Anda di halaman 1dari 13

SEMESTER A221

KURSUS / KELAS:
SGDY4022 APLIKASI PSIKOLOGI PENDIDIKAN/ A

TUGASAN BERKUMPULAN
TAJUK: ANALISIS FILEM “RON CLARK”

PENSYARAH:
PROF MADYA DR FAUZIAH MD. JAAFAR

NAMA PELAJAR/NO MATRIK:


Bil NAMA PELAJAR NO MATRIK
1 ILHAM FARHANA BINTI BASRI 831193
2 AIMI NAJIHAH BINTI ABDUL AZIZ 830988
3 AISYUL WASI’AH BINTI CHE RAHIM 831049
4 MUHAMMAD NAJMUDDIN BIN ZAINAL ANUAR 831136
5 SHARIFAH ‘AZRAK BINTI SYED MOHAMAD SABRY 831211
1.0 Pendahuluan

Filem Ron Clark menceritakan tentang kisah inspirasi seorang guru muda yang
bertenaga, kreatif dan idealistik. Ron Clark meninggalkan kampung halamannya di
Carolina utara untuk mengajar murid darjah enam di sebuah sekolah awam di bandar
New York yang bukan sahaja merupakan kelas berprestasi paling rendah tetapi juga
berurusan dengan pelbagai latar belakang demografi. Dengan kesungguhan beliau yang
menggunakan peraturan khas untuk bilik darjahnya seperti Teknik pengajaran yang
inovatif dan pengabdian yang tidak putus-putus untuk muridnya serta keupayaan guru
untuk membantu mereka mengatasi masalah mereka. Encik Clark mampu membuat
perubahan yang luar biasa dalam kehidupan muridnya.
Seperti yang kita ketahui, dalam proses pembelajaran, seorang guru
memerlukan strategi bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif supaya
sesi pembelajaran berjalan dengan lancar. Guru ialah seseorang yang memainkan
peranan penting dalam membantu murid untuk mengembangkan proses pembelajaran
(Mulyasa, 2005). Oleh itu guru itu merupakan orang yang sangat berpengaruh semasa
proses pembelajaran itu berjalan. Setiap murid mempunyai latar belakang, pengalaman
dan kebolehan yang berbeza antara satu sama lain.
Selain itu,guru perlulah mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif
seperti suasana yang selesa, selamat dan menyeronokkan untuk murid supaya mereka
akan mudah memahami apa yang mereka pelajari.Contohnya di dalam Filem Ron
Clark, Encik Clark mengubah lingkungan fisik kelas dengan cara mengubah tata ruang
yang ada dalam kelas tersebut dan menyampaikan topik pembelajaran dengan ekspresi,
gerak tubuh dan intonasi suara yang menarik untuk perhatian murid dalam kelas.
Dengan itu murid akan mudah memahami topik yang diajar oleh guru kerana
pemahaman murid adalah tujuan utama pembelajaran (Khasanah 2014).
Selain daripada kemahiran akademik murid, guru juga perlu memberi sokongan
dan bimbingan kepada murid-murid untuk mengambil bahagian sepenuhnya semasa
proses pembelajaran berjalan.Guru juga perlu memahami ciri-ciri murid, jika ingin
mewujudkan suasana pembelajaran kondusif dalam membina hubungan sosial dengar
murid. Hubungan yang dibina akan menggalakkan sikap saling menghormati dan
mengurangkan isu salah laku murid (Partin 2012).
Seorang guru pasti akan menghadapi pelbagai cabaran semasa dalam bilik
darjah apabila terdapat murid yang ramai. Para pendidik akan mengambil masa untuk
mengenali personaliti murid-murid mereka dan guru harus bersabar terutamanya dalam
mengatasi murid yang bersikap kurang ajar dan tidak sopan. Di dalam ‘Filem Ron
Clark’,guru itu cuba menangani perilaku murid yang bermasalah dengan beberapa cara
yang sesuai.Cara bagaimana mengatasi masalah yang terjadi adalah tugas seorang
guru.Dengan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dapat memberi
kesan kepada penglibatan murid serta dapat membantu murid dalam proses pengajaran
(Winataputra 2003). Pemahaman mengenai murid dapat mendatangkan penyelesaian
yang terbaik dalam menangani sebarang isu. Justeru itu, guru dapat menangani masalah
atau isu yang timbul semasa proses pembelajaran berjalan di dalam bilik darjah.
Seorang guru perlulah dapat mengawal suasana di dalam bilik darjah yang tidak
menyenangkan. Dalam ‘Filem Ron Clark’ antara isu yang sering timbul dan
mengganggu pembelajaran dalam bilik darjah adalah murid bangun dari tempat duduk
tanpa kebenaran atau bermain dengan rakan, tidak menumpukan perhatian semasa guru
mengajar dan lain-lain lagi.Sebagai guru di dalam kelas tersebut beliau menggunakan
kaedah untuk penetapan beberapa peraturan yang akan membawa kepada suasana
pembelajaran yang lebih positif, salah satu peraturan yang ditetapkan ialah setiap dari
mereka mesti menghormati antara satu sama lain.
Sebagai golongan pendidik, mereka memerlukan banyak cara yang lebih kreatif
untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang kondusif. Oleh itu, guru harus
memahami murid dengan baik serta mencari strategi yang tepat dan berkesan untuk
menyelesaikan setiap isu yang berlaku. Dengan itu, masalah dalam proses pembelajaran
dapat diselesaikan oleh guru (Adi Yusof & Ernawati 2020).

2.0 Apakah konsep atau teori dari kursus yang digambarkan dalam filem ini?
Namakan mereka.

Terdapat beberapa teori yang digambarkan dalam filem ini. Setelah berbincang
dan meneliti dengan sistematik, para pengkaji telah bersepakat untuk mengetengahkan
empat teori yang paling ketara iaitu Teori Lev Vygotsky, Teori Erik Erikson, Teori Jean
Piaget dan Teori Lawrence Kohlberg.
Perkembangan mental, linguistik, dan sosial murid digariskan secara jelas
dalam teori perkembangan Vygotsky. Kaedah bermain (aktiviti kreatif dan menarik)
ditekankan oleh Vygotsky sebagai satu cara untuk meningkatkan bahasa dan
perkembangan sosial murid. Menurut teori Vygotsky, guru harus membantu murid
dengan menerangkan konsep dan menunjukkan aplikasi yang betul bagi konsep
tersebut. Jika orang dewasa yang cekap membantu murid, murid boleh berfikir pada
tahap yang lebih tinggi. Zon perkembangan proksimal (ZPD) dan scaffolding adalah
dua idea serta konsep utama dalam teori Vygotsky. Teori zon perkembangan proksimal
(ZPD) menerangkan perbezaan antara tahap potensi perkembangan yang dicapai oleh
murid dengan bimbingan orang dewasa atau kerjasama dengan rakan sebaya yang lebih
berkebolehan. Dapat diperhatikan bahwa filem ini lebih cenderung mengaplikasikan
teori zon perkembangan proksimal (ZPD) berbanding scaffolding. Menurut zon
perkembangan proksimal (ZPD), interaksi sosial diperlukan untuk perkembangan yang
optimum. Lebih banyak kebolehan boleh dimurid dengan pengawasan orang dewasa
atau rakan sebaya daripada yang boleh dilakukan hanya melalui usaha sendiri.
Vygotsky berpendapat bahawa hubungan sosial antara murid dan komuniti setempat
mungkin mempertingkatkan pertumbuhan sosial, linguistik dan kognitif murid. Filem
ini memberikan demonstrasi yang jelas tentang idea ini.
Seterusnya, Teori Erik Erikson mengkaji bagaimana perkembangan murid
berlaku mengikut tahap tertentu. Menurut Erikson, terdapat konflik khusus pada setiap
peringkat yang mesti diselesaikan bagi memelihara tumbesaran murid. Teori
Perkembangan Psikososial Erikson menggabungkan aspek sosial dan emosi untuk
menerangkan bagaimana manusia berkembang sebagai individu. Terdapat lapan
peringkat untuk pertumbuhan kehidupan murid yang mempunyai krisis yang berbeza
pada setiap peringkat. Walau bagaimanapun, para pengkaji bersetuju bahawa hanya tiga
peringkat iaitu peringkat keempat, keenam, dan kelapan yang kerap ditonjolkan dalam
filem ini. Teori "Berdaya Saing Lawan Rasa Rendah Diri" telah dibincangkan pada
peringkat keempat. Menurut Erikson, murid yang berjaya pada peringkat ini akan
mempamerkan mentaliti kompetitif yang didorong oleh kejayaan mereka sendiri dan
orang lain tetapi jika murid gagal pada peringkat ini, akan menimbulkan hasad dengki
dan rasa rendah diri dalam diri murid tersebut. Di samping itu, peringkat keenam
bercakap tentang "Keakraban Lawan Pengasingan," yang menyeru murid untuk
membentuk ikatan rapat atau mengalami kesunyiaan dan pengasingan jika seseorang
murid tidak berjaya melakukannya. Peringkat yang seterusnya adalah "Ego yang
Berintegriti Lawan Kehampaan", merupakan peringkat yang kelapan, akan menentukan
sama ada pelajar berasa puas dengan pencapaiannya atau diatasi dengan rasa
kekosongan, kesedihan, dan putus asa. Teori dan peringkat-peringkat tersebut
ditonjolkan dalam beberapa situasi dalam filem ini.
Menurut teori Piaget, murid akan melalui empat fasa perkembangan kognitif.
Peringkat perkembangan mental dan kognitif yang termasuk dalam senarai ini ialah
pemikiran, bahasa, moral, dan ingatan. Selaras dengan teori Piaget, murid atau
seseorang individu akan memperoleh maklumat kognitif ini melalui interaksi dengan
persekitaran mereka. Menurut Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget, kecerdasan
seseorang individu berkembang apabila individu tersebut meningkat dewasa.
Pertumbuhan kognitif individu tersebut melibatkan lebih daripada sekadar pemerolehan
pengetahuan; tetapi juga perlu mencipta atau memperhalus gambaran mental tentang
dunia yang didiami atau situasi yang dihadapi. Tingkah laku individu di Peringkat
Operasi Formal,yang merupakan peringkat keempat dan terakhir, turut digambarkan
dalam filem ini. Rentetan itu, pendedahan secara langsung kepada maklumat dan idea
semasa peringkat perkembangan ini, akan mendorong pemikiran seseorang individu
menjadi lebih kompleks dan maju. Intinya, individu tersebut mampu menggunakan
logik dan pemikiran abstrak untuk menghasilkan jawapan dan jalan penyelesaian
kepada isu dan permasalahan yang timbul. Seperti yang digambarkan oleh filem ini,
kebolehan-kebolehan yang berkaitan penaakulan logik, pemikiran deduktif dan
perancangan sistematik juga berkembang semasa fasa ini.
Menurut teori Kohlberg, perkembangan moral boleh dipecahkan kepada tiga
peringkat: pra-konvensional, konvensional, dan pos-konvensional, dengan setiap
peringkat mempunyai dua sub peringkat. Menurut Kohlberg, murid harus melalui fasa
ini dalam susunan tertentu, dan perkembangan moral adalah berkaitan dengan
perkembangan kognitif. Walaupun Lawrence Kohlberg (1958) bersetuju dengan teori
pembangunan moral Piaget (1932), beliau ingin mengembangkan teori tersebut dengan
lebih mendalam. Terdapat dua sub-peringkat yang ditonjolkan dalam filem ini iaitu sub-
peringkat pertama: Orientasi dan Hukuman Ketaatan, yang menggalakkan pelajar untuk
mengelakkan hukuman. Hal ini demikian kerana, secara teori, menerima hukuman
menunjukkan bahawa seseorang individu melakukan sesuatu yang salah. Sub-peringkat
keempat ialah Pemeliharaan Ketenteraman Sosial, yang memerlukan murid mematuhi
undang-undang untuk menegakkan undang-undang dan membebaskan diri mereka
daripada kesalahan. Para penyelidik juga menemui kritikan tertentu mengenai teori ini
seperti fakta bahawa semua subjek kajian Kohlberg adalah lelaki dan bahawa teori
pertumbuhan moral Kohlberg memberi penekanan yang tidak wajar pada konsep
keadilan apabila isu tersebut berkaitan keputusan moral.

3.0 Bagaimanakah ia digambarkan dalam filem? Berikan contoh bagi setiap


konsep/teori yang dikenal pasti.

Teori jean piaget pada tahap 4 menceritakan bahawa kanak-kanak sudah mampu
membuat penaakulan peringkat tinggi pada usia ini, termasuk deduktif, induktif,
sintesis, analisis, dan pemikiran abstrak dan introspektif. Mereka juga boleh
menyelesaikan pelbagai masalah. Kanak-kanak juga bermula pra-remaja pada
peringkat ini. Menurut Piaget, zaman pra-remaja adalah masa mengajar kanak-kanak
menjadi lebih mudah kerana mereka sudah sedar secara konsep dan mempunyai
keupayaan untuk berfikir secara konkrit dan abstrak. Walau bagaimanapun, para
pendidik mendapati sukar untuk menyokong kanak-kanak melalui masa remaja yang
mencabar. Menurut kepada teori ini, situasi dalam filem ‘The Triumph (The Ron Clark
Story)’ menceritakan bahawa Encik Clark dapat menjadikan pembelajaran di dalam
kelasnya menarik dan relevan supaya murid dapat mewujudkan perkaitan dengan bahan
dan idea yang diajar untuk peperiksaan negeri, sehingga membentuk skema baharu.
Skema baharu dibuat dan skema sedia ada diubah atau dikemas kini apabila
pengalaman berlaku dan maklumat baharu ditawarkan. Encik Clark menggunakan
kaedah pengajaran yang mudah untuk menarik perhatian kanak-kanak dalam proses
pembelajaran. Selain Presiden Rap, Encik Clark mengajar kursus aritmetik Julio
dengan kad sebagai sebahagian daripada usaha asimilasinya kerana minatnya dalam
pertaruhan dan perjudian.
Seterusnya, dalam filem ini juga menceritakan beberapa babak yang berkaitan
teori erik erikson. Antaranya adalah Encik Clark memberitahu para muridnya tentang
peperiksaan atau markah peperiksaan yang dijalankan sebenarnya tidak terlalu penting
dalam bidang ilmu, malah proses pembelajaran yang berkesan adalah lebih penting
kerana jika tiadanya ilmu dari proses pembelajaran tersebut masa tiada gunanya untuk
menjawab peperiksaan. Selain itu, Encik Clark juga telah memberikan anugerah kepada
para muridnya untuk setiap pencapaipan murid yang cemerlang dalam proses
pembelajaran beliau. Babak babak ini boleh dikaitkan dengan teori erik erikson pada
tahap 4. Teori pada tahap 4 ini adalah rajin lawan rendah diri, serta teori ini
menceritakan bahawa kanak-kanak yang matang dengan baik pada usia ini akan
mempamerkan mentaliti berdaya saing yang didorong oleh kejayaan mereka sendiri dan
orang lain. Walau bagaimanapun, jika peringkat ini tidak berjaya, anak-anak muda akan
mudah berasa cemburu dan iri hati terhadap kejayaan dan kebolehan orang lain akibat
merasa kurang berbaloi atau lebih tidak cekap daripada orang lain. Cemburu dan iri hati
sedemikian cenderung untuk menghasilkan kebencian atau iri hati daripada pemikiran
yang kompetitif.
Di samping itu, aspek komunikasi yang berkesan juga dapat dijelaskan
berdasarkan teori Kohlberg dari segi perkembangan moral. Encik Clark telah berjumpa
dengan keluarga muridnya untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan latar
belakang mereka. Situasi ini terletak pada tahap 4 teori kohlberg yang menceritakan
tentang pada ketika ini, mereka akan mempunyai perspektif yang lebih luas. Skop
penjagaan yang ditawarkan bermakna ia melangkaui keluarga dan merangkumi
masyarakat secara keseluruhan. Perbuatan individu mesti mematuhi undang-undang
yang mengawal masyarakat, menunjukkan rasa hormat kepada pihak berkuasa yang
ada, dan dikehendaki untuk menegakkan kestabilan sosial. Sungguhpun sesuatu
tindakan itu mempunyai niat untuk membantu orang lain, kaedah yang dijalankan
disifatkan tidak sesuai dan menjejaskan ketenteraman sosial yang wujud dalam
masyarakat keseluruhannya. Sebagai penjelasannya, berdasarkan teori perkembangan
moral Kohlberg, jelaslah bahawa guru boleh membantu murid mengembangkan
pengetahuan dan kemahiran mereka dalam pemikiran dengan menyediakan komunikasi
yang baik kepada mereka.

4.0 Apakah amalan atau idea intervensi berdasarkan teori/konsep yang telah anda
pelajari dengan menonton filem ini?

Kelas yang di ajar Encik Clark adalah kelas murid darjah enam yang tidak
terkawal, mereka adalah murid yang paling teruk di sekolah dan mendapat markah yang
sangat rendah dalam peperiksaan. Beliau mengajar dengan menggunakan kaedah yang
kreatif dan inovatif untuk menarik minat murid kelas tersebut dalam pembelajaran.
Encik Clark bermula dengan mengkaji latar belakang muridnya, beliau berjumpa
dengan penjaga setiap murid dalam kelas tersebut. Berdasarkan teori Erikson, di mana
pembangunan sahsiah pada usia sekolah (6-11 tahun) peranan ibu bapa dan guru amat
penting untuk memberi perhatian kepada apakah keperluan kanak-kanak pada usia ini.
Kegagalan di sekolah yang dialami oleh kanak-kanak secara amnya memberi kesan
kepada kanak-kanak yang lebih cenderung bermain dengan rakan berbanding belajar,
dan ini tentunya tidak terlepas daripada peranan ibu bapa dan guru dalam mengawal
mereka. Jadi mengetahui latar belakang keluarga sangat penting sebelum mengenal
pasti masalah setiap murid.
Encik Clark memulakan kelasnya dengan menetapkan peraturan yang perlu
dipatuhi dan setiap peraturan disertakan dengan hukuman bagi sesiapa yang
melanggarnya. Ini menggunakan teori penaakulan moral Kohlberg tahap satu iaitu
orientasi hukuman-kepatuhan, peraturan dipatuhi untuk mengelakkan hukuman.
Contoh dalam filem ini, Encik Clark meminta muridnya beratur dalam barisan untuk
ke tempat makan, dan Shamaika memotong barisan dan tidak mengaku, lalu Encik
Clark mengatakan semua murid tidak boleh makan selagi Shamaika tidak mengakui
kesalahannya. Akhirnya Shamaika mengaku kerana takut dirinya dan kawan-kawan
dikenakan hukuman.
Encik Clark juga membina hubungan yang positif dengan muridnya. Menurut
Ahmad Firdaus et al. (2016), seorang guru yang baik ialah guru yang boleh membina
hubungan dengan pelajarnya dengan baik. Encik Clark menunjukkan minat terhadap
kehidupan muridnya di luar sekolah dan juga mendekati ibu bapa murid supaya boleh
bersama-sama mendorong murid untuk belajar. Contoh dalam filem, terdapat beberapa
murid yang peranan ibu bapa mereka sangat rendah, seperti yang dialami oleh
Shamaika. Ibu Shamaika tidak menyokongnya untuk belajar bersungguh-sungguh
sebaliknya memintanya menjaga adik-adiknya setiap hari. Tetapi peranan Encik Clark
sebagai seorang guru yang sangat baik, beliau menolong Shamaika mengasuh dan
memasak supaya Shamaika boleh belajar dan memujuk ibu Shamaika supaya beri
peluang kepada Shamaika untuk fokus dalam murid kerana beliau boleh melihat potensi
yang ada dalam diri Shamaika. Beliau meyakinkan ibu Shamaika bahawa Shamaika
pasti akan berjaya jika dia berusaha lebih keras. Babak ini berkait rapat dengan teori
Erikson peringkat empat iaitu rajin lawan rendah diri. Untuk mengelakkan muridnya
mengalami perasaan rendah diri, Encik Clark berusaha memberikan motivasi kepada
muridnya supaya rajin dan berjaya dalam murid.
Bagi menarik perhatian murid supaya menumpukan perhatian ketika sesi
pengajaran, Encik. Clark memggunakan cara yang unik iaitu setiap 15 saat jika murid
berjaya diam dan memberi perhatian kepada pengajarannya, Encik. Clark akan minum
susu. murid berusaha untuk diam dan memberi perhatian kerana ingin melihat Encik
Clark minum susu sehingga muntah. Ini termasuk dalam teori Kohlberg peringkat satu,
penaakulan moral prakonvensional pada tahap dua iaitu orientasi ganjaran peribadi,
keperluan peribadi menetukan betul atau salah. Walaupun tidak sepatutnya murid
melakukan perkara tersebut kepada Encik Clark, tetapi mereka menganggap ianya
perkara betul kerana suka melihat Encik Clark menderita.
Encik juga mempelbagaikan kaedah yang digunakan dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran seperti menggunakan pelbagai imej media di dalam kelas, bercerita
dengan memberikan tema pada situasi pembelajaran dan menggunakan kaedah
nyanyian untuk menghafal fakta-fakta yang banyak. Encik Clark menulis lagu rap
untuk muridnya yang menggabungkan maklumat sejarah tentang presiden Amerika
masa lalu yang merupakan sebahagian daripada budaya rap remaja pada era itu. dia
juga belajar menggunakan slanga '-izzle' untuk menamakan murid. Dalam babak ini,
jelas menunjukkan bagaimana seorang guru dikehendaki untuk scaffolding
pembelajaran murid dalam ZPD mereka. ZPD dan scaffolding merupakan sebahagian
dalam teori Vygotsky yang mana berpandangan bahawa tujuan pendidikan adalah
untuk memberi pengalaman kepada kanak-kanak selaras dengan ZPD mereka.
Intervensi yang dijalankan oleh Encik Clark berjaya kerana pada akhirnya, kelasnya
menjadi kelas terbaik dan muridnya mendapat markah yang lebih tinggi daripada kelas
lain dalam peperiksaan akhir dan Encik Clark dianggap sebagai guru terbaik mereka.

5.0 Adakah terdapat aspek filem yang menarik perhatian anda? Jika ya, apa itu?
Bagaimana ini dijelaskan oleh teori-teori?

Berdasarkan filem ini, kami mendapati bahawa terdapat beberapa aspek dalam
filem ‘The Triumph (The Ron Clark Story)’ yang menarik perhatian. Antaranya dari
segi komunikasi yang berkesan dalam pembelajaran. Kemahiran komunikasi ini amat
penting dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Hal ini kerana ia boleh
menyebabkan murid lebih mudah faham dan berasa selesa dengan guru. Menurut Mohd
Khairuddin (2014) menyatakan bahawa penyusunan strategi yang mantap perlu
diwujudkan dalam pemikiran guru bagi mengekalkan suasana komunikasi yang
harmoni, budaya saling menghormati di antara satu sama lain bagi mengelakkan
berlakunya isu yang boleh mengganggu ketenteraman dan konflik dalam proses
pengajaran di dalam kelas. Aspek komunikasi yang berkesan ini juga dapat dijelaskan
berdasarkan teori Kohlberg dari segi perkembangan moral. Berdasarkan teori Kohlberg
dari segi perkembangan moral dapat dilihat dengan jelas di mana melalui komunikasi
berkesan yang diberikan oleh guru dapat mengasah dan menambahkan ilmu dan
kemahiran mereka dalam pemikiran murid. Murid dapat membezakan mana yang
terbaik dan perkara yang buruk dalam kehidupan mereka sebelum melakukan sesuatu
tindakan. Secara tidak langsung perubahan berperingkat berlaku dalam diri murid
berdasarkan teori Kohlberg di mana pada awalnya murid berada di tahap pertama (pra-
konvensional), seterusnya berubah kepada tahap kedua (konvensional) dan akhirnya
berlaku pertukaran kepada tahap ketiga (pos-konvensional).
Seterusnya, aspek yang dapat menarik perhatian kami juga ialah dari segi
sokongan dan dorongan yang diberikan oleh guru kepada murid. Berdasarkan filem ini
dapat dilihat di mana Encik Clark sanggup meluangkan masa dengan mengajar
muridnya walaupun diluar waktu persekolahan. Dorongan dan bimbingan yang
diberikan oleh guru menyebabkan murid lebih faham dan tidak merasa tertekan dalam
menyelesaikan sesuatu masalah terutamanya dari segi pembelajaran mereka. Menurut
Saidatul Nadhirah dan Mohd Isa (2020) menyatakan bahawa kepuasan dan hasil yang
lumayan dapat dicapai oleh guru apabila mereka sanggup berkorban dari segi masa
untuk membantu murid yang mempunyai masalah dan bantuan dalam muridnya. Aspek
dorongan dan sokongan ini juga dapat dijelaskan berdasarkan teori Vygotsky dari segi
konsep zon perkembangan proksimal (ZPD). Berdasarkan teori Vygotsky dari segi ZPD
ini dapat dilihat dengan jelas di mana murid-murid masih memerlukan bantuan atau
bimbingan daripada orang dewasa atau guru. Pada awal permulaan, kebiasaannya
murid berada di tahap perkembangan potensi di mana mereka telah diajar pada waktu
kecil lagi. Walaupun ada sesetengah murid yang telah menguasai sesuatu perkara atau
mempunyai ilmu pengetahuan yang sedia ada namun adakalanya mereka terpaksa
berada pada tahap ZPD. Hal ini kerana mereka tiada ilmu yang mencukupi bagi
menyelesaikan sesuatu masalah. Jadi dengan bantuan dan bimbingan dari tenaga mahir
seperti orang dewasa atau guru dapat membantu murid dalam menyelesaikan masalah
murid mereka.
Akhir sekali, aspek yang dapat menarik perhatian kami juga ialah dari
penekanan disiplin dalam diri murid. Disiplin amat penting dalam diri murid bagi
membentuk personaliti yang baik dan mengelakkan berlakunya konflik yang boleh
menimbulkan kecederaan sama ada dari segi mental, emosi dan fizikal. Disiplin juga
bukan sahaja penting bagi mengekalkan kesejahteraan dan keselamatan di dalam
sekolah namun terhadap masyarakat juga. Penekanan disiplin ini perlulah dipupuk oleh
guru kepada murid pada peringkat rendah lagi. Menurut Mihanovic, Batinic dan Pavicic
(2016) menyatakan bahawa murid yang mempunyai kualiti kehidupan yang bagus
memberikan impak positif kepada mereka untuk mematuhi peraturan sekolah. Aspek
penekanan disiplin terhadap murid ini juga dapat dijelaskan berdasarkan teori Kohlberg
dari segi pra konvensional dan pro konvensional. Berdasarkan teori Kohlberg dari pra
konvensional dan pro konvensional ini dapat dilihat dengan jelas di mana murid-murid
selalunya berada pada peringkat pertama (ketaatan dan hukuman) dan kedua
(kepentingan diri). Jika murid yang mempunyai disiplin selalunya berada di peringkat
pertama ini iaitu ketaatan dan hukuman. Kebiasaanya murid akan menjauhkan diri
dalam sesuatu masalah atau konflik kerana takut dirinya turut dikenakan hukuman oleh
guru. Namun ada juga murid berada di peringkat kedua iaitu kepentingan diri di mana
murid ini sanggup menolong atau campur tangan dalam sesuatu konflik. Jadi guru
perlulah berada di tahap pro konvensional iaitu pada peringkat keenam iaitu prinsip
etika sejagat. Pada peringkat ini guru dapat menyelesaikan konflik dan memberikan
pengajaran kepada murid yang melanggar undang-undang sekolah. Secara tidak
langsung, ia dapat memberi pengajaran dan meningkatkan disiplin dalam diri murid.

6.0 Kesimpulan/Rumusan

Tuntasnya, guru perlu mencari dan menggunakan beberapa strategi untuk


mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif supaya mereka rasa selamat dan
teknik pengajaran yang kreatif supaya murid tidak mudah bosan semasa sesi
pembelajaran berjalan di dalam bilik darjah. Justeru itu, guru mestilah menguasai teori-
teori berkaitan dengan pembelajaran di dalam bilik darjah bersesuaian dengan
murid.Guru juga perlu melakukan pendekatan secara individual dengan murid supaya
dapat mengenali dengan lebih mendalam personaliti mereka. Selain daripada itu,
sebagai seorang guru memberi sokongan dan bimbingan kepada murid supaya turut
serta mengambil bahagian semasa proses pembelajaran berjalan amatlah penting.
Dengan itu, murid akan mudah untuk memahami apa yang mereka pelajari.
Berdasarkan Filem Ron Clark, kita dapat saksikan bagaimana guru ini berjaya
dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang positif di dalam kelas. Guru ini
menggunakan beberapa teknik bagi untuk memupuk persekitaran pembelajaran yang
kondusif dan positif. Teknik yang digunakan antaranya reka bentuk dalam bilik darjah,
penetapan peraturan, perhubungan antara murid dan guru,memotivasikan murid dengan
disiplin. Tambahan itu, setiap teknik telah disesuaikan dengan keadaan kanak-kanak
serta persekitaran mereka. Beliau berjaya mendidik muridnya dengan menggunakan
teknik pengajaran yang pelbagai dan ia sesuai untuk mereka, seperti yang ditunjukkan
oleh markah peperiksaan yang cemerlang.
Akhir kata, sebagai guru, perlulah menjadi seorang yang kreatif, inovatif dan
mempunyai kesabaran yang tinggi dalam menghadapi kerenah murid dan dapat
mengatasi masalah atau isu yang berlaku semasa sesi pembelajaran berjalan di dalam
bilik darjah dengan menggunakan solusi yang baik dan bijaksana.

Rujukan

Mohd Khairuddin Abdullah, Khalid Hj Johari, Ag Yusof Ag Chuchu, & Halimah Laji. (2014).
Komunikasi guru dalam bilik darjah dan tingkah laku delinkuen murid sekolah
menengah. Jurnal Pemikir Pendidik, 5, 59-77.

Saidatul Nadhirah Jamaluddin, & Mohd Isa Hamzah. (2020). Komunikasi interpersonal guru
dalam pengajaran dan pemudahcaraan: peranan dan cabaran. Persidangan
Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan. 24 & 25 November 2020. e-ISBN: 978
967 2122 78 4.

Mihanovic, Z., Batinic, A. B., & Pavicic, J. (2016). The link between students’ satisfaction with
faculty, overall students’ satisfaction with student life and student performances.
Review of Innovation andCompetitiveness, 2(1), 37-60.

Mulyasa. (2005). Menjadi guru, menciptakan pelajar dan kreatif dan menyenangkan. Bandung:
Remaja Rosdakarya.

Khasanah, N. U. (2014) Pengaruh metode mengajar dan media pembelajaran terhadap


motivasi belajar siswa. Yogyakarta : Universitas Negeri Yogyakarta
Partin, R. L. (2012). Kiat nyaman mengajar di dalam kelas: strategi praktis, teknik
manajemen dan bahan pengajaran yang dapat diproduksi ulang bagi para guru
baru maupun guru berpengalaman. Indeks, Edisi 2.

Adi Yusof & Ernawati.P (2020). Teacher’s strategies to create a conducive


learning environment

Ahmad Firdaus, Kamarul Azmi & Khairunnisa (2016). Pembinaan Hubungan Di Antara Guru
Dengan Pelajar. Fakulti Tamadun Islam Universiti Teknologi Malaysia

Winataputra, U. S. (2003). Strategi belajar mengajar. Jakarta : Universitas Terbuka

Woolfolk, A. 2016. Educational Psychology, 13th Edition, United Kingdom: Copyright


Licensing Agency Ltd

Kamarulzaman Kamarudin. 2003. Psikologi Perkembangan Teori dan Konsep. Kuala Lumpur:
Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Kohlberg, L. 1975. The just community approach to corrections: A theory. Journal of Moral
Education, 4(3), 243-260.

Anda mungkin juga menyukai