Anda di halaman 1dari 3

TUJUAN PANATIA

Berikut adalah di antara beberapa tujuan yang dikenal pasti untuk Panatia Pendidikan Agama Islam bagi pencapaian matlamtnya : 1.1. Memperbaiki dan meningkatkan mutu dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. 2.2. Berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan strategi-strategi mengajar yang inovatif supaya boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan para pelajar terhadap Pembelajaran. 3.3. Memperbaiki prestasi pelajar-pelajar dalam peperiksaan berpandukan kepada sasaran pencapaian yang ditetapkan dalam rancangan akademik sekolah. 4.4. Mewujudkan semangat bekerja sama di antara Panatia Pendidikan Agama Islam dengan Persatuan Agama Islam dan persatuan-persatuan yang lain.

OBJEKTIF PERSATUAN AGAMA ISLAM

1. Melahirkan seorang pelajar yang boleh membaca al-Quran, memahami, mengamali dan menghayati ajaran al-Quran. 2. Seorang pelajar yang sentiasa menghayati dan mengamalkan ajaran Islam. 3. Seorang yang dapat menunaikan sembahyang setiap waktu. 4. Seorang yang dapat mengamali akhlak dan cara hidup Islam yang betul. 5. Seorang pelajar yang beradab , berakhlak dan bersopan di dalam pergaulan dan perhubungan dengan pelbagai lapisan masyarakat. 6. Seorang pelajar yang cemerlang dari segi pemikiran dan ilmunya. 7. Seorang pelajar yang dapat membentuk diri sebagai insan yang soleh dan bertakwa. 8. Seorang pelajar yang berperanan sebagai pendakwah yang sentiasa menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran serta membenci kepada kemungkaran. 9. Seorang pelajar yang sentiasa bersyukur, kuat cita-cita dan sentiasa berfikir untuk kebaikan. 10. Seorang pelajar yang cintakan Allah dan Rasul.

PERSATUAN AGAMA ISLAM


OBJEKTIF

Menyesuai dan memupuk sahsiah Islamiah Membekalkan asas kebolehan hidup yang memampukannya untuk menghadapi alam mukallaf. Menyeimbangkan tuntutan kerohanian dan kebolehan dalam diri kanak-kanak. Mananamkan keimanan bermula daripada generasi muda. Memupuk dan mengembangkan minat untuk terus belajar. Menekankan nilai Islam dan keikhlasan kepada Allah dalam melakukan apa jua tugas dan tanggungjawab. Menyediakan asas pengetahuan asas ketrampilan (psikomotor) Menanam semangat cinta kepada agama dan penghayatan yang berterusan terhadap diri sendiri dan masyarakat.

VISI Institusi Pendidikan Yang Unik, Cemerlang dan Terbilang. MISI Menyediakan Pendidikan Bersepadu di peringkat asas rendah dan menengah. Melaksanakan tarbiyyah yang lengkap dan seimbang di antara pendidikan jasmani, aqli dan rohani. Membina generasi yang bertaqwa, berketrampilan, releven dan komited.