Anda di halaman 1dari 6

1.1 KEMAHIRAN SET INDUKSI 1.

11 Pengenalan Kemahiran Set Induksi adalah merupakan kemahiran yang perlu dimiliki oleh setiap guru ketika ingin memulakan pengajaran. Harus diingat set induksi bertujuan untuk menarik kesediaan pelajar untuk mengikuti pembelajaran hari itu.. Sekiranya guru tidak berjaya menarik perhatian dan kesediaan keseluruhan pelajarnya bermakna wujud pelajar yang tidak mengikuti pembelajaran hari itu walapun jasadnya berada di dalam kelas namun pemikiran dan mindanya masih lagi di awangan yang perlu diambil tindakan segera. Tujuan utama mengadakan set induksi ini adalah untuk membina aliran fikiran serta menimbulkan minat pelajar- pelajar supaya mereka akan menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran yang hendak disampaikan. Bagaimanapun,oleh kerana tujuan set induksi hanya digunakan untuk membina aliran fikiran murid sahaja dan bukan merupakan salah satu bahagian isi pelajaran yang hendak disampaikan, masa peruntukan dalam pelaksanaan set induksi ini haruslah ringkas dan singkat, biasanya tidak melebihi 5 minit dalam sesuatu pelajaran.

1.12 Prinsip-prinsip Panduan Kemahiran Set Induksi Untuk mencapai tujuan set induksi ini, guru harus memahami dan mematuhi beberapa prinsip berikut : a. Aktiviti set induksi hendaklah sesuai dengan pengalaman,kebolehan dan umur murid. b. Aktiviti set induksi ini h endaklah dikaitkan dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan. c. Aktiviti set induksi ini hendaklah dikaitkan j uga dengan pengetahuan yang sedia ada. d. Aktiviti set induksi hendaklah dapat menarik minat dan perhatian murid. e. Aktiviti set induksi hendaklah disampaikan dengan cara berkesan, demi mencapai tujuannya dalam tempoh masa yang singkat. 1.13 Objektif-objektif Set Induksi Penggunaan set induksi dalam proses pengajaran mempunyai beberapa objektif berikut: a. Menarik perhatian murid terhadap aktiviti pengajaran yang akan dijalankan. b. Membina aliran fikiran muris supaya mereka bersedia mempelajari sesuatu yang berkaitan. c. Memotivasikan murid-murid supaya bersedia untuk belajar. d. Mengaitkan pengetahuan atau pengalaman dengan isi pelajaran baru yang hendak disampaikan. e. Mencadangkan cara-cara melaksanakan sesuatu aktiviti, tugas atau projek. f. Menyatakan had tugas yang akan d ijalankan dalam aktiviti pembelajaran murid. g. Membantu murid m engikut pelajaran dengan lebih mudah dan bermakna 1.14 Kesan Kemahiran Set Induksi Ke Atas Pengajaran & Pembelajaran Jika objektif-objektif set induksi berjaya dicapai, kesan penggunaan kemahirannya dapat diperhatikan seperti berikut : a. Motivasi murid terhadap pelajaran yang akan disampaikan adalah tinggi. Mereka akan menunjukkan tanda persediaan untuk mengikuti pengajaran guru selanjutnya. b. Semua murid akan menumpukan perhatian terhadap pelajaran yang disampaikan. Kesan ini membolehkan guru menjalankan aktiviti pelajaran dengan lancar tanpa sebarang gangguan yang tidak diingini. c. Murid boleh menggunakan pengetahuan lepasnya untuk membina konsep yang baru dengan lebih mudah dan bermakna. d. Murid akan bersedia dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjalankan tugas dan aktiviti yang diberikan oleh guru. e. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat ditimbulkan dengan suasana yang aktif dan seronok. f. Masalah disiplin dapat dikurangkan kerana aktitivi set induksi dapat menarik minat pelajar menumpukan perhatian sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran yang selanjutnya.

1.15 Komponen-komponen Kemahiran Set Induksi Kemahiran set induksi lazimnya, dibahagikan kepada empat jenis komponen, iaitu : I. Menarik perhatian II. Mewujudkan motivasi III. Membuat perkaitan; dan IV. Menstruktur I. Menarik Perhatian merangkumi perkara berikut : mewujudkan nada suara yang sesuai. menggunakan ABM/BBM yang menarik. menggunakan gerakan, kontek mata, isyarat. menunjukkan suatu aktiviti yang luar biasa. II. Mewujudkan Motivasi merangkumi perkara berikut : membangk itkan rasa ingin tahu. menggunakan teknik bercerita. menunjukkan suatu aktiviti yang berguna. menggunakan soalan yang mencabar III. Membuat Perkaitan merangkumi perkara berikut : mengaitkan pengetahuan lepas murid. mengaitkan isi pelajaran baru. mengaitkan peristiwa semasa. mengaitkan minat dan pengalaman murid. IV. Menstruktur merangkumi perkara berikut : menyatakan had tugas yang akan dijalankan. menggunakan satu siri soalan yang berkaitan. menyatakan cara-cara melaksanakan tugas. menyatakan aktiviti, tugasan atau projek. KEMAHIRAN MENGAJAR DLM PNG MIKRO & PENILAIANNYA KEMAHIRAN PERMULAAN / SET INDUKSI - Perlu menimbulkan minat serta menggerakkan murid supaya sedia belajar dan berfikir ttg apa yg disampaikan guru. Objektif set induksi ; a. Mendapat perhatian murid b. Memotivasikan murid c. mencadangkan cara-cara menjalankan tugas d. Menyatakan had tugas yg akan dilaksanakan e. Mengaitkan pelajaran baru dengan pengetahuan sedia ada murid. Komponen Utama dalam Set Induksi Menarik perhatian Mengubah nada suara, menggunakan ABM, kontak mata, gerak isyarat, mengubah interaksi antara guru dgn murid.

Mewujudkan motivasi mewujudkan unsur suspense, menunjukkan sesuatu yg menghairankan, aktiviti menyeronokkan, menimbulkan rasa ingin tahu murid. Wujud rasa mesra, cerita dll. Menstruktur Beritahu cara @ tugas yg akan dijalankan. Guna soalan yg berkaitan. Membuat perkaitan Cuba buat perkaitan di antara pelajaran baru dgn pengetahuan sedia ada murid. Membandingbeza dgn perkara biasa, peristiwa semasa yg diminati murid.

2. Kemahiran Penggunaan Papan Tulis Objektif ; Menarik serta mengekalkan perhatian murid kpd bahan pengajaran. Menjelaskan sesuatu konsep. Mewujudkan disiplin yg baik. Menggalakkan pemikiran produktif di kal. Murid-murid. Komponen Kemahiran Kejelasan Tulisan harus terang dan saiz sesuai, lurus dgn jarak antara huruf, jarak antara perkataan. Susunan Bahagikan ruang nota dan gambarajah. Penonjolan guna warna yg menarik, menggaris @ bulatkan perkataan. Teknik persembahan libatkan murid dgn cara meminta mereka melukis, menamakan, melabel dll.

3. Kemahiran variasi ransangan Objektif ; Mewujud dan mengekalkan perhatian @ minat murid. Melibatkan pelajar dalam pembelajaran. Menyediakan peluang murid menggunakan deria mereka Menyediakan peluang utk memuaskan perasaan ingin tahu murid melalui aktiviti penerokaan dan penyiasatan. Komponen Kemahiran Pergerakan guru bergerak kiri kanan belakang depan. Pergerakan anggota guna tangan, kepala, badan dll. Perubahan pertuturan variasi tone suara. Perubahan fokus deria guna pita rakaman, slaid. Bentuk penglibatan lisan murid soal jawab refleksi, perbincangan. Bentuk penglibatan fizikal murid lakonan, main peranan, simulasi, melukis dll.

4. Kemahiran penyoalan Objektif ; Melibatkan murid secara aktif dlm P n P. Menimbulkan minat dan rasa ingin tahu murid. Memusatkan pemerhatian murid kpd satu konsep yg khusus Menggalakkan murid menyoal. Menolong perkembangan daya pemikiran murid. Komponen Kemahiran Pembentukan soalan bentuk soalan ringkas, tepat, jelas, mudah difahami murid.

Fokus soalan yg dibentuk boleh menumpukan kpd satu idea. Alih hala soalan setelah dapat jawapan murid, alih hala soalan sama kpd seluruh kelas. Sebaran sebarkan soalan kpd seluruh kelas. Hentian stelah beri soalan berhenti seketika utk murid berfikir. Melayani jawapan murid layan dgn baik, cuba baiki, beritahu jwp salah dgn jelas. Membantu dgn memberi petunjuk bantu murid lemah dgn beri petua. Mencungkil soal murid sehingga mendapat jawapan tepat. Aras penyoalan; Ingatan kembali kemuka soalan pelajaran lepas yg berkaitan. Kefahaman - kefahaman murid mengenai sesuatu diuji oleh soalan. Aplikasi memerlukan murid mengaplikasikan apa yg dipelajari. Analisis memerlukan murid mengkaji bukti, mengiterpretasikan hasil dan membuat huraian daripada hasil kajian. Sintesis memerlukan murid menjalankan aktiviti kreatif seperti mengarang, menulis puisi, sajak @ cerita. Penilaian memerlukan murid memberi hujah mengenai sesuatu idea serta memberi bukti yg menyokong keputusan yg dibuat.

5. Kemahiran pengukuhan Objektif ; Menimbul dan mengekalkan perhatian murid. Menggalakkan murid mengambil bahagian dlm pelajaran. Meninggikan tahap prestasi murid. Komponen Kemahiran Lisan positif - kata baik, bagus, ya, betul, cadangan yg baik dll. Gerak isyarat positif senyuman, anggukan kepala, menepuk tangan dll. Dampingan mendekati, berdiri di sebelah, duduk di sisi. Sentuhan menyentuh kepala, bahu, bah. tubuh badan. Penggunaan jawapan murid guna jwpan murid sekira sempurna. Lisan negatif kata-kata bukan, salah, tidak @ menyindir. Gerak isyarat negatif geleng kepala, renung marah.

6. Kemahiran penerangan Objektif ; Menjelaskan satu satu isu. Membolehkan murid menghuraikan satu satu proses. Membolehkan murid menaakul sebab-sebab berlalunya sesuatu peristiwa. Komponen Kemahiran Arah permulaan membolehkan guru menimbul serta mengekalkan minat murid thd pelajaran yg disampaikan. Kemahiran ilustrasi semasa menerang guna contoh yg menarik dan mencukupi serta relevan dgn tajuk. Penyusunan idea penerangan bermula dari mudah kpd kompleks dan dari konkrit kpd abstrak. Penutup guru boleh menyatakan semula isi penting yg terkandung di dalam penerangan. Definisi Set Induksi dan komponen-komponennya Definisi Set Induksi

Omardin Ashaari (1997) mendefinisikan set induksi adalah proses terawal dalam sesuatu pengajaran yang dirancang dengan sengaja untuk tujuan-tujuan tertentu. Ee Ah Meng (1987) menyatakan set induksi ialah kemahiran yang berkaitan dengan cara untuk menyediakan pelajar anda bagi mengikuti sesi pengajaran iaitu orientasi prapengajaran. Mok Song Sang (2001) menyatakan set induksi merupakan bahagian permulaan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran dimana tujuan utama mengadakannya ialah untuk membina aliran fikiran serta menimbulkan minat murid-murid supaya mereka dapat memusatkan perhatian terhadap isi pelajaran yang hendak disampaikan. Berdasarkan kepada ketiga-tiga definisi di atas, dapatlah disimpulkan bahawa set induksi ialah satu cara memulakan pengajaran dimana kemahiran memulakan pengajaran amat penting kerana di sini guru meyampaikan ideanya kepada pelajar dan menanamkan ke dalam fikiran pelajar bahan-bahan pengajaran yang hendak disampaikannya. Sementara itu, guru juga perlu menumbulkan minat dan menggerakkan para pelajar supaya mereka sedia belajar dan memikirkan pengetahuan serta kemahiran yang dipersembahkan oleh guru mereka. Prinsip-prinsip Panduan Ee Ah Meng (1987) menyatakan bagi mencapai kejayaan dalam set induksi atau permulaan pelajaran, guru hendaklah mematuhi prinsip-prinsip berikut: i) Bermakna Permulaan pelajaran sepatutnya bermakna kepada murid-murid dari segi minat, pengalaman, kebolehan dan umur. ii) Perkaitan Permulaan pelajaran sepatutnya berkaitan dengan isi dan objektif pelajaran. iii) Perkaitan Permulaan hendaklah berkaitan dengan pengetahuan sedia ada murid-murid.

Objektif-objektif Set Induksi Antara objektif-objektif kemahiran Set Induksi adalah seperti yang berikut: i) Mendapatkan perhatian murid. ii) Memotivasikan murid-murid. iii) Mencadangkan cara-cara menjalankan tugas. iv) Menyatakan had tugas yang akan dilaksanakan. v) Membuat perkaitan antara yang telah dialami dengan yang di luar pengalaman murid-murid. Komponen-komponen Set Induksi. Komponen-komponen utama dalam kemahiran Set Induksi ialah menarik perhatian, mewujudkan motivasi, perkaitan kognitif dan menstruktur. i) Menarik Perhatian Untuk menarik perhatian murid-murid, guru boleh mengubah unsur-unsur ketegangan, menunjukkan sesuatu yang menghairankanm mengadakan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan atau berusaha menimbulkan rasa ingin tahu murid-murid. ii) Mewujudkan Motivasi Sebelum mengajar, guru perlu memastikan murid-murid dalam keadaan yang sedia dan bermotivasi untuk belajar. Apabila pelajar memberi perhatian, barulah pelajaran sebenarnya boleh dimulakan dengan senang dan mudah. (Omardin Ashaari,1997). iii) Perkaitan Kognitif Guru yang membuat perkaitan antara pelajaran baru dengan pengetahuan sedia ada murid akan dapat menyampaikan pengajarannya dengan lebih berkesan. Misalnya, guru yang mengajar ciri-ciri segitiga sama kaki boleh membincangkan ciri-ciri umum sesebuah segitiga terlebih dahulu.

iv) Menstruktur Dalam proses menstruktur, guru memberitahu tugas yang akan dijalankan atau cara-cara menjalankan tugas itu. Contohnya, Kita akan cuba menamakan lima bahagian Bunga Raya ini setelah melihat bahagianbahagian itu dengan teliti. Kesan Kemahiran Set Induksi ke Atas Pengajaran dan Pembelajaran. Kesan-kesan penggunaan Set Induksi adalah seperti yang berikut: i) Motivasi murid tinggi. Mereka ingin belajar dengan lebih tekun lagi. ii) Perhatian murid-murid terhadap pelajaran lebih baik. Ini memudahkan pembentukan konsep. iii) Murid-murid akan berusaha kea rah jangkaan prestasi yang ditetapkan dan diumumkan oleh guru. iv) Pembelajaran lebih bermakna dan menyeronokkan kerana perkaitan dibuat antara pelajaran baru dengan pengetahuan sedia ada murid-murid. v) Naluri ingin tahu murid dapat dipenuhi. vi) Corak interaksi antara guru dan murid akan berubah-ubah. Ini akan mewujudkan suasana pengajaranpembelajaran yang lebih menggalakkan.