Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: KTE TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA Kod Sekolah: BEB6044

1. Nama Guru NURUL SHAHLIZA BINTI KHAIRUDDIN


Teknologi Maklumat Kominikasi
2. Judul dalam Pembelajaran Berpusatkan 3. Bidang: ICT
Pelajar
4. Tarikh Pembentangan TIADA 5. Masa: TIADA

6. Tempat Pembentangan TIADA


7. Sinopsis

"Kemajuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) yang kian pesat ketika ini telah
mengubah cara hidup seharian. Akses kepada maklumat dan pengetahuan yang dahulunya sukar
kini tidak menjadi masalah lagi tanpa disedari. Komunikasi yang menembusi hampir ke seluruh
pelosok dunia dapat diperolehi secara percuma dan dapat dimanfaatkan tanpa sebarang batas
ruang dan masa. Dari segi pendidikan, secara tidak langsung kemajuan TMK ini mewujudkan
pelajar abad ke-21 yang celik TMK dengan ciri-ciri tersendiri seperti kerap serta cekap
menggunakan pelbagai alat TMK sehingga mewujudkan keakraban yang sukar dipisahkan dan
sering mengharapkan peralatan tersebut digunakan secara meluas dalam proses pembelajaran
mereka. Syarahan ini cuba mengupas sejauh manakah pensyarah bersedia dengan kaedah
pengajaran yang bersesuaian dengan ciri dan keperluan pelajar abad ke-21 ini dan sejauh
manakah pensyarah mampu menghasilkan graduan yang menepati jangkaan masyarakat digital
dan bakal majikan dengan berbekalkan ilmu pengetahuan dan kemahiran di tempat kerja yang
sentiasa pantas berubah. Syarahan ini juga mengetengahkan kaedah Pengajaran Berpusatkan
Pelajar (PBP) berasaskan TMK yang menjadi bidang tumpuan penyelidikan pengarang sejak
tahun 2002. Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) menggunakan teknologi dan kesan agen
pedagogi (avatar) terhadap proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dibincangkan dengan
fokus terhadap bagaimana bahan sumber dan aktiviti yang disediakan dalam pelantar
pembelajaran dapat membantu melaksanakan PBP. Sistem pembelajaran PBP yang
dibangunkan oleh pengarang dengan menggunakan objek pembelajaran, peta minda dan
berfokuskan kolaborasi juga diketengahkan. Penggunaan sistem berasaskan TMK dalam PBP ini
diharapkan dapat melahirkan graduan yang sesuai dan menepati jangkaan masyarakat digital
abad ke-21."

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Memberi pendedahan berkaitan kepentingan ‘Celik IT’ pada zaman yang serba moden ini. Kini
kemahiran menggunakan TMK merupakan keperluan bagi setiap rakyat Malaysia. Penggunaan
TMK dalam bidang pendidikan sangat penting untuk melahirkan pelajar-pelajar yang celik IT pada
abad ke-21. Walau bagaimanapun, setiap perkara ada baik dan buruknya. Kita sebagai pengguna
harus bijak menggunakan teknologi untuk perkara-perkara yang memberi faedah dan kebaikkan
kepada kita.
Lampiran C

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Kandungan dalam ‘e-book’ ini digunakan idea untuk memberi nasihat dan bimbingan kepada
pelajar-pelajar ICT tentang betapa pentingnya kemahiran ICT atau TMK pada zaman yang serba
serbi menggunakan teknologi ini.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ .......................................................
(Nurul Shahliza binti Khairuddin) ( )

Anda mungkin juga menyukai