Anda di halaman 1dari 3

SKRIP PENGACARA MAJLIS PEMBUBARAN BWP

ATURCARA SKRIP UCAPAN


Perarakan masuk
Para hadirin diminta bersedia, majlis akan bermula sebentar lagi.

Mengumumkan ketibaan,barisan pengurusan Maktab Rendah Sains Mara


Betong,ketua-ketua jabatan diiringi oleh Badan Wakil Pelajar 2022/2023.

Lagu
Bagi memulakan majlis kita pada hari ini, hadirin diminta untuk kekal
berdiri,bagi menyanyikan lagu Negaraku, Ibu Pertiwiku dan Amanah
Rakyat.

Hadirin dipersilakan duduk

Ucapan alu-aluan
Indah berbalam si awan petang,
Berarak di celah pepohon ara:
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Bismilahhirrahmanirrahim…
Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada

Puan Ramlah Binti Salleh


Pengetua MRSM Betong

Encik Hafizan bin Mohd Hassan


Timbalan Pengetua Kecermelangan Akademik

Encik Wan Azizul bin Wan Mohamed Nor


Timbalan Pengetua Pembangunan Pelajar

Encik Mohd Hafis Bin Idris


TImbalan Pengetua Pembangunan Bakat

Guru-guru serta rakan-rakan pelajar yang dikasihi sekalian.

Selamat datang ke majlis pembubaran Badan Wakil Pelajar (BWP) sesi


2022/2023 dan pencalonan Badan Wakil Pelajar bagi sesi 2023/2024.

Bacaan Doa
Bagi memberkati perjalanan majlis yang bermakna ini, dijemput saudara
Ahmad Syazani Bin Ahmat Daud selaku Biro Kerohanian untuk
memimpin bacaan doa

Dipersilakan…
Amin Amin YA Rabbal ‘ Alamin
Terima kasih kepada saudara Ahmad Syazani atas bacaan doa sebentar
tadi.

Ucapan Bendahari
Keormat Majlis diteruskan dengan menjemput Thaddius Arthur Yulus Bendahari
Kehormat Badan Wakil Pelajar untuk menyampaikan ucapan beliau.

Dipersilakan.
UCAPAN BENDAHARI

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada saudara Thaddius Arthur


Yulus atas ucapan sebentar tadi.

Ucapan Presiden
BWP Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Naufal Qusairy Bin Rosli,
Presiden Badan Wakil Peljar 22/23 untuk menyampaikan ucapan beliau.

Dipersilakan.

UCAPAN PRESIDEN

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada saudara Naufal Qusairy


atas ucapan sebentar tadi

Montaj BWP Masa yang dinanti-nantikan telah pun tiba,


Dengan ini,marilah kita sama-sama saksikan tayangan montaj sepanjang
pembubaran Badan Wakil Pelajar 2022/2023

Begitulah tadi tayangan montaj ikhlas daripada Badan Wakil Pelajar


2022/2023.
Ucapan pengetua
Seterusnya, Majlis diteruskan dengan menjemput yang berusaha Puan
Ramlah binti Salleh,Pengetua MRSM Betong untuk menyampaikan ucapan
sekaligus mengisytiharkan pembubaran Badan Wakil Pelajar 2022/2023.
Dengan segala hormatnya,dipersilakan.

UCAPAN PENGETUA

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada puan pengetua atas


ucapan dan pengisytiharan pembubaran Badan Wakil Pelajar 2022/2023
sebentar tadi.

Pencalonan BWP
Majlis diteruskan lagi dengan agenda terakhir mesyuarat hari ini iaitu
pencalonan BWP sesi 2021/2022.
Oleh itu, majlis menjemput Encik Khairdil Bin Suut, wakil Suruhanjaya
Pilihanraya MRSM Betong untuk membentangkan senarai pencalonan
BWP sesi 2021/2022.

Majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Encik Khairdil Bin Suut, wakil Suruhanjaya
Pilihanraya atas pembentangan sebentar tadi.

Pengumuman Untuk makluman warga MRSM Betong, manifesto calon adalah pada
30 Julai 2021 manakala pilihanraya akan berlangsung pada
31 Julai 2021. Selamat berjaya kepada calon yang akan bertanding!

Hadirin sekalian, dengan pembentangan pencalonan itu tadi, maka


berakhirlah majlis kita pada hari ini. Pihak majlis mewakili seluruh warga
MRSM Betong ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
semua ahli Badan Wakil Pelajar sesi 2022/2023 atas komitmen dan jasa
yang ditaburkan sepanjang penggal ini. Diharapkan semoga saudara dan
saudari sekalian akan terus maju dalam bidang kepimpinan pada masa
hadapan.

Sekian, terima kasih.

Lagu Maktab Bagi mengakhiri majlis kita pada hari ini, hadirin diminta berdiri bagi
bersama-sama menyanyikan lagu Maktab

Penutup Demikian, berakhirnya majlis kita pada hari ini.

Sekian,wabilahitaufikwahidayah, wasalamualaikum,warahmatuallahi,
wabaratuh

Para guru dipersilakan untuk bergerak dari Dewan Gemilang dan para
pelajar mohon berdiri untuk mengiringi perjalanan keluar para guru

Anda mungkin juga menyukai