Anda di halaman 1dari 5

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DST TAHUN 2

Tahun: 2 Bidang: Sains Hayat Tajuk: Manusia Standard Kandungan: 1.1 Memahami manusia mempunyai keperluan asas untuk hidup Standard Pembelajaran: 1.1.1 dan 1.1.2

Objektif pembelajaran: Diakhir pengajaran murid-murid berupaya untuk: a) Mengenalpasti keperluan asas manusia iaitu makanan, air, udara dan tempat perlindungan b) menyatakan kepentingan keperluan asas kepada manusia
Masa: 60 minit (2 waktu) FASA Aktiviti 1 : Set induksi Murid melihat gambar gambar yang disediakan. 1.Guru bersoal jawab dengan murid murid mengenai gambar gambar yang telah ditunjukkan tadi. a) Mengapakah kanak kanak itu kelihatan sangat kurus? b) Mengapakah kanak kanak itu tidur di tepi jalan? c) Apakah yang akan terjadi jika kamu menutup hidung kamu selama 10 saat? Aktiviti 2 : 2. Guru mempamerkan beberapa jenis gambar makanan dan minuman. 3. Guru meminta murid murid menamakan jenis jenis makanan dan minuman yang mereka sukai. 4. Guru mempamerkan gambar-gambar tempat perlindungan manusia. 5. Guru meminta murid-murid menamakan jenis tempat perlindungan yang mereka ketahui. Murid murid diminta menyatakan kepentingan makanan dan minuman, tempat perlindungan dan udara kepada mereka. CADANGAN AKTIVITI

Jawapan contoh : Membesar Sihat Kuat Cerdas Melindungi diri dari musuh dan cuaca

Guru membimbing murid untuk menyatakan keperluan asas untuk manusia adalah air,udara, tempat perlindungan dan makanan.

Pentaksiran:

Guru meminta murid-murid menjawab soalan dalam Lembaran Kerja 1 dan 2 Guru mengulangi proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah pengajaran yang sesuai. Murid menyiapkan lembaran kerja 3

Aktiviti pemulihan:

EMK : Keusahawanan Bahan Bantu Mengajar : Gambar gambar, lembaran kerja

REFLEKSI :

LEMBARAN KERJA 1 Nama : __________________ Tahun : ________________

Warnakan keperluan asas yang betul bagi manusia.

makanan rumah pensel

batu udara
minuman

LEMBARAN KERJA 2 Nama : _____________________ Tahun : _______________

Bulatkan keperluan asas mengikut gambar

makanan

Tempat perlindungan per

udara

air

udara

makanan

Tempat perlindungan

air

LEMBARAN KERJA 3 Nama : __________________ Tahun : _______________ Isikan tempat kosong dengan huruf yang betul. 1. Keperluan asas manusia ialah: a) m_k_n_n b) m_n_m_n c) u_a_a d) t_mp_t p_r_i_d_n_a_

Isikan tempat kosong dengan perkataan yang betul. 1. Manusia memerlukan _____________, _____________ ,_____________ dan _____________ untuk terus hidup.

udara
Tempat penginapan

air
makanan