Anda di halaman 1dari 4

Tujuan, peraturan dan persediaan pengembaraan: Pengenalan: Aktiviti pengembaraan boleh dijalankan dengan cara berjalan kaki, berbasikal,

l, berperahu, berkayak, dan sebagainya. Pelbagai cabaran akan dilalui sama ada susah mahupun mudah memandangkan setiap pengembaraan akan melalui perkampungan, jeram, sungai, hutan pergunungan, bukit-bukau, pesisiran pantai, dan sebagainya. Secara am, pengembaraan= perjalanan yang mempunyai tujuan dengan menempuh pelbagai cabaran dan rintangan.

Jenis-jenis pengembaraan : Menyiasat alam semula jadi Menyiasat tempat, kawasan dan bahan bersejarah Melakukan kajian geografi, dan sosiologi Pengembaraan khusus Pengembaraan misteri Pengembaraan survival

Tujuan pengembaraan: Individu dapat menambahkan pengetahuan, pengalaman, ilmu, kemahiran dan mematangkan diri. Mempratikkan segala ilmu berkaitan dengan hutan, akademik yang dipelajari di sekolah seperti ilmu geografi, sejarah, matematik, ekonomi rumahtangga dan sebagainya Mengkaji tanah, jenis binatang ataupun serangga, jenis-jenis tumbuhan, bentuk muka bumi, penempatan penduduk dan banyak lagi yang dapat dipelajari.

Tujuan pengembaraan: Melatih para pengembara supaya tajam penglihatan iaitu melalui pemerhatian terhadap alam sekeliling yang dilalui dan mengesan tanda-tanda alam semula jadi apabila aktiviti mendaki dijalankan. Melatih para pengembara supaya tajam pendengaran iaitu bunyian seperti bunyi burung, unggas, serangga bahkan binatang-binatang yang lain Dapat menguji ketahanan fizikal dan jasmani pengemabara supaya mempunyai tenaga, sabar, lasak, tabah, cekal dan memiliki pelbagai sifat positif. Dapat mengajar pengembara sikap bertanggungjawab, tegas, berani dan berdikari

Persediaan mengembara:

Kelengkapan mengembara: 1. Ransel atau harvesack dan cara mengisi barang Beg yang sesuai digunakan supaya barang keperluan yang dibawa tidak rosak dan pemgembara berada dalam keadaan selesa Rasel atau harvesack=beg yang dicipta khas bagi memuatkan barang-barang keperluan mengembara dan berkhemah. Biasanya digunakan oleh anggota tentera semasa membuat operasi. Rasel diperbuat daripada kain tebal atau nilon dan terdapat dalam pelbagai jenis, saiz dan reka bentuk.(Biasa dapat memuatkan di antara 8kg-10kg) Beberapa perkara yang perlu diambil kira: a) Cara penyusunan peralatan dan barang keperluan harus mengambl kira aspek berikut: i. Peralatan yang berat diletakkan di bahagian bawah manakala yang ringan diletakkan di bahagian atas ii. Letakkan peralatan yang mudah pecah di bahagian atas iii. Peralatan tidur dan pakaian diletakkan di bahagian bawah kerana lambat digunakan iv. Peralatan penting dan perlu digunakan sebaik sampai di tapak perkhemahan hendaklah diletakkan di bahagian atas, supaya mudah mengeluarkannya b) Pastikan peralatan tajam hendaklah dimasukkan ke dalam sarung atau dibalut dengan kain bagi menjamin keselamatan pengembara c) Masukkan kesemua barang ke dalam beg supaya tidak tercicir dan tidak banyak beg yang dibawa, kecuali keperluan seperti khemah, tikar dan peralatan yang mempunyai bekas khas. d) Barang yang mudah pecah hendaklah dimasukkan ke dalam bekas dan dilapik atau dibalut supaya tidak berlaga antara satu sama lain e) Bagi menjimatkan ruang, pakaian yang dibawa sebaiknya dilipt dua keudian digulung kecil dan kemas.

Persiapan dan perancangan sebelum pengembaraan: Setiap aktiviti yang dilakukan seharusnya hendaklah dibincang dan dirancang antara ahli terlebih dahulu. Perbincangan itu hendaklah mencakupi persiapan sebelum, semasa dan selepas pengembaraan.Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil kira: 1. Kebenaran daripada pihak-pihak tertentu: Memohon kebenaran daripada pihak-[ihak tertentu seperti polis, pesuruhjaya, sekolah, ibu bapa, pemilik atau pihak berkuasa tempat yang hendak dituju. 2. Tarikh dan masa pengembaraan: Pengembaraan boleh dilakukan pada musim panas ataupun musim hujan. Pada musim hujan pengembaraan lebih mencabar dan menyeronokkan. Tetapi mesti pastikan musim hujan itu tidaklah berbahaya seperti berlakunya banjir besar, tanah runtuh, dan keadaan-keadaan jelas dapat menjejaskan

3.

4.

5.

6.

keselamatan. Tarikh hendaklah ditetapkan supaya pihak-pihak tertentu seperti pihak polis mengetahui anda sedang melakukan aktiviti tersebut. Pakaian mengembara dan peralatan mengembara: Pemilihan pakaian yang sesuai penting bagi membolehkan pengembara itu dapat melakukan aktiviti dalam keadaan selesa dan selamat. Kasut yang sesuai juga penting, jangan menggunakan selipar ketika mendaki. Tapak kasut hendaklah mencengkam supaya tidak berlaku sebarang kemalangan yang boleh mengakibatkan kecederaan. Hidup dalam hutan adalah berbeza daripada kehidupan di rumah. Oleh itu tidak perlu membawa makanan dan peralatan yang mewah. Kemahiran dan latihan: Ahli kembara hendaklah serba sedikit menyiap dan melengkap diri dengan beberapa kemahiran tertentu mengenai ilmu kehutanan. Antara latihanlatihan penting adalah : a) Pengiraan skala dalam peta topo b) Mengenal petunjuk peta dalam peta topo c) Cara membaca peta dan grid d) Cara menggunakan kompas dan cara membaca kompas e) Pemilihan pakaian, peralatan, makanan yang sesuai f) Cara memasak makanan yang ringkas g) Beberapa peraturan seperti peraturan di jalan raya, pejalan kaki, keselamatan di air, bukit-bukau dan sebagainya h) Mengetahui cara cara memberi asas pertolongan cemas kepada rakan sepasukan i) Menulis dan membuat laporan j) Disiplin sebelum, semasa dan selepas perkhemahan Alat pertolongan cemas: Setiap perjalanan hendaklah dilengkapi dengan alat bantuan asas pertolongan cemas. Peti pertolongan cemas penting bagi setiap kumpulan pengembara. Secara terperinci rujuk bahagian ubatan bagi mengetahui serba sedikit mengenai perubatan pertolongan cemas ini. Peralatan yang dibawa: Peta topo yang lengkap dan kemas Soalan pengembaraan Khemah Peralatan memasak seperi periuk, kuali, pinggan dan sebagainya Beras serta makanan kering secukupnya Peralatan peribadi seperti sabun mandi, ubat gigi dan sebagainya Uniform, pakaian riadah dan baju tidur Peralatan menulis seperti buku log, pensel dan sebagainya Kamera Lampu picit, lilin dan pelita Peti pertolongan cemas, ubatan peribadi Wang secukupnya

Peraturan/Perkara diambil kira:

1. Pengembara perlu menunjukkan disiplin yang tinggi 2. Berpakaian sopan dan selesa sepanjang pengembaraan 3. Menunjukkan sikap kerjasama yang tinggi. Hendaklah mengagihkan tugas dengan adil kepada setiap ahli. 4. Pengembara hendaklah membuat sketch perjalanan dengan menandakan penempatan, bentuk muka bumi, tanaman dan sebagainya.Ini bertujuan bagi memudahkan laporan dibuat di akhir pengembaraan. 5. Pastikan setiap ahli yang mahu mengadakan pengembaraan sudah mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa seperti pihak polis, penghulu, ketua kampung, ketua-ketua di jabatan kerajaan dan swasta. Surat kebenaran hendaklah dibawa bersama-sama sepanjang perjalanan bagi memudahkan perjalanan. 6. Sebelum pengembaraan dilakukan, ahli hendaklah terlebih dahulu menentukan arah, matlamat dan tempat yang hendak dituju sepanjang hari tersebut. 7. Semasa berjalan dalam kumpulan, pastikan jarak tidak terlalu jauh daripada setiap ahli kumpulan lain. Selain itu peta topo dan kompas hendaklah ada pada setiap orang ahli. Semua ahli bertanggungjawab menjaga ahli yang sakit. Sekiranya ada ahli yang sakit, jangan dibiarkan bersendirian. 8.

Anda mungkin juga menyukai