Anda di halaman 1dari 20

SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA

Sistem Perundangan Malaysia

1. perkembangan undang-undang di Malaysia - undang-undang ialah peraturan yang dipersetujui umum - tujuan melindungi , mengatur dan memelihara kehidupan masyarakat agar sentiasa dalam keadaan aman dan harmoni - sumber undan-undang Malaysia - a. Undang-undang bertulis - B. Undang-undang tidak bertulis Undang-undang bertulis 1. Perlembagaan - Undang-undang tertinggi yang menjadi rujukan badan legislatif , eksekutif dan judisiari 2. Statut - Digubal sama ada dalam DUN atau parlimen 3. Akta - Diluluskan oleh parlimen selepas 1959 hingga kini 4. Enakmen - Diluluskan oleh DUN di Semenanjung Malaysia 5. Ordinan - Diluluskan oleh parlimen antara tahun 1948-1959 Diluluskan oleh Sabah dan Sarawak / Diluluskan dalam masa darurat 6. Undang-undang Islam - Bahagian yang dikanunkan sebagai enakmen ( mahkamah syariah ) 7. Undang-undang adat Sabah dan Sarawak - Dikanunkan di kedua- dua negeri 8. Ordinan Undang-undang adat bumiputera Sarawak 1946 9. Ordinan pemakaian undang-undang Sabah 10. Perundangan kecil ( subsidiari ) Peraturan/ perintah / surat lain diperbuat mengikut mana-mana perundangan oleh Menteri / PBT dan sebagainya Undang-undang tidak bertulis - undang-undang adat , Undang-undang Islam , undang-undang lazim Inggeris , doktrin duluan kehakiman - mengambil undang-undang adat Melayu tradisional sebagai panduan - terbahagi kepada 2 iaitu adat perpatih dan temenggung - perpatih diamalkan sejak abad ke 17, bersifat matriakal ,
1

pemerintahannya lebih bersifat demokrasi , lantik pemimpin , selesai masalah secara muafakat - adat temenggung- semenjak zaman kesultanan Melaka , bersifat patriokal ,pemerintahan bersifat autokratik / raja berkuasa mutlak / menekankan soal hairaki dalam masayarakat ( raja / pembesar/ rakyat/ hamba )/ bermula dengan pengaruh hindu kemudian pengaruh Islam - undang-undang adat Cina dan India- mengandungi soal perkahwinan , perceraian ,harta dan sistem kekeluargaan - undang-undang Inggeris undang-undang lazim / common law - keputusan mahkamah doktrin duluan kehakiman - undang-undang Islam undang-undang yang tak dikanunkan / dijadikan sebagai enakmen dan ordinan 2. Badan perundangan - badan perundangan persekutuan parlimen - badan perundangan negeri ada 13 buah DUN / tiada di WP KL , Labuan dan Putrajaya - komponen parlimen YDA , DN , DR - komponen DUN Yg Dipertua / raja dan DUN - perbandingan YDA , Yg Dipertua negeri dan raja/sultan Huraian 1. definasi undang-undang - merupakan set peraturan sama ada dipersetujui umum atau dibuat melalui badan perundangan ( badan statut) untuk melindungi , mengaturkan dan memelihara hak seseorang serta mewujudkan keharmonian sosial 2. undang- bertullis dan tidak bertulis

Undang-undang bertulis - sumber utama u di negara ini - diluluskan oleh badan - contoh
2

- perlembagaan persekutuan dan perlembagaan negeri - akta - yang digubal oleh parlimen sejak september 1959 - enakmen Undang-undang yang digubal oleh DUN kecuali negeri Sarawak - ordinan Undang-undang yang digubal oleh DUN Sarawak - undang-undang yang digubal oleh Majlis Perundangan persekutuan antara 1946-1959 - undang-undang yang dibuat oleh YDA semasa perisytiharan darurat - perundangan kecil - undang subsidiari - enakmen pentadbiran u Islam

Undang-undang tidak bertulis - hanya digunakan jika tiada u bertulis dan tidak bercanggah dengan penerimaan masyarakat - tidak diluluskan oleh badan perundangan Contoh - prinsip undang-undang lazim ( common law ) - keputusan mahkamah - undang- Islam tidak bertulis - Undang-undang adat ( Cina , India, Bumiputera , Perpatih , dan Temenggung - Undang-undang Hindu 3. sistem undang-undang orang asli - sebelum kedatangan kuasa asing , sistem undang-undang telah wujud di kalangan masyarakat orang asli untuk menghukum orang yang melakukan kesalahan 4. adat perpatih - dibawa masuk ke Negeri Sembilan oleh orang Minangkabau dari
3

Palembang , Sumatera pada abad ke 16 - diwariskan secara lisan melalui peribahasa dan puisi tradisional - mengikut prinsip matriokal / nasab ibu - memberatkan waris sebelah perempuan - menyentuh hal tentang kuasa dan bidang pemerintahan mengikut susunan masyarakat , kaedah hukuman ganti rugi dan warisan harta - tidak menggalakkan perkahwinan antara sepupu / galakkan antara suku / inter suku - sistem pemerintahan lapisan masyarakat Ketua negeri- Yang dipertian Besar/ Yamtuan Besar Undang ( ketua daerah ) - Undang Johol - Undang Jelebu - Undang Rembau - Undang Sungai Ujong Lembaga ( ketua suku kaum ) Buapak ( ketua perut ) Mamak ( ketua keluarga ) - Lelaki berkuasa dalam keluarga saudara perempuan , hal ini menunjukkan bahawa kuasa dan kebolehan lelaki masih dihormati - orang yang pertama kali melakukan kesalahan diadili oleh kaum kerabatnya dan jika bertaubat dia akan dibuang negeri atau dijadikan hamba abdi - hukuman dikenakan bersifat mencegah - pewarisan harta - harta pusaka harta perempuan yang diwariskan kepada keturunan perempuan - Harta dapatan harta orang perempuan yang didapati sebelum berkahwin - Harta pembawa - harta suami yang dibawa ke dalam keluarga baru setelah berkahwin - - apabila berlaku perceraian harta ini kekal menjadi milik pihak lelaki - - jika lelaki tersebut mati harta ini diwariskan kepada anak
4

perempuannya - Harta sepencarian - Harta suami isteri sesudah berumahtangga - Jika berlaku perceraian harta ini dibahagi sama rata - Akan menjadi harta pusaka apabila sepasangan suami isteri mati - Jika seseorang wanita meninggal dunia tanpa anak , hartanya akan diwarisi oleh saudara perempuannya 5. adat temenggung - dibawa masuk dari Palembang , Sumatera - mengikut prinsip patriarkal / nasab bapa - banyak menyentuh hal kesalahan jenayah dan hukumannya , peraturan hamba abdi , warisan tanah , hutang piutang dan peranan raja serta pembesar - dipengaruhi oleh unsur Hindu dan Islam - menggalakkan perkahwinan sepupu - contoh adat temenggung ialah pada sistem pemerintahan Perak seperti di bawah : Sultan Raja muda Raja dihilir Raja kecil besar Raja kecil muda Raja kecil tengah Raja kecil bongsu ( putera sultan yang memerintah ) - tahta kerajaan Perak disandang secara bergilir-gilir antara 3 buah keluarga iaitu keluarga sultan , keluarga raja muda dan raja bendahara - hukuman bersifat pembalasan dan lebih berat - dalam kes jenayah , saksi adalah penting - pembahagian harta adalah berdasarkan prinsip patriakal - contoh buku Hukum Kanun Melaka , Undang-undang Laut Melaka , Undang-undang Pahang , Undang-undang Johor, Undang-undang 99 Perak
5

6. Undang-undang Portugis dan Belanda di Melaka - Portugis memiliki set undang-undang tersendiri di Melaka dan ditadbirkan oleh Ovidor ( hakim besar ) - Rayuan kes boleh dibuat ke Maktab ( majlis ) Keadilan di Goa , India - Kes sivil dan sebahagian kes jenayah orang tempatan di Melaka akan dibicarakan mengikut adat masing-masing - Belanda mengikut undang-undang di Jawa atau adat kaum masingmasing - Rayuan kes boleh dibuat ke Majlis Keadilan Belanda di Betawi 7. Undang-undang zaman Inggeris - undang-undang di negeri Selat melalui Piagam Keadilan 1807 , di Pulau Pinang , Melaka dan Singapura - undang-undang di negeri Melayu Bersekutu menerima enakmen undang-undang sivil negeri Melayu bersekutu pada tahun 1937 - Undang-undang di negeri Melayu Tidak Bersekutu menerima enakmen u sivil NMTB pada tahun 1951 8. Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu - ordinan u sivil dan jenayah diterima di TM sepenuhnya pada tahun 1956 - di Sabah dan Sarawak , Ordinan Undang-undang kecil dan Ordinan U Sawarak dan Sabah diterima mulai pada tahun 1922 - namun demikian Undang-undang adat kaum peribumi masih diakui di Sabah dan Sarawak iaitu masih wujud mahkamah bumiputera 9. Undang-undang Malaysia kini - Undang-undang bertulis menjadi teras perundangan negara ini - Undang-undang adat dan Undang-undang lazim digunakan jika tiada u bertulis yang meliputi perkara yang dipertikaikan - fungsi Undang-undang tidak bertulis semakin berkurang kerana semakin banyak Undang-undang bertulis digubal - Undang-undang bertulis mengamalkan doktrin duluan kehakiman Common law (Undang-undang lazim )
6

- pada awalnya dipraktikkan di Britain - hakim mengisytiharkan kewujudan undang-undang yang lazim terdapat dalam adat tempatan - hakim biasanya merujuk kepada keputusan kes yang terdahulunya sebagaai panduan - hal ini menggalakkan perkembangan doktrin duluan kehakiman - common law bukan sumber undang-undang yang penting di negara ini - ianya hanya digunakan apabila : - tidak terdapat statut (Undang-undang bertulis ) tentang sesuatu perkara yang dipertikaikan di mahkamah - Peruntukan common law bersesuaian dengan kegunaan tempatan Perundangan kecil - digubal oleh kerajaan tempatan - hanya sesuai bagi kegunaan tempatan - kelemahan mungkin diluluskan sewenang-wenangnya oleh PBT dan tidak mempunyai kawalan yang berkesan Undang-undang subsidiari - ditetapkan oleh seseorang menteri - menteri diberikan kuasa untuk membuat undang-undang itu dibawah sesuatu akta Label:NOTA PENGAJIAN AM STPM

Dewan Negara dan Dewan Rakyat


Dewan Negara :
1. Dewan Negara atau senat merupakan dewan tertinggi dalam sistem pemerintahan Negara kita. 2. Ia mengandungi seramai 69 orang ahli yang dipilih oleh kerajaan tanpa perlu memenangi pilihanraya. 3. Ahli Dewan Negara ini digelar sebagai Senator, dan memegang jawatan bagi tempoh tiga tahun sahaja. 4. Seseorang Senator itu mestilah berumur 30 tahun dan taraf mereka sama dengan Ahli parlimen dan boleh dilantik menjadi ahli Jemaah Menteri. 5. Ahli Dewan Negara adalah dilanti oleh Yang DiPertuan Agong yang terdiri daripada individu yang telah memberikan sumbangan cemerlang dalam perkhidmatan 7

awam, bidang professional atau bidang tertentu seperti perniagaan, perusahaan, pertanian, kesenian dan kebajikan. 6. Orang Asli juga boleh dilantik sebagai Ahli Dewan Negara bagi mewakili golongan mereka. 7. Keahlian Dewan Negara adalah dipilih daripada 13 buah negeri iaitu dua orang bagi setiap negeri. 8. Ia dipili oleh Dewan Undangan Negeri ( DUN ) yang bukan ahli DUN. 9. Yang DiPertuan Agong pula memilih dua orang ahli dewan Negara yang mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan. 10. Seramai 40 orang ahli lagi dilantik oleh Yang DiPertuan Agong yang terdiri daripada individu yang telah berjasa dan cemerlang dalam bidang professional. Dewan Rakyat :
1. Dewan rakyat adalah mempunyai peranan yang penting di dalam pemerintahan di Negara Malaysia kerana ahlinya dipilih oleh rakyat dalam pilihanraya umum. 2. Ia mengandungi ahli seramai 219 orang yang mewakili semua kawasan pilihanraya di seluruh Negara. 3. Mereka memegang jawatan selama lima tahun dan boleh bertanding lagi apabila pilihanraya dilakukan untuk tempoh seterusnya. 4. Tugas utama ahli Dewan Rakyat ialah menggubal dan meluluskan undangundang pada peringkat Dewan Rakyat.

Kesimpulannya Dewan negara ialah dewan tertinggi negara yang dipilih oleh YDPA berdasarkan kecemerlangan dalam perkhidmatan di malaysia, Dewan rakyat pula ahlinya adalah dipilih menerusi Pilihanraya....Yang menang dalam pilihanraya adalah Ahli Dewan Negara atau Ahli Parlimen...

Komposisi Dewan Rakyat dan Dewan Negara


Dewan Rakyat Dewan Rakyat mempunyai seramai 222 ahli, dan setiap ahli mewakili satu kawasan pilihan raya. Ahli-ahli dipilih atas dasar sokongan ramai melalui pilihan raya. Setiap ahli Dewan Rakyat memegang jawatan selama lima tahun, dan selepas itu pilihan raya yang baru akan diadakan. Kelayakan menjadi ahli adalah seperti berikut:

warga negara Malaysia tidak kurang dari 21 tahun waras fikiran bukan seorang muflis tidak mempunyai rekod jenayah Seorang ahli tidak boleh memegang jawatan kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara dalam satu masa.
8

Sebelum memegang sebarang kerusi dalam Parlimen, setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Negara. Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat menjalankan tugas-tugas mereka sebagai ahli Dewan sebaik yang mungkin dan taat setia kepada Malaysia serta mematuhi, menjaga dan mempertahankan Perlembagaan.

DewanNegara Dewan Negara terdiri daripada seramai 70 orang ahli. Dewan Negeri terbahagi kepada dua kategori seperti berikut:*26 ahli yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri sebagai mewakili 13 negeri (setiap negeri diwakili oleh dua orang ahli). * 44 ahli yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, termasuk dua ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan satu ahli masing-masing dari Wilayah Persekutuan Labuan dan Putra Jaya. Untuk layak menjadi ahli, seseorang calon hendaklah:

Warganegara Malaysia Tidak kurang dari 30 tahun Waras fikiran Bukan seorang muflis Tidak mempunyai rekod jenayah

Jawatan itu hendaklah dipegang selama satu penggal (tiga tahun) dan boleh disambung sebanyak satu penggal lagi, sama ada dilantik pada peringkat Persekutuan atau pemilihan pada peringkat negeri. Kedudukan Dewan Negara tidak berubah dengan pembubaran Parlimen. Ahli-ahli Dewan Negara dilantik atau dipilih dari kalangan mereka yang menyumbang khidmat yang cemerlang atau telah mencapai kecemerlangan dalam profesion masing-masing, dalam perdagangan, industri, pertanian, aktiviti kebudayaan atau perkhidmatan sosial atau merupakan wakil kumpulan bangsa minoriti ataupun berkebolehan menjaga kepentingan orang-orang asli. Setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara. Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat menjalankan tugas-tugas mereka sebagai ahli Dewan sebaik yang mungkin dan taat setia kepada Malaysia serta mematuhi, menjaga dan mempertahan Perlembagaan.
9

Tugas Dewan Negara ialah mengkaji semula dan meluluskan rang undang-undang yang dibawa naik oleh oleh Dewan Rakyat. Kedua-dua dewan perlu meluluskan rang undang-undang yang dibuat sebelum akhirnya dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong untuk perkenan Baginda. Pembentukan Kerusi Parlimen/ Negeri Pembentukan kerusi-kerusi Parlimen dan Negeri dibuat melalui urusan kajian dan persempadanan semula seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 113 dan Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan. Perkara 113(4) Perlembagaan Persekutuan mempunyai peruntukan untuk membenarkan pilihan raya yang lain jika undang-undang persekutuan atau undang-undang negeri membenarkan. Suruhanjaya telah menjalankan pilihan raya untuk pihak berkuasa tempatan/majlis sebelumnya dan Seksyen 19 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 memberi maklumat tentang perbelanjaan pilihan raya yang dibenarkan. Walau bagaimanapun, oleh kerana pengisytiharan darurat di bawah Akta Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 1964, pada 18 September 1964 pilihan raya pihak berkuasa tempatan digantung. Penggantungan ini tidak pernah dibatalkan dan pada tahun 1976, pilihan raya pihak berkuasa tempatan dibatalkan. Semua ahli majlis adalah dilantik oleh Kerajaan Negeri.

Dewan Negara
Dewan Negara ialah senat bagi Persekutuan Malaysia. Ia bertindak sebagai dewan perwakilan rakyat yang tertinggi di Malaysia. Dewan Negara merupakan salah satu daripada dua dewan dalam Parlimen, satu laginya dikenali sebagai Dewan Rakyat. Seramai 70 ahli Dewan Negara atau senator dimana hanya 26 daripada 70 yang dipilih melalui pengundian oleh negeri dengan 2 senator setiap negeri di Persekutuan and 44 lagi dilantik dan dipilih oleh Yang di-Pertuan Agong. Tugas Dewan Negara ialah mengkaji semula dan meluluskan rang undang-undang yang dibawa naik oleh oleh Dewan Rakyat. Kedua-dua dewan perlu meluluskan rang undang-undang yang dibuat sebelum akhirnya dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong untuk perkenan Baginda. Dewan Negara mempunyai kuasa dan pengaruh yang lebih besar dalam soal suatu Rang Undang-undang yang bertujuan membuat pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan. Dewan Negara mempunyai kuasa untuk menolak dan membatalkan sebarang Rang Undnag-undang untuk meminda Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan kelebihan suara/majoriti 2/3 dalam Dewan Negara dan Dewan Rakyat pada bacaan kali kedua dan kali ketiga. Pindaan Perlembagaan Persekutuan Perlembagan Persekutuan bukan sahaja mesti diluluskan oleh majoriti 2/3 di Dewan Rakyat Dewan Rakyat sahaja tetapi juga mesti diluluskan dengan majoriti 2/3 di Dewan Negara Dewan Negara yang berhak menggunakan kuasa vetonya jika Rang undang-undang untuk meminda Perlembagaan Persekutuan Perlembagaan Persekutuan itu ditolak. kuasa veto yang dipunyai oleh Dewan Negara berkenaan Rang Undang-undang untuk meminda Perlembagaan Persekutuan telah diperuntukkan di bawah - Artikel 68(5) Perlembagaan Persekutuan Malaysia. 10

Keahlian
Individu yang dilantik mesti berjaya mencapai kepujian dalam kerjaya, perniagaan, industri, pertanian, aktiviti kebudayaan atau khidmat sosial atau wakil dalam kaum-kaum minoriti atau berkebolehan dalam mewakili kepentingan pribumi (Orang Asli)".[1] Setiap daripada perhimpunan legislatif 13 negeri memilih 2 Senator. Tempoh jawatan adalah 3 tahun dan senator-senator hanya boleh dipilih sekali sahaja, berturut-turut atau pun tidak. Yang Di-Pertuan Agong melantik dua senator bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan satu lagi pada Wilayah Persekutuan Labuan di bawah nasihat Perdana Menteri. 44 senator yang lain, tidak merujuk kepada negeri, dilantik oleh Sultan, juga atas nasihat Perdana Menteri.[2] Untuk kelayakan, calon mestilah seorang warganegara Malaysia yang tinggal di Persekutuan, mesti tidak muflis menurut perintah kepada sebarang negeri luar, mesti tidak menerima hukuman penjara selama setahun atau lebih, dan mesti tidak disaman RM2,000 atau lebih. Pemegang dari posisi pembuat-faedah masa penuh dalam khidmat awam juga tidak layak. Terdapat tiada keperluan untuk tergolong kepada parti politik. Parlimen dibenarkan untuk menambah bilangan Senator kepada tiga per negeri-(Artikel 45(4)(a)), mengurangi bilangan-(Artikel 45(4)(c), atau menghapuskan jawatan Senator untuk khusus negeri keseluruhan serta peruntukan supaya ahli senat dipilih dengan undi terus oleh pemilihpemilih negeri - Artikel 45(4)(b). Proses perlantikan telah ditetapkan dalam Artikel 45 dari Perlembagaan.[2] Ahli Senat tidak merasa sebarang kesan pilihanraya sepertimana rumah lebih rendah iaitu Dewan Rakyat, dan mereka akan terus memegang jawatan meskipun pembubaran Dewan Rakyat untuk suatu pilihanraya.[1] Senat mengundi satu Presiden untuk mempengerusikan atas kedudukan Senat, memastikan pemerhatian dari peraturan rumah, dan mentafsir Arahan Berdiri dari rumah patut mereka dipertikaikan.[3] Patut Presiden tidak hadir, Timbalannya mengambilalih tempatnya.[

Kekuasaan Dan Prosedur


Senat mungkin memulakan legislasi, kecuali bagi perkara-perkara fiskal dan kewangan. Ia mungkin juga meminda legislasi, yang mana tidak berkaitan dengan hal ehwal kewangan. Apa-apa cadangan legislasi mesti diluluskan oleh Dewan Rakyat. Kemudian, ia dihadapkan ke Dewan Negara dalam tiga bacaan. Pada permulaannya, pencadang legislasi akan menghadapkannya ke perhimpunan. Kali keduanya, rang undang-undang atau bill akan didebatkan. Kali ketiga, satu undian akan dibuat sama untuk meluluskan atau menolak rang undang-undang berkenaan. Dewan Negara mungkin tidak akan menolak rang undang-undang secara rasmi; ia hanya dibenarkan untuk melewatkan petikan mereka selama satu bulan, atau hingga ke satu tahun di bawah keadaan tertentu. Selepas rang undang0undang itu diluluskan atau tempoh keperluam itu tamat, ia akan dihadapkan ke Yang diPertuan Agong bagi persetujuan diraja. Sekiranya Raja bersetuju dengn tidak membantah atau 30 hari tanpa persetujuan diraja, rang undang0undang tadi dihantarkan kembali ke Parliament dengan satu senarai pemindaan yang dicadangkan. Rang undang-undang itu mesti diluluskan oleh keduadua dewan Parlimen. Sekiranya Agong masih lagi tidak memberikan persetujua baginda 30 hari selepas rang undang-undang itu dihadapkan kepada baginda, rang undang-undang itu
11

tadi akan menjadi undang-undang secara automatik. Ia tidak memberikan kesan, walau bagaimanapun , sehingga ia diterbitkan dalam gazet kerajaan.[5] Walaupun ahli-ahli Parliamen biasanya mempunyai kekebalan undang-undang, akan tetapi apabila bercakap mengenai kebebasan bersuara, di bawah Akta Hasutan perbincangan mengenai artikel Perlembagaan mengenai hak-hak keistimewaan Bumiputera seperti Artikel 153 adalah menyalahi undang-undang

Komposisi Semasa
Jenis Pemilihan Bilangan Kerusi

Oleh Yang di-Pertuan Agong

44

Oleh Negeri

26

Jumlah

70

Dewan Rakyat
Dewan Rakyat merupakan salah satu daripada dua dewan dalam Parlimen Malaysia. Semua rang undang-undang perlulah diluluskan oleh kedua-dua dewan parlimen iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara - sebelum dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapat perkenan diraja.[1] Ahli-ahli Dewan Rakyat juga dikenali sebagai Ahli Parlimen dan Ahli Yang Berhormat. Sepertimana Dewan Negara, Dewan Rakyat bersidang di Bangunan Parlimen Malaysia di Kuala Lumpur.

Tugas
Status Dewan Rakyat diterangkan di dalam Perlembagaan Persekutuan seperti berikut: "Kuasa perundangan Persekutuan hendaklah terletak hak pada Parlimen yang hendaklah terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong dan dua Majlis Parlimen yang dikenali sebagai Dewan Negara dan Dewan Rakyat."[2] Kuasa memanggil dewan bersidang dijelaskan di dalam Perlembagaan sebagai hak dan tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong. Baginda tidak boleh membiarkan enam bulan dari tarikh terakhir persidangan berlalu tanpa ada tarikh tetap untuk sesi bersidang seterusnya.[3]

Pembubaran
12

Dewan Rakyat bersidang selama maksimum lima tahun dan kemudian terbubar sendiri melainkan jika dibubarkan lebih awal dari itu.[4] Kuasa pembubaran ini terletak di bawah budi bicara Yang di-Pertuan Agong.[5] Baginda boleh membubarkan parlimen walaupun sesi perkhidmatannya masih lagi awal ataupun jika Perdana Menteri tidak lagi memiliki keyakinan dan kepercayaan majoriti ahli-ahli dewan kerana tewas samada melalui undi percaya atau meluluskan belanjawan. Namun begitu, Yang di-Pertuan Agong juga boleh melantik seorang ahli parlimen lain yang menurut budi bicaranya boleh memiliki keyakinan dan kepercayaan ahli-ahli dewan lain.[6][7] Perdana Menteri, yang lazimnya mengetuai parti politik atau kumpulan parlimen yang memiliki jumlah kerusi terbanyak bertanggungjawab mengetuai badan eksekutif yang mentadbir negara ini. Beliau turut berhak melantik ahli daripada kedua-dua dewan di parlimen untuk menganggotai Jemaah Menteri.[8] Badan eksekutif ini berperanan membawa atau mencadangkan satu-satu undang-undang untuk dibahas, dikaji dan diluluskan oleh parlimen.

Hak istimewa
Ahli-ahli Parlimen diberi kebebasan dan keistimewaan untuk memperkatakan sesuatu perkara tanpa rasa gusar atau dikecam di luar dewan;[9] satu-satunya badan yang boleh mengecam seseorang ahli parlimen ialah Jawatankuasa Parlimen bagi Hak dan Kebebasan. Kekebalan parlimen ini berkuatkuasa serta-merta setelah seseorang itu mengangkat sumpah menjadi ahli parlimen dan hanya boleh digunapakai ketika ahli tersebut dibenarkan bersuara. Kekebalan ini tidak boleh dipakai ke atas kenyataan-kenyataan yang dibuat di luar dewan. Satu pindaan telah dibuat di bawah Perkara 63 Perlembagaan berikutan Peristiwa 13 Mei dengan penambahan Perenggan 4 yang menidakkan Fasal 2 Perlembagaan yang secara amnya memberikan hak-hak kebebasan asasi. Perenggan 4 itu menerangkan bahawa sesiapapun termasuk ahli Parlimen yang berucap di Dewan Rakyat boleh didakwa jika melakukan kesalahan di bawah Fasal 4 Perkara 10 atau di bawah Akta Hasutan 1948.[10] Selain itu ahliahli Parlimen juga kehilangan hak-hak istimewanya jika menganjurkan penghapusan kedudukan Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Raja di negeri-negeri.[11]

Proses menggubal undang-undang


Sesebuah undang-undang yang ingin dicadangkan mestilah disediakan rangkanya terlebih dahulu - kebiasaannya oleh Jemaah Menteri atau sesebuah kementerian dengan dibantu oleh Jabatan Peguam Negara. Rangka tersebut yang dikenali sebaga rang undang-undang kemudiannya dikaji dan dibincang bersama-sama oleh Jemaah Menteri. Jika diputuskan untuk dicadangkan ke parlimen, rang itu kemudiannya akan diagih-agihkan kepada semua ahli-ahli dewan rakyat. Rang ini akan melalui tiga bacaan dalam persidangan Dewan Rakyat.
1. Bacaan pertama adalah untuk memperkenalkan rang undang-undang tersebut. 2. Bacaan kedua untuk dibincang dan dibahas oleh ahli-ahli yang berhormat. 3. Bacaan ketiga akan dicadangkan oleh menteri atau timbalannya untuk dibuat satu undian ke atas rang undang-undang ini.

Kebanyakan undang-undang hanya memerlukan sokongan majoriti mudah untuk diluluskan. Namun, dalam beberapa keadaan, majorit dua pertiga adalah diperlukan, seperti dalam hal13

hal berkaitan meminda perlembagaan. Setelah diluluskan oleh Dewan Rakyat rang undangundang itu kemudiannya dihantar ke Dewan Negara dan tiga bacaan yang diterangkan sebelum ini akan dilakukan sekali lagi. Dewan Negara boleh bertindak untuk tidak meluluskan satu-satu rang undang-undang. Walaubagaimanapun, langkah ini hanya melambat-lambatkan kelulusan dibuat selalunya selama sebulan dan kadang-kadang setahun. Setelah tempoh ini tamat, rang undang-undang in dianggap telah diluluskan oleh Dewan Negara. Jika diluluskan, rang undang-undang itu akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk dipertimbangkan dalam tempoh 30 hari. Jika baginda tidak bersetuju, rang undang-undang itu akan dikembalikan ke parlimen bersama-sama dengan beberapa cadangan pindaan. Parlimen kemudiannya harus mengkaji semula rang undang-undang tersebut dan pindaanya dan mengembalikannya semula kepada Yang di-Pertuan Agong jika rang undangundang itu diluluskan semula. Yang di-Pertuan Agong mempunyai 30 hari lagi untuk memberikan perkenan diraja. Setelah tempoh itu, rang undang-undang tersebut dianggap telah diluluskan sebagai undang-undang yang boleh berkuatkuasa. Undang-undang ini hanya akan berkuatkuasa setelah dimasyhurkan di dalam Warta Kerajaan.[12] Kerajaan sering memelihara kerahsiaan sesebuah rang undang-undang yang akan dibahaskan. Ahli-ahli parlimen sering menerima salinan rang undang-undang beberapa hari sebelum dibahaskan dan akhbar-akhbar tempatan jarang menerima salinan tersebut. Dalam sesetengah kes, ahli-ahli dewan pernah diberikan salinan pada hari yang sama sesebuah rang undangundang itu dibentang di parlimen. Contoh terbaik adalah sewaktu Pindaan Perlembagaan 1968 yang dilakukan tiga bacaan pada hari yang sama. Dalam kes yang agak jarang berlaku, kerajaan pernah mengeluarkan satu Kertas Putih yang mengandungi cadangan-cadangan kerajaan yang akhirnya diluluskan sebagai undang-undang. Kes ini merujuk kepada penggubalan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.

Rang Undang-undang Persendirian


Proses sebelum ini hanya menerangkan langkah-langkah sesebuah undang-undang itu dibawa oleh pihak kerajaan. Namun begitu, wujud satu lagi proses yang dipanggil Rang Undangundang Persendirian yang memberi peluang kepada ahli-ahli dewan mencadangkan undang-undang baru untuk dibahas di parlimen. Walaupunbegitu, sebagaimana yang sering menjadi amalan di dalam sistem parlimen ala Westminster, hanya sedikit bilangan ahli parlimen yang pernah memperkenalkan rang undang-undang. Proses ini dimulakan dengan ahli yang terbabit memohon dewan untuk berhenti daripada meneruskan persidangan bagi membahaskan rang undang-undang yang ingin dibawanya sebelum diputuskan dalam undian. Senator dari Dewan Negara juga dibenarkan untuk mencadangkan rang undang-undang di parlimen. Tetapi hanya wakil kerajaan sahaja dibenarkan mencadangkan rang undang-undang berkaitan hal-ehwal kewangan dan ini perlu dilakukan di Dewan Rakyat terlebih dahulu.[13] Seringkali sesebuah rang undang-undang yang dicadangkan oleh wakil pembangkang, yang harus menggunakan Rang undang-undang Persendirian, sering dipandang remeh oleh parlimen. Sesetengahnya sampai pernah mendakwa bahawa hak-hak ahli parlimen untuk mencadangkan rang undang-undang telah dihalang melalui pindaan terhadap Aturan Urusan Mesyuarat yang membenarkan Yang di-Pertua dewan meminda cetakan ucapan ahli parlimen sebelum ianya dapat diucapkan.

Keahlian
14

Setiap ahli Dewan Rakyat dipilih untuk mewakili satu kawasan parlimen melalui pilihanraya pelbagai parti. Kawasan ini ditentukan melalui pensempadanan kawasan pilihanraya yang dijalankan setiap lapan tahun sekali setelah dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya.[14] Pensempadanan semula kawasan parlimen ini hanya boleh diluluskan di Dewan Rakyat dengan mendapat sokongan daripada sekurang-kurang dua pertiga ahli-ahli dewan. Kelayakan menjadi ahli adalah seperti berikut:

warga negara Malaysia[15] tidak kurang dari 21 tahun[16] waras fikiran[17] bukan seorang muflis[18] tidak memegang jawatan berpendapatan[19] telah menyerahkan apa-apa penyata perbelanjaan pilihan raya sebelum ini, jika pernah bertanding[20] tidak mempunyai rekod jenayah[21]

Seorang ahli tidak boleh memegang jawatan kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara dalam satu masa.[22] Sebelum memegang sebarang kerusi dalam Parlimen, setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.[23] Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat menjalankan tugas-tugas mereka sebagai ahli Dewan sebaik yang mungkin dan taat setia kepada Malaysia serta mematuhi, menjaga dan mempertahankan Perlembagaan.[24]

Yang di-Pertua

Rencana utama: Yang di-Pertua Dewan Rakyat

Dewan Rakyat dipengerusikan oleh seorang Yang di-Pertua dan dibantu oleh dua orang Timbalan Yang di-Pertua. Yang di-Pertua tidak semestinya dipilih di kalangan ahli-ahli parlimen tetapi timbalan-timbalannya haruslah dipilih di kalangan anggota-anggota Dewan Rakyat yang lain.[25] Mereka berperanan besar mempengerusikan persidangan Dewan Rakyat. Selain itu, Yang di-Pertua turut bertanggungjawab memastikan keadaan tenteram di parlimen selain berusaha sebaik mungkin utuk melicinkan perjalanan persidangan. Yang di-Pertua Dewan Rakyat bagi Parlimen ke-12 ketika ini ialah Tan Sri Pandikar Amin Mulia dari Barisan Nasional. Beliau, yang merupakan Speaker Dewan Rakyat yang ke-8 dan tidak mempunyai kerusi di parlimen adalah penjawat pertama dari negeri Sabah. Timbalan-timbalannya ialah Yang Berhormat Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar (Santubong-BN) dan Yang Berhormat Datuk Ronald Kiandee (Beluran-BN).

Pilihan raya
Rencana utama: Pilihan Raya Umum Malaysia

Ahli-ahli Dewan Rakyat berkhidmat selama maksimum lima tahun bagi satu-satu sesi parlimen. Selepas itu pilihanraya mesti diadakan bagi memilih ahli-ahli baru. Pembubaran parlimen hanya boleh dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong setelah mendapat nasihat daripada Perdana Menteri.

15

Pengundi-pengundi akan memilih seorang wakil rakyat daripada setiap 222 bahagian pilihan raya.[26][27] Pilihanraya di Malaysia dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya yang keahliannya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong setelah selepas berunding dengan Majlis Raja-raja.[28] Pemenang pilihanraya selalunya ditentukan menggunakan prinsip majoriti tertinggi - calon yang mendapat undi terbanyak berbanding calon-calon lain - yang turut diamalkan di dalam sistem berparlimen ala Westminster.[29] Pilihanraya umum terakhir yang telah diadakan di Malaysia ialah pada 8 Mac 2008.

Pembentukan kerajaan

Jemaah Menteri Malaysia bagi tahun 2006.

Parti politik atau gabungan parti-parti politik yang memenangi kerusi terbanyak di Dewan Rakyat berhak untuk membentuk kerajaan yang baru. Kerajaan akan diketuai oleh seorang ahli parlimen yang memiliki sokongan majoriti dewan dan beliau dipanggil Perdana Menteri. Namun begitu, Perdana Menteri Malaysia tidak dilantik oleh ahli-ahli parlimen. Jawatan ini hanya boleh dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dengan mengikut budi bicara baginda unuk memilih seorang ahli Dewan Rakyat yang dirasakan mendapat sokongan terbanyak ahli-ahli di Dewan Rakyat.
Menngikut tradisi berparlimen Westminster, seorang ahli Dewan Rakyat yang memiliki sokongan terbanyak golongan minoriti di parlimen akan memain peranan sebagai Ketua Pembangkang. Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia Ke-12 ialah Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim (Permatang Pauh-PKR). Beliau telah memenangi kerusi parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos 2008. Beliau menggantikan Ketua Pembangkang terdahulu, Ahli Parlimen P44 Permatang Pauh Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan jawatannya pada 31 Julai 2008. Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail merupakan wanita pertama di Malaysia yang diberi penghormatan menjawat jawatan sebagai Ketua Pembangkang.

Pilihan raya kecil


Mengikut Undang-undang Pilihanraya, jika seseorang Ahli Parlimen terpaksa mengosongkan kerusinya dengan apa jua sebab sekalipun sewaktu Dewan Rakyat berada di awal sesi perkhidmatannya dan tidak kurang daripada dua tahun sebelum dewan terbubar, satu pilihan raya kecil perlu diadakan bagi memenuhi kekosongan tersebut. Jika kekosongan itu berlaku kurang dari dua tahun sebelum dewan terbubar pula, pilihanraya kecil hanya boleh diadakan jika Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah memastikan bahawa sokongan majoriti terhadap parti kerajaan telah terjejas.[31] Proses dan penganjuran satu pilihan raya kecil adalah sama seperti pilihan raya umum dijalankan. Kebanyakan pilihan raya kecil adalah kurang penting kerana kerajaan seringkali memiliki 16

majoriti stabil di Dewan Rakyat. Namun begitu, pilihan raya kecil boleh dijadikan kayu pengukur terhadap prestasi semasa kerajaan.

Keputusan Pilihan Raya Umum Malaysia yang ke-12 pada 8 Mac 2008 bagi Dewan Rakyat

% Undian undi

% Ker kerus usi i

+/

Barisan Nasional (BN):

4,082, 50.2 411 7

139

63.1

5
8

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)

2,381,7 25

29.3 3

78

35.6 30

Persatuan Cina Malaysia (MCA)

840,48 9

10.3 5

15

6.8 16

Kongres India Se-Malaysia (MIC)

179,42 2

2.21

1.4

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan)

184,54 8

2.27

0.9

Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB)

131,24 3

1.62

14

6.3

Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP)

119,26 4

1.47

2.7

Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP)

52,645

0.65

1.8

17

Parti Rakyat Sarawak (PRS)

33,410

0.41

2.7

Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Bersatu (UPKO)

58,856

0.72

1.8

Parti Bersatu Sabah (PBS)

44,885

0.55

1.4

1 1 1

Parti Maju Sabah (SAPP) Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS)

30,827

0.38

2 1

1.4 0.5

Parti Liberal Demokratik (LDP)

8,297

0.10

0.5

Parti Progresif Penduduk Malaysia (PPP)

16,800

0.21

Barisan Alternatif (Kini dikenali sebagai Pakatan Rakyat):

3,796, 46.7 464 5

83

36.9

6
2

Parti Keadilan Rakyat (PKR)

1,509,0 80

18.5 8

31

14.0 30

Parti Islam SeMalaysia (PAS)

1,140,6 76

14.0 5

24

10.4 16

Parti Tindakan Demokratik (DAP)

1,118,0 25

13.7 7

28

12.6 16

Tidak mewakili sebarang parti (dan lainlain)

65,399

0.81

18

Jumlah keseluruhan

7,944, 274

100

222

100

*PBRS memenangi satu kerusi sahaja menerusi menang tanpa bertanding ketika hari pencalonan Sumber: Sin Chew Jit Poh[32], Malaysia

Lihat juga: Ahli Dewan Rakyat di Parlimen Malaysia ke-12

Senarai sesi Parlimen


Tahun N Piliha o. n raya 1959* * 1964* * 1969 1974 1978 1982 1986 1990 1995 1999 2004 Kerajaan* Pembangkang Jumlah Kerusi Bil. % Bil. % % Undi % Undi Kerusi Kerusi Kerusi Kerusi 74 71.15 51.7 30 28.85 48.3

104

2 3 4 5 6 7 8 9 10 11

89 95 135 130 132 148 127 162 148 198

85.58 66.00 87.66 84.42 85.71 83.62 70.55 84.38 76.68 90.41

58.5 49.3 60.7 57.2 60.5 55.8 53.4 65.2 56.5 63.9

15 49 19 24 22 29 53 30 45 21

14.42 34.00 12.34 15.58 14.29 16.38 29.45 15.62 23.32 9.59

41.5 50.7 39.3 42.8 39.5 41.5 46.6 34.8 43.5 36.1

104 144 154 154 154 177 180 192 193 219
19

12

2008

140

63.1

50.27

82

36.9

46.75

222

* "Kerajaan" bermaksud Parti Perikatan bagi tahun 1959 dan 1964; Parti Perikatan dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) bagi tahun 1969; dan Barisan Nasional sejak 1974. ** Perkiraan adalah untuk tahun 1959 serta 1964 kerana Sabah dan Sarawak tidak menyertai pilihan raya parlimen pada tahun 1964. Sumber: Arah Aliran Malaysia: Penilaian Pilihan Raya (PDF)

20