Anda di halaman 1dari 9

PENGHARGAAN

Pertama sekali, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi atas limpahan kurnia-Nya


yang diberikan kepada saya dalam proses menyiapkan Pentaksiran Berterusan ini. Terima
kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada pensyarah Generik Pendidikan Islam yang
dihormati, Ustaz Ahmad Amir Khan Shah bin Ahmad @ Mohammed atas tunjuk ajar dan
bimbingan kepada saya serta rakan sekelas dalam menghasilkan penulisan ini.

Seterusnya, terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada ibu bapa dan
keluarga saya yang saya sayangi kerana telah memberikan sokongan dan dorongan yang
sepenuhnya sepanjang saya menghasilkan penulisan ini.

Akhir sekali, ucapan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan saya kerana telah sudi
untuk memberi kerjasama dan tunjuk ajar kepada saya dalam menyiapkan tugasan kerja
individu ini.
ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN.......................................................................................................................1
2.0 MENUNTUT ILMU MERUPAKAN TONGGAK UTAMA KEHIDUPAN.................................2
3.0 AL-QURAN MERUPAKAN PANDUAN HIDUP DAN KITAB ILMU YANG PENUH
HIKMAH...............................................................................................................................................3
4.0 ISLAM MENYERU MANUSIA UNTUK MENYEBARKAN ILMU..........................................4
5.0 PENUTUP.....................................................................................................................................5
6.0 RUJUKAN.....................................................................................................................................6
LAMPIRAN..........................................................................................................................................7
1.0 PENGENALAN

Dalam menelusuri era globalisasi yang serba moden dan dipenuhi dengan teknologi
tinggi pada masa kini, ilmu merupakan elemen yang sangat penting supaya kita dapat
mengaplikasikannya dimana saja kita berada terutamanya di dalam kehidupan. Ilmu dapat
ditakrifkan sebagai kefahaman manusia terhadap sesuatu perkara, yang mana ia
merupakan kefahaman yang sistematik dan diusahakan secara sedar. Ilmu terbahagi
kepada dua, iaitu ilmu dunia dan ilmu akhirat. Ilmu dunia dapat difahami melalui ilmu di
sekolah dan ilmu di universiti. Ia dapat dimanfaatkan dan diaplikasikan ketika kita memasuki
alam pekerjaan. Seterusnya, ilmu di akhirat merujuk kepada ilmu yang dituntut di dunia
tetapi ganjarannya akan berkekalan hinga ke akhirat. Dalam ajaran Islam sangat
menititkberatkan umatnya supaya menuntut ilmu dan menyebarkan ilmu kepada semua
makhluk melalui Al-Quran dan Al-Sunnah. Hal ini supaya dapat dikongsikan manfaatnya dan
dikekalkan ilmu tersebut. Pendidikan berteraskan Al-Quran dan Al-Sunnah ialah meletakkan
ketauhidan kepada Allah SWT sebagai asas dan panduan dalam kehidupan seharian
manusia.
Oleh itu, terdapat pelbagai cara yang diteraskan di dalam Al-Quran dan Al-Sunnah
dalam merintis amalan menuntut dan mengembangkan ilmu pengetahuan sebagai tonggak
penting dalam kehidupan.

1
2.0 MENUNTUT ILMU MERUPAKAN TONGGAK UTAMA KEHIDUPAN

Menuntut ilmu dan pendidkan yang berpaksikan kepada nilai-nilai ketuhanan,


kemanusiaan, kesejagatan berasaskan panduan al-Quran dan al-Sunnah membawa
manusia untuk memahami fungsinya sebagai hamba dan khalifah Allah SWT.

Sepertimana yang disebut dalam petikan Hadis yang bermaksud: "Barangsiapa yang
hendak menginginkan dunia, maka hendaklah ia menguasai ilmu. Barang siapa
menginginkan akhirat, hendaklah ia menguasai ilmu, dan barang siapa yang menginginkan
keduanya (dunia dan akhirat), hendaklah ia menguasai ilmu.” (HR Ahmad).

Melalui petikan Hadis di atas, kita dapat memahami bahawa sesiapa yang ingin
mengejar dunia, maka hendaklah mereka menuntut ilmu, iaitu ilmu dunia. Dan siapa yang
ingin mengejar akhirat juga perlu menuntut ilmu. Akan tetapi, sekiranya kita lebih
mengutamakan ilmu akhirat, dan lebih mengejar akhirat, maka secara automatik atau
spontan, perkara dunia akan mengejar kita atau lebih mudah difahami, keperluan dunia
sudah berada di genggaman kita sekiranya kita lebih mengejar ilmu akhirat dan
mengutamakannya berbanding dengan ilmu dunia. Justeru, ilmu dunia dan ilmu akhirat
merupakan elemen yang sangat penting yang perlu ada dalam diri seseorang terutamanya
ilmu akhirat bagi umat Islam. Ilmu dunia juga mempunyai kepentingannya sendiri tetapi
hayat nya terbatas setelah kita meninggal dunia. Namun, ilmu akhirat yang dipelajari
sewaktu di dunia tiada batasnya, malah akan berkekalan dan menjadi bekalan sewaktu kita
telah meninggal dunia.

Oleh itu, jelaslah bahawa al-Quran dan al-Sunnah memainkan peranan penting
dalam dalam merintis amalan menuntut dan mengembangkan ilmu dalam kalangan
manusia.

2
3.0 AL-QURAN MERUPAKAN PANDUAN HIDUP DAN KITAB ILMU YANG PENUH
HIKMAH

Seterusnya, kitab suci Al-Quran mengandungi ilmu pengetahuan yang penuh hikmah
yang amat bermanfaat untuk kepentingan dan keperluan manusia yang beriman dan berfikir.
Seperti yang kita sedia mengetahui, Al-Quran merupakan panduan hidup kita dan
mengandungi segala ilmu yang kita perlukan meliputi setiap aspek sama ada jasmani,
rohani dan sebagainya. Justeru, menjadikan Al-Quran sebagai rujukan untuk menuntut ilmu
adalah merupakan salah satu cara yang berkesan. Hal ini kerana Al-Quran telah
mengandungi jawapan yang lengkap dan jelas bagi setiap persoalan yang kita ingin
mengetahui jawapannya.

Sepertimana yang dinyatakan dalam Al-Quran (Surah An-Nisa’:113) yang


bermaksud, “Dan Allah telah menurunkan atas kamu kitab (Al-Quran) dan hikmah dan Dia
mengajar kamu apa-apa yang kamu tidak mengetahui.”

Oleh itu, umat Islam diseru untuk menuntut ilmu berdasarkan Al-Quran dan Al-
Sunnah kerana kandungannya tiada keraguan.

3
4.0 ISLAM MENYERU MANUSIA UNTUK MENYEBARKAN ILMU

Selanjutnya, kita dapat memahami bahawa Islam juga menyeru umat manusia
supaya menyebarkan ilmu. Antara cara menyebarkan ilmu adalah dengan berdakwah.
Berdakwah bukan sahaja hanya tertumpu kepada umat Islam, malah ia juga boleh
disampaikan kepada kaum yang bukan Islam. Hal ini supaya mereka dapat tahu serba
sedikit tentang Islam dan ini akan menambahkan pengetahuan mereka. Dakwah juga bukan
hanya boleh dilakukan oleh para ulama’ atau golongan alim sahaja, tetapi individu yang
tidak memegang jawatan atau nama tersebut juga boleh menyebarkan ilmu. Hal ini kerana
Al-Quran telah mewajibkan kita untuk berdakwah.

Sepertimana yang disebutkan dalam Al-Quran melalui Surah Ali-Imran ayat 104 yang
bermaksud : “Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah)
kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang
baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat
demikian ialah orang-orang yang berjaya.”

Al-Quran telah memerintahkan manusia untuk menyebarkan ajaran Islam atau


menyampaikan dakwah Islamiah untuk memimpin umat manusia ke jalan yang benar dan
beriman kepada Allah, terutama para ulama’, pendakwah dan Ilmuan Islam. Ini boleh
dijadikan amalan setelah kita meninggal dunia. Hal ini kerana ia merupakan ilmu yang
bermanfaat yang kita telah kongsikan kepada orang lain.

4
5.0 PENUTUP

Kesimpulannya, menuntut dan mengembangkan ilmu berdasarkan al-Quran dan al-


Sunnah dapat membantu individu untuk menyeimbangkan antara agama dan dunia. Hal ini
kerana ruang untuk mendapatkan Pendidikan bukan hanya terbatas melalui pendidikan
agama atau dunia semata-mata. Peranan al-Quran dan al-Sunnah tidak terbatas kepada
urusan pengabdian diri secara khusus seorang hamba kepada Penciptanya sahaja. Dengan
makna yang lebih luas, kedua-dua sumber utama ini memandu manusia dalam seluruh
kehidupan di dunia merangkumi sosial, politik, ekonomi dan sebagainya demi mencapai
kesejahteraan di dunia dan akhirat. Oleh itu, melalui proses Pendidikan yang berteraskan
ajaran Islam, alan lahir keperibadia insan kamil, iaitu insan yang mempunyai keseimbangan
rohani dan jasmani berasaskan nilai ketakwaan kepada Allah SWT.

5
6.0 RUJUKAN

Drs. Hanafi Mohamed. (1996). Falsafah Pendidikan Menurut Al-Quran. Kuala Lumpur.
Affluent Master Sdn Bhd

Dr. Engku Zarihan, Norasmahani, Habibah. (2023). Pendidikan Islam. Puchong, Selangor.
Local Publications (M) Sdn Bhd

Kamarudin. (1989). Strategi Penerapan Nilai-nilai Islam di Institusi Pendidikan. Singapura.


JBW Printers & Binders (PTE) LTD

Sadiq Salihoddin. (2023). Aku Muslim. 10 Hadis Tentang Ilmu yang Anda Perlu Tahu.
https://akumuslim.asia/hadis-tentang-ilmu/

6
LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai