Anda di halaman 1dari 2

1.

0 PENGENALAN

Majlis anugerah kecemerlangan merupakan program yang mengiktiraf kejayaan murid-murid dalam
bidang kurikulum dan kokurikulum. Dengan adanya program ini, ia diharap menjadi satu galakan
kepada murid-murid untuk berusaha lebih gigih demi mencapai kejayaan dalam bidang akademik
seterusnya memberikan motivasi kepada ibu bapa untuk terus membantu anak-anak mereka untuk
mencapai kejayaa. Kriteria-kriteria yang ditetapkan, khususnya dari aspek kepimpinan, sahsiah dan
pencapaian cemerlang akademik serta kokurikulum. Di samping pengiktirafan kepada murid-murid,
program ini juga tureun memberi penghargaan kepada ibu bapa yang berjaya mendidik anak-anak
mereka kea rah kecemerlangan dari segi intelektual dan sahsiah.

2.0 SASARAN

 Murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6 yang mencapai kecemerlangan keseluruhan dalam


kurikulum semester 1 dan 2
 Murid-murid tahun 1 hingga Tahun 6 yang cemerlang dalam kokurikulum.
 Murid-murid yang cemerlang dari segi sahsiah dan kepimpinan
 Ibu bapa dan penjaga cemerlang

3.0 OBJEKTIF

 Menghargai potensi murid-murid dalam pelbagai bidang


 Membentuk keyakinan diri murid-murid dalam pelbagai bidang
 Memberiu pengiktirafan dan penghargaan kepada pelajar yang telah menunjukkan prestasi
cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum
 Sebagai intensif memupuk semangat murid agar terus berdaya saing
 Mengeratkan silaturahim dalam kalangan guru, ibu bapa dan murid

4.0 MATLAMAT
 Melahirkan pelajar yang cemerlang, berkualiti dan berwawasan
 Mempertingkatkan amalan mencintai ilmu dalam diri murid-murid
 Melahirkan murid-muridyang mempunyai semangat juang yang tinggi dalam akademik
 Mempertingkatkan kecemerlangan semua mata pelajaran
5.0 SUMBER KEWANGAN

 PCG Unit Kokurikulum


 PIBG
 Anggaran perbelanjaan ( Rujuk lampiran 3 )

6.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT

Tarikh : 10hb Februari 2022

Masa : 06.30 – 11.30 Pagi

Tempat : Dewan Terbuka SK. Holy Trinity

7.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk lampiran 1

8.0 AHLI JAWATANKUASA

Rujuk lampiran 2

9.0 PENUTUP

Diharap program ini dapat dilaksanakan dengan lancar. Kejayaan majlis ini bergantung kepada
kerjasama dan sokongan moral semua pihak. Segala kerjasama, komitmen dan sumbangan dari
semua pihak sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung merupakan titik permulaan
menuju ke arah kecemerlangan anak didik kita.

Anda mungkin juga menyukai