Anda di halaman 1dari 2

RINGKASAN PROJEK

NAMA PRODUK : HAWK’S KITCHEN FROZEN WAFFLE


JENIS PRODUK : MAKANAN
NAMA PEMBEKAL : KOPERASI SMK BINTULU BERHAD

LATAR BELAKANG PROJEK


Waffle adalah satu makanan yang popular dijadikan sarapan selain ‘pancake’ di
kebanyakkan negara di dunia termasuklah Malaysia. Waffle merupakan sarapan ringkas yang
boleh disediakan dan sangat enak sekiranya dicampur dengan makanan lain. Waffle
diperbuat daripada adunan tepung, air, serbuk penaik, minyak masak dan juga telur.
Walaupun dari bahan-bahan yang mudah, cara penyediaannya mengambil masa yang lama.
Sehubungan itu, Hawk’s Kitchen dengan usahasama Koperasi SMK Bintulu telah
memperkenalkan Frozen Waffle. Frozen waffle adalah makanan sejuk beku untuk
memudahkan pengguna menikmati kelazatan waffle tanpa perlu melalui proses penyediaan
yang lama selaras dengan gaya hidup yang memerlukan makanan yang ringkas juga
berkhasiat. Dengan Frozen Waffle, pengguna hanya perlu menggunakan pembakar roti atau
microwave untuk menikmati hidangan dalam masa 5 minit sahaja.

Sebagai seorang pelajar, kami menyedari betapa pentingnya pengambilan sarapan


pagi. Namun, disebabkan kekangan masa pada sebelah pagi, kebanyakkan pelajar tidak
sempat menikmati sarapan. Begitu juga bagi para ibu atau suri rumah yang sibuk dan
bekerjaya di zaman millenia ini, mereka sukar untuk menyediakan makanan atau kuih muih
dalam masa yang singkat. Frozen Waffle adalah salah satu pilihan bagi para ibu dan suri
rumah mengatasi kesibukan tersebut.

kami juag memperkenalkan Cinnomon Waffle sebagai signature produk kami. Kami percaya
Waffle berperisa cinnamon belum ada dipasaran Malaysia. Kami juga berhasrat untuk
mengembangkan lagi produk kami dengan menjual waffle pelbagai perisa berdasarkan
maklum balas pelanggan.

Buat masa ini, sasaran pelanggan kami adalah pelajar dan staf SMK Bintulu dan juga
komuniti daerah Bintulu. Strategi pemasaran awal adalah dengan mempromosikan produk
kami menggunakan platform media sosial seperti Instagram dan Tik Tok.

Anda mungkin juga menyukai