Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH KEBANGSAAN AIR HITAM LABU,

31910 KAMPAR, PERAK


MINIT CURAI
Perkara BENGKEL KERJA STRATEGI PEMANTAPAN PELAKSANAAN
KSSR (SEMAKAN 2017) BAHASA MELAYU TAHUN SATU FASA
DUA PERINGKAT PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KINTA
SELATAN TAHUN 2023
Tarikh 12& 13 SEPTEMBER 2023 (SELASA-RABU)
Masa 09.00 PAGI hingga 05.00 PTG
Tempat De5@PPDKiS (SK GOPENG JALAN ILMU)
Penganjur Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK)
Pengerusi Pn. Nizam binti Baharuddin (Pegawai SISC+ Bahasa)

KANDUNGAN :

 Pn. Nizam mengucapkan salam dan mengalu-alukan kehadiran semua guru Bahasa
Melayu Tahun 1 Sekolah Rendah Daerah Kinta Selatan.
 Meminta guru-guru mengimbas QR kod untuk mengisi kehadiran ke bengkel pada
dua hari tersebut.
 Pada hari pertama bengkel dibahagikan kepada empat slot.
 Slot pertama Pn. Nizam menerangkan tentang pengenalan MOBIM. Slide berkaitan
MOBIM akan dimasukkan dalam group telegram Ketua Panitia Bahasa Melayu
Daerah Kinta Selatan.
 Modul Bimbingan (MOBIM) diperkenalkan untuk membantu guru memantapkan
pelaksanaan KSSR (semakan 2017)
 Data yang diperolehi menunjukkan ramai murid masih tidak boleh membaca dan
menulis.
 Dalam slot kedua diberi penerangan tentang Strategi dan Pendekatan MOBIM.
 Terdapat enam strategi dan satu pendekatan dalam MOBIM iaitu ansur maju,
pembelajaran didik hibur, penggabungjalinan, pembelajaran VAK, pengulangan/latih
tubi, pengayaan&pemulihan dan pendekatan terbeza.
 Dalam slot ketiga diberi penerangan tentang kaedah pengajaran kemahiran asas
membaca Bahasa Melayu.
 Dalam slot keempat JU BM En. Syahir telah menerangkan tentang kemahiran
mendengar dan bertutur. Peserta bengkel merujuk DSKP Bahasa Melayu Tahun 1.
 Pada hari kedua bengkel dalam slot kelima JU BM Pn. Farhana telah menerangkan
tentang kemahiran membaca dan aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam sesi
PdP di dalam kelas.
 Dalam slot keenam para peserta telah diberi penerangan tentang kemahiran menulis
dan aktiviti-aktiviti yang boleh dilakasanakan dalam PdP dalam bilik darjah.
 Dalam slot ketujuh diadakan pula sesi perbincangan dan pembentangan kumpulan.

 Pada akhir bengkel diadakan sesi soal jawab antara penceramah dan guru-guru.
 Guru-guru dibekalkan dengan sebuah Modul Bimbingan (MOBIM) Bahasa Melayu
Tahun 1.
 Majlis penutup dan sesi bergambar.
 Bengkel MOBIM berakhir pada jam 5.00 petang

TINDAKAN :

 Mengemukakan laporan kepada Guru Besar/ GK Pentadbiran.


 Menyimpan minit curai dalam fail Panitia Bahasa Melayu untuk rujukan.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

……………………………………….. ....................................................

(HASNATUL BAIZURAH BT. ZAINAL ABIDIN) (NOR HAIZAT BINTI OSMAN)


Guru Bahasa Melayu Tahun 1 Guru Besar
SK Air Hitam Labu SK Air Hitam Labu

Anda mungkin juga menyukai