Anda di halaman 1dari 1

SUMBER KOLEKSI SAMPUL RAYA SAYA

Hobi saya untuk mengumpul sampul hari raya telah


bermula sejak saya berumur 6 tahun. Sampul hari
raya yang pertama yang dikumpul oleh saya adalah
diberi oleh ibu bapa saya semasa sambutan Hari
Raya Aidil Fitri. Saya sangat tertarik dan kagum
dengan sampul hari raya itu kerana corak dan
rekaannya yang sangat unik dan kreatif. Dari saat
itu, saya mula mengumpul pelbagai koleksi sampul
raya yang reka bentuknya cantik dan berwarna-
warni. Pada setiap kali sambutan Hari Raya Aidil
Fitri, saya amat gembira dan bersyukur kerana
mendapat pelbagai jenis sampul hari raya yang
baru untuk menambah koleksi saya .Sampul hari
raya yang paling istimewa dan sangat saya sayangi
dan hargai adalah sampul hari raya yang diberikan
oleh arwah datuk saya, kerana ianya adalah salah
satu kenangan yang terakhir bersamanya sebelum
datuk saya meninggal dunia.

Anda mungkin juga menyukai