Anda di halaman 1dari 6

BIL TAJUK MUKASURAT

1 Pendahuluan 1
2 Pelan sewaktu pembelajaran 3-5
3 Pelan akhir pembelajaran 6
4 Kesimpulan 6
Isi kandungan

1
PENDAHULUAN
Pembelajaran bermakna berlaku apabila pelajar menggunakan pengetahuan dan kemahiran
isi kandungan untuk meneroka dan mencipta pengetahuan dan kemahiran yang baharu.
Pengetahuan dan kemahiran baharu yang diperolehi adalah penting untuk pelajar
mendepani dan menyelesaikan permasalahan dalam kehidupan. Pelan pembelajaran
bermakna adalah perancangan yang disusun oleh guru dan mengimplementasikan
pengalaman pembelajaran yang memberikan makna dan relevansi kepada pelajar. Tujuan
utama dari pelan pembelajaran bermakna adalah untuk membantu pelajar memahami dan
mengaitkan hasil pembelajaran dengan pengalaman, pengetahuan, dan konteks mereka
sendiri sehingga pembelajaran menjadi lebih bermakna dan berkesan dalam perkembangan
diri pelajar.

PELAN PEMBELAJARAN BERMAKNA

BERSUCI TINGKATAN 1
PELAN SEBELUM PEMBELAJARAN
Saya sebagai guru perlu membina pelan pembelajaran bermakna yang lengkap bagi
memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih lancar berkenaan topik Bersuci
bahagian Ibadah Pendidikan Islam Tingkatan 1. Sebagai guru mata pelajaran Pendidikan
islam saya seharusnya memahami dan mengamalkan konsep bersuci dalam kehidupan
harian. Oleh itu, saya perlu menghasilkan bentuk pelan pembelajaran yang mencakupi teori,
kaedah serta model untuk diaplikasikan dalam pengajaran saya.
Sebelum saya memulakan pembelajaran, saya akan menentukan persekitaran bilik
darjah dalam keadaan yang kondusif. Selain itu, menggunakan kaedah yang bersesuaian
dalam menyampaikan topik agar dapat menarik minat pelajar seterusnya menjadikan pelajar
lebih fokus.
PELAN SEWAKTU PEMBELAJARAN
Langkah pertama yang saya lakukan adalah mengaplikasikan langkah-langkah kemahiran
mengajar seperti kemahiran set induksi. Ini agar memastikan topik Bersuci dapat difahami
dan dihayati oleh pelajar-pelajar. Set induksi merupakan satu set pembelajaran untuk
memulakan sesuatu PdPc yang melibatkan idea, teknik, proses, aktiviti dan sumber bagi
menarik perhatian murid supaya mereka bersedia untuk belajar. Jelaslah bahawa set induksi
memainkan peranan yang sangat penting dalam sesuatu PdPc.Serpanjang proses set
induksi ini berjalan, saya akan mengadakan sesi memperdengarkan nasyid berkaitan suci
contohnya thaharah, saya akan meminta pelajar untuk bernyayi bersama. Seterusnya, saya
akan betanya apakah kaitan lagu dengan topik yang bakap dipelajari oleh pelajar. Selain itu,

2
saya juga akan menggunakan papan tulis bagi menjalankan model behavioral berkonsepkan
pengajaran langsung yang mana saya akan menerangkan konsep dan definisi bersuci
secara bertulis dan praktikal. Saya juga akan cuba menarik perhatian pelajar dengan
menunjukkan paparan video dan powerpoint di papan tulis. Saya akan membahagikan
pelajar secara berkumpulan agar pelajar berkeperluan khas juga tidak akan ketinggalan.
Pelajar diberikan tugasan ringkas untuk diselesaikan yang guru sediakan di papan tulis
seperti dalam Jadual 1 di bawah. Setiap pelajar dalam kumpulan mesti mengambil bahagian
dan memberi sumbangan idea. Kemudian, setelah pelajar berbincang secara berkumpulan,
seorang wakil kumpulan perlu tampil ke hadapan untuk menulis jawapan. Maka, saya yakin
bahawa teknik ini memberi peluang kepada setiap pelajar mengambil bahagian dalam kelas.

Maksud Bersuci Hukum & Dalil Bahan Bersuci


Bersuci
Kumpulan 1
Kumpulan 2
Kumpulan 3
Jadual 1
Seterusnya, saya akan bersoal jawab iaitu dengan menggunakan kemahiran penyoalan
kepada sebahagian pelajar secara rawak atau kepada semua pelajar berkenaan topik
Bersuci ini. Soalan yang sesuai mengikut aras kefahaman dan pengetahuan diberikan yang
bersesuaian dengan standard kefahaman pelajar Tingkatan 1. Soalan-soalan yang
bersesuaian adalah seperti berikut :
 Apakah maksud bersuci ?
 Apakah bahan-bahan bersuci?
 Apakah jenis-jenis air?
 Apakah perbezaan bersuci dan bersih?

Di samping itu, saya akan memberikan kata pujian dan hadiah kepada pelajar yang
berani menjawab soalan walaupun jawapannya salah. Hal ini berkait dengan kemahiran
pengukuhan yang merupakan teknik pengajaran yang dapat melahirkan murid-murid yang
bertinbgkah laku positif setelah mendapat pujian dari guru. Saya pasti pembelajaran ini
menyeronokkan bagi pelajar dan dapat memupuk sikap fokus di dalam kelas.
Untuk aktivit simulasi saya akan menyediakan alat-alat bersuci seperti air mutlak, debu
bersuci, benda-benda yang kesat seperti kertas, tisu, batu, kain daun atau kulit
kayu.Kemudian saya akan menerangkan cara bersuci yang betul dengan menggunakan

3
objek-objek tersebut. Saya juga akan menyediakan beberapa soalan untuk mencetuskan
idea berfikir kepda pelajar agar pelajar dapat melontarkan pendapat mereka semasa tempoh
aktiviti berkenaan berlangsung. Saya berusaha membentuk bakat kepimpinan dan
keberanian pelajar dengan berjaya menarik mereka untuk tampil ke hadapan untuk memberi
peluang kepada mereka menerangkan berkaitan bersuci.
Pemahaman murid terhadap topik yang diajar amatlah penting agar mereka dapat
mengaplikasikan ilmu amalan bersuci dalam kehidupan secara beradab dan istiqamah. Hal
ini juga amat penting bagi saya agar mempunyai kemahiran yang sesuai un tuk menrangkan
lebih jelas dengan terperinci mengenai konsep bersuci supaya kefahaman murid tidak
terpesong mengenai bersuci. Guru berperanan besar sebagai modle fasilitator yang
menyokong serta mebantu para pelajar untuk mencapai objektif pembelajaran. Guru juga
perlu meletakkan dirinya dalam dunia pembelajaran para pelajar agar pelajar dapat
memahami topik yang diajar oleh guru. Selain itu, guru juga perlu risau sekiranya terdapat
pelajar yang tercicir dan hilang minat untuk melibatkan diri secara aktif dalam Pdp. Maka,
saya akan mengadakan perbincangan bersama semua pelajar mengikut kumpulan dan
membuka soalan bagi membincangkan isu yang tidak jelas berkenaan teori bersuci. Antara
cadangan isu yang dapat saya kupaskan semasa sesi pembelajaran tersebut seperti :
 Mengapa seseorang perlu bersuci mengikut ketetapan dalam islam? Adakah
dibenarkan jika melanggarnya?
 Jika seseorang tersebut tiada air untuk bersuci, apa yang patut dilakukan oleh
dia?
Setelah itu, saya akan mengaplikasikan kemahiran alat dan bahan bantu mengajar
dari awal sehingga ke akhir proses pembelajaran. Kemahiran ini perlu diterapkan semasa
proses PdP supaya dapat meningkat daya kefahaman dan ingat pelajar terhadap topik yang
dipelajari. Seperti yang syaa nyatakan, antara bahan bantu menagjar yang saya gunakan
ialah air mutlak, debu bersuci, benda-benda yang kesat seperti kertas, tisu, batu, kain daun
atau kulit kayu. Bahan bantu mengajar ini digunakan bersma teknik-teknik mengajar seperti
di dalam Jadual 2.

Alat dan Bahan Bantu Teknik Mengajar


Mengajar
Alat bersuci Teknik Simulasi

Papan Tulis untuk Kemahiran Penggunaaan


Papan Tulis

4
Buku teks Teknik pemudahcaraan

PELAN AKHIR PEMBELAJARAN


Guru perlulah mengenalpasti masalah yang dihadapi di dalam bilik darjah seperti bilangan
pelajar yang terlalu ramai juga merupakan faktor yang mendorong kepada masalah di dalam
bilik darjah. Guru yang tidak mampu mengawal kelasnya dengan baik pabila bilangan
pelajar terlalu ramai lebih-lebih lagi terdapat berbagai-bagai tahap kebolehan pelajar. Maka,
jika ada pelajar yang tertinggal atau tidak berminat mengikuti pengajaran akan melakukan
aktiviti-aktiviti yang mengganggu pengajaran dan pembelajaran. Contohnya membuat bising,
menggangu rakan dan bergerak ke sana sini.
Cara mengatasi masalah ialah seseorang guru itu perlu bijak, kreatif dan inovatif,
maka dia akan dapat menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
dan melibatkan pelajar secara dan terkawal. Kaedah berkesan yang digunakan akan dapat
mengurangkan masalah yang tidak dikehendaki. Kepelbagaian kaedah, Teknik dan strategi
pengajaran yang betul akan menjadikan pelajar aktif, seronok dan mudah menerima apa
yang di ajar oleh guru. Cara menangani masalah disiplin di dalam kelas pula ialah arah
semula perhatian pelajar kepada tugas, kemudian semak kemajuan pelajar beberapa minit,
perhati atau bergerak kea rah pelajar berkenaan dan ingatkan pelajar tentang peraturan
berkenaan. Akhir sekali beritahu pelajar supaya berhenti melakukan. Guru juga boleh
memperkenalkan peraturan di dalam bilik darjah dan menampalnya di dalam kelas untuk
pengetahuan pelajar tersebut.
Pada akhir pembelajaran bagi topik bersuci, saya mengaplikasikan kemahiran
penutup bagi menilai tahap keberkesanan teknik-teknik dan kemahiran yang telah saya
aplikasikan semasa PdP. Kemahiran penutup terbahagi kepada dua iaitu penutup kognitif
dan penutupan sosial.Bagi menyesuaikan dengan topik pembelajaran berkenaan bersuci,
penutupan kognitif berlaku apabila saya meminta pelajar untuk menulis dan menghuraikan
rumusan dan hasil pembelajaran yang mereka dapat di dalam buku tulis untuk saya
menilainya.

Kesimpulan
Secara tuntasnya, saya sebagai guru mata pelajaran Pendidikan Islam, saya sedar bahawa
saya perlu faham dan beramal dahulu topik yang akan saya sampaikan kepada pelajar
dalam sesi Pdp sebelum merangka pelan pelajaran bermakna berkenaan topik
pembelajaran. Saya juga perlu kreatif dan inovatif dalam kaedah pengajaran dan
pembelajaran untuk mengupas isi kandungan yang perlu dibincangkan dalam topik

5
pembelajaran. Maka, adalah suatu kewajipan bagi setiap guru meningkat kemahiran agar
dapat mengaplikasikan kaedah-kaedah yang sesuai mengikut situasi.

Rujukan

1) Kementerian Pendidikan Malaysia. (Mei 2015). Strategi pembelajaran dan


pengajaran. Pendidikan islam dokumen standart kurikulum dan pentaksiran.

2) Noradzimah Abdul Majid. (2021). PELAKSANAAN KAPASITI PEDAGOGI


PEMBELAJARAN BERMAKNA (KPPB) DALAM PENTAKSIRAN KERJA
KURSUS PROGRAM PISMP DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS
IPOH (IPGKI). JURNAL PENYELIDIKAN DEDIKASI JILID 19 (BIL.2) 2021

3) Ellyza karim. (2019). Reka bentuk pembelajaran dalam kapasiti pedagogi


pembelajaran bermakna di IPG Kampus Pendidikan Teknik. Academia

Anda mungkin juga menyukai