Anda di halaman 1dari 3
Tajuk : usaha - usaha_untuk mengukuhkan perpadun kaum Dasawasa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu perpaduan kaum yang merupakan aset penting bagi negara yang tidak ternilai bagi nusa dan bangsa. Pada zaman Tuk Nadur berkajang kain, masyarakat hidup dengan harmoni serta bersatu padu sehingga membawa kemajuan dan kemakmuran yang menyeluruh pada negara ketika itu. Namun sayang seribu kali sayang , ianya tidak kekal lama dan perubahannya akan memberi impak pada negara. Hal ini dapat dibuktikan dengan masyarkat kontemporari ini yang sering menari dalam era kemodenan hingga mereka tidak mengendahkan orang di sekelilingnya bagai melepaskan pucuk-pucuk masing. Persoalan yang berlega - lega dalam gawang pemikiran saya ialah apakah inisiatif yang wajar dilakukan bagi menyuburkan bibit - bibit perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama? Untuk itu mari bincangkan satu per satu. Memetik wisatah nirmala yang pertama, pihak kerajaan perlulah mengadakan aktiviti yang melibatkan kerjasama antara masyarakat secara besar - besaran. Hal ini dikatakan demikian kerana aktiviti sebegini dapat merapatkan ukhwah antara halakah masyarakat. Misalnya, aktiviti bergotong- royong yang dilakukan di negeri Kelantan baru -baru ini telah berjaya mendapat sokongkan masyarakat setempat malahan ia terdiri daripada nusa yang rencaman. Dampaknya, usaha ini terbukti dapat mememberi impak positif dan tidak seperti angan - angan mat jenin yang sering diperkatakan. Intihanya, perpaduan kaum perlu dipelihara dengan melaksanakan inisiatif yang berguna. Melabuh ke pangkalan isi yang seterusnya, memberi layanan yang sama dan setaraf kepada semua halakah masyarakat tidak mengira bangsa dan agamanya. Dengan itu, isu provokasi kaum dapat dicegah kerana masalah ini bersangkut paut dengan ekonomi serta kemakmuran negara. Analoginya, jawatan perkhidmatan awam perlulah dibuka kepada semua bangsa dengan syarat-syarat tertentu serta kelayakannya. Itlaknya, setiap masyarakat perlulah diberikan layanan yang sama rata tanpa alasan . Memecah pintu konkrit yang seterusnya , dengan mengadakan rumah terbuka juga dapat menguatkan lagi perpaduan kaum di Malaysia. Hal ini dapat dibuktikan kerana rumah terbuka , majlis terbuka dan seumpama dengannya dapat menjadi medium di mana setiap halakah masyarakat akan bersua serta bertegur- sapa antara kita .Tambahan pula , tetamu yang hadir adalah terdiri daripada bangsa dan agama yang berbeza. Pendek kata, majlis sebigini dapat dijadikan satu langkah bagi menyuburkan perpaduan kaum daripada luput ditelan zaman. Akhirulkalam, pihak kerajaan serta pihak yang terlibat perlulah berganding bahu bagi menjayakan setiap inisiatif ini agar ia tidak diklasifakisikan sebagai satu angan - angan tahi ayam. Justeru, setiap halakah masyarakat perlulah memainkan peranan yang signifikan serta memberi sokongan pada setiap usaha yang telah dirangka oleh pihak kerajaan.

Anda mungkin juga menyukai