Anda di halaman 1dari 2

BAB 3 : ZAMAN PRASEJARAH

SOALAN STRUKTUR

3.5 Zaman Prasejarah di Malaysia

1. Penemuan tinggalan manusia Zaman Prasejarah menunjukkan manusia telah menetap


di negara kita sejak 40,000 tahun dahulu.
a) Jelaskan ekonomi masyarakat Zaman Prasejarah di negara kita. ( 6m )
b) Gambar berikut menunjukkan peralatan yang dihasilkan dan digunakan oleh
manusia Zaman Prasejarah di negara kita.. ( 6m )

Apakah kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan penemuan peralatan Zaman


Prasejarah tersebut?
c) Sebagai rakyat Malaysia, kita patut bersyukur dengan kemajuan yang dicapai oleh
negara kita pada hari ini. Setujukah anda dengan pernyataan di atas? Berikan
alasan anda. ( 8m )

a) Ekonomi masyarakat Zaman Prasejarah di negara kita ialah mereka memburu


binatang dan mengumpul hasil hutan yang merupakan aktiviti penting yang dijalankan
oleh masyarakat Zaman Paleolitik hingga Zaman Hoabinhian. Aktiviti ini berbentuk
sara diri sepenuhnya.
Seterusnya mereka menjalankan kegiatan pertanian yang dijalankan oleh
masyarakat Neolitik. Aktiviti menanam padi dijalankan di pinggir sungai dan lembah
yang subur. Contohnya, di Hulu Tembeling, Pahang. Peralatan yang digunakan untuk
menuai padi ialah "Pisau Tembeling" di Pahang. Lebihan padi menjadi barang
pertukaran dalam masyarakat ketika itu.
Selain itu, mereka menjalankan kegiatan perdagangan. Kegiatan perdagangan
ini dijalankan oleh masyarakat Zaman Logam. Mereka menjalankan kegiatan
perdagangan melalui sistem pertukaran barang. Kegiatan perdagangan dijalankan
melalui laluan darat atau maritim. Antara barang dagangan yang penting termasuklah
loceng dan gendang gangsa.

b) Kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan penemuan peralatan Zaman Prasejarah


tersebut ialah pelbagai peralatan batu dan logam ditemui membuktikan manusia
Zaman Prasejarah di Malaysia telah mempunyai kemahiran untuk menghasilkan
peralatan batu dan logam. Peralatan ini digunakan dalam kehidupan harian untuk
memotong, menetak atau memecah tulang.
Peralatan batu Paleolitik ditemui di Kota Tampan, Perak dan Tingkayu, Sabah
dapat membuktikan bahawa wujudnya bengkel membuat peralatan batu. Peralatan
batu Zaman Neolitik dijumpai di Hulu Perak dapat membuktikan bahawa manusia
telah tahu menggilap alatan tersebut. Peralatan logam ditemui di Klang, Selangor
membuktikan wujudnya Zaman Logam di Malaysia.

c) Kita patut bersyukur dengan kemajuan yang dicapai oleh negara kita pada
hari ini kerana banyak kemudahan disediakan oleh kerajan Malaysia. Contohnya
sistem pengangkutan, sistem pendidikan dan perkhidmatan kesihatan. Kita dapat
menikmati keselesaan hidup dengan adanya bahan makanan yang mencukupi dan
segala kemudahan disediakan.
Seterusnya, negara kita aman dan damai membolehkan kita bebas bergerak ke
mana-mana sahaja dalam keadaan yang selamat tanpa ancaman musuh dari luar.
Selain itu, negara kita kaya dengan pelbagai jenis sumber bumi yang dimajukan oleh
sektor awam dan sektor swasta dan membawa kemajuan kepada negara.
Akhir sekali kerana kita mempunyai pemimpin negara yang bijaksana dalam
memastikan kestabilan politik negara terpelihara dengan menggubal dasar-dasar
pembangunan negara yang membawa kemajuan negara dalam pelbagai aspek.

Anda mungkin juga menyukai