiranya dia dari keturunan raja yang
berdaulat muga Allah akan memakbulkan segala pemintaannya. Asal usul puyu dikatakan keturunan
raja. Dikatakan dia mempunyai keupayaan memuja dan berdoa. Sebarang pinta dan doanya akan
dimakbulkan demi mengelakkan ancaman terubuk.

Setelah hari hampirkan senja,


Puteri bersiap hendak memuja,
Jika sungguh asalku raja,
Disampaikan Allah barang disaja.

Rangkap 11:
Upacara berdoa tersebut dimulai dengan tuan puteri mandi berlimau membersihkan diri, seterusnya ke
tempat beribadat. Tuan puteri berdoa sehingga waktu dinihari (subuh).

Rangkap 12:
Doa tuan puteri dimulai dengan puji dan puja kepada Allah. Tuan puteri merintih akan nasib dirinya, dia
juga bermohon untuk mendapat restu dari keturunannya agar doanya diperkenankan. Contoh rangkap
11 dan 12

Berlimau mandi tuan puteri,


Lalulah masuk ke dalam puri,
Meminta dia seorang diri,
Sampailah waktu dinihari.

Ya Illahi, Ya Tuhanku,
Apakah sudah demikian laku,
Dengan berkat nenek moyangku,
Disampaikan dewata barang pintaku.

Rangkap 13:
Tidak lama kemudian, suasana berubah, ribut , kilat dan petir sabung menyabung lalu turunlah nenek
moyangnya dari kayangan.

Selang tidak berapa antara,


Turunlah ribut dengan segera,
Kilat dan petir tidak terkira,
Datuk nenek turun dari udara.

43
Rangkap 14:
Mereka membawa sepohon pokok pulai yang dibawa dari Tanjung Balai. Pokok pulai itu sangat cantik
apabila tuan puteri menyaksikannya timbullah rasa kagum.

Rangkap 15:
Pokok pulai itu sangat rending dengan banyak dahannya. Pokok pulai itu diletakkan ditengah-tengah
kolah, apabila sampai waktu yang telah ditetapkan tuan puteri telah melompat ke atas pucuknya. Puyu-
puyu mendapat pertolongan berkat doanya yang telah dimakbulkan. Pertolongan tersebut telah
menyelamatkan dirinya daripada ancaman terubuk yang sangat inginkan dirinya. Lalu berkat datuk
neneknya menunaikan pertolongan dengan sepohon pokok pulai yang rendang. Puyu dapat melompat
keluar daripada kolam ke pucuk batang pulai. Maka terselamatlah puyu daripada ikan terubuk. Dapat
dibuktikan pada rangkap ke 14 da 15,

Membawa sepohon batangnya pulai,


Datangnya dari Tanjung Balai,
Eloknya tidaklah ternilai,
Puteri melihat hairan terlalai.

Pulainya rendang dengan rampaknya,


Di tengah kolah terdiri dianya,
Sampailah waktu dengan janjinya,
Puteri melompat ke atas pucuknya.

Rangkap 16:
Dengan restu para wali (orang suci) tuan puteri tidak dapat berkata-kata, belumpun sempat berlaku apa-
apa tuan puteri sudah tidak kelihatan lagi.

Dengan berkat segala aulia,


Perkataan puteri terhentilah ia,
Belumlah sampai daya upaya,
Tiada pertemuan apakan daya.

Rangkap 17:
Ikan belida bersungguh-sungguh memaklumkan tentang kejadian tersebut di mana tuan puteri telah
naik ke langit bersama dengan bala tenteranya.

Berlida menyambut sambil bercura,


Lemah lembut bunyi suara,
Puteri nin sudah naik udara,
Dengan bala segala tentera.

Rangkap 18:
Ikan pari telah datang mengadap Duli Baginda Seripada (ikan terubuk) memaklumkan tentang berita
kehilangan tuan puteri puyu-puyu.

Rangkap 19:
Ikan pari memaklumkan bahawa berita kehilangan tuan puteri naik ke udara datangnya daripada ikan
belida. Dia berharap berita tersebut tidak akan menimbulkan keresahan kepada ikan terubuk. Lalu dia
mempersilakan ikan terubuk ke laut Negara. Contoh rangkap 18 dan 19

44
Pari pun kembali mengadap,
Berdatang sembah lakunya syahda,
Daulat tuanku duli Seripada,
Tuan puteri sudah tiada.

Sudah naik ke atas udara,


Belida gerangan punya bicara,
Kepada tuanku jangan ketara,
Silakan tuanku ke laut negara,

Rangkap 20:
Apabila Raja Seripada mendengar berita tersebut dia berasa sangat sedih hingga menyebabkannya
menitiskan air mata. Beliau berasa harapannya hampa kerana belum dia sempat dia bertemu tuan
puteri, tuan puteri telah menghilangkan diri.

Demi baginda mendengarkan kata,


Tunduk berhamburan airnya mata,
Putuslah harap rasanya beta,
Belumlah lagi pertemuan kita.

Rangkap 21:
Ikan terubuk terus berenang ke lautan luas bersama dengan bala tenteranya, perasaannya diselubungi
rasa serba salah sehingga timbul rasa takut(tidak berjumpa dengan tuan puteri) didalam hatinya.
Kehilangan puyu-puyu telah sampai kepada pengetahuan terubuk. Berita kehilangannya telah
menyebabkan tuanku bersedih dan mengarahkan supaya segera mencari puyu-puyu. Hajat terubuk
ingin bertemu puyu-puyu tidak kesampaian lalu kembalilah terubuk ke laut semula dalam keadaan
kecewa sebagaimana rangkap 21;

Terubuk berenang lalu ke laut,


Sekalian ikan ramai yang mengikut,
Hati di di dalam terlalu kusut,
Bagaikan datang rasanya takut.

Rangkap 22:
Raja Seripada diselubungi rasa sedih kerana kehilangan tuan puteri yang dikasihinya. Begitulah nasib
yang terpaksa dihadapinya.

Rangkap 23:
Perasaan Raja Seripada terus dibayangi rasa sedih yang berpanjangan akibat kehilangan tuan puteri.
Contoh rangkap 22 dan 23

Kain putih bersampul pulih,


Pakaian anak raja perempuan,
Yang dicita tidaklah boleh,
Sudahlah nasib badanku tuan.

Anggur jabat tanaman Judah,


Tanam melati di jambangan,
Jangan dijabat yang telah sudah,
Rosaklah hati yang berpanjangan,

45
Rangkap 24:
Raja Seripada kembali semula ke tempat asalnya , perasaan sedih yang teramat sangat kerana hasrat
hatinya untuk mendapatkan tuan puteri tidak kesampaian perasaan sedihnya itu bersemandi di dalam
kalbunya.

Muda pun datang kepada tempatnya,


Hancur luluh rasa hatinya,
Sebab tak sampai bagai kehendaknya,
Duduk bercinta di dalam hatinya.

Tema:

Bertemakan kegagalan dalam percintaan berpunca dari perbezaan status. Cinta Terhalang akibat
perbezaan darjat

Bentuk Syair

1 Rangkap. Terdiri daripada 24 rangkap


2. Baris. Mengandungi 4 baris serangkap dan setara. Setiap baris dalam syair mempunyai makna
yang berkaitan dengan baris-baris terdahulu. Syair ini menceritakan suatu kisah (kesatuan idea).
Dalam satu baris terdapat suatu hentian (pause)
3. Patah perkataan. Sebaris mengandungi 3 hingga 5 patah perkataan
4. Suku kata. Mempunyai suku kata antara 8 hingga 12 bagi setiap baris

Ya Illahi, Ya Tuhanku, 8 sk
Disampaikan dewata barang pintaku. 12 sk

6. Rima akhirnya a,a,a,a bagi setiap rangkap

Gaya Bahasa

1. Perulangan kata
2. Perulangan bunyi huruf vokal dan bunyi huruf konsonan
3. Inversi
4. Simbolik
5. Metafora
6. Hiperbola
7. Diksi yang tepat dan indah – Bahasa Arab dan Unsur alam

Contoh menjawab nilai estika (Bentuk, gaya bahasa , pemikiran (isi) dan nada/irama)

(a) Unsur estetik dan kesannya

Asonansi. Perulangan bunyi vokal dalam baris-baris puisi. Ini akan menjadikan puisi menarik dan indah
Kehadiran bunyi vokal menjadikan lebih harmonis dan mengundang kepelbagaian kesan pendengaran
yang lunak dan memikat jiwa. Perulangan volal ‘a’ diulang sebanyak 7 kali . Contoh

Disampaikan dewata barang pintaku

46
Aliterasi. Perulangan bunyi konsonan dalam baris-baris puisi. Ini akan melahirkan kelunakan irama dan
rentak untuk menggambarkan perasaan dan pengalaman penciptanya.Unsur ini juga akan menimbulkan
kesan kelantangan bunyi yang diucapkan. Contoh perulangan bunyi huruf konsonan “t” yang diulang
sebanyak 4 kali.
Kilat dan petir tidak terkira,

Rima akhir. Rima akhir adalah persamaan bunyi akhir dalam baris-baris puisi iaitu a-a,a-a. Persamaan ini
akan menimbulkan irama/rentak yang menarik apabila diungkapkan.

Berlida menyahut sambil bercura, a


Lemah lembut bunyi suara, a
Puteri nin sudah naik udara, a
Dengan bala segala tentera. a

Pemikiran:

Pemikiran tentang percintaan . Percintaan yang melibatkan perbezaan status / darjat yang membawa
kepada kegagalan dalam percintaan tersebut. Percintaan yang melibatkan ikan terubuk yang berasal
dari kerajaan air masin dengan puteri ikan puyu-puyu dari kerajaan air tawar.

Pemikiran Pengharapan pada yang Esa / Doa. Segala harapan hendaklah disandarkan kepada yang
Maha Esa, Puteri ikan puyu-puyu berdoa kepada Allah agar dia tidak dipertemukan dengan Ikan teubuk.

Pemikiran tentang kerinduan. Kerinduan terhadap kekasih yang jauh terpisah hingga menyebabkan
perasaan jadi resah dan gelisah.Ikan Terubuk yang sentiasa terkenangkan puteri ikan puyu-puyu
sehingga menyebabkannya sedih dan gelisah.

Pemikiran tentang kedaulatan. (keluarga raja). Keturunan diraja mempunyai kedaulatan mereka yang
tersendiri, Puteri ikan puyu-puyuberkata jika dia dari keturunan yang berdaulat barang diminta barang
jadi. Terbukti apabila dia meminta agar tidak dipertemukan dengan ikan terubuk, maka berlaku perkara
aneh pokok pulai muncul di tengah kolah dan akhirnya dia melompat ke atas pucuk pokok pulai dan
akhirnya hilang.

Pemikiran tentang kejadian luar biasa / aneh. Golongan bangsawan sering dikaitkan dengan kejadian
luar biasa apabila berdepan dengan sesuatu keadaan. Contohnya apabila Tuan Puteri puyu-puyu
menyeru nenek moyangnya, maka berlakulah kejadian ribut diikuti dengan kilat dan petir menunjukkan
tuan puteri seorang yang berdaulat.

Pemikiran tentang kecantikan golongan bangsawan/ puteri. Golongan bangsawan sering digambarkan
memiliki wajah yang cantik , contohnya tuan puteri puyu-puyu dikatakan memiliki wajah yang cantik,
Cantik mejelis barang lakunya.

Pemikiran tentang keelokkan tingkah laku golongan bangsawan. Golongan bangsawan seringkali
dikatakan mempunyai ketinggian budi perkerti hingga memikat hati orang yang melihatnya.Contohnya
Tuan Puteri puyu-puyu dikatakan tingkah laku yang baik.

Pemikiran tentang putus asa / kecewa. Apabila berdepan dengan kegagalan dalam percintaan,
perasaan putus asa dan kecewa sering menghantui diri. Contohnya ikan terubuk yang gagal dalam
percintaannya dengan puteri puyu-puyu sering termenung dan berada dalam gungah gulana.

47
Contoh menjawab pemikiran

(a) Huraikan tiga pemikiran yang terkandung dalam petikan syair di atas. [9]

Tiga pemikiran yang terkandung dalam syair ialah:-

Pemikiran tentang percintaan yang terhalang kerana dua darjat .Masyarakat Melayu tradisional amat
mementingkan pangkat dan darjat. Perbezaan status / darjat telah membawa kepada kegagalan dalam
percintaan di antara ikan Terubuk dan ikan Puyu-puyu. Hal ini kerana ikan terubuk berasal dari kerajaan
air masin manakala puteri ikan puyu-puyu pula berasal dari dari kerajaan air tawar. Sudah pasti mereka
tidak dapat hidup bersama. Puteri ikan puyu-puyu berkata jika dia dari keturunan yang berdaulat
barang diminta barang jadi. Terbukti apabila dia meminta agar tidak dipertemukan dengan ikan terubuk,
maka berlaku perkara aneh pokok pulai muncul di tengah kolah dan akhirnya dia melompat ke atas
pucuk pokok pulai dan akhirnya hilang.Contoh dapat dilihat dalam rangkap:

Setelah hari hampirkan senja,


Puteri bersiap hendak memuja,
Jika sungguh asalku raja,
Disampaikan Allah barang disaja

Asal Ikan Terubuk. Contoh

Asal terubuk ikan puaka, ( R3:B1)


Tempatnya konon di laut Melaka, (R3:B2)

Asal Puteri Puyu-puyu

Kolamnya konon di Tanjung Padang, (R7:B1)


Disanalah tempat Terubuk bertandang, (R7:B2)
Pemikiran tentang kedaulatan dan kehebatan seorang pemimpin. Daulat merupakan kekuasaan yang
dimiliki oleh seseorang pemerintah atau raja yang hebat. Kehebatan dan kedaulatan raja akan
membolehkan seseorang pemerintah atau raja yang berdaulat dapat apa yang dihajatinya. Pemimpin
yang hebat juga mempunyai jajahan yang luas dan sering kali digeruni, dipandang tinggi dan dianggap
puaka oleh semua pihak. Keturunan diraja seperti ikanTerubuk mempunyai kedaulatan mereka yang
tersendiri. Contoh:-

Asal terubuk ikan puaka,


Tempatnya konon di laut Melaka,
Siang dan malam berhati duka,
Sedikit tidak menaruh suka.

Pemikiran masyarakat tentang keagungan Tuhan /kekuasaan Tuhan. Dalam sebarang urusan yang
hendak dilakukan, keizinan dari Tuhan hendaklah dipohon bagi memudahkan sebarang kerja yang
hendak dilakukan. Sebagaimana yang dilakukan oleh Puteri puyu-puyu yang bermohon dari Tuhan untuk
memudahkan urusannya untuk menerima atau perhubungannya dengan ikan terubuk. Contoh

48
Ya Ilahi, Ya Tuhanku, (R12:B1)
Apakah sudah demikian laku,(R12:B2)
Dengan berkat nenek moyangku,(R12:B3)
Datuk nenek turun dari udara.(R12:B4)

Pemikiran tentang kecantikan dan keelokan tingkah laku golongan bangsawan/ puteri. Golongan
bangsawan sering digambarkan memiliki wajah yang cantik dan dikatakan mempunyai ketinggian budi
perkerti hingga memikat hati orang yang melihatnya. contohnya tuan puteri puyu-puyu dikatakan
memiliki wajah yang cantik, Cantik mejelis barang lakunya dan dikatakan memiliki tingkah laku yang
baik. Contoh

Puteri Puyu-puyu konon namanya,


Di dalam kolam konon tempatnya,
Cantik mejelis barang lakunya,
Patutlah dengan budi bahasanya.

Kolamnya konon di Tanjung Padang,


Di sanalah tempat Terubuk bertandang,
Pinggangnya ramping dadanya bidang,
Hancurlah hati terubuk memandang.

Pemikiran tentang kejadian luar biasa / aneh. Golongan bangsawan sering dikaitkan dengan kejadian
luar biasa apabila berdepan dengan sesuatu keadaan. Contohnya apabila Tuan Puteri puyu-puyu
menyeru nenek moyangnya, maka berlakulah kejadian ribut diikuti dengan kilat dan petir menunjukkan
tuan puteri seorang yang berdaulat. Contoh

Selang tidak berapa antara,


Turunlah ribut dengan segera,
Kilat dan petir tidak terkira,
Datuk nenek turun dari udara.

Contoh menjawab ciri-ciri syair (Ciri termasuk semua yang dianalisis bukan sekadar bentuk. Namun
fakta bentuk boleh beri 2, rima 1 dan gaya bahasa 1

a) Jelaskan tiga ciri syair berdasarkan petikan di atas. [9]

Pola rima akhirnya a,a,a,a/sekata. Bunyi rima akhir berbentuk terikat (hampir keseluruhan a-a-a-a
kecuali dua rangkap terakhir bercirikan rima akhir pantun a-b-a-b). Kesannya……..

Demi baginda mendengarkan kata, (a)


Tunduk berhamburan airnya mala, (a)
Putuslah harap rasanya beta, (a)
Belumlah lagi pertemuan kila. (a) {R9: B1-B4}

Kesatuan idea (cerita yang bersambung-sambung) daripada satu rangkap ke rangkap yang berikutnya.
Sebuah syair biasanya menceritakan suatu kisah. Untuk menyampaikan satu-satu idea unit-unit rangkap
syair tidak berdiri sendiri tetapi bersambung-sambung dan menjadi satu kesatuan yang sistematik serta
berkembang. Satu pernyataan yang berlarutan dengan pengkisahan yang lengkap.Maksud keseluruhan

49
cerita tidak akan lengkap melainkan gabungan maksud keseluruhan rangkap Di akhir rangkap dapat
diketahui kesedihan baginda belum terungkai kerana masih gagal menemui tuan puteri. Contoh……

Beri contoh puisi

Sebaris syair mengandungi 4 hingga 5 patah perkataan. Jumlah perkataan dalam baris antara empat
hingga ilma. Keseragaman rangkap iaitu setiap rangkap mengandungi empat baris ayat. Kesan……. Dan
contoh

Sudah/ naik ke/ udara/, (4 patah perkataan)


Belida/ gerangan/ punya/ bicara/, (4 patah perkataan)

Silakan/ tuanku/ ke/ luar/ negara/. (5 patah perkataan)

Gambaran Masyarakat

1. Masyarakat Yang Mementingkan Perbezaan darjat/keturunan. Boleh membawa kegagalan


dalam percintaan sebagaimana yang berlaku ke atas ikan terubuk yang gagal memiliki cinta
puteri puyu-puyu kerana berbeza dari segi darjat, ini kerana ikan terubuk berasal dari kerajaan
laut manakala puteri puyu-puyu dari kerajaan air tawar.

2. Masyarakat Yang Berdoa Dan Mempercayai Keagungan Tuhan. Dalam sebarang urusan yang
hendak dilakukan, keizinan dari tuhan hendaklah dipohon bagi memudahkan sebarang kerja
yang hendak dilakukan. Sebagaimana yang dilakukan oleh Puteri puyu-puyu yang bermohon dari
tuhan untuk memudahkan urusannya menolak ikan terubuk.

3. Pemimpin Yang Daulat /Digeruni / Hebat. Daulat merupakan kekuasaan yang dimiliki oleh
seseorang pemerintah atau raja yang mana akan membolehkan seseorang pemerintah atau raja
yang berdaulat dapat apa yang dihajatinya. terbukti apabila Puteri Puyu-puyu mendapat apa
yang dihajatinya iaitu tumbuhnya pokok pulai yang digunakan untuk menghilangkan diri.

4. Masyarakat Yang Mempercayai Kejadian luar biasa / Nenek Moyang / Animisme. Kejadian
aneh yang berlaku yang dikaitkan dengan kedaulatan seseorang pemerintah. Pemerintah atau
raja yang berdaulat sering akan berlakunya kejadian aneh. Dalam syair ikan terubuk kejadian
aneh yang berlaku ialah ribut, kilat dan petir sabung-menyabung menandakan kedaulatan
seseorang raja.

Nilai kepercayaan masyarakat

Kepercayaan Animisme. Masyarakat melayu dahulu sangat mempercayai roh-roh leluhur mereka.
Mereka sering memuja semangat roh nenek moyang mereka apabila mereka menghadapi masalah
hidup. Contohnya ayat “Dengan berkat nenek moyangku” dalam rangkap ........

Kepercayaan Unsur Hindu. Selepas animisme, masyarakat melayu mengamalkan ajaran hindu. Oleh itu
kepercayaan terhadap dewa adalah salah satu bentuk kepercayaan yang penting bagi mereka. Dewa
selalunya menjadi pengantara bagi memohon doa dan permintaan mereka agar dimakbulkan.
Contohnya ayat “Disampaikan dewata barang pintaku”

50
Kepercayaan tentang ikan terubuk adalah ikan yang berpuakan
Kepercayaan terhadap kejadian luar biasa / magis / nenk moyang

Nilai Keagamaan

Kepercayaan agama Islam. Percaya kepada kekuasaan Tuhan. Kepercayaan masayarakat yang
diterjemahkan dalam syair ini adalah setelah kedatangan Islam. Oleh itu, walaupun terdapat unsur
kepercayaan lain wujud dalam syair ini namun keutamaannya adalah usur-unsur Islam. Hal ini dapat
dilihat melalui pembukaan syair ini telah memulakannya dengan menyebut nama Allah dan bismillah.
Contohnya “bismillah itu permulaan kalam”. “Dengan nama Allah khalik al-alam. Ia dikenali juga dengan
isilah “Doksologi”. Kemudian di tengah syair ada menyebut “Ya Ilahi Ya Tuhanku,”. Semua perkara ini
menunjukkan bahawa kepercayaan Islam adalah menjadi teras gambaran masyarakat melayu.

Berdoa memohon sesuatu

Nilai kemanusiaan:

Kasih sayang
Keberanian
Kegigihan
Keyakinan

Nilai kemasyarakatan

Kerjasama
Kesetiaan kepada pemerintah

Contoh menjawab nilai

b) Nilai yang terdapat dalam syair

Nilai insaf dengan ketentuan Allah. Masyarakat yang insaf dan menerima takdir. Ikan Terubuk
menerima hakikat kerana kegagalanya untuk memiliki puteri Puyu-puyu. Dia akhirnya insaf dan berserah
untung nasibnya kepada Tuhan meskipun terpaksa menelan kedukaan. Contoh

Terubuk berenang lalu ke laut,


Sekalian ikan ramai yang mengikut,
Hati di dalam terlalu kusut,
Bagaikan datang rasanya takut.

Nilai bijaksana dalam membuat keputusan. Kita hendaklah bijaksana dalam membuat keputusan agar
tidak menimbulkan permasalahan pada masa akan datang. Puteri Puyu-puyu membuat keputusan yang
bijaksana menolak cinta Ikan Terubuk kerana memikirkan nasib buruk yang akan menimpanya pada
masa-masa akan datang kerana budaya hidup mereka adalah berbeza. Contoh…

51
Dengan berkat segala mulia,
Perkataan puteri terhentilah ia,
Belumlah sampai daya upaya,
Tiada pertemuan apakan daya.

Nilai tidak mementingkan diri sendiri/individualistik. Setiap insan perlu disemai tidak mementingkan
kebendaan. Juga perlu menghindari sikap tamak. Puteri puyu-puyu menolak cinta Ikan Terubuk
meskipun memiliki kuasa yang besar kerana………….. Contoh

Pari pun kembali menghadap baginda,


Berdatang sembah lakunya syahda,
Daulat tuanku duli Seripada,
Tuan puteri sudah tiada.

Nilai setia terhadap raja dalam apa jua keadaan. Nilai setia perlu disemai dalam diri rakyat agar
seseorang raja dapat memerintah dengan aman. Belida merupakan contoh salah stu rakyat yang setia
terhadap raja. Sanggup menerima apa jua arahan raja dan seringkali berada disisi raja ketika raja
meminta beliau mengawal puteri Puyu-puyu. Belaiau menjalankan tugasnya dan mengkhabarkannya
kepada Raja Seripada ketika puteri Puyu-puyu diangkat naik ke udara. Contoh………..

Sudah naik ke atas udara,


Belida gerangan punya bicara,
Kepada tuanku jangan ketara,
Silakan tuanku ke laut negara.

Nilai percaya kepada Tuhan. Sebagai seorang berpegang kepada agama, kita perlu percaya akan
kekuasaanNya. Anak-anak perlu dididik dan disemai nilai-nilai agama sejak kecil agar kehidupan tidak
terpesong. Begitu juga dengan Puteri Puyu-puyu yang percaya akan kewujudan dewa. Beliau memohon
pcrtolongan daripada dewa agar membantunya menyelamatkan diri daripada Ikan Terubuk. Sebagai
seorang patuh kepada agama islam kita hendaklah sentiasa berdoa kepada Tuhan yang Maha Esa demi
kehidupan yang harmoni. Beri Contoh

Kepentingan karya syair ikan terubuk dalam konteks sarwajagat (world views) masyarakat melayu.

Menceritakan kewujudan dua kerajaan yang berbeza. Satu mewakili kerajaan yang berkuasa dan satu
sebaliknya. Berdasarkan latar sejarah penciptaan syair ini, kerajaan ikan terubuk dan ikan puyu ini
adalah dua buah kerajaan yang berbeza latar tempatnya. Keinginan saling menakluk antara satu sama
lain memang wujud. Malah dikatakan bahawa kerajaan ikan terubuk sangat berkuasa dan mampu
mengalahkan kerajaan ikan puyu. Bagi pihak yang lemah, adalah lebih baik membuat tipu muslihat dan
mengelakkan diri dari berperang dengan pihak yang lebih kuat.

Masyarakat Melayu memiliki perbezaan budaya dan pandangan hidup (world-view). Syair ini juga
memberi gambaran secara simbolik tentang kehidupan manusia yang berbeza budaya dan pegangan
hidup. Perbezaan budaya dan pegangan hidup ini mungkin tidak boleh diterima oleh pihak yang lain.
Contohnya dalam soal makan dan minum yang halal bagi umat Islam, mungkin akan menjadi masalah
besar bagi mereka untuk hidup dalam kalangan orang yang bukan Islam. Latar budaya hidup ikan
terubuk sudah tentu berbeza berbanding kehidupan ikan puyu. Oleh itu ikan terubuk tidak boleh
memaksa ikan puyu untuk hudup bersamanya kerana ikan puyu tidak mungkin boleh menerima cara
hidup masyarakat terubuk.

52
Pemimpin Melayu yang hebat, berdaulat dan digeruni
Masyarakat Melayu yang kreatif dan puitis dalam menceritakan sesuatu
Memberi pengajaran dan unsur didaktik menerusi penceritaan yang disampaikan

Contoh menjawab kepentingan syair

(b) Bincangkan kepentingan syair dalam konteks sarwajagat masyarakat Melayu Tradisional. [16]

Kepentingan karya syair ikan terubuk dalam konteks sarwajagat (world views) masyarakat melayu
adalah seperti berikut:-

Pertama, masyarakat Melayu memiliki perbezaan budaya dan pandangan hidup (world-view). Syair ini
juga memberi gambaran secara simbolik tentang kehidupan manusia yang berbeza budaya dan
pegangan hidup. Perbezaan budaya dan pegangan hidup ini mungkin tidak boleh diterima oleh pihak
yang lain. Contohnya dalam puisi ini ikan Terubuk dikatakan berasal dari laut Melaka manakala ikan
Puyu-puyu berasal dari kolam di Tanjung Padang. Latar budaya hidup ikan terubuk sudah tentu berbeza
berbanding kehidupan ikan puyu. Oleh itu ikan terubuk tidak boleh memaksa ikan puyu untuk hudup
bersamanya kerana ikan puyu tidak mungkin boleh menerima cara hidup masyarakat terubuk.Contoh

Kolamnya konon di Tanjung Padang,


Di sanalah tempat Terubuk bertandang,
Pinggangnya ramping dadanya bidang,
Hancurlah hati terubuk memandang.

Setelah hari hampirkan senja,


Puteri bersiap hendak memuja,
Jika sungguh asalku raja,
Disampaikan Allah barang disaja.

Sebagai alat untuk menyampaikan pengajaran dan didaktik. Melalui syair pengajaran disampaikan
secara berkias, nasihat dan sindiran secara halus kerana sifat semulajadi orang Melayu yang sopan
santun. Dalam syair ini memberi pengajaran kepada kita supaya bijak dalam membuat sesuatu
keputusan. Walaupun ringkas, nasihat dan pandangan yang diberikan kental dan padat. Sindiran dan
kiasan yang diluahkan begitu tepat, tetapi sangat sopan. Contoh

Setelah hari hampirkan senja,


Puteri bersiap hendak memuja,
Jika sungguh asalku raja,
Disampaikan Allah barang disaja.

Selang tidak berapa antara,


Turunlah ribut dengan segera,
Kilat dan petir tidak terkira,
Datuk nenek turun dari udara.

53
Menggambarkan daya kreativiti masyarakat Melayu Masyarakat Melayu terkenal dengan sifat lemah
lembut dan banyak kiasan dalam menyampaikan sesuatu pengajaran dan kritikan. Dalam
menyampaikannya ini, syair dicipta agar menjadi lebih menarik, puitis dan memberi kesan mendalam
tentang apa yang ingin disampaikan. Ini menunjukkan daya keativti dan imaginasi yang tinggi
masyarakat Melayu dalam menyampaikan sesuatu maklumat.

Sebagai alat komunikasi untuk menyampaikan sesuatu / dalam upacara tertentu. Masyarakat Melayu
dahulu tidak menyampaikan sesuatu perkara secara terus, sebaliknya disampaikan melalui syair yang
diperdengarkan. Jadi syiar dijadikan alat untuk menyampaikan maksud, hasrat, perasaan dan
sebagainya. Dalam syair dimasukkan juga pengajaran berbentuk keagamaan bagi mendidik dan memberi
pengajaran moral. Malah terkandung juga makna yang mendalam dan dapat memberi nasihat yang
berfaedah yang menjadi tuntutan agama. Contoh

Setelah hari hampirkan senja,


Puteri bersiap hendak memuja,
Jika sungguh asalku raja,
Disampaikan Allah barang disaja.

Selang tidak berapa antara,


Turunlah ribut dengan segera,
Kilat dan petir tidak terkira,
Datuk nenek turun dari udara.

Sebagai alat hiburan. Pada zaman dahulu syair ini diperdengarkan kepada masyarakat dalam majlis-
majlis tertentu. Penglipur lara juga menggunakan syair dalam pengkisahannya bagi mengisi masa lapang.
Pengkisahan tentang percintaan yang terhalang dapat menarik minat masyarakat mendengarnya dan
berasa terhidur.Hal ini dapat menghilangkan rasa letih dan penat setelah seharian bekerja di lading dan
sawah. Contoh

Kolamnya konon di Tanjung Padang,


Di sanalah tempat Terubuk bertandang,
Pinggangnya ramping dadanya bidang,
Hancurlah hati terubuk memandang.

Memberi gambaran pemimpin Melayu yang hebat, berdaulat dan digeruni. Pemimpin Melayu amat
dihormati, digeruni dan berdaulat. Hal ini dapat dilihat pada pemimpin Melaka pada zaman dahulu. Ikan
terubuk yang berasal dari laut Melaka dianggap berpuaka dan digeruni oleh semua masyarakat.
Kehebatannya pemimpin Melayu terselah berbanding pemimpin dari negari lain seperti yang
digambarkan di dalam syair. Permintaan pemimpin yang hebat sukar ditolak kerana ia akan membawa
malapetaka. Contoh puteri Puyu-puyu serba salah untuk menerima atau menolak cinta ikan Terubuk dan
berdoa kepada tuhan untuk menunjukkan petunjuk. Contoh

Asal terubuk ikan puaka,


Tempatnya konon di laut Melaka,
Siang dan malam berhati duka,
Sedikit tidak menaruh suka.

54
Setelah hari hampirkan senja,
Puteri bersiap hendak memuja,
Jika sungguh asalku raja,
Disampaikan Allah barang disaja.

Menceritakan tentang kewujudan dua kerajaan yang berdaulat dan berbeza. Perbezaan dapat dilihat
pada pangkat dan darjatnya. Satu mewakili kerajaan yang berkuasa dan satu sebaliknya. Berdasarkan
latar sejarah penciptaan syair ini, kerajaan ikan terubuk dan ikan puyu ini adalah dua buah kerajaan yang
berbeza latar tempatnya. Malah dikatakan bahawa kerajaan ikan terubuk sangat berkuasa dan mampu
mengalahkan kerajaan ikan puyu. Bagi pihak yang lemah, adalah lebih baik membuat tipu muslihat dan
mengelakkan diri dari berperang dengan pihak yang lebih kuat. Contoh

Asal terubuk ikan puaka,


Tempatnya konon di laut Melaka,
Siang dan malam berhati duka,
Sedikit tidak menaruh suka.

Puteri Puyu-puyu konon namanya,


Di dalam kolam konon tempatnya,
Cantik mejelis barang lakunya,
Patutlah dengan budi bahasanya.

Fungsi dan peranan

Sebagai alat untuk menyampaikan pengajaran. Melalui syair pengajaran disampaikan secara berkias
kerana sifat semulajadi orang Melayu yang sopan santun. Dalam syair ini memberi pengajaran kepada
kita supaya bijak dalam membuat sesuatu keputusan.

Sebagai alat hiburan. Pada zaman dahulu syair ini diperdengarkan kepada masyarakat dalam majlis-
majlis keramaian. Ia juga sebagai mengisi masa lapang. Dalam syair ini menceritakan cinta yang ditolak
kerana perbezaan taraf. Situasi penceritaan sebegini akan memberi hiburan kepada masyarakat
terutamanya untuk menghilangkan kepenatan seharian membanting tulang.

Menggambarkan daya kreativiti masyarakat Melayu. Masyarakat Melayu terkenal dengan sifat lemah
lembut dan banyak kiasan dalam menyampaikan sesuatu pengajaran dan kritikan. Dalam
menyampaikannya ini, syair dicipta agar menjadi lebih menarik dan memberi kesan mendalam untuk
disampaikan. Ini menunjukkan daya keativti dan imaginasi yang tinggi masyarakat Melayu dalam
menyampaikan sesuatu maklumat .

Sebagai alat komunikasi. Masyarakat Melayu dahulu tidak menyampaikan sesuatu perkara secara terus,
sebaliknya disampaikan melalui syair yang diperdengarkan. Jadi syiar dijadikan alat untuk
menyampaikan maksud, hasrat, perasaan dan sebagainya.

Sebagai salah satu alat kegiatan keagamaan. Dalam syair dimasukkan juga pengajaran berbentuk
keagamaan bagi mendidik dan memberi pengajaran moral.Malah terkandung juga makna yang
mendalam dan dapat memberi nasihat yang berfaedah yang menjadi tuntutan agama.

Semua isi perlu beri contoh puisi

55
BAB 3
PUISI TRADISIONAL
SELOKA, KRITIKAN TAJAM DALAM GURAUAN
Seloka ialah sejenis puisi Melayu tradisional yang tidak mempunyai struktur yang khas seperti pantun
atau syair. Dari segi istilah, seloka berasal daripada perkataan Sanskrit, seloka merupakan puisi yang
terdiri daripada yang terdiri daripada dua baris atau dua kerat, yang setiap satunya mengandungi 16
suku kata, yang disusun dalam empat unit. Dalam kesusasteraan Melayu tradisional, seloka merupakan
sejenis puisi bebas dari segi rangkap (sama ada berangkap atau tidak berangkap). Jika berangkap, jumlah
baris dalam serangkap tidak menentu begitu juga jumlahperkataan dalam sebaris. Seloka boleh jadi
mempunyai rima atau tidak. Seloka biasanya memerlukan beberapa baris atau rangkap untuk
melengkapkan keseluruhan idea (Harun Mat Piah, 1989).

Zaaba juga menyatakan, seloka ialah karangan berangkap yang memakai pertentangan bunyi hujung
(rima) yang tiada tetap. Bilangan baris pada sebuah seloka adalah tidak terhad dan bilangan baris pada
satu rangkap juga tidak menentu. Seloka juga tidak mempunyai skima rima yang tetap. Oleh itu boleh
dikatakan seloka lebih mirip kepada ciri free verse iaitu bentuk puisi moden yang dikenali sebagai sajak
pada masa ini. Seloka biasanya mengandungi bahasa yang penceritaannya meleret-leret dan lanjut,
sindir giatnya selalu tajam dan bisa seperti mengejek, menyindir dan menempelak, dan mengandungi
perasaan yang hiba dan rawan.

Dari segi bentuk, seloka sama sahaja seperti puisi bebas yang lain seperti gurindam, talibun atau
teromba. Walaupun begitu, jika dilihat aspek isi, puisi ini berbeza antara satu sama lain. Kebanyakan
puisi tradisional yang lain seperti gurindam digubah untuk menyampaikan nasihat dan panduan, Nazam
digunakan untuk menyampaikan kisah dan puji-pujian terhadap Allah dan Nabi Muhammad s.a.w.,
teromba merupakan puisi yang menyampaikan perbilangan adat dan peraturan bermasyarakat,
manakala mantera adalah jampi serapah yang bertujuan mengubat pesakit.

Namun, ciri-ciri seloka boleh dikenali melalui isinya dan tujuan ia dikarang. Isi seloka biasanya diutarakan
secara mengejek, sindiran atau dalam nada jenaka, dan kadang-kadang mengandungi nada atau
perasaan yang asyik dan berkhayal. Seloka juga dikarang untuk menyampaikan kritikan dan sindiran
terhadap sesuatu kepincangan yang berlaku di dalam masyarakat. Kritikan dan sindiran ini amat tajam
dan disampaikan secara berlapik dan berkias dalam nada bergurau.

Melalui seloka akan terpancar budaya masyarakat Melayu tradisional yang tidak mengkritik secara
berterus terang tetapi secara halus. Kata-kata yang digunakan di dalam seloka adalah lambang-lambang
yang mengandungi makna yang tersirat. Seperti kebanyakan karya di dalam khazanah Melayu tradisi,
kita tidak mengetahui siapakah pengarang sebenar sesebuah seloka. Namun dari seloka yang kita warisi,
terbukti bahawa pengarang seloka adalah pemikir yang amat tajam pemerhatiannya terhadap alam dan
masyarakat di sekeliling. Mereka peka terhadap segala yang berlaku dan menjalankan tanggungjawab
bagi menyampaikan teguran dan kritikan. Pengarang seloka menggunakan perbandingan dan tamsilan
seperti perumpamaan, metafora, simile dan personifikasi yang kaya dengan imej alam. Imej-imej alam
ini perlu ditafsir untuk mengetahui maksud sebenar seloka.

Oleh sebab itu juga , seloka mengandungi banyak peribahasa yang selalunya disusun dengan cara yang
senada atau mempunyai irama, sehingga kadang-kadang seloka sama dengan peribahasa berirama.
Dalam hal ini, pengenal kepada peribahasa berirama ialah nada yang dibawa olehnya. Peribahasa
berirama tidak mengandungi nada-nada ejekan atau sindiran yang sinis tetapi seloka mengandungi
ejekan dan nada-nada sinis; menyindir terhadap sesuatu kelakuan sesetengah anggota masyarakat
melalui peribahasa yang disusun secara sejajar untuk menghasilkan irama tersebut. Secara keseluruhan,

56
seuntai seloka merujuk keada cerita jenaka yang benar-benar dikenali dalam masyarakat seperti cerita
Pak Kaduk, cerita Pak Pandir, cerita Labai Malang dan cerita Emak Si Randang. Seloka tersebut bertujuan
untuk menyindir masyarakat yang berperangai seperti watak-watak tersebut.

Fungsi seloka amat terbatas. Secara umumnya, seloka dapat menggambarkan masyarakat yang
melahirkannya iaitu masyarakat yang amat mementingkan keharmonian dan ketatasusilaan.
Bersesuaian dengan sifat halus orang Melayu, puisi seloka digunakan untuk mengkritik sebarang
perlakuan negatif anggota masyarakat tanpa menyinggung perasaan individu sasaran. Puisi seloka tidak
digunakan secara meluas sebagaimana peribahasa atau teromba. Fungsinya amat bergantung kepada
isinya iaitu untuk menyindir, mengejek, menempelak seseorang, melahirkan rasa benci terhadap
sesuatu kelakuan manusia, memberi pengajaran dan panduan kepada seseorang dan sebagai alat
kawalan sosial atau protes sosial.

Warisan Melayu telah meninggalkan sejumlah seloka untuk dihayati. Untuk mengenal seloka dengan
lebih dekat kita akan menganalisis tiga buah seloka yang paling terkenal di dalam masyarakat Melayu
iaitu:

1. Seloka Pak Kaduk,


2. Seloka Pandai Pak Pandir
3. Seloka Mak Si Randang

Ketiga-tiga seloka di atas adalah berdasarkan cerita rakyat atau cerita jenaka yang terkenal di dalam
sastera Melayu. Pak Kaduk dan Pak Pandir merupakan watak-watak yang ditimpa malang. Nasib malang
itu adalah akibat daripada kebodohan mereka sendiri. Mereka telah melakukan perbuatan-perbuatan
yang merugikan diri sendiri. Seloka Mak Si Randang adalah berdasarkan cerita rakyat masyarakat
Minangkabau yang mengisahkan seorang ibu yang terlalu pemurah dan sanggup memberikan segala
yang ada kepada orang lain.

Seloka Pak Pandir

Anak dipijak,dagang dijinjing


Kucing dibunuh, tikus dibela
Harta habis, badan tergadai
Mendengar gelagak dagang
Tak sedar bertelanjang
Mendengar guruh di langit
Air tempayan dicurahkan
Mulut kena suap pisang
Buntut kena cangkuk onak
Gunting makan di hujung
Pak Pandir juga yang menanggung
Apa didengar gelagat dagang
Gelagak rambutan jantan
Orang berbunga dia berbunga
Orang berbuah dia haram
Kilat memancar hujang tak lalu
Awak juga berkecundangan

57
Jenis Puisi : Seloka
Judul / Tajuk : Seloka Pak Pandir.

Tema

Sindiran secara halus dan humor (wit) ditujukan kepada masyarakat Melayu yang lebih mementingkan
orang luar daripada bangsa / anak sendiri.Sindiran juga ditujukan kepada masyarakat yang percaya
kepada khabar angin, suka meniru dan mudah terpengaruh dengan orang lain. Seloka juga menasihati
masyarakat agar menggunakan akal fikiran dalam melakukan sesuatu dan jangan bertindak terburu-buru

Analisa Keseluruhan / Sinopsis

Seloka di atas adalah perihal kelakuan Pak Pandir yang salah pertimbangan dan sering membuat kerja-
kerja yang tidak sepatutnya dilakukan. Pak Pandir berbuat baik tidak pada tempatnya. Dia berbuat baik
dengan menjinjing dagang tetapi berlaku kejam dengan perlakuannya “memijak” anak sendiri.

Dia telah membunuh kucing iaitu sejenis binatang yang dikaitkan dengan kemanjaan tetapi telah
membela tikus iaitu sejenis haiwan yang boleh merosakkan kesihatan dan harta benda. Kerana
kebodohan dan kebaikkannya yang melampau itu, Pak Pandir mudah ditipu. Dia mudah percaya kepada
orang asing (Mendengar gelagak dagang,Tak sedar bertelanjang) Akibatnya, harta habis, badan tergadai.

Pak Pandir juga sering mengambil risiko tanpa berfikir panjang. Hal ini digambarkan melalui peribahasa
Mendengar guruh di langit, Air tempayan dicurahkan. Ternyata dagang yang dijinjingnya adalah penipu
yang licik yang berpura-pura baik.

Hal ini dijelaskan melalui ungkapan mulut kena suap pisang, Buntut kena cangkuk onak, dan gunting
makan di hujung Pak Pandir juga yang menanggung Apa didengar gelagat dagang Gelagak rambutan
jantan Orang berbunga dia berbunga Orang berbuah dia haram Kilat memancar hujang tak lalu Awak
juga berkecundangan .

Sebahagian besar dari maksud Seloka Pandai Pak Pandir disampaikan melalui peribahasa. Oleh itu ia
menunjukkan dengan jelas hubungan yang rapat antara seloka dan peribahasa. Di sini terdapat
sekurang-kurangnya empat ungkapan yang merupakan peribahasa yang terkenal.

1. Mendengar guruh di langit air tempayan dicurahkan,


2. Mulut kena suap pisang, buntut kena cangkuk onak,
3. Gunting makan di hujung
4. Gelagak rambutan jantan, orang berbunga dia bebunga, orang berbuah dia haram

58
Ciri-ciri seloka

1. Dari segi bentuk.Tergolong sebagai puisi bebas/tidak terikat seperti pantun dan syair. Bebas
dari segi rangkap, jumlah baris dalam rangkap, jumlah kata dan sukukata dalam sebaris dan rima
akhir. Contoh:

1 rangkap mengandungi 17 baris.

2. Dari segi tema/isi/persoalan. Seloka Pak Pandir merupakan puisi yang merujuk kepada suatu
bentuk sindiran/kritikan terhadap sikap masyarakat yang bersifat tamak serta mengabaikan
tanggungjawab terhadap keluarga. Sebaliknya lebih mengutamakan orang lain/luar yang baru
dikenali.

Anak dipijak dagang dijinjing


Kucing dibunuh tikus dibela

3. Dari segi bahasa. Seloka banyak menggunakan kias ibarat / peribahasa / kiasan ; bahasa yang
estetik / indah ; perulangan kata dan satira.

Peribahasa
Mendengar guruh di langit
Air di tempayan dicurahkan

Perulangan kata/Peribahasa

Mulut kena suap pisang


Buntut kena cangkuk onak

4. Rima akhir. Rima akhir seloka berbentuk bebas dan tidak terikat dengan pantun dan syair.

Anak dipijak dagang dijinjing - a


Kucing dibunuh tikus dibela - b
Harta habis bawaan tergadai - c
Mendengar gelagak dagang - a
Tak sedar bertelanjang - a
Mendengar guruh di langit - d
Air di tempayan dicurahkan - e
Mulut kena suap pisang - a
Buntut kena cangkuk onak - f
Gunting makan di hujung - a
Pak Pandir juga yang menanggung - a
Apa didengar gelagak dagang - a
Gelagak rambutan jantan - e
Orang berbunga, dia berbunga - b
Orang berbuah, dia haram - g
Kilat memancar hujan tak jadi - c
Awak juga berkecundangan - e

59
5. Dari segi peranan/fungsi. Seloka bertujuan untuk memberi panduan supaya berpada-pada
dalam melakukan kebaikan, seperti kata pepatah, “Buat baik berpada-pada,buat jahat jangan
sekali.”Berbuat baik kepada seseorang harus dilakukan secara sederhana sahaja.

Bentuk

1. Rangkap .
Mempunyai satu rangkap

2. Baris.
17 baris serangkap

3. Jumlah perkataan
Bilangan jumlah perkataan antara 3 – 5 perkataan.
Tak sedar bertelanjang (3 perkataan)
Pak Pandir juga yang menanggung (5 perkataan)

4. Jumlah sukukata
Bilangan sukukata antara 7 – 9 sukukata

Tak/se/dar/ber/te/lan/jang (7 sukukata)
Pak/Pan/dir/ju/ga/yang/me/nang/gung (9 sukukata)

5. Rima Rima akhir ialah a b c a a d e a f a a a e b g c e

Maksud Peribahasa

Anak dipijak dagang dijinjing


- keluarga sendiri terabai, sebaliknya orangg luar diperbesarkan

Kucing dibunuh tikus dibela


- binatang yang patut dipelihara & dimanja dibunuh, sebaliknya binatang yang
membawa masalah/penyakit dijaga

Mendengar guruh di langit , Air tempayan dicurahkan


- mendengar berita yang tidak pasti, dia sudah percaya

Orang berbunga, dia berbunga, Orang berbuah, dia haram


- orang lain memberi hasil/manfaat tetapi dia sendirr cuma menunjuk tanpa membawa
hasil

Kilat memancar hujan tak jadi, Awak juga kecundangan


- sesuatu yang diharapkan tidak menjadi kenyataan sebaliknya dia sendiri yang
menderita

60
Gaya bahasa dalam baris ke 14 dan 15 ialah:-

1. Gaya dan urutan repitasi atau pengulangan perkataan di awal baris (anafora). Pengulangan
perkataan “ orang ” di baris ke empat belas dan lima belas dapat dilihat dalam puisi ini.
Pengarang mengulangi perkataan ini untuk menimbulkan kesan penegasan maksud dan
keindahan irama agar dapat menarik minat pembaca disamping menyampaikan maksudnya
dengan lebih jelas lagi. Contoh :-

Orang berbunga , dia berbunga


Orang berbuah, dia haram

 Gaya bahasa simplok dan repitasi response juga beleh digunakan

2. Aliterasi juga dihadirkan dalam seloka di atas. Aliterasi ialah pengulangan bunyi konsonan dalam
baris tertentu. Kesannya ialah ia dapat menimbulkan kekerasan/kelantangan bunyi,
menyedapkan sebutan, kelembutan @ kemerduan bunyi perkataan dan sekali gus ayat yang
digunakan. Contoh dalam baris 15 , pengulangan bunyi konsonan “r” diulang sebanyak 3 kali
seperti yang terdapat dibawah:-

Orang berbuah, dia haram ( r diulang 3 kali )

3. Perulangan bunyi vokal dalam baris-baris puisi secara mendatar. Ia dikenali juga sebagai
asonansi.
Anak dipijak dagang dijinjing perulangan vokal ‘i’ (Baris 1)
Kilat memancar hujan tak jadi perulangan vokal ‘a’ (baris 16)

4. Perulangan bunyi konsonan dalam baris-baris puisi secara mendatar.Aliterasi.

Buntut kena cangkuk onak perulangan konsonan ‘k’ (Baris 4)


Orang berbunga dia berbunga perulangan konsonan ‘b’ (Baris

5. Perulangan kata di awal baris secara berturutan. Anafora.

Orang berbunga, dia berbunga (Baris 14)


Orang berbuah, dia haram (Baris 15)

6. Perulangan kata dalam baris. Perkataan yang sama diulang dalam baris yang sama.

Orang berbunga, dia berbunga (Baris 14)

7. Perulangan kata di tengah baris. Perkataan yang sama diulang di tengah baris secara berurutan.

Mulut kena suap pisang (Baris 8)


Buntut kena cangkuk onak (Baris 9)

8. Peribahasa. Ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi
pengertian yang tertentu.
Mendengar guruh di langit (Baris 6)
Air di tempayan di curahkan (Baris 7)
Mulut kena suap pisang ( Baris 8)
Buntut kena cangkuk orang (Baris 9)

61
9. Citra / Penggunaan Diksi yang indah iaitu menggunakan unsur alam.Imejan/ gambaran tentang
sesuatu diambil dari sumber alam atau alam sekeliling. Hal ini kerana masyarakat dahulu lebih
dekat dengan alam. Contohnya

tempayan, pisang, guruh, bunga dll.

Pemikiran / Gambaran masyarakat.

Keseluruhan isi seloka tersebut menyindir dengan sinis tentang sikap sebahagian daripada masyarakat
melayu yang bersikap negatif. Banyak kelemahan yang wujud di dalam kehidupan harian mereka. Watak
Pak Pandir hanyalah seseorang yang mewakili sikap keturunan melayu yang perlu diberi teguran supaya
mengubah sikap.

Sikap masyarakat yang mengutamakan pihak lain. Kadang-kadang suka memberi pertolongan kepada
orang lain sedangkan ahli keluarga sendiri tidak dibantu.
Masyarakat yang tidak pandai menjaga hartanya. Kadang-kadang mereka tamak dan ingin cepat
kaya. Masyarakat melayu tradisional suka berjudi dan bertaruh dengan harapan mereka cepat kaya.

Sebahagian masyarakat yang tidak sedar diri. Mereka menganggap segala tindakan mereka itu betul dan
tidak mahu mendengar nasihat pihak lain. Kelemahan diri sering terserlah tetapi mereka tidak
menyedarinya ibarat “tak sedar bertelanjang”.

Masyarakat yang terlalu mendengar pendapat orang lain. Sebahagian masyarakat sangat malas berfikir.
Semua kerja perlu dibantu oleh pihak lain.

Akibat terlalu mendengar kata pihak lain, hidup mereka terikat. Mereka tidak mampu hidup bebas dan
melaksanakan kerja tanpa dikongkong. Seolah-olah mereka sudah menjadi hamba kepada pihak lain
lantaran sikap mereka yang tidak mampu berdikari.

Masyarakat yang suka cakap besar. Ibarat perlakuan rambuatan jantan yang rajin berbunga tetapi tidak
menghasilkan buah. Sikap ini wujud dalam kehidupan sesetengah ahli masyarakat. Biasanya mereka ini
ingin hidup senang dengan cara yang mudah dan mengambil jalan singkat. Rajin menghebahkan
rancangan hidupnya sedangkan usaha mereka tidak seberapa.

Sikap masyarakat yang malas. Apabila melakukan sesuatu perkara, mereka tidak melakukannya secara
bersungguh-sungguh. Segala kerja yang dilakukan dibuat setengah jalan sahaja. Contohnya
mengusahakan kebun tetapi akhirnya menjadi semak semula dan tidak mampu mengeluarkan apa-apa
hasil.

Kedua masyarakat yang suka bertindak secara terburu-buru dan mengikut emosi selalu menimbulkan
akibat yang tidak baik dan menyebabkan penyesalan. Pak Pandir juga sering mengambil risiko tanpa
berfikir panjang. Hal ini digambarkan melalui peribahasa Mendengar guruh di langit, Air tempayan
dicurahkan. Ternyata dagang yang dijinjingnya adalah penipu yang licik yang berpura-pura baik. Hal ini
juga dijelaskan melalui ungkapan mulut kena suap pisang, Buntut kena cangkuk onak, dan gunting
makan di hujung Pak Pandir juga yang menanggung Apa didengar gelagat dagang Gelagak rambutan
jantan Orang berbunga dia berbunga Orang berbuah dia haram Kilat memancar hujang tak lalu Awak
juga berkecundangan yang terdapat pada baris.

62
Masyarakat yang malu bertanya dan bertindak mengikut sesuka hati juga dipaparkan melalui seloka
ini.Seloka Pak Pandir memerihalkan kelakuan Pak Pandir yang salah pertimbangan dan sering membuat
kerja-kerja yang tidak sepatutnya dilakukan. Pak Pandir berbuat baik tidak pada tempatnya. Dia berbuat
baik dengan menjinjing dagang tetapi berlaku kejam dengan perlakuannya “memijak” anak sendiri. Hal
ini dapat dilihat melalui baris pertama seloka tersebut.

Anak dipijak,dagang dijinjing

Melalui seloka ini, masyarakat yang tidak pintar / bodoh akan sering tertipu. Melalui seloka Pak Pandir,
dia telah membunuh kucing iaitu sejenis binatang yang dikaitkan dengan kemanjaan tetapi telah
membela tikus iaitu sejenis haiwan yang boleh merosakkan kesihatan dan harta benda. Kerana
kebodohan dan kebaikkannya yang melampau itu, Pak Pandir mudah ditipu. Dia mudah percaya kepada
orang asing (Mendengar gelagak dagang,Tak sedar bertelanjang) Akibatnya, harta habis, badan tergadai.

Fungsi / Peranan dan kepentingan Seloka

Seloka berasal daripada perkataan Sanskrit, seloka iaitu sejenis puisi yang terdiri daripada yang terdiri
daripada dua baris atau dua kerat, yang setiap satunya mengandungi 16 suku kata, yang disusun dalam
empat unit. Oleh sebab seloka biasanya digunakan untuk menyindir atau berkias, tidaklah
menghairankan mengapa seloka mengandungi banyak peribahasa yang selalunya disusun dengan cara
yang senada atau mempunyai irama, sehingga kadang-kadang seloka sama dengan peribahasa berirama.
Secara keseluruhan, seuntai seloka merujuk keada cerita jenaka yang benar-benar dikenali dalam
masyarakat seperti cerita Pak Kaduk, cerita Pak Pandir, cerita Lebai Malang dan cerita Emak Si Randang.
Seloka tersebut bertujuan untuk menyindir masyarakat yang berperangai seperti watak-watak tersebut.

Fungsi seloka amat terbatas. Secara umumnya, seloka Pak Pandir dapat menggambarkan masyarakat
yang melahirkannya iaitu masyarakat yang amat mementingkan keharmonian dan ketatasusilaan.
Bersesuaian dengan sifat halus orang Melayu, puisi seloka digunakan untuk mengkritik sebarang
perlakuan negatif anggota masyarakat tanpa menyinggung perasaan individu sasaran. Sebahagian besar
dari maksud Seloka Pandai Pak Pandir disampaikan melalui peribahasa yang mempunyi maksud tertentu
bagi memberi nasihat atau pengajaran atnpa menyinggung sesiapa. Di sini terdapat sekurang-kurangnya
empat ungkapan yang merupakan peribahasa yang terkenal.

Mendengar guruh di langit air tempayan dicurahkan, B6, B7


Mulut kena suap pisang, buntut kena cangkuk onak, B8, B9

Fungsi kedua ialah, menggambarkan masyarakat yang melahirkannya iaitu masyarakat yang amat
mementingkan keharmonian dan ketatasusilaan. Bersesuaian dengan sifat halus orang Melayu, puisi
seloka digunakan untuk mengkritik sebarang perlakuan negatif anggota masyarakat tanpa menyinggung
perasaan individu sasaran. Puisi seloka tidak digunakan secara meluas sebagaimana peribahasa atau
teromba. Contoh seloka Pak Pandir

Fungsi seterusnya ialah memberi pengajaran dan panduan kepada seseorang . Melalui seloka manusia
dapat dididik dan dibimbing agar sentiasa beringat dan berwaspada terhadap sebarang kemungkinan
buruk yang bakal menimpa diri mereka akibat dari kelalalian dan kealpaan diri mereka . Hal ini dapat
dilihat melalui seloka Pak Kaduk

Akhir sekali ialah sebagai alat kawalan sosial atau protes sosial. Fungsi ini amat bergantung kepada
isinya iaitu untuk menyindir, mengejek, menempelak seseorang, melahirkan rasa benci terhadap
sesuatu kelakuan manusia. Contohnya seloka Si Luncai.

63
Unsur kritikan sosial dalam puisi

1. Menyindir/mengkritik/menempelak individu atau masyarakat yang lebih mengutama/


mementingkan orang luar/dagang yang baru dikenali berbanding dengan anak atau keluarga
sendiri. Mereka lebih menutamakan orang lain/dagang dan sanggup menabur budi atau berbuat
baik kepada orang lain sehingga mengabaikan tanggungjawabnya terhadap orang yang berada
di bawah tanggungannya, termasuk anak dan isterinya.

Anak dipijak dagang dijinjing


Kucing dibunuh tikus dibela

2. Menyindir /mengkritik/menempelak individu atau masyarakat yang mudah terpedaya dengan


janji manis dagang yang baru dikenalinya. Mereka sanggup menghabiskan harta yang mereka
miliki, semata-mata untuk mengambil hati kerana terpedaya dengan gelagat dagang sehingga
mereka tidak menyedari bahawa mereka telah diperbodohkan oleh dagang tersebut.

Harta habis badan tergadai


Mendengar gelagat dagang
Tak sedar bertelanjang

3. Menyindir / mengkritik / menempelak masyarakat yang terlalu mengharapkan keuntungan


yang belum pasti, sehingga sanggup menghabiskan harta yang sedia ada.Melakukan kerja
yang sia-sia. Oleh kerana terlalu mengimpikan keuntungan yang belum tentu akan tercapai,
mereka sanggup melakukan tindakan secara terburu-buru tanpa berfikir secara rasional, iaitu
mereka sanggup membazir atau mensia-siakan rezeki atau harta yang sedia mereka miliki.

Mendengar guruh di langit


Air di tempayan dicurahkan

4. Mengkritik/menyindir/menempelak individu atau masyarakat luar yang sanggup


memperdaya masyarakat tempatan untuk kepentingan diri sendiri. Golongan ini sentiasa
mencari peluang dan pandai mengambil kesempatan dari kelemahan dan kebodohan
masyarakat tempatan semata-mata untuk mengaut keuntungan tanpa memikirkan nasib orang
lain.
Mulut kena disuap pisang
Buntut kena cangkuk onak

5. Menyindir/mengkritik/menempelak individu atau masyarakat yang malas bekerja dan ingin


bersenang-lenang .Akhirnya setelah dagang berlalu pergi, mereka menanggung kerugian dan
penyesalan yang tidak berkesudahan, kerana apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan.

Kilat memancar hujan tak jadi


Awak juga berkecundangan.

Nilai dan Pengajaran

1. Kita perlu bijak dalam membuat keputusan


2. Kita hendaklah berhati-hati dalam bertindak
3. Kita hendaklah rasional dalam membuat sebarang keputusan
4. Jangan terlalu mudah percayakan orang asing

64
Pandangan sarwajagat (world views) seloka Pak Pandir.

Pak Pandir mewakili sikap sebahagian masyarakat melayu yang dikatakan mempunyai sifat-sifat yang
negatif. Lalu sifat negatif tersebut dijadikan senda gurau dan sindiran di dalam seloka. Watak Pak
Pandir telah dijadikan watak yang mewakili sikap orang melayu berkenaan. Dikatakan juga bahawa Pak
Pandir seorang yang sering tidak bernasib baik. Berikut adalah sebahagian daripada sifat-sifat negatif
yang telah diutarakan:

1. Sikap mengutamakan orang lain. Contohnya ayat “Anak dipijak dagang dijinjing”. Pak Pandir
bukan sahaja sanggup mengabaikan anaknya sendiri malah menyakitinya sebagaimana dalam
perkataan "anak dipijak". Manakala pihak yang tidak berkaitan dengan keluarganya pula diberi
layanan baik sebagimana perkataan "dagang dijinjing".

2. Hartanya telah habis kerana tergadai. Contohnya ayat “hartanya habis tergadai”. Gambaran ini
menunjukkan Pak Pandir tidak pandai mengurus hartanya. Ada kemungkinan beliau seorang
yang boros berbelanja, banyak hutang dan terpaksa menggadaikan hartanya. Malah
kemungkinan yang lebih besar ialah beliau suka berjudi atau bertaruh. Petaruhan seorang yang
berjudi selalunya melibatkan harta. Jika kalah berjudi dengan sendirinya harta akan terjual atau
terpaksa diserahkan kepada pihak yang menang.

3. Tak sedar kelemahan diri sendiri. Contohnya ayat “tak sedar bertelanjang”. Jika Pak Pandir
sedar dirinya tidak berpakaian sudah tentu dia telah bertindak menuntup bahagian badannya
yang terdedah. Oleh kerana beliau tidak sedar, maka dia telah membiarkan dirinya tidak
berpakaian. Gambaran ini telah menunjukkan bahawa Pak Pandir seolah-olah tidak mengetahui
kelemahan yang ada pada dirinya. Oleh itu beliau tidak mampu memperbaiki kelemahan dirinya
sendiri. Berikut adalah sebahagian daripada sifat-sifat negatif yang telah diutarakan:

4. Terlalu mendengar kata pihak lain.


Huraian Cepat terpengaruh dengan orang lain
Contohnya ayat “Mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan”.

5. Hidup terikat, tersiksa disebabkan pihak lain.


Contohnya ayat “Mulut kena suap pisang”, “Buntut kena cangkuk onak”.

6. Menanggung masalah diri yang tidak berkesudahan. Contohnya ayat “Awak juga
berkecundangan”

7. Tidak memberi faedah kepada orang lain.


Contohnya ayat “ Gelagak rambutan jantan”

8. Melakukan sesuatu perkara tetapi tidak bersungguh-sungguh.


Contohnya ayat “Kilat memancar hujan tak jadi”.

65
BAB 4
PUISI TRADISIONAL
GURINDAM

“ bersajak pada pasangannya, tetapi sempurna perkatannya dengan satu


pasangan sahaja, jadilah seperti sajak yang pertama itu syarat dan sajak yang
kedua itu jadi seperti jawab “ Raja Ali Haji

Berdasarkan definisi yang diberikan oleh Raja Ali Haji, Sutan Takdir Alisjahbana (1954) menjelaskan
pembentukan gurindam yang biasanya terjadi daripada sebuah kalimat majmuk, yang dibahagi menjadi
dua baris yang bersajak. Tiap-tiap baris itu ialah sebuah kalimat, dan perhubungan antara dua buah
kalimat itu biasanya ialah perhubungan antara anak kalimat dengan induk kalimat. Jumlah suku kata
tiap-tiap baris itu tidak ditentukan. Demikian juga rimanya tiada tetap.

Gurindam, genre puisi Melayu lama yang mendapat pengaruh Hindu. Gurindam berasal daripada bahasa
Tamil, iaitu Kirandam yang bererti amsal atau perumpamaan. Menurut Ismail Hamid (1989), istilah
gurindam berasal daripada bahasa Sanskrit. Walaupun berasal daripada bahasa asing, tetapi dalam
perkembangan puisi Melayu, gurindam yang berkembang dalam tradisi lisan Melayu mempunyai
bentuknya yang tersendiri dan kelainan dengan gurindam dalam bahasa Sanskrit.

Definisi yang diberi oleh Raja Ali Haji dan Sutan Takdir Alisjahbana ini hanya menyentuh bentuk sahaja.
Menurut Za’ba (1962) gurindam merupakan puisi yang tidak mengandungi sukatan yang tetap. Puisi ini
mengandung fikiran yang bernas dan digubahkan dalam bahasa yang indah untuk dinyanyikan bagi
tujuan hiburan. Walaupun ada pendapat yang mengatakan bahawa istilah Gurindam berasal daripada
bahasa Sanskrit dan masuk ke bahasa Melayu menerusi bahasa tamil, tetapi pengisiannya tidak menurut
puisi Sanskrit atau Tamil (Za’ba: 1965). Ia merupakan pinjaman dari segi istilah saja. Sejenis bentuk puisi
(terdiri daripada dua baris, berisi dengan pelbagai pengajaran. (Kamus Dewan). Dalam baris kedua
termuat jawapan atau ketegasan bagi baris pertama tadi. Rima akhir tiap-tiap baris gurindam adalam
sama.

Sebelum itu, dalam Pelita Bahasa Melayu Penggal III (1957), Za’ba pernah mengatakan bahawa,
“gurindam dan seloka lebih kurang sama, iaitu satu jenis syair meleret yang tidak teratur, berangkap-
rangkap dan tiada tetap sukatnya, timbangannya dan sajaknya. Maka, jika ada pun perbezaanya antara
dua itu ialah pada keadaan isinya dan bahasanya sahaja iaitu:

a. Gurindam bahasanya selalu padat dan bernas, dan isinya lebih cenderung kepada riang dan
sukacita sebagai nyanyian, jenaka, senda gurau, kelakar, dan sindiran giat yang bermain-main
dan menggeli-gelikan hati. Yang demikian menunjukkan ada kesempatan boleh melengah-
lengahkan masa dan menyuka-nyukakan hati.

b. Seloka bahasanya kerap kali meleret dan lanjut, dan sindir giatnya selalu tajam dan bias seperti
mengejek, dan selain daripada itu boleh juga isinya mengandungi perasaan-perasaan hiba-
rawan, sedih-sayu, asyik-berahi, khayal, mimpi dan angan-angan. Yang demikian menunjukkan
ada kesempatan pula boleh melengah-lengahkan masa dengan perkara-perkara seperti itu.

66
Ciri-ciri gurindam

Menurut Mohd. Taib Osman (1979), huraian Za’ba seperti di atas telah meluaskan lagi struktur gurindam
dan seloka daripada yang diberikan oleh Sutan Takdir Alisjahbana ataupun Raja Ali Haji. Harun Mat Piah
(1989), kemudiannya menjelaskan lagi definisi gurindam berdasarkan bentuknya, iaitu sejenis puisi
Melayu lama yang tidak terikat atau tiada tentu bentuknya (sama ada terikat atau tidak). Bentuk yang
terikat biasanya terdiri dari pada dua baris serangkap, menyerupai syair dua baris atau nazam. Setiap
baris biasanya mengandungi tiga atau empat, enam atau lebih perkataan; dan pola rima a-a; a-b atau
serima (monoryme). Tiap serangkap merupakan sebahagian daripada idea yang berturutan dan biasanya
memerlukan beberapa baris atau rangkap untuk menyatakan keseluruhan idea.

Dari segi bentuk ia sama seperti talibun, teromba atau mantera; tetapi tergolong sebagai gurindam
karena isinya mengandung nasihat, pengajaran dan kebenaran, berbeza dengan mantera. Gurindam
tidak mengandung unsur sihir; dan berbeda dengan teromba, ia tidak merujukkan kepada salasilah atau
undang-undang setempat. Gurindam juga dapat merangkum puisi yang lebih bebas, yang secara
sinkronis tergolong sebagai puisi moden, terutama di peringkat awal perkembangannya. Kebanyakan
karya puisi dalam peringkat itu memperlihatkan kebebasan dari segi bentuk dan isi tetapi masih
terkongkong kepada nilai-nilai puisi tradisional dari segi pola rima, rentakan unsur-unsur estetik yang
lain.

Bentuk yang tidak terikat tergolong sebagai puisi bebas. Bahasa yang digunakan bernada riang dan
menyukakan hati khalayak. Walaupun begitu kata-kata yang dipilih agak bernas dan disusun dalam ayat
yang kemas. Seperti seloka, gurindam bukanlah puisi yang lumrah digunakan oleh masyarakat Melayu.
Bentuk ini lebih formal penggunaannya. Puisi ini mungkin digunakan dalam majlis-majlis tertentu. Oleh
itu, sangat sukar untuk mencari contoh gurindam kecuali yang wujud dalam bentuk tulisan iaitu
“Gurindam Dua Belas” yang dihasilkan oleh Raja Ali Haji.

Puisi jenis gurindam dirujuk kepada “Gurindam Dua Belas” karya Raja Ali Haji. Meskipun terdapat unsur
bebas dalam gurindam berkenaan, seperti tidak ditentukan jumlah perkataan bagi setiap baris, tetapi
unsur-unsur terikatnya lebih banyak. Gurindam adalah puisi dua-dua baris, rima akhir bagi dua baris
adalah sama dan tiada had bagi jumlah keseluruhan barisnya. Dalam setiap dua baris itu terdapat timbal
antara baris pertama dan baris kedua. Dalam gurindam juga kadang-kadang terdapat ciri puisi seperti
asonansi, aliterasi, dan gaya bahasa tertentu. Sesebuah gurindam sarat dengan tema dan perutusan
yang bersifat nasihat, keagamaan, dan pengajaran. Contohnya:

Ini Gurindam Fasal yang Kesembilan

Tahu pekerjaan tak baik tetapi dikerjakan,


Bukannya manusia iaitulah syaitan.

Kejahatan seorang perempuan tua,


Itulah iblis punya penggawa.

Kepala keada hamba-hamba raja,


Di situlah syaitan tempatnya manja.

Kebanyakan orang yang muda-muda,


Di situlah syaitan tempat berkuda.

67
Jenis Puisi : Gurindam

Gurindam serangkap dua baris


Gurindam serangkap empat baris
Gurindam bebas
Grindam seloka dan teka-teki

Isi / Peranan / Fungsi

Gurindam berkaitan pengajaran, menunjukkan jalan untuk hidup yang sempurna, nasihat atau sindiran
dan diucapkan dalam situasi santai. fungsi terbatas dan tidak digunakan secara meluas dalam kehidupan
manusia. Namun,orang yang mendengar akan terasa tetapi tidaklah sampai berkecil hati kerana
penyampaiannya yang halus. contoh ;

1. Gurindam Duabelas
2. Teka-teki
3. Kitab Gemala Hikmat

Berdasarkan isinya, gurindam dapatlah dianggap sebagai puisi yang digunakan untuk tujuan pendidikan
dan hiburan. Selain itu, gurindam juga berfungsi sebagai dokumentasi gambaran masyarakat yang dapat
memancarkan kreativiti dan estetika serta daya intelektual masyarakat Melayu lama dalam menangani
hal kehidupan mereka. Gurindam juga dapat dijadikan media komunikasi antara ahli masyarakat,
terutama dalam majlis-majlis yang formal.

Norma-norma yang Baik dalam


Perhubungan Suami Isteri
Isteri cantik permainan mata,
Isteri budiman tajuk mahkota.

Perempuan bagus suntingan dunia,


Perempuan beriman sangat mulia.

Suami isteri harus sekata,


Jauh segala silang sengketa.

Suami tempat isteri bergantung,


Kepadanya serah nasib dan untung.

Jika suami tak berhati lurus,


Isterinya kelak menjadi kurus.

Sungguh suami pegang kuasa,


Jika seorang ia binasa.

Suami isteri tubuh yang dua,


Sekata hendaknya sampai [ke] tua.

68
Jenis Puisi
Jenis puisi di atas ialah gurindam. Gurindam ini bertajuk Norma-norma dalam perhubungan Suami Isteri.

Tema

Puisi ini membawa maksud nilai-nilai yang perlu ada dalam perhubungan suami isteri demi menjaga
keharmonian rumahtangga. Kasih sayang, berbudi bahasa, kesefahaman perlu wujud di dalam
perhubungan suami isteri agar timbul rasa cinta dan kasih. Selain dari itu, jika kedua-duanya
menjalankan tanggungjawab sebagai suami isteri dengan baik maka segala masalah dapat diselesaikan.

Maksud Mengikut Rangkap

Isteri cantik permainan mata,


Isteri budiman tajuk mahkota.

Memilih pasangan adalah perkara penting dalam menjalanki kehidupan berumah tangga. Memilih calon
isteri yang sempurna bukan dinilai dari aspek kecantikan wajah. Kecantikan adalah sesuatu palsu pada
pandangan mata. Kecantikan isteri juga bersifat sementara kerana kecantikan akan hilang mengikut
masa. Isteri yang budiman adalah lebih sempurna kerana mampu menjadi suri rumah yang baik. Isteri
budiman mempunyai kepimpinan yang tinggi untuk zuriatnya. Kedudukan isteri budiman berada di
tempat yang tinggi sebagaimana kedudukan mahkota.Oleh itu, dalam memilih pasangan , si teruna
haruslah mencari wanita yang bukan sahaja cantik dimata , malah mempunyai sifat-sifat yang baik .
Wanita yang beriman, berbudi bahasa dan baik layak menjadi isteri yang solehah.

Perempuan bagus suntingan dunia,


Perempuan beriman sangat mulia.

Perempuan yang dianggap baik bukan hanya dinilai pada kecantikan di dunia nyata sahaja. Namun yang
paling penting ialah memilih perempuan dari aspek agama iaitu keimanannya. Kemuliaan seorang
wanita adalah diukur dari sudut keimanan yang dimilikinya.

Suami isteri harus sekata,


Jauh segala silang sengketa.

Hidup berumahtangga perlulah sependapat. Iaitu mempunyai cita dan pandangan yang sama. Pada
waktu yang sama mestilah menjauhi perkara-perkara yang boleh mendatangkan pertelingkahan serta
perselisihan pendapat.

Suami tempat isteri bergantung,


Kepadanya serahkan nasib dan untung.

Seorang suami adalah tempat bergantung harap, sebagai pelindung dan memberi nafkah.
Kebergantungan isteri terhadap suami adalah penuh dan suamilah yang menentukan kebahagiaan hidup
isterinya.

Jika suami tak berhati lurus,


Isterinya kelak menjadi kurus.

69
Suami mesti jujur supaya isteri tidak menanggung siksa kerana memendam perasaan.

Sungguh suami pegang kuasa,


Jika seorang ia binasa.

Suami mempunyai kuasa dan tanggungjawab besar. Namun kekuasaannya tidak mungkin dapat
digunakan jika dia hidup bersendirian tanpa teman.

Suami isteri tubuh yang dua,


Sekata hendaknya sampai [ke] tua.

Hidup berumahtangga adalah ibarat dua orang dalam satu tubuh. Maka mereka diharapkan sentiasa
bermuafakat di antara keduanya sepanjang kehidupan berumah tangga. Suami dan isteri perlu berpakat
dan mencapai persetujuan dalam segala tindakan. Contohnya mengurus rumah tangga, menjaga anak-
anak yang telah mereka lahirkan sehigga anak-anak itu dewasa.

Bentuk /Struktur
Binaan puisi ini ialah :-

Pertama, dapat dilihat dari rangkapnya. Puisi ini mempunyai tujuh rangkap semuanya. Ketujuh-tujuh
rangkap ini menceritakan tentang isteri yang solehah, kesefahaman dan kejujuran dalam menjalani
hubungan suami isteri, tanggungjawab suami dan tanggungjawab isteri dalam melayari bahtera
kehidupan. Contoh dapat dilihat pada rangkap ketiga yang membawa maksud tanggungjawab suami :-

Suami tempat isteri bergantung,


Kepadanya serah nasib dan untung.

Kedua, Baris dalam rangkap. Setiap rangkapnya mempunyai dua baris serangkap. Pada setiap baris pula
mengandungi empat hingga lima patah perkataan . Hal ini dapat dilihat melalui baris pertama pada
rangkap yang pertama. Baris ini mengandungi empat patah perkataan manakala baris ke dua rangkap
ke lima menunjukkan baris yang mengandungi lima patah perkataan. Contoh puisi adalah seperti
berikut :-
Isteri cantik permainan mata, (B1, R1)
Kepadanya serah nasib dan untung. (B2, R5)

Akhir sekali, ialah dari segi Rima akhir. Rima akhirnya ialah a,a. Kesemua rangkap menggunakan rima
a,a. Pengarang menggunakan rima akhir yang senada untuk menimbulkan kemerduan dan keindahan
bunyi. Contoh dapat dilihat pada rangkap kedua:-

Perempuan bagus sntingan dunia,


Perempuan beriman sangat mulia.

70
Gaya Bahasa yang dapat dikesan;

1. Gaya bahasa yang terdapat pada rangkap ini ialah pengulangan kata diawal baris yang sejajar .
Juga dikenali sebagai anafora. Pengarang mengulangi perkataan “ isteri “ pada baris pertama dan
kedua pada rangkap pertama. Pengulangan kata ini dilakukan adalah untuk memberi penekanan
terhadap perkataan “isteri” kerana ia membawa maksud yang isteri bukan saha perlu cantik
malah perlu menjaga adab dan baik hati. Contoh dapat dilihat di bawah:-

Isteri cantik permainan mata, (b1)


Isteri budiman tajuk mahkota.

2. Gaya bahasa perulangan kata di awal baris yang berurutan digunakan pada rangkap ini.
Perulangan perkataan “perempuan’ diulangi oleh pengarang bagi menimbulkan penegasan
kepada sesuatu perkara iaitu perempuan yang beriman merupakan seorang yang sangat mulia
manakala perempuan yang bagus hanya disukai.

Perempuan bagus suntingan dunia,


Perempuan beriman sangat mulia. (b4)

3. Inversi - Kepadanya serahkan nasib dan untung. SepatutnyKepadanya nasib dan untung
(subjek ) diserahkan (predikat)

4. Simbolik – “kurus”- tekanan/ masalah

Manakala dua unsur gaya bahasa bunyi ialah

1. Perulangan bunyi huruf vokal


2. Perulangan bunyi huruf konsonan
3. Perulangan rima akhir

Persoalan/ Pemikiran yang terdapat dalam puisi ini.

Memilih pasangan yang sempurna dan sesuai bagi sebuah perkahwinan. Memilih pasangan
adalah perkara penting dalam menjalani kehidupan berumah tangga. Oleh itu, dalam memilih
pasangan , si teruna haruslah mencari wanita yang bukan sahaja cantik dimata , malah
mempunyai sifat-sifat yang baik . Wanita yang beriman, berbudi bahasa dan baik layak menjadi
isteri yang solehah. Hal ini dapat dilihat melalui rangkap pertama

Isteri cantik permainan mata,


Isteri budiman tajuk mahkota.

Beriman dan beramal soleh merupakan sifat yang terpuji. Wanita beriman dan solehah
merupakan wanita yang mempunya nilai yang sangat mulia dan dipandang tinggi dalam
masyarakat. Wanita yang baik memang menjadi idaman setiap orang didunia. Namun, wanita
yang beriman akan dipandang tinggi dan mulia dunia dan mendapat ganjaran di akhirat.
Contohnya

Perempuan bagus suntingan dunia,


Perempuan beriman sangat mulia.

71
Kesefahaman dalam menjalani kehidupan berumah tangga. Menjaga keamanan dan
keharmonian rumah tangga penting bagi pasangan suami isteri. Oleh itu perlu ada sikap saling
faham-memahami di antara satu sama lain dan perlu ada perbincangan dalam menyelesaikan
masalah dan dalam mencapai kata sepakat. Jika tidak rumah tangga akan ditimpa masalah .Hal
ini ditekankan oleh pengarang didalam rangkap ketiga:-

Suami isteri harus sekata,


Jauh segala silang sengketa.

Tanggungjawab suami sebagai ketua keluarga.

Suami tempat isteri bergantung,


Kepadanya serahkan nasib dan untung.

Amanah, jujur dan penyayang dalam menjalankan tanggungjawab sebagai suami. Si suami perlu
jujur dan amanah dengan isteri. Segala kisah suka dan duka perlu dikongsi bersama agar si isteri
menjadi yakin dan selamat apabila berada disamping suami. Si isteri juga tidak akan merasa
susah hati sewaktu ketiadaan suami.

Jika suami tak berhati lurus,


Isterinya kelak menjadi kurus.

Suami perlu bersikap adil dan bermuafakat dalam membuat keputusan. Meskipun suami
menjadi ketua keluarga, namun isteri dikatakan sebagai penasihat kepada suami. Oleh itu…..

Sungguh suami pegang kuasa,


Jika seorang ia binasa.

Seia sekata dalam menjalani kehidupan berumah tangga

Suami isteri tubuh yang dua,


Sekata hendaknya sampai [ke] tua.

Pengajaran / Nilai

Tiga pengajaran yang dapat dilihat ialah :-

1. Jika hendak mencari pasangan, hendaklah mencari wanita yang budiman/ beriman. Isteri yang
solehah menjadi idaman semua lelaki. Oleh itu…………..
Contoh rangkap 1dan rangkap 2

2. Si suami perlu menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dengan baik dan sempurna.
Pengarang menekankan amanah/ tanggungjawab suami ………….

3. Suami isteri hendaklah bermuafakat dan ada sifat kesefahaman antara satu sama lain untuk
menjamin kesempurnaan hidup berumah tangga………………………..
4. seia sekata / kesefahaman
5. Bertanggungjawab
6. Budiman

72
Taat Setia Kepada Raja
Raja maufakat dengan menteri,
Seperti kebun berpagarkan duri

Betul hati kepada raja,


Tanda jadi sebarang kerja.

Hukum adil ke atas rakyat,


Tanda raja beroleh inayat.

Kasihkan orang yang berilmu,


Tanda rahmat atas dirimu.

Hormat akan orang pandai,


Tanda mengenal kasa dan cindai.

Jenis dan judul puisi :

Jenis puisi ialah gurindam. Judul puisi tersebut ialah Gurindam Taat Setia Kepada Raja

Tema

Ketaatan rakyat terhadap raja mempunyai syarat-syarat tertentu. Bagi mengharapkan taat setia rakyat,
raja mestilah mengamalkan ciri-ciri pemerintahan yang disukai rakyat. Antaranya ialah bekerjasama
dengan setiap pembesar negeri termasuk Perdana Menteri. Kemudian raja hendaklah mempunyai hati
yang mulia, bijak, adil, kasih dan menghormati orang lain.

Maksud Rangkap

Maksud rangkap pertama puisi ini ialah seorang pemerintah yang adil dan bijaksana perlu bekerjasama
dan bermuafakat dengan semua pembesar-pembesarnya dalam mengeluarkan sesuatu hukum atau
peraturan-pertaturan. Begitu juga sewaktu menguruskan pemerintahannya agar negara sentiasa aman
dan sentosa. Raja bergantung kepada menteri atau pembesar yang dipilih. Permuafakatan antara raja
dan menteri melicinkan pentadbiran. Menteri berperanan dalam pentadbiran dan merupakan tulang
belakang raja.

Rangkap 1: Raja perlu berkerjasama dengan pegawai negeri terutamanya perdana menteri. Kesepakatan
di antara mereka akan membentuk sebuah pemerintahan negara yang kukuh dan kuat. Negara mampu
dipertahankan daripada serangan musuh negera.

Rangkap kedua pula bermaksud apabila raja berlaku adil ,maka rakyat akan menyatakan taat setia dan
bersetuju dengan corak pemerintahannya. Maka dengan ini segala sistem / corak/ pengurusan akan
berjalan dengan lancar dan baik. Rakyat akan menumpahkan taat setia kepada raja sesuai dengan
kepercayaan masyarakat raja dianggap sebagai bayangan Tuhan di dunia. Ini menyebabkan segala kerja
yang dilakukan dapat dijalankan dengan jayanya.

Rangkap 2: Raja perlu pandai membuat keputusan dan persetujuan di atas sebarang rancangan
pembangunan negara.

73
Seterusnya raja perlu berlaku adil dalam menjatuhkan hukuman. Jika raja berlaku adil maka negaranya
akan berada dalam keadaan aman dan rakyat akan menunjukkan rasa taat setia kepada baginda.
Dengan ini baginda akan beroleh inayat.

Rangkap 3: Raja perlulah menghukum rakyat yang bersalah dengan hukuman yang adil. Seseorang raja
yang adil akan mendapat petunjuk dari Allah swt.

Rangkap seterusnya meminta agar raja dan rakyat menghormati golongan yang berilmu. Jika kita
menghormati dan menyangjungi orang yang berilmu, maka kita akan dirahmati dan dihormati. Segala
pekerjaan akan berjalan dengan lancar.Jika raja mengasihi golongan yang berilmu baginda akan
mendapat rahmat dan kasih sayang daripada Allah. Seorang raja juga telah menerima amanah dariapa
Allah hendaklah sentiasa menurut segala ajaran Islam. Panduan dan nasihat daripada golongan ulamak
dapat membentuk sebuah negara yang mengikut syariat Allah

Rangkap 4: Hendaklah mengasihi orang yang mempunyai ilmu. Mengasihi orang berilmu akan
membawa kepada keberkatan hidup kerana mendapat kasih sayang Allah.

Akhir sekali, menghormati orang yang berilmu. Penghormatan akan diberi kepada mereka yang
mempunyai ilmu pengetahuan tidak kira ilmu dunia mahupun akhirat. Hal ini kerana orang berilmu ini
menjadi penyuluh dan pembimbing agar manusia tidak tersesat dan berada di paksi yang betul. Oleh itu,
masyarakat yang menghormati golongan ini dapat mengenal yang mana baik dan yang nama buruk,
yang mana intan dan yang mana permata.

Rangkap 5: Hendaklah menghormati orang yang bijaksana kerana perbuatan tersebut akan membantu
kita membezakan perkara-perkara baik dan buruk.

Bentuk

1. Rangkap , Baris, Patah Perkataan, Suku Kata dan Rima Akhir

Contoh menjawab soalan ciri-ciri

b) Jelaskan tiga ciri gurindam di atas . [9]

Tiga ciri yang terdapat pada gurindam ialah:-

Bentuk yang dilihat menerusi rangkap. Gurindam mempunyai 5 rangkap yang terbina
daripada 2 baris serangkap menyerupai bentuk syair 2 rangkap atau nazam. Setiap baris
membawa maksud yang tersendiri bagi menggambarkan kesatuan idea. Hal ini dapat dilihat
pada baris….., rangkap ……yang menerangkan tentang raja dan menteri perlu bermuafakat
dalam urusan pentadbiran seperti contoh dibawah:-

Raja muafakat dengan menteri


Seperti kebun berpagar duri.

Baris-baris di dalam rangkap penting untuk menimbulkan kemerduan dan menjelaskan


mesej yang cuba disampaikan.

74
Kedua skema rima hujung yang tetap iaitu a,a,a,a. Bunyi rima akhir baris bagi setiap rangkap adalah
sama untuk menimbulkan kemerduan bunyi. Keseragaman bunyi menjadikan gurindam ini masih terikat
dengan bentuk puisi tradisional dan mengindahkan pengucapannya. Contoh

Hukum adil atas rakyat,


Tanda raja beroleh inayat

Ketiga tema dan pemikiran yang cuba disampaikan. Tema dan pemikiran gurindam
selalunya bertujuan untuk memberi nasihat dan petunjuk. Antara pemikiran yang cuba
disampaikan ialah kesefahaman dan muafakat dalam sistem pentadbiran. Raja dan pembesar
perlu mempunyai kesefahaman dan permuafakatan yang utuh dalam melaksanaan sistem
pentadbiran yang berkesan agar tidak berlaku kepincangan dan kemusnahan dan ancaman
luar. Contohnya

Raja maufakat dengan menteri,


Seperti kebun berpagarkan duri

Ciri-ciri seterunya dapat dilihat menerusi gaya bahasa. Bahasa yang digunakan bernada
riang dan menyukakan hati khalayak. Walaupun begitu kata-kata yang dipilih agak bernas
dan disusun dalam ayat yang kemas. Antaranya gaya bahasa simile. Simile merupakan kiasan
yang digunakan untuk membandingkan sesuatu yang lain dengan menggunakkan kata-kata
perbandingan iaitu umpama, bak, bagai, macam, laksana dan lain-lain. Melalui puisi ini
penyair menggunakan perkataan seperti bagi membuat perbandingan bagi maksud yang
cuba disampaikannya di samping menimbulkan kesan keindahan pada pengucapan. Contoh:-

Seperti kebun berpagarkan duri

Gaya bahasa dan unsur bunyi dalam puisi ini.

1. Perulangan perkataan di awal baris yang sejajar / berturutan pada baris kedua bagi rangkap ke
dua, tiga , empat dan lima. Ia juga dikenali sebagai anafora. Pengulangan perkataan “ Tanda ” di
baris ke dua bagi rangkap yang disebutkan tadi adalah untuk menimbulkan kesan irama untuk
mengindahkan pendengaran di samping menegaskan maksud tertentu agar dapat menarik
perhatian pendengar. Contoh :-

Betul hati kepada raja,


Tanda jadi sebarang kerja.

Hukum adil ke atas rakyat,


Tanda raja beroleh inayat.

Kasihkan orang yang berilmu,


Tanda rahmat atas dirimu.

Hormat akan orang pandai,


Tanda mengenal kasa dan cindai.

75
2. Gaya bahasa yang kedua ialah perbandingan terus. Gaya bahasa perbandingan tidak
menggunakan kata bak, seperti, bagaikan, umpama, macam, laksana. Contohnya,

Tanda mengenal kasa dan cindai.

3. Pengair menggunakan perkataan “kasa” dan “cindai” bagi membezakan orang yang tahu menilai
ilmu dan tidak. Perkataan ini juga digunakan bagi menggerakkan imaginasi pembaca menilai
sesuatu.
Hormat akan orang pandai,
Tanda mengenal kasa dan cindai.

4. Seterusnya, gaya bahasa simile juga digunakan. Ia merupakan kiasan yang digunakan untuk
membandingkan sesuatu yang lain dengan menggunakkan kata-kata perbandingan iaitu
umpama, bak, bagai, macam,laksana dan lain-lain. Melalui puisi ini penyair menggunakan
perkataan seperti bagi membuat perbandingan bagi maksud yang cuba disampaikannya di
samping menimbulkan kesan keindahan pada pengucapan. Contoh:-

Seperti kebun berpagarkan duri

5. Aliterasi ialah pengulangan bunyi konsonan dalam baris tertentu. Kesannya ialah ia dapat
menimbulkan kekerasan/ kelantangan bunyi,menyedapkan sebutan, kelembutan @ kemerduan
bunyi perkataan dan sekali gus ayat yang digunakan. Contoh dalam bait pertama, pengulangan
bunyi konsonan “n” diulang sebanyak 3 kali seperti yang terdapat dibawah:-

Raja maufakat dengan menteri,

6. Unsur bunyi kedua ialah Asonansi. Ia merupakan perulangan / persamaan bunyi vokal dalam
sebaris sajak. Penyair mengulangi bunyi huruf “a” agar dapat menimbulkan bunyi yang seragam
kerana keseragaman vokal dan menggalakkan kesan pengucapan yang puitis. Contohnya

Hukum adil ke atas rakyat,

7. Seterusnya ialah bunyi rima di akhir ayat. Penyair menggunakan persamaan bunyi suku kata
pada tempat yang bersetentang antara dua baris atau lebih dalam puisi. Contoh dalam rangkap
ke empat penyair mengakhiri rangkap tersebut dengan bunyi “u”. Contoh

Kasihkan orang yang berilmu,


Tanda rahmat atas dirimu.

76
Persoalan yang ditimbulkan dalam puisi gurindam ini ialah ;-

Kesefahaman dalam sistem pentadbiran. Raja dan pembesar perlu mempunyai kesefahaman dan
permuafakatan yang utuh dalam melaksanaan sistem pentadbiran yang berkesan agar tidak berlaku
kepincangan dan kemusnahan dan ancaman luar. Contohnya

Raja maufakat dengan menteri,


Seperti kebun berpagarkan duri

Pentingnya mentaati dan patuh kepada perintah raja. Setiap rakyat perlu menjaga nama baik dan taat
kepada raja yang memerintah. Rakyat tidak boleh menderhaka kepada raja dan jika berbuat demikian
rakyat akan ditimpa musibah begitu juga sebaliknya seperti yang tercatat di dalam waad. Ketaatan akan
membawa kepada kelancaran dalam segala perkerjaan seperti yang terdapat dalan rangkap dua.

Betul hati kepada raja,


Tanda jadi sebarang kerja.

Raja perlu prihatin dan bertindak secara adil. Sebagai seorang pemerintah yang adil, raja perlu
membalas jasa setiap rakyat yang taat dan membantunya menyelesaikan masalah. Sifat raja yang
pemurah, adil dan sering memberi perhatian terhadap jasa rakyatnya, akan menjadikan negeri
pemerintahannya bertambah aman dan makmur. Hal ini dapat dilihat dalam rangkap 3.

Hukum adil ke atas rakyat,


Tanda raja beroleh inayat.

Seterusnya , mengasihi dan menghormati orang yang berilmu. Orang yang berilmu dipandang mulia
oleh setiap lapisan masyarkat. Oleh itu ilmu penting dalam kehidupan manusia agar dia beroleh rahmat
dan kemenangan serta kejayaan dalam segala bidang yang diceburinya atau dalam apa yang
dilakukannya.
Kasihkan orang yang berilmu,
Tanda rahmat atas dirimu.

Akhir sekali, menghormati orang yang berilmu. Penghormatan akan diberi kepada mereka yang
mempunyai ilmu pengetahuan tidak kira ilmu dunia mahupun akhirat. Hal ini kerana orang berilmu ini
menjadi penyuluh dan pembimbing agar manusia tidak tersesat dan berada di paksi yang betul. Oleh itu,
masyarakat yang menghormati golongan ini dapat mengenal yang mana baik dan yang nama buruk,
yang mana intan dan yang mana permata.

Hormat akan orang pandai,


Tanda mengenal kasa dan cindai.

77
Contoh menjawab soalan pemikiran Taat Setia kepada Raja

a) Bincangkan empat pemikiran masyarakat Melayu sebagaimana yang


terdapat dalam puisi di atas. [16]

Empat pemikiran masyarakat Melayu yang terdapat dalam gurindam Taat Setia Kepada Raja ialah:-

Pertama, bermuafakat dalam urusan pentadbira. Raja dan menteri perlu sentiasa bermuafakat dalam
memutuskan sesuatu dan menyelesaikan masalah, Jika raja dan menteri bermuafakat, maka
pentadbiran negeri akan berjalan dengan lancar. Keputusan yang dicapai dapat mengukuhkan lagi
struktur pentadbiran agar ancaman musuh tidak dapat membolosi sistem pentadbiran seperti “kebun
berpagarkan duri”. Ungkapan ini jelas dinyatakan di dalam rangkap pertama, baris pertama dan kedua.
Muafakat yang terbina di antara raja dan menteri dapat menjamin keamana, keharmonian dan
kesejahteraan rakyat. Contoh adalah seperti berikut :-

Raja muafakat dengan menteri


Seperti kebun berpagar duri.

Seterusnya, memupuk rasa taat setia / betul hati kepada raja. Sikap taat dan betul hati penting untuk
menjayakan segala urusan yang dipertanggungjawabkan. Kebijaksanaan dan keadilan raja dapat
menimbulkan nilai taat. Apabila menteri dan rakyat mempunyai nilai taat, maka segala urusan akan
dijalankan dengan mudah, cepat dan lancar. Pada rangkap dua, penyair telah menyatakan bahawa jika
rakyat suka dan taat kepada raja, maka segala kerja akan menjadi. Hal ini dapat dibuktikan dalam
rangkap 2
Betul hati kepada raja,
Tanda jadi sebarang kerja.

Sebagai pemimpin perlu bersikap adil dan tidak berat sebelah. Pemimpin yang adil adalah pemimpin
yang disembah. Raja tidak boleh cenderung untuk menyokong satu pihak dan mengabaikan satu pihak
yang lain. Bagi melaksanakan keadilan, raja perlu memahami dan menyiasat sebelum menjatuhkan
hukuman. Sekiranya, raja tidak bersikap adil dalam pemerintahan, ia akan menimbulkan keruntuhan
kestabilan Negara. Penyair menekankan tentang keadilan pada rangkap ketiga. Rangkap ketiga
menerangkan raja perlulah adil ketika menjatuhkan hukuman. Jika raja melakukan sedemikian maka,
raja akan beroleh inayat dari Tuhan dan petunjuk adalah daipada Allah. Contohnya dalam rangkap 3:-

Hukum adil atas rakyat,


Tanda raja beroleh inayat

Seterusnya raja perlu mempunyai nilai kasihkan orang yang berilmu dan bijak pandai. Hal demikian
kerana, apabila raja mengasihi orang yang berilmu maka raja boleh merujuk dan menambahkan ilmu
pengetahuannya dalam bidang agama dan pengurusan pentadbiran. Sebagai pemimpin, raja perlu
banyak berguru dengan para ilmuan dan merujuk kepada mereka dalam hal-hal tertentu seperti hal
keagamaan. Rangkap empat menasihati pemimpin agar mengasihi orang yang berilmu agar beroleh
rahmat. Contohnya dalam rangkap 4

Kasihkan orang yang berilmu,


Tanda rahmat atas dirimu.

Akhir sekali, raja / pemimpin perlu menghormati golongan bijak pandai. Pemimpin yang menghormati
orang yang bijak pandai akan dihormatidan disayangi oleh rakyat. Hal demikian kerana, orang yang bijak
pandai adalah orang yang mempunyai ilmu dan disegani oleh orang lain. Jika raja menghormati orang

78
yang bijak pandai, maka raja juga akan dihormati oleh orang lain memandangkan ilmu yang diperoleh
dapat membezakan orang yang baik dan tidak. Pemerintah akan sentiasa disanjungi dan ditaati.
Golongan bijaksana akan dapat membantu raja mengenali sesuatu perkara yang baik dan buruk
seumpama mengenali yang mana satu kain kasa dan yang mana satu kain cindai. Hal ini ditekankan di
dalam rangkap 5 oleh penyair. Contohnya rangkap 5:-

Hormat akan orang pandai,


Tanda mengenal kasa dan cindai.

Pengajaran / Nilai

1. Nilai bermuafakatan . Nilai muafakaat perlu ada pada setiap manusia. Contoh rangkap 1

2. Nilai taat setia . Rakyat seharusnya taat setia kepada raja untuk menjamin keharmonian antara
raja dengan rakyat. Contoh rangkap 2

3. Nilai kasih sayang . Raja mestilah memiliki sifat mengasihi golongan cerdik pandai. Contoh rangkap
4

Gambaran Masyarakat

Puisi di atas menggambarkan sebuah negara yang mempunyai rakyat yang taat setia kepada
pemerintah. Namun untuk mendapatkan taat setia, ia memerlukan muafakat yang tinggi antara raja dan
rakyat. Zaman tradisional dapat digambarkan, telah wujud suasana aman damai dalam sesebuah
pemerintahan negara yang diperintah oeh raja.

Sistem feudal tidak semestinya mewujudkan satu corak pemerintahan kuku besi dan sentiasa menindas
rakyat. Jika raja melaksanakan pemerintahan yang mempunyai ciri-ciri yang terdapat didalam puisi
berkenaan, maka taat setia rakyat kepada raja tidak memerlukan paksaan. Contohnya, jika raja
menghormati rakyat, maka dengan sedirinya rakyat akan kagum dan dengan rela hati menumpahkan
taat setianya kepada raja.
Kadang-kadang raja perlu mendapatkan ilmu-ilmu tertentu daripada para ilmuan negara. Raja tidak
mungkin bijak dalam segala bidang. Oleh itu, ketika menuntut ilmu, raja hendaklah merendah diri dan
tidak membawa jawatan yang dipegang ketika berhadapan dengan guru yang mengajarnya.

Raja perlu mendapat nasihat daripada bijak pandai negara. Keupayaan membuat keputusan secara
bersendirian sangat terhad kemampuannya. Raja perlu membuat perbincangan dan mendapat
pandangan daripada pelbagai pihak yang pakar dalam bidang tertentu. Keputusan yang dibuat secara
bersama akan mengurangkan kesilapan dalam proses membuat keputusan.

Peranan / Fungsi

1. Memberi gambaran (world-view) adat istiadat Melayu


2. Memberi pengajaran dan unsur didaktik
3. Memberi nasihat
4. Sebagai Alat Komunikasi
5. Hiburan

79
BAB 5
PUISI TRADISIONAL
TALIBUN (SESOMBA)

Harun Mat Piah (1989), Ismail Hamid (1987) mendefinisikan talibun sebagai puisi berangkap tentang
perincian sesuatu objek atau peristiwa, dan umumnya terdapat dalam genre lipur lara (cerita kaba)
dalam kalangan masyarakat Minangkabau. Mohd. Taib Osman (1979) mula menamakan talibun ini
sebagai “ikatan puisi bebas”. Puisi ini menurut beliau merupakan puisi yang memakai kata-kata yang
menimbulkan gambaran mata kerana kata-kata yang digunakan dapat menimbulkan pemikiran dan
pendengaran tentang imej yang lantang dan bermakna. Baris-barisnya memberikan dua macam
gambaran, iaitu gambaran bunyi seolah-olah kita mendengarnya, dan gambaran objek-objek dalam
situasinya masing-masing. Kedua-dua gambaran ini berlatarbelakangkan alam Melayu.

Terdapat pelbagai tema talibun yang terungkap dalam cerita-cerita lipur lara Melayu yang didasarkan
kepada fungsi puisi tersebut di dalam karya atau cerita tersebut iaitu memerikan kebesaran, kehebatan
dan keagungan sesuatu tempat seperti ibu kota dan bandar, memerikan keadaan dan kesibukan atau
keajaiban sesuatu peristiwa dan suasana, memerikan kehebatan dan kecantikan sesuatu objek seperti
pakaian, manusia, sikap dan kelakuan manusia. Selain tema, talibun juga boleh dikenal melalui
penggunaan bahasa berulang yang menjadi lumrah dalam pembentukannya. Teknik pengulangan ini
bukan sahaja wujud dalam penggunaan gaya bahasa tetapi pengulangan seluruh puisi tersebut.
Wilkinsin menamakan puisi tersebut sebagai runs, yang merujuk kepada konsep pengulangan ini.
Pengulangan ini ditambah pula dengan bentuk-bentuk pemerian yang lain sehingga terdapat pelbagai
variasi dalam bentuk seperti pengulangan di bahagian permulaan tetapi di bahagian akhir telah
ditambah dengan ungkapan puisi yang lain.

Menurut Ismail Hamid (1987) pengulangan ini terjadi kerana talibun sangat mementingkan bahasa yang
berirama yang menjadi kegemaran masyarakat terutamanya dalam kalangan masyarakat Minangkabau.
Bahasa yang berirama ini digunakan secara meluas seperti berpidato atau semasa bergurau senda.
Fungsi utama dan khusus talibun ialah untuk memerikan secara terperinci tentang sesuatu gambaran
seperti suasana, benda dan sifat manusia dalam bentuk yang ringkas, teliti dan menyeluruh. Umumnya,
talibun merupakan gambaran pemikiran masyarakat khalayak yang mementingkan perincian tentang
sesuatu, tetapi disusun dan dibentuk dengan keindahan terutamanya dalam penggunaan gaya bahasa.

Ringkasan Definisi :

Talibun ialah puisi berangkap tentang perincian sesuatu objek atau peristiwa, dan umumnya terdapat
dalam genre lipur lara. Sejenis puisi Melayu berbentuk bebas (ikatan puisi bebas). Digunakan sebagai
sisipan / selingan dalam cerita lipur lara

Ciri-ciri :

a. Struktur talibun berbentuk bebas iaitu dalam serangkap talibun tidak mempunyai jumlah baris,
jumlah perkataan dan jumlah suku kata yang seimbang. Talibun juga tidak mempunyai sistem
rima tertentu.
b. Dalam sesuatu untai talibun, mungkin terdapat sisipan daripada genre puisi yang lain seperti
pantun, syair dan sebagainya, tetapi ternyata sisipan ini dianggap sebahagian daripada rangkap
talibun.
c. Fungsi dan kedudukan talibun adalah sebagai sisipan di dalam sesebuah cerita lipur lara.
Fungsi talibun di dalam sesebuah cerita adalah sebagai pemerian kepada cerita berkenaan dan
memperjelaskan perlukisan tersebut
80
d. Isi atau tema sesebuah talibun berhubungan dengan pemerian yang dilukiskan di dalam
sesebuah konteks. Misalnya untuk memerikan atau melukiskan keindahan sesebuah kota,
kecantikan seseorang puteri atau kesaktian sejenis senjata dan unsur-unsur di dalam sesebuah
cerita.
e. Penggunaan bahasa perulangan menjadi lumrah dalam pembentukannya. Teknik perulangan ini
bukan sahaja wujud dalam penggunaan gaya bahasa
tetapi juga pengulangan seluruh puisi tersebut.

Keindahan dan kemakmuran Negeri


Medannya indah bukan kepalang
Rantaunya luas bagai dibentang
Tebingnya tinggi bagai diraut
Pasirnya serong bentuk taji
Batunya ada besar kecil
Yang kecil pelontar balam
Jikalau untung kena ke balam
Jikalau tidak kena ke tanah
Menderu selawat ibu ayam
Helang disambar punai tanah
Seumpama kundur dengan labu
Kecil pohon besar buahnya
Negerinya beruntung Bandar rayanya bertuah
Cari di darat boleh di darat
Cari di laut boleh di laut
Ayam itik penuh di reban
Lembu kerbau penuh di tengah padang
Gajah badak penuh di tengah hutan
Sejuk dingin seperti ular cintamani
Di negeri Teluk Bidung Kota Lama.
Maksud

Gambaran Keindahan Negeri

Talibun di atas memaparkan tentang keindahan sesebuah negeri bernama Teluk Bidung Kota Lama.
Keindahan tersebut dilihat dari aspek persekitaran dan sempadan yang ada. Keadaan kawasan negeri
mempunyai keistimewaan tertentu berbanding dengan tempat lain. Perkataan medan dan boleh
diertikan sebagai persempadanan bagi sesebuah negeri yang diperintah. Rantau pula adalah gambaran
keluasan kawasa negeri berkenaan.

Tebing pula dilihat sangat indah seolah-olah seperti diraut. Keadaan ini menambah keindahan pemerian
sesebuah negeri kerana tercipta sebegitu rupa. Tebing juga boleh bermaksud kawasan yang boleh
menjadi pertahanan sesebuah negeri. Keadaan tersebut boleh juga dimaksudkan dengan jaminan
keselamatan kawasan tersebut. Disebut juga tentang sifat objek yang besar seperti batu dan objek yang
paling kecil seperti pasir.
Batu menggambarkan objek-objek yang berguna untuk dimanfaatkan bagi mendapatkan sumber negeri.
Kegunaannya adalah pelbagai perkara seperti boleh digunakan untuk melontar sesuatu objek atau boleh
juga menjadi peluru/senjata untuk menumpaskan musuh. Pada masa yang lain batu juga boleh
berfungsi untuk kegunaan lain.
81
Batu yang kecil dijadikan alat untuk melontar burung-burung yang boleh dijadikan makanan dan jika
tidak terkena burung , ia akan jatuh ke tanah yang penuh dengan binatang ternakan seperti ayam dan
lain-lain.

Helang menyambar punai tanah menunjukkan rezeki di situ yang melimpah ruah umpama buah kundur
dan labu yang kecil pokoknya tetapi buahnya besar. Walaupun pokok tersebut kecil tetapi menghasilkan
buah yang banyak. Ini menggambarkan bahawa sesebuah negeri yang makmur itu ialah negeri yang
mempunyai hasil mahsul yang banyak.

Negeri ini cukup beruntung dan bertuah. Sumber rezekinya ada di mana-mana tak kira di darat
mahupun di laut. Ayam dan kerbau banyak di reban dan dipadang begitu juga dengan binatang
dihutannya seperti gajah dan badak. Udaranya dingin, nyaman dan segar seperti kulit ular cintamani.
Itulah negeri Teluk Bidung Kota Lama.

Teknik Penulisan / Bentuk / Struktur / Binaan

1. Berbentuk bebas dan tidak terikat pada ciri-ciri lazim.


2. Keseluruhan puisi mempunyai 20 baris dalam 1 rangkap
3. Pola rima akhirnya juga berbeza-beza dan tidak seragam
4. Jumlah katanya adalah di antara 4 hingga lima patah perkataan
5. Manakala suku katanya berjumlah di antara 9 hingga 15 suku kata.

Gaya Bahasa

Gaya bahasanya mudah difahami dan maksud puisi adalah tersurat . Penyair menggunakan unsur-unsur
alam yang dekat dengan beliau bagi memudahkan pembaca memahami apa yang cuba disampaikan.
Jenis puisi di atas ialah Talibun dan tiga gaya bahasa yang terdapat dalam puisi tersebut adalah seperti
berikut ;-

Keindahan gaya bahasanya dapat dilihat melalui gaya dan urutan repitasi atau pengulangan perkataan
di awal baris iaitu anafora . Pengulangan perkataan “cari ” di baris ke empat belas dan lima belas dapat
dilihat dalam puisi ini. Pengarang mengulangi perkataan ini untuk menimbulkan kesan penegasan
maksud dan keindahan irama agar dapat menarik minat pembaca disamping menyampaikan maksudnya
dengan lebih jelas lagi.

Gaya dan urutan repitasi atau pengulangan perkataan di awal baris yang setara / berturutan iaitu
anafora . Pengulangan perkataan “ Jikalau ” di baris ke lapan dan sembilan dapat dilihat dalam puisi ini.
Pengarang mengulangi perkataan ini untuk menimbulkan kesan penegasan maksud dan keindahan
irama agar dapat menarik minat pembaca disamping menyampaikan maksudnya dengan lebih jelas lagi
seperti yang terdapat di bawah :-

Jikalau untung kena ke balam (R:1 , B7)


Jikalau tidak kena ke tanah (R:1 , B8)

82
Pengulangan Kata di tengah baris secara berturutan. Ia juga dikenali sebagai responsi. Pengarang
mengulangi perkataan “ boleh” pada baris ke empat belas dan lima belas bagi menimbulkan kesan
kemerduan pengucapan dan puisi . Contoh;-

Cari di darat boleh di darat (R:1, B14)


Cari di laut boleh di laut (R:1, B15)

Gaya dan pengulangan perkataan di akhir baris iaitu efifora . Pengarang mengulangi perkataan “ balam
” di baris ke enam dan tujuh dapat dilihat dalam puisi ini. Pengarang mengulangi perkataan ini untuk
menimbulkan kesan penegasan maksud dan keindahan irama agar dapat menarik minat pembaca
disamping menyampaikan maksudnya dengan lebih jelas lagi seperti yang terdapat di bawah :-

Yang kecil pelontar balam (R:1, B6)


Jikalau untung kena ke balam (R:1, B7)

Simile. Ia merupakan bahasa kiasan yang digunakan untuk membandingkan sesuatu yang lain dengan
menggunakan kata-kata perbandingan iaitu umpama, bak, bagai, macam,laksana dan lain-lain. Melalui
puisi ini pengarang menggunakan kata perbandingan “ bagai’ bagi menjelaskan tentang keadaan
/suasana negeri/ tempat tersebut. Penggunaan simile juga dapat menimbulkan kesan penegasan
maksud atau menimbulkan keindahan irama. Contohnya,

Rantaunya luas bagai dibentang (R:1, B2)


Tebingnya tinggi bagai diraut (R:1, B3)

Pengulangan bunyi huruf konsonan dalam baris tertentu atau aliterasi juga dihadirkan dalam pantun di
atas. Aliterasi dapat menimbulkan kekerasan/ kelantangan bunyi, menyedapkan sebutan,kelembutan @
kemerduan bunyi. Contoh dalam baris ke 8 , pengulangan bunyi konsonan “k” diulang sebanyak 4 kali
seperti yang terdapat dibawah:-

Jikalau tidak kena ke tanah (R:1, B8)- “k” diulang 4 kali

Perulangan bunyi vokal dalam baris-baris puisi secara mendatar dalam baris tertentu. Pengulangan
bunyi ini juga dikenali sebagai asonansi. Pengulangan bunyi vokal “a” sebanyak 5 kali dihadirkan di
dalam talibun di atas. Pengulangan bunyi ini dapat menimbulkan bunyi yang seragam kerana
keseragaman vokal, menggalakkan kesan pengucapan yang puitis dan menimbulkan kelembutan irama.
Di samping itu juga ia dapat menyedapkan sebutan bunyi/ menghasilkan kelembutan bunyi. Contohnya :

Negerinya beruntung bandar rayanya bertuah (R:1, B13)-”a” diulang 5 kali

Personifikasi juga digunakan di dalam puisi ini. Ia merupakan unsur pengorangan iaitu memberikan
sifat-sifat yang dimiliki oleh manusia kepada sesuatu objek / perkara / haiwan. Pengarang menggunakan
perkataan selawat bagi seekor ayam walhal pada zahirnya perkataan itu digunakan kepada manusia .
Kesannya adalah untuk memberi penekanan pada sesuatu perkara yang ingin disampaikan,
memberikan gambaran kehidupan yang lebih jelas, menghidupkan pengucapan dan menggerakkan
imaginasi pembaca @ menimbulkan pengucapan yang puitis. Contohnya :-

Menderu selawat ibu ayam (R:1, B9)

83
Penggunaan diksi yang indah iaitu menerapkan unsur alam. Penulis ini menggunakan banyak unsur
alam . Sama ada yang konkrit mahupun abstrak , unsur ini sememangnya dekat dengan kehidupan
masyarakat yang mendukungnya. Pengarang menggunakan perkataan “Helang “ , “ayam” dan binatang
lain bagi menunjukkan bahawa masyarakat di situ yang sememangnya membela dan kenal haiwan
tersebut dan perkataan “labu” dan “kundur” bagi mewakili tanaman yang biasa ditanam oleh
masyarakat tersebut. Contoh dapat dilihat pada baris di bawah :-

Ayam itik penuh reban (R:1, B11)


Seumpama kundur dengan labu (R:1, B12)
Kecil pohon besar buahnya (R:1, B16)

NILAI / PENGAJARAN

Bersyukur
Menghargai keindahan alam
Kemakmuran sebuah negeri
World – view sesebuah negeri dan masyarakat yang mendukungnya

MESEJ / GAMBARAN MASYARAKAT

Tiga gambaran masyarakat Melayu sebagaimana yang terdapat dalam puisi di atas ialah :-

Pertama, masyarakat yang mendukungnya ( world-view masyarakat ). Corak hidup masyarakat dan
bangsa Melayu zaman dahulu dicerminkan melalui puisi lama seperti talibun. Mereka menceritakan
secara terperinci tentang sesebuah negeri melaluinya. Tambahan pula, masyarakat dahulu akrab dengan
unsur-unsur alam seperti yang terdapat di dalam puisi di atas. Mereka juga gemar menggunakan gaya
bahasa perbandingan sebagai sumber pengajaran . Contohnya:-

Rantaunya luas bagai dibentang (R:1, B2)


Tebingnya tinggi bagai diraut (R:1, B3)
Lembu kerbau penuh di tengah padang (R:1, B17)
Gajah badak penuh di tengah hutan (R:1, B18)

Kedua, masyarakat Melayu yang tinggal di negeri yang aman dan kaya hasil buminya. Masyarakat di
negeri ini sememangnya beruntung kerana keadaan negerinya yang aman, tenang dan indah serta
rezekinya yang berlimpah ruah serta ada di mana-mana. Pengarang menjelaskan keadaan ini melalui
kata-kata

“Menderu selawat ibu ayam (R:1, B9 )


Helang di sambar punai tanah (R:1, B10)
Seumpama kundur dengan labu (R:1, B11)
Kecil pohon besar buahnya (R:1, B12)

Ketiga masyarakat Melayu yang berhemah tinggi dan berbudi pekerti mulia / cintakan kedamaian /
menghargai unsur-unsur alam.

Keempat, masyarakat Melayu yang bekerja sebagai petani.

84
Fungsi

Terdapat beberapa fungsi puisi ini di adakan. Antaranya ialah :-

Untuk menggambarkan sesuatu latar tempat, keadaan dan masa yang tertentu secara terperinci.
Talibun ini menceritakan secara jelas dan terperinci tentang sesuatu peristiwa. Hal ini jelas dimana
penulis menggambarkan suasana negeri yang bernama Teluk Bidung Kota Lama. Keindahan tempatnya
jelas dan kehidupannya yang aman, damai dan nyaman dapat dirasai oleh pembaca. Begitu juga rezeki
yang melimpah ruah juga disebut disini. Contohnya :-

Ayam itik penuh reban (R:1, B11)

Menunjukkan ketelitian dan kepekaan masyarakat Melayu terhadap unsur-unsur alam dan
persekitarannya. Keakraban masyarakat dahulu dengan unsur-unsur alam sememangnya tidak dapat
disangkal lagi. Mereka gemar menggunakan unsur alam seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang ada
dipersekitaran mereka. Contoh dalam puisi ini jelas penggunaan perkataan seperti ”labu”, “kerbau” dan
“ular cintamani” bagi memberi gambaran tentang sesuatu.

Sebagai alat komunikasi / Pengucapan ketua adat dalam adat perpatih. Bagi menyampaikan sesuatu
dalam adat istiadat, ketua adat akan memulakan ucapannya dengan berpuisi . Lazimnya ketua akan
menggunakan talibu bagi menceritakan secara terperinci tentang keadaan tempatnya agar orang yang
mendengar faham tentang apa yang cuba disampaikan. Unsur pengajaran disampaikan secara halus dan
indah agar tidak menyentuh perasaan orang lain. Contoh :-

Medannya indah bukan kepalang (R:1, B1)


Rantaunya luas bagai dibentang (R:1, B2)
Tebingnya tinggi bagai diraut (R:1, B3)
Pasirnya serong bentuk taji (R:1, B4)

Gambaran masyarakat dalam memerihalkan sesuatu secara indah dan masyarakat yang
mendukungnya ( “world-view” ) . Masyarakat Melayu lama memang terkenal dengan ketinggian nilai
budi dan keindahan dalam berbahasa. Melalui puisi ini jelas nilai keindahan yang terdapat di dalamnya
melalui gaya bahasa “runs” yang digunakan dan penceritaan yang cuba disampaikan . Contohnya:-

Negerinya beruntung bandar rayanya bertuah (R:1, B13)


Cari di darat boleh di darat (R:1, B14)
Cari di laut boleh di laut (R:1, B15)

Fungsi yang seterusnya ialah sebagai alat kawalan sosial dan pemantapan sesuatu sistem sosial dalam
masyarakatnya. Selain itu sebagai media yang mempamerkan kebijaksanaan penutur atau pewarisnya
(juga melambangkan kebijaksanaan masyarakat khalayaknya). Pewarisnya yang terhad menyebabkan
mereka dianggap sebagai golongan yang eksklusif dan istimewa. Semakin banyak mereka mewarisi puisi
ini semakin tinggi sanjungan masyarakat khalayaknya dan dapat menggambarkan ketinggian status
seseorang dalam masyarakatnya.

85
Hiburan. Sebagai salah satu bentuk hiburan. Puisi ini mampu menghibur khalayak kerana menjadi
selingan kepada cerita lipurlara. Setelah mengikuti penceritaan daripada penyampai cerita, ia akan
diselangi dengan pengucapan talibun yang disertai dengan alatan muzik si penyampai cerita.

Menunjukkan ketelitian dan kepekaan masyarakat Melayu terhadap unsur-unsur alam dan
persekitarannya

Kepentingan talibun dalam cerita penglipur lara.

1. Menjelaskan sesuatu perkara atau peristiwa. Puisi ini berupaya menjelaskan sesuatu perkara
atau keadaan secara ringkas dan padat. Khalayak akan dapat mendengar dengan jelas puisi ini
dan memahami isi puisi dengan meggunakan pemikiran yang mendalam.

2. Sebagai selingan dalam cerita. Biasanya puisi ini diselitkan dalam sesebuah karya cerita lipurlara
yang menjadi selingan kepada cerita berkenaan.

3. Menarik perhatian dan minat khalayak (pendengar dan pembaca). Puisi ini mampu menarik
perhatian khalayak kerana penggunaan bahasanya yang tersusun indah dan mudah difahami.

4. Salah satu kaedah penceritaan para penglipurlara. Memang telah diketahui umum bahawa para
penyampai cerita lipurlara akan menjadikan puisi talibun dan lain-lain jenis puisi sebagai salah
satu teknik penyampaian cerita. Tanpa selingan ini mungkin cerita lipurlara akan menjadi
hambar tanpa sebarang bentuk hiburan.
.

86
BAB 6
PUISI TRADISIONAL
TEROMBA

Teromba ialah “ Satu puisi, yang dari segi bentuknya tergolong sebagai puisi
bebas ( sama seperti talibun dan prosa berirama ) dan ungkin mengandungi
bentuk yang lain ( umumnya pantun) tetapi isi dan fungsinya merujuk kepada
satu bidang yang tetap iaitu adat. Dengan kata lain “ Ungkapan – ungkapan
puitis yang mengandungi konotasi adat yang digunakan sebagain panduan
dan amalan dalam masyarakat adat, khususnya Adat Temenggung dan Adat
Pepatih yang sehingga ini masih terpakai di Minangkabau dan beberapa
daerah di Negeri Sembilan dan Melaka.

( Harun Mat Piah, Puisi Melayu Tradisional , DBP, KL, 1989, hal 424)

Teromba merupakan susunan adat yang disampaikan dalam bentuk puisi. Puisi ini dikenali juga sebagai
puisi adat. Teromba dikatakan berasal daripada masyarakat Melayu Minangkabau. Undang-undang adat
yang diamalkan dalam kehidupan sosial masyarakat Negeri Sembilan yang melahirkan dan
mengamalkan Adat Perpatih. Susunan Isinya mengandungi adat dan peraturan serta norma-norma
hidup mesyarakat khususnya tentang undang-undang adat yang diamalkan dalam kehiduan sosial
masyarakat yang melahirkan dan mengamalkannya.

Adat dan Hukum Syarak

Adat dipakai syarat diturut


Syarat mengata, adat memakai
Adat bersendi hukum
Hukum bersendi kitabullah
Kuat adat tak gaduh hukum
Kuat hukum tak gaduh adat
Ibu hukum muafakat
Ibu adat muafakat

Teromba diwarisi secara turun temurun dalam majlis tertentu.’Tambo” membawa maksud babad,
hikayat atau riwayat kuno. Ia juga digunakan sebagai judul cerita prosa lama yang biasanya disebut
sistem sejarah atau historiografi tradisional menurut keprcayaan atau pandangan setempat sejak turun
temurun. Contoh karya Sejarah Melayu, sejarah Pelembang, Tambo Bangkahulu.

Berdasarkan struktur visualnya, teromba merupakan perbilangan adat yang terkumpul sebagai satu
peraturan dan digubah dalam bentuk karangan yang panjang , indah lagi puitis. Teromba juga tergolong
sebagai puisi tidak terikat kepada perbilangan adat atau kata perbilangan. Teromba ini ada yang
berangkap dan ada yang tidak. Jumlah perkataan dan suku katanya dalam sebaris tidak tentu. Demikian
juga rima dan jedanya, juga tidak tentu. Teromba kadangkala menggunakan juga puisi Melayu
tradisional yang lain seperti pantun, syair, rubai, talibun, dan ungkapan tradisional (peribahasa
berangkap).

Secara ringkas teromba berfungsi memberi panduan dan pendidikan tentang cara hidup atau sistem
hidup bermasyarakat yang baik dan harmoni melalui adat, peraturan dan undang-undang dibentuk,
87
membentuk dan membina satu masyarakat yang harmoni, mengekal norma yang tertentu di dalam
masyarakat yang telah dipersetujui oleh anggota masyarakat sejak turun-temurun. Selain itu teromba
berfungsi sebagai alat kawalan sosial terutamanya dengan adanya adat, peraturan dan undang-undang
tentang apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan dalam hidup bermasyarakat, menggambarkan corak
dan pola hidup bermasyarakat pada satu-satu masa dan zaman, menggambarkan corak pemikiran
masyarakat yang mengamalkannya, kerana pembentukan teromba jelas berdasarkan kebijaksanaan dan
pemikiran yang dalam dan tinggi tentang falsafah hidup masyarakatnya.

Definisi lain

 Sejarah yang diceritakan dalam bentuk perbilangan, tombo, riwayat (Kamus Dewan).
 Merupakan susunan kata-kata adat.
 Mohd . Taib Osman ( Warisan Puisi Melayu) – pengucapan adat yang menerangkan perbilangan
adat perpatih dan yang menerangkan perbilangan adat yang dasar.
 Puisi bebas yang mengandungi konotasi adat yang digunakan sebagai panduan dan amalan ,
terutama adat pepatih dan Temenggung .
 Puisi bebas yang indah dan memberikan gambaran pengalaman yang sebenar dari segi
petuturan hidup
 Masyarakat Minang menyebutnya sebagai “te(gh)ombo”, dialek Minang “tambo”. Disebut juga
sebagai “terasul”, “kata-kata adat” atau ‘perbilangan adat”.

Dari aspek bentuk

1. Berbentuk bebas atau tidak terikat

2. Ada kalanya wujud dalam bentuk / genre puisi yang lain seperti pantun, peribahasa berirama,
talibun, dan mantera (kerana terdapat baris-baris perulangan yang berjajar seperti anaphora dan
efifora.

3. Kebanyakan barisnya menggunakan ungkapan-ungkapan yang sejajar yang berirama dan berima.

4. Jumlah barisnya dalam serangkap atau seuntai.


- terdiri daripada beberapa rangkap ( 2, 3, 10 dan
sebagainya)
- jumlah baris tidak sama bagi setiap rangkap
- adakalanya mengambil genre puisi tradisional yang lain

Contoh teromba yang menyerupai peribahasa berirama dan gurindam

Hidup dikandung adat


Mati dikandung tanah
Adat dipakai baru
Kain dipakai using
Ke daratAdat Perpatih
Ke laut Adat Temenggung

88
Ciri dari segi isi :

Isinya mengandungi adat dan peraturan serta norma-norma hidup masyarakat khususnya tentang
undang-undang adat yang diamalkan dalam kehidupan sosial masyarakat yang melahirkan dan
mengamalkannya.

Teromba jenis bebas dan tidak terikat dari segi strukturnya iaitu rangkap, rima, baris-baris dalam
rangkap dan jumlah perkataan.

Tema dan Isi Teromba

Teromba sebagai pegangan hidup, nilai dan gambaran kepercayaan masyarakat yang mendukungnya.
Teromba juga dikatakan sebagai gambaran tentang kepercayaan terhadap sesuatu seperti kekuasaan
Allah dan kejadian alam disamping menyelami kepercayaan tentang penyebaran dan kedatangan
masyarakat Minang. Kepercayaan asal usul terhadap sesuatu peraturan dan perlakuan seperti
pembukaan kota yang bermula dari adat, kedudukan ketua dan sebagainya juga diterapkan di dalam
teromba. Melaluinya, nilai yang tinggi pada keluhuran adat dan menjadi pegangan hidup dipaparkan
agar dapat melahirkan manusia yang unggul seperti mempunyai rasa bertanggungjawab, tolong
menolong dan mempertahankan kebenaran.

Teromba sebagai gambaran perlakuan dan tingkah laku yang menggariskan kehidupan bersuku-suku,
system perkahwinan, kekeluargaan, perwarisan , ekonomi, politikdan pentadbiran. Selain itu, ia juga
menggariskan prinsip-prinsip adat yang dipraktikkannya dalam kehidupan dan menghuraikannya.

Teromba sebagai hukum dan undang-undang yang mesti dipatuhi. Melaluinya , hukum-hukum dan
undang-undang dalam norma-norma kehidupan digariskan dan perlu diikuti seperti hukuman untuk
membunuh, merogol,dan sebagainya . Kuasa pemerintah menjatuhkan hukuman. Raja berkuasa
menjatuhkan hukuman bunuh, manakala lembaga berkuasa menyiasat. Terdapat juga pemberitahuan
tentang jenis-jenis hukum jenayah dan hukum hakam perkahwinan, penceraian, pembahagian harta,
perwarian dan sebagainya.

Fungsi teromba

1. Memberi panduan dan pendidikan tentang cara hidup atau sistem hidup bermasyarakat yang
baik dan harmoni melalui adat, peraturan dan undang yang dibentuk.
2. Dalam rangkap 2, menjelaskan keutamaan adat dan masyarakat mesti mengikut kebiasaan yang
telah dijadikan peraturan setempat. Penghulu, ulama masing-masing dengan tugas mereka.
Begitu juga dengan pahlawan, juara, saudagar dan kaum wanita.
3. Membentuk dan membina satu masyarakat yang harmoni.
4. Memberi panduan dan peraturan yang harus diikuti
5. Memberi nasihat dan pengajaran seperti tatacara hidup bersuku-suku
6. Sebagai alat komunkasi – menjadi bahasa hiasan bagi pembukaan dan penutupan majlis,
mengucapkan alu-aluan, terima kasih dan majlis perlantikan
7. Sebagai hiburan- skrip permainan randai ( bentuk drama dalam cerita-cerita kaba)

89
Teromba Adat
Hidup dikandung adat,
Mati dikandung tanah.

Adat dipakai baru,


Kain dipakai usang.

Yang elok dipakai,


Yang buruk dibuang.

Lembaga berlingkungan,
Undang kelintasan.

Duduk meraut ranjau,


Tegak meninjau jarah.

Ke darat Adat Perpatih,


Ke laut Adat Temenggung.

Ke laut berteromba,
Ke darat bersalasilah.

Adat bersendi hokum,


Hukum bersendi Kitab Allah

Jenis Puisi : Teromba


Judul / Tajuk : Teromba Adat
Tema : Adat dan peraturan/undang-undang yang diamalkan oleh masyarakat.

Maksud Puisi

Rangkap 1 Hidup dikandung adat,


Mati dikandung tanah.

Ketika manusia berada di dunia, mereka setiasa terikat dengan adat atau tingkah laku yang biasa
dilakukan setiap hari yang menjadi sebahagian budaya hidup. Segala ikatan peraturan adat akan luput
apabila manusia sudah meninggal dunia. Ketika itu, manusia hanya dilingkungi oleh tanah sahaja.

Rangkap 2 Adat dipakai baru,


Kain dipakai usang.

Adat yang diamalkan setiap hari adalah sesuai mengikut zaman dan sentiasa segar untuk diamalkan.
Berbanding dengan pakaian seperti kain dan baju tentunya akan semakin lama, buruk dan tidak boleh
dipakai sepanjang masa.

90
Rangkap 3 Yang elok dipakai,
Yang buruk dibuang.

Adat yang baik patut diamalkan oleh masyarakat namun jika adat (budaya) itu buruk dan bertentangan
dengan nilai dan agama, ia patut ditinggalkan atau tidak boleh diamalkan.

Rangkap 4 Lembaga berlingkungan,


Undang kelintasan.

Lembaga bermaksud : Dato' Lembaga adalah gelaran seorang pemimpin yang mengetuai
sesuatu suku dalam masyarakat Adat Perpatih. Dato' Lembaga ini dipilih oleh para Buapak daripada
beberapa Perut yang menjadi anggota sesuatu suku. Dato' Lembaga yang dilantik mestilah mendapat
persetujuan daripada Undang atau Penghulu Luak. Tanggungjawab Dato' Lembaga meliputi hal ehwal
anak buahnya di dalam suku yang diwakilinya. Ini termasuklah urusan harta pusaka dan pentadbiran
tanah adat bagi anak-anak buahnya. Seseorang Dato' Lembaga itu boleh dipecat daripada jawatannya
jika terbukti dia cuai atau bekelakuan yang tidak selayaknya.

Undang bermaksud : Undang adalah jawatan ketua bagi sesuatu Luak di dalam masyarakat Adat
Perpatih. Perlantikan Undang ini dilakukan oleh Dato'-Dato' Lembaga di dalam sesuatu luak itu.
Di Negeri Sembilan kini adalah empat orang Undang yang mengetuai empat buah luak utama. Mereka
ialah Undang Rembau, Undang Sungai Ujung, Undang Johol dan Undang Jelebu.

Peranan dan kuasa ketua ( Lembaga dan Undang) dalam amalan adat sebenarnya mempunyai had dan
batasan. Malah kawasan jajahan takluk pentadbiran mereka juga telah ditentukan oleh adat.

Kesimpulannya rangkap ini bermaksud peraturan-peraturan / undang-undang yang digunakan oleh suku
telah dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat dalam menyusun peraturan tersebut. Peraturan-
peraturan / undang-undang yang telah ditetapkan wajib dipakai oleh suku tersebut dan kesemua
golongan yang di dalamnya wajib menghormati dan mentaati perintah.

Rangkap 5 Duduk meraut ranjau,


Tegak meninjau jarah.

Ranjau = Daun kelapa yang dibuat lidi penyapu. Ia perlu diraut dengan pisau yang tajam.
Jarah = Musuh atau penjahat (penjarah). Musuh perlu ditinjau (perhatikan).

Menggambarkan peranan anggota masyarakat yang mengamalkan adat. Dalam semua aktiviti
kehidupan, ahli masyarakat sebenarnya mempunyai peranan masing-masing tidak kira samada ketika
duduk maupun berdiri

Rangkap 6 Ke darat Adat Perpatih,


Ke laut Adat Temenggung.

Walau dimana pun kita berada, kita akan terikat dengan adat tertentu seperti Adat Perpatih ketika
berada di daratan, Manakala ketika berada di laut kita terikat dengan Adat Temenggung.

Rangkap 7 Ke laut berteromba,


Ke darat bersalasilah.

Teromba merupakan ungkapan berirama yang kelazimannya mengenai adat sebagai panduan atau
amalan adat sesuatu masyarakat. Ia merupakan sejenis puisi bebas yang mungkin mempunyai bentuk
91
lain seperti pantun, syair, rubai dan talibun tetapi isi dan fungsinya merujuk kepada satu bidang
tetap, iaitu adat. Puisi ini dikenali juga sebagai puisi adat. dan dikatakan berasal daripada masyarakat
Minangkabau (Minang: Tambo)

Salasilah keturunan atau Salasilah keluarga seseorang itu amat penting diketahui dalam masyarakat
manusia bertamadun. Menjejaki asal usul keturunan seseorang boleh memberi manfaat
kepada hubungan silaturahim kaum kerabat; dan merapat dan mengekalkan hubungan silaturahim
sangatlah dituntut dalam Islam.

Berteromba selalu dikaitkan dengan pengucapan beberapa amalan adat manakala bersalasilah selalunya
berkait dengan amalan silaturrahim dan pembahagian harta pusaka.

Rangkap 8 Adat bersendi hukum,


Hukum bersendi Kitab Allah

Amalan adat sebenarnya masih terikat (tertakluk) dengan hukum agama yang secara tidak langsung
berkait dengan Kitab Allah iaitu Al-Quran

Ringkasan maksud

Rangkap pertama – Hidup seseorang sentiasa di penuhi dengan adat bila mati akan kembali ke tanah
Rangkap kedua –Adat tidak akan luput tidak seperti kain yang senang ditukar-tukar .
Rangkap bertiga – Yang baik diamalkan yang buruk di jauhkan
Rangkap keempat – Hidup dalam lingkungan adat
Rangkap kelima – Duduk sentiasa membuat senjata serta selalu berwaspada dan bersedia .
Rangkap keenam - Perbezaan adat Pepatih dengan adat Temenggung yang menentukan .
Rangkap ketujuh - Pergi kelaut secara beradat pergi ke darat secara sopan .
Rangkap ke lapan– Adat mestilah berdasarkan hukum, dan hukum pula mestilah berdasarkan Kitab Allah

Bentuk :

Sejenis puisi berbentuk bebas atau puisi yang tidak terikat .

1. Rangkap. Mengandungi 8 rangkap. 2 baris serangkap,


2. Patah Perkataan. Jumlah perkataan sebaris tidak seimbang iaitu di antara 2 hingga 4 patah
perkataan sebaris. Contoh:

Lembaga berlingkungan
Undang Kelintasan -R2

Hukum Bersendi Kitab Allah -R8, B2

4. Rima akhir. Rima akhir teromba adalah tidak tetap seperti puisi terikat. Rima akhirnya a,b
bukan a,a.

92
5. Jumlah suku kata. Jumlah suku kata Teromba Adat dalam sebaris tidak seimbang iaitu di antara
6 hingga 9 sukukata. Contoh,

Yang elok dipakai,


Yang buruk dibuang -R3 (6 suku kata)
Hukum bersendi Kitab Allah -R8.B2 (9 s.k)

Nilai Estetika / Gaya Bahasa

1. Pengulangan kata di tengah ayat. Responsi iaitu “hidup dikandung tanah”, “adat dipakai baru” ,
“kedarat Adat Pepatih” , “kelaut berteromba”.
2. Pengulangan awal kata. Anafora iaitu “yang elok dipakai”
3. Penggunaan bahsa Asing iaitu Bahasa Arab. Cth “kitab Allah
4. Peribahasa

Hidup dikandung adat,


Mati dikandung tanah, -R5

5. Inversi- “adat dipakai baru” adat baru dipakai


6. Pengulangan bunyi vokal “a” – asonansi

Pemikiran

1. Persoalan kepentingan adat berpandukan masyarakat dahulu .


2. Persoalan kebaikan adat Pepatih .
3. Persoalan yang mengamalkan adat Rukun Islam.
4. Patuh dan mengutamakan adat, amalan pusaka nenek moyang yang baik-baik. Contoh:

Hidup dikandung adat


Mati dikandung tanah

5. Struktur kepimpinan dalam adat MInang.Contoh:

Lembaga berlingkungan
Undang kelintasan

6. Undang-undang adat selaras dan tidak bercanggah dgn hukum syarak. Contoh:

Adat bersendikan hukum


Hukum bersendikan Kitab Allah

7. Adat baik yang diamalkan sesuai sepanjang zaman. Contoh:

Adat dipakai baru


Kain dipakai usang

93
Nilai Masyarakat

1. Masyarakat yang mengamalkan adat dalam kehidupan mereka.


2. Masyarakat yang menghormati dan mengamalkan hukum-hukum keagamaan berdasarkan kitab
3. Masyarakat perlulah mengutamakan kebaikan dan menjauhi keburukan dalam kehidupan
seharian serta selalu berfikiran positif

Fungsi

1. Memberi panduan dan pendidikan (Didaktik).


Pemberitahuan tentang cara hidup atau sistem hidup bermasyarakat yang baik dan harmoni
melalui , peraturan , dan undang-undang yang dibentuk

2. Alat Komunikasidalam upacara tertentu.


Menjelaskan keutamaan adat dan masyarakat mesti mengikut kebiasaan yang telah dijadikan
peraturan setempat. Penghulu , ulama masing-masing dengan tugas mereka. Begitu juga dengan
pahlawan , juara , saudagar ,dan kaum wanita .

3. Menberi nasihat.
Penekanan tentang pembentukan undang2 yang berlandaskan Al-Quran dan adat berada di
tempat orang.

4. Memberi gambaran (world-view) sesebuah bangsa


Menunjukkan adat MInang yang diamalkan di Negeri Sembilan

5. Hiburan
Berteromba dengan iringan muzik untuk menerangkan tentang undang2 dan peraturan dalam
majlis-majlis tertentu. Selain mendapat informasi, audiens akan berasa terhibur.

94
BAB 7
PUISI TRADISIONAL
MANTERA
Mantera dikenali sebagai jampi, tawar, sembur, cuca, uja, seru, dan tangkal. Genre ini merupakan antara
puisi Melayu tradisional yang popular di kalangan masyarakat Melayu selain pantun dan syair, walaupun
penggunaannya lebih eksklusif, kerana mentera hanya dipunyai dan dituturkan oleh orang tertentu
sahaja seperti pawang dan bomoh. Apabila dituturkan, mantera dipercayai dapat menimbulkan kuasa
ghaib atau konotasi magis untuk tujuan perubatan seperti untuk menyembuhkan penyakit (Harun Mat
Piah, 1989).

Dari segi bentuk, mantera merupakan jenis puisi bebas yang tidak terikat sama ada dari segi rangkap,
baris, dan jumlah perkataan dalam sebaris atau urutan rimanya. Dari segi penggunaan bahasanya,
mantera digubah bahasa khusus dan sukar difahami oleh kebanyakan orang. Malahan, pawang atau
bomoh sendiri pun, jika ditanya makna bahasa tersebut tidak dapat menerangkannya. Oleh itu, mantera
sangat terbatas penggunaannya. Mantera juga tidak boleh dituturkan sewenang-wenangnya tanpa
bersebab kerana bahasa mantera dianggap keramat dan tabu.

Mantera biasanya dicipta oleh pawang atau bomoh yang kemudiannya diturunkan kepada orang yang
dipercayai dan orang yang akan menggantikan mereka dalam bidang perpawangan atau perbomohan.
Pawang atau bomoh ini merupakan orang perantaraan antara manusia dan kuasa ghaib yang dipercayai
dapat memberikan kesan kepada kehidupan masyarakat.

Mantera juga merupakan puisi yang diwarisi daripada zaman purba yang sangat bergantung hidup
dengan unsur-unsur alam. Tetapi jika berdasarkan perkembangan tamadun sekarang, mantera mungkin
tidak lagi dicipta; tidak seperti pantun dan syair yang masih terus dicipta dan digunakan dengan meluas.
Walaupun mantera telah tercipta sejak zaman bahari lagi, namun dengan kedatangan Islam, pengaruh
Islam telah diserapkan ke dalam bentuk mantera dengan menambah nama-nama atau istilah-istilah
yang ada kaitannya dengan Islam. Mantera dapat dibahagikan keada empat jenis berdasarkan tujuan
mantera tersebut diucapkan iaitu perubatan, pakaian diri, pekerjaan dan adat istiadat.

Isi mantera biasanya mengandungi kata-kata puji-pujian yang mengandungi irama dan nada yang
tertentu. Tujuan mantera ialah untuk menyembuhkan penyakit dan menghalau makhluk halus yang
dipercayai mendiami sesuatu tempat atau yang mengganggu kehidupan seseorang dan masyarakat.
Mantera juga dijadikan pemanis, pengasih dan pembenci. Terdapat juga penggunaan mantera dalam
upacara-upacara seperti adat dan istiadat.

Mantera tidak boleh digunakan secara sembarangan, secara umumnya, mantera masih lagi menepati
fungsi puisi iaitu sebagai alat pendidikan, alat pemantapan sesuatu sistem, nilai, dan norma masyarakat
khalayaknya, gambaran sistem projeksi masyarakat termasuklah aspek keindahan dan alat pengesahan
sesuatu institusi masyarakatnya.

Mantera untuk perubatan berfungsi untuk menyembuhkan penyakit, mantera pendinding berfungsi
untuk melindungi khalayaknya daripada sebarang unsur jahat atau berfungsi untuk memberi
keluarbiasaan dan keistimewaan kepada pengamal dan khalayaknya, mantera pekerjaan digunakan
dalam pekerjaan supaya setiap usaha yang dilakukan dapat menghasilkan sesuatu yang lumayan, dan
mentera adat istiadat pula digunakan dalam upaca-upacara adat dan istiadat. Perwarisan mantera
haruslah melalui upacara-upacara yang tertentu sesuai dengan genre mantera itu sendiri sebagai puisi
yang bercorak sakral dan penuh dengan pantang larang.

95
Kata atau ayat apabila diucapkan dapat menimbulkan kuasa ghaib (untuk menyembuhkan penyakit dan
lain-lain), jampi. (Kamus Dewan) .Mantera ialah kata-kata yang diucapkan untuk mendapatkan sesuatu
dengan kuasa ghaib (melalui mimpi). Jampi ialah kata-kata tertentu yang diucapkan untuk mendapatkan
kesaktian (seperti menyembuhkan penyakit dan sebagainya).

Mantera juga diberi pengertian sebagai ungkapan kata-kata yang digunakan pawang dan bomoh Melayu
dalam upacara-upacara yang mempunyai berbagai ragam maksud dari segi kepercayaan lama seperti
digunakan dalam doa dan pendinding keselamatan daripada segala bencana iaitu digunakan dalam
upacara-upacara ritual, pemujaan kepada penunggu dan semangat, juga dalam kerja-kerja bersangkut
paut dengan pertanian dan menangkap ikan (supaya menjauhkan bala dan kerosakan segala bencana).

Mantera merupakan satu daripada genra puisi Melayu tradisional yang diwarisi sejak zaman primitif,
prasejarah, animisme, kemudian dipengaruhi Hinduisme, dan Islam. Mantera masih dikekalkan,
ditambahkan, disesuaikan, dikembangkan dan digunakan oleh orang Melayu dalam kehidupan harian.
(Harun Mat Piah, 1989, h. 478).

Kata mantera berasal daripada bahasa Sanskrit; mantara, manir dan matar. John T. Plattes (Dalam
Harun Mat Piah, 1989, h. 478) menyatakan:

“That part of each Veda which comprises the hymns (as distinguished from Brahmanas, or theological
portions); a passage of the Vedas, a holy text; a formula sacred to any particular deity, a mystical verse,
a magical formula, an incantation, a charm, spell, philter; secret consultation, consorting together,
spiritual instruction.”

Maksudnya ialah nyanyian suci daripada kitab Hindu, Veda – kata-kata keramat/ suci, ungkapan mistik,
jampi, persona/ daya penarik, sihir, guna-guna pekasih, bisikan/ suara rahsia, berpadu bersama, arahan
spiritual –

W.J.S. Poerwadarminta. (1966, h. 574), menyatakan mantera adalah perkataan/ kalimat yang dapat
mendatangkan daya ghaib, jampi atau persona. Mantera biasanya digunakan oleh pawang/ bomo(h)/
bomor/ dukun iaitu orang yang mempunyai kepandaian istimewa untuk melakukan sesuatu secara
khusus (h. 43), misalnya ada pawang buaya, darat, buru, laut, hujan, hutan, lebah, gajah dan sebagainya.

Contoh Mantera

MANTERA MEMUJA SEMANGAT PADI

Sri Dangomala, Sri Dangomali


Hendak kirim anak sembilan bulan
Segala inang, segala pengasuh
Jangan beri sakit, jangan beri demam
Jangan beri ngilu dan pening
Kecil menjadi besar
Tua jadi muda
Yang tak kejap diperkejap
Yang tak sama dipersama
Yang tak hijau diperhijau
Yang tak tinggi dipertinggi
Hijau seperti air laut
Tinggi seperti Bukit Kaf!

96
PENYERI MUKA

Masua Sukur menjadi pohon


Tajuk Malai menjadi dahan
Ya Illahi Tuhanku
Tabul cahaya memandang mabuk dan malai
Bedak disapu Muhammad mengirai
Ku semangat si (nama) itu.
Tunduk kasih sayang memandang kepada aku
Cinta berahi semangat si (nama) itu kepada aku
Inikan pula engkau terlebih kasih kepada aku
Tangan yang kanan menggenggam semangat si (nama) itu
Mabuk si (nama) itu kepada aku
Berkat doa Laailaahailallah Muhammad Rasulullah.

Ciri-ciri Mantera :

Dari segi bentuk :

i. Bentuk bebas atau tidak terikat


ii. Jumlah baris dalam satu rangkap adalah bebas / tidak tetap
iii. Jumlah rangkap bagi satu-satu mantera juga adalah bebas.
iv. Rima akhir baris adalah bebas iaitu tidak ada skema rima yang tertentu.

Dari segi isi :

i. Mengandungi pengucapan dan doa yang penuh dengan kata-kata pujian dengan tujuan
membawa keuntungan dan menjauhkan bencana.
ii. Mengandungi unsur-unsur atau ungkapan magis yang digunakan dalam upacara-upacara
tertentu serta bersifat kudus atau menyelami soal-soal kebatinan

Dari segi bahasa :

i. Mengandungi kata-kata yang dapat memberi kesan gambaran (imej) yang tertentu seperti
gambaran alam semulajadi, benda-benda, tingkah laku atau perbuatan, perasaan atau sentuhan,
bunyi atau pendengaran

ii. Kaya dengan bahasa perbandingan, kata-kata perulangan, kata-kata kiasan atau kiasan bahasa
dan metafora.

iii. Jenis mantera dibahagikan kepada empat jenis berdasarkan tujuan mantera tersebut diucapkan,
iaitu :

a. Perubatan
b. Pakaian diri
c. Pekerjaan
d. Adat isiadat

97
1. Perubatan

Merujuk kepada mengubati penyakit-penyakit tertentu. Biasanya dikaitkan dengan mengubat


penyakit yang dikaitkan dengan gangguan makhluk halus dan jin.

2. Pakaian diri.

Seseorang itu akan menjadikan bacaan mantera ini sebagai pendinding diri daripada diganggu
makhluk halus atau sihir. Individu tertentu akan menjadikannya sebagai satu amalan harian dan
golongan ini percaya bahawa mantera yang diamalkan itu akan dapat menghalang daripada
terkena gangguan mistik.

3. Pekerjaan.

Bagi golongan bomoh yang mengumbati penyakit di kalangan masyarakatnya, mereka akan
menjadikan mantera sebagai salah satu kaedah mengubati penyakit. Mereka akan mendapat
bayaran tertentu samada dalam bentuk barangan atau nilai wang setelah upacara mengubat
penyakit dijalankan. Masyarakat dahulu akan juga akan menunaikan syarat tertentu termasuk
menyediakan bahan dan alatan mengubati penyakit.

4. Adat istiadat.

Biasa kaedah perubatan yang menggunakan jampi dan mantera akan diamalkan dalam satu adat
istiadat tertentu seperti upacara puja pantai, pindah rumah baru, menuai padi dan lain-lain.

Fungsi mantera :

a. Menyembuhkan penyakit dan menghalau makhluk halus yang dipercayai sesuatu tempat atau
yang menggangu kehidupan seseorang dan masyarakat.

b. Dijadikan sebagai pemanis, pengasih dan pembenci

c. Mantera digunakan dalam upacara-upacara seperti adat dan istiadat.

98
MANTERA ULIT MAYANG
Anda sudah tentu pernah dengar lagu tradisi Negeri Terengganu, Ulek Mayang. Lagu Ulek Mayang yang
bermula sebagai kaedah perubatan tradisional menjadi identiti Terengganu kerana menjadi amalan
masyarakat Melayu lama sejak beratus tahun lalu. Namun amalan itu dikatakan amalan khurafat kerana
menggunakan khidmat makhluk halus atau pun jin dalam mengubati seseorang pesakit.

Sekarang Ulek Mayang hanya dikaitkan sebagai persembahan kesenian tradisional yang masih aktif
berkembang beberapa lokasi di Terengganu seperti Kampung Pasir Panjang, Kuala Terengganu.
Persembahan Ulek Mayang ini dimainkan dengan menggunakan Mayang Pinang. Dipercayai Mayang
Pinang membangkitkan semangat. Ketika persembahan ini berlangsung pemain diiringi dengan seloka
dan pantun oleh rakan yang lain. Persembahan ini dimainkan secara beramai-ramai dengan membuat
bulatan dan pemegang duduk di tengah-tengah. Tidak ada muzik yang mengiringi persembahan ini.

Persembahan dan Tarian Ulek Mayang

ini, Ulek Mayang hanya dipersembahkan sebagai hiburan semata-mata tanpa mencampur adukkan
unsur khurafat dalam bacaan mantera. Malah, persembahan hanya berlangsung 10 minit berbanding
antara 20 hingga 30 minit.

Ulek Mayang yang menampilkan persembahan tujuh puteri yang mengubati seorang lelaki yang terkena
sampuk. Ada dua versi iaitu versi sekumpulan lelaki bermain sepak raga dan versi sekumpulan nelayan
sebelum seorang daripada mereka terkena sampuk.

Sejarah Ulek Mayang

Mengikut catatan sejarah, tujuh puteri itu berasal dari Bukit Puteri yang sentiasa menjadi tumpuan
orang kampung untuk meminta bantuan mengubati orang sakit melalui jampi, seru dan mantera. Ulek
Mayang yang ada pada hari ini sudah mengalami perubahan termasuk menghapuskan unsur khurafat.

Kini, persembahan Ulek Mayang yang dimainkan sekadar untuk suka-suka saja, di mana ia
melambangkan suatu pemujaan mendalam terhadap Tuan Puteri Tujuh beradik. Persembahan
dimulakan dengan membaca doa dan membangkitkan asal Mayang. Mayang yang digunakan dalam
persembahan ini diasap kemenyan dan disapu minyak kelapa terlebih dahulu.

Doa dan ‘bangkitan’ dilakukan untuk memohon perlindungan agar orang yang mengambil bahagian
tidak ditimpa apa-apa kemalangan.

99
Mantera Ulit Mayang
Aku tahu asal usulmu,
Seri Bersila nama asalmu,
Seri Berdiri nama batangmu,
Seri hidup asal usulmu,
Seri Menempak nama daunmu,
Seri Guntur nama bungamu,
Seri Gintir nama buahmu.

Aku tahu asal usulmu,


Umbut mayang diumbut,
Umbut dengan jala jemala,
Ulit mayang diulit,
Ulit dengan tuan puteri,
Puteri dua berbaju serong,
Puteri dua bersanggul serong,
Puteri dua bersubang gading,
Puteri dua berselendang kuning.

Umbut mayang diumbut,


Umbut dengan jala jemala,
Ulit mayang diulit,
Ulit dengan puterinya empat,
Puteri dua berbaju serong,
Puteri dua bersanggul serong,
Puteri dua bersubang gading,
Puteri dua berselendang kuning.

Umbut mayang diumbut,


Umbut dengan jala jemala,
Ulit mayang diulit,
Ulit dengan puterinya enam,
Puteri dua berbaju serong,
Puteri dua bersanggul serong,
Puteri dua bersubang gading,
Puteri dua berselendang kuning.

Umbut mayang diumbut,


Umbut dengan jala jemala,
Ulit mayang diulit,
Ulit dengan puterinya tujuh,
Puteri dua berbaju serong,
Puteri dua bersanggul serong,
Puteri dua bersubang gading,
Puteri dua berselendang kuning.

Ulit mayang diulit,


Ulit dengan jala jemala,
Ulit mayang diulit,
Ulit dengan tuan puteri,
100
Kutahu asal usulmu,
Yang laut pulang ke laut,
Yang darat pulang ke darat,
Nasi berwarna hamba sembahkan.

Umbut mayang diumbut,


Umbut dengan jala jemala,
Pulih mayang kupulih,
Pulih balik sedia kala.

Ulit Mayang Kumpulan Mantera Melayu,


Haron Daud,Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur, 2004.

Apakah jenis puisi di atas dan judul puisi tersebut [4 markah ]

Puisi di atas ialah mantera yang digunakan untuk tujuan perubatan dan judulnya ialah Mantera Ulik
Mayang

Tema

Pengucapan/ Penggunaan kata-kata yang bermakna untuk tujuan perubatan. Mantera ini diamalkan
oleh masyarakat Melayu Kuno utuk tujuan perubatan sebelum kedatangan Islam.

Bentuk / Struktur/ Teknik Penulisan

b. Jelaskan gaya bahasa :

i) Seri Bersila nama asalmu


Seri Berdiri nama batangmu

Repitasi atau pengulangan perkataan di di tengah baris atau dikenali sebagai responsi digunakan
dalam contoh ayat puisi di atas. Penyair mengulangi perkataan “nama” di baris pertama dan
kedua agar dapat memberi penegasan maksud dan menimbulkan irama untuk mengindahkan
pendengaran.

 Gaya bahasa simplok juga beleh digunakan

ii) Umbut mayang diumbuk


Umbut dengan jala jemala

Gaya dan urutan repitasi atau pengulangan perkataan di awal baris ( anafora ). Pengulangan
perkataan “umbut ” di baris pertama dan kedua dapat dilihat dalam contoh puisi di atas.
Pengarang mengulangi perkataan ini untuk menimbulkan kesan penegasan maksud dan
keindahan irama agar dapat menarik minat pembaca disamping menyampaikan maksudnya
dengan lebih jelas lagi.

101
iii) Kutahu asal usulmu

Melalui contoh yang di beri gaya bahasa unsure pengulangan bunyi huruf vokaldan konsonan
juga dihadirkan oleh penyair. Pengulangan bunyi huruf vokal dalam baris tertentu atau Asonansi
wujud dalam bait di atas. Penyair mengulangi bunyi vokal huruf “u” sebanyak 5 kali agar dapat
menimbulkan kekerasan/ kelantangan bunyi, menyedapkan sebutan, kelembutan @ kemerduan
bunyi perkataan dan sekali gus ayat yang digunakan

c. Berdasarkan bait pertama dan terakhir, nyatakan maksud tersiratnya. [10 markah]

Maksud tersirat pada bait pertama ialah mantera ini dikaitkan dengan tuan puteri, iaitu bermula
dari puteri dua, puteri empat, puteri enam, sehinggalah puteri tujuh. Setiap tuan puteri
mempunyai nama-nama tertentu seperti seri Bersila, Seri Berdiri, Seri Hidup, Seri Menempak ,
Seri Guntur dan Seri Gintir. Tuan puteri ini diseur bagi mengubati penyakit mistik yang ada pada
pesakit.
Aku tahu asal usulmu
Seri Bersila nama asalmu
Seri Berdiri nama batangmu
Seri Hidup asal usulmu
Seri Menampak nama daunmu
Seri Guntur nama bungamu
Seri Gintir nama buahmu

Maksud rangkap akhir pula ialah bomoh menggunakan kata-kata pujukan supaya anasir-anasir
yang mengganggu pesakit akan keluar dari tubuh pesakit itu dengan kadar segera. Bomoh, juga
meminta secara lembut agar gerangan anasir-anasir yang mengganggu pesakit itu, keluar secara
terhormat menggunakan mayang pinang. Anasir tersebut biasanya takut kepada mayang
pinang.
Umbut mayang diumbuk
Umbut dengan jala jemala
Pulih mayang kupulih
Pulih balik sedia kala

d. Nyatakan fungsi puisi diatas [ 5 markah ]

Fungsi utama puisi di atas ialah peranannya dalam bidang perubatan dan perbomohan.
Mantera ulik mayang digunakan bagi mengubati penyakit mistik atau misteri. Dalam upaya
hendak mengubati pesakit, bomoh yang mengamalkannya akan berada dalam keadaan separuh
sedar dan ia akan melakukan beberapa perlakuan seperti menari-nari dan penggunaan mayang
penting kerana dikatakan anasir jahat takut pada mayang tersebut.

Fungsi yang kedua ialah, dijadikan sebagai alat hiburan. Mantera ini dilagukan dan dikomersial
sehingga kini.

Fungsi seterusnya ialah, memberi gambaran (worldview sejarah kepercayaan dan warisan
kebudayaan masyarakat yang mendukungnya. Mantera digambarkan sebagai suci dan sacral
bagi pengamalnya dan ia unik serta istimewa dan terletak pada salasilah perkembangannya yang
cukup awal dalam sejarah tamadun Melayu.

102
Pemikiran Puisi Mantera Ulit Mayang

1. Mengetahui asal usul kuasa luarbiasa /benda ghaib. Perkataan "Aku tahu" menggambarkan
bahawa mereka seolah-olah tahu segalanya tentang makhluk halus yang telah mengganggu
kehidupan insan yang sedang diubati. Ini dapat buktikan melalui rangkap pertama puisi ini:

Aku tahu asal usulmu,


Seri Bersila nama asalmu,
Seri Berdiri nama batangmu,
Seri hidup asal usulmu,
Seri Menempak nama daunmu,
Seri Guntur nama bungamu,
Seri Gintir nama buahmu.

2. Percaya kepada unsur-unsur ghaib.


Pembaca mantera mengharapkan supaya segala kuasa ghaib pulang ke tempat asal mereka
setelah selesai berubat. Malah dirinya meminta supaya jangan mengganggu lagi orang yang
sedang diubatinya. Perkara ini dapat difahami melalui baris-baris puisi tersebut:

Yang laut pulang ke laut


Yang darat pulang ke darat

3. Persediaan alat perubatan/ persembahan kepada makhluk halus.Masyarakat pengamal mantera


biasanya telah meminta syarat persembahan tertentu sebelum mengadakan upacara mengubati
pesakit. Biasanya bentuk persembahan yang dibuat adalah sebuah hidangan makanan tertentu
yang dianggap istimewa kepada makhluk halus perkenaan. Hal ini dapat dibuktikan melalui baris
puisi berikut:

Nasi berwarna hamba sembahkan.

4. Percaya peranan / pemakaian / perhiasan / kecantikan tuan puteri dalam amalan mantera/
mengubati penyakit. Sepanjang amalan mantera ulit mayang ini, pembaca mantera akan
menyeru nama-nama tuan puteri yang dipercayai dapat membantu mengubati pesakit. Puteri
zaman dahulu memiliki rupa paras yang cantik dan memiliki pelbagai perhiasan yang menarik.
Contohnya:

Puteri dua berbaju serong,


Puteri dua bersanggul serong,
Puteri dua bersubang gading,
Puteri dua berselendang kuning.

Pembaca akan menyebut nama-nama puteri ini sehingga puteri ke tujuh.

5. Penggunaan unsur alam / kostium dan peralatan dalam rawatan. Peralatan bagi mengubati
pesakit dalam mantera ini ialah menggunakan "mayang". Mayang adalah sejenis bunga daripada
pokok kelapa, pinang dan seumpamanya. "Ulit Mayang diulit" bermaksud satu perbuatan
mengirai dan mengibaskan mayang ke atas pesakit ketika mantera dibaca.

103
6. Doa / Permintaan dan harapan supaya pesakit kembali pulih / sembuh.Pengamal mantera ini
memohon supaya pesakitnya kembali pulih seperti sedia kala. Maksudnya pesakit yang datang
berubat dengannya akan sihat semula dan bebas daripada gangguan makluk halus. Hal ini dapat
dilihat dalam petikan rangkap akhir puisi ini iaitu:

Umbut mayang diumbut,


Umbut dengan jala jemala,
Pulih mayang kupulih,
Pulih balik sedia kala

Fungsi Mantera

· Untuk tujuan perubatan tradisional melayu.


· Untuk hiburan masyarakat zaman dahulu.
· Dijadikan sebagai alat komunikasi dalam persembahan kesenian tradisional.
- Unsur pengajaran dalam bidang perubatan tradisional

Nilai Kemasyarakatan/ Gambaran Masyarakt

· Nilai masyarakat yang percaya kepada benda ghaib.


· Nilai masyarakat yang tahu asal usul benda ghaib.
· Nilai masyarakat yang amalkan perubatan tradisional secara turun
temurun dan menggunakan benda ghaib.
- Masyarakat yang mengagumi kecantikan / perhiasan tuan puteri

Ciri- ciri / Bentuk

· Ada 7 rangkap
· 1 rangkap ada 8 baris kecuali rangkap 7 ada 4 baris
· 3-5 patah perkataan sebaris
· Jumlah suku kata 7-11 suku kata dalam sebaris
· Rima bebas kecuali rangkap 1
· Bahasa mantera dianggap bahasa keramat

Nilai Estatika / Gaya Bahasa

1. Pengulangan vokal;a,e,i,o,u ( Asonansi). Rangkap 1 baris 5. Baris diatas pengulangan vokal “a”
sebanyak 5 kali. Kesannya…

“ Seri Menapak nama daunmu “

104
2. Pengulangan konsonan ( Aliterasi ). Rangkap 2 baris 1. Baris diatas pengulangan konsonen m
sebanyak 3 kali. Kesannya...

“ umbut mayang diumbuk”

3. Pengulangan kata / perkataan di awal baris ( Anafora). Rangkap 1 baris 1 dan 8. Contoh
“aku”. Rangkap 1 baris 2-7 = “seri”

Aku tahu asal usulmu


Seri Bersila nama asalmu
Seri Berdiri nama batangmu
Seri Hidup asal usulmu
Seri Menampak nama daunmu
Seri Guntur nama bungamu
Seri Gintir nama buahmu

Aku tahu asal usulmu.

Rangkap 2 = “umbut “, “ulit “, “puteri “

5. Pengulangan kata / perkataan di tengah ayat ( Responsi)


Rangkap 2 baris 1 dan 3 = “mayang “
Rangkap 2 baris 2 dan 4 = “dengan”
Rangkap 2 baris 5-8 = “dua”

Umbut mayang diumbuk


Umbuk dengan jala jemala
Ulit mayang diulit
Ulit dengan tuan puteri
Puteri dua berbaju serong
Puteri dua bersanggul sendeng
Puteri dua bersubang gading
Puteri dua berselendang kuning.

6. Repitasi (pengulangan sebaris ayat )

Rangkap 1 baris 1 dan baris 8 = “aku tahu asal usulmu “


Rangkap 2,3,4,5 dan 6 baris 1-3 = “umbut mayang di umbuk”
“umbut dengan jala jemala”
“ulit mayang diulit”

7. Perulangan baris yang setara – “Yang laut pulang ke laut”

105
Mantera Menduduki Rumah Baru
Mantera dikatakan sebagai salah satu sastera lisan yang mempunyai kekuatan ghaib. Masyarakat
melayu sering menjadikan amalan membaca jampi serapah sebagai salah satu upacara ketika mereka
berpindah ke rumah baru. Sebelum memulakan kerja di tapak rumah baru mereka akan membaca
mantera tertentu. Kemudian apabila rumah sudah siap dan hendak diduduki, mantera seperti puisi di
atas akan dibacakan dalam satu upacara khas “menduduki rumah baru”.

Pembukaan mantera.

Dimulakan dengan bacaan menyebut nama Allah dan ditutup dengan nama Allah dan rasul. Bacaan
Bismillah menandakan permulaan majlis dan mengharap kemurahan dan kasih sayang Allah.

Permintaan dan doa

Sesudah menyebut nama Allah, mantera di atas diikuti dengan permintaan dan doa agar penduduk
rumah baru tidak mendapat kecelakaan dan kesusahan. Pembaca mantera juga berharap agar rumah
yang diduduki akan sentiasa dikunjungi ramai dan penghuninya memperolehi kekayaan.

Alatan dan perkakasan

Biasanya mantera akan disertakan dengan alatan dan perkakasan sebagai satu bentuk upacara
menepung tawar. Perkakasan tersebut ialah seperti tepung, beras kunyit, air mawar dan sebagainya.
Maka ketika membaca mantera akan diikuti dengan upacara menepung tawar.

Penutup mantera

Sebelum kedatangan Islam, mantera akan ditutup dengan menyeru nama


mengikut kepercayaan masyarakat setempat seperti dewa dan lain-lain. Namun setelah kedatangan
Islam, penutup mantera akan disebut nama nabi dan nama Allah. Mantera di atas sudah dipengaruhi
dengan unsur Islam bagi menggantikan sistem kepercayaan yang mereka anuti sebelumnya kerana
pengamalnya sudah beragama Islam.

Bentuk Mantera

Sejenis Puisi bebas.

Bahasa Mantera : bukan seweang-wenang dituturkan. Bahasanya dianggap keramat dan tabu. Mantera
diturunkan kepada orang-orang yang dipercayai dan boleh menggantikan mereka dalam bidang
perbomohan. Pawang atau bomoh ini merepakan orang perantaraan antara manusia dan kuasa ghaib
dan dipercayai memberi kesan kepada kehidupan masyarakat.

106
MANTERA MENDUDUKI RUMAH BARU
Bismi’llahi ‘l-Rahmani ‘I-Rahim
Tepung tawar tepung jati
Ketiga dengan tepung kedangsa
Jika boleh kehendak hati
Jangan sakit jangan mati
Jangan cela jangan binasa
Jangan punah jangan ranah
Tepung tawar tepung jati
Ketiga dengan tepung kedangsa
Naik emas berkati-kati
Naik orang beribu laksa
Tepung tawar semula jadi
Barangku citaku perolehi
Berkat di pengajaran guruku
Allah menawar, Muhammad menjampi
Dengan berkat doa
La ilaha ‘illallah, Muhammad Rasulullah

Jenis : Mantera
Judul / Tajuk : Mantera menduduki rumah baru

Tema Adat menduduki rumah baru agar tuan rumah tidak ditimpa kecelakaan.

Maksud

Permulaan

1. Unsur Doksologi. Permukaan ayat yang menggunakan kalam Allah


2. Memulakan mantera dengan menggunakan 3 jenis

Bismi’llahi ‘l-Rahmani ‘I-Rahim


Tepung tawar tepung jati
Ketiga dengan tepung kedangsa
Jika boleh kehendak hati
Jangan sakit jangan mati
Jangan cela jangan binasa
Jangan punah jangan ranah
Pertengahan

1. Ilmu yang diperoleh daripada guru beliau dan digunakan sebagai perlindungan untuk menduduki
rumah baru
2. Memohon keberkatan dan murah rezeki serta disenangi ramai

Tepung tawar tepung jati


Ketiga dengan tepung kedangsa
Naik emas berkati-kati
Naik orang beribu laksa

107
3. Memohon agar semua yang diimpikan ketika menduduki rumah baru menjadi kenyataan.

Tepung tawar semula jadi


Barangku citaku perolehi

Penutup

1. Akhir sekali memohon keberkatan dari Allah

Berkat di pengajaran guruku


Allah menawar, Muhammad menjampi
Dengan berkat doa
La ilaha ‘illallah, Muhammad Rasulullah

Persoalan/ Pemikiran

1. Memohon pertolongan daripada Allah supaya melindungi rumah baru daripada ditimpa
bencana.
2. Rajin berdoa kepada Allah untuk memurahkan rezeki
3. Berdoa untuk mendapat jiran tentangga yang ramai dan baik
4. Berdoa untuk menghindarkan segala penyakit apabila meaiki rumah baru.
5. Percaya kepada Allah dan Nabi Muhammad
6. Menghargai unsur ala ciptaan Tuhan

Bentuk / Struktur / Binaan / Teknik Penulisan

1. 1 rangkap
2. 17 baris. 1 baris mempunyai 3 hingga 4 patah perkataan. Contoh :

baris 13 “barangku citaku perolehi” (3 patah perkataan)


baris 2 “tepung tawar tepung jati” (4 patah perkataan)

4. Bilangan suku kata 6 hingga 14 suku kata. Contoh :

baris 16 “dengan berkat doa” (6 suku kata)


baris 17 “la ilaha ‘illallah, Muhammad Rasulullah” (14 suku kata)

6. Rima akhir bebas

108
Fungsi Mantera

1. Bertujuan untuk melindungi/memagari rumah baru daripada semangat jahat.


2. Untuk memagari rumah baru daripada semangat jahat
3. Memohon pertolongan dari Allah supaya rumah kita sentiasa dilindungi dari mala petaka

Nilai / Gambaran Masyarakat

1. Masyarakat yang mementingkan adat memasuki rumah baru


- Penggunaan mantera apabila ingin menduduki rumah baru.
2. Masyarakat yang mempercayai pegangan Allah dan Rasul (N.M)
- Masyarakat yang berpengang pada agama Islam.
3. Masyarakat yang percaya kepada kepercayaan animisme (kepercayaan orang dahulu sebelum
kedatangan Islam)
4. Masyarakat yang berdoa untuk mengharapkan sesuatu.
- Masyarakat yang berharap agar rumah yang baru diduduki itu terselamat daripada
sebarang bencana.

Pengajaran

1. Kita hendaklah memohon perlindungan Allah S.W.T supaya jauh daripada kecelakaan atau perkara
buruk

Nilai Estatika Bahasa / Gaya Bahasa

1. Penggunaan bahasa asing. Iaitu menggunakan bahasa Arab. Contoh : baris 1 dan 17

Bismi’llahi’I-Rahmani’I-Rahim
La ilaha ‘illalah, Muhammad Rasulullah

2. Pengulangan bunyi huruf vokal atau dikenali sebagai Ansonansi. Contoh : baris 1

“tepung tawar tepung jati” (pengulangan vokal a sebanyak 3 kali)

3. Pengulangan bunyi huruf konsonan ( Aliterasi). Contoh : baris 1

“tepung tawar tepung jati” (pengulangan konsonen t sebanyak 4 kali)

4. Pengulangan kata di awal baris. (Anafora). Contoh : baris 5-7

“jangan sakit jangan mati”


“jangan cela jangan binasa”
“jangan punah jangan ranah”

109
5. Pengulangan kata di tengah baris. (Responsi). Contoh : baris 5-7

“jangan sakit jangan mati”


“jangan cela jangan binasa”
“jangan punah jangan ranah”

6. Pengulangan kata di akhir baris. (Epifora). Contoh : baris 3 dan 9

“ketiga dengan tepung kedangsa”


“ketiga dengan tepung kedangsa”

7. Repitasi iaitu pengulangan ayat di baris-baris tertentu. Contoh : baris 2 dan 8

“tepung tawar tepung jati”

8. Hiperbola. Contoh :

baris 10 “naik emas berkati-kati”


Baris 11 “naik orang beribu laksa”

9. Personafikasi. Contoh :

baris 10 “naik emas berkati-kati”

110
PUISI MODEN
PENGERTIAN / KONSEP SAJAK
Sajak ialah puisi baru yang bebas daripada peraturan-peraturan dalam pembentukan rangkap, baris,kata
dan rima. Sajak bersifat demikian supaya dapat mengucapkan fikiran penyajak dengan cara yang
lebih indah, bebas dan berkesan.

Sifat-sifat Sajak

1. Bilangan perkataan tidak terhad


2. Sukukata bebas
3. Setiap baris mempunyai makna tersendiri
4. Bilangan baris dalam ranbgkap tidak terhad kecuali sajak panjang yang dikenali sebagai balada
5. Bilangan rangkap tidak terhad
6. Mempunyai mesej tertentu
7. Terdiri daripada satu tema dan beberapa persoalan
8. Rimanya bebas
9. Mempunyai keharmonian/penyesuaian yang baik antara isi dengan bahasa
10. Bahasa sajak padat, berpelambangan dan indah

Penjelasan Tentang Aspek Intrinsik:

A. Tema dan persoalan

Tema ialah pokok persoalan @ persoalan utama dalam sesebuah puisi. Terdapat 6 jenis tema
yang biasa terdapat dalam sajak

a. Tema Diri
b. Tema Cinta
c. Tema Masyarakat
d. Tema Alam
e. Tema Semangat /Perjuangan
f. Tema Ketuhanan/Keagamaan

Persoalan ialah isu-isu kecil selain tema

B. Mesej

Suatu perutusan / amanat yang hendak disampaikan oleh penyajak kepada pembaca

111
C. Bentuk Sajak

Terdapat dua bentuk sajak iaitu

1. Sajak bebas
2. Sajak terikat: terbahagi kepada 9:-

a. Distikon - 2 baris serangkap


pameo / pantun kilat
b. Terset - 3 baris serangkap
c. Kuantrain - 4 baris serangkap
d. Kuintain - 5 baris serangkap
e. Sestet - 6 baris serangkap
f. Septet - 7 baris serangkap
g. Oktaf/ Stanza - 8 baris serangkap

Terdapat satu lagi bentuk sajak iaitu

h. Soneta - 14 baris dan mengandungi 4 rangkap. Susunan


baris-baris rangkapnya 4, 4, 3, 3. Susunan
rimanya abba, abba, aab, aab

D. Nada/Rentak/Irama

Nada dalam puisi merupakan tinggi rendah tekanan suara yang berhubung dengan perasaan
penyair ketika menulis,atau membaca puisi atau sajak. Sering kali, pelajar beranggapan bahawa
terdapat beberapa nada dalam sesebuah sajak. Misalnya, nada romantis pada rangkap pertama
dan nada sinis pada rangkap kedua. Anggapan ini kurang tepat. Hal ini kerana hanya ada satu
nada sahaja bagi sebuah sajak. Terdapat lima nada sajak. Nada patriotik, nada melankolik, nada
sinis, nada romantis, nada protes.

Oleh kerana fikiran dan persoalan penyajak berbagai-bagai, maka isi sajak juga berbagai-bagai
ragam.

1. Balada

Satu bentuk puisi yang dilagukan atau dibacakan dan dapat dikenali melalui persembahan
episodnya yang dramatik dan dapat memikat hati dalam bentuk kisah yang mudah. Sajak
yang dicipta untuk nyanyian tidaklah peribadi persoalannya, kemungkinan asal-usulnya dari
tarian yang bercorak perkauman. Masyarakat yang mengekalkan tradisi balada ini untuk
menunjukkan sifat ketabahan dalam mengharungi kehidupan mereka.

2. Protes

Nada ini terdapat pada sajak yang meluahkan perasaan benci. Nadanya tinggi dan cepat. Sajak
yang mempunyai tema perjuangan menentang kekejaman, kezaliman atau penindasan biasanya
mempunyai nada ini. Mengambarkan hati yang menentang dan memberontak.Tekanan suara
yang digunakan tinggi dan pantas serta mengemukakan persoalan ketidakadilan dan kekejaman
yang menimbulkan kemarahan dan kebencian. Ia juga dapat dikenal sekiranya penyajak marah
dan menggunakan kata-kata yang menggambarkan rasa geram terhadap sesuatu isu atau pihak.

112
3. Romantis (Sedih /Pilu)

Menggambarkan kasih sayang, rindu dendam yang melanda jiwa manusia terutama anak-anak
muda

Menggambarkan hati yang tenang dan damai.Tekanan suara berselang seli tinggi dan rendah
sesuai untuk mengemukakan persoalan berhubung dengan peristiwa indah,kasih sayang,
harapan dan impaian. Ia merupakan nada yang paling lazim kerana nada ini terdapat dalam
kebanyakan sajak iaitu sajak-sajak berkaitan kehidupan harian, kisah silam atau pengamatan
penyajak terhadap alam atau manusia. Oleh sebab itu, nada sajak romantis kurang ditanya
dalam peperiksaan

4. Sinis

Kecenderungan untuk mempersoalkan tentang sesuatu yang diterima umum atau ragu-ragu
terhadap sesuatu kebaikan, kejujuran seseorang. Pengucapan sinis diasaskan di kalangan ahli
falasafah Greek yang dipimpin oleh Antisthenes. Mereka mempunyai pendapat tersendiri
tentang tindak laku sosial dan politik manusia. Pada mereka alasan, fikiran, keinginan,
individualisme lebih penting daripada tingkah laku sosial dan politik. Apabila tindakan
seseorang mendapat sanjungan daripada orang ramai lebih dari apa yang sepatutnya, golongan
ini telah merasa ragu-ragu dan memandang rendah kepada Individu dan sikap individu tersebut.
Lalu mereka telah membentuk suatu nilai baru dalam bentuk mengejek. Golongan ini di kenali
sebagai penulis yang sinikal atau penulis yang mengejek.

Menggambarkan hati yang kurang senang. Tekanan suara agak rendah dan perlahan untuk
mengemukakan persoalan yang tidak dipersetujui. Kata-kata penuh dengan sindiran yang halus
dan tajam. Ia juga boleh dikenal apabila penyajak menyindir manusia atau mana-mana pihak
dalam sesuatu isu tertentu. Jelasnya, penyajak berasa kurang puas hati terhadap mana-mana
pihak tetapi tidak menggambarkan kemarahannya. Sebaliknya, unsur sindiran yang digunakan.

5. Satira

Mencampur-adukkan sikap yang kritis dengan humor dan wit (sesuatu yang berhubung dengan
akal, budi, fikiran; kecerdasan otak. @ keupayaan mental yang cukup cerdas [intelligent] atau
keahlian mencipta pengucapan baru (inventiveness.) hingga berjaya memperkatakan secara
sindiran tentang kemanusiaan dan institusi manusia. Unsur lucu yang dimasukkan menjadi alat
untuk menentang orang atau pendapat seseorang. Satira berbeza dengan ironi( sindiran,
cemuhan dan ejekan).

Satira terbahagi dua :

1. Satira Horatia : satira yang lemah-lembut, berbudi bahasa, dilahirkan dalam lemah
lembut sambil berlucu seolah-olah dalam senyuman. Tujuan untuk menegur sesuatu
dengan cara yang lembut sambil berlucu dan simpatik.
2. Satira Juvenalia: tajam sifatnya, pahit sindirannya, menampakkan sikap marah-marah,
tujuan mendedahkan kecurangan moral dalam institusi manusia

113
6. Patriotik

Nada ini dikenali melalui tekanan suara yang lebih tinggi. Pengucapannya penuh dengan
perasaan dan semangat yang berkobar- kobar. Nada ini biasanya terdapat pada sajak-sajak yang
bertemakan semangat perjuangan.

Ialah nada yang paling mudah dikenal pasti oleh pelajar. Mudah sahaja, kerana penyajak
menggunakan idea dan perasaan yang mencintai negara, menentang penjajahan atau
menggambarkan kasih bangganya kepada kemajuan negara. menggambarkan hati yang
bersemangat, menggunakan tekanan suara yang tinggi bersemangat. Biasanya puisi ini
mengemukakan persoalan perjuangan dan cita-cita yang tinggi serta berani.

7. Epigram

Ungkapan yang mengandungi kata-kata yang ringkas, bernas dan tajam maksudnya, serta
menagndungi unsur- unsur yang berlawanan/ bertentangan

8. Eligi

Mengambarkan suasana penderitaan jiwa disebabkan perpisahan, juga memaparkan meditasi


seseorang tentang kematian orang yang disayangi, atau pengucapan berhubung dengan
peristiwa yang menyedihkan.

9. Oda/Pujaan

Puisi yang penuh dengan kata-kata pujian dan semangat, lazimnya pujian kepada seseorang
tokoh, pahlawan, bangsa, Negara atau tema yang mengandungi peristiwa yang cukup bermakna

10. Melankolik

Menggambarkan hati yang sedih,murung,mendayu-dayu dan hiba. Nada begini biasanya sesuai
untuk puisi yang mengemukakan penderitaan dan kehampaan. Ia jarang ditemui kini kerana
penyajak akan meluahkan rasa sedih, pilu dan hiba dalam seluruh sajak. Biasanya, berkaitan
dengan isu kehilangan orang tersayang atau kecewa dalam percintaan.

114
E. Gaya Bahasa

Bahasa digunakan untuk memindahkan perasaan dan pemikiran penyair. Bahasa yang ekonomis
datang daripada pembentukan baris-baris yang ringkas dan penggunaan kata yang terbatas,
tetapi padat mendukung makna. Bahasa puisi bersifat konotasi, iaitu mempunyai makna lebih
daripada satu, kaya, jauh dan luas pengertiannya. Bahasa denotasi pula mempunyai makna yang
khusus seperti di dalam kamus.

Gaya bahasa merupakan corak, bentuk atau rupa sesuatu bahasa iaitu meliputi aspek-aspek
kesesuaian penggunaan perkataan, frasa dan ayat dalam situasi tertentu. Melibatkan tiga aspek

1. Jenis Penggunaan sajak

a. Sama ada penyajak menggunakan


b. Bahasa biasa(harian)
c. Bahasa Moden /Inggeris
d. Bahasa Klasik (Bahasa Melayu lama)

2. Jenis Pengucapan sajak

Sama ada penyajak mengucapkan

a. Secara puitis- guna unsur bahasa yang indah


b. Secara Prosaik - guna bahasa yang mudah difahami

3. Unsur-unsur bahasa

Jika penyajak mengucapkan sajak secara puitis penyajak akan menggunakan unsur-unsur bahasa
seperti berikut :(Rujuk Estetika Bahasa)

1. Bahasa Asing penggunaan bahasa asing seperti bahasa Arab, Inggeris , Hindu dan
lain-lain. Contoh “ Bismillah…., Bukhari

2. Alusi - penggunaan nama tokoh manusia dengan membawa maksud tertentu.


Contohnya, Dengan langkah Hang Tuah, dia melonjakkan nama negara.

- Kiasan / menyindir / merujuk kepada sesuatu secara tidak langsung

Kesan/ Nilai estatika/Fungsi


Untuk menggerakkan imaginasi pembaca.

3. Diksi - pilihan kata yang bersesuaian dengan makna dan dapat


mempertingkatkan Keberkesanan dengan gagasan yang disampaikan.

4. Hybrid - penggabungan dua patah perkataan.Contohnya, mimpiwangi, ajuksenja.

5. Inversi - membalikkan kata iaitu urutan kata yang menyimpang daripada


kebiasaan supaya menjadi baris yang lebih menarik dan menghasilkan
kesan tertentu. Terasa sekali dingin angin = Angin terasa dingin sekali.
- Pembalikan kata / ayat / rangkaikata
Contoh : gelisah hidupku (sepatutnya: hidupku gelisah)

115
samar waktu (sepatutnya: waktu samar)

Kesan/Fungsi/Nilai Estatika :
Untuk menimbulkan kelainan penyebutan /pengucapan bunyi

4. Onomatopoeia- Pembentukan kata yang meniru bunyi asal sesuatu atau perbuatan.
Fungsi : menimbulkan irama untuk mengindahkan pendengaran .
Contoh : angin menderu ru ru ru

5. Kata ganda - kata yang digandakan seperti rumah-rumah, bukit-bukau, warna-warni,


daun-daun.

6. GAYA PERLAMBANGAN

Perlambangan - Simbol yang membawa makna tertentu


Fungsi : Untuk menegaskan maksud
Contoh : kubaling jauh-jauh kunci di mataku.

Personafikasi - unsur yang digunakan untuk memberikan sifat manusia kepada benda,
haiwan dan tumbuhan (gaya pengorangan) Contohnya, Daun nyiur
melambai – lambai, Mentari tersenyum riang. Jentera ingatan, gunung
harapan, pantai kasih

- sesuatu benda, keadaan atau peristiwa yang diberikan perbandingannya


dengan sifat manusia. Disebut juga pengorangan.

- Personifikasi ialah unsur pengorangan iaitu memberikan sifat-sifat yang


dimiliki oleh manusia kepada sesuatu objek/perkara/haiwan.
- Pemberian sifat manusia pada binatang, tumbuhan atau benda bukan
Hidup. Contoh : menyentak celaru kehidupan yang kupapah
menggaru di paru-paru

Kesan

1. Bertepatan dengan tema dan persoalan yang ingin diutarakan oleh


penyajak.
2. Mampu memberi gambaran yang jelas dan mendalam.
3. Memberi penekanan pada sesuatu perkara yang ingin disampaikan,
memberikan gambaran kehidupan yang lebih jelas, menghidupkan
pengucapan dan menggerakkan imaginasi pembaca @ menimbulkan
pengucapan yang puitis
4. Menggerakkan imaginasi pembaca

Citra - Gambaran, lukisan, arca, atau imej.


Fungsi : Untuk memberikan gambaran tertentu
Contoh : warga petani (Penyair menyifatkan petani sebagai sekelompok
warga sebuah negara)

116
Simbolik - juga dikenali sebagai perlambangan. Melukiskan sesuatu dengan
mempergunakan benda lain sebagai lambang. Bertujuan memindahkan
sifat seseorang atau sesuatu kepada yang lain. Contohnya, ’Merpati’
melambangkan ‘kebebasan’ dan ‘Gunung’ melambangkan ‘cita-cita.’

7. GAYA PERBANDINGAN

Metafora - membandingkan sesuatu benda dengan benda lain yang tidak jelas
bentuk perbandingannya kerana dibuat secara langsung. Umumnya ia
terdiri daripada dua perkataan, satu perkataan abstrak dan satu
perkataan konkrit.
- Penggunaan kata-kata yang menerbitkan makna yang lain daripada
makna tersurat atau disebut bahasa kiasan. Gabungan kata konkrit
dan abstrak.
- Metafora ialah penggunaan kata yang menerbitkan makna yang lain
daripada makna tersurat atau sesuatu objek diberikan sifat secara
kiasan. Gaya bahasa ini mengandungi dua perkataan: satu bersifat
konkrit dan sepatah lagi bersifat abstrak.
- perkataan kata yang menerbitkan makna yang lain daripada makna lain.
Sesuatu objek diberikan sifat secara kiasan. Pada kebiasaannya
mengandungi 2 patah perkataan yang bersifat konkrik dan abstrak.

Contoh : Bulan kini bukan lagi menara kasih jernih


terbenam di kaki hari.

Kesan/Nilai estatika/Fungsi

1. Memadatkan pengucapan dengan menggunakan bahasa


perbandingan yang ringkas
2. Dapat memperjelaskan lagi maksud bait yang menggambarkan
penderitaan yang dialami oleh masyarakat bawahan.
3. Menimbulkan pengucapan puitis dan membawa pernyataan
fikiran yang tepat serta berkesan
4. Bahasa bandingan untuk menggerakkan imaginasi pembaca.

Simile - kiasan yg digunakan untuk membandingkan sesuatu yg lain dengan


menggunakkan kata-kata perbandingan iaitu umpama, bak, bagai,
macam, laksana dll. Contohnya, badannya kurus seperti lidi.
- Membandingkan sesuatu keadaan, suasana atau benda lain. Setiap
benda perbandingannya diikuti oleh kata-kata: seperti, bak, bagai,
laksana, umpama.
Fungsi : Menimbulkan kesan penegasan maksud / menimbulkan
keindahan irama
Contoh : kurun serigala menerkam mangsa seperti di Sahara Afrika
bulan yang kupandangi bagai ketuaan ditelan waktu.

117
Hiperbola - gaya perbandingan yang menggantikan sesuatu kata dengan kata
yang lain di mana kesan penggantiannya memperlihatkan gambaran
perbandingan secara berlebih-lebihan.
- Pernyataan yang dibuat secara berlebih-lebihan dalam usaha
menekankan sesuatu pandangan, idea atau peristiwa.
- kiasan yang digunakan dalam menyatakan sesuatu tidak secara tepat
tetapi berlebihan-lebihan.
Contoh : atau cakap-cakap gunung. Isinya lembah sampah
Darah mengalir menganak sungai,Marahnya menyala-nyala.

Kesan
1. Menguatkan kesan/ makna gambaran
2. Untuk memukau pembaca

Perbandingan terus- Gaya bahasa perbandingan yang tidak menggunakan kata bak, seperti,
bagaikan, umpama, macam, laksana. Contohnya, tanahair adalah
ibundaku, guruku mentari bersinar.

8. GAYA PENEGASAN

Pengulangan - termasuk pengulangan kata, ungkapan, baris dan rangkap

Kesannya:
1. Menimbulkan irama untuk mengindahkan pendengaran
2. Menegaskan maksud tertentu
3. Menarik perhatian pendengar

Perulangan kata di awal baris pertama rangkap. Anafora


- Pengulangan sesuatu kata yang diletakkan pada awal baris.
- Perulangan perkataan di awal dua atau lebih baris secara berturutan.
- Perulangan perkataan di awal baris yang sejajar / berturutan
Contoh : Perkataan ‘Dalam’ di awal rangkap 1,2,3,4,5, dan 6

Kesan
Menimbulkan keindahan irama dan bunyi / Menegaskan maksud

Perulangan kata di tengah baris. Responsif


- Pengulangan kata pada tengah baris.

Perulangan kata di akhir baris pertama rangkap. Epifora


- Perulangan perkataan di akhir baris yang sejajar / berturutan

Kesan
1. Menimbulkan kesan kemerduan pengucapan
2. Memberi penegasan maksud sajak tentang keperitan hidup penyajak.
3. Menjelaskan lagi maksud yang ingin disampaikan, menimbulkan
kesan keindahan pada pengucapan / irama, kesan penegasan
Contoh : Perkataan ‘diriku’ di akhir rangkap 1,2,3,4,5, dan 6

118
Perulangan frasa dalam baris yang sama / sejajar / berurutan
- Menimbulkan keindahan irama dan bunyi / Menegaskan maksud
Contoh : aku berlatih menangkis angin
aku berlatih memunggah awan

9. GAYA PERTENTANGAN

Paradoks - pembentukan atau penyusunan kata-kata yang memberikan kesan


gambarannya bertentangan dengan kenyataan.
- Gaya bahasa yang bertentangan kata-kata dalam ayat. Suasana /
keadaan yang berlawanan.
Contoh : buruk dalam cantik
pahit dalam ubat

Kesan
1. Memberi gambaran yang bertentangan
2. Memperlihatkan satu keadaan atau suasana yang berlawanan.

Ironi - bermaksud sindiran (satu-satu yang berlainan dengan realiti atau


pertentangan dengan sebenarnya) cemuhan atau ejekan.
- Gaya bahasa sindiran yang menyatakan sesuatu tetapi mempunyai
makna yang lain.(satu-satu yang berlainan dengan realiti atau
pertentangan dengan sebenarnya)
Contoh : kadangkala ada akhir tak ada mula

Kesan/Nilai estatika/Fungsi :
1. Untuk menggerakkan imaginasi pembaca.

Simbol - Ialah kata-kata tertentu yang digunakan untuk menyatakan sesuatu di


luar erti kata-kata itu sendiri.

Kesan
1. Perlambangan/ simbol- menggerakkan imaginasi pembaca

BUNYI ( boleh dimasukkan ke dalam gaya bahasa, akan tetapi gaya bahasa tidak boleh dimasukkan
ke dalam bunyi )

Keindahannya terlaksana melalui kata atau rangkai kata yang dipilih, teratur dan berfungsi dalam
keseluruhan sajak tersebut.

Ritma / Irama - alunan lembut dan keras bunyi yang berulang secara teratur, imbangan
kata dalam baris, dan panjang pendek baris sebuah sajak yang baik.
Keharmonian bunyi dan susunan kata dalam karya puisi. Rentak / ragam
/ tingkah.

Kesan : Menimbulkan keindahan irama


Melahirkan keindahan bunyi apabila puisi diucapkan, dan
menguatkan kesan pembaca terhadap gambaran yang
diberikan.

119
Melahirkan kemerduan bunyi, dapat menimbulkan keindahan
perasaan, dapat melahirkan bunyi yang lembut dan halus.

Rima : - menambah kerapian bentuk dan memperkaya kesan muzik bahasa.


Pengulangan bunyi vokal dalam baris yang sama dikenali sebagai
asonansi. Pengulangan bunyi konsonan dalam satu baris pula dikenali
sebagai aliterasi. Rima juga boleh dikatakan sebagai kesan kemerduan
dan keindahan bunyi
- Persamaan bunyi suku kata pada tempat yang bersetentang antara dua
baris atau lebih dalam puisi. Contoh, simpan/ lipan, rumah/ lemah.
Skema bunyi pada baris-baris dalam rangkap-rangkap puisi.Contoh,rima
akhir bagi pantun = a/b/a/b. Rima akhir bagi syair = a/a/a/a.
- Skema bunyi pada akhir baris dalam rangkap
Contoh : Aku telah dihimpit bising peradaban -a
kasih dan cinta manusia -b
yang luput -c
ketika kau tetap abadi menatap alam -d
menyaksi kejadian serba takjub -e
sepi namun sentosa -b
bahagia sekalipun purba. -b

Jeda - merupakan hentian suara sekejap dalam penuturan untuk menandai


batas hubungan bahagian-bahagian ayat.Contoh jeda dalam pantun ;
Anak itik / di dalam peti, Berhati baik / murah rezeki.

Perulangan/persamaan bunyi vokal dalam sebaris sajak.


Pengulangan bunyi / huruf vokal ( a,e,i,o,u ) dalam baris-baris puisi.
- Dikenali juga sebagai Asonansi
- Contoh, Aku sama menagih kemerdekaan kekasih. (pengulangan vokal
“a” sebanyak 6 kali )

Kesan
1. Dapat menimbulkan bunyi yang seragam kerana keseragaman vokal.
2. Menggalakkan kesan pengucapan yang puitis
3. Menimbulkan kelembutan irama, menyedapkan sebutan bunyi,
kelembutan bunyi

Pengulangan/persamaan bunyi konsonan dalam sebaris sajak.


Pengulangan bunyi huruf konsonan dalam baris-baris puisi.
- Dikenali juga sebagai Aliterasi.
Contohnya, Menghantar bahtera ke segara darma. (4 kali pengulangan
bunyi/huruf konsonan ‘r’ )

Kesan
1 Menimbulkan kekerasan/ kelantanganb unyi, menyedapkan sebutan,
kelembutan @ kemerduan bunyi

120
CONTOH AYAT UNTUK MENJAWAB GAYA BAHASA

Seterusnya, gaya bahasa onomatopoeia. Iaitu pembentukan kata yang meniru bunyi asal sesuatu atau
perbuatan. Pengarang menggarapkan unsur ini untuk menimbulkan irama yang mengindahkan
pendengaran.Pada sajak ini pengarang menggunakan perkataaan “boom-bom-boom-bamm”, “tum-tam-
tum-tammm”, “tret-tet-tret-tett” pada rangkap ke tujuh agar pembaca dapat merasai suasana
peperangan yang berlaku. Contoh:-

Boom-bom-boom-bamm
dia tak gentar
Tum-tam-tum-tammm
dia tunggu
Tret-tet-tret-tett
dia terus maju.

F. Intuisi

Keupayaan atau kebolehan mengetahui/memahami sesuatu dengan gerak hati/bisikan kalbu sahaja
Perasaan dalaman sesebuah karya/seseorang penyajak. Intuisi boleh muncul melalui deklamasi sajak
yang baik. Kesan yang boleh dirasai oleh deklamator atau pendengar ialah perasaan-perasaan seperti
sedih, sayu, marah, geram, sayang, bersemangat dan sebagainya.

G. Latar
a. Latar tempat
b. Latar masa/ suasana
c. Latar masyarakat

H. Nilai

a. Kemanusiaan
b. Kemasyarakatan
c. Keagamaan/Moral

I. Gambaran Masyarakat

a. Pandangan hidup
b. Kemasyarakatan
c. Kemanusiaan

J. Peranan/Fungsi

a. Pendidikan / pengajaran
b. Kepuasan estetik
c Sosial
d. Keagamaan / Moral

121
Cadangan: KESAN PENGGUNAAN GAYA BAHASA

1. Anafora dan epifora- menjelaskan lagi maksud yang ingin disampaikan, menimbulkan kesan
keindahan pada pengucapan, kesan penegasan/ meninggalkan kesan penegasan maksud atau
penekanan kepada maksud tertentu yang hendak disampaikan

2. Asonansi- menimbulkan kelembutan irama, menyedapkan sebutan bunyi, kelembutan bunyi,


meninggalkan kesan kemerduan bunyi,

3. Aliterasi- menimbulkan kekerasan/ kelantangan bunyi, menyedapkan sebutan, kelembutan @


kemerduan bunyi

4. Personifikasi- memberi penekanan pada sesuatu perkara yang ingin disampaikan, memberikan
gambaran kehidupan yang lebih jelas, menghidupkan pengucapan dan menggerakkan imaginasi
pembaca @ menimbulkan pengucapan yang puitis/ menjelaskan maksud / memberi gambaran
yang lebih jelas.

5. Metafora- menimbulkan pengucapan puitis dan membawa pernyataan fikiran yang tepat serta
berkesan

6. Hiperbola- menguatkan kesan/ makna gambaran

7. Perlambangan/ simbol- menggerakkan imaginasi pembaca

8. Paradoks- memberi gambaran yang bertentangan

9. Rima- kesan kemerduan dan keindahan bunyi

P/S Bentuk bagi sajak –Jika pelajar melihat sajak yang barisnya disantak ke kanan, maka baris itu
adalah sambungan baris sajak yang di atas. Maka bilangan patah perkataan dan barisnya adalah
sekali. Contoh

Bila berdiri di antara pepohon rimbun


di Hyde Park
aku teringat sebidang tanah luas pemberian
ayah di kampung
betapa sebelumnya ia adalah tanah hutan dara
setelah ditebang pokok dan dibersihkan semak
kemudian dibiarkan kering dan dibakar
dan setelah berkali-kali ditanam padi
menjadi huma bukit milik keluarga.

Rangkap 1
Baris 7
Patah Perkataan 5 (B7) – 9 (B2)
Suku Kata 13 suku kata – 21 suku kata
Rima akhir bebas a,b,c,a,d,e,c

122
BAB 1
PUISI MODEN
PERTEMUAN DI HYDE PARK
Latar belakang :

DATU DR HAJI ADI BADIOZAMAN


atau dikenali sebagai TUAH ADI
dilahirkan pada 15 Ogos 1951 di
Tatau, Sarawak, di mana dia
memulakan pendidikan rendahnya.

Adi kemudian melanjutkan


pendidikan menengah di Bintulu dan
Miri, memperoleh ijazah Sarjana
Muda dalam Pengajian Melayu dan
Diploma Pendidikan pada tahun 1973,
dan Sarjana Pendidikan dalam bidang
Perkembangan Kurikulum pada tahun
1979 dari Universiti Malaya, dan
ijazah Kedoktoran Pendidikan dari
Universiti Bristol, U.K. pada tahun
1996 dalam bidang Pengurusan
Pendidikan.

Antara jawatan yang disandang oleh


Adi ialah menjadi Pengarah Biro
Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam
Sarawak, Perkhidmatan Pendidikan
Malaysia pada 15 Ogos 2007, bertugas sebagai Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan Malaysia,
Pengarah Pendidikan Sarawak, Pengarah, Maktab Perguruan Batu Lintang, Kuching, Ketua Penolong
Pengarah (Hal Ehwal Murid) di Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur;
Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Perkhidmatan Pendidikan; Ketua Penolong Pengarah Bahagian
Penyeliaan Sekolah dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kurikulum di Jabatan Pendidikan Negeri
Sarawak. Adi juga pernah menjadi Pegawai Pendidikan Bahagian di Sri Aman dan di Bahagian Miri;
menjadi guru Bahasa dan Kesusasteraan Melayu; pensyarah di Maktab Perguruan Batu Lintang, Kuching;
tutor di Fakulti Pendidikan Universiti Malaya; dan Pengetua di SMK Green Road Kuching, dan Pengetua
Kolej Tun Datuk Tuanku Haji Bujang, Miri Maksud Sajak Oleh Adi Badiozaman Tuah halaman 19-20.
Tahun 2004.

Sebelum memahami sajak ini kita perlu tahu latar belakang dan sejarah Hyde Park. Menurut Wikipedia
Hyde Park ialah seperti berikut: Hyde Park is one of the largest parks in central London, United Kingdom,
and one of the Royal Parks of London, famous for its Speakers' Corner. The park was the site of the
Great Exhibition of 1851, for which the Crystal Palace was designed by Joseph Paxton. The park has
become a traditional location for mass demonstrations. The Chartists, the Reform League, the
Suffragettes and the Stop The War Coalition have all held protests in the park. Many protesters on the
Liberty and Livelihood March in 2002 started their march from Hyde Park. On 20 July 1982 in the Hyde
Park and Regents Park bombings, two bombs linked to the Provisional Irish Republican Army caused the
death of eight members of the Household Cavalry and the Royal Green Jackets and seven horses. Hyde
Park adalah satu tempat yang dikategorikan sebagai taman diraja yang dipenuhi dengan kehijauan

123
persekitarannya yang seluas 630 ekar. Pernah dibom oleh tentera pemberontak Ireland (IRA) yang
menyebabkan 8 orang mati.

Pertemuan di Hyde Park


ADI BADIOZAMAN

Bila berdiri di antara pepohon rimbun


di Hyde Park
aku teringat sebidang tanah luas pemberian
ayah di kampung
betapa sebelumnya ia adalah tanah hutan dara
setelah ditebang pokok dan dibersihkan semak
kemudian dibiarkan kering dan dibakar
dan setelah berkali-kali ditanam padi
menjadi huma bukit milik keluarga.

Atas munggu itulah aku selalu berdiri


bersama ayah
sama ada ketika padi membesar
atau semasa menghalau burung pipit
atau membaiki langkau dan tempat jemuran padi
atau saja-saja santai antara panggilan emak
bila memerlukan air kopi
atau bila kemudiannya menemani ayah
menanam anak getah
atau membetulkan barisan ladanya.

Bagaikan membahas isu utama dunia di


Sudut Pidato
di situlah ayah akan bercerita tentang erti
sebuah tanah
tentang tanggungjawab penjagaan dan
pemeliharaannya
betapa kegunaannya bisa berubah mengikut
ketentuan dan keperluan masa
segalanya kitalah yang menentukan dan tanah
sedia menerima tanpa bicara.

Di situlah ayah sering mengingatkan


erti sebuah amanah
kitalah mencorakkan dan membentuk
tanah ini mengikut kesesuaian
dan sekiranya alpa, tanah ini akan kembali
semula menjadi milik alam semesta.

124
Tema Dan Persoalan

Bertemakan amanah . Penjajak menjelaskan bahawa apabila seseorang diamanahkan tentang sesuatu
perkara beliau hendaklah memikul dengan penuh tanggung jawab menjaga tanah supaya tidak
menimbulkan sebarang masalah. Contohnya :

Maksud Rangkap

Rangkap 1:
Apabila penyajak berada di Hyde Park, beliau teringat sebidang tanah yang agak luas pemberian
ayahnya di kampung. Asalnya tanah tersebut hutan dara tetapi telah diterokai oleh ayahnya. Tanah itu
kemudiannya ditanam dengan padi huma setiap tahun dan merupakan milik keluarga. Contoh

Bila berdiri di antara pepohon rimbun


di Hyde Park
aku teringat sebidang tanah luas pemberian
ayah di kampung
betapa sebelumnya ia adalah tanah hutan dara
setelah ditebang pokok dan dibersihkan semak
kemudian dibiarkan kering dan dibakar
dan setelah berkali-kali ditanam padi
menjadi huma bukit milik keluarga.

Rangkap 2:
Penyajak sering berdiri di atas busut bersama ayah ketika melihat padi yang sedang membesar, ketika
menghalau burung, membaiki tempat jemuran padi atau saja-saja berehat sementara menunggu
panggilan emak yang memerlukan air, menemani ayah menanam getah atau menanam lada. Contoh

Atas munggu itulah aku selalu berdiri


bersama ayah
sama ada ketika padi membesar
atau semasa menghalau burung pipit
atau membaiki langkau dan tempat jemuran padi
atau saja-saja santai antara panggilan emak
bila memerlukan air kopi
atau bila kemudiannya menemani ayah
menanam anak getah
atau membetulkan barisan ladanya.

Rangkap 3:
Penyajak berasa berada di sudut pidato di Hyde Park berbicang tentang isu-isu penting ketika
mendengar ayahnya bercerita tentang tanah iaitu tanggungjawab menjaga dan memelihara tanah.
Penggunaan nya sentiasa berubah mengikut peredaran dan keperluan semasa yang ditentukan oleh
pemiliknya.
Bagaikan membahas isu utama dunia di
Sudut Pidato
di situlah ayah akan bercerita tentang erti
sebuah tanah
tentang tanggungjawab penjagaan dan
pemeliharaannya

125
betapa kegunaannya bisa berubah mengikut
ketentuan dan keperluan masa
segalanya kitalah yang menentukan dan tanah
sedia menerima tanpa bicara.

Rangkap 4:
Penyajak diingatkan oleh ayahnya tentang amanah memelihara tanah di mana kitalah
bertanggungjawab mencorakkan tanah tersebut mengikut kesesuaian dan sekiranya kita lupa akan
amanah tersebut tanah tersebut akan kembali kepada asalnya. Contoh

Di situlah ayah sering mengingatkan


erti sebuah amanah
kitalah mencorakkan dan membentuk
tanah ini mengikut kesesuaian
dan sekiranya alpa, tanah ini akan kembali
semula menjadi milik alam semesta.

Perkataan yang perlu difahami

1. Hyde Park
2. munggu = Busut, longgokan, mungguk timbunan tanah.
3. langkau = batas, baris tanaman.

Tema Dan Persoalan

Bertemakan amanah dan tanggungjawab dalam menghargai dan berbudi kepada tanah warisan.
Penjajak menjelaskan bahawa apabila seseorang diamanahkan tentang sesuatu perkara beliau
hendaklah memikul dengan penuh tanggung jawab menjaga tanah supaya tidak menimbulkan sebarang
masalah.

Di situlah ayah sering mengingatkan


erti sebuah amanah
kitalah mencorakkan dan membentuk
tanah ini mengikut kesesuaian
dan sekiranya alpa, tanah ini akan kembali
semula menjadi milik alam semesta

Persekitaran Hyde Park telah menimbulkan idea penyajak untuk menyampaikan amanat melalui puisi
beliau dengan tema “menghargai tanah warisan”. Tanah warisan adalah kurnia yang perlu dijaga
sebaiknya. Kita sebagai penerima amanah perlu memanfaatkan tanah mengikut keperluan semasa.
Tanah boleh digunakan untuk tujuan pertanian sekalipun terpaksa mengorbankan hutan dara kerana
keperluan untuk makanan lebih utama.

Bagi Hyde Park, tanah tersebut perlu dijaga keindahan persekitarannya kerana kemusnahannya
memungkinkan masyarakat setempat tidak dapat menikmati kawasan yang sedemikian rupa lagi.
Persekitaran Hyde Park sendiri sudah dikorbankan untuk kepentingan komersial dan penempatan
manusia. Oleh itu masyarakat perlu disedarkan tentang usaha mengurus sumber tanah yang terhad ini
dilakukan dengan berhati-hati supaya terpelihara dari kemusnahan. Penyajak sering ingat nasihat
ayahnya yang selalu bercerita tentang erti “sebuah tanah”. Contohnya :

126
Bagaikan membahas isu utama dunia di
Sudut Pidato
di situlah ayah akan bercerita tentang erti
sebuah tanah
tentang tanggungjawab penjagaan dan
pemeliharaannya
betapa kegunaannya bisa berubah mengikut
ketentuan dan keperluan masa
segalanya kitalah yang menentukan dan tanah
sedia menerima tanpa bicara.

Persoalan / Pemikiran

1. Persoalan tentang kasih sayang. Penjajak menggambarkan betapa rapatnya hubungan beliau
dengan ayahnya yang sering bercerita tentang sesuatu peristiwa . Penyajak menjelaskan
perasaan kasih sayang ayahnya kepada keluarga terutama kepada penyajak. Sebagai tanda
sayangnya, ayah memberikan sebidang tanah luas di kampung yang telah banyak memberi jasa
sebagai sumber rezeki kepada keluarga. Contohnya :

di situlah ayah akan bercerita tentang erti


sebuah tanah
tentang tanggungjawab penjagaan dan
pemeliharaannya
betapa kegunaannya bisa berubah mengikut
ketentuan dan keperluan masa

2. Persoalan tentang kegigihan seseorang berusaha mengusahakan tanah. Penjajak menjelaskan


betapa kuat ayah dan ibu penyajak berusaha meneroka tanah bertujuan untuk bercucuk tanam
padi huma, getah dan lada. Contohnya :

betapa sebelumnya ia adalah tanah hutan dara


setelah ditebang pokok dan dibersihkan semak
kemudian dibiarkan kering dan dibakar
dan setelah berkali-kali ditanam padi
menjadi huma bukit milik keluarga.

3. Persoalan Kerajinan. Ayah penyajak rajin mengusahakan tanah dengan pelbagai jenis tanaman
silih berganti bagi meningkatkan ekonomi keluarga. Contoh:

atau membaiki langkau dan tempat jemuran padi


atau saja-saja santai antara panggilan emak
bila memerlukan air kopi
atau bila kemudiannya menemani ayah
menanam anak getah
atau membetulkan barisan ladanya.

127
Aspek Estetik.

1. Aspek bahasa
2. Pemilihan kata
3. Rima sajak
4. Unsur bunyi – Asonansi dan Aliterasi

Pemikiran / Mesej Pengarang yang lain

1. Penyajak cuba menyampaikan amanah dalam tema ‘menghargai tanah warisan’ di mana tanah
warisan ini adalah kurnia yang perlu dijaga sebaiknya.
2. Bertanggungjawab untuk memanfaatkan tanah mengikut keperluan semasa. Tanah boleh
digunakan untuk tujuan pertanian sekalipun terpaksa mengorbankan hutan dara kerana
keperluan untuk makanan lebih utama.
3. Sebagai bapa, kita hendaklah sentiasa mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak agar
mereka sering mengingati kita.
4. Perlunya semangat kegigihan dalam melakukan sesuatu pekerjaan
5. Perlunya kita menghargai pemberian seseorang
6. Mengurus harta warisan dengan bijaksana
7. Kealpaan mengurus sumber semulajadi seperti tanah akan mengakibatkan kemusnahan.

Nada

Romantis

Gaya Bahasa

1. Asonansi iaitu pengulangan vokal “a”

Rangkap 2: atau saja-saja santai antara panggilan emak

2. Aliterasi iaitu pengulangan konsonan “n”

Rangkap 2: atau membetulkan barisan tanaman ladanya

3. Anafora iaitu pengulanagan kata awal baris

Rangkap 2 : atau membaiki langkau dan tempat jemuran padi


atau saja-saja santai antara panggilan emak

4. Simile iaitu penggunaan “bagaikan”

Rangkap 3 : Bagaikan membahas isu utama dunia di sudut Pidato

128
5. Metafora. Membandingan sesuatu yang bersifat konkrit dengan sesuatu yang bersifat abstrak
yang membawa diluar kelaziman.

betapa sebelumnya ia adalah tanah hutan dara

6. Imej alam. Satu gambaran mengenai sesuatu kehidupan ia lebih terdiri daripada sekumpulan
kata yang menggambarkan objek, kisah, fikiran, falsafah.

pepohon/burung pipit/,padi/getah

7. Inversi Pembalikan rangkaikata “setelah ditebang pokok” dan “dibersihkan semak” sepatutnya
setelah pokok di tebang dan semak dibersihkan

Nilai / Pengajaran

1. Keprihatinan. Nilai prihatin terhadap masa depan anak-anaknya dengan memberi sebidang
tanah
aku teringat sebidang tanah luas pemberian
ayah di kampung (R1B3&B4)

2. Kegigihan Nilai kegigihan dalam meneroka, menebang dan membakar tanah hutan sehingga
boleh ditanam padi huma

betapa sebelumnya ia adalah tanah hutan dara


setelah ditebang pokok dan dibersihkan semak
kemudian dibiarkan kering dan dibakar
dan setelah berkali-kali ditanam padi
menjadi huma bukit milik keluarga.

3. Kerajinan Nilai kerajinan dalam mengusahakan pelbagai jenis tanaman di tanah warisan
keluarga
menanam anak getah
atau membetulkan barisan tanaman ladanya.

4. Kasih sayang Nilai kasih sayang seorang ayah amat menyayangi penyajak, buktinya ayah telah
memberi sebidang tanah luas di kampung kepada penyajak.

Bila berdiri di antara pepohon rimbun


di Hyde Park
aku teringat sebidang tanah luas pemberian
ayah di kampung

5. Amanah. Nilai amanah terhadap penjagaan tanah warisan

Di situlah ayah sering mengingatkan


erti sebuah amanah
kitalah mencorakkan dan membentuk
tanah ini mengikut kesesuaian

6. Tanggungjawab

129
BAB 2
PUISI MODEN
PERNAHKAH ENGKAU MENTAFSIR KEDAMAIAN

BIODATA BAHA ZAIN

BAHA ZAIN atau nama sebenarnya Baharuddin Zainal, dilahirkan pada 22 Mei 1939, di Batu 15, Hutan
Melintang, Perak. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera pada tahun 1963 di Universiti Malaya
dan Sarjana Sastera di Universiti Indonesia Jakarta, pada tahun 1972.Baha Zain pernah berkhidmat di
Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1963 sehingga menamatkan perkhidmatannya sebagai Timbalan
Ketua Pengarah pada tahun 1984. Kemudian beliau berkecimpung dalam dunia perniagaan dalam
bidang penerbitan. Dalam ujana kesusasteraan tanah air, Baha merupakan aktivis yang aktif dalam
memartabatkan sastera dan bahasa di persada antarabangsa. Keringat dan cetusan fikirannya banyak
dicurahkan ketika beliau menjadi Timbalan Ketua Pengarah, Ketua Bahagian Pengembangan Sastera,
Ketua Pengarang Majalah Dewan Sastera dan Dewan Budaya, dan sidang pengarang jurnal Tenggara.
Kini, beliau meneruskan sumbangannya terhadap kesusasteraan Melayu di syarikat penerbitannya,
Pustaka Cipta Sdn. Bhd. Yang menerbitkan karya sastera dan bahasa di persada tanah air.

Baha Zain menulis esei, kritikan, puisi, dan cerpen. Beliau juga menyusun semula Hikayat Bakhtiar,
Hikayat Omar Umayyah, dan Hikayat Cekal Waneng Pati. Namun dalam genre puisi merupakan pilihan
utamanya. Banyak puisinya termuat dalam beberapa antologi bersama dan empat buah kumpulan
puisinya telah diterbitkan, iaitu Perempuan dan Bayang-Bayang, Dari Kertas Catatan Tengah Malam, dan
Tiga Catatan Perjalanan (Three Sketches from A Journey) dalam dwibahasa. Dalam genre kritikan pula,
Baha Zain bukan sahaja sebagai pengkritik yang disegani malah gaya penulisannya menarik dengan
cetusan fikirannya yang mengajak khalayak berfikir.

Baha banyak melibatkan diri dalam kegiatan sastera, bahasa, dan budaya. Dalam tahun 1972, beliau
menghadiri Persidangan Bahasa Kebangsaan Negara-negara Asia di Manila, kemudian dalam tahun
1974, beliau menyertai Kongres Puisi Dunia Kedua di Taipei dan beberapa pertemuan lain di Jepun,
Korea, dan sebagainya. Selain itu, Baha juga menjadi Lembaga Amanah, Yayasan Penataran Ilmu sejak

130
1986 hingga kini, Presiden Ikatan Penerbit Buku Bumiputera Nasional (1989-1994), Timbalan Presiden
PPM (1985-1991), dan sebagainya.Kecemerlangan, ketokohan, dan sumbangannya terhadap
kesusasteraan Melayu, bahasa, dan budaya diiktiraf melalui pelbagai anugerah. Antara yang
diperolehnya ialah SEA Write Awards (1980), Anugerah penyair GAPENA (1988), Darjah Cura Simanja
Kini (P.C.M) daripada DYMM Sultan Perak (1986), Darjah Kesastria Mangku negara (1982), dan Darjah
Paduka Mahkota Perak (D.P.M.P) pada tahun 1998 yang membawa gelaran Datuk.

BIOGRAFI

Datuk Baharuddin Zainal (Baha Zain)


Dilahirkan pada 22 Mei 1939, di Batu 15, Bukit Melintang, Perak.

Pendidikan : (1). Sekolah Melayu Sabak Bernam, Selangor, 1946 - 1949. (2). Anglo-Chinese School, Teluk
Anson, Perak, 190 – 1957. (3). Sekolah Anderson, Ipoh, Perak, 1958 – 1959. (4). Universiti Malaya, Kuala
Lumpur, 1960 – 1963. (5). Fakultas Sastera, Universitas Indonesia, Jakarta, Indonesia, 1970 – 1972.

Kerjaya : (1). Penolong Pegawai Penyelidik, Bahagian Penyelidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP),
1963 – 1969. (2). Penolong Ketua Bahagian Perkamusan, DBP, 1970. (3). Ketua Cawangan Kajian,
Bahagian Perkembangan Sastera DBP, 1972 - 1976. (4). Ketua Bahagian Perkembangan Sastera, DBP,
1977 – 1981. (5). Timbalan Ketua Pengarah DBP, 1982 – 1984. (6). Penerbit Pustaka Cipta Sdn. Bhd,
Petaling Jaya, 1984 – hingga sekarang.

Kegiatan : (1). Ketua Pengarang majalah Dewan Sastera dan Dewan Budaya serta anggota sidang
pengarang jurna Tenggara ketika bertugas sebagai Ketua Bahagian Perkembangan Sastera, 1977 – 1981.
(2).Penyusun semula beberapa hikayat lama , iaitu Hikayat Bakhtiar, Hikayat Umar Umayyah dan Hikayat
Cekel Waneng Pati. (3). Anggota penyusun Kamus Dewan, terbitan DBP, 1970. (4). Menerbitkan
mingguan Berita, ERA ketka mendirikan penerbitannya, Pustaka Cipta Sdn. Bhd , 1985. (5). Ahli Lembaga
Pengelola, DBP, 1989 – 1992 dan dilantik semula pada awal tahun-tahun 2000an. (6). Perunding
penerbitan bagi majalah terbitan Malaysia Toutism Board, (7). Ahli Mjlis Buku Kebangsaan, Kementerian
Pelajaran Malaysia. (8). Ahli Lembaga Amanah Yayasan Penataran Ilmu. (9). Presiden Ikatan Penerbit-
Penerbit Buku Bumiputera Nasional (10) Pengerusi Eksekutif Dasar Padu Sdn. Bhd. (11). Setiausaha
Persatuan Penulis Nasional (PENA) 1969/1970. (12). Ketua Dua PENA, 1992 – 1994. (13). Ketua Dua
Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena), 1978/1980.

Pencapaian : (1). Penyusunan semula Hkayat Cekel Waneng Pati oleh beliau telah diiktiraf oleh UNESCO
sebagai bahan bacaan tambahan yang baik untuk pelajar di peringkat sekolah menengah, 1967. (2).
Terpilih melanjutkan pelajaran di Universitas Indonesia oleh DBP untuk mengikuti pendidikan khusus
tentang masyarakat dan kebudayaan Indonesia dalam satu program pengajian peringkat sarjana, 1970 –
1972. (3). Di peringkat antarabangsa, beliau menyertai Kongres Puisi Dunia ke-2 di Taipei, 1974. (4).
Beliau diberi kepercayaan dan tanggungjawab sebagai Pengarah Persidanan Penulis-Penulis ASEAN yang
pertama yang diadakan di Kuala Lumpur, 1977. (5). Mewakili Malaysia ke Persidangan Bahasa
Kebangsaan Negar-Negara Asia di Manila, Filipina, 1972.

Inovasi: (1). Sebagai penerbit, beliau mengambil inisiatif mempelopori penerbitan majalah berita
mingguan pertama seumpamanya di Malaysia apabila ERA mula masuk pasaran pada Mac 1985.
Walaupun majalah ini tidak kekal bertahan dan menutup tirainya dua tahun kemudian, , tetapi
impaknya kepada masyarakat amat besar, terutama dari segi isu dan kandungannya yang mirip majalah
Tempo di Indonesia, Time di Amerika Syarikat atau Asiaweek di Hongkong. (2). Pustaka Cipta pimpinan
beliau mencadangkan penyelenggaraan program tv. Siri Ilham, 10 episod tentang pemikir dan
cendekiawan Melayu dalam pelbagi bidang, terutama bahasa, sastera dan persuratan Melayu, 2002.

131
Kajian : Pada tahun 1972 beliau membuat kajian tentang novel-novel terbaru terbitan Indonesia melalui
tesisnya yang berjudul “Manusia Dalam Pergolakan: Satu Analisis dan Tafsiran Novel-novel Indonesia
1966 – 1971”. Tesis kesarjaaan beliau ini adalah di bawah bimbingan pengkritik terkemuka Indonesia,
H.B. Jassin. Salah sebuah buku Dato' Baha Zain "Esei dan Puisi Baha Zain" edisi istimewa yang diterbitkan
sendiri.

Penulisan : (1). Perempuan dan Bayang-Bayang , DBP, 1974. (2). Keranda 152, 1967. (3). Teluk Gong,
1967). (4). Dari Kertas Catatan Tengah Malam, 1978. (5). 10 Sajak, 1979. (6). Tiga Catatan Perjalanan,
1978. (7).Hikayat Bakhtiar, 1963. (8). Hikayat Umar Umayyah, yang kemudian menjadi buku teks
perinkat SPM 1964. (9). Hikayat Cekel Waneng Pati, 1965. (10). Mendekati Kesusasteraan , 1975. (11).
Esei Sastera Baharuddin Zainal, 1980. (12). Thee Sketches from a Journey, (Dwibahasa Melayu dan
Inggeris), 1980. (13). Sejumlah 11 antologi puisi besama penulis-penulis lain, antaranya Bahasa Alam
yang kemudian menjadi buku teks di peringkat SPM, Lagu Kehidupan dan Bintang Mengerdip.

Anugerah: (1). Anugerah SEA Write Award oleh Kerajaan Thailand, 1980. (2). Anugerah Penyair Gapena
oleh Gabungan Persatuan Penulis Malaysia (Gapena), 1988. (3). Anugerah bintan kebesaran Darjah Cura
Simanja Kini (PCM) oleh Sultan Perak, 1986. (4). Anugerah bintang kebesaran Darjah Kesasteria Mangku
Negara (KMN) oleh Sulan perak, 1982. (5). Anugerah bintang kebesaran Darjah Paduka Mahkota Perak
(DPMP), oleh Sultan Perak, yang membawa gelaran Dato’, 1998.

PERNAHKAH ENGKAU MENTAFSIR KEDAMAIAN


BAHA ZAIN

i
Aku terbangun pada waktu tengah malam
membuka jendela melihat seluas alam
pernahkah engkau terbangun seperti ini?
Diganggu mimpi buruk atau gelisah rindu.

Lihatlah gelap pekat di mana-mana


nampakkah engkau di sana ada pelita?
Pada setiap jalur cahaya ada bayang-bayang
tidak pekat hitam, tetapi remang-remang.

ii
Sepi malam melindungi engkau dari bisikan
Orang
kecuali di kiri kanan ada syaitan-syaitan
putuskanlah ke mana matamu memandang
pernahkah engkau secara sedar membuat pilihan?
masuk rongga-rongga hati nurani, sukma kalbu
dan akal budi
atau tergoda bisikan halus syaitan-syaitan itu.

132
Kita sering melihat cahaya benderang
jauh ke depan
meskipun berdiri dalam gelap pekat atas
tanah perkuburan
di situ kita injak keamanan dengan mencerca
keganasan
kita laungkan suara-suara keramat seolah-olah
kita malaikat
agama jadi alasan, jadi boneka permainan

kita benci perang, kita cinta kedamaian


jadi slogan perjuangan
kita nyaringkan suara supaya orang tidak
mendengar:
mendengar bisikan hati nuraninya sendiri,
syaitan lebih nyaring bersuara tentang erti
keamanan
‘Engkau harus kuasai mereka dengan harga
setinggi mana pun
atas nama kemenangan, apa ertinya kedamaian
sebuah kota yang telah menjadi perebutan’.

Iii

Perang akan memusnahkan kubu, bangunan,


muzium, galeri dan universiti
perang telah mengoyakkan halaman-halaman
sejarah
perang akan mencipta sejarah baru
di halaman-halaman yang baru
sejarah baru itu hanya derap kaki askar-askar
yang dahulu.

Seorang pemimpin menumpaskan bekas-bekas


keagungan pemimpin lama
jadi tirani apabila mencium bau wang
pernahkah engkau jadi haloba apabila mencium
bau keuntungan?
Perang akan memusnahkan bahasa dan kesenian
yang merumahkan kemanusiaan.

Orang lupa bahawa Islam itu agama kehidupan


untuk semua bangsa yang membenci
persengketaan.
Pernahkah engkau terfikir bahawa engkau telah
dipermainkan?

133
Maksud Rangkap

Rangkap 1 :

Penyajak tersedar dari tidur pada waktu tengah malam lalu membuka jendela untuk meninjau suasana
alam. Penyajak menimbulkan persoalan adakah pernah mengalami peristiwa sepertinya, tiba-tiba
tersedar dari tidur dikejutkan dengan mimpi buruk ataupun mungkin diselubungi perasaan resah kerana
teringatkan sesuatu.

Jawapan ke 2

Perasaan penyajak yang terganggu tidur malamnya kerana mimpi buruk. Penyajak cuba mengaitkan
kegelapan pekat malam yang dapat dilihat remang-remang kerana ada sedikit cahaya pelita. Secara
intrinsiknya, penyajak cuba mengaitkan keadaan gelap dan cayaha remang tersebut dengan kehidupan
yang sedang dihadapinya.

i
Aku terbangun pada waktu tengah malam
membuka jendela melihat seluas alam
pernahkah engkau terbangun seperti ini?
Diganggu mimpi buruk atau gelisah rindu.

Lihatlah gelap pekat di mana-mana


nampakkah engkau di sana ada pelita?
Pada setiap jalur cahaya ada bayang-bayang
tidak pekat hitam, tetapi remang-remang.

Rangkap 2 :

Ketika menyaksikan suasana malam yang gelap-gelita, persoalan dilontarkan kepada pembaca adakah
terlihat kerdipan cahaya dari pelita yang memperlihatkan terhasilnya bayang-bayang walaupun tidak
terlalu hitam tetapi masih kelihatan samar-samar.

Jawapan ke 2

Persekitaran kehidupan yang dianggap gelap (sukar) menyebabkan diri rasa terasing. Namun anasir
jahat seumpama syaitan sentiasa mengganggu dan menghasut diri.

ii
Sepi malam melindungi engkau dari bisikan
Orang
kecuali di kiri kanan ada syaitan-syaitan
putuskanlah ke mana matamu memandang
pernahkah engkau secara sedar membuat pilihan?
masuk rongga-rongga hati nurani, sukma kalbu
dan akal budi
atau tergoda bisikan halus syaitan-syaitan itu.

134
Rangkap 3 :

Suasana larut malam yang sunyi tanpa gangguan perbualan manusia sekeliling. Apa yang ada pada
waktu itu hanyalah godaan syaitan. Sekali lagi penyajak menimbulkan persoalan tentang membuat
pilihan terhadap sesuatu perkara yang turut mengambi lkira dari segala aspek kehidupan termasuklah
perasaan hati mahupun pemikiran. Ataupun mungkin godaan syaitan turut mempengaruhi pilihan yang
hendak dibuat.
Kita sering melihat cahaya benderang
jauh ke depan
meskipun berdiri dalam gelap pekat atas
tanah perkuburan
di situ kita injak keamanan dengan mencerca
keganasan
kita laungkan suara-suara keramat seolah-olah
kita malaikat
agama jadi alasan, jadi boneka permainan

Rangkap 4 :

Penyajak mempersoalkan tentang manusia yang hanya mengejar kesenangan dalam hidup walaupun
hakikatnya kita pasti akan berdepan dengan kematian.Kita sering melaungkan suara keamanan dan
sering menolak pertelingkahan yang terjadi agar masyarakat melihat ianya suatu perjuangan yang mulia
dengan menjadikan agama sebagai sandaran.

Jawapan ke 2

Penyajak juga dapat melihat ruang cahaya yang menjadi gambaran penyelesaian masalah hidupnya yang
sukar. Penyajak mendapat sokongan daripada suara-suara pejuang keamanan yang dilahat amat baik.
Terdapat juga manusia yang suka menjadikan agama sebagai permainan hidup. Pejuang-pejuang
keamanan melaungkan slogan cinta kedamaian. Seruan mereka supaya manusia berjuang dengan harta
dan tenaga. Di atas nama “matlamat mencapai kemenangan”, maka manusia sanggup bertelingkah.

kita benci perang, kita cinta kedamaian


jadi slogan perjuangan
kita nyaringkan suara supaya orang tidak
mendengar:
mendengar bisikan hati nuraninya sendiri,
syaitan lebih nyaring bersuara tentang erti
keamanan
‘Engkau harus kuasai mereka dengan harga
setinggi mana pun
atas nama kemenangan, apa ertinya kedamaian
sebuah kota yang telah menjadi perebutan’.

135
Rangkap 5:

Kebencian terhadap peperangan dan memperjuangkan keamanan menjadi slogan yang sering
dilaungkan. Namun tidak semua yang bersetuju dengannya. Harga kedamaian tidak ternilai jumlahnya
ini kerana apa maknnya kejayaan dalam perjuangan untuk mendapat keamanan jika sekiranya terpaksa
memusnahkan sesebuah penempatan manusia.

Jawapan ke 2

Penyajak meluahkan perasaan tentang akibat peperangan dan perbutan kuasa akan memusnahkan
segalanya seperti kemusnahan pembangunan dan menutup sejarah kegemilangan negara.

Iii

Perang akan memusnahkan kubu, bangunan,


muzium, galeri dan university
perang telah mengoyakkan halaman-halaman
sejarah
perang akan mencipta sejarah baru
di halaman-halaman yang baru
sejarah baru itu hanya derap kaki askar-askar
yang dahulu.

Rangkap 6:

Peperangan hanya akan menghancurkan segalanya termasuklah perkampungan, bangunan, muzium,


galeri mahupun universiti. peperangan juga turut memusnahkan tinggalan sejarah dan bakal
mencatatkan lembaran baru (sejarah) kesan dari peperangan yang dilancarkan oleh askar yang datang
menyerang

Seorang pemimpin menumpaskan bekas-bekas


keagungan pemimpin lama
jadi tirani apabila mencium bau wang
pernahkah engkau jadi haloba apabila mencium
bau keuntungan?
Perang akan memusnahkan bahasa dan kesenian
yang merumahkan kemanusiaan.

Rangkap 7:

Seringkali peperangan tercetus apabila seseorang pemimpin yang baru cuba menggulingkan sesebuah
kerajaan yang lama. Pemimpin yang zalim yang hanya menggunakan kekuasaan untuk mengaut
kekayaan. Persoalan dilontarkan kepada mereka yang hanya memikirkan tentang laba( keuntungan)
biarpun peperangan akan memusnahkan ketamadunan bangsa. sama ada bahasa mahupun kebudayaan
yang sememangnya berupaya memupuk nilai-nilai yang baik dalam kehidupan.

136
Jawapan ke 2

Pemimpin yang berjaya merampas kuasa boleh bertindak lebih zalim kerana terpedaya dengan harta
benda. Mereka akan menjadi lebih tamak dan sanggup memusnahkan tamadun manusia seperti bahasa
dan kesenian.
Orang lupa bahawa Islam itu agama kehidupan
untuk semua bangsa yang membenci
persengketaan.
Pernahkah engkau terfikir bahawa engkau telah
dipermainkan?

Rangkap 8:

Masyarakat hari ini kian lupa tentang ajaran agama Islam yang merupakan panduan hidup untuk semua
bangsa yang menolak pertelingkahan. persoalan terus dilontarkan oleh penyajak adakah kita semua
telah dipedaya oleh pihak-pihak yang berkepentingan?

Jawapanke 2

Penyajak menegaskan tentang kepentingan agama Islam perlu diamalkan dalam kehidupan. Penyajak
juga mengingatkan supaya kita berwaspada supaya tidak dipermainkan tanpa sedar.

Perkataan perlu difahami

Tirani = Corak pemerintahan yang zalim. Menggunakan kekuasaan sesuka hati

Tema Dan Persoalan

Bertemakan tentang kehidupan manusia yang inginkan keamanan, ketenangan dan kedamaian.
Penyajak mengajak pembaca menolak peperangan yang boleh mengakibatkan kemusnahan harta benda
serta menghapuskan nilai-nilai kemanusiaan dan akhirnyaakan meninggalkan kesan sejarah yang sukar
untuk dilupakan.

Persoalan tentang menggunakan agama untuk kepentingan peribadi. Sering agama dimanipulasikan
untuk kepentingan tertentu kerana agama menolak keganasan dan menyuruh penganutnya berbuat
baik

Persoalan tentang keamanan. Konflik yang berlaku akan mencetuskan situasi yang tidak menyenangkan
lalusuara kedamaian akan dilaungkan bagi menyedarkan tentang keamanan.

Persoalan tentang peperangan memusnahkan harta benda. Peperangan telah mengakibatkan


kemusnahan harta benda yang turut memusnahkan monumen sejarah sesebuah negara.

Persoalan tentang ketamakan pemimpin. Pemimpin yang tamak dan zalim yang hanya mementingkan
kepentingan peribadi pasti akan mencetuskan kemarahan rakyat lantas mengakibatkan perang berlaku.

Persoalan tentang Islam agama keamanan. Islam agama untuk semua bangsa dan menolak peperangan
serta. permusuhan.

137
Gambara Masyarakat

Masyarakat yang mementingkan keamanan dan kedamaian. Keamanan dan kedamaian akan lebih
bermakna jika sekiranya masyarakat menolak keganasan. Contohnya:

di situ kita injak keamanan dengan mencerca


keganasan
kita laungkan suara-suara keramat seolah-olah
kita malaikat

Masyarakat yang memperalatkan agama untuk kepentingan peribadi. Seringkali agama menjadi alat
propaganda bagi memenuhi tujuan-tujuan peribadi. Contohnya:

kita laungkan suara-suara keramat seolah-olah


kita malaikat
agama jadi alasan, jadi boneka permainan

Masyarakat yang menolak peperangan. Keamanan sering diuar-uarkan bagi menolak peperangan yang
boleh memusnahkan ketamadunan manusia. Contohnya:

kita benci perang, kita cinta kedamaian


jadi slogan perjuangan
kita nyaringkan suara supaya orang tidak
mendengar:

Pemimpin yang mementingkan diri, kekayaan dan kemegahan sehingga sanggup melakukan apa saja.
Masyarakat yang berpegang teguh pada agama.

* Setiap jawapan perlu disertakan dengan contoh sajak dan kaitkan dengan pengarang.

Gaya Bahasa

1. Perulangan bunyi huruf vokal – Asonansi (a,e,i,o,dan u). Asonansi( Pengulangan vokal ‘a’ )
-contohnya;

agama jadi alasan , jadi boneka permainan

2. Perulangan bunyi huruf konsonan. Aliterasi (pengulangan konsonan ‘n’) pada rangkap 1 , baris
ke 3. contohnya ;

Pernahkah engkau terbangun seperti ini?

3. Anafora. Perulangan kata di awal baris- “kita”

138
4. Epifora
…..sejarah baru
….. yang baru

5. Perulangan Kata Dalam Baris

Pernahkah engkau terfikir bahawa engkau

6. Personafikasi

Perang telah mengoyakkan halaman

7. Perumpamaan. Contohnya;

kita laungkan suara-suara keramat seolah-olah


kita malaikat

8. Hiperbola. Contohnya

meskipun berdiri dalam gelap pekat atas


tanah perkuburan

9. Citra. Contoh

Kita, pemimpin, askar

Pengajaran

Kita haruslah menjaga keamanan negara


Kita hendaklah menghargai setiap kurnian tuhan
Kita hendaklah menghindari sikap tamak
Kita hendaklah mengambil iktibar dari sejarah yang lalu
Kita perlulah menjadi pemimpin yang bertanggungjawab dan amanah

Mesej Pengarang

Pengarang menegaskan bahawa peperangan membawa kesan yang buruk


Pengarang menekankan bahawa masyarakat seharusnya membuat keputusan yang bijak
Pengarang meminta agar kita menolak peperangan.

*Jangan lupa semua fakta perlu diikuti dengan huraian/ulasan/perbincangan dan wajib ada
contoh puisi,

139
BAB 3
PUISI MODEN
DI TITIAN KEMERDEKAAN

Biodata Dharmawijaya

Tokoh penyair negara, Kamaruzzaman A. Kadir atau lebih


dikenali dengan nama pena Dharmawijaya meninggal dunia di
Hospital Seremban pada April 2005 akibat kanser paru-paru.
Allahyarham yang berasal dari Kampung Talang, Tanjung
Ipoh, Kuala Pilah meninggalkan seorang isteri, Zaini Ma’aya,
tiga orang anak iaitu Susilawati, Asrul Effendi dan Iza Hairani.
Jenazah Allahyarham dikebumikan di Makam Haji Said.

Pendidikan, Kerjaya, & Anugerah

Allahyarham yang memiliki ijazah Sarjana Sastera dari


Universiti Malaya pada tahun 1981 pernah menjadi guru
bahasa dan kesusasteraan Melayu di sekolah menengah;
pembantu penyelidik di Dewan Bahasa dan Pustaka (1971-
1972) dan; pensyarah (1981-1986) dan Profesor Madya
(1987-1994) di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
Allahyarham bertugas di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM sebagai Sarjana Tamu sejak tahun
1996 sehingga meninggal dunia. Selain seorang penyair, Allahyarham juga adalah seorang penulis esei
dan kritik sastera terutama puisi.
Allahyarham pernah memenangi hadiah sastera Malaysia pada tahun 1971, 1976 serta 1982/83 dalam
bahagian puisi. Allahyarham menerima anugerah penulis Asia Tenggara (SEA Write Award) di Bangkok,
Thailand pada tahun 1993, anugerah penyair GAPENA pada tahun 1999 dan anugerah pujangga,
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada tahun 2002.

Karya

Beberapa buah buku kajian Allahyarham mengenai puisi yang telah diterbitkan ialah Nasionalisme dalam
Puisi Melayu Moden 1933-1957 (1982) yang turut memenangi Hadiah Sastera Malaysia 1982/83 dalam
bahagian buku kajian sastera moden terbaik; Tanggapan dan Kaedah Pengajaran Puisi (1987);
Berkenalan Puisi (1987), Pemahaman dan Penghayatan Puisi (1992) serta Dunia Puisi Dalam Penelitian
dan Pengajaran (1992) dan edisi yang sama dikemaskini pada 1998. Turut diterbitkan ialah tiga buah
kumpulan pusi persendiriannya iaitu Warna Maya (1974), Derita Buana (1992) dan Jejak Kembara
(1999).

Di samping itu, Allayharham adalah penyusun antologi puisi Di Penjuru Matamu (1975) dan Bunga
Gerimis (1986) yang pernah menjadi buku teks Kesusateraan Melayu di sekolah-sekolah menengah;
Lagu Kehidupan (1983), Bintang Mengerdip (1984), Puisi Sepanjang Zaman (1989) dan Gurindam Alam
(1994) yang menjadi rujukan umum dan di institusi-institusi pengajian tinggi.

140
Di Titian Kemerdekaan
Dharmawijaya
telah datang angin kemerdekaan
melambai tanah air berlagu sentosa
telah gemilang sumpah kerelaan
membelai bangsa sepanjang usia.

setiap menjelang kemerdekaan ini


bergemalah di hati anak peribumi
sejahtera bangsa menggenggam kemenangan
keramat bangsa menentang keagungan.

kemerdekaan, di sini bumi beningmu dipijak


di sini langit jernihmu dijunjung
cinta kasih tiadakan retak
meski debar sengketa melanda jantung.

tanah air tercinta hamparan setia


kamilah kini pewaris kemerdekaan
seluhur suara seteguh cita
menjunjung bakti mahkota kedaulatan.

Maksud Sajak

Rangkap 1

Sambutan kemerdekaan datang untuk kesekian kali dengan suasana aman dan semangat yang membara
kepada seluruh warganegara. Semangat hari kemerekaan mulai dirasakan oleh setiap warganegara yang
cintakan tanahair. Kemerdekaan yang diperolehi ini adalah hasil perjuangan yang ikhlas para pejuang
terdahulu untuk membebaskan Negara, hingga kini semua warganegara berada dalam situasi aman dan
menyenangkan

Rangkap 2

Apabila menjelangnya sambutan hari kemerdekaan, semangatnya mula dirasai oleh setiap warganegara.
Kemerdekaan yang dicapai telah memmbolehkan setiap warganegara hidup dalam keadaan yang selesa.
Semuanya telah dicapai menerusi perjuangan para pejuang menentang penjajah. Semangat rakyat yang
berbangga dan merasakan diri mereka telah mencapai kemenangan daripada kuasa besar.

Rangkap 3

Semangat kemerdekaan telah menjadikan rakyat bertambah cinta dan setia kepada negara sekalipun
ada bibit sengketa. Kebebasan yang dicapai seharusnya menyedarkan setiap warganegara erti kesetiaan
dan ketaatan kepada Negara tercinta tanpa berbelah bagi.Walaupun sering diancam dengan
perselisihan fahamyang boleh mengugat keamanan Negara. Semangat nasionalisme tidak pernah luntur.

141
Rangkap 4

Negara kita menuntut setiap warganegaranya mempunyai kesetiaan yang tidak berbelah bagi pada
Negara. Ini kerana generasi hari ini adalah pewaris kebebasan yang diraih, seharusnya generasi muda
hari ini perlu menanam azam dan tekad untuk sentiasa menabur jasa demi untuk menjamin maruah
Negara yang tercinta. Janji penyajak selaku pewaris kemerdekaan untuk menjunjung mahkota
kedaulatan negara.

Tema

Bertemakan semangat nasionalisme. Kecintaan dan semangat terhadap negara tercinta semakin
membara apabila menjelangnya sambutan hari kemerdekaan. Peri pentingnya semangat kecintaan
terhadap negara dengan terus memberi sumbangan demi mempertahankan maruah dan kedaulatan
negara. Menghargai jasa-jasa pejuang yang mempertahankan negara. Contoh R1B1-b4

Persoalan

1. Perjuangan para pejuang terdahulu untuk mendapat kemerdekaan. Kemerdekaan yg diperolehi


adalah hasil perjuangan para pejuang terdahulu utk membebaskan negara. Contoh R4B1-B4
2. Berjuang menentang penjajah.Semangat menentang penjajahan dalam pelbagai bentuk harus
disemai dlm setiap warganegara demi kedaulatan negara. Contoh R2B1-B4
3. Mempertahankan kemerdekaan yang dicapai. Setiap warganegara
Harus setia dan taat kepada negaera tanpa berbelah bagi serta tanpa mengira fahaman . Contoh
R3B1-B4
4. Mempertahankan kedaulatan dan maruah negara. Kita harus mempertahankan Kedaulatan
negara agar generasi akan datang dapat mengecapi nikmat kemerdekaan. Contoh R4B1-B4

5. Keamanan dan kemerdekaan yang telah kita perolehi


6. Menghargai jasa-jasa pejuang tanah air
7. Perasaan cinta dan kasih terhadap negara
8. Perasaan bangga dan bersyukur akan negara yg telah berdaulat dan mendapat kemerdekaan
serta menjunjung bakti demi kedaulatan

Bentuk

1. Separa terikat
2. Mempunyai 4 rangkap dan 4 baris serangkap (kuantrin)
3. 1 baris mempunyai 4-5 patah perkataan
4. baris mempunyai 11-13 sukukata
6. Rima akhir a,b,a,b a,a,b,b a,b,a,b a,b,a,b

Nada

Patriotik cth: rangkap ke 4

“kamilah kini pewaris kemerdekaan”

142
Gaya Bahasa

1. Perulangan kata di awal baris


2. Perulangan bunyi huruf vokal
3. Perulangan bunyi huruf konsonan
4. Metafora – hamparan setia, mahkota kedaulatan
5. Inversi – telah datang angin kemerdekaan (DM-angin kemer….)
6. Hiperbola- cinta kasih tiadakan retak
meski debar sengketa melanda jantung

7. Hybrid- beningmu, jernihmu

Contoh jawab Estatika Bahasa / Gaya bahasa


Dengan mengemukakan contoh, huraikan tiga estetika gaya bahasa perbandingan dan
keberkesanannya yang terdapat dalam sajak di atas. [9]

Tiga unsur gaya bahasa perbandingan ialah

Unsur gaya bahasa personafikasi/pengorangan.Sesuatu benda,keadaan atau peristiwa yang diberikan


perbandingannya dengan sifat-sifat manusia, iaitu hidup dan bergerak.contohnya sebagaimana baris sajak
berikut,

Telah datang angin kemerdekaan


Melambai tanah air berlagu sentosa

Kedua-duanya perkataan di atas memberikan sifat-sifat manusia terhadap kehadiran kemerdekaan yang
membawa maksud kemerdekaan yang memberikan kesentosaan dan kesejahteraan kepada rakyat.

Kedua, gaya bahasa perbandingan metafora. Metafora ialah menggantukan sesuatu benda dengan
benda laun.Tetapi perbandingannya tidak jelas. Lazimya mengandungi dua perkataan iaitu perkataan
anbstrak dan yang konkrit. Kedua perkataan ini digunakan untuk menyampaikan satu maksud. Ini dapat
dibuktikan menerusi baris sajak berikut,

Menjujung bakti makhkota kedaulatan

Dengan ini jelas membuktikan unsur metafora ini terletak pada perbandingan mahkota kedaulatan yang
mana peranan mahkota tepat dan sesuai untuk memberi maksud raja perlu disanjung dan didaulat.

Unsur gaya bahasa hiperbola juga dikategorikan sebagai unsur bahasa perbandingan. Ianya membawa
maksud menggantikan sesuatu kata dengan kata ata perkataan lain.Kesan penggantian memperlihatkan
gambaran perbandingannya secara berlebih-lebihan daripada keadaan biasa.Ini dapat dibuktikan menerusi
contoh baris sajak di bawah.

meski debar sengketa melanda jantung

Contoh di atas memberikan gambaran tentang perbandingan melampau di mana penyajak sengaja
menggunakannya dengan tujuan memberikan penekanan sesuatu sikap dan pemikiran.

143
Jelaskan empat sikap warganegara yang boleh diterapkan dalam diri anda [16]

Empat sikap warganegara yang boleh diterapkan dalam diri anda adalah seperti berikut:-

Pertama, mengenang jasa atau menghargai para pejuang. Sudah menjadi kewajipan kita terutamanya
diri saya sendiri menjadi wargangeara di tanah air. Kita sebagai rakyat perlu mengingat kembali segala
pengorbanan yang telah dilakukan oleh golongan pertahanan termasuk pejuangan yang terdahulu.
Penyajak dalam puisi ini menyuarakan tentang setiap kali menjelangnya hari kemerdekaan warganegara
di tanah air akan mengingatkan pejuang terdahulu. Hal ini demikian kerana, kemerdekaan yang dicapai
sekarang ini adalah hasil perjuangan yang membebaskan negara sehingga kini kita berada dalam keadaan
yang senang sepanjang masa. Contohnya Rangkap 1

Telah gemilang sumpah kerelaan


Membelai bangsa sepanjang usia.

Dengan ini, apa yang saya perlu lakukan untuk mengenangkan jasa perjuang terdahulu dengan
menunjukkan kebaktian dan kasih sayang saya terhadap negara dengan menyertai program kemerdekaan.

Kedua, sikap mencintai negara juga merupakan salah satu sikap yang perlu saya terapkan sebagai
wargangeara Malaysia. Perasaan cinta akan negara wajar diterap dalam diri anak-anak muda termasuklah
diri saya sendiri pada hari ini supaya kita dapat mempertahankan keamanan, kemerderkaan dan
kesejahteraan yang kita kecapi pada hari ini. Setiap kali menjelang bulan merdekaan bergemakan suara
hati anak-anak muda di tanah melayu dengan penuh bersemangat tinggi bagi menunjukkan perasaan cinta
terhadap tanah air sendiri .hal ini demikian kerana kesejahteraan dicapai kerana hasil perjuangan para
perjuang terdahulu. Contohnya R2:b

Setiap menjelang kemerdekaan ini


Bergemalah dihati anak pribumi
Sejatera bangsa menggenggam kemenangan
Keramat bangsa menentang keagungan.

Oleh itu, apa yang saya perlu lakukan bertanggungjawab menjaga negara dengan mewujudkan ikatan
perpaduan tanpa mengira kaum dan bangsa dan menjalankan kempen berkaitan dengan kemerdekaan bagi
menyedari rakyat Malaysia supaya mencintai negara.

3. Mensyukuri nikmat kemerdekaan menjadikan hidup lebih aman. Kita hendaklah menjadi
manusia yang bersyukur dengan nikmat kemerdekaan dan kebebasan yang dimiliki demi
kehidupan yang bahagia dan harmoni. Kita seharusnya menikmati erti kemerdekaan ini kerana
kemerdekaan adalah detik bersejarah kepada sesuatu bangsa.

4. Mempertahankan tanah air dapat mengelakkan daripada dijajah. Sebagai warganegara yang
cintakan tanah air, kita wajar mempertahankan tanah air daripada dijajah semula kerana
kemerdekaan yang dimiliki ini sangat mahal harganya. Sekiranya kita leka dengan kenikmatan
hidup ini, pasti suatu hari nanti tanah air akan dijajah semula.

5. Tanggungjawab menlahirkan rakyat yang berani. Kita perlu memikul tanggungjawab dan
amanah yang diberikan demi mempertahankan makna perjuangan dan kemerdekaan sebenar
terhadap negara tercinta.

6. Mempertahankan kemakmuran dapat mengelakkan perpecahan dan ketidakstabilan negara.


Sebagai rakyat yang cinta akan tanah air adalah tugas mereka menjaga dan mempertahankan
kemakmuran tanah air agar tidak diganggu oleh penceroboh. Kemakmuran negara rakyat hidup
selesa dan dapat meningkat kemajuan ekonomi negara. Sekiranya kemakmuran negara tidak
144
dijaga, rakyat berada keadaan huru hara dengan ekonomi dan politik tidak stabil malah
menyenangkan pihak laur mengambil kesempatan terhadap negara kita.

7. Persengketaan membawa kemusnahan negara.

8. Perasaan cinta akan tanah air dapat mengelakkan negara dari dijajah.

Gambaran Masyarakat

1. Masyarakat yang ingin bebas dari penjajah


2. Masyarakat yang mencintai negara
3. Masyarakat yang ingin hidup bersatu padu
4. Masyarakat yang setia
5. Masyarakat yang menjunjung bakti

Nilai /Pengajaran / Mesej Pengarang

1. Kita haruslah berasa bangga dengan negara kita yg telah merdeka krn ingin menghargai
pejuang2 yg telah menentang penjajah
2. Kita mestilah mempunyai perasaan cinta akan tanah air
3. Kita mestilah mempunyai semangat bersatu padu dlm menentang pejajah supaya negara akan
aman dan harmoni
4. Rasa sayang dan cinta kepada Negara kita yang anam dan makmur
5. Berterima kasih kepada perjuang yang sanggup berkorban mempertahankan keselamatan dan
keamanan negara

Berdasarkan sajak di atas, bincangkan nilai-nilai murni yang terdapat dalam sajak tersebut. [25m]

Perlu ada pendahuluan bagi soalan 25 markah

Pendahuluan
1. Konsep/definisi nilai
2. Tema / persoalan sajak
3. Senaraikan isi-isi penting

Fakta / Isi

1. Nilai patriotik/setia /cinta kepada negara. Setiap warga negara wajib mempunyai nilai patiotik
dalam diri untuk menunjukkan rasa sayang yang mendalam kepada negara. Sekiranya
seseorang itu tidak mempunyai nilai patriotik, seseorang itu boleh dianggap sebagai
pengkhianat kepada negara yang merupakan tanah tumpah darahnya. Contoh
PRO/KON
Kemerdekaan, di sini bumi beningmu dipijak ULASAN
Di sini langit jernihmu dijunjung
Cinta kasih tiadakan retak

145
2. Nilai toleransi/bertolak ansur. Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum dan agama, semua
rakyat hendaklah bertolenransi antara satu sama lain Nilai bertolenransi ini penting kerana ia
boleh memastikan rakyat tidak berpecah dan menumpahkan rasa cinta kepada negara.
Sekiranya masyarkat tidak betoleransi, maka negara kita kan menjadi huru hara menuju
kehancuran. Contoh

Cinta kasih tiadakan retak,


Meski debar sengketa melanda jantung

3. Nilai keberanian. Sebagai warga negara yang bertanggungjawab, kita hendaklah berani
mempertahankan negara daripada ancaman musuh yang cuba menjajah negara kita. Kita
hendaklah mencontohi keberanian yang ditujukkan oleh pejuang-pejuang kemerdekaan kita
menentang penjajah sebelum negara kita merdeka. Sekiranya kita tidak berani menentang
musuh negara, tidak mustahil negara kita akan dijajah sekali lagi. Contoh

Sejahtera bangsa menggenggam kemenangan


Keramat bangsa menentang keagungan

4. Nilai memperthakan kedaulatan negara. Kedaulatan negara kita yang tercinta hendaklah
dipertahan dengan bersungguh-sungguh daripada ancaman luar. Kita tidak boleh membiarkan
negara kita dihina, dicaci atau diancam oleh negara luar kerana ia melibatkan maruah negara.
Sekiranya kita tidak mempertahankan kedaulatan negara, maka negara kita akan dipandang
rendah oleh negara lain. Contoh

Seluhur suara seteguh cita


Menjunjung bakti mahkota kedaulatan

5. Nilai perpaduan. Dalam sebuah negara yang berbilang kaum dan agama, unsur perpaduan
antara kaum amat penting untuk memastikan semua rakyat dapat hidup dalam keadaan sentosa
dan harmoni. Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan untuk memupuk perpaduan kaum
seperti bersama-sama menyambut bulan kemerdekaaan yang disambut setiap tahun.Sekiranya
masyarakat tidak bersatu padu , maka negara akan menjadi huru hara atau berlaku pergaduhan
antara kaum.

Telah datang angina kemerdekaan


Melambai tanah air berlagu sentosa

6 Nilai mempertahankan maruah bangsa. Setiap rakyat hendaklah mempertahan maruah bangsa
Malaysia sepanjang hidupnya agar dipandang tinggi atau mulia oleh bangsa lain Sekiranya kita
tidak mempertahankan maruah bangsa, maka bangsa kita akan lemah dan ketinggalan daripada
bangsa lain. Contoh

Telah gemilang sumpah kerelaan


Membelai bangsa sepanjang usia

Intuisi

1. Pengarang dengan penuh semangat nasionalisme ingin mengingatkan semua masyarakat kini
tentang pengorbanan dan perjuangan pahlawan dalam membawa kemerdekaan kepada Negara
dan memohon agar masyarakat kini menghargai dan menghayati kemerdekaan ini dengan lebih
bermakna ketika menyambut hari kemerdekaan. Contoh……

146
BAB 4
PUISI MODEN
AKU TIDAK MAHU LAGI

Aku Tidak Mahu Lagi


T. Alias Taib

aku tidak mahu lagi


jadi saksi kepada kebenaran
kerana kebenaran sering disalahertikan
menjadi tidak benar lagi

aku tidak mahu lagi


jadi saksi kepada kepasuan
kerana kepalsuan sering diputarbelitkan
menjadi tidak palsu lagi

aku tidak mahu lagi


jadi saksi kepada pembunuhan
kerana pembunuhan sering dibolak-balikkan
hingga pembunuh melangkah tenang

aku tidak mahu lagi


jadi saksi kepada penipuan
kerana penipuan sering disalahtafsirkan
hingga penipu bersiul riang

Biodata Penyajak

Lahir : 20 Februari 1943 (di Kuala Terengganu);


Meninggal dunia : 17 Ogos 2004 (di Kuala Lumpur)

Tengku Alias Taib (lebih dikenali sebagai penyair T. Alias Taib), anak Terengganu tulen, didewasakan oleh
angin Laut China Selatan, nasi dagang, dan keropok. Semenjak mengangkat pena pada 1960, dia tidak
menoleh ke belakang lagi dan terus menulis sehingga akhir hayatnya. Beliau menulis puisi, cerpen, esei,
pantun, renungan (quotation), dan terjemahan. Buku kumpulan puisinya yang telah terbit ialah Laut Tak
Biru Di Seberang Takir (1972), Pemburu Kota (1978), Seberkas Kunci (1985), Opera (1988), Piramid
(1990), Petang Condong (1996), dan Pasar Pengalaman (2004).

Selama 43 tahun T. Alias Taib meneruskan langkahnya dengan penuh tanggungjawab, sabar, dan yakin;
mencari makna hidup di luar dan dalam dirinya, melebarkan cakerawala pengalaman dan pemikirannya
di dalam dan luar tanahair. Pada 1986, T. Alias menghadiri Seoul Asian Poets Conference di Seoul, Korea
Selatan; pada 1989 dia mengikuti penataran sastera anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka di Jakarta,
Indonesia; pada 1994 dan 1995, dia mengikuti delegasi Persatuan Penulis Nasional (PENA) ke London,
147
Paris, Frankfurt, Istanbul, Amman, dan Kaherah. Pada 2001, beliau dilantik writer-in-residence di Taipei,
Taiwan, dan sekali gus mewakili Malaysia dalam Taipei 2001 International Poetry Festival (Festival Puisi
Antarabangsa Taipei 2001).

Tanggapan dan pemikiran T. Alias Taib tentang kehidupan sering dikaitkan dengan puisi. Keakraban dan
kesebatian penyair prolifik ini dengan puisi sudah lama diketahui umum. Tidak ramai yang tahu beliau
juga menghasilkan tulisan berbentuk kreatif dan bukan kreatif yang lain: esei, cerpen, puisi, dan madah.

Bentuk tulisan yang rencam ini jelas memperlihatkan keupayaan penyair ini mempertahankan disiplin,
komitmen, serta kesungguhannya memperluaskan pengucapan. Karya terbaru beliau yang sedanga
diproses untuk terbitan ialah Kumpulan Pantun dan Renungan dan Selected Poems (kumpulan puisi
pilihan yang diterjemahkan ke bahasa Inggeris oleh Eddin Khoo). Diadaptasi dari kulit belakang buku Di
Sisi Pelita Minyak Tanah (Zebra Editions, 2003) yang merupakan koleksi esei, cerpen, puisi, dan madah
tulisan T. Alias Taib. (Besar kemungkinan versi asalnya ditulis oleh T. Alias sendiri).

Maksud Sajak

Rangkap 1

Penyajak sudah tidak sanggup lagi memberi keterangan untuk perkara-perkara yang nyata kerana
seringkali kenyataan yang sebenarnya akan diputarbelitkan menjadi perkara yang dusta.

Kebenaran tidak mampu ditunjukkan kerana sering disalah anggap. Orang yang benar dianggap telah
melakukan kesalahan.

Rangkap 2

Penyajak sudah tidak sanggup lagi memberi keterangan tentang penipuan kerana seringkali penipuan
akan dimanipulasikan (dipergunakan) sehingga penipuan itu sudah tidak dianggap penipuan lagi.

Kepalsuan pula telah diputarbelitkan. Sesuatu yang palsu telah menjadi sesuatu yang dianggap benar.

Rangkap 3

Penyajak sudah tidak sanggup lagi memberi keterangan tentang kejadian pembunuhan kerana seringkali
kejadian pembunuhan akan diputarbelitkan sehingga pembunuh yang terlibat dalam kejadian
pembunuhan terlepas dari hukuman yang separutnya diterima.

Pembunuhan tidak dapat dibuktikan kesalahannya. Pembunuh terselamat daripada hukuman.

Rangkap 4

Penyajak sudah tidak sanggup lagi memberi keterangan tentang pembohongan kerana seringkali
pembohongan disalahertikan sehingga pembohongan dianggap benar. Pembohong boleh bergembira
dengan pembohongan yang dilakukannya.

Penipuan yang ditafsirkan sebagai kebenaran. Penipu gembira kerana berjaya penipu.

148
Tema

Kemanusiaan. Iaitu ketegasan dalam mempertahankan prinsip bagi menghadapi kepincangan yang
sedang berlaku dalam kalangan masyarakat yang penuh dengan tipu muslihat. Setiap pegangan dan
prinsip harus kita pertahankan.

Pandangan Sarwajagat. (Bagi semua puisi – maksud pandangan sarwajagat ialah pandang orang luar
terhadap puisi yang dismpaikan)

Umum dan boleh guna untuk semua

1. Kebijaksanaan orang Melayu dalam menyusun kata-kata yang puitis dan kreatif.
2. Kepandaian orang Melayu dalam memberi nasihat/pandangan tanpa menyinggung perasaan.

Pandangan Sarwajagat yang menjurus kepada puisi

1. Ketegasan seseorang dalam menyatakan pendapatnya. Penyajak enggan menjadi saksi kepada
segala kepincangan yang sedang berlaku di kalangan masyarakat yang penuh dengan tipu
muslihat. Perkataan “saksi” boleh diertikan sebagai keengganan penyajak terlibat atau penyajak
tidak mahu dipertanggungjawabkan. Maksud lain bagi perkataan saksi pula, penyajak tidak
mahu melihat lagi situasi songsang yang sedang berlaku. Contoh

aku tidak mahu lagi


jadi saksi kepada penipuan
kerana penipuan sering disalahtafsirkan
hingga penipu bersiul riang

2. Seseorang yang memprotes tentang ketidak adilan dalam system perundangan. Kebenaran,
kepalsuan, pembunuhan dan penipuan merupakan isu yang sering berlaku di kalangan umat
manusia. Secara khusus ia berlaku dalam persekitaran masyarakat penyajak. Namun penyajak
hanya menyebut secara umum sahaja tanpa menyatakan siapa yang melakukan dan tidak
menyebut punca sebenar situasi tersebut berlaku. Contoh

aku tidak mahu lagi


jadi saksi kepada kebenaran
kerana kebenaran sering disalahertikan
menjadi tidak benar lagi

3. Masyarakat kini yang sering membolak balik kebenaran demi kepentingan diri. Segala yang
berlaku telah menjadi sebaliknya kerana ada pihak telah berjaya menukarkan situasi berkenaan
berdasarkan kebijaksanaan diri mereka. Kebenaran telah menjadi palsu manakala yang palsu
telah menjadi benar. Dari sudut keadilan pula seorang pembunuh telah berjaya melepaskan diri
dan bebas dari hukuman. Golongan yang suka menipu pula sangat gembira kerana berjaya
meyakinkan orang ramai bahawa dirinya benar.Contoh

aku tidak mahu lagi


jadi saksi kepada pembunuhan
kerana pembunuhan sering dibolak-balikkan
hingga pembunuh melangkah tenang
149
Pihak yang mungkin dimaksudkan oleh penyair adalah seperti berikut:

1. Pemimpin masyarakat (golongan berpengaruh). Pemimpin sering berucap di khalayak ramai dan
mempunyai ramai pengikut. Kata-kata mereka akan dipercayai ramai orang samada sumber itu
bernar ataupuan palsu.

2. Media. Sumber media samada bercetak maupun elektronik adalah sumber maklumat orang
ramai. Berita yang dikemukakan akan mampu mempengaruhi pemikiran masyarakat.

3. Hakim. Beliau adalah pihak yang membuat keputusan di mahkamah. Keputusan hakim dianggap
muktamad dan beliau mampu memberi keputusan ke atas seseorang yang dituduh itu samada
bersalah atau tidak.

4. Orang awam (massa). Orang awam sering membicarakan pelbagai isu di mana-mana tempat
yang selesa bagi mereka terutama di warung kopi. Mereka salaing mempengaruhi antara satu
sama lain dan sentiasa bertukar maklumat. Sebarang maklumat yang salah akan menambahkan
lagi salah tafsir tentang sesuatu isu negara.

Persoalan

1. Persoalan tentang kebenaran yang disalahertikan. Penyajak rasa kecewa apabila kebenaran
disalahertikan sehingga menjadi tidak benar. Contoh:

kerana kebenaran sering disalahertikan


menjadi tidak benar lagi

2. Persoalan kepalsuan yang kini menjadi realiti . Penyajak tidak mahu menjadi saksi kepada
kepalsuan kerana kepalsuan boleh diputarbelit sehingga menjadi realiti . Contoh:

kerana kepalsuan sering diputarbelitkan


menjadi tidak palsu lagi

3. Persoalan ketidakadilan yang berlaku dalam kalangan masyarakat. Penyajak tidak mahu menjadi
saksi kepada pembunuhan kerana kadang kala pesalah yang melakukan pembunuhan dianggap
tidak bersalah dan dibebaskan. Contoh:

kerana pembunuhan sering dibolak-balikkan


hingga pembunuh melangkah tenang

4. Persoalan tentang penipuan dalam kehidupan. Penyajak menyatakan penipuan sering


disalahtafsirkan sehingga menjadi satu kebenaran. Contoh:

kerana penipuan sering disalahtafsirkan


hingga penipu bersiul riang

5. Kebenaran yang seringdiperkotak-katikkan


6. Keadilan yang tidak telus
7. Sistem Kehakiman yang dijalankan di adil
8. Penindasan pada masyarakat bawahan

150
Gambaran Masyarakat Yang Negatif

1. Kehidupan masyarakat yang suka hipokrit/ hidup dalam kepalsuan


Masyarakat terutamanya golongan pemimpin masyarakat (golongan berpengaruh) yang sering
berucap tentang susuatu peristiwa atau keadaan dan sering menabur janji-janji manis di
khalayak ramai. Mereka mempunyai ramai pengikut dan kata-kata mereka akan dipercayai
ramai orang samada sumber itu bernar ataupuan palsu. Hal ini ditekankan oleh pengarang di
dalam rangkap pertama, baris ke tiga dan keempat seperti di bawah:-

kerana kepalsuan sering diputarbelitkan


menjadi tidak palsu lagi.

2. Kehidupan manusia yang terpengaruh dengan media semasa.


Media menjadi sumber informasi kepada orang ramai sama ada secara bercetak ataupun
elektronik. Namun segala kenyataan yang sampaikan belum tentu ada kesahihannya sehingga
adakalanya perkara yang tidak berlaku dianggap benar-benar berlaku. Namun berita yang
dikemukakan akan mampu mempengaruhi pemikiran masyarakat. Contoh yang dinyatakan di
dalam rangkap ke dua, baris ketiga dan keempat ;-

kerana kepalsuan sering diputarbelitkan


menjadi tidak palsu lagi.

3. Kehidupan manusia yang membolak-balikkan sistem perundangan.


Masyarakat yang terlibat di dalam sistem perundangan terutamanya Hakim dinyatakan oleh
pengarang seorang yang mampu menjatuhkan hukuman ke atas seseorang dimahkamah.
Keputusan beliau dianggap muktamad dan beliau mampu memberi keputusan ke atas seseorang
yang dituduh itu samada bersalah atau tidak. Namun, keputusan yang dibuat adalah
berlandaskan hujah-hujah peguam dalam perbicaraan. Jika salah maka terinayalah pihak yang
benar. Hal ini dapat dilihat melalui rangkap ke tiga :-

Aku tidak mahu lagi


jadi saksi kepada pembunuhan
kerana pembunuhan sering dibolak-balikkan
hingga pembunuh melangkah tenang.

4. Kehidupan manusia yang suka bermuka-muka / penipu /pembohong / berdusta.


Masyarakat sekarang mudah terpengaruh dengan kata-kata manis yang ditaburkan terutamanya
apabila melayari laman sesawang sehingga ada yang tertipu dan kecewa. Pengarang melahirkan
rasa marah, sedih dan kecewanya terhadap golongan yang suka mengambil kesempatan dan
penipu seperti yang terdapat di dalam rangkap yang terakhir iaitu :-

jadi saksi kepada penipuan


kerana penipuan sering disalahtafsirkan
hingga penipu bersiul riang.

Nada

Sajak ini bernada protes kerana penyajak tidak berpuas hati dalam keputusan yang dibuat sehingga
perkara kepalsuan tidak menjadi palsu lagi, penipuan menjadi satu amalan dan seumpamanya.

151
Bentuk

1. Mempunyai 4 rangkap
2. Mempunyai 4 baris serangkap
3. 1 baris mempunyai 4-5 patah perkataan
4. baris mempunyai 8-15 sukukata
5. Rima akhir a,b,b,a a,b,b,a a,b,b,c a,b,b,c

Gaya Bahasa

1. Pengulangan bunyi huruf vokal ‘A’ iaitu Asonansi. Contoh:

Kerana penipuan sering disalahtafsirkan

2. Pengulangan perkataan pada awal baris pertama di setiap rangkap iaitu anafora. Penyair
mengulangi perkataan ‘Aku’ pada setiap rangkap dalam baris pertama.

3. Pengulangan bunyi huruf konsonan ‘B’. Aliterasi. Menimbulkan irama yang lantang /tergas /
nyaring

4. Perulangan ungkapan /rangkai kata / frasa dalam rangkap. Rangkai kata yang diulang dalam
rangkap-rangkap sajak. Contoh:

jadi saksi kepada kebenaran


rangkai kata ini diulang pada rangkap 2 baris 2,
rangkap 3 baris 2 dan rangkap 4 baris 2.

5. Repitasi dalam baris.

6. Seterusnya unsur gaya bahasa hybrid. Gaya bahasa ibi membawa maksud penggabungan dua
patah perkataan. Pengarang menggabungkan perkataan “salah” dan “tafsir” menjadi
disalahtafsirkan pada baris pertama, rangkap pertama dan perkataan “putar” dan “belitkan”
menjadi diputarbelitkan pada baris ketiga, rangkap kedua. Kesannya adalah untuk memberi
penegasan tentang sesuatu dan menggerakkan imaginasi pembaca untuk memahami apa yang
cuba disampaikan.Contoh:-

kerana kebenaran sering disalahertikan ( B3, R1 )


kerana kepalsuan sering diputarbelitkan ( B3, R2 )

7. Perulangan baris/ayat. Baris pertama rangkap pertama diulang pada baris pertama setiap
rangkap. Contoh

Aku tidak mahu lagi

152
Empat sikap penyajak

1. Mengkritik sikap masyarakat yang sering menyalahertikan kebenaran. Penyajak kesal kerana
segelintir anggota masyarakat sanggup menyalahertikan kebenaran sehingga sesuatu perkara
yang benar dianggap sebagai tidak benar. Kesannya, masyarakat akan berasa keliru sama ada
sesuatu perkara itu benar atau tidak. Contoh - Rangkap 1

2. Mengkritik sikap masyarakat yang sering memutarbelitkan kepalsuan. Penyajak kecewa kerana
segelintir anggota masyarakat sering memutarbelitkan sesuatu yang palsu hingga menjadi tidak
palsu lagi. Kesannya, masyarakat akan hidup dalam keadaan resah gelisah kerana tidak dapat
memastikan sesuatu perkara tersebut benar atau palsu. Contoh - Rangkap 2

3. Mengkritik sikap masyarakat yang sering membolak-balikkan pembunuhan. Penyajak kesal


kerana terdapat sebahagian anggota masyarakat yang sering membolak balikkan pembunuhan
sehingga pembunuh yang sepatutnya dihukum mati, bebas daripada kesalahannya. Kesannya,
masyarakat akan hidup dalam ketakutan kerana penjenayah tersebut bebas dan mungkin akan
terus melakukan kesalahan. Contoh - Rangkap 3

4. Mengkritik sikap masyarakat yang sering menyalahtafsirkan penipuan. Penyajak tidak puas hati
dengan sikap anggota masyarakat yang sering menyalahtafsirkan penipuan sehinggu penipu
yang sepatutnya dicela tetapi dapat hidup dengan gembira. Kesannya, masyarkat mungkin akan
terus ditipu oleh penipu dan menyebabkan berlakunya suasana yang tidak harmoni di kalangan
anggota masyarakat. Contoh - Rangkap 4

Nilai

1. Bercakp benar
2. Jujur
3. Amanah
4. Bertanggungjawab
5. Bersikap adil

Pengajaran

1. Kita hendaklah bercakap benar. Bercakap benar merupakan 1 sifat yang baik dan perlu ada pada
setiap orang.
2. Kita mestilah berani menyatakan sesuatu kejujuran kerana melalui kejujuran kita dapat
menegakkan kebenaran.
3. Kita perlulah mempunyai sikap amanah dalam diri masing-masing
4. Kita mestilah bertanggungjawab untuk membuktikan sesuatu penipuan di dalam 1 perkara
untuk menegakkan kebenaran. Sebagai seorang hakim kita perlulah sentiasa bersikap adil dalam
mengadili sesuatu kes.

153
Mesej Pengarang

1. Pentingnya tetap pendirian


- Penyajak menegaskan kita hendaklah mengamalkan prinsip tetap pendirian dalam
kehidupan. Contoh:

aku tidak mahu lagi


jadi saksi kepada kebenaran
kerana kebenaran sering disalahertikan
menjadi tidak benar lagi

2. Pengarang ingin menekankan tentang sistem kehakiman pada masa kini yang tidak telus dalam
perbicaraan. Dalam sajak ini juga pengarang tidak menyentuh pada mana-mana pihak. Hal ini
boleh berlaku pada mana-mana golongan yang berpengaruh seperti media massa, orang
politikdan sistem kehakiman.

3. Jauhkan sikap suka menipu


- Amalan penipuan dalam hidup akan mendatangkan kesan negatif dan mempengaruhi
orang lain. Contoh:

aku tidak mahu lagi


jadi saksi kepada penipuan
kerana penipuan sering disalahtafsirkan
hingga penipu bersiul riang

4. Perlunya bersikap adil.


- Penyajak menyatakan keputusan yang adil hendaklah dilakukan dalam membuat
keputusan supaya orang bersalah tidak menerima hukuman. Contoh:

aku tidak mahu lagi


jadi saksi kepada pembunuhan
kerana pembunuhan sering dibolak-balikkan
hingga pembunuh melangkah tenang

Intuisi

Penyajak merasa marah dan kecewa dengan keputusan yang diambil dalam membuat keputusan
berkaitan dengan kebenaran, kepalsuan, pembunuhan dan penipuan kerana sering disalahertikan,
diputarbelitkan, dibolak-balikkan dan disalahtafsirkan.

154
BAB 4
PUISI MODEN
KERIS ITU MASIH DI TANGANMU

BIODATA

Ahmad Sarju dilahirkan pada 10 Disember 1942, di Bukit


Naga, Kelang, Selangor.Mula terlibat dalam penulisan
sejak sekolah rendah . Bakat terserlah sejak memenangi
peraduan mengarang dan penulisan anjuran sekolah
dan jabatan. Meneruskan minat dalam bidang penulisan
khususnya dalam bidang penulisan puisi.

Beliau menjadi guru beberapa buah sekolah kebangsaan


sehingga bersara. Selepas bersara beliau menjadi
penulis sepenuh masa. Tahun 1960-an menjadi titik
tolak pengasahan bakat beliau. Penyair seperti kemala,
Maimunah hj Omar, T. Alias Taib dan lain-lain telah
menambahkan semangatnya untuk berkarya. Antara
puisi yang dihasilkan ialah Anak Dagang, Arus Hidup,
Semalam, Perginya seorang Pahlawan, Mimpi Seorang
Puteri dan lain-lain.

Tema puisi beliau banyak berkisa mengenai kehidupan


seorang petani, buruh, dan pelaut, adat budaya bangsa
Melayu, keindahan alam tanah air, dan semangat patriotik bangsa Melayu. Selain puisi beliau juga giat
menulis drama radio dan drama televisyen. Antara anugerah sastera yang dimenangi beliau ialah Hadiah
Karya Saster 1971, Hadiah Sastera Utusan Melayu, dan Haduah Sastera Shahpadu-GAPENA(puisi) 1992.

155
KERIS ITU MASIH DI TANGANMU
AHMAD SARJU

Keris itu masih ditanganmu


untuk menyambung perjuangan
yang sewaktu-waktunya engkau terpaksa mengalah
hati terhiris luka
suara terpaksa membisu
diam mematahkan fitnah
berlembut mencari hikmah

Jika terlalu pahit kaurasi


kembalilah kepada realiti
perjuangan itu pasti ada ranjau durinya
perjuangan itu pasti ada liku-likunya
perjuangan itu pasti ada pahit getirnya
perjuangan itu pasti ada rebah bangunnya
jika genting janganlah kauputuskan
jika tegang janganlah kaurentapkan
jika retak janganlah kauhancurkan
jika putus janganlah kuahanyutkan
jika bocor janganlah kaukaramkan

Ketika kini engkau teruji erti ketabahan


setia seorang musuh tikaman seorang sahabat
jujur seorang seteru fitnah seorang kerabat
kerana sewaktu-waktunya
yang diam mentertawakan kita
yang mengangguk membenci kita
yang berpura-pura rajin bersuara
yang menetang menjadi sahabat
yang bijak merendah suara
yang berhemah memanjatkan doa
yang setia rela mengorbankan dirinya

Keris itu masih di tanganmu


untuk menyambung perjuangan
setelah engkau menjahit dengan ketajamannya
seharusnya engkau telah belajar dan mahir
menepis tikaman mencemburui persahabatan
kerana yang mengatur kejatuhan
bukanlah musuh tetapi muslihat seorang teman.

156
Maksud Sajak

Keris = perlambangan tentang kuasa, kemampuan,


keupayaan, kelebihan, kekuatan dan sebagainya.

Rangkap 1
Penyajak menyatakan bahawa kuasa / keupayaan dan kemampuan seseorang untuk meneruskan
perjuangan / kehidupan demi masa depan yang lebih baik. yang ada di tangan kita sekarang perlu
dimanfaatkan untuk menyambung perjuangan. Namun ada waktunya kuasa tidak patut digunakan dan
kita perlu mengalah, menahan perasaan dan cuba bertindak secara lembut dan bijaksana.

Penyajak mengingatkan kita tentang kekuasaan dan kedaulatan Negara yang masih menjadi milik kita
hasil dari kesinambungan perjuangan para pejuang lampau. Walaupun kadang-kadang terpaksa akur
atau mengalah dengan desakan serta tuntutan daripada pihak-pihak tertentu hingga menyebabkan
timbul perasaan sedih. Namun terpaksa mendiamkan diri demi untuk mengelakkan dari sebarang salah
faham demi untuk mencari penyelesaian terbaik.

Rangkap 2
Perjuangan itu sesuatu yang pahit dan kita perlu memahami hakikat kesusahannya. Pejuang tidak boleh
kecewa dan menambahkan masalah yang sedia ada sehingga memusnahkan sesuatu perkara yang
hampir rosak.

Sekiranya ianya berat untuk dihdapi, hendaklah kembali kepada realiti kerana setiap perjuangan
terpaksa melalui cabaran, rintangan, halangan dan seringkali berdepan dengan situasi kadang-kadang
menang dan adakalanya tewas dipertengahan jalan. Tetapi seandainya berdepan dengan situasi yang
gawat janganlah mudah berputus harap, jika terpaksa berdepan dengan perselisihan faham jangan
cepat melatah atau melenting. Sekiranya berlaku pepecahan janganlah diperbesarkan. Sekiranya
terpaksa berpisah jangan pula dibiarkan, sekiranya berlaku kekurangan, janganlah dibiarkan ianya
ditenggelamkan.

Rangkap 3
Kadangkala dalam perjuangan, seorang kawan boleh mengkhianati perjuangan. Rakan-rakan sekeliling
ada yang jujur setia namun ada yang berpura-pura. Andainya seseorang pemimpin itu diduga dengan
perkara yang tidak dapat ditangani sebagaimana adanya musuh dalam selimut kerana musuh sukar
untuk dikenali. Ini kerana ada ketika-ketikanya da pihak-pihak tertentu yang akan memperlekehkan kita,
mengiyakan apa yang dikatakan walaupun hakikatnya tidak dipersetujui. Ada juga yang berpura-pura
memberi pandangan, pada hakikatnya orang yang menentang adalah sahabat kita sendiri. Orang yang
cerdik sebenarnya orang yang sentiasa merendahkan diri, yang bijaksana selalu memohon keredhaan
daripada Iilahi dan sentiasa berusaha untuk berkorban apa sahaja.

Rangkap 4
Penyajak menasihatkan agar kita meneruskan perjuangan kerana kita sudah berpengalaman dengan
ranjau perjuangan. Malah para pejuang sudah mengenali rakan dan lawan. Penyajak sedar bahawa
punca kejatuhan dalam perjuangan sebenarnya berpunca dari khianat rakan-rakan sendiri dan bukan
oleh kekuatan musuh.

Kekuasaan dan kedaulatan masih lagi menjadi hak milik kita bagi menruskan perjuangan yang ada.
Apabila segalanya diteliti dengan terperinci dan melihatnya dengan penuh perhatian, sewajarnya
seseorang pemimpin telah mempelajari segala kepakaran yang ada bagi mengelakkan sebarang
ancaman atau kemungkinan serta prasangka yang timbul daripada seorang rakan yang boleh
mencetuskan pemusuhan berpanjangan dan meruntuhkan sesebuah pemerintahan.

157
Tema sajak

Keris Itu Masih di Tanganmu (Ahmad Sarju) antara lain mengungkapkan tentang kecintaan/ nilai
patriotism/smeangat juang yang tinggi dalam kelansungan hidup. “Keris” iaitu kuasa yang ada pada
seseorang dalam perjuangan / kehidupan perlu diteruskan meskipun menghadapi pelbagai halangan.
Berilmu dan kebijaksanaan penting dalam mengatur strategi perjuangan agar tidak ditipu.

Perjuangan tentang hidup. Selagi kita ada kekuatan, keupayaan, kebolehan, kemampuan, kekuasaan
dan sebagainya kita perlu berani menghadapi segala pancaroba hidup. Kadang-kadang kita terpaksa
mengalah dan kecewa dalam perjuangan. Realiti perjuangan adalah perlu menghadapi ranjau dan
halangan. Dalam perjuangan juga ada rakan yang jujur dan ada yang khianat. Namun selagi kita ada
kekuasaan, keupayaan, kemampuan, kebolehan dan sebagainya maka kita perlu terus berjuang.

Pemikiran / Mesej sajak

1. Berhati-hati dalam memilih sahabat . Contoh ragkap ke- baris ke-7


2. Perjuangan mengharungi kehidupan perlu diteruskan. Contoh keseluruhan rangkap 2
3. Tabah menangkis segala fitnah / menghadapi cabaran, halangan dan dugaan. Contoh
rangkap ke 1 , baris ke-7
4. Sikap yang suka berpura-pura. Contoh rangkap ke 3 , baris 5 hingga 7
5. Persoalan tentang cabaran dan dugaan dalam perjuangan
6. Bijak dan berilmu penting dalam meneruskan hidup.
7. Semangat patriotik /Nilai juang yang tinggi perlu wujud dalam setiap lapisan masyarakat
8. Sabar / Tabah / Gigih dan Berilmu

Nilai

1. Pengorbanan. Contoh rangkap 3, baris ke -11

yang setia rela mengorbankan dirinya

2. Sabar. Contoh rangkap 1 , baris ke-8

berlembut mencari hikmah

3. Kebijaksanaan. Contoh rangkap 3 , baris ke-9

yang bijak merendahkan suara

4. Tabah. Contoh rangkap 3 , baris ke-1

ketika kini engkau teruji erti ketabahan

5. Semangat berjuang. Contoh rangkap 1, baris ke-2

untuk menyambung perjuangan

158
Pengajaran

• Kita hendaklah mempertahankan kedaulatan negara


• Setiap manusia perlu memiliki semangat juang yang tinggi
• Kita mestilah mempunyai sifat tahan uji
• Kita hendaklah melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan
• Pengarang mengajar kita , erti kehidupan yang mencabar .
• Pengarang juga menasihati kita supaya berhati-hati dalam memilih kawan

Bentuk

1. Rangkap 4 rangkap dan mempunyai 8 hingga 11 baris setiap rangkap


1 baris mempunyai 7 hingga 16 suku kata
1 baris mempunyai 3 hingga 6 patah perkataan

Pandangan Sarwajagat

1. Memberi gambaran “world-view” masyarakat Melayu yang menganggap “keris” sebagai simbol
keupayaan, kebolehan, kekuatan dan kemampuan seseorang dalam meneruskan perjuangan /
kelangsungan hidup. Kita memang perlu berjuang bagi menghadapi segala halangan dalam
hidup. Umpamanya, ketika umur kita masih muda, kuat dan berupaya belajar, maka kita perlu
berusaha untuk mencapai kejayaan setinggi mungkin. Situasi tersebut juga boleh diibaratkan
sebagai keris atau senjata yang ada pada diri kita. Andai kita tidak mahu berjuang dan berusaha
bersungguh-sungguh, kita akan rugi. Kita perlu faham hakikat perjuangan dan perlu berkorban.
Kepada mereka yang tahan perjuangan, wujud pula cabaran lain termasuklah sifat dengki dan
irihati rakan-rakan seperjuangan. Oleh itu kita perlu berhati-hati dan waspada.

2. Membuktikan bahawa masyarakat Melayu memiliki jati diri yang tabah dan bijak dalam
meneruskan perjuangan hidup.

3. Menunjukkan bahawa masyarakat Melayu kreatif dan kritis dalam


menyampaikan sesuatu dengan menggnakan bahasa yang puitis

Gaya Bahasa

1. Perulangan kata /frasa

2. Penggunaan hybrid

Jika genting janganlah kauputuskan

3. Paradoks

4. Perlambangan / Simbolik

Keris itu masih di tanganmu

159
5. Penggunaan asonansi = pengulangan bunyi huruf vokal ‘A’

Seharusnya engkau telah belajar dan mahir

6. Perulangan bunyi huruf konsonan

7 Metafora

8. Hiperbola

9. Personifikasi

INTUISI
(PERASAAN)

Perasaan sedih
Perasaan bimbang
H/C: Terpaksa akur Perasaan Kecewa
H/C: Kejatuhan
dengan kehendak H/C: Berdepan
seseorang pemimpin
dab tuntutan pihak dengan cabaran dan
sebenarnya bukanlah
lain biarpun perjuang dugaan dalam
disebabkan musuh
terdahulu telah mempertahankan
tetapi sebaliknya
berjuang kuasa dan kedaulatan
disebabkan oleh
mempertahankan bangsa
kawan sendiri
kuasa.

160
BAB 4
PUISI MODEN
MENYONSONG ARUS

“Jangan menyerah diri kepada musuh, biarlah mati di dalam hutan, jantan
sebagai pahlawan.” “Jangan percaya kepada pembesar-pembesar Melayu kita
yang menjadi kakitangan British itu. Itulah sebabnya mengapa peperangan
Bahaman telah menderita kekalahan”.

“Haruslah kamu semua menyokong Rejimen Ke-10 melancarkan peperangan


terhadap British, sekali-kali jangan berkhianat, siapa berkhianat akan disumpah
dan akan celakalah seumur hidupnya.”
- Pahlawan Islam Dato Bahaman

BIODATA

Nama sebenar Dato' Bahaman adalah Abdul Rahman. Ayahnya bernama Tuanku Imam Nuh berasal dari
Bangkinang. Ibunya adalah Rokiah Abdul Rahman, anak Tok Setia Perkasa Semantan yang berketururnan
Bugis dari Sulawesi Selatan.

Beliau juga lebih dikenali sebagai Seman adalah seorang yang pandai bersilat dan juga mempunyai ilmu
kebal . Kelebihan yang dimilikinya ini menyebabkan beliau digelar sebagai 'Seman Tahan' oleh penduduk
di sekitar kawasan itu. Nama 'Seman Tahan' semakin hari semakin masyur di kalangan penduduk di
sepanjang sungai yang tidak bernama ketika itu sehinggakan sungai itu diberi nama Sungai Seman Tahan
dan seterusnya menjadi tempat persinggahan British. Perang Semantan ini dipimpin oleh seseorang
pembesar bernama Dato' Bahaman . Punca utama pemberontakan ini ialah rasa tidak puas hati orang-
orang Besar Pahang , terutamanya sekali Dato' Bahaman (Orang Kaya Semantan) terhadap campur
tangan British ke atas kawasannya .

Sebenarnya ketegangan di antara Dato' Bahaman dengan pihak British telah bermula sejak tahun 1890
lagi tetapi ketegangan itu memuncak pada tahun 1891. Ketegangan itu bermula pada bulan Disember
1890 bilamana Dato' Bahaman dikatakan telah marah dan mengata-ngata E.A Wise (Pegawai Jajahan
161
Temerloh) kerana E.A Wise hendak mendirikan sebuah balai polis di Lubuk Terua iaitu satu tempat yang
termasuk dalam kawasan Dato' Bahaman , tanpa terlebih dahulu berunding dengannya . Apabila Hugh
Clifford ( Pemangku Residen British Pahang ketika itu ) mengetahui hal tersebut , beliau telah
menasihatkan Sultan dan baginda kemudiannya memanggil Dato' Bahaman supaya pergi ke Pekan agar
perkara itu dapat disiasat . Oleh kerana Dato' Bahaman enggan ke Pekan , Sultan telah mengeluarkan
surat perintah yang melucutkan pangkat dan tarafnya sebagai Orang Kaya Semantan .

Tindakan melucutkan pangkat dan taraf itu menyakitkan hati Dato' Bahaman . Keadaan ini
menyebabkan Dato' Bahaman dan pengikut-pengikutnya menyerang hendap C.E.M Deaborough dan
pengikut-pengikutnya pada 15 Disember 1891 ketika mereka sedang mudik Sungai Semantan. Serangan
itu dilakukan oleh Dato' Bahaman kerana ia menyangka Desborough datang untuk menangkapnya
Dalam serangan yang mengejut itu , pihak Desborough telah kalah dan beliau melarikan diri ke Bandar
Temerloh . Setelah mengetahui peristiwa di Semantan itu , pegawai-pegawai British di seluruuh Pahang
mula sibuk mengatur tentera mereka untuk melawan orang-orang Melayu yang menentang British .

Ekoran dari itu , pada 21 Disember 1891 , satu pasukan yang diketuai oleh Clifford dan Tengku Mahmud
telah pergi ke Kampung Kelubi yang merupakan kubu kedua pertahanan Dato' Bahaman . Di sini berlaku
sekali lagi pertempuran antara pihak British dengan Dato' Bahaman tetapi pihak British sekali lagi
mengalami kekalahan

MENYONSONG ARUS
KEMALA

(mengenang Bahaman dan Mat Kilau )


Kuala Tahan Taman Negara 2000

Sesekali arus wajar kusongsong


kalau tidak aku akan tetap mendap di kuala
di hulu sungai ada negeri sejuta tahun
beribu pohon belum disentuh
sejuta erang cengkerik di liang-liangnya
aroma daun dibasahi embun
gadis sunti menjabat puyuh di kaki gunung
"tak kulihat bayang pengembara jauh
menyelam di jeram dugaan
tak kutatap sayang meranum
dan berahiku gigil sendiri"
selasih di genggaman
dan kasih di pautan.

162
Sesekali arus kusongsong
untuk kukenal wajah kilatan maut
ambil cemuh, simpan di peti-peti besi
menunda-nunda serapah tuk batin
jejak pendekar padam sudah
batu-batu dihakis sejarah
seribu kerikil dengan gigi tajamnya
menyeringai menepis gerimis
"dialah yang melandai tubuhku
dentum peluru sepoi Inggeris
meringgis kulit, hanya desis
menyibak kebal embun tuju subuh
dia berwajah meninggal bayang
tak berwajah, hanya dentuman

menerjah cengal, membalik


berdebur ke sungai
penuntun mata angin
taufan dalam diri
serigala mengilau di mata
"nyeberang kuala trenggan!"

Sesekali arus wajar kusongsong


merempuh jeram
batu-batu hidup, angin berdarah
membawa alamat
"masih belum kiamat, dik
kau tiba pada senja
lewat seribu musim
aku menggenggam keris lok tujuh
kau menggumam pantun
dan gurindam. Namun
masih kita punya satu ibu!"

Sesekali arus wajar kusongsong


untuk kembalikan kilat diri
ke padang sasar sejarah.
Untuk mencium bau merbau dan keruing
dan terjemahkan
rintih sejuta cengkerik
di liang-liang rumahnya
di hutan purbawi ini.

Ada cermin
di dasar kali
ada amin di dasar hati
menyongsong kali
menyongsong diri.

163
Maksud Sajak

Rangkap 1
Penyajak cuba menongkah arus ke hulu sungai untuk menjejaki penempatan yang jutaan tahun usianya.
Jika tidak penyajak tidak mengetahui tentang sejarah silamnya. Di hulu terdapat pelbagai jenis pokok
yang jutaan tahun yang masih belum diterokai. Aroma hutan yang masih segar, dengan penduduk yang
masih belum menerima arus pemodenan. Penyajak tidak melihat adanya pelancong di kawasan tersebut
biarpun kawasan jeramnya sangat cantik dan penyajak amat mengaguminya kerana ia masih belum
diterokai lagi. Timbul persoalan sama ada kawasan tersebut perlu diperkenalkan kepada pelancong atau
tidak

Sesekali penyajak berpendapat seseorang itu perlu menjadi pihak yang bertentangan arah. Jika tidak,
mungkin kita akan berada ditakuk lama dan tidak berubah (jumud). Sesekali kita perlu meredah
kepayahan dan berjuang.

Rangkap 2
Penyajak perlu menyelami sejarah silam untuk mengetahui kisah sebenar disebalik cerita tentang
kematian para pejuang bangsa yang diakibatkan oleh perbuatan pihak-pihak tertentu. Cerita sebenar
tentangnya kini semakin hilang ditelan zaman. Kisah para pejuang yang sanggup mengorbankan diri
menentang askar-askar Inggeris (penjajah) yang menggunakan senjata yang lebih canggih.

Apabila kita berubaah arah (pendapat), kita akan dapat mendengar cacian manusia yang selama ini diam
tidak berkata apa-apa. Malah akan terbongkar sikap buruk sebenar pihak penjajah yang sebenarnya
bersifat bengis dan zalim.

Rangkap 3
Kini sungai hanya dijadikan alat perhubungan untuk menghayutkan balak. Perasaan penyajak bercampur
baur antara sedih dan marah dengan apa yang terjadi.

Terserlahlah segala sikap dan keburukan diri .

Rangkap 4
Perjalanan ke hulu pasti akan menghadapi cabarannya, biarpun sukar dan sulit tetapi ia belum berakhir.
Tidak terlewat lagi bagi kita untuk mengenang dan mempertahankan kedaulatan negara, menjaga
warisan bangsa serta tradisinya termasuklah pantun dan gurindam. Kita tetap merupakan satu warisan
yang sama.

Sesekali kita perlu melawan arah dan berani meredah kepayahan. Pejuang dahulu berjuang dengan
senjata tetapi kita kini berjuang melawan arah hanya dengan bahasa penulisan yang penuh dengan
kiasan. Tetapi matlamat perjuangan tetap sama seperti pejuang dahulu (Bahaman dan Mat Kilau).

Rangkap 5
Sejarah silam negara sewajarnya kita susuri semula bagi mengenal bangsa kita yang pernah mencipta
sejarah (mempertahankan negara). Perjuangan ini bertujuan untuk mempertahankan khazanah alam di
negara kita yang masih kita miliki kini. Khazanah alam (flora dan fauna) harus dipertahankan demi untuk
kelangsungan kehidupan unggas serta serangga yang telah lama mendiami hutan.

Kita memang perlu melawan arus sekali sekala kerana ia boleh mendidik diri kita mengerti tentang
sejarah lama. Kita akan dapat merasakan kepedihan dan kesusahan lampau. Kemudian kita dapat
terjemahkan kisah kehidupan lampau itu.

164
Rangkap 6
Kita seharusnya mencerminkan diri kita (bermuhasabah) dan memanjatkan doa kepada tuhan dengan
sepenuh hati berhubung dengan apa yang terjadi pada bangsa kita.

Penyajak menyatakan bahawa terdapat pedoman tanda dan harapan yang positif apabila menyongsong
arus.

Tema sajak

Nasionalisme. Seseorang perlu memiliki jati diri yang utuh, semangat juang yang tinggi dan sanggup
berkorban untuk mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara dari dijajah. Oleh itu, penyair
menyajak generasi kini untuk menyelami pengorbanan pejuang-pejuang terdahulu dan sejarah silam
bagi mengetahui kisah sebenar agar dapat membangunkan negara yang bebas dari pengaruh asing,
berteknologi tinggi dan aman.Contohnya:

Sesekali arus harus kusongsong


untuk kukenal wajah kilatan maut
ambil cemuh, simpan di peti-peti besi
Persoalan

1. Cintakan alam semula jadi. Penyajak begitu kagum dengan keindahan hutan semula jadi yang
belum diterokai yang masih segar dan masih belum menerima arus pemodenan. Contohnya:

di hulu sungai ada negeri sejuta tahun


beribu pohon belum disentuh

2. Mengenang jasa. Penyajak mengenang perjuangan pejuang-pejuang silam yang berjuang untuk
negara. Contoh:

sesekali arus harus kusongsong


untuk kukenal wajah kilatan maut

3. Persoalan Pengorbanan Seorang Pejuang. Penyajak menjelaskan bahawa para pejuang sanggup
mengorbankan diri semata-mata ingin menentang askar-askar Inggeris walaupun mereka tahu
tentera penjajah menggunakan senjata moden yang lebih canggih. Contohnya:

“dialah yang melandai tubuhku


dentum peluru sepoi Inggeris
meringgis kulit, hanya desis
menyibak kebal embun tujuh subuh
dia berlalu meninggal bayang
tak berwajah, hanya dentuman

4. Persoalan Keberanian Yang Ada Dalam Diri Pejuang. Penyajak mengambarkan pejuang-pejuang
ini berani menentang penjajah Inggeris yang membuat serangan hendap selama tujuh hari.
Contohnya:
dentum peluru sepoi Inggeris
meringgis kulit, hanya desis
menyibak kebal embun tujuh subuh

165
6. Persoalan mempertahankan Negara. Penyajak menyarankan supaya mempertahankan
kedaulatan negara dan menjaga warisan bangsa serta tradisinya termasuklah pantun dan
gurindam. Contohnya:

kau tiba pada senja


lewat seribu musim
aku menggenggam keris lok tujuh
kau menggumam pantun
dan gurindam. Namun
masih kita punya satu ibu!”

7. Persoalan menjaga khazanah alam. Negara kita kaya dengan pelbagai khnazanah alam yang
tidak ternilai harganya. Khazanah alam ini termasuklah flora dan yang wujud sejak berjuta
tahun dahlu. Sekiranya khazanah alam ini tidak dijaga, maka generasi akan datang tidak
mengetahui tentang kepelgaian sepsis flora dan fauna yang wjud di negara kita. Penyajak
menyatakan bahawa perjuangan ini adalah bertujuan untuk mempertahankan khazanah floura
dan fauna yang tidak ternilai daripada diterokai dan dibangunkan. Contohnya:

sesekali arus wajar kusongsong


untuk kembalikan kilat diri
ke padang sasar sejarah
untuk mencium bau merbau dan keruing
dan terjemahkan
rintih sejuta cengkerik
di liang-liang rumahnya
di hutan purbawi ini.

8. Persoalan Tentang Keimanan dan Kepercayaan Kepada Agama. Manusia harus bermuhasabah
diri dan memohon doa kepada tuhan dengan sepenuh hati agar permintaan dimakbulkan.
Contohnya:
Ada cermin
Di dasar kali
Ada amin
Di dasar hati

9. Persoalan perjuangan pahlawan negara menentang penjajah. Perjuangan menuntut


kemerdekaan negara telah dimulakan oleh pahlawan-pahlawan yang sanggup bergadai nyawa
menentang penjajah. Terdapat dikalangan mereka yang telah gugur atau terkorban semasa
perjuangan nenuntu kemerdekaan tersebut. Jelaslah perjuangan pahlwahan-pahlawan ini
terlalu besar jasanya kepada masyarakat dan negara. Contoh

Jejak pendekar padam sudah.

10, Persoalan sanggup menghadapi cabaran/dugaan. Dalam kehidupan seharian, kita tidak akan
terlepas daripada menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan yang menguji kemampuan kita.
Orang yang dapat mengatsi cabaran dan dugaan tersebut selalunya ialah orang yang berjaya
dalam kehidupannya. Contoh sesekali arus wajar ku songsong

Merempuh jeram
Batu-batu hidup, angina berdarah

166
11. Persoalan Penjajah yang zalim/kejam. Penjajah-penjahah yang datang menjajah negara kita
bukan sahaja menguasai bidang politik dan ekonomi negara malah turut bertindak kejam ke atas
penduduk tempatan yang menentang mereka. Namun tidak semua rakyat gentar dengan
kekejaman mereka malah sanggup mati demi mempertahan kan negara. Contoh

Dialah yang melandai tubuhku


Dentum peluru sepoi Inggeris

12. Persoalan belajar dari sejarah lampau. Masyarakat hari ini sewajarnya mempelajari sejarah
negara kita untuk dijadikan panduan atau pengajaran dalam kehidupan. Dengan mempelajari
sejarah kita dapat mengelak daripada melakukan kesilapan oleh pembesar-persembesar dahulu
hingga menyebabkan negara kita dijajah. Sekiranya kita tidak mempelajari sejarah, bermakna
kita tidak mengetahui zaman kegemilangan atau zaman kejatuhan negara kita. Contoh

ada cermin
Di dasar kali
Ada amin
Di dasar hati
Menyongsong kali
Menyongsong hati

13. Persoalan patriotic. Setiap rakyat mestilah mencintai tanah air yang kita diami ini dengan
mendalam. Rakyat Malaysia walaupun berbilang kaum dan agama tetapi negaranya tetap satu
iaitu Malaysia. Oleh itu , sebagai warga yang di lahirkan di sini, hendaklah menumpahkan taat
setia yang tidak berbelah bagi kepada negara yang dicintai ini. Contoh

Aku menggenggam keris lok tujuh


Kau menggumam pantu
Dan gurindam. Namun
Masih kita punya satu ibu!

Sikap Manusia Yang Ada Dalam Sajak

1. Sikap manusia yang tabah. Hidup ini penuh dengan cabaran dan dugaan, oleh itu untuk
mendapat ketenangan dalam hidup kita mestilah tabah menghadapi cabaran-cabaran yang
mendatang dalam kehidupan kita. Contohnya

Jika terlalu pahit kaurasai


kembalilah kepada realiti
perjuangan itu pasti ada ranjau durinya

2. Sikap manusia yang sanggup berkorban. Kadang-kadang kita terpaksa berkorban supaya segala
permasalahan atau pergaduhan dapat diselesaikan dengan baik walaupun kita merasa sakit
apabila berbuat demikian. Sikap ini amat baik jika kita hendak hidup dalam masyarakat.
Contohnya

yang sewaktu-waktunya engkau terpaksa mengalah


hati terhiris luka
suara terpaksa membisu

167
3. Sikap manusia yang tidak cepat berputus asa. Sikap berputus asa adalah tidak baik diamalkan
dalam kehidupan kita. Jika kita cepat berputus asa kita akan gagal mencapai kejayaan dalam
kehidupan kita. Oleh itu janganlah cepat berputus asa jika kita ingin berjaya. Kita mestilah
berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan masalah kita. Contohnya

perjuangan itu pasti ada rebah bangunnya


jika genting janganlah kauputuskan
jika tegang janganlah kaurentapkan
jika retak janganlah kauhancurkan

4. Sikap manusia yang bijaksana. Orang yang bijaksana ialah orang yang pandai menguruskan
segala urusan tentang hidupnya supaya menjadi lancar dan berada dalam keadaan yang tenang.
Hidupnya akan tenang dan tidak menghadapi apa-apa masalah dengan diri dan masyarakat di
kelilingnya. Orang yang bijaksana akan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang
berlaku dalam hidupnya. Contohnya:

untuk menyambung perjuangan


setelah engkau menjahit dengan ketajamannya
seharusnya engkau telah belajar dan mahir
menepis tikaman mencemburui persahabatan

5. Sikap manusia yang berani. Sikap berani perlu ada pada setiap orang . kita mestilah menjadi
seorang yang berani menghadapi apa jua cabaran dan dugaan dalam hidup. Segala masalah kita
hadapi dengan berani kerana jika kita penakut kita akan gagal dan tidak dihormati oleh orang
ramai. Contohnya

Keris itu masih ditanganmu


untuk menyambung perjuangan

Cabaran yang perlu dihadapi oleh pejuang dalam sajak

1. Cabaran kesulitan/kepayahan/masalah/keperitan. Dalam perjuangan untuk mencapai sesuatu


matlamat, seseorang pejuang / individu itu berkemungkinan akan berdepan dengan pelbagai
masalah/keperitan. Kesulitan dan kepayahan perlu diatasi dan pejuang mestilah mencari jalan
penyelesaiannya untuk mencapai matlamatnya.

Jika terlalu pahit kaurasai


Kembali kepada realiti
Perjuangan itu pasti ada ranjau durinya

2. Cabaran ketabahan/kesabaran dalam perjuangan. Dalam perjuangan juga sesorang pejuang


mestilah menghadapi perasaan tabah dan sentiasa bersabar terutama apabila pejuang
berhadapan dengan kegetiran atau musibah yang akan membantutkan perjuangannya.Jika
ketabahan dan kesabaran tiada pada pejuang sudah tentulah perjuangannya akan menemui
kegagalan.

jika tegang janganlah kaurentapkan


jika retak janganlah kauhancurkan

168
3. Cabaran terpaksa mengalah dalam perjuangan. Dalam perjuangan juga sesorang pejuang ada
ketikanya hendaklah mengalah walaupun ia mempunyai kekuatan dan kelebihan dalam
memperjuangkan matlamat. Namun ada waktunya seseorang pejuang terpaksa mengalah demi
kesejahteraan bersama. Ada waktunya pejuang hendaklah berlembut lebih baik daripada
meggunakan kekuatan dan kekasaran.

yang sewaktu-waktunya
engkau terpaksa mengalah

4. Cabaran memilih kawan. Kawan amatlah penting dalam sesuatu perjuangan kerana kawan
akan boleh memberi sokongan kepada kejayaan seseorang individu. Namun ada sesetengah
kawan yang menikam kawan mereka dari belakang. Oleh itu seseorang individu perlu memilih
kawan yang benar-benar setia.

setia seorang musuh tikaman seorang sahabat

5 Cabaran sikap cepat berputus asa/kecewa apabila kecundang dalam sesuatu perjuangan.
Dalam perjuangan untuk mencapai sesuatu matlamat sseorang individu berkemungkinan akan
tewas/gagal,namun individu tidak seharusnya berputus asa/kecewa yang boleh memburukkan
keadaan.

perjuangan itu pasti ada rebah bangunnya


jika genting janganlah kauputuskan

6. Cabaran fitnah dalam perjuangan. Perjuangan yang dilakukan haruslah membawa kebaikan
kepada diri individu dan masyarakat dan fitnah adalah anasir yang menganggu-gugat perjuangan
itu. Seharusnya seseorang itu tidak mempercayai fitnah yang disebarkan semata-mata untuk
menggagalkan perjuangan tersebut.

Jujur seorang seterus fitnah seorang kerabat

Gaya Bahasa

1. Asonansi. Perulangan bunyi vokal dalam baris yang sama

Ambil cemuh, simpan di peti-peti besi - (perulangan bunyi vokal i)

2. Aliterasi. Perulangan bunyi konsonan dalam baris yang sama. Untuk ku kenal wajah kilatan maut
(perulangan bunyi konsonan k)

3. Kata ganda. Contoh

liang-liang.

4. Metafora. Membandingan sesuatu yang bersifat konkrit dengan sesuatu yang bersifat abstrak
yang membawa diluar kelaziman.

gadis sunti menjabat puyuh di kaki gunung

169
5. Anafora. Perulangan perkataan di awal baris secara berturutan

Menyongsong kali
Menyongsong diri

6. Imej alam. Satu gambaran mengenai sesuatu kehidupan ia lebih terdiri daripada sekumpulan
kata yang menggambarkan objek, kisah, fikiran, falsafah.

cengkerik/serigala/merbau /keruing

7. Hiperbola. Perbandingan yang melampau

batu-batu hidup, angin berdarah

MESEJ

1. Sebagai seorang rakyat kita patut menjaga khazanah alam daripada diteroka sewenang-
wenangnya.
2. Kita hendaklah mengenang jasa pejuang-pejuang negara yang telah berkorban demi kedaulatan
bangsa dan negara daripada pihak penjajah.
3. Sebagai rakyat Malaysia yang merdeka kita perlu mempertahankan kedaulatan negara serta
menjaga warisan negara.
4. Kita hendaklah berani menentang musuh bagi mengelakkan negara daripada diceroboh.
5. Pengarang ingin mengajak pembaca mengenang kembali pergorbanan pejuang terdahulu yang
telah berjuang menentang penjajah pada masa lalu.
6. Pengorbanan cintakan tanah air.
7. Kasih sayang terhadap negara tercinta.
8. Semangat patriotik yang tinggi dalam diri pejuang.
9. Kesetiaan terhadap tanah air.
10. Keberanian menentang penjajah.
11. Nilai mengenang jasa.
12. Nilai mengenang jasa perjuangan pejuang-pejuang silam yang berjuang untuk negara.
Contohnya:
sesekali arus harus kusongsong
untuk kukenal wajah kilatan maut

170
Pengajaran

1. Kita hendaklah sentiasa berjuangan meskipun terdapat halangan. Penyajak menjelaskan selagi
kita ada kekuatan, kebolehan dan kekuasaan kita perlu berani menghadapi segala cabaran hidup

Jika terlalu pahit kaurasai


kembalilah kepada realiti
perjuangan itu pasti ada ranjau durinya

2. Kita hendaklah tabah menghadapi halangan dan dugaan ketika perjuangan. Penyajak
menjelaskan setiap perjuangan terpaksa melalui cabaran dan rintangan, ada ketikanya menang
dan ada ketikanya tewan. Walaupun begitu jangan mudah berputus asa.

perjuangan itu pasti ada ranjau durinya


pasti ada liku-likunya
perjuangan itu pasti ada pahit getirnya
perjuangan itu pasti ada rebah bangunnya

3. Perjuangan perlu diteruskan oleh kita demi mempertahankan hak dan kuasa. Penyajak
menggambarkan orang Melayu yang masih memegang kekuasaan perlu meneruskan perjuangan
agar tidak terlepas ke tangan kaum lain

Keris itu masih di tanganmu


untuk menyambung perjuangan
yang sewaktu-waktunya

4. Kita hendaklah mempelajari dari pengalaman dan berhati-hati dalam persahabatan ketika
berjuang. Penyajak menjelaskan dalam perjuangan perlu berhati-hati kerana ada rakan yang
jujur dan ada yang khianat. Penyajak sedar punca kejatuhan sebenarnya berpunca daripada
perbuatan khianat kawan-kawan.

seharusnya engkau telah belajar dan mahir


menepis tikaman mencemburui persahabatan
kerana yang mengatur kejatuhan
bukanlah musuh tetapi muslihat seorang teman

5. Kita hendaklah menggunakan kebijaksana dalam perjuangan dan berkata-kata. Penyajak


menjelaskan sifat bijaksana dalam perjuangan perlu ada. Kadang kala kita perlu gunakan
kekuasaan dan kadang kala kita perlu mengalah dan cuba bertindak secara lembut untuk
berjaya
suara terpaksa membisu
diam mematahkan fitnah
berlembut mencari hikmah

6. Kita hendaklah sentiasa bertolak ansur dalam perjuangan. Penyajak menjelaskan bahawa
orang Melayu perlu menerima realiti dalam perjuangan yang memerlukan sifat tolak ansur bagi
menjamin kekuasaan.

yang sewaktu-waktunya
engkau terpaksa mengalah

171
NADA – Patriotik

NILAI

1. Nilai Keberanian
Berani menentang musuh walaupun mengetahui bahawa musuh tersebut mempunyai alat
senjata yang lebih canggih. Contoh:

seribu kerikil dengan gigi tajamnya


menyeringai menepis gerimis
“dialah yang melandai tubuhku
dentum peluru sepoi Inggeris
meringgis kulit, hanya desis

2. Mempertahankan Negara
Mempertahankan kedaulatan bangsa serta warisan negara. Contoh:

Aku menggenggam keris lok tujuh


kau menggumam pantun
dan gurindam. Namun
masih kita punya satu ibu!”

3. Nilai tanggungjawab
Bertanggungjawab menjaga khazanah alam yang tidak ternilai supaya tidak diterokai atau
dibangunkan sesuka hati. Contohnya:

untuk kembalikan kilat diri


ke padang sasar sejarah
untuk mencium bau merbau dan keruing

INTUISI-(Gabungan nada dan mesej)

Contoh :-Pengarang dengan perasaan marah menekankan tentang………..

172
BAB 7
PUISI MODEN
PAHLAWAN IALAH DIA

PAHLAWAN IALAH DIA

OLEH: ABDUL GHAFAR IBRAHIM

Biodata

Abdul Ghafar Ibrahim (Agbi Al-Godjonja, Agbi Al-Ghaff, Agi) (lahir 31 Ogos 1943 di Kampung Sesapan
Batu Minangkabau, Beranang, Selangor). Beliau kini menetap di Bandar Baru Bangi dan Shah Alam,
Selangor.

Pendidikan

Dia bersekolah di Sekolah Melayu Beranang, Selangor (1950-1952) dan Sekolah Rendah Inggeris,
Semenyih(1953-1957)..Belajar lagi di High School, Setapak, Kuala Lumpur (1962).Beliau menjadi guru
sementara di Sekolah Tengku Ampuan Rahimah, Kelang (1963-1964) di Maktab Perguruan Ilmu Khas
(MPIK), Kuala Lumpur selama satu tahun. 1971 dia mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Khir
Johari, Beranang, Selangor.Kemudian sambung belajar di Maktab Perguruan Bahasa, Kuala Lumpur.Mei
1974, bertugas sebagai pembantu penyelidik sastera di Dewan Bahasa dan Pustaka dan kemudian
diundang menjadi penulis tamu di School of Letters, International Writing Program, University of lowa,
Amerika Syarikat (Oktober 1974 -Mac 1975). Sekembali ke Malaysia, dia bertugas sebagai pensyarah
sambilan seni grafik di Sekolah Seni Lukis dan Seni Reka, Institut Teknologi MARA, Shah Alam (Oktober
1978-Disember 1979).

173
Penulisan

Beliau menjadi sidang pengarang majalah GATRA (sebuah persatuan penulis) di Kedah(1967-
1970),sidang pengarang majalah tahunan MPIK (1969) , Asian Editor, majalah New Poetry, iaitu
Magazine of the Poetry Socoety of Australia (1974). Sejak 1958 karyanya tersiar di Utusan Kanak-kanak
milik Utusan Melayu - berbentuk berita, makalah dan hikayat. Sajak pertamanya bertajuk “Ensiklopedia
Kehidupan Manusia” di Mingguan Malaysia tersiar pada 8 Ogos 1965 kelolaan Nora. Sajaknya
mempelopori puisi 3V: verbal-vokal-visual (1965).Verbal ialah isi sajak. Vokal bunyinya. Visual ialah
teknik sajak.Deklamaasi puisi disampaikan di Universiti Malaya, Adelaide Arts Festival, Adelaide. Beliau
menjadi ahli PENA seumur hidup dan AJK Persatuan Penulis dan Seni Kreatif Daerah Hulu Langat. Pada
tahun 1985,bersama menubuhkan Gabungan Penulis-penulis Selangor (Generasi)

Karya

1. Gegaran (antologi bersama), Alor Setar: Dinas Penerbitan Pustaka Sekolah, 1968, 33 hlm.;
2. Perintis Sajak-sajak Melayu (antologi bersama), Kuala Lumpur: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.,
1971, 103 hlm.;
3. Bakat Pahlawan (antologi bersama – remaja), Kuala Lumpur: Teks Publishing Sdn. Bhd., 1985.
107 hlm.
4. Dialog dengan Seniman, Kuala Lumpur: Penerbitan Adabi Sdn. Bhd., 1982, 165 hlm.
5. Bakat Pahlawan (antologi bersama – remaja), Kuala Lumpur: Teks Publishing Sdn. Bhd., 1985.
107 hlm.

PAHLAWAN IALAH DIA


ABDUL GHAFAR IBRAHIM

Dewan Sastera 2001


Pahlawan ialah warga yang mengalirkan keringat
demi menyuburkan ladang negara sayang
Pahlawan ialah warga yang menitiskan darah
demi menghidupkan simfoni negara berbilang.

Dialah pahlawan yang mengumpulkan tenaga


siap sedia
atas nama negara yang tidak dibiarkan leka
Dialah pahlawan yang menghimpunkan setia
tahan uji
atas nama negara yang tak dibiarkan mati.

Siang-siang berjaga-jaga kerana tak rela


masa depan bangsanya lena
Malam-malam waspada kerana tak sanggup
peluang bangsanya tertutup.

Khidmat cemerlangnya mengapung


pada permukaan bahang puji dan keji
Semangat wajarnya kental membara
di udara kaji dan uji.

174
Mentari waktu menyambar kasih sayangnya
pada keluarga semasa bertugas jauh
Bulan masa merebut tidurnya
dari sisi dikasihi oleh jadual cemas.

Dialah laskar pelindung kota penyokong desa


warga yang tekadnya disimpulmatikan
oleh jawapan sejahtera aman
dialah nadi ketahanan industri
teknologi kembangan
memikul amanah tak berkesudahan
demi mencari jawawapan makmur raya.
Tubuhnya perisai tembus peluru.
Boom-bom-boom-bamm
dia tak gentar
Tum-tam-tum-tammm
dia tunggu
Tret-tet-tret-tett
dia terus maju.

Baktinya bunga harum warna-warni


dia tak peduli
dia tak terpegun
dia terus tugas tekun.
Sebagai warga bangga bermaruah
dia terus gemakan gunung hasrat:
Selamatkan negara
Besar bangsa
Pelihara agama
Daulat bahasa
Cemerlang budaya

Kerana dialah anak watan pewaris keselamatan


Kerana dialah kelompok rakyat
pengunjung amanat
yang bersandar pada sinar takwa
yang pernah mengalami erti sengsara.

Cedera di bukit
tangis di laut
jerit di udara

tempang di sempadan
buta di ladang
lemas di sungai

lesu di sawah
parah di lembah

175
Yang menjadikan kematian bukti hidupnya
pahlawan
bukti zaman yang pernah dilindungi
zaman yang menjadi saksi
kepada nilai kemanusiaan yang megah
dipertahankan.

Maksud Sajak

Rangkap 1
Para tentera (askar) ialah warganegara yg sentiasa menyumbangkan tenaga demi negara tercinta dan
mereka sentiasa bersedia utk mengorbankan diri(mati) bagi menjamin keharmonian dan keamanan
negara yg berbilang kaum.

Penyajak memberi erti kepada seorang pahlawan. Pahlawan adalah yang sering berusaha untuk
menjaga jegara. Pahlawan juga adalah orang yang sanggup berkorban demi negara.

Rangkap 2
Para tentera sanggup menyumbang jasa dan sentiasa bersiap siaga atas tanggungjawab sebagai
warganegara utk mempertahankan negara. Para tentera sanggup menyumbangkan jasa dan sanggup
menerima segala rintangan atas nama negara biarpun terpaksa mengorbankan diri.

Pahlawan sentiasa bersedia berkhidmat dan tidak lalai dengan tugasnya. Pahlawan juga perlu taat dan
tabah berjuang demi negara.

Rangkap 3
Pada waktu siang para tentera sentiasa bersiap sedia mempertahankan negara demi masa depan bangsa
agar hidup dalam suasana yang aman. Pada waktu mlm pila para tentera sentiasa berhati-hati/berjaga
bagi memastikan ank bangsa dpt hidup aman dan tenteram.

Bakti yg disumbangkan sentiasa mendapat pujian masyarakat walaupun adakalanya dlm pujian ada juga
pihak-pihak tertentu yg mengejinya. Namun para tentera negara sentiasa bersemangat waja walaupun
terpaksa menghadapi pelbagai dugaan.

Pahlawan perlu bersiap sedia tak kira waktu malam atau siang demi memberi peluang kesenangan
kepada anak bangsanya.

Rangkap 4
Para tentera terpaksa berkorban masa, berjauhan dengan ahli keluarga tercinta kerana terpaksa
menabur bakti ditempat yang jauh. Mereka juga terpaksa berdepan dengan suasana yang bahaya
semasa berkhidmat.

Khidmat pahlawan sentiasa adalah terbuka untuk menerima pujian dan cacian. Pahlawan perlu tahan
cabaran.

Rangkap 5
Pahlawan sanggup berkorban masa meninggalkan jauh keluaga tersayang. Malah berkorban waktu rehat
dengan jadual tugas yang bahaya.

176
Rangkap 6
Pahlawan adalah askar yang melindungi kota dan desa yang penduduknya hanya tahu aman sentosa.
Segala usaha ke arah kesejahteraan ekonomi negara tertakluk kepada khidmat pahlawan negara.

Rangkap 7
Pahlawan adalah seorang yang snaggup meredah segala mara bahaya untuk maju ke hadapan.

Rangkap 8
Pahlawan tidak mementingkan kesenangan diri. Dia akan terus berjuang hingga mencapai matlamat.

Rangkap 9
Kerana pahlawanlah kita mampu menjaga negara sendiri. Kerana pahlawan kita menjadi orang yang
menerima amanat. Kerana pengorbanan pahlawan kita dapat meningkatkan taqwa kepada Allah. Kerana
pahlawan juga kita memahami erti kesusahan.

Rangkap 10
Pahlawan sanggup menanggung derita di mana sahaja (bukit, laut dan udara)

Rangkap 11
Segala kesusahan itu menjadi lumrah bagi pahlawan. Mereka sentiasa terdedah kepada bahaya.

Rangkap 12
Pahlawan menjadikan korban diri sebagai bukti kepada perjuangannya. Mereka menjadi bukti kepada
zaman ketika negara sedang diancam musuh.

Tema:

Patriotisme. Perjuangan dalam mempertahankan tanah air. Memaparkan tokoh pahlawan sebagai wira
yang sanggup berjuang dan berkorban tanpa mengharapkan balasan demi tanah air tercinta.Sesiapa
yang menabur bakti untuk negara dikira sebagai pahlawan bangsa Penghargaan terhadap jasa dan
pengorbanan tentera yang sanggup berkorban demi memastikan negara tercinta berada dalam keadaan
selamat, aman dan tenteram. Contoh :

Yang menjadikan kematian bukti hidupnya


pahlawan
bukti zaman yang pernah dilindungi
zaman yang menjadi saksi
kepada nilai kemanusiaan yang megah
dipertahankan

177
Persoalan / Pemikiran

1. Tentera yang sanggup berkorban tenaga demi negara tercinta. Para tentera sanggup
mencurahkan bakti biarpun terpaksa berdepan dengan kematian demi memastikan negara
aman sejahtera.

Pahlawan ialah warga yang mengalirkan keringat


Demi menyuburkan ladang negara sayang

2. Tentera yang sentiasa siap siaga dalam melaksanakan tugas. Para tentera selalu berada dalam
keadaan siap sedia menjalankan tugas bagi memastikan negera tercinta berada dalam keadaan
selamat

Dialah pahlawan yang mengumpulkan tenaga


siap sedia
Atas nama negara yang tidak dibiarkan leka

3. Tentera yang setia dan tabah dalam mengharungi ujian. Para tentera sanggup berdepan dengan
apa jua cabaran yang mendatang malah sanggup berkorban nyawa demi negara tercinta.

Dialah pahlawan yang menghimpunkan setia


tahan uji
Atas nama negara yang tak dibiarkan mati.

4. Tentera yang sentiasa berkawal. Para tentera sanggup berkawal siang dan malam semata-mata
bagi memastikan keselamatan negara bagi memastikan apa juga peluang dapat dimanfaatkan
oleh orang ramai.

Siang-siang berjaga-jaga kerana tak rela


Masa depan bangsanya lena
Malam-malam waspada kerana tak sanggup
Peluang bangsanya tertutup.

5. Pengorbanan tentera dalam menjaga keselamatan negara


6. Kesediaan/ kegigihan tentera untuk berkhidmat pada bila-bila masa
7. Kesetiaan para tentera berjuang tanpa gentar
8. Cabaran/ Keberanian yang dilalui oleh pahlawan dalam mempertahankan negara
9. Nilai keimanan dan keagamaan tidak boleh ditinggalkan
10, Mendaulatkan bahasa dan orang yang berilmu
11. Nilai patriotism yang ada dalam diri pejuang

178
Sifat-sifat diri seorang pahlawan.

1. Sentiasa menyumbang tenaga dan bakti kepada negara. Seorang pejuang tanah air akan
sentiasa bersedia menabur jasa dan bakti dengan cemerlang dalam semua tugas yang
dipertanggungjawabkan demi kemajuan, keamanan dan kesejahteraan negara yang tercinta.

Pahlawan ialah warga yang mengalirkan keringat


Demi menyuburkan ladang negara sayang

2. Sanggup berkorban demi negara. Pahlawan sanggup bergadai nyawa dan masa untuk
mempertahankan negara, bangsa dan agama tercinta. Seorang pahlawan sejati sentiasa
bersedia berkorban apa-apa sahaja demi negara tercinta. Mereka sanggup berkorban harta,
masa bersama keluarga, nyawa, dan sebagainya demi kedaulatan negara tercinta.

Pahlawan ialah warga yang menitiskan darah


Demi menghidupkan simfoni negara berbilang.

3. Sentiasa bersiap sedia untuk mempertahankan negara. Pahlawan sentiasa bersiap sedia tanpa
mengira masa malam atau siang untuk mempertahankan negara. Contoh

Dialah pahlawan yang mengumpulkan tenaga


siap sedia

4. Kesetiaan yang tidak berbelah bagi terhadap negara. Perasaan taat setia yang ada dalam diri
pahlawan akan menjadikan mereka sanggup melakukan pengorbanan demi mempertahankan
negara yang tercinta.

Dialah pahlawan yang menghimpunkan setia


tahan uji
atas nama negara yang tak dibiarkan mati.

5. Ciri pahlawan yang sebenarnya ialah tahan diuji. Seorang pahlawan perlu mempunyai jiwa yang
kental bagi menghadapi sebarang bentuk ujian yang menimpa ke atas diri mereka. Pahlawan
yang berjiwa rapuh akan menghadapi kegagalan.

Dialah pahlawan yang menghimpunkan setia


tahan uji
atas nama negara yang tak dibiarkan mati.

6. Sifat keberanian perlu ada dalam diri seorang pahlawan. Seorang pahlawan perlu berani untuk
menghadapi musuh demi mempertahankan negara, dan demi kesejahteraan rakyat. Contoh

Yang menjadikan kematian bukti hidupnya


pahlawan
bukti zaman yang pernah dilindungi

179
7. Menunaikan tanggungjawab/amanah sepanjang masa. Pelaksanaan tanggungjawab/amanah
yang diberikan dilakukan oleh pahlawan secara berterusan demi memastikan keamanan serta
kesejahteraan negara terjamin.

memikul amanah tak berkesudahan


demi mencari jawapan makmur jaya

8. Sanggup menanggung derita dan kesusahan. Seorang pahlawan akan sanggup untuk
menanggung penderitaan dan kesusahan demi memastikan kesejahteraan rakyat dan negara.
Mereka sanggup menanggung derita dan kesusahan walau di mana-mana sahaja mereka
berada. Contoh

Cedera di bukit
tangis di laut
jerit di udara

tempang di sempadan
buta di ladang
lemas di sungai

lesu di sawah
parah di lembah

Gaya Bahasa (Jawapan gaya bahasa perlu ada fakta, definisi / maksud fakta, kesan dan contoh)

1. Asonansi. Perulangan huruf vokal dalam baris. Huruf vokal ‘a’ diulang sebanyak 11 kali.

Pahlawan ialah warga yang mengalirkan keringat

2. Aliterasi. Perulangan huruf konsonan dalam baris. Huruf konsonan ‘n’ diulang sebanyak 5 kali.

Dialah pahlawan yang menghimpunkan setia


3. Anafora. Perulangan perkataan pada awal baris secara berturut-turut baris.

Kerana dialah anak watan pewaris keselamatan


Kerana dialah kelompok rakyat

4. Responsif. Perulangan perkataan pada tengah baris secara berturut-turut baris.

Cedera di bukit
Tangis di laut

5. Perulangan perkataan dalam baris yang berbeza. Perkataan yang sama diulang dalam baris yang
berbeza. Perkataan ‘pahlawan’

6. Perulangan perkataan dalam rangkap yang sama. Perkataan yang sama diulang dalam rangkap
yang sama. Perkataan ‘pahlawan’ dalam Rangkap 1

180
7. Perulangan perkataan dalam rangkap yang berbeza. Perkataan yang sama diulang dalam
rangkap rangkap yang berbeza. Perkataan ‘dialah’ dalam Rangkap 2, 6, 9.

8. Personifikasi. Fungsi/kesan: menggerakkan daya imaginasi pembaca Contoh:

Bulan masa merebut tidurnya


Mentari waktu menyambar kasih sayangnya

9. Hiperbola. Fungsi / Kesan : menimbulkan kesan berlebih-lebihan. Contoh

Pahlawan ialah warga yang menitiskan darah

10. Seterusnya, gaya bahasa onomatopoeia. Iaitu pembentukan kata yang meniru bunyi asal
sesuatu atau perbuatan. Pengarang menggarapkan unsur ini untuk menimbulkan irama yang
mengindahkan pendengaran.Pada sajak ini pengarang menggunakan perkataaan “boom-bom-
boom-bamm”, “tum-tam-tum-tammm”, “tret-tet-tret-tett” pada rangkap ke tujuh agar pembaca
dapat merasai suasana peperangan yang berlaku. Contoh:-

Boom-bom-boom-bamm
dia tak gentar
Tum-tam-tum-tammm
dia tunggu
Tret-tet-tret-tett
dia terus maju.

Nilai kemanusiaan para tentera yang dikemukakan oleh penyajak

KESETIAAN

RELA
KEBERANIAN
BERKORBAN

NILAI
KEMANUSIAAN
SEMANGAT PARA TENTERA KETABAHAN
WAJA

AMANAH
PATRIOTISME

181
1. Nilai pengorbanan. Tentera sanngup mengorbankan tenaga dan nyawa demi menjaga
keamanan negara agar rakyat berbilang kaum hidup dalam keadaan aman sejahtera. Jika
tentera tidak sanggup berkorban, pasti keselamatan negara akan terancam.Dengan ini akan
lahir penghargaan rakyat terhadap pengorbanan tentera. Contoh:

Pahlawan ialah warga yang mengalirkan keringat


demi menyuburkan ladang negara sayang

2. Nilai kesetiaan. Tentera setia kepada negara dengan bersedia sepanjang masa melindungi
negara walaupun sentiasa diuji. Contoh:

Dialah pahlawan yang menghimpunkan setia


tahan uji
atas nama negara yang tak dibiarkan mati

3. Nilai bertanggungjawab. Tentera bertanggungjawab menjalankan tugas tanpa mengira masa


demi masa depan bangsa dan negaranya. Contoh:

Siang-siang berjaga-jaga kerana tak rela


masa depan bangsanya lena

4. Nilai keberanian. Tentera berani menghadapi musuh biarpun terpaksa berhadapan dengan
bunyi dan tembakan senjata bertalu-talu. Malah, tentera terus maju demi negara tercinta.
Contoh:
Tubuhnya perisai tembus peluru
Bom-bom-boom-bamm
dia tak gentar

5. Nilai amanah. Tentera menunaikan amanah yang telah dipertanggungjawabkan untuk menjaga
keselamatan rakyat di desa mahupun di kota demi keamanan dan kemajuan Negara. Contoh:

memikul amanah tak berkesudahan


demi mencari jawapan makmur raya.

6. Nilai ketekunan. Tentera terus tekun menabur bakti tanpa mengharapkan balasan. Mereka
berjuang demi agama, bangsa dan negara serta kedaulatan bahasa dan kecemerlangan budaya.
Contoh:
Baktinya bunga harum mewangi warna-warni
dia tak peduli
dia tak terpegun
dia terus tugas tekun.

7. Tentera yang sentiasa berkawal . Para tentera sanggup berkawal siang dan malam semata-mata
bagi memastikan keselamatan negara bagi memastikan apa juga peluang dapat dimanfaatkan
oleh orang ramai.

Siang-siang berjaga-jaga kerana tak rela


masa depan bangsanya lena
Malam-malam waspada kerana tak sanggup
peluang bangsanya tertutup.

182
MESEJ / AMANAH / PENGAJARAN / PESANAN

1. Pengorbanan dan jasa para tentera mengawal dan memastikan negara berada dalam keadaan
selamat sewajarnya dikenang oleh setiap rakyat di negara ini.
2. Kesetiaan para tentera kepada negara tercinta seharusnya menjadi contoh teladan untuk setiap
warganegara agar negara kita sentiasa aman.
3. Kita hendaklah mencontohi semangat waja para tentera yang tabah dalam menghadapi cabaran
dan dugaan dalam apa jua keadaan.
4. Kesanggupan para tentera berpisah dengan keluarga tercinta seharusnya mendapat sanjungan
daripada masyarakat.

5. Pengorbanan dan jasa para tentera mengawal dan memastikan negara beradadalam keadaan
selamat sewajarnya dikenang oleh setiap rakyat di negara ini. Contoh:

Pahlawan ialah warga yang mengalirkan keringat


demi menyuburkan ladang negara sayang
Pahlawan ialah warga yang menitiskan darah
demi menghidupkan simfoni negara terbilang

6. Kesetiaan para tentera kepada negara tercinta seharusnya menjadi contoh teladan untuk setiap
warganegara agar negara kita sentiasa aman. Contoh:

Kerana dialah anak watan pewaris keselamatan


Kerana dialah kelompok rakyat
penjunjung amanat
Yang bersandar pada sinar takwa
Yang pernah mengalami erti sengsara:

7. Kita hendaklah mencontohi semangat waja para tentera yang tabah dalam menghadapi cabaran
dan dugaan dalam apa jua keadaan. Mereka sanggup menghadapi kata nista serta cercaan
daripada pihak-pihak yang tidak sealiran dengan mereka demi membela bangsa dan negara
tercinta. Contoh :

Khidmat cemerlangnya mengapung


pada permukaan bahang puji dan keji
Semangat wajarnya kental membara
di udara kaji dan uji

8. Kesanggupan para tentera berpisah dengan keluarga tercinta seharusnya mendapat sanjungan
daripada masyarakat.Mereka juga sanggup berdepan dengan suasana yang bahaya semasa
bertugas atau berkhidmat. Contoh:

Mentari waktu menyambar kasih sayangnya


pada keluarga semasa bertugas jauh
Bulan masa merebut tidurnya
dari sisi dikasihi oleh jadual emas

183
Harapan penyajak terhadap pahlawan

1 Penyajak berharap pahlawan mempunyai sikap sanggup berkorban. Pahlawan sangup


berkorban jiwa dan raga, hata berdepan dengan kematian demi memastikan negara aman
sejahtera.

Pahlawan ialah warga yang menitiskan darah (R1: B3)


demi menghidupkan simfoni negara berbilang (R1:B4)

2. Penyajak berharap pahlawan mempunyai sikap siap siaga (bersiap sedia). Pahlawan hendaklah
menyemai sikap bersiap sedia (siaga) berhadapan dengan serba kemungkinan bagi memastikan
negara tercinta dalam keadaan selamat.

Dialah pahlawan yang mengumpul tenaga(R2:B1)


siap sedia (R2:B2)
atas nama negara yang tidak dibiarkan leka(R2:B3)

3. Penyajak berharap pahlawan mempunyai sikap setia/patuh/taat. Pahlawan hendaklah


bersikap setia atau patuh arahan @ tidak belot semata-mata untuk memastikan keamanan dan
kesejahteraan negara tercapai.

Dialah pahlawan yang menghimpunkan setia(R2:B4)


tahan uji(R2:B5)
atas nama negara yang tak dibiarkan mati.(R2:B6)

4. Penyajak berharap pahlawan menanamkan sikap tabah/cekal. Pahlawan hendaklah menanam


sikap tabah dan cekal sanggup mengharungi pelabagai ujian yang mendatang mata demi
kedaulatan negara yang tercinta.

Mentari waktu menyambar kasih sayangnya(R5:B1)


pada keluarga semasa bertugas jauh(R5:B2)

5. Penyajak berharap pahlawan memikul amanah / tanggungjawab yang diberi. Pahlawan


hendaklah bersedia memikul amanah dan tanggungjawab yang diberi demi mepertahankan
negara tanpa mengira waktu siang dan malam.

Siang-siang berjaga-jaga kerana tak rela(R3:B1)


masa depan bangsanya lena(R3:B2)

184
BAB 8
PUISI MODEN
SEORANG JEMAAH

BIODATA

Prof. Dr. A. Wahab Ali

A. WAHAB ALI atau nama penanya Ila Bahaw dilahirkan pada 2 Mac 1941 di Kampung Sungai Kembung,
Bangi, Selangor. Beliau memperoleh pendidikan awal di beberapa buah sekolah rendah di daerahnya
sehingga tamat darjah 5. Kemudian dari tahun 1958-1962, beliau melanjutkan pengajian perguruan di
MPSI). Beliau memperoleh tiga ijazah pengajian tinggi, iaitu Sarjana Muda Sastera (1970) dan Sarjana
Sastera (1974) dari Universiti Malaya (UM), dan Doktor Falsafah dari Australian National University,
Canberra, Australia dalam bidang kesusasteraan bandingan. Tajuk disertasi beliau ialah "The Emergence
of the Novel in Modern Indonesian and Malaysian Literature: A Comparative Study." Selepas itu, A.
Wahab aktif menulis dan namanya terukir di ujana sastera sehingga kini.

Dalam bidang kerjaya, A. Wahab pernah bertugas sebagai timbalan editor di Dewan Bahasa dan Pustaka
sehingga tahun 1971. Kemudian menjadi tutor di UM dan lima tahun kemudian (1975) dilantik sebagai
pensyarah. Kecemerlangannya dalam lapangan akademik melayakkan beliau dilantik sebagai Profesor
Madya pada tahun 1984 dan pada tahun 1992 beliau sekali lagi dinaikkan pangkat sebagai profesor di
Jabatan Pengajian Melayu, UM. Beliau menyandang gelar Profesor Pengajian Melayu daripada Universiti
Leiden, Belanda. Kemudian pada tahun 1997-1999 beliau dilantik secara kontrak sebagai Profesor di
Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Kini A. Wahab menjadi pensyarah kontrak di Universiti
Pendidikan Sultan Idris.

Dalam jagat penulisan kreatif, genre puisi menjadi pilihan A. Wahab. Kepenyairan A. Wahab dalam
tahun 1960-an dan 1970-an telah berjaya mempelbagai dan memperkaya puisi dengan teknik yang baru
dan gaya penulisan yang menarik. Dua buah kumpulan puisi perseorangan beliau yang diterbitkan ialah
Sajak Orang Berdosa (1997) dan Penemuan (1975). Manakala sembilan buah antologi puisi bersama
beliau ialah Laungan (1966), Himpunan Sajak (1969), Bila Kita Berbicara (1976), Puisi-puisi Nusantara
(1981), Lagu Kehidupan (1983), Bintang Mengerdip (1984), Bunga Gerimis (1986), dan Puisi Baharu
185
Melayu 1961-1986 (1990). Dalam genre novel, A. Wahab telah menghasilkan dua buah novel, Angin
Hitam dan Pemburu. Beliau juga telah menghasilkan tidak kurang 30 buah cerpen dan sebahagian
daripadanya terhimpun dalam sebuah kumpulan cerpen, Daerah Pengalaman (1979).

Sebagai ahli akademik, A. Wahab banyak menghasilkan penulisan esei, kajian dan kritikan sastera. Beliau
juga sering kali diundang membentangkan kertas kerja terutamanya dalam bidang sastera. A. Wahab
pernah menjadi Ketua Jemaah Hakim, Sayembara Novel GAPENA yang pertama pada tahun 1976.
Kesungguhannya menghasilkan karya sastera dan ilmiah mewajarkan beliau memenangi beberapa
anugerah. Antaranya termasuklah Hadiah Sastera Malaysia 1984/85, Hadiah Peraduan Cerpen, dan S.E.A
Write Awards pada tahun 1994.

Seorang Jemaah
A Wahab Ali
I
Pada setia subuh bening
Sedang azan memancar di menara masjid
Kutemui dia tenang berjalan
Jubahnya putih, serbannya putih, kasutnya putih

Sesekali aku berhenti


Mempelawanya menaiki kereta
Dia memberikan salam
Bersamanya menerpa wangi haruman

Bila berjemaah
Sesekali kami bersebelahan
Sebelum takbir
Dia sibuk bersugi.

Sebaik selesai imam memberi salam


Dia berdoa singkat
Kemudian menerjah ke luar
Melipat jubahnya
Dia ligat berjoging di asfalt
Putih topinya, putih bajunya, putih seluarya,
Putih kasutnya.

Setiap derap sepatunya


Dia menyebut kebesaran Allah
Setiap denyut jantungnya
Dia menyambung doa yang tertinggal
Minta umur dipanjangkan
Minta selamatkan anak isteri
Minta selamatkan saudara seagama
Selamat yang hidup Selamat yang mati
Selamat di dunia
Selamat di akhirat
Selamat semuanya.

186
II

Kini
Setiap subuh bening
Azan tetap memancar di menara masjid
Jalan tinggal sepi, pintu keretaku tertutup
Tetapi setiap aku lalu di tempat aku mengambilnya
dulu
Wangi harumnya masih menerpa
Putih jubah dan putih serbannya kubawa bersama.

Kini
Ketika aku berjemaah
Di sisiku dia tiada
Tetapi sugi dan usallinya
Memanjang di mataku

Kini
Bila selesai imam memberi salam
Tidak kelihatan dia bergegas ke luar
Asfalt lama merindukan seretan kasut putihnya
Pejalan kaki pagi
Merindukan topi putihnya
Doanya masih mengambang
Tetapi degup jantungnya sudah lama berhenti
Dia telah lama selamat
Berbaring bersama deretan pusara
Dato’ dan Tan Seri

Maksud Sajak

Bahagian 1

Ketika ahli jemaah masjid itu masih hidup.

R1: Pada setiap subuh ketika azan berkumandang di masjid, penyajak melihat dia tenang berjalan
berpakaian jubah,serban dan berkasut serba putih

R2: Penyajak mengaingati kembali pernah berhenti dan mempersilanya untuk menaiki kereta
bersama-sama ke masjid tetapi dia memberi salam dan diringi dengan bau yang wangi.

R3: Bila sembahyang berjemaah saya dan dia kadang kala bersebelahan dan sebelum mengangkat
takbir dia asyik mengosok giginya. Amalan sunnah nabi iaitu bersugi merupakan amalan jemaah
tersebut.

R4: Setelah selesai bersembahyang, dia berdoa secara ringkas, kemudian bergegas keluar daripada
masjid. Beliau kemudian menyimpan jubahnya dan berjoging dengan berpakaian serba putih.
Selesai solat jemaah tersebut melakukan aktviti senaman/riadah dengan pakaian
lengkap.

187
R5: Sepanjang aktiviti kehidupannya jemaah berkenaan senstiasa mengingati dan menyebut nama
Allah. Beliau juga sentiasa berdoa kebaikan dan keselamatan kepada saudara seagama yang lain.
Hal ini dapat dilihat dalam setiap langkahnya beliau berzikir dan berdoa agar dipanjangkan
umur, diselamatkan anak isteri, saudara seagama sama ada yang hidup dan mati di dunia dan
akhirat

Bahagian 2

Ahli jemaah masjid itu sudah meninggal dunia.

R6: Penyajak terkenang kisah hidup jemaah. Beliau merasa kehilangan pada waktu pergi ke masjid.
Sekarang pada setiap subuh azan berkumandang penyajak merasakan kosong jiwa kerana tidak
lagi berjumpa dengannya tetapi segala tinggalanya masih terasa.

R7: Malah penyajak juga merasakan ketiadaan ahli jemaah tersebut. Namun perbuatan jemaah
ketika solat tetap menjadi ingatan beliau. Sekarang semasa penyajak berjemaah di masjid,
beliau merasakan bahawa jemaah tersebut tiada tetapi ingatan penyajak masih terbayang-
bayang segala kelakuan dan perbuatan bersugi sebelum mengangkat takbir

R8: Sekarang apabila selesai solat penyajak merasakan tiada lagi beliau keluar dengan tergesa-gesa
dan juga tidak lagi berjoging menyebabkan ramai yang merinduinya. Walaupun doa masih kekal
tetapi beliau sebenarnya sudah lama meninggal dunia, bersemasi bersama-sama dengan orang
kenamaan.

Tema Sajak

Sajak ini bertemakan kemanusiaan iaitu menceritakan kenangan penyajak terhadap seorang jemaah
yang mempunyai keperibadian yang sangat mulia. Penyajak merakam kisah seorang pesara tua ketika
pengujung usia dan setelah beliau meninggal dunia. Pesara tua tersebut manfaatkan hujung usianya
dengan beribadat di masjid dan menjaga kesihatan dengan beriadah. Sifatnya sangat mulia kerana
sentiasa mendoakan kebaikan untuk seluruh saudara Islamnya. Pemergiannya sangat dirasai oleh
penyajak dan sentiasa terkenangkan kisah rutin hidupnya.

Contoh 2

Sajak ini bertemakan kemanusiaan. Penyajak merakam atau mengenang kembali kisah seorang pesara
tua ketika pengujung usia dan setelah beliau meninggal dunia. Pesara tua tersebut manfaatkan hujung
usianya dengan beribadat di masjid dan menjaga kesihatan dengan beriadah. Sifatnya sangat mulia
kerana sentiasa mendoakan kebaikan untuk seluruh saudara Islamnya. Pemergiannya sangat dirasai oleh
penyajak dan sentiasa terkenangkan kisah rutin hidupnya.

188
Pemikiran Sajak

1. Manfaatkan kehidupan kita dengan beribadat dan amal kebaikan. Perbuatan bangun pagi dan
solat berjemaah di masjid adalah amalan yang sukar bagi mereka yang tidak biasa beramal
dengannya. Jika amal ini berjaya dilaksanakan, sudah tentu amalan solat di waktu yang lain telah
dilakukan oleh jemaah itu.

2. Sentiasa mendoakan kebaikan untuk orang lain. Hati manusia yang suci bersih digambarkan
melalui warna putih dalam ayat penyajak. Sebaik-baik manusia adalah orang yang sentiasa
mendoakan kebaikan untuk orang lain. Individu itu tiada dendam malah pemaaf orangnya.

3. Menjaga kesihatan dengan beriadah. Kegiatan beriadah adalah salah satu ikhtiar hidup kita
untuk menjaga kesihatan. Malah ia menjadi bukti kerajinan seseorang dan menjauhi sifat malas.
Manusia akan lebih cergas dan bersemangat untuk meneruskan aktiviti kehidupan.

4. Setiap yang hidup pasti akan mati. Mengakui hakikat kehidupan bahawa penghujungnya adalah
mati walau kita hebat menjaga kesihatan dengan bersenam. Segala aktiviti yang diusahakan
merupakan ikhtiar semata-mata. Takdir Allah akan mengatasi segala-galanya. Jemaah tetap
pergi apabila ajalnya telah tiba.

5. Nilai persahabatan dan persaudaraan yang seagama.

6. Masyarakat yang merendah diri dan tidak menghiraukan harta dan pangkat

7. Percaya kepada qada’ dan qadar / Kematian

Pandangan Sarwajagat

1. Masyarakat yang mengamalkan pegangan agama dan kebajikan. Melakukan sesuatu yang
bermakna di penghujung kehidupan kita.Semua orang tahu bahawa seseorang manusia tidak
akan hidup kekal. Apabila mencapai umur persaraan, selalunya kita kian kuat beribadat dan
cuba mengisi seluruh ruang kehidupan yang masih berbaki dengan aktiviti yang bermanfaat.
Namun kita tidak boleh menolak ketentuan Ilahi bahawa manusia mempunyai umur yang
terhad. Akhirnya manusia akan sampai ajalnya jua. Bagi mereka yang masih hidup tentunya akan
mengenang rakan mereka yang telah pergi.Kita akan ingat jasa rakan kita malah akan
mengingati kenangan indah sewaktu bersama rakan tersebut.

2. Masyarakat yang beriman / mengamalkan hidup sihat / menjaga kebersihan.

Nilai Dan Pengajaran

• Hormat menghormati / Sikap manusia yang saling menghormati antara satu sama lain
• Beriman /Taat pada perintah Tuhan/ Komited dalam melaksanakan perintah Tuhan
• Bersih / menjaga kesihatan dan kebersihan diri
• Tolong menolong / prihatin / mengambil berat terhadap saudara seagama

189
Gaya Bahasa

1. Asonansi – Pengulangan bunyi vokal “u”


• Contoh:
Putih jubah dan putih serbannya kubawa bersama.
pengulangan bunyi vokal “u” berlaku sebanyak 4 kali

2. Aliterasi – Pengulangan bunyi konsonan “t”


• Contoh:
Tetapi setiap aku lalu di tempat aku mengambilnya dulu pengulangan
bunyi konsonan “n” berlaku sebanyak 5 kali

3. Perulangan kata diawal baris . Dikenali sebagai anafora


• Contoh:
Selamat di dunia
Selamat di akhirat
Pengulangan perkataan di awal baris Selamat

4. Hiperbola
• Contoh:
Kemudian menerjah ke luar

5. Bahasa Asing- Bahasa Indonesia


• Contoh
Setiap deret sepatunya – bahasa Indonesia

6. Personifikasi
7. Alisi
8. Citra

190
191

Anda mungkin juga menyukai