Anda di halaman 1dari 8

KELAS PEMULIHAN JAWI MENGIKUT PANDUAN j-QAF

Pengenalan Konsep Pemulihan Jawi Kelas Pemulihan Jawi ialah pengajaran yang dilaksanakan oleh guru Kelas pemulihan Jawi jQAF untuk memulihkan murid yang keciciran dalam jawi. kelas ini dijalankan serentak dengan jadual waktu persekolahan sedia ada.Murid yang keciciran dalam jawi akan dipulihkan dengan sekurang-kurangnya dapat mengenal,menyebut, dan menulis huruf-huruf tunggal, suku kata terbuka, suku kata tertutup dan perkataan mudah yang dibina daripada suku kata terbuka dan suku kata tertutup. Kumpulan sasaran ialah murid-murid tahun satu yang tidak dapat melepasi ujian khas seperti tidak mengenal huruf tunggal atau suku kata terbuka. Mata pelajaran ini hendaklah menggunakan pendekatan yang dapat menarik minat murid-murid, mudah dan tidak membebankan. Pendekatan tersebut hendaklah lebih berkesan dan sesuai dengan tahap kemampuan murid-murid bagi memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran jawi serta menarik minat mereka untuk terus belajar sehingga mampu membaca dan menulis jawi.

KAEDAH PENGAJARAN JAWI


Teknik-teknik pembelajaran yang baik merupakan satu kaedah dalam usaha kita menghadapi pelajaran yang terbaik sebagai langkah untuk memperolehi kejayaan yang cemerlang di dalam bidang pembelajaran. Pelajar perlu memahami bahawa tidak ada satu formula yang mesti dan tepat bagi merumuskan satu kaedah yang paling baik untuk menghadapi pelajaran melainkan ia banyak bergantung kepada diri pelajar itu sendiri.

PENGAJARAN JAWI KEKUATAN DAN KELEMAHAN


KAEDAH PERMAINAN DAN NYANYIAN
1. Permainan adalah satu kaedah pengajaran yang akan dapat mengembangkan daya kreativiti dan memupuk minat terhadap Jawi. Penggunaan aktiviti permainan sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam dan luar bilik darjah adalah berlandaskan prinsip bermain sambil belajar . Tidak dinafikan, pengajaran pemulihan jawi akan menjadi lebih berkesan sekiranya dilaksanakan dengan inovasi pembelajaran yang menggunakan kaedah permainan. Inovasi ini memberi suntikan semangat untuk pelajar-pelajar mempelajari jawi dengan lebih intensif dan menarik. Contoh Pelaksanaan di dalam kelas

Tahun

1 Kreatif & 1 Inovatif

Bilangan Murid 25 orang Masa 60 minit

tajuk Objektif

Membaca dan menulis suku kata terbuka daripada huruf ba dan ta I. Murid boleh membaca suku kata terbuka daripada hurufl ba dan taII. Murid boleh menulis huruf konsonan ba dan ta yang disambung dengan huruf vokal alif, wa dan ya Dari mudah kepada susah Langkah 11.1 Guru memperkenalkan huruf dan bentuk-bentuk huruf(a) Menggunakan mounting board (kad imbasan)(b) Membentuk huruf ba dan ta dengan menggunakan plastesin1.2 Menyebut huruf secara latih tubi, individu, jantina dan kumpulan1.3 Guru memperkenalkan huruf vokal alif, wau dan ya 1.4 Latih tubi membaca suku kataLangkah 2Membina dan menulis perkataan daripada suku kata yang telah dipelajari. Guru juga boleh menggunakan teknik2.1 Tunjuk cara- teknik yang digunakan oleh guru sewaktu menjalankan pengajaran yang memerlukan pelajar menguasai sesuatu kemahiran terlebih dahulusebelum aktiviti sebenar dijalankanContoh: = + = + = + 2.1 Sumbangsaran-guru meminta murid merekacipta perkataan daripada suku kata yang telah dipelajariII.2Penyelesaian masalah- guru menyediakan beberapa perkataan baru di dalam tulisan rumi. Pelajar dikehendaki membuat aplikasi berdasarkan kemahiran yang telah dipelajari tadi.Langkah 3Bermain permainan pancing ikan.Alatan: Objek ikan dikerat duaBatang pancingKad suku kataPersediaanObjek ikan diperbuat daripada polistrin atau kad manilaLetakkan magnet pada ikan dan tali pancing Cara permainan: Permainan dijalankan secara berkumpulan Pelajar dikehendaki mencantumkan kepala dan ekor ikan bagi membentuk perkataan Kumpulan yang berjaya memancing dan menyusun suku kata menjadi perkataan dengan pantas dikira sebagai pemenang.

Strategi Cadangan aktiviti

Menyanyi lagu vokal dan suku kata berdasarkan suku kata yang dipelajari. KEKUATAN Guru tidak membelakangkan murid semasa proses P&Guru dapat mengenal dengan mudah kemampuan/kelemahan mereka.&Melatih murid berinteraksi dengan bebas sesama mereka.&Penglibatan daripada semua murid.&Murid tidak merasa bosan atau jemu& & P berjalan.

KELEMAHAN Memerlukan peruntukan kewangan&Tidak semua tajuk mata pelajaran dapat digunakan dalam kaedah ini.&Sedikit membebankan guru menyediakan BBM. &Murid yang cergas sahaja dapat menerima pengajaran guru.&

2.KAEDAH PANDANG SEBUT


KEKUATAN Melahirkan kepimpinan murid&Menambah minat membaca Al-Quran.&Mengasah potensi di kalangan murid-murid.&Keyakinan diri pelajar semakin bertambah.&Murid berani mencuba.&Semua murid terlibat.&Mendapat bimbingan secara langsung daripada guru.& KELEMAHAN Murid yang lemah rasa rendah diri.&Perancangan dan persediaan yang teliti. &Memerlukan guru yang mahir dalam kaedah ini.&

3.KAEDAH LATIH TUBI


Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari. Teknik ini dikenali juga dengan teknik menghafaz. KEKUATAN Menambah minat&Melahirkan sikap berani mencuba di kalangan murid-murid.&Penglibatan semua murid.&Melahirkan sifat kepimpinan di kalangan murid-murid.&Mengasah potensi muridmurid.&Keyakinan diri murid bertambah.&Mendapat bimbingan secara langsung daripada guru.&ayat atau mengingat fakta-fakta penting. &Mencapai taraf penguasaan kemahiran di samping menjamin kekekalannya. & KELEMAHAN Sebelum pengajaran dijalankan guru seharusnya membuat perancangan dan persediaan yang teliti.&Memerlukan guru yang mahir dalam menjalankan kaedah ini semasa mengajar &Murid tidak dapat menghasilkan kretiviti sendiri&Menghadkan kebebasan berfikir murid&

4. KAEDAH IMLAK
Imlak (dictate) bermaksud pembacaan dengan suara yang lantang sesuatu sumber (perkataan, frasa, ayat) untuk ditulis oleh orang lain.Pengimlakan melibatkan dua kemahiran berbahasa iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran menulis secara mekanis. Menulis secara mekanis dalam imlak ialah menyalin unit bahasa sama ada huruf, suku kata, perkataan, ayat atau wacana. KEKUATAN Murid dapat me&Guru tidak membelakangkan murid semasa proses P&Membantu murid dalam bentuk membuat nota-nota ringkas.&Melatih pendengaran pada sebutan intonasi perkataan dan ayat.&Mengukuhkan ejaan.&Penglibatan daripada semua murid.&nggunakan kemahiran mendengar dengan jelas. & P berjalan.

KELEMAHAN Murid yang lemah cepat bosan dan mula buat aktiviti sendiri.&Murid yang mempunyai masalah pendengaran akan ketinggalan&Murid yang cerdas sahaja dapat menerima pengajaran guru.&Penglibatan daripada semua murid.&Murid dapat menggunakan kemahiran mendengar dengan jelas.&Murid yang mempunyai masalah pendengaran tidak dapat mengikuti dengan baik.5.&Perancangan dan persediaan yang teliti.&Memerlukan guru yang mahir dalam kaedah ini.&

5.KAEDAH MENGEJA
KEKUATAN Penglibatan daripada semua murid.&Murid dapat menggunakan kemahiran mendengar dengan jelas.& KELEMAHAN Murid yang lemah cepat bosan dan mula buat aktiviti sendiri.&Murid yang mempunyai masalah pendengaran akan ketinggalan&Murid yang cerdas sahaja dapat menerima pengajaran guru.&

6.KAEDAH KEFAHAMAN
KEKUATAN Melahirkan sikap berani mencuba di kalangan murid-murid.&Penglibatan semua murid.&Melahirkan sifat kepimpinan di kalangan murid-murid.&Mengasah potensi muridmurid.&Keyakinan diri murid bertambah.&Mendapat bimbingan secara langsung daripada guru.& KELEMAHAN Murid yang lemah rasa rendah diri.&Sebelum pengajaran dijalankan guru seharusnya membuat perancangan dan persediaan yang teliti.&Memerlukan guru yang mahir dalam menjalankan kaedah ini semasa mengajar Jawi ini.&

7.KAEDAH HURUF
KEKUATAN Mengasah potensi di kalangan murid-murid.&Keyakinan diri pelajar semakin bertambah.&Murid berani mencuba.&Semua murid terlibat.&Mendapat bimbingan secara langsung daripada guru.& KELEMAHAN Murid yang lemah rasa rendah diri.&Perancangan dan persediaan yang teliti.&Memerlukan guru yang mahir dalam kaedah ini.&

8.KAEDAH PENGAYAAN
Pengayaan adalah sejenis aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar untuk memberi peluang kepada murid-murid meningkatkan pencapaian mereka. Biasanya aktiviti ini diberikan kepada murid yang telah berjaya menguasai satu atau beberapa kemahiran asas tertentu. KEKUATAN

Pengayaan adalah sejenis aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar untuk memberi peluang kepada murid-murid meningkatkan pencapaian mereka. Biasanya aktiviti ini diberikan kepada murid yang telah berjaya menguasai satu atau beberapa kemahiran asas tertentu. KELEMAHAN Murid cepat bosan kerana banyak aktiviti yang terpaksa mereka buat.&Murid yang cerdas sahaja dapat menerima pengajaran guru.&

REFLEKSI PELAKSANAAN PEMBELAJARAN PEMULIHAN JAWI


Konsep kelas pemulihan jawi yang dlaksanakan di bawah j-Qaf adalah satu alternatif yang harus diberi pujian kerana ia adalah usaha murni untuk memartabatkan jawi seterusnya dapat melahirkan insan yang berakhlak mulia. Ini adalah kerana murid yang celik Jawi dapat menguasai pelajaran Agama dengan lebih mudah. Pelaksanaan pemulihan Jawi sedikit sebanyak dapat membantu murid yang lemah, dengan wujudnya kelas ini dapat memberi peluang kepada guru untuk menumpukan perhatian kepada proses pengajaran mereka walaubagamanapun pelaksanaan pengajaran Jawi tidak dapat lari daripada kebaikan dan kelemahannya. Sepanjang tempoh saya mengajar atau bertindak sebagai guru pemulihan Jawi terdapat kelebihannya dari segi proses P & P yang lebih kepada permainan.Ini dapat menarik minat pelajar untuk meneruskan pembelajaran. Terdapat pelbagai teknik yang boleh dlaksanakan seperti yang telah diterangkan dibawah tajuk kaedah pengajaran Jawi, namun masih ada kelemahan dari segi pelaksanaan kerana mungkin di sekolah yang saya mengajar terdapat ramai murid pemulihan kerana kelas kami digabungkan iaitu dua dalam satu. Ini manyebabkan guru tidak dapat memberi tumpuan yang lebih kepada mereka yang lemah. Alatalat permainan juga terhad, jadi tidak semua murid dapat mengambil bahagian .Ini menimbulkan rasa tidak puas hati mereka. Selain daripada itu peruntukan masa untuk pemulihan jawi hanya sejam seminggu, pada pendapat saya ia tidak mencukupi kerana mereka perlu diberi latihan yang banyak terutama dari segi penulisan. Sebagai tindakan , sebagai guru pemulihan jawi, teknik yang pelbagai perlu di aplikasikan agar proses p & p dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Guru juga tidak seharusnya bergantung kepada ABM yang disediakn oleh jabatan sebaliknya menggunakan kreativiti sendiri untuk mempelbagaikan teknik dan strategi. Selain daripada itu kelas pemulihan Jawi memerlukan ramai guru terutama bagi kelas yang mempunyai ramai murid khasnya seperti sekolah kami yang menggabungkan dua kelas pada satu masa. Bilangan murid yang ramai tidak membolehkan kami mengenalpasti masalah murid dengan teliti serta tidak dapat memberi bimbingan dan tunjuk ajar yang lebih efektif dan berkesan. PENUTUP Alhamdulillah dengan keizinanNya tugasan ini dapat disiapkan. Harapan saya(hamba Allah) semoga tugasan ini dapat memberi sedikit panduan untuk pembelajaran jawi yang dijalankan di sekolah. Dikesempatan ini juga saya ingin memohon kemaafan di atas segala kekurangan dan cacat cela yang terdapat dalam folio ini.(hamba Allah, unknown forward e.mail)

BIBLIOGRAFI Che Siah Che Man,( 2006). Pendekatan Pengajaran Jawi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Buku Panduan Perlaksanaan Model-Model Pengajaran dan Pembelajaran dan Kokurikulum,( 2004).Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pedoman

Takwim Hijrah

e-mail: ibnuziad@live.com

Selamat Datang..

Assalamu A'laikum.. Selamat Datang... & Selamat Membaca... Wallahu A'lamm..

Cari Perkataan Tajuk

Tajuk
ko korikulum Latihan 5 pengukuran dan penilaian Metodologi Pengajaran Ugama Metod Pengajaran JawiPengurusan&Pentadbiran sekolah Penilaian&PengukuranPerkembangan Pendidikan di Brunei 1954-1984 Psaikoloji P&Preview Pelawat SPN21

Matapelajaran

Website

e-mail KUPU SB KUPU SB Lagu-lagu pilihan Pelita Brunei Top 10 wayang

Pesanan/Komen Terbaru
ibnuziad on Nota kelas Metod 2010 farah on Kemahiran Menyoal 2010 in review on Metod Penulisan Jawi
VodPodPod

Inception folders!!! 3115views 10 May 11

SNL Does the Republican Debate, with Tina Fey back as Sarah Palin 4670views 09 May 11

2 Lamborghini Aventadors chasing one another near Rome HD 5874views 29 Apr 11

Watch: Jennifer Egan on Her Pulitzer Prize-Winning Novel 11807views 20 Apr 11

Minnesota The New Surfing Destination? 4881views 11 Apr 11

follow me on vodpod

Pelawat

7,563 hits

Anda mungkin juga menyukai