Anda di halaman 1dari 11

Udang butter Bahan-bahan ( 5 orang )

udang 1 kg (saiz M atau L) BAHAN2 UNTUK GORENG UDANG - minyak masak 5 sudu - bawang putih 4 ulas (dicincang halus) - daun kari (1 tangkai, ambil daun shj) - cili api 5 biji dipotong kecil2 (ubah ikut selera) - susu cair / susu segar (4 sudu) - garam secukup rasa BAHAN2 UNTUK SERDAK RANGUP (yg penting, adalah cara memasak nnt) - 7 biji telur (ambil kuning sahaja) - butter 7 sudu besar / 1 senduk besar - minyak masak 1 cawan - garam secukup rasa - perisa ayam (maggie)secukupnya

Cara-cara
1. CARA MASAK UDANG, lumurkan udang dengan garam

2. goreng udang dengan minyak yg panas 3/4 masak. ketepikan 3. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih hingga naik bau. masukkan daun kari hingga naik bau, dan campurkan susu, garam, cili api. Masukkan udang yg telah di goreng tadi dan gaul hingga sebati. Ketepikan 4. CARA MASAK SERDAK (SILA FOKUS). Pukul telur kuning tadi bersama garam dan perisa ayam 5. Di dalam kuali, panaskan butter hingga separuh cair. Kemudian tambahkan minyak masak (memang nampak banyak minyak). Pastikan ketika ini, guna api besar kerana permulaan, minyak perlu betul2 panas. Kalau guna butter shj, nnt akan jadi gelap. Minyak akan cepatkan proses pencairan dan pastikan warna minyak 6. Bila semua butter dah cair, slowkan api ke tahap sederhana.. kacau minyak tersebut dlm putaran jam dgn laju (hingga nampak pusaran). sambil tgn kanan mengacau minyak, tangan kiri masukkan sikit2 bancuhan telur tadi . 7. langkah ke 6 ni perlu dilakukan dengan putaran yg pantas tetapi selamat. putaran yang pantas dan minyak yg banyak akan menghasilkan serdak halus. bila halus, ia akan jadi rangup. 8. sesudah itu, serdak akan nampak berminyak. dengan pantas, perlu toskan serdak drp minyak (guna sudip berlubang, tekan2 manja supaya minyak cepat jatuh). sekiranya lambat, serdak akan 'serap' minyak dan tidak jadi rangup lagi. Minyak dalam kuali juga nampak keruh. 9. gaulkan udang yg telah di goreng tadi bersama serdak2 tersebut 10. lapkan peluh anda atas usaha membuat putaran serdak! ;-) siap utk di makan KEK PISANG 2 cwn tepung gandum 1 s/k baking powder 1 s/k soda bikarbonat 1 cawan gula 3 biji pisang yang telak dilenyek 1/2 cawan minyak masak esen vanila 2 biji telur caranya 1. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder, gliss acuan kek dan panaskan oven 180darjah. 2. Kemudian, putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanila dan pisang, putar lagi dan kemudian masukkan tepung. 3.Akhir sekali baru masukkan minyak masak dan kacau sebati, selepas itu masukkan dalam acuan kek dan bakar pada suhu 180 darjah selama 40 minit atau satu jam.

4. Setelah siap dibakar, keluarkan dari acuan dan sejukkan atas redai, sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.

Biskut Almon Landon Bahan-bahan ( +/- 150 biji )


250 gm mentega 125 gm gula halus 1 biji telur 1 tsp esen vanilla 50 gm serbuk badam (optional) 200 gm tepung jagung 300 gm tepung gandum 2 sudu tepung beras 1 tsp baking powder 200 gm kacang badam (digoreng tanpa minyak) 50 gm badam cincang (utk hiasan) +/- 700 gm coklat (compound coklat lebih baik dr cooking coklat)

Cara-cara 1. 2. 3. 4. Pukul mentega dengan gula hingga kembang Masukkan telur, esen vanilla dan dipukul lagi. Masukkan serbuk badam, kacau Ayak bersama tepung jagung, tepung beras, baking powder dan gaulkan bersama adunan tadi 5. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh 6. Bentukkan doh menjadi bulat-bulat kecil/lonjong & masukkan kacang didalamnyer. 7. Letakkan diatas dulang pembakar yg telah dilenserkan sedikit mentega 8. Bakar pada suhu 200'c.d selama 20 minit 9. Cairkan coklat masak dengan kaedah "double-boil" 10. Masukkan biskut tadi kedalam mangkuk kertas dan tuang atau celup coklat masak. (Saya guna pipe untuk sadur coklat...x comot sgt!!) Taburkan sedikit badam cincang utk hiasan 11. Biarkan ia kering seketika dan sedia dimakan atau disimpan. Resepi Mee Goreng Mamak by kak ina kl on Ahad, Jun 19, 2011

Apa hallah tak tenguk video tu..tak taulah problem apa. Nanti try lagilah.

Tiap-tiap hari kecuali hari Jumaat akak kena buat makanan setiap pagi sebab hb bawa bekal ke pejabat. Dia malas nak gi keluar bila waktu lunch. Jadi kenalah tukar stail goreng mee, sekejap goreng mee stail melayu, kadangkala goreng mee stail omputih (spagetti) dan goreng stail mamak. Resepi ulangan ni. Bahan

500 gm mee kuning 100 gm daging -hiris nipis(akak tukar sotong dan udang) 100 gm fish cake -akak tukar ke fish ball 1 cawan taugeh-tak letak 1 mangkuk sawi [potong kecil]akak ganti kobis dan daun kucai 3 sudu cili mesin.~~ nak pedas bubuhlah lebih 1 sudu rempah kari 3 sudu kicap pekat 2 sudu minyak masak 1 labu bawang besar [cincang halus] 1 cawan putih telur 3 biji cili hijau [hiris nipis]tukar ke cili merah

Cara. 1. Panaskan minyak. Masukkan bawang dan cili & rempah dan biarkan garing dan wangi. 2. Masukkan daging (udang/sotong) dan kacau rata. 3. Masukkan fish cake. Biar sebentar. 4. Masukkan kicap dan mee. Kacau rata. 5. Masukkan taugeh dan sawi.

6. Ketepikan mee dan masukkan telur di tengah-tengah kuali. 7. Biarkan telur tu masak sikit barulah dikacau dan gaul rata. 8. Masakkan mee agak kering. 9. Hidangkan dalam pinggan leper dan hiaskan

Bahan-Bahan: Bahan utama: 2 kg mee kuning 3 biji bawang putih 4 biji bawang merah 4 batang sawi (dipotong) 1 mangkuk kecil taugeh 1 biji tauhu keras (digoreng dan dipotong kecil) 2 biji telur 1 biji tomato (dipotong kecil) 60 gm isi udang dan isi ayam 1 cawan cili boh 2 sudu sos tomato 1 sudu kicap pekat 1 sudu kicap cair Sedikit minyak untuk menumis Bahan untuk hiasan: Cili merah (dihiris) Daun bawang (dihiris) Bawang goreng Limau nipis Cara: Buatkan dahulu sambal untuk menumis mee dengan menumis sedikit bawang dengan cili boh sehingga masak. Campurkan sedikit gula dan asingkan. Panaskan kuali dan tumiskan bawang selebihnya sehingga naik baunya. Kemudian masukkan isi udang atau isi ayam dan kacau sehingga masak. Masukkan sawi, tauhu dan tomato. kacau seketika . Kemudian masukkan mee, taugeh, tomato sos, kicap dan sambal tadi. Kacau sehingga 3 3/4 masak. Akhir sekali tolakkan sedikit mee ke tepi dan letakkan sedikit minyak. Kemudian pecahkan telur, ratakan sedikit. Apabila telur sudah sedikit masak, gaulkan kembali dengan mee, kacau seketika.

Mee Bandung Bahan-bahan untuk kuah: Utk dimesin 5 ~ 6 ulas bawang merah 3 ulas bawang puteh 10 tangkai cili kering ~ dipotong & rebus hingga lembut segenggam kacang tanah ~ digoreng dan dimesin halus 1 paket udang kering (2 1/2 sudu besar) ~ dimesin bersama kacang tanah 300 gram daging ~ potong nipis 4 biji telur

2 sudu sos tomato 4 sudu sos cili Sedikit minyak masak ~ utk menumis Garam secukup rasa 2 sudu besar gula air secukupnya 1 ikat sawi ~ dicelur 2 helai daun kubis ~ tak letak 4 batang jagung muda ~ tak letak 2 bungkus mee kuning ~ dicelur limau kasturi ~ optional daun sup ~ optional tauhu goreng ~ optional bawang goreng ~ optional Bahan-bahan untuk cili jeruk 3 tangkai cili merah ~ dihiris tebal 3 tangkai cili hijau ~ dihiris tebal sedikit air panas 1 sudu cuka sedikit garam Cara2. 1. Sediakan dahulu cili jeruk dengan mencampurkan semua bahan2nya & biarkan cili terendam dengan bekas yang bertutup. 2. Panaskan sedikit minyak, dan tumiskan kesemua bahan-bahan yg telah dimesin sehingga naik baunya. 3. Masukkan 3 mangkuk air bersama daging (Saya masukkan dlm 1 2/3 blender air untuk empukkan daging) 4. Setelah daging empuk, masukkan pula kacang tanah dan udang kering yang telah dimesin tadi. 5. Setelah beberapa minit, masukkan sos cili, sos tomato, garam & gula secukup rasa. Nota Sabrina: ** kalau ikutkan resepi mee bandung Muar yang asli, tak ada letak sos tapi Sab degil.. nak letak gaks.. hehehe Ampun Mak 6. Kacau rata semua bahan dan kemudian keluarkan daging dari periuk. 7. Pecahkan telur sebiji demi sebiji ke dalam periuk (lebih selamat pecahkan dulu dalam mangkuk lain sebelum dimasukkan ke periuk bimbang jika ada telur yg busuk) dan perlahan kan api dapur. Biarkan sehingga telur masak. 8. Setelah telur masak, masukkan kembali daging yang dikeluarkan tadi. Nota Sabrina: ** Sab buat macam ni supaya telur tu tak bercampur dengan daging, nanti buruk rupanya.. hehehe 9. Setelah siap semuanya, boleh lah dihidang dengan mee, sayur sawi dan juga cili jeruk. (saya campurkan sekali sayur2an di dalam kuah selepas telur dah masak.. kemudian barulah masukkan daging) Nota MaDiHaA : Kepekatan kuah terpulang pada selera individu jadi jumlah air yang dimasukkan ikut keperluan masing2 ye.

Nota MaDiHaA : Kepekatan kuah terpulang pada selera individu jadi jumlah air yang dimasukkan ikut keperluan masing2 ye. Udang butter
Bahan-Bahan: Udang kertas (besar) - 10 ekor Telur (dipukul) Rempah curry ikan - 1 sudu besar Garam, perasa (secukup rasa) Lada sulah (optional) Mentega Planta - 3 senduk besar(agak2 sesuai untuk deep frying) Cara: Bersihkan udang dgn dipotong muncung, tidak perlu buang kulit. Cair dan panaskan mentega seperti hendak mengoreng. Sementara menunggu mentega panas, gaulkan udang, rempah kari, garam dan perasa serta lada sulah dan telur yg telah dipukul. Apabila mentega panas, masukkan kesemua udang berempah tadi kedalam kuali, pastikan api 3/4 kuat dan dikacau selalu. Masak sehingga udang kemerah-merahan dan telur tadi menjadi helaian. (untuk mendapat aroma curry, campurkan daun curry semasa menggoreng). Apabila sudah masak, toskan. Tambahan: Api menggoreng hendaklah 3/4 panas untuk mendapatkan carikan telur yg cantik dan digoreng tidak hangus dan udang akan garing- well done). Api yang kecil akan membuat telur makan minyak.

Bahan A: 600 gm udang besar 1 camt. gula 1 camt. garam

1/2 camt. lada hitam 1 camt. minyak bijan Bahan B: 3 camb. tepung jagung 1 camb. serbuk kari ikan Bahan C: 3 biji telur kuning 1 camb. susu cair 1/2 camt. garam 1/4 camt. serbuk lada hitam 2 camb. butter 1 camb. bawang putih- dicincang 2 camb. cili padi dicincang 1 camb. daun kari-dicincang 2 camb. butter Bahan perisa: 1 camb. sos tiram 1/2 camb. gula 1/4 camb. serbuk lada hitam Cara-caranya 1. Bersihkan udang, buangkan kaki dan keringkan air dengan gunakan kitchen towel.Perap udang dengan bahan A selama 20 minit. 2. Campurkan bahan B dan masukkan udang yang telah diperapkan tadi. Gaul rata. Goreng terendam udang tadi secukup masak dan tuskan minyak. 3. Panaskan kuali, masukkan butter. Campurkan bahan C dan pukul rata. Masukkan bahan C ke dalam kuali tadi. Kacau campuran bahan C tadi dengan cepat untuk mendapatkan telur goreng yang halus dan rangup.Angkat dari kuali. 4. Panaskan kuali dengan 2 camb. butter. Gorengkan bawang putih, cili padi dan daun kari hingga wangi. Masukkan udang yang telah digoreng tadi dan bahan perisa. Gaul rata. Akhir sekali masukkan telur goreng tadi . Gaul ratadan terus hidangkan semasa panas. Penerangan lanjut: (1) Udang sedap yang kulit nipis. (2) Untuk dapat serbuk telur berurat macam kat restoran tu , masa goreng sentiasa pukul dengan pemukul telur laju-laju. Kalau tak telur tu berketul-ketul. Tak nampak sedap nanti.

Biskut tat nenas gulung Bahan A:


1kg tepung gandum 1 bungkus buttercup 2 biji telur 2 biji kuning telur untuk disapu 2 sudu teh esen vanila 2 sudu teh esen nenas marjerin (untuk lembutkan doh)

Bahan B;

1 biji nenas 1 1/2 cawan gula sehelai daun pandan

Cara-cara:

gaulkan semua bahan A sehingga menjadi doh yang lembut Masak semua bahan B sehingga pekat dan sejukkan masukkan doh dalam acuan tart dan tekan kemudian letakkan jem nenas di atasnya kemudian gulung sapu kunin telur di permukaan biskut bakar hingga masak siap untuk di hidang

Kek Gula Hangus ( sumber : Dapur Ummi ) Bahan:

1 cawan gula 1 cawan air panas 1 cawan tepung gandum 1 cawan susu pekat manis 2 camca teh soda bikarbonat 4 biji telor 2 camca besar mentega

Cara Membuat:1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus. Masukkan air panas dan kacau hingga cair. (hati-hati semasa memasukkan air, kena gula akan meletup2). Kemudian masukkan mentega, kacau dan sejukkan. 2. Pukul 4 biji telor sehingga kembang dan pekat. Masukkan susu pekat manis dan kacau sebati. 3. Kemudian ayak tepung dan soda bikarbonat. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan telor tadi. Akhir sekali masukkan gula hangus tadi. Kacau rata. Tuang adunan dalam loyang 7x7 dan perap adunan selama 3 4 jam. 4. Panaskan ketuhar dengan suhu sederhana 160 180 C dan bakar selama 45 minit ke 1 jam. (*saya bakar pada suhu 160 C selama 50 minit shj). Pulut Kuning Bahan-Bahan: 1 kg pulut 2 biji kelapa (diperah santan pekat sebanyak 2 cawan)

Garam secukup rasa 4 cm kunyit hidup (ditumbuk dan diperah airnya) 2 helai daun pandan (disiat) 1 helai daun pisang (untuk melapik pengukus) Air kelapa (daripada sebiji kelapa) Air sejuk secukupnya 4 keping asam gelugur Cara: Rendam pulut semalaman dengan campuran air kelapa, air sejuk dan juga air perahan kunyit hidup. Sesekali gaulkan, agar kunyit bercampur rata. Panaskan air di dalam periuk kukusan sehingga mendidih, masukkan daun pandan yang telah disiat-siat, lapik bekas pengukus pulut dengan daun pisang yang dilubanglubangkan agar wap dapat menembusi pulut. Tuskan pulut dan letakkan ke dalam bekas pengukus, tetapi jangan dipadatkan. Cucukkan dengan batang sudip kayu agar pulut tidak menutupi lubang kukusan dan kukus sehingga ia masak. Turunkan bekas pengukus, arun pulut dengab santan yang dicampur garam dan kukus sekejap. Bolehlah dibentuk dan dihias.

Anda mungkin juga menyukai