Anda di halaman 1dari 6

GARIS PANDUAN PENGAMBILAN PELAJAR PROGRAM DOKTOR FALSAFAH

MELALUI SALURAN PANTAS (FAST TRACK), FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

1.0 TUJUAN

Tujuan garis panduan ini adalah sebagai panduan pelaksanaan pengambilan


pelajar program Doktor Falsafah di Fakulti Pengajian Islam (FPI) melalui saluran
pantas (fast track).

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Garis Panduan ini telah merujuk kepada dokumen induk Garis Panduan
Pengambilan Pelajar Program Doktor Falsafah Melalui Saluran Pantas (Fast
Track) yang dikeluarkan oleh Pusat Siswazah, UKM dan diluluskan dalam
Mesyuarat Senat ke-464 bertarikh 22 April 2020.

2.2 Garis panduan ini adalah sebagai dokumen rujukan untuk pelaksanaan
pengambilan pelajar program Doktor Falsafah melalui saluran pantas (fast
track) di peringkat Fakulti Pengajian Islam.

2.3 Mesyuarat Fakuti ke 403 pada 12 Oktober telah bersetuju memperakukan


garis panduan ini.

3.0 SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Calon pelajar yang memenuhi syarat berikut, layak untuk memohon program Doktor
Falsafah di FPI melalui saluran pantas (fast track) iaitu;

3.1 Graduan yang telah dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dari
UKM atau Institusi Pengajian Tinggi yang lain yang diiktiraf MQA atau
badan penarafan antarabangsa yang setaraf, dengan skor PNGK 3.80 ke
atas, atau setara dengannya daripada program akademik; dan

3.2 Telah menerbitan satu artikel (jurnal / bab dalam buku / prosiding berkaitan
bidang); dan

3.3 Menyediakan kertas cadangan penyelidikan seperti format ditetapkan


fakulti (nombor 4.3); dan

3.4 Bagi calon bukan warganegara, calon perlu memenuhi syarat keperluan
Bahasa Inggeris dengan mendapat keputusan skor atau band minimum
yang ditetapkan iaitu CEFR Low B1 iaitu TOEFL iBT (30-34), TOEFL pBT
(396-416), IELTS (4.0) atau MUET Tahap 2.0 (Band 2.0). Keputusan
peperiksaan tersebut hendaklah dikemukakan semasa membuat
permohonan pengajian.
4.0 PROSES PERMOHONAN

4.1 Calon perlu mengemukakan permohonan mengikuti program Doktor


Falsafah, FPI melalui sistem permohonan atas talian UKM (join ukm);

4.2 Calon hendaklah mohon untuk mengikuti program pengajian di UKM


secara sepenuh masa dan mod penyelidikan;

4.3 Calon dikehendaki menyediakan kertas cadangan tesis mengikut bidang


yang dihantar sewaktu mengemukakan permohonan. Format kertas
cadangan tesis adalah seperti berikut;

i. Tajuk dan Skop Penyelidikan


ii. Permasalahan Kajian
iii. Objektif Kajian
iv. Metode Penyelidikan
v. Tinjauan Literatur
vi. Kepentingan Kajian

4.4 Jawatan Kuasa Pengambilan Pelajar Laluan Pantas (Fast Track) FPI akan
membuat penilaian terhadap calon melalui sesi temuduga untuk
menentukan sama ada calon layak mengikuti pengajian peringkat Doktor
Falsafah FPI.

4.5 Setelah diperakukan oleh Jawatankuasa, calon yang berjaya akan


menerima surat tawaran program Kedoktoran secara atas talian manakala
calon yang tidak berjaya akan ditawarkan untuk mengikuti program
pengajian di peringkat Sarjana Pengajian Islam (mod penyelidikan).

4.6 Calon perlu membentangkan laporan kemajuan penyelidikan dalam


tempoh setahun (rujuk Panduan Siswazah FPI) bagi menilai prestasi
akademik dan memenuhi syarat-syarat yang berkaitan dalam tempoh
pengajian peringkat Doktor Falsafah (Graduate On Time);

4.7 Sekiranya calon tidak mencapai tahap lulus dan layak meneruskan
pengajian, calon boleh dipertimbangkan untuk mengikuti pengajian
sarjana penyelidikan mengikut prosedur yang ditetapkan untuk pertukaran
program.

4.8 Penilaian akademik calon untuk peringkat seterusnya perlu dibuat seperti
mana pelajar yang mengikut pengajian program Kedoktoran laluan biasa.

4.9 Calon perlu menduduki sesi peperiksaan lisan (viva) pada akhir pengajian
program Kedoktoran. Calon yang lulus peperiksaan lisan dan telah
memenuhi syarat bergraduat yang ditetapkan oleh Fakulti akan
dianugerahkan Ijazah Kedoktoran.

4.10 Calon yang tidak dapat dianugerahkan Ijazah Kedoktoran pada akhir
peperiksaan lisannya tidak akan dianugerahkan dengan kelayakan
Sarjana sebagai exit award sekiranya tidak memenuhi pencapaian pada
tahap Kedoktoran. Calon boleh memohon untuk mendaftar program di
peringkat Sarjana melalui proses pendaftaran baharu.
5.0 SYARAT-SYARAT PENGAJIAN

5.1 Tempoh pengajian adalah tertakluk kepada tempoh pengajian peringkat


Kedoktoran sepenuh masa laluan biasa seperti yang dinyatakan di dalam
Peraturan-Peraturan Universiti Kebangsaan Malaysia (Pengajian
Siswazah) 2021.

5.2 Permohonan pelanjutan semester boleh dipertimbangkan oleh Fakulti


tertakluk kepada syarat dan keperluan semasa Universiti.

5.3 Pelajar laluan pantas disarankan menyelesaikan pengajian dalam tempoh


kohortnya (Graduate on Time) selaras dengan keupayaan dan
kemampuan pelajar. Pelajar dikehendaki menumpukan perhatian
sepenuhnya kepada pengajian Kedoktoran dan kegiatan penyelidikan
yang berhubung dengan program pengajian. Pelajar tidak dibenarkan
sama sekali melakukan kegiatan-kegiatan lain yang boleh menjejaskan
pengajiannya.

6.0 JAWATANKUASA PENGAMBILAN PELAJAR LALUAN PANTAS (FAST


TRACK) FPI

6.1 Permohonan dari calon pelajar akan mula diproses di peringkat Pusat
Kajian berkaitan. Setelah Ketua Program Siswazah menilai dan meneliti
permohonan, Ketua Program Siswazah akan melantik Penyelia untuk
Pelajar dan menamakan 3 orang calon penilai dalam bidang berkaitan.
Kemudian permohonan pelajar akan dihantar untuk tindakan Urus Setia
Program Pengajian Siswazah, FPI selanjutnya. Senarai dokumen yang
perlu dihantar ke UPPS adalah seperti di Lampiran A.

6.2 UPPS akan mendapatkan kelulusan dari Mesyuarat Pengurusan Fakulti


bagi lantikan ahli panel jawatankuasa yang terdiri daripada;
i. Timbalan Dekan Siswazah sebagai pengerusi
ii. Ketua Program Siswazah
iii. Tiga (3) orang staf akademik Universiti (penilai) dalam bidang
berkaitan yang terdiri dari Profesor atau Profesor Madya;

6.3 Mesyuarat Jawatankuasa akan mempertimbangkan perkara berikut;


i. kertas cadangan penyelidikan tesis;
ii. Laporan penilaian dari Ahli Jawatankuasa yang dilantik;
iii. Prestasi pelajar semasa sesi pembentangan;
iv. Pengerusi dan ahli Jawatankuasa akan melakukan pengundian bagi
mencapai keputusan. Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa
Pengambilan adalah muktamad.

7.0 CARTA ALIR DAN PROSES PERMOHONAN

Carta alir dan proses permohonan adalah seperti di Lampiran B.

Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi;


Urus setia Program Pengajian Siswazah
Fakulti Pengajian Islam
Emel: upps.fpi@ukm.edu.my
LAMPIRAN A

SENARAI SEMAK
PERMOHONAN PENGAMBILAN PELAJAR PROGRAM DOKTOR FALSAFAH
MELALUI LALUAN PANTAS (FAST TRACK), FPI

*Untuk dilengkapkan oleh Ketua Program Siswazah di Pusat Kajian berkaitan.

BAHAGIAN A : MAKLUMAT CALON


Nama calon :

No. Kad
pengenalan/
Passport :
Pusat Kajian :
Tajuk Kertas
Cadangan
Penyelidikan:
Cadangan Nama
Penyelia:

BAHAGIAN B: DOKUMEN DAN MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN SEPERTI BERIKUT :


Bil Perkara Tanda Catatan
(/)
1. Lampirkan profil calon, rujukan (referee)
dan dokumen sijil akademik calon.
2. Kertas Cadangan Penyelidikan Tesis yang
mengandungi;
i. Tajuk dan Skop Penyelidikan
ii. Permasalahan Kajian
iii. Objektif Kajian Lanjutan
iv. Kerangka Teori dan Konsep
v. Metode Penyelidikan
vi. Tinjauan Literatur
vii. Kepentingan Kajian
3. Salinan hasil penerbitan yang berkaitan
seperti dibawah;
i. Satu kertas jurnal (Scopus/WoS) yang
telah diterbitkan; ATAU paten yang
sedang menunggu kelulusan (patent
pending) atau telah diluluskan; atau,
ii. Lain-lain hasil penerbitan ilmiah yang
berkaitan dengan kajian calon seperti
bab dalam buku, prosiding, atau
memenangi anugerah dalam
pembentangan seminar di peringkat
universiti, kebangsaan atau
antarabangsa.
4. Pusat Kajian perlu mengemukakan 3 calon
penilai terdiri dari staf akademik Universiti
(penilai) dalam bidang berkaitan yang
terdiri dari Prof. atau Prof. Madya.
4
Nama Calon penilai pertama;

Bidang:

Fakulti/ Universiti:

Nama Calon penilai kedua;

Bidang :

Fakulti/ Universiti:

Nama Calon penilai ketiga;

Bidang :

Fakulti/ Universiti:

Tarikh serahan dokumen lengkap ke UPPS, FPI :

_______________________

Tanda Tangan Ketua Program Siswazah:

_______________________

5
LAMPIRAN B:

CARTA ALIR DAN PROSES KERJA PERMOHONAN PROGRAM DOKTOR FALSAFAH


MELALUI SALURAN PANTAS FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM

Carta Alir Proses Kerja


Tanggungjawab
Mula
Pelajar Pelajar perlu mengisi borang dan
muat naik dokumen yang lengkap
Pelajar melalui sistem join UKM

Ketua Program Ketua Program Siswazah


Siswazah memproseskan permohonan dalam
Pusat Kajian terima borang permohonan
dan kertas cadangan penyelidikan yang tempoh 7 hari. Ketua Program
telah lengkap dari calon pelajar Siswazah melantik penyelia untuk
calon pelajar dan menamakan 3
orang calon penilai untuk
Jawatankuasa Pengambilan.

Tidak UPPS semak kecukupan


Urus setia lengkap dokumen UPPS semak dokumen. Sekiranya
Program Dokumen lengkap-Kertas Kerja MPF
Pengajian Ya lengkap disediakan dalam tempoh 2 hari
Siswazah bekerja. Sekiranya Dokumen tidak
Mesyuarat Pengurusan Fakulti lengkap, dokumen dipulangkan
mempertimbangkan 3 orang calon kepada pelajar dalam tempoh 1 hari
Jawatankuasa Pengambilan bekerja.

MPF Penilaian Dalam tempoh 3 hari, Mesyuarat


Jawatankuasa Pengambilan Pelajar
Mesyuarat Jawatankuasa diadakan dan membuat penilaian
Pengambilan permohonan.

Dalam tempoh 1 hari selepas


Mesyuarat JK Sekiranya, Gagal Sekiranya lulus Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan,
Pe ditawarkan ditawarkan program UPPS akan memaklumkan
program Sarjana Doktor Falsafah keputusan kepada pelajar sama ada,
Pengajian Islam Lulus atau Gagal, UPPS akan
mengeluarkan emel dan klik
keputusan melalui sistem join.

UPPS Akademik-UKM/ UKMShape Dalam tempoh 1- 2 hari Pihak


mengeluarkan surat tawaran Akademik-UKM/ UKMShape akan
kepada pelajar mengeluarkan surat tawaran kepada
pelajar melalui sistem join UKM.

Akademik-UKM Tamat Selesai

Anda mungkin juga menyukai