Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Segala maklumat yang terkandung di dalam buku panduan ini adalah tepat pada masa ia
dihasilkan. Pihak Paduan Kembara Sdn Bhd (635889-V) sebagai penerbit buku ini tidak akan
mengambil sebarang tanggungjawab atau risiko jika berlaku sebarang kerugian atau kesan
negatif akibat dari penggunaan buku panduan ini.
Misi Jutawan : Bagaimana Menjana Pendapatan Berganda Dalam Masa 5 Minit Dari Sekarang!
ISI KANDUNGAN
Bab 1 Pengenalan
Bab 1
Pengenalan
Ini adalah satu permulaan yang cukup baik bagi diri anda. Cukup baik kerana anda
telah membeli buku ini yang bakal mengubah nasib hidup anda mulai sekarang.
Anda sekarang berpeluang untuk menjana wang yang cukup banyak melalui Internet
secara sambilan sahaja. Ia mudah dan murah untuk dilakukan oleh sesiapa sahaja.
Tujuan saya menulis buku ini adalah untuk menyampaikan strategi yang terus
terang atau ”straight to the point” sahaja tanpa berlengah-lengah atau meleret-leret
membuang masa tentang perkara-perkara yang anda semestinya sudah tahu.
Bagaimanapun, ada dua bab teori pada peringkat permulaan yang penting untuk
memantapkan minda anda sebelum anda memulakan langkah ke alam perniagaan
Internet ini. Jika anda rasa ini tidak perlu, anda boleh terus pergi ke Bab 7 – Kaedah
Ajaib.
Buku saya ini bukan bermaksud mengajar anda bagaimana menggunakan Internet
atau bagaimana menggunakan komputer. Amatlah tidak logik sekali jika saya dapat
memuatkan segala hal-hal teknikal di dalam satu buku ini sahaja. Anda juga akan
naik pening nanti. Saya hanya akan mengajar anda bagaimana untuk menjana wang
melalui Internet.
Sebagai pembeli buku, anda akan menerima kemaskini terkini saya seumur hidup.
Akhirkata, saya ucapkan selamat membaca dan selamat mencuba teknik-teknik yang
akan saya ceritakan ini.
Bab 2
Inilah sistem 21 LANGKAH yang saya gunakan untuk memastikan matlamat saya
tercapai dalam apa-apa yang saya lakukan. Anda juga mesti mulakan hari ini juga!
Bab 3
Di bab yang sebelumnya anda telah belajar bagaimana untuk mempunyai matlamat
yang jelas dan bagaimana untuk mencapainya. Sekarang saya ingin tekankan, habit
diri yang ada pada sesiapa yang ingin berjaya. Ini adalah berdasarkan kajian yang
dilakukan selama berkurun-kurun di dalam pelbagai masyarakat di dunia ini. Saya
pelajari ini dari buku ‘7 Habits Of Highly Effective People’ oleh Stephen Covey. Saya
cadangkan anda membeli bukunya untuk memastikan anda mahir dengan habit-
habit ini. Habit bermaksud kebiasaan kelakuan pada seseorang. Jadi, inilah dia :
Baiklah, anda perlu mula sekarang dan pastikan habit-habit di atas terpahat dalam
diri anda.
Bab 4
Saya telah ceritakan di dalam dua bab sebelum ini teori-teori bagaimana anda boleh
mencapai apa-apa matlamat anda dan juga kelakuan-kelakuan atau kebiasaan yang
ada pada sesiapa yang berjaya. Sekarang, saya akan memasuki kawasan praktikal
dengan menceritakan pelbagai cara-cara mudah untuk menjana pendapatan.
Memang terlalu banyak cara untuk mendapatkan pendapatan. Tetapi cara-cara yang
akan saya ceritakan adalah yang termudah, termurah dan boleh dilakukan secara
sambilan sahaja. Saya tidak akan menceritakan kepada anda bagaimana untuk
membuka stesen minyak atau memulakan perniagaan francais kerana ini semua
memerlukan modal yang amat besar dan perlukan anda memberikan tumpuan
sepenuh masa.
Sebenarnya, minat saya adalah lebih kepada perniagaan Internet. Oleh itu saya akan
menceritakan dengan lebih panjang lebar lagi mengenai bisnes Internet ini.
Bagaimanapun, pelbagai punca pendapatan yang akan saya ceritakan adalah hanya
untuk memberi gambaran kepada anda bahawa ada terlalu banyak pilihan untuk
melakukan pendapatan sambilan dari rumah dengan modal yang kecil sahaja.
Dan banyak lagi punca perniagaan yang boleh dilakukan secara sambilan dengan
modal yang kecil. Mungkin, anda ada idea yang lebih banyak atau mendengar
pelbagai cerita bagaimana kawan-kawan anda menjana pendapatan dari rumah
secara sambilan. Cuma sekarang, anda perlu lakukan sahaja. Sekadar membaca
buku saya tetapi tidak lakukan apa-apa memang cukup merugikan!
Bab 5
Internet merupakan cara termudah dan yang paling cepat untuk menjana
pendapatan yang berganda sebelum anda dapat menggunakan modal ini untuk
memulakan pelbagai perniagaan yang lain.
8. Jimat Cukai
Apa yang saya tahu pendapatan dari luar negara adalah tidak dikenakan cukai.
Jadi jika Clickbank memberikan anda cek bernilai US$1,000 anda tidak perlu
mengisytiharkan ini kepada sesiapa.
Bab 6
Ya, sekarang jelas anda perlu menjalankan perniagaan Internet untuk menjadi
seorang yang kaya dalam sekelip mata. Tetapi, seperti dalam apa-apa perniagaan,
adalah penting anda ada asas-asas seperti berikut sebelum saya menceritakan
dengan lebih lanjut lagi perniagaan Internet ini.
Bab 7
Sekarang tiba masa untuk ke isi sebenar buku ini iaitu bagaimana menjana
pendapatan dari Internet. Sebenarnya ada pelbagai cara untuk menjana wang di
Internet ini. Saya ingin memilih beberapa cara sahaja yang saya rasa mudah dan
yang paling terbaik untuk cepat menjana wang yang banyak di Internet ini. Ikuti
segala kaedah-kaedah yang saya ceritakan, kemudian anda sendiri lakukan pilihan
mana kaedah yang terbaik untuk diri anda.
Anda boleh logmasuk ke dalam akaun E-Gold anda dahulu untuk lihat bagaimana
rupa di dalamnya.
Sekarang diibaratkan money exchange, anda perlu mencari E-Gold exchanger yang
menukarkan Ringgit anda ke E-Gold. Ada beberapa exchanger di Malaysia yang
boleh dipercayai dan sungguh cepat dan mudah dalam menukar wang anda ke E-
Gold. Saya senaraikan dua exchanger yang saya tahu :
1. http://egoldmalaysia.com
Mereka ini mengenakan caj 4% atau USD$3, mana yang kurang.
2. http://r2gold.com
Mereka ini mengenakan caj 4% atau USD$3, mana yang kurang.
Hantarkan wang anda ke akaun bank mereka. Mereka akan tukarkan wang tersebut
ke E-Gold dalam masa antara 1 jam ke 24 jam. Sungguh mudah!
E-Gold mengenakan fee 1% setahun untuk sebarang baki di dalam akaun E-Gold
anda dikira secara purata harian. Kemudian, fee ini akan dikenakan kepada
penerima E-Gold seperti berikut. Secara kesimpulannya, mungkin dalam 7% - 8%
akan hilang ke E-Gold.
Anda boleh tunaikan baki di dalam akaun E-Gold anda dengan pergi samada ke
http://egoldmalaysia.com ataupun http://r2gold.com. Anda juga boleh
membeli kad debit. Gunakan Google untuk mencari kad-kad debit yang boleh
digunakan untuk menunaikan E-Gold anda terus ke mesin ATM.
Anda boleh dapat duit atas angin dengan mempromosi akaun E-Gold sahaja. Untuk
lebih maklumat mengenai ini sila ke :
http://www.e-gold.com/unsecure/incentive.htm
Kesimpulannya, jika ada sesiapa membuka akaun E-Gold di bawah anda, anda akan
menerima komisen bagi setiap caj yang dikenakan oleh E-Gold iaitu dalam 10%.
Bayangkan jika anda mempromosi ke 1,000 orang dan mereka ini semua membuka
akaun E-Gold, anda akan menerima komisen yang cukup tinggi sampai bila-bila
tanpa perlu melakukan apa-apa lagi. Bagaimana untuk sponsor orang ke E-Gold.
Anda hanya perlu meminta mereka klik :-
http://www.e-gold.com/e-gold.asp?cid=XXXXXX
Salah satu cara yang bagus telah diceritakan di atas. Ada banyak cara sebenarnya,
antara cara-cara yang mudah adalah seperti menyertai program Internet MLM,
membeli dan menjual barang, memasuki HYIP dan lain-lain lagi.
Anda perlu berhubung dan berkenalan dengan setiap downline anda samada melalui
email, Yahoo Messenger, Voice Message, Telefon atau SMS. Kalau berjumpa secara
sendiri lagi bagus. Kemudian, anda bekerja dengan setiap downline ini dan letakkan
matlamat yang sama seperti yang anda letak untuk diri anda sendiri bagi mereka.
Sebagai contohnya, anda membantu downline anda membuat 5 jualan pula. Anda
perlu bekerja dengan dia, bantu dan tunjukkan segala cara yang anda telah lakukan.
Anda boleh setup forum untuk empayar anda. Anda juga boleh menghantar
newsletter kepada semua ahli-ahli di bawah anda. Jadi seorang ketua yang
bertanggungjawab kepada ahli-ahli di bawah anda. Aktiviti ini juga amat
menyeronokkan, saya jamin.
Nasihat saya adalah bagi syarikat-syarikat di Malaysia, pilih yang hanya berdaftar di
bawah Akta Jualan Langsung. Bagi syarikat-syarikat di luar negara, pastikan anda
selalu pergi ke forum-forum untuk melihat pendapat atau review orang lain
mengenai program tersebut. Forum favourite saya adalah :
http://nogold.com/forum/mlm
Banyak MLM tersenarai di sana yang anda boleh sertai. Lihat review di sana dan
minta pendapat ahli-ahli yang lain dahulu. Juga pergi ke sini :
http://www.moneymakergroup.com
Saya tidak mahu mempromosi sebarang MLM yang saya sertai di sini. Anda pergi ke
forum-forum ini dan pilih mana-mana yang anda rasa sesuai untuk diri anda.
Pada saya formula untuk berjaya di dalam Internet MLM adalah dengan
berkomunikasi dengan team anda. Saya memang telah berjaya di dalam pelbagai
Internet MLM yang saya sertai samada yang berlesen di dalam negara dan juga yang
bertapak di luar negara.
Saya akan cerita selepas ini dengan lebih mendalam lagi mengenai Clickbank.
Sebelum itu, saya akan tunjuk beberapa program affiliate yang bagus untuk disertai:
2. Link Share
Syarikat-syarikat terbesar menjemput anda menjadi affiliate mereka. Pelbagai
produk di jual antaranya Dell Computers, Etoys, Netflix, Target dan bermacam-
macam lagi. Anda boleh sertai ini secara percuma sahaja dan cek akan dihantar
terus ke Malaysia.
3. Sharesale
Bermacam-macam syarikat yang anda boleh promosi di sini secara percuma sahaja.
Ada lebih kurang 2,100 lebih produk yang anda boleh promosi. Cek akan di hantar
terus ke Malaysia.
4. Clickxchange
Bermacam-macam syarikat yang anda boleh promosi di sini secara percuma sahaja.
Ada beberapa ratus produk yang anda boleh promosi. Cek akan dihantar terus ke
Malaysia.
5. ClixGalore
Ada lebih kurang 4,500++ produk tersenarai di sini. Ada yang memberi 2-tier
komisen atau MLM 2 peringkat. Anda boleh sertai mereka secara percuma sahaja.
Cek di hantar terus ke Malaysia.
6. Valueclick
Mereka ini memilih sedikit siapa yang patut jadi affiliate mereka. Tetapi cubalah!
7. AffiliateFuel
Saya dengar network ini juga okay. Belum pernah mencuba.
6. DarkBlue
Ada banyak produk yang anda boleh promosi di sini juga. Cek akan dihantar terus ke
Malaysia.
Jika anda masih belum pasti, berikut saya senaraikan beberapa direktori atau
senarai-senarai affiliate yang anda boleh sertai sekarang juga.
Direktori Affiliate
1. AffiliateGuide.com
Ada beribu-ribu program affiliate yang tersenarai di sini dalam pelbagai kategori.
2. AssociateProgram
Ada 8,800 lebih produk yang tersenarai untuk anda promosi.
Anda juga boleh pergi ke Google.com dan type “affiliate directory”. Ada banyak
lagi directori untuk affiliate di sini.
Cuma ada satu masalah yang dihadapi oleh kita di Malaysia ini. Clickbank telah
senarai-hitamkan Malaysia dan tidak mahu lagi menerima affiliate dari Malaysia.
Tetapi ini tidak menghalang saya dari menjana wang yang cukup besar dengan
Clickbank. Saya akan ceritakan rahsia saya sekarang, langkah demi langkah :
Mungkin saya bernasib baik, Pak Long saya adalah orang Singapura. Jadi segala
surat dari Clickbank sampai ke rumah Pak Long saya. Setiap bulan saya akan ke
Singapura dengan menaiki bas ekspres dan mengambil surat dari Clickbank ini yang
mengandungi cek saya. Cek yang saya terima saya tunaikan di bank-bank tempatan.
1) http://www.virtualoffice.com.sg
Dengan hanya membayar SGD20 setiap bulan, segala surat-surat anda akan
dihantar melalui pos ke rumah anda. Alamat anda akan kelihatan seperti berikut:
32 Maxwell Road
#03-07 White House
Singapore 069115
Anda juga akan diberi sebuah talian telefon dan fax percuma untuk kegunaan
perniagaan Internet anda.
2) http://www.executivecentre.com/en/locations/singapore.html
3) http://www.pomaildrop.com
4) http://www.signature-space.com/Introduction.htm
Pada saya berbelanja dalam RM40 sebulan adalah cukup berbaloi untuk
mendapatkan pendapatan sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan!
https://login.clickbank.net/signup
Masukkan alamat Singapore anda dan nombor telefon Singapore yang diberi. Setelah
tekan submit, anda perlu semak email anda untuk mengaktivasi akaun anda.
Kemudian, login ke dalam akaun anda untuk melakukan kemaskini akaun. Click
HERE to view or modify your account settings. Ini untuk menentukan jumlah cek
yang anda mahu dan lain-lain lagi.
Anda sudah menjadi Ahli Clickbank. Sekarang tiba masa untuk memilih produk yang
anda ingin promosi. Ada lebih kurang 10,000 produk yang anda boleh promosi.
Cadangan saya ialah untuk pilih satu dahulu buat masa sekarang. Sila ke sini
sekarang:
http://www.clickbank.com/marketplace.html
Pilih kategori yang anda ingin promosi. Dalam contoh ini saya akan pilih Business to
Business.
1) Affiliate Project X - Game. Over. Learn why. Before your competition does.
$/sale: $37.42 | %/sale: 50.0% | %refd: 80.0% | grav: 730.37
view pitch page | create hoplink
2) SurveyIncomeSystem - New #1 Survey Site. The #1 Paid Surveys Site now offers
bonus commissions in addition to 75% - See http: / / aff.SurveyIncomeSystem.com.
$/sale: $22.14 | %/sale: 75.0% | %refd: 92.0% | grav: 466.98
view pitch page | create hoplink
3) Affiliates - Multiple Streams Of Income! New - Earn 75% Of Each Sale. Converting
Like Crazy! - We'll Make You Rich!
$/sale: $30.90 | %/sale: 75.0% | %refd: 83.0% | grav: 240.83
view pitch page | create hoplink
5) Paid Surveys Etc. #1 Survey Site. Insane Conversions with new Sales Copy. Must See.
# http:www.paidsurveysetc.com/affiliates.php
$/sale: $22.13 | %/sale: 75.0% | %refd: 92.0% | grav: 223.88
view pitch page | create hoplink
6) Keyword Elite: New Keyword Software. Go Here For Tons Of Affiliate Tools:
http:www.keywordelite.com/affiliate/ Create 1000s of Adsense Keywords, Dominate
Adwords.
$/sale: $89.46 | %/sale: 58.0% | %refd: 79.0% | grav: 147.61
view pitch page | create hoplink
8) Seo Elite: New Seo Software! The Grand Daddy of all Seo Software! Get A Top 5
Google Ranking In Under 30 Days! $101+ Affiliate Payout!
$/sale: $92.10 | %/sale: 60.0% | %refd: 55.0% | grav: 116.75
view pitch page | create hoplink
10) Pays 70% Butterfly Marketing Manuscript! The Marketing Strategy That Changed The
Internet Forever! Go to TheButterflyMarketingManuscript.com/affiliate for awesome tools.
$/sale: $45.74 | %/sale: 70.0% | %refd: 81.0% | grav: 116.63
view pitch page | create hoplink
Mana satu yang sesuai untuk dipromosi? Sebelum itu anda perlu memahami
maklumat yang diberi mengenai produk ini. Anda mula-mula boleh ke view pitch
page untuk melihat salesletter atau halaman web mereka.
$/1 sale - bermakna anda akan memperolehi wang sebanyak itu bagi setiap jualan.
%/sale - bermakna berapa peratus diberikan sebagai komisen dari harga jualan.
Tiada formula sebenarnya untuk memilih mana satu yang bagus untuk dipromosi.
Tetapi saya selalu akan memilih yang paling popular disertai oleh affiliate dan yang
paling banyak mendapat jualan dari affiliate kerana ini bermaksud ia lebih mudah
dijual. Oleh kerana itu, ramai memilih program tersebut untuk dipromosi.
Di bab selepas ini saya akan cerita dengan secara terperinci bagaimana untuk
mempromosi apa-apa produk di Internet. Tetapi cara yang paling mudah ialah
dengan Google Adwords. Saya akan bercerita lebih panjang mengenai Google
Adwords selepas ini. Tetapi secara kesimpulannya, saya iklankan produk ini di
Google Adwords. Saya juga mengawal perbelanjaan supaya ia tidak berlebihan.
Apabila orang klik dan membeli produk saya akan dapat komisen yang tinggi.
Anda boleh gunakan sebarang software word processing seperti Office Words, Star
Office, Wordperfect, Notepad, Wordpad atau apa-apa. Untuk menulis sebuah buku
cadangan saya adalah anda menulis rangka dengan lengkap dulu supaya tidak
ketinggalan sebarang idea.
Pergi ke sini :
http://www.download.com/3120-20_4-0.html?tg=dl-
2001&qt=pdf%20creator&tag=srch
Ada bermacam program di sini untuk menukarkan file word ke format PDF. Ada yang
percuma, ada yang anda perlu bayar. Banyak software yang anda boleh pilih sini.
3. Ebook creator
http://www.download.com/3120-20_4-0.html?tg=dl-
2001&qt=ebook%20creator&tag=srch
Ia akan menukarkan file text anda ke ebook format exe. Banyak software yang anda
boleh pilih sini.
Dalam bab-bab selepas ini saya akan bercerita dengan lebih lanjut mengenai ini.
5. Terima wang
Dalam bab-bab selepas ini saya akan bercerita dengan lebih lanjut mengenai ini.
Dalam bab-bab selepas ini saya akan bercerita dengan lebih lanjut mengenai ini.
Blog adalah seolah-olah sebuah diari atau akhbar yang anda akan guna untuk
membuat and menceritakan berita-berita tentang sesuatu tajuk. Topik atau tajuk ini
perlu sesuatu yang anda minat seperti politik, sosial, pemerhatian masyarakat atau
apa-apa sahaja seperti blog teknik kewangan Internet dan lain-lain. Contoh yang
terlalu mudah, saya memang meminati kereta. Jadi salah satu cara ialah mencipta
blog mengenai kereta. Mungkin saya akan memberi review tentang kereta yang baru
keluar di pasaran. Kebanyakan telefon bimbit hari ini mempunyai kamera di
dalamnya. Gunakan ini untuk mengambil gambar-gambar kereta dan masukkan ke
dalam blog anda.
Sekarang setelah memilih tajuk anda. Anda boleh cipta blog anda secara percuma
dalam masa 1 minit sahaja. Anda boleh gunakan samada blogger.com, blog.com,
tblog.com dan wordpress.com. Saya biasa menggunakan Blogger.com, ia mudah,
cepat dan yang paling popular di Internet. Klik “Create Your Blog Now”. Ikuti sahaja
langkah-langkah mudah untuk mencipta blog anda ini. Postkan artikel pertama anda.
Mungkin pengenalan kepada blog anda atau pengenalan kepada diri anda. Letakkan
beberapa gambar seperti gambar-gambar yang relevan dengan tajuk blog anda.
Anda sudah ada blog. Tetapi yang paling penting ialah anda mesti ada pengunjung.
Saya ada pelbagai teknik-teknik canggih yang akan saya cerita di bab seterusnya.
Tapi mari kita pilih cara termudah untuk membawa pelawat ke blog anda.
Contohnya, saya telah cipta sebuah blog mengenai kereta. Saya pergi ke
Google.com dan lakukan carian “forum kereta”. Akan keluar bermacam-macam
forum. Dari sini anda boleh lakukan posting. Teknik terbaik berkenaan forum ialah
menyertai satu forum dan meletak signature mengenai blog anda. Bina kredibiliti di
dalam forums dengan selalu melakukan posting dan memberikan pendapat-pendapat
bernas kepada pengunjung forum. Yang bagus mengenai blog ini ialah anda akan
membina trafik yang tinggi dari hari ke hari kerana orang akan pulang semula
melawat halaman web anda setiap hari.
a. Google Adsense
Pergi sekarang ke :
https://www.google.com/adsense/?hl=en_US&sourceid=aso&subid=w
w-en_US-et-ads&medium=link
Masukkan nama, alamat anda dan letakkan link blog anda. Lepas itu, masukkan
link ini ke dalam blog anda. Pendapatan melalui Adsense ini memang bagus dan
boleh tahan juga sebagai pendapatan sambilan untuk membayar duit pinjaman
kereta dan lain-lain.
b. Affiliate
Saya lebih menggemari program affiliate untuk menjana wang dari blog anda.
Letakkan link atau banner program-program affiliate yang anda telah sertai ke
dalam blog anda. Saya telah cerita pelbagai program-program affiliate yang anda
boleh sertai sebelum ini. Anda juga boleh meletakkan link program affiliate
MisiJutawan. Saya yakin anda akan menjana wang yang cukup banyak darinya.
HYIP adalah di dalam Bahasa Inggeris ialah High Yield Investment Program atau
Program Pelaburan Keuntungan Tinggi. Ia membolehkan anda meletakkan duit yang
sedikit bersama-sama orang lain supaya ia akan menjadi pool yang besar. Wang
yang besar ini membolehkan penganjurnya melakukan pelaburan di dalam Forex
ataupun pasaran saham yang memboleh keuntungan yang cukup tinggi. Ini
peraturan-peraturan yang saya pegang bila melabur di dalam apa-apa HYIP:
Saya hanya letakkan sedikit wang lebihan saya sahaja untuk mencuba. Ini
adalah pelaburan yang cukup berisiko. Kemungkinan anda hilang wang
adalah tinggi, jadi saya memberi amaran keras, jangan letakkan duit yang
datang dari gaji anda yang akan digunakan untuk membayar rumah, kereta,
makan anak isteri/suami dalam pelaburan ini. Mungkin, katalah anda
sepatutnya membeli 3 DVD bulan itu, tangguhkan dan cuba sedikit di dalam
HYIP.
Anda sepatutnya meletakkan wang di dalam beberapa HYIP supaya jika ada
kerugian pun, ia akan ditampung oleh keuntungan dari HYIP yang lain.
3. Masuk Awal
70% dari HYIP selalunya bungkus dalam masa 3 bulan sahaj. Mungkin hanya
dalam 30% HYIP akan bertahan lama. Jadi untuk mengurangkan risiko
pelaburan anda, masuk awal dan keluar awal. Bagaimana untuk mengetahui
ini? Anda boleh lihat di http://www.rankhyips.com dan ada maklumat di
sana bila HYIP ini di tubuhkan. Satu cara lagi ialah dengan melihat maklumat
whois.
4. Lakukan Kajian
Baiklah, saya tidak mahu mempromosi sebarang HYIP di sini kerana saya tidak
bergantung pendapatan kepada program-program ini. Anda boleh mencarinya
dengan mudah dengan pergi ke forum-forum di atas. Nasihat saya adalah berhati-
hati di dalam pelaburan anda. Saya tidak mahu menanggung sebarang tanggung-
jawab jika anda mengalami kerugian. Jika saya anda, saya akan tumpu lebih kepada
program-program affiliate daripada melabur di HYIP.
Berikut cara-caranya:
Pergi ke SSM dan buka sebuah syarikat enterprise. Di dalam maklumat perniagaan
letak menjual dan membeli emas. Tunggu seminggu untuk dapat maklumat syarikat
anda. Dalam masa itu, tempah cop rasmi anda. Mungkin kos dalam RM100 sahaja.
Pergi dapatkan hosting, domain dan lain-lain. Cipta halaman web anda. Salah satu
contoh yang bagus ialah http://egoldmalaysia.com atau http://r2gold.com.
Mula-mula mungkin anda perlu membeli E-Gold dari pasaran terlebih dahulu. Mudah
sahaja, suruh mereka send E-Gold kepada anda. Suruh mereka masukkan maklumat
email mereka ke dalam comment. Selepas itu, minta mereka email anda. Setelah
anda dapat email mereka, login ke dalam E-Gold dan lihat samada E-Gold sudah
masuk. Jika masuk, hantar wang kepada mereka. Kenakan caj dalam 3% ke 4%
atau USD3. Mudah sahaja, sekarang anda boleh jual semula E-Gold ini ke pasaran.
Kenakan caj yang sama!
Selamat Mencuba!
Sekarang lihat perbandingan antara semua Punca-punca Pendapatan yang telah saya
cerita di dalam Bab ini. Saya berikan ranking atau tahap bagi setiap method.
Mudah bermaksud bagaimana mudahnya cara ini. Sama adan memerlukan script,
programming, membuka syarikat dan lain-lain.
1. E-Gold 8 5 9 5 7
2. MLM Internet 3 6 1 6 5
3. Affiliate 2 2 4 2 2
4. Clickbank 6 7 3 7 6
5. Karang E-Book 9 8 6 8 10
6. Cipta Blog 4 3 7 3 3
7. Cipta Myspace 5 4 8 4 4
8. HYIP 7 9 10 10 8
9. Jual Beli E-Gold 10 10 5 9 9
10. Affiliate MisiJutawan 1 1 2 1 1
Bab 8
Ada banyak rahsia bagaimana untuk mendapatkan trafik yang tinggi ke halaman
web anda atau halaman web affiliate anda. Teknik pertama - Ada yang boleh anda
sustain bermaksud pelawat akan terus menerus datang selepas anda melakukan
aktiviti promosi. Teknik kedua – Ada yang tidak boleh sustain, mereka datang
membeli selepas itu balik mungkin tidak akan kembali lagi.
Tajuk HTML
Letakkan tajuk yang berkenaan seperti saya letak Misi Jutawan – Rahsia Bagaimana
Menjadi Jutawan Dalam Masa 5 minit!
Meta Keyword
Letak keyword-keyword yang berkenaan sahaja dan tidak perlu banyak-banyak.
Taktik Linking
Rahsia Google adalah ia akan senaraikan halaman web anda jika ia popular. Salah
satu cara ialah mencari incoming links dari halaman-halaman web yang tersenarai
tinggi. Automatik anda juga akan tersenarai tinggi. Salah satu cara lagi ialah
membina trafik sekelip mata dari method unsustainable. Ini akan menaikkan ranking
and menyenaraikan halaman web anda dalam Google dengan mudah. Salah satu
cara yang saya gunakan adalah mempromosi di Yahoogroups dahulu. Selalunya
robot akan senaraikan posting di Yahoogroups dengan cepat sekali.
SE Submit
Saya cadang anda jangan gunakan sebarang program submit automatik. Pergi
sendiri ke Google, Yahoo, MSN Search dan submit secara manual sahaja. Anda tidak
perlu banyak-banyak tumpu ke SE lain kerana hampir 90% akan melakukan carian
dengan search engine-search engine ini sahaja.
Itu sahaja.
Cari keyword paling popular dengan pergi ke Google Trends. Pergi sini :
http://www.google.com/trends
Pilih keyword anda dan lakukan perbandingan. Di sini anda boleh tahu keyword
mana yang paling popular dan di mana.
Cipta halaman web untuk satu keyword yang anda maksudkan. Pastikan domainnnya
ada keyword tersebut, title serta meta keyword juga sama. Isi kandungannya, letak
apa-apa artikel dan gantikan satu perkataan dengan keyword tersebut. Pastikan link
kan halaman web ini ke halaman web anda. Letak satu stats tracker dan submit ke
search engine seperti yang saya cerita sebelum ini.
Sekarang, anda boleh cipta lagi 10 halaman web yang sama dengan keyword ini.
Anda juga boleh mula gunakan keyword-keyword yang lain pula.
Anda boleh mencipta seberapa banyak blog untuk setiap kategori program affiliate
yang anda sertai. Pastikan anda sentiasa kemas-kini blog anda dan pastikan pelawat
datang dengan teknik-teknik promosi blog yang saya ceritakan sebelum ini. Anda
juga boleh memberi komen di blog orang lain mempromosi blog anda pula.
Cipta blog yang berkaitan dengan program affiliate yang anda sertai. Letakkan link
program affiliate ini ke dalam blog anda. Cipta Blog yang menarik supaya orang
masukkan URL anda ke dalam Favourite mereka.
Lakukan carian dengan Google untuk forum-forum ranking tertinggi dan lihat trafik
forum tersebut di Alexa.com. Join yang trafiknya tinggi sahaja.
Kalau boleh lakukan posting setiap hari memberi komen dengan menganalisa apa-
apa yang dibincangkan pada hari itu. Pastikan posting ini kena dengan topik thread
yang anda sertai. Contohnya, jika thread itu adalah mengenai MLM, jangan posting
tentang Forex pula!
Kalau boleh lakukan posting setiap hari memberi komen dengan menganalisa apa-
apa yang dibincangkan pada hari itu. Pastikan posting ini ada kena mengena dengan
topik thread yang anda sertai. Contohnya, jika thread itu adalah mengenai MLM,
jangan posting tentang Forex pula! Kalau forum yang membenarkan banner posting
atau HTML posting, letakkan banner yang cantik dan menarik ke blog anda.
Pastikan komen anda objektik, straight to the point dan jangan cepat lepas geram.
Berikan tips2, komen yang berguna kepada semua forumer.
Apabila anda tangkap sesuatu trafik pastikan mereka letakkan anda di dalam
favourite mereka atau jemput mereka untuk menyertai newsletter anda. Saya akan
cerita selepas ini mengenai teknik newsletter.
Selamat mencuba!
Saya telah mencipta sebuah team yang akan mempromosi apa-apa program
bersama-sama.
Jemput sesiapa yang memasuki halaman web atau blog anda untuk menyertai
newsletter atau mailing list anda secara percuma sahaja. Email mereka maklumat-
maklumat percuma yang berguna setiap hari atau setiap minggu. Email-email ini
boleh jadi pendek sahaja. Saya berikan satu contoh newsletter yang saya hantar:
Hi Ahmad,
KEBENARAN - 95 dari 100 orang menyertai program MLM tidak akan dapat balik modal.
KEBENARAN - Hanya satu persamaan yang terang, selama lebih 50 tahun ada lebih banyak
kegagalan lagi di kalangan majoriti.
KEBENARAN - Jika anda mahu mengetahui bagaimana untuk gandakan usaha anda, tumpu
kepada industri-industri yang telah berjaya melakukannya.
Untuk mengetahui tentang banyak lagi kebenaran, anda boleh menyertai program ini
MisiJutawan. Segala-gala akan diceritakan di sana.
Yang benar,
OKB Hebat
---------------------------------------------------------------------------
Important Info And Maintenance
---------------------------------------------------------------------------
Click on the link below to CANCEL your subscription or EDIT your details:
http://misijutawan.com
Anda juga boleh menyertai newsletter yang lebih canggih seperti berikut:
https://www.adimpact.com/cgi-bin/webapp/signup.cgi
Tips Penting : Hantarkan maklumat yang berguna untuk mereka tetapi anda juga
menjemput mereka memasuki program affiliate anda untuk maklumat lanjut. Apabila
mereka menyertai newsletter anda, bermakna anda telah diberi kebenaran untuk
menghantar email kepada mereka. Ini cukup berharga kerana anda sudah boleh
mempromosi apa-apa program affiliate kepada mereka. Gunakan program-program
email luar yang percuma kerana ini dapat menjamin email anda dapat memasuki
inbox mereka dan dapat dibaca oleh mereka. Jangan terlalu memaksa sesiapa
memasuki sesuatu program, berikan mereka sesuatu kemudian promosi mereka
menyertai untuk mendapatkan banyak maklumat lagi. Selalunya, mengikut statistik
mail order, 1% akan membeli apa-apa produk yang anda promosi.
Tips Penting : Untuk teknik email marketing, ingat kerana ini sudah merupakan
kawan-kawan anda, pastikan ia personalised bermakna ia sepatutnya email dari
seorang kawan ke kawan yang lain. Anda perlu menceritakan pengalaman sendiri
tentang link yang anda ingin mereka klik.
TIPS PENTING: Hantarkan ke groups yang berkenaan dengan produk yang anda
ingin jual.
TIPS PENTING: Hantarkan ke groups yang berkenaan dengan produk yang anda
ingin jual.
TIPS PENTING: Hantarkan ke groups yang berkenaan dengan produk yang anda
ingin jual.
PROMOSI BERBAYAR
Jika anda sudah letih mencuba segala teknik-teknik percuma saya di atas, anda
sudah boleh memulakan teknik-teknik promosi berbayar berikut. Saya akan
ceritakan secara detail sekarang.
https://adwords.google.com/select/Login
Sila klik Sign Up Now. Siap sediakan kad kredit anda. Isi borang sepenuhnya. Jangan
lupa letak region Malaysia sahaja jika target market anda ialah Malaysia. Activation
fee hanya RM20 sahaja. Anda akan membayar setiap kali ada sesiapa klik pada link
anda bila orang melakukan Google search. Rate dia dalam RM0.04 setiap klik
bergantung kepada popularnya sesuatu keyword. Yang memang cukup menarik
mengenai Google Adwords ialah kerana anda menggunakan kad kredit, anda
mungkin akan membayar lama setelah anda menerima bayaran komisen anda.
Sebenarnya, saya ada serta sekali ebook yang menceritakan segala-galanya tentang
Google Adwords, tetapi tips saya untuk Google Adwords adalah seperti berikut:
Tajuk Menarik
Ayat mesti menarik dan straight-forward. Selalunya perkataan PERCUMA memang
selalu menarik perhatian orang.
Selamat mencuba!
Tips Penting: Pastikan banner anda cantik dan beranimasi. Juga pastikan anda
track betul-betul kejayaan iklan di sini. Contohnya, 5 hari anda belanja RM50, anda
mesti dapat sekurang-kurangnya satu jualan dalam masa 5 hari, jika tidak anda
akan mengalami kerugian!
Utusan.com.my
Traffic sini adalah tinggi. Anda perlu ke pejabat Utusan untuk meletakkan iklan anda
di sini. Sama seperti di atas. Oleh kerana, bayaran iklan adalah tinggi, pastikan
banner adalah yang paling menarik sekali!
Emedia.com.my
Ini merangkumi NST, Berita Harian, Harian Metro. Pastikan anda iklan di tempat
yang betul, jangan iklan di dalam Bahasa Inggeris tetapi produk dijual dalam Bahasa
Melayu! Sama seperti Utusan, anda perlu pergi ke pejabat mereka untuk membayar.
Lelong.com.my
Iklan di sini adalah mudah. Anda boleh mencuba samada banner besar ke banner
kecil ke text link sahaja. Range harga dalam RM1 sehari ke RM10 sehari.
Bab 9
Saya telah mendengar keluhan ramai orang yang telah mencuba segala-galanya dari
promosi Yahoogroups hingga ke promosi email marketing ke posting forums. Bayar
beribu untuk meletak iklan tetapi tiada sesiapa pun berminat untuk klik ataupun
membeli produk mereka. Saya juga nampak ramai yang cuba menjual ebook
berkenaan produk informasi mereka seperti bagaimana untuk mencipta laman web
ataupun bagaimana untuk mendapat wang dari Google Adsense tetapi ketinggalan
dalam suatu aspek yang tersangat penting iaitu salesletter mereka. Dalam Bahasa
Melayu surat jualan mereka kurang menyengat. Ada webmaster yang memang
cukup pandai design halaman web dan memang gagah dalam Photoshop dan Flash,
tetapi jualan tetap kosong. Jadi saya bocorkan rahsia-rahsia berikut :
Dalam menjual apa-apa produk, anda mesti pastikan orang yang membaca surat
jualan anda mendapat harapan akan beroleh sesuatu darinya. Anda mesti selalu
gunakan perkataan BAYANGKAN. Bermakna anda mesti mengakibatkan pembaca
anda berimaginasi dan memberi harapan yang positif kepada mereka. Saya
mendapat idea ini dari seorang pembeli nombor ekor yang berbangsa Melayu. Saya
bertanya kepada dia kenapa beli ini sedangkan ia haram dan kebarangkalian untuk
menang adalah hampir 1 ke 1 juta agak-agaknya dan ia memang membuang masa
dan wang. Jawapannya memang mudah seperti begini - Dia membeli nombor ekor
kerana sekurang-kurangnya selama seminggu dia akan ada harapan untuk menjadi
kaya. Selama seminggu dia akan bayangkan ini sehinggalah keputusan nombor ekor
keluar. Kadang-kadang satu ayat sudah cukup untuk menjana harapan! Jadi mula
tukar promosi anda, saya pasti akan ada perubahan kepada promosi-promosi anda.
Pada kebanyakan orang, harapan itu adalah lebih penting dari mendapat sesuatu.
Fasa semasa mnaruh harapan adalah jauh lebih menyeronokkan setelah kita
mendapatnya. Jadi jualkan harapan ini.
Beritahu apa yang ingin mereka dengar dan bukan apa yang mereka tidak mahu
dengar!
Ini kebiasaan dalam apa-apa perniagaan. Tawarkan diskaun yang melampau tetapi
akan habis dalam masa 2 minggu atau lebih kurang begitu. Pembeli atau pembaca
anda kemungkinan tidak mahu mengambil risiko dan terpaksa membeli dengan
harga yang tinggi lalu mereka terdesak untuk membeli dengan harga yang sedia
ada. Anda juga boleh cipta pelbagai gimik seperti 100 orang yang pertama dan lain-
lain lagi. Ini penting bagi memastikan pembeli anda mengesahkan pembelian pada
masa itu juga. Jika mereka balik, mungkin ada kebarangkalian mereka akan berubah
fikiran.
Anda mesti menampakkan diri anda sebagai seorang pakar yang mengetahui segala-
galanya dan telah pun mencuba produk yang anda cuba promosi itu. Contohnya,
tiada siapa akan membeli sebuah buku yang mengajar bagaimana untuk diet dan
menguruskan badan tetapi pengarangnya sendiri gemuk! Kalau anda masih belum
pakar pun, nampak diri anda seorang pakar. Ini sama juga seperti semasa anda
pergi interview kerja.
Jadi seolah-olah pihak ketiga yang memberikan pendapat tentang sesuatu produk.
Mereka tidak perlu tahu anda membuat komisen dari produk ini. Beritahu pembeli
yang anda telah membeli pelbagai buku dan inilah yang terbaik. Tetapi paling
penting anda mesti menampakkan diri anda sebagai seorang pihak ketiga yang tiada
kena mengena atau tidak akan mendapat keuntungan apa-apa dari jualan produk
tersebut.
Anda perlu membangkitkan perasaan takut yang mendalam kepada pembaca atau
pembeli anda. Contohnya, jika anda menjual buku diet, cerita bahawa 50%
penduduk Malaysia mengalami masalah kegemukan dan statistik menunjukkan
kebanyakan akan mengalami masalah sakit jantung menjelang umur 40 tahun! Satu
lagi cara, cetuskan imaginasi yang mereka akan menghadapi masalah yang besar di
hadapan tanpa produk anda.
6. PSIKOLOGI TERBALIK
Anda boleh galakkan pembeli barang lain dan beritahu yang anda mahu lihat mereka
gagal dan terpaksa datang balik beli produk anda!
Cara termudah adalah anda perlu mendaftarkan syarikat dan menjual sebagai
sebuah syarikat. Jika anda menjual sebagai orang perseorangan agak sukar untuk
mendapat kepercayaan. Lagi satu, jika anda selalu masuk forum dan memberi
pendapat, orang akan lebih percaya dengan anda.
Atas ini hanya contoh yang saya berikan. Ini bukan gambaran sebenar kejayaan
jualan atau trafik dari setiap teknik ini. Dari apa yang dilihat, teknik Google Cloaking
di atas yang terbaik, jadi tumpu kepada teknik ini sahaja dengan mencipta lebih
banyak halaman web cloaking. Lagi sekali ini hanya contoh, anda perlu lakukan
kajian anda sendiri.
Lagi satu, mungkin anda perlu membetulkan surat jualan anda supaya dapat
menaikkan jualan. Kerana itu adalah penting untuk anda mengkaji klikthru serta
jualan anda. Satu lagi mungkin produk affiliate yang anda jual itu kurang
menyengat, tukar ke produk lain segera. Ini penting jika anda menganalisa kejayaan
jualan anda. Ini dapat dilihat jika anda hantar trafik yang banyak tetapi hanya
beberapa peratus sahaja membeli. Contohnya, banyak trafik autosurf adalah trafik
sampah kerana mereka-mereka ini tidak akan melawat halaman web anda. Mereka
menyertai autosurf semata-mata untuk menjana wang sahaja.
Maka dengan itu, anda sudah tahu segala rahsia promosi Internet ini. Sekarang
dalam masa 5 minit, cuba lakarkan sebuat surat jualan yang anda akan gunakan
untuk promosi pertama anda. Pastikan ia mengandungi element-element yang saya
sebut tadi.
Selamat Mencuba!
Bab 10
Di dalam Bab ini, saya bukan bermaksud menunjukkan segala isu-isu teknikal
bagaimana membina halaman web dan lain-lain. Saya memberi sedikit tip
bagaimana untuk memastikan anda boleh terus bangun dan bina halaman web anda
dalam sekelip mata.
Saya sebenarnya kurang menggalakkan anda membina laman web anda sendiri
kecuali anda ingin menggunakannya untuk menjual barangan/ebook anda.
Bagaimanapun, pada saya kalau anda masih seorang beginner atau seorang yang
masih mula berjinak-jinak dengan dunia Internet, lebih baik anda membina blog
atau mempromosi terus sahaja seperti yang saya cerita sebelum ini. Bagaimanapun,
ini cara yang PALING CEPAT dan mudah untuk anda membina halaman web anda.
http://www.freewebsiteproviders.com/url-redirection.htm
atau yang berbayar dengan pergi ke http://godaddy.com. Anda perlu kad kredit
untuk mendapatkan domain name ini.
Anda tidak perlu pening kepala cuba programming dan lain-lain. Hanya gunakan
Clickbank.com untuk program affiliate anda. Mereka akan uruskan segala-galanya
tanpa anda perlu pening kepala.
Saya ada cerita sebelum ini bagaimana anda boleh mencipta blog anda sendiri
dengan hanya menggunakan http://blogger.com.
Menerima Wang
Ada pelbagai cara untuk menerima wang untuk jualan produk anda. Cara termudah
adalah dengan meminta mereka bank-in ke dalam bank account anda sahaja. Kalau
dari luar negara suruh mereka wire transfer atau telegraphic transfer sahaja. Anda
juga boleh menerima E-Gold untuk jualan barangan anda. Bagi mereka yang mahu
menerima kad kredit, anda boleh gunakan perkhidmatan Paypal.com, checkOut.com,
Ccnow.com, Worldpay.com dan banyak lagi. Anda perlu modal sedikit untuk
menerima wang melalui kad kredit. Bagi yag menjual barangan digital, anda boleh
gunakan perkhidmatan Clickbank.com. Selain dari itu, anda juga boleh menerima
cheque, money order, postal order ataupun tunai sahaja.
Baiklah, dengan cara-cara di atas anda sudah boleh menjual E-Book anda atau apa-
apa barangan sekalipun melalui Internet. Cukup mudah!
Bab 11
Baiklah, tiba masa untuk anda belajar bagaimana untuk menjana wang di dalam
program affiliate MisiJutawan saya. Ini hanya salah satu pilihan dari pelbagai jenis
perniagaan Internet yang telah saya ceritakan sebelum ini.
1. Saya jamin akan bayar komisen kepada anda setiap 2 minggu. Ini adalah
jaminan saya sendiri. Saya akan rugi jika tidak membayar komisen kepada
affiliate-affiliate saya kerana orang akan hilang kepercayaan kepada saya.
Jika saya tiada affiliate maka agak sukar untuk saya menjual E-Book saya ini.
3. Komisen tertinggi! Saya bayar RM20 bagi setiap jualan. Jadi anda tidak
perlu bersusah payah tulis buku, ambil hosting dan menerima wang. Saya
lakukan segala-galanya untuk anda. Anda hanya perlu tunggu duit masuk
bank akaun sahaja.
4. Surat jualan saya POWER! Saya adalah seorang pakar jualan barangan di
Internet. Saya tahu apa yang tersirat di dalam hati setiap pembeli dan
pembaca. Anda tidak perlu lakukan apa-apa, hanya beritahu link sahaja. Saya
lakukan yang selebihnya!
5. Saya gunakan cookie. Jadi apabila anda menghantar link ke saya, saya
sudah tangkap awal-awal affiliate ID anda.
8. Tidak perlu modal. Anda boleh mula dalam masa 5 minit sahaja lagi tanpa
sesen modal. Bagaimanapun, kalau anda gunakan modal, saya jamin anda
akan lebih power!
9. Saya beri bimbingan sampai anda berjaya! Jika anda tidak idea langsung
macam mana hendak mula, anda boleh hubungi saya untuk bimbingan ini.
Baiklah, anda sudah jelas mengapa program affiliate MisiJutawan adalah yang
terbaik. Kita mulakan langkah demi langkah bagaimana anda boleh menjana
KEUNTUNGAN YANG BESAR. Saya akan pastikan anda berjaya.
Isi nama dan alamat email anda. Anda akan menerima email selepas itu.
http://www.misijutawan.com/affiliates
http://www.misijutawan.com/scripts/a.php?a_aid=XX&a_bid=XX
Apabila sesiapa klik pada link di atas, mereka akan ke halaman web affiliate anda.
Jika sesiapa melakukan pembelian, affiliate ID anda akan ditangkap oleh cookie saya
supaya anda dibayar komisen yang sepatutnya. Adalah menjadi motivasi saya
untuk membayar kesemua affiliate saya dalam masa yang ditetapkan. Saya
akan berusaha 100% ke arah ini.
Untuk memendekkan alamat web, ini supaya orang lebih senang taip dan ingat.
Untuk memastikan affiliate ID anda ditangkap oleh kami.
Supaya email-email anda tidak memasuki Spam Folder.
Bagaimana melakukannya?
atau
2. TinyURL.com
http://tinyurl.com/
3. SimURL.com
http://simurl.com/
4. CJB.net
Sila Google.com dan lakukan carian “Make long URL short”. Atau pergi ke:
http://www.freewebsiteproviders.com/url-redirection.htm
Anda juga MESTI melakukan teknik-teknik yang saya cerita dalam control panel
akaun affiliate anda juga. Login sekarang untuk mengikuti teknik-teknik yang pasti
menjana wang besar itu!
TEKNIK 1 – EMAIL
Email kepada semua kawan-kawan anda atau mana-mana mailing list yang anda
sertai alamat halaman web anda. Anda juga boleh emailkan link yang mengandungi
pesanan audio dan video. Sila ke control panel affiliate anda untuk melihat link-link
yang anda boleh gunakan untuk promosi ini.
TEKNIK 2 – YAHOOGROUPS
Pergi ke Yahoogroups.com, lakukan carian keyword-keyword yang relevan dan join
serta postkan message anda ke Yahoogroups-yahoogroups ini.
Saya yakin anda lakukan empat teknik di atas sudah cukup untuk menjana trafik
yang cukup tinggi. Untuk melakukan tracking trafik yang sebenar, anda boleh daftar
seberapa banyak akaun affiliate yang anda mahu. Bagaimanapun, setiap akaun
mesti didaftarkan dengan email akaun yang lain. Dari sini, anda boleh tahu samada
teknik-teknik ini benar-benar berkesan, jika tidak anda boleh hentikan terus teknik
tersebut.
Jika anda berjaya menjana wang dengan teknik-teknik di atas dan sudah berjaya
mendapat habuan komisen anda, saya cadang supaya anda pusingkan 50%
pendapatan yang anda dapat ke dalam pengiklanan supaya pendapatan masa akan
datang anda juga terjamin! Inilah kesilapan besar yang sering dilakukan oleh
Internet Marketer, mereka tidak mahu berbelanja dalam promosi mereka.
Selain dari itu, anda mesti melakukan segala teknik-teknik yang telah saya cerita
dalam Bab 8 sebelum ini. Ini adalah penting untuk memastikan anda maksimakan
promosi produk anda.
Bab 12
Saya berikan di atas contoh yang mudah. Anda perlu menyediakan rancangan
promosi anda sendiri. Ia bergantung kepada keadaan serta kecekapan Internet
masing-masing.
Akhir sekali anda perlu, review apa yang anda telah lakukan dan memastikan anda
lakukan perubahan pada mana-mana kelemahan yang anda dapat kenal pasti.
Sebagai penutup, anda telah belajar segala-galanya. Tiba masa sekarang untuk anda
melakukan segala yang telah di ajar. Bagaimanapun, hanya satu motto yang saya
pegang dalam hidup saya, jangan sekali-kali berputus asa kerana peluang akan
sentiasa ada.
TAMAT
Hakcipta Terpelihara © 2006 MisiJutawan.com 50