Anda di halaman 1dari 1

Terima kasih anak – anak pengacara majlis ,

Yang dihormati, Encik Thomas Legak, Guru Besar SK Nanga Meluan, Penolong Kanan
Pentadbiran, Puan Lily Jantan, Penolong Kanan HEM, Encik Dominic Chunggat, Penolong
Kanan Ko-Kurikulum, Encik Raymond David, Semua Guru, Semua AKP, pekerja swasta dan
murid - murid yang dikasihi sekalian. Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan.

Terlebih dahulu, saya mewakili bekas guru di sini ingin mengucapkan jutaan terima
kasih di atas jemputan untuk bersama – sama meraikan Sambutan Hari Guru Peringkat
Sekolah pada tahun ini. Sesungguhnya Hari Guru yang dianjurkan setiap tahun membawa
makna yang tersendiri bagi saya sendiri sebagai bekas guru. Pada tahun ini, saya
difahamkan bahawa tema Hari Guru Kebangsaan 2019 ialah Guru, Obor Hemah Menyinari
Pertiwi.

Tujuan sambutan Hari Guru diadakan adalah untuk kita sama - sama mengenang jasa
guru – guru yang telah banyak berbakti mendidik dan mengajar anak bangsa dan seterusya
hari di mana kita semua menunjukkan penghargaan kepada guru – guru kita.

Harapan saya kepada murid – murid SK Nanga Meluan supaya selalu mengenang jasa
guru pada setiap masa. Dengarlah nasihat dan ajaran guru – guru anda supaya anda akan
mencapai kejayaan pada masa hadapan. Semoga segala ilmu yang kamu pelajari semasa ini
akan diingat dan diaplikasikan sampai bila- bila.

Saya juga rasa berbesar hati dan ingin menggunakan kesempatan ini untuk
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas sokongan dan kesudian
semua warga sekolah yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan
Sambutan Hari Guru peringkat sekolah pada tahun ini. Untuk mengakhiri ucapan saya pada
pagi ini, saya ingin menghadiahkan serangkap pantun;

Berkicauan bunyi burung kenari,

Sungguh indahnya di waktu senja,

Jasamu Guru tidak terperi,

Akan dikenang sehingga hujung nyawa.

Semoga SK Nanga Meluan terus mencapai kejayaan. “Mansang Meluan”.

Sekian, Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai