Anda di halaman 1dari 2

Disleksia

Apa itu Disleksia?


 Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus.

 Kanak-kanak Disleksia mempunyai masalah menguasai pembelajaran di sekolah walaupun:


o Mereka telah berusaha bersungguh-sungguh

o Mempunyai keupayaan intelektual yang normal

o Telah mendapat rangsangan dan panduan pembelajaran yang mencukupi

 Masalah asasnya adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol
visual dengan bunyi

 Mereka mungkin mengalami kesukaran


o Membaca

o Menulis

o Memahami

o Mengeja

o Mengira

 Dianggarkan 4 – 8 % pelajar sekolah mempunyai masalah disleksia

 Kanak-kanak lelaki lebih ramai mengalami Disleksia berbanding perempuan.


Apakah ciri-ciri Disleksia?
1. Di peringkat pra sekolah mereka mungkin :

1. Lambat bertutur

2. Mengalami kesukaran sebutan dalam sebutan

3. Sukar menulis nama sendiri

4. Payah mengenal bentuk atau warna

5. Sukar menceritakan kembali sesuatu yang telah didengarinya

2. Di alam persekolahan, kanak-kanak Disleksia mungkin :

1. Gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja atau


mengira

2. Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas

3. Mempunyai kecenderungan untuk membaca huruf, perkataan dan nombor


secara terbalik :

1. 15 dengan 51

2. “was” menjadi “saw”

3. ‘b’ dengan ‘d’‘

4. Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut

5. Keliru dengan konsep masa seperti ‘semalam’, ‘ hari ini’ , ‘esok’


6. Kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan

Anda mungkin juga menyukai