Anda di halaman 1dari 8

MEMO

Kepada : Pengurus Besar Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan Penolong Pengurus Promosi dan Pemasaran (IT) Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan Bil. ( ) dlm LPNS.200 (02)/647-10

Daripada

Rujukan kami Tarikh Y.B Dato / Tuan,

: :

24 September 2011

LAPORAN PENYERTAAN LEMBAGA PELANCONGAN NEGERI SEMBILAN MEMBANTU MENGENDALIKAN PROGRAM KARNIVAL JOM PI CUTI-CUTI HOMESTAY KEDAH 2011 DI HOMESTAY KG. DESA KEDA WANG TOK RENDONG, LANGKAWI PADA 16 HINGGA 18 SEPTEMBER 2011. Dengan segala hormatnya adalah saya diarah merujuk kepada perkara di atas. 2. Bersama-sama ini disertakan Laporan Penyertaan Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan (LPNS) dalam Program Karnival Jom Pi Cuti-Cuti Homestay Kedah 2011, Langkawi untuk makluman dan arahan tuan selanjutnya. Sekian, terima kasih.

(MOHD FAIZAL HISYAM BIN TAMSOBER) Penolong Pengurus Promosi dan Pemasaran (IT) Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan

LAPORAN PENYERTAAN MEMBANTU MENGENDALIKAN PROGRAM KARNIVAL JOM PI CUTI-CUTI HOMESTAY KEDAH DI HOMESTAY KG. DESA KEDA WANG TOK RENDANG, LANGKAWI PADA 16 HINGGA 18 SEPTEMBER 2011

1.0 PENGENALAN Program Karnival Jom Pi Cuti-Cuti Homestay Kedah 2011 merupakan program anjuran Persatuan Homestay Malaysia dengan sokongan Kementerian Pelancongan Malaysia dan Lembaga Pelancongan Langkawi. Karnival ini disertai oleh HomestayHomestay seluruh Malaysia dengan Negeri Sembilan sendiri di bawah Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Sembilan dan Lembaga Pelancongan disertai oleh tujuh Homestay iaitu Homestay Pelegong, Homestay Lonek, Homestay Gemas, Homestay FBest, Homestay Laman Bangkinang, Homestay Klawang dan Homestay Batang Nyamor. Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini bertujuan untuk memperkenalkan budaya-budaya Homestay di seluruh Malaysia antara sesama pengusaha Homestay yang berdaftar disamping mempromosi dan menjual produk dan pakej masing-masing dengan harga yang berpatutan. Selain itu juga, setiap Homestay dapat mempersembahkan tarian dan lambang kebudayaan masing-masing di mana keunikan dan keindahan budaya setiap negeri dapat ditonjolkan.

2.0 PENYERTAAN LEMBAGA PELANCONGAN NEGERI SEMBILAN

2.1

Objektif Penyertaan

2.1.1 Menolong menyelia peserta-peserta dari Homestay seluruh Negeri Sembilan.

2.1.2 Menganalisa dan meninjau pakej-pakej Homestay lain dari negeri lain yang boleh memberi manfaat kepada Homestay di Negeri Sembilan sendiri.

2.1.3 Membantu mengadakan jualan pakej-pakej Homestay di Negeri Sembilan melalui program ini.

2.1.4 Mewujudkan jaringan kerjasama serta mengukuhkan perhubungan antara Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan dan penggiatpenggiat pelancongan Homestay di negeri-negeri lain dengan harapan dapat bertukar-tukar idea dan cadangan untuk kebaikan masing-masing.

2.2

Agensi yang terlibat

2.2.1 Agensi-agensi yang terlibat dalam Karnival Jom Pi Cuti-Cuti

Homestay Kedah 2011 ialah :

i.

Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan

ii.

Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Sembilan.

2.2.2 Pameran

i.

17 September 2011 (Jumaat)

Pihak LPNS dan Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Sembilan bersama-sama peserta dari Homestay dari Negeri Sembilan tiba di tapak karnival di Kg. Desa Keda Wang Tok Rendang, Langkawi pada jam 10.30 pagi. Setiap peserta diberikan kepada keluarga angkat masing-masing yang sudah sedia menunggu di tapak carnival. Pada jam 11.30 pagi, peserta memulakan kerja-kerja mengubahsuai dan menghias booth. Kerja-kerja tersebut siap sepenuhnya pada jam 12.30 tengahari dan dihidangkan makanan tengahari tengah hari sebelum menunaikan solat Jumaat. Peserta berkumpul kembali pada pukul 4.00 petang untuk Majlis perasmian pembukaan Karnival Jom Pi Cuti-Cuti Homestay Kedah 2011 yang dirasmikan oleh Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Kedah diiringi dengan persembahan kebudayaan dari Negeri Kedah dan Negeri Sembilan.

Pada jam 5.00 petang, diadakan Demonstrasi Masakan makanan setiap negeri. Negeri Sembilan mempersembahkan demonstrasi masakan Masak Lemak Daging Salai oleh peserta dari Homestay FBest. Pada jam 7.00 petang, semua peserta kembali ke rumah keluarga angkat masingmasing untuk berehat dan makan malam.

Pada jam 9.00 malam, peserta kembali ke tapak karnival dan dipersembahkan dengan persembahan kebudayaan. Peserta dan pengunjung juga tidak melepaskan peluang Melawat booth-booth pameran dari negeri-negeri lain.

ii.

17 September 2011 (Sabtu)

Para peserta telah berada di booth jam 9.00 pagi untuk Mengendalikan pameran dan jualan produk dan pakej Homestay.

Pada jam 10.30 pagi, diadakan seminar Think Tourism oleh Kementerian Pelancongan Malaysia yang berlangsung di Dewan Homestay. Seminar tamat pada jam 11.30. Seiring dengan itu juga, diadakan Demonstrasi Makanan Tradisional negeri-negeri. Pada Jam 12.00 tengahari pula diadakan Seminar Hala Tuju Industri Pelancongan Desa yang dibentangkan oleh Pengerusi Persatuan Homestay Malaysia. Peserta berhenti berehat dan makan tengahari pada jam 1.00 petang.

Pada jam 2.30 petang, peserta diminta untuk berkumpul semula di Dewan Homestay untuk menyertai Seminar Peranan MATTA Dalam Industri Pelancongan Desa. Ianya diikuti oleh persembahan kebudayaan oleh Negeri Perak dan Melaka. Selepas acara tersebut, peserta secara bergilir-

gilir dibenarkan bersiar-siar menikmati keindahan Pulau Langkawi sehingga jam 7.00 petang.

Karnival ini melabuhkan tirainya apabila satu acara penutupan gilang gemilang dirasmikan oleh YB Dato Dr. James Dawos Damit,Timbalan Menteri Pelancongn Malaysia. Acara yang bermula pada jam 8.45 malam ini dimulai dengan tiga persembahan tarian kaum utama di Malaysia iaitu persembahan Silat, Gendang Kabla dan Tarian Singa.

iii.

18 September 2011 (Ahad)

Peserta dan rombongan dari Negeri Sembilan yang diselia Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Sembilan menetapkan untuk pulang awal memandangkan jara perjalanan yang jauh dan memenatkan. Kami berkumpul seawal jam 9.00 pagi di dataran Homestay Kg. Desa Keda Wang Tok Rendong. Kami diraikan oleh peserta-peserta dari negeri lain sebelum bertolak ke Jeti Pekan Kuah untuk menaiki feri yang dijadualkan pada pukul 11.00 pagi. Selepas mengharungi 45 minit menaiki feri, kami sampai ke Jeti Kuala Perlis dan menaiki bas untuk pulang ke Seremban dan sampai pada jam 12.30 malam.

3.0

IMPAK PENYERTAAN PESERTA HOMESTAY DARI NEGERI SEMBILAN

3.1 Peserta dapat menerokai idea-idea yang ditonjolkan oleh peserta Homestay dari negeri lain.

3.2 Peserta dapat memperkenal dan mengetengahkan keunikan dan kelebihan serta budaya yang terdapat di Homestay masing-masing disamping dapat menjual pakej dan produk.

3.4 Dapat membuka peluang menambahbaik perkhidmatan dan budaya kerja yang cemerlang dengan hasil daripada input seminar pelancongan yang disediakan sepanjang program.

4.0

CADANGAN

Sekiranya berpeluang menyertai program ini dimasa hadapan, diharapkan agar promosi tentang karnival ini dibuat secara besar-besaran dan meluas kerana penyertaan pengunjung luar adalah kurang.

7.0

PENUTUP

Penyertaan Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan dalam Karnival Jom Pi Cuti-Cuti Homestay Kedah 2011 diharap dapat membuka peluang dan ruang membantu homestay-homestay di Negeri Sembilan menambahbaik perkhidmatan sekaligus menjadikan Homestay di negeri ini sebagai trademark Homestay di Malaysia.

Disediakan oleh: Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan

Anda mungkin juga menyukai