Anda di halaman 1dari 1

Tugas Guru

Dalam era globalisasi ini, guru telah memainkan peranan yang penting dalam pendidikan.
Terdapat peribahasa Melayu 'guru kencing berdiri, murid kencing berlari' telah membuktikan
betapa pentingnya seorang guru dalam kehidupan murid. Oleh itu, guru mempunyai banyak
tugas yang perlu dilakukan demi melahirkan modal insan yang berdaya saing.

Antaranya, guru perlulah merancang pengajaran harian dengan menyediakan maklumat dan
alat bantu yang sesuai. Hal ini demikian adalah untuk meningkatkan pemahaman pelajar
terhadap kursus pengajaran.

Sebelum mengajar, guru dikehendaki menanda kehadiran murid sama ada hadir, tidak hadir
atau lewat bersekolah. Bagi murid yang tidak hadir dan lewat bersekolah, guru perlu
mengetahui sebabnya untuk membendung masalah disiplin dalam kalangan pelajar.
Kesannya, pihak sekolah dapat mencari jalan penyelesaian masalah yang efisien.

Selain itu, guru juga perlulah memberikan buku kerja kepada murid. Selepas menanda buku
kerja,, guru dapat mengetahui kebolehan murid untuk mengikuti kursus ia. Guru juga dapat
menganalisis kelemahan murid supaya membuat tindakan susulan.

Justeru itu, kertas peperiksaan awam disediakan oleh guru sebelum bermulanya. Kertas
peperiksaan awam membolehkan guru untuk meneliti tahap akademik yang dicapai oleh
murid. Guru juga hendaklah mengisi markah peperiksaan supaya memudahkan pihak
kerajaan mengumpul maklumat tentang purata tahap akademik murid di negara ini.

Anda mungkin juga menyukai