Anda di halaman 1dari 20

SENARAI SEMAK PENGHANTARAN VIDEO DAN e-LOG BOOK

Nama : AIDA SYAZANA BINTI SHARUDDIN


No. Matrik : DB190048
Nama Syarikat: PEJABAT DAERAH DAN TANAH KINTA

Nama Penyelia Fakulti : TS. MOHD SAFIEE BIN IDRIS


Nama Penyelia Industri: DR. KAMARUL LIZA BINTI HAJI HASHIM

Maklumat Video:

Task / aktiviti yang dilakukan :


Lokasi : DEWAN BANDARAN BATU GAJAH DAN TAPAK KERJA
Tarikh : 7/8/2023-12/9/2023 Masa :
Link Video : https://youtu.be/lLxamedhHy4 _________________________________

(Nyatakan pautan link yang berkenaan)

Nota :
Lampirkan laporan e-log book mengikut tarikh rakaman
PART C: DAILY ACTIVITY REPORT

WEEK 1
Time
#. Date Daily Activity Taken
(Hours)
Lapor diri
- Melaporkan diri di Pejabat Daerah dan Tanah Kinta.
- Ditempatkan sementara di Bahagian Khidmat Pengurusan.
1. 31/07/2023 8
- Membantu staff bahagian pengurusan dalam kerja pengurusan.
- Dihantar ke bahagian Pembangunan Luar Bandar.
- Diberi tugas untuk membuat google form untuk pengambilan data.
Tugasan
2. 01/08/2023 - Melaksanakan tugas dalam menyiapkan Google Form bagi mengambil data. 8
- Membantu staff dalam dalam tugas-tugas kecil.
Tugasan
- Menyiapkan dan menyunting google form mengikut maklumat terkini.
3. 02/08/2023 8
- Membantu staff dalam tugas-tugas kecil.
- Diberi penerangan untuk tugas "Sorting" data setelah data Google Form terkumpul.
Tugasan
4. 03/08/2023 - Menyemak data yang diambil melalui Google Form. 8
- "Sorting" data mengikut kriteria yang telah dinyatakan.
Tugasan
5. 04/08/2023 - Menyemak data yang masuk pada Google Form. 8
- "Sorting" data mengikut kriteria yang telah dinyatakan.
PART D: WEEKLY ACTIVITY REPORT

Lapor diri di Pejabat Daerah dan Tanah Kinta, di Bahagian Khidmat Pengurusan. Di Bahagian Khidmat
Pengurusan, membantu staff dalam bahagian pengurusan. Kemudian dihantar ke Bahagian mengikut
Work Summary bidang, iaitu Pembangunan Luar Bandar, di bawah seliaan Dr. Kamarul Liza binti Haji Hashim. Diberi
/ Daily Activity tugas oleh staff bahagian tersebut iaitu Encik Asyraf untuk membantu staff lain dalam membina Google
Form untuk pengambilan dan pengumpulan data kontraktor dalam tempoh seminggu bagi keperluan
pejabat. Pada minggu pertama ini, tugas yang perlu dibuat adalah membuat semakan data yang dikumpul
dan menyusun data mengikut ciri dan kriteria yang telah dimaklumkan.
PART C: DAILY ACTIVITY REPORT

WEEK 2
Time
#. Date Daily Activity Taken
(Hours)
Lawatan Tapak ke Sekolah Agama Al-Furqan Tambun
- Lawatan Tapak dilakukan ke tempat dimana projek akan dilaksanakan. Lawatan ini bertujuan
untuk memberikan gambaran yang lebih jelas terhadap keadaan sekeliling tapak Kerja Pembinaan.
1. 07/08/2023 - Lawatan tapak ke Sekolah Agama Al-Furqan Tambun dilakukan bersama penolong jurutera 9
bertujuan untuk memantau keadaan tapak sebelum kerja-kerja Dewan Terbuka dijalankan.
- Antara aktiviti yang dilakukan adalah perbincangan kerja awalan bersama kontraktor untuk
pembinaan Dewan terbuka.
Penyusunan data senarai Kontraktor untuk kerja Undi Bil.4 2023 Pejabat Daerah dan Tanah Kinta.
- Tarikh tutup pendaftaran untuk kerja Undi adalah pada 8 Ogos 2023.
- Seramai 352 orang telah berdaftar pada pautan Google Form.
- Setelah pautan pendaftaran kerja undi ditutup, senarai pendaftar perlu di kemaskini sebelum
2. 08/08/2023 semakan yang lebih lanjut dilakukan. 8
- Senarai kontraktor yang telah mengisi pendaftaran pada pautan Google Form perlu disemak
bagi memastikan kontraktor mengisi dengan betul mengikut arahan dan data tidak berulang.
- Selain itu juga, perlu dipastikan kontraktor telah melampirkan kesemua dokumen pada ruangan
yang telah disediakan.
Pemeriksaan dokumen kontraktor.
- Pada peringkat ini, antara aktiviti yang dilakukan adalah pemeriksaan sijil CIDB, Sijil PKK,
Sijil SSM dan kelayakan kontraktor berdasarkan bidang yang dipilih.
- Terdapat 4 bidang kerja yang ditawarkan. Iaitu CE01, CE02, CE06 dan CE21.
CE21 - Kerja-Kerja Am Kejuruteraan Awam
CE01 - Pembinaan Jalan Dan Pavement
CE06 - Sistem Kawalan Banjir
CE02 - Pembinaan Jambatan
- Semakan data perlu dibuat bagi memastikan kerja yang dipilih kontraktor adalah sama dengan
3. 09/08/2023 bidang yang didaftarkan di CIDB. 9
- Kontraktor juga perlulah berdaftar dengan PKK (pusat khidmat kontraktor) dan memastikan
sijil-sijil tersebut tidak luput 90 hari dari tarikh pendaftaran kerja undi dibuat.
- Semakan lanjut dibuat bagi memastikan kontraktor yang telah mendaftar merupakan kontraktor
berdaftar di daerah Kinta (Perak), dan bergred 1 (G1). Kontraktor pemegang lesen CIDB Gred G1
merupakan kontraktor kecil.
Kontraktor kecil - Gred G1, G2, dan G3
Kontraktor besar - Gred G4, G5, G6 dan G7
- Akhir sekali, semakan SSM juga dibuat bagi memastikan kontraktor tersebut menjalankan
perniagaan yang berdaftar.
Pemeriksaan kerja PLB dan S3PK.
- Setelah pemeriksaan dokumen kontraktor dilakukan, semakan kerja semasa juga dilakukan. Hal
ini bagi memastikan kontraktor yang mendaftar penyertaan undi Bil.4 2023 ini tidak mempunyai
kerja pada tahun semasa.
- Aktiviti terakhir yang perlu dibuat bagi mengetahui kelayakan kontraktor untuk menyertai
majlis undi Bil. 4 2023 adalah semakan S3PK. Semakan ini perlu dibuat bagi memastikan kontraktor
4. 10/08/2023 telah mendaftar syarikat pada S3PK. 9
- S3PK merupakan Sistem Pengurusan Perolehan dan Pemantauan Kerja.
- Matlamat utama S3PK dibangunkan adalah sebagai satu kaedah memudahcara proses kerja,
menyimpan maklumat dan rekod prestasi kontraktor serta memudahkan pemantauan kerja sebut
harga.
- Setelah semua semakan selesai dilakukan, senarai kontraktor dibahagikan mengikut kategori
bidang iaitu bidang CE02, CE06, CE21 dan CE01.
WEEK 2
Time
#. Date Daily Activity Taken
(Hours)
Mengemaskini senarai kontraktor yang layak untuk menghadiri majlis Undi Bil.4 2023.
- 11/8/2023 merupakan hari terakhir untuk mengemaskini data senarai kontraktor sebelum
disahkan oleh pegawai atasan.
- Antara aktiviti yang dilakukan adalah membuat semakan terakhir senarai kontraktor yang layak
untuk hadir ke majlis kerja undi.
- Berdasarkan senarai yang telah dikemaskini, seramai 204 kontraktor telah mendaftar untuk
5. 11/08/2023 kerja CE01, 121 kontraktor untuk kerja CE21, 5 kontraktor untuk kerja CE02, dan 3 kontraktor 9
untuk kerja CE06. Manakala seramai 19 kontraktor telah ditolak atas sebab tidak menepati kriteria
yang telah ditetapkan.
- Senarai kontraktor yang layak akan dimuatnaik ke laman Facebook setelah disahkan oleh
pegawai atasan.
- Aktiviti yang terakhir sebelum Majlis Undi Bil.4 2023 diadakan, adalah membuat persediaan
seperti menyediakan dokumen/senarai kontraktor untuk hari pendaftaran majlis kerja undi.
PART D: WEEKLY ACTIVITY REPORT

Antara aktivti yang dilakukan pada minggu ke-2 adalah, lawatan tapak ke Sekolah Agama Al-Furqan
Tambun bersama Penolong Jurutera. Lawatan dilakukan bertujuan memantau keadaan tapak sebelum
kerja-kerja Dewan Terbuka dijalankan di sekolah tersebut. Antara aktiviti yang dilakukan semasa lawatan
tapak adalah perbincangan kerja awalan bersama kontraktor untuk pembinaan Dewan terbuka. Selain itu,
antara aktiviti yang dilakukan pada minggu ke-2 adalah melakukan persiapan sebelum berlansungnya
majlis undi, seperti penyusunan data senarai kontraktor, pemeriksaan dokumen kontraktor, pemeriksaan
S3PK dan mengemaskini senarai kontraktor yang layak untuk menghadiri majlis Undi Bil.4 2023. Data-
Work Summary data kontraktor yang terkumpul disemak dan ditapis bagi memastikan kontraktor yang mendaftar undi
/ Daily Activity mengikut kriteria yang diperlukan. Kontraktor yang tidak mengikut ciri yang diperlukan seperti, tarikh
luput sijil CIDB dan sijil PKKnya yang kurang 90 hari daripada tarikh mendaftar undi, permohonan
pendaftarannya akan ditolak. Selain itu, sekiranya kontraktor tersebut berdaftar di lain daerah selain Kinta
(Perak) juga akan ditolak. Tambahan daripada itu, sekiranya kontraktor telah mendapat kerja pada tahun
semasa juga akan ditolak. Berdasarkan data yang telah dikemaskini, hanya 333 kontraktor yang layak
untuk menyertai majlis undi. Manakala 19 kontraktor telah ditolak atas sebab yang telah dinyatakan. Akhir
sekali, aktiviti akhir yang dilakukan adalah persediaan sebelum majlis seperti menyediakan
dokumen/senarai kontraktor untuk hari pendaftaran majlis kerja undi.
PART C: DAILY ACTIVITY REPORT

WEEK 3
Time
#. Date Daily Activity Taken
(Hours)
Majlis undi bil 4. 2023.
- Pada 14/8/2023 majlis undi telah diadakan di Dewan Bandaran Kinta. Tugas yang diberikan
adalah perlu menjadi petugas di kaunter pendaftaran. Pendaftaran ini bertujuan mengambil
kedatangan kontraktor yang hadir dan semakan dokumen kontraktor (Sijil CIDB, Sijil PKK, dan Sijil
SSM).
- Majlis undi ini dihadiri oleh ketua Penolong Pegawai Daerah dan penghulu-penghulu mukim di
Kinta.
- Selesai sahaja pendaftaran, majlis diteruskan dengan bacaan doa dan ucapan daripada pegawai
1. 14/08/2023 9
atasan yang terlibat.
- Kemudian aktiviti cabutan undi dijalankan mengikut turutan, CE02, CE06, CE21 dan CE01.
Berdasarkan kerja yang ditawarkan, hanya 22 kontraktor yang berjaya mendapatkan kerja.
Penawaran kerja adalah seperti berikut:
CE06 (Sistem Kawalan Banjir) - 1 kontraktor
CE02 (Pembinaan Jambatan) - 1 kontraktor
CE21 (Kerja-Kerja Am Kejuruteraan Awam) - 10 kontraktor
CE01 (Pembinaan Jalan Dan Pavement) - 12 kontraktor
Semakan maklumat kontraktor
- Menyemak semula senarai kontraktor yang berjaya mendapatkan kerja.
- Mencari maklumat kontraktor untuk dihubungi, bagi tujuan memulakan proses lanjutan
penyerahan kerja.
- Menyerahkan maklumat kontraktor kepada penolong jurutera.
2. 15/08/2023 9
Tugasan di Pejabat
- Membantu staff dalam urusan pejabat.
- Menyusun dan mencari fail baucar kontraktor.
- Membantu staff untuk menghantar surat ke pejabat pegawai daerah untuk sain pengesahan
- Membantu menguruskan dokumen di dalam komputer.
Task 3 (16/8/2023)
Tugasan di Pejabat
- Membantu staff dalam urusan pejabat.
3. 16/08/2023 9
- Menyusun dan mencari fail baucar kontraktor tahun 2023.
- Membantu staff untuk menghantar surat ke pejabat pegawai daerah untuk sain pengesahan.
- Membantu menguruskan dokumen di dalam komputer.
Tugasan di Pejabat
- Membantu staff dalam urusan pejabat.
4. 17/08/2023 - Menyusun dan mencari fail baucar kontraktor tahun 2023. 9
- Membantu staff untuk membuat salinan fotokopi dokumen untuk kegunaan pejabat.
- Membantu menguruskan dokumen di dalam komputer.
Tugasan di Pejabat
- Membantu staff dalam urusan pejabat.
5. 18/08/2023 - Menyusun dan mencari fail baucar kontraktor tahun 2023. 9
- Membantu staff untuk membuat salinan fotokopi dokumen untuk kegunaan pejabat.
- Membantu menguruskan dokumen di dalam komputer.
PART D: WEEKLY ACTIVITY REPORT

Antara aktiviti yang dilakukan pada minggu ke-3 adalah, membantu menguruskan majlis kerja undi yang
diadakan pada 14/8/2023. Tugas yang diberikan adalah perlu menjadi petugas di kaunter pendaftaran.
Berdasarkan keputusan daripada majlis undi yang diadakan pada 14 Ogos 2023, hanya 22 kontraktor yang
berjaya mendapatkan kerja berdasarkan kerja yang ditawarkan. Antara perkara yang dapat dipelajari
sepanjang proses kerja undi dijalankan adalah melihat bagaimana staff yang terlibat merangka proses kerja
undi yang akan dijalankan. Dalam perangkaan ini, staff yang bertanggungjawab akan membincangkan
Work Summary kerja-kerja yang ditawarkan dan tarikh-tarikh penting sepanjang proses kerja undi dijalankan. Selain itu
/ Daily Activity dapat memperoleh pengalaman dalam menguruskan data-data kontraktor, dengan membuat
semakan/menapis kelayakan kontraktor serta menyusun senarai kontraktor yang berjaya dan tidak berjaya
berdasarkan syarat yang telah ditetapkan. Di samping itu juga dapat melihat bagaimana proses kerja undi
dijalankan dan tawaran kerja diberikan kepada kontraktor. Setelah kerja undi selesai, semakan kontraktor
yang berjaya perlu disemak dan maklumat untuk dihubungi perlu diperoleh untuk diberikan kepada
penolong jurutera. Pada minggu ke-3 ini juga aktiviti seperti membantu staff dalam urusan pejabat seperti
menyusun fail baucar dan mengecop dokumen (baucar) kontraktor juga dilakukan.
PART C: DAILY ACTIVITY REPORT

WEEK 4
Time
#. Date Daily Activity Taken
(Hours)
Lawatan susulan Tapak ke Sekolah Agama Al-Furqan Tambun
- Antara aktiviti yang dilakukan adalah perbincangan kerja awalan bersama jurutera dan
kontraktor untuk pembinaan Dewan terbuka.
- Perbincangan awalan dilakukan bagi mendapatkan persetujuan antara engineer dan kontraktor
untuk kerja yang perlu dilakukan.
- Perkara yang dibincangkan adalah berkaitan langkah awal kerja yang perlu dilakukan seperti
memastikan kesesuaian tapak dewan terbuka yang akan didirikan. Perbincangan ini penting bagi
mendapatkan kedudukan dan ketingginan tapak yang sesuai sebelum mendirikan dewan terbuka.
- Hal yang demikian kerana, dewan terbuka akan didirikan di tengah iaitu diantara asrama dan
1. 21/08/2023 9
masjid yang sedia ada. Namun begitu, ketinggian tanah tapak tidak sama rata. (Kedudukan masjid
lebih tinggi daripada asrama).
- Oleh itu kedudukan dan ketinggian asrama dan masjid yang sedia ada perlu diambil kira dengan
kesesuaian ketinggian tapak dewan terbuka yang akan dibina.
- Perbincangan tersebut juga melibatkan pemilik sekolah agama bagi mendapatkan persetujuan
sebelum menjalankan kerja yang telah dibincangkan.
- Perbincangan yang dilakukan dibuat berdasarkan pelitian tapak dan lukisan pelan tapak dewan
terbuka.
- Perbicangan antara jurutera, kontraktor dan juga pemilik akhirnya mencapai persetujuan.
Tugasan di Pejabat
- Membantu staff dalam urusan pejabat.
2. 22/08/2023 - Menyusun dan mencari fail baucar kontraktor tahun 2023. 9
- Membantu staff untuk menghantar surat ke pejabat pegawai daerah untuk sain pengesahan.
- Membantu menguruskan dokumen di dalam komputer.
Tugasan di Pejabat
- Membantu staff dalam urusan pejabat.
3. 23/08/2023 - Menyusun dan mencari fail baucar kontraktor tahun 2023. 9
- Membantu staff untuk menghantar surat ke pejabat pegawai daerah untuk sain pengesahan.
- Membantu menguruskan dokumen di dalam komputer.
Coring Test (Ujian Ketebalan Premix)
- Ujian coring merupakan ujian yang dilakukan untuk mengetahui ketebalan premix. Ujian ini
melibatkan proses yang mengeluarkan sampel yang berbentuk silinder daripada permukaan jalan
yang diturap. Ujian ini dilakukan bagi mengetahui ketebalan jalan yang diturap mengikut spesifikasi
atau tidak.
- Ujian ini juga dilakukan untuk menguji keadaan subpermukaan atau ujian kekuatan, kestabilan
atau permukaan berturap.
- Ujian coring ini dilakukan di kg chepor dalam.
- Ujian coring dilakukan pada 6 titik jalan yang telah diturap. Minimum ketebalan premix adalah
4. 24/08/2023 50mm. Oleh itu, ujian coring dilakukan bagi memastikan ketebalan premix adalah sekurang- 9
kurangnya 50mm.
- Sekiranya jalan yang berturap tersebut didapati tidak mengikut spesifikasi (kurang daripada
purata minima iaitu 50mm) jalan perlu diturap semula.
- Bagi pengujianan coring ini, Caliper digunakan untuk mengukur ketebalan sampel.
- Setelah pengukuran sampel dibuat, lubang sampel ditutup semula dengan menggunakan cold-
premix dan dipadatkan dengan sempurna dengan menggunakan hand compactor.
- Selain itu, aktiviti sukat jalan juga dibuat bagi memastikan panjang dan lebar jalan yang diturap
telah mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.
- Distance measuring wheel digunakan untuk menyukat panjang dan lebar jalan.
WEEK 4
Time
#. Date Daily Activity Taken
(Hours)
Lawatan Tapak (Sukatan Jalan Di Balai Polis Kg. Simee)
- Lawatan tapak bersama penolong jurutera ke Balai Polis Kg. Simee
- Lawatan tapak dilakukan bagi membuat anggaran sebut harga untuk kerja turapan jalan.
- Menggunakan distance measuring wheel untuk menyukat jalan/ laluan yang akan diturap.
- Langkah awal bagi proses kerja turapan jalan dilakukan dengan membuat sukatan jalan yang
5. 25/08/2023 9
akan diturap (buat kiraan meter/persegi bahagian yang akan diturap)
- Berdasarkan kiraan meter/persegi jalan tersebut penolong jurutera membuat anggaran harga
untuk diberikan kepada kontraktor yang bertanggungjawab.
- Berdasarkan kiraan anggaran harga tersebut, penolong jurutera dan kontraktor berbincang
mengenai kesesuaian panjang/lebar jalan dan nilai kos yang dibelanjakan.
PART D: WEEKLY ACTIVITY REPORT

Pada minggu ke-4 ini, pelbagai pengalaman dan perkara yang dapat dipelajari. Pada minggu ke-4 ini
beberapa aktiviti melibatkan lawatan tapak dilakukan, antaranya lawatan tapak ke Sekolah Agama Al-
Furqan Tambun, Lawatan ke Chepor Dalam untuk ujian coring dan juga lawatan tapak ke Balai Polis untuk
sukat jalan yang akan diturap. Semasa lawatan tapak ke Sekolah Agama Al-Furqan Tambun dilakukan,
antara perkara yang dibincangkan oleh jurutera, penolong jurutera, dan kontraktor adalah berkenaan
dengan kesesuaian tapak dewan terbuka yang akan didirikan. Perbincangan ini penting bagi mendapatkan
kedudukan dan ketingginan tapak yang sesuai sebelum mendirikan dewan terbuka. Manakala semasa
lawatan ke Chepor Dalam, aktiviti utama yang dilakukan adalah ujian Coring, iaitu merupakan ujian yang
Work Summary dilakukan untuk mengetahui ketebalan premix (jalan turap) yang telah dilakukan oleh kontraktor. Ujian ini
/ Daily Activity adalah penting bagi memastikan ketebalan jalan yang diturap mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan
iaitu setebal 50 mm. Selain itu, aktiviti sukat jalan juga dibuat bagi memastikan panjang dan lebar jalan
yang diturap telah mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan, dengan menggunakan alat Distance
measuring wheel. Akhir sekali, Lawatan tapak ke Balai Polis dilakukan bagi membuat anggaran sebut
harga untuk kerja turapan jalan yang akan dijalankan. Berdasarkan lawatan tapak yang dilakukan, ia dapat
memberi gambaran bagaimana perbincangan dan kerja awalan sebelum kerja-kerja pembinaan dijalankan,
dan bagaimana proses (ujian) selepas kerja turapan jalan dilakukan. Kesemua aktiviti yang dijalankan ini
dilakukan bagi memastikan kerja-kerja yang dijalankan mengikut syarat dan spesifikasi yang telah
ditetapkan.
PART C: DAILY ACTIVITY REPORT

WEEK 5
Time
#. Date Daily Activity Taken
(Hours)
Draf Iklan tawaran kerja undi BIL.5/2023
- Diberi penerangan untuk membuat iklan tawaran kerja undi BIL.5/2023
- Membuat perbincangan mengenai tarikh-tarikh penting (tarikh iklan, tarikh pendaftaran, tarikh
tutup pendaftaran, dan tarikh pamer senarai kontraktor layak/ tidak layak untuk mengundi)
- Menyenaraikan kerja-kerja yang ditawarkan.
- Bidang kerja yang ditawarkan bagi kerja undi BIL.5/2023 ini adalah CE01 dan CE21.
1. 28/08/2023 9
CE01 - Pembinaan Jalan Dan Pavement
CE21 - Kerja-Kerja Am Kejuruteraan Awam

- Membuat dua set draf iklan tawaran kerja undi BIL.5/2023, untuk secara bersemuka dan secara
atas talian. Hal yang demikian kerana, kerja undi belum diputuskan untuk dibuat secara bersemuka
atau secara atas talian.
- Membuat Iklan tawaran kerja undi BIL.5/ 2023 yang lengkap dengan maklumat dan tarikh
penting (tarikh iklan, tarikh pendaftaran, tarikh tutup pendaftaran, dan tarikh pamer senarai
kontraktor layak/ tidak layak untuk mengundi)
Senarai tarikh penting adalah seperti berikut:
i. Tarikh iklan 29/8/2023 - 1/9/2023
ii. Tarikh semakan 2/9/2023-5/9/2023
iii. Pamer senarai layak 6/9/2023
iv. Kerja undi 7/9/2023

2. 29/08/2023 9
- Membuat Google form kerja undi BIL.5/2023, menawarkan dua bidang kerja iaitu, kerja yang
ditawarkan adalah seperti berikut:
CE01 - 1 Kerja
CE21 - 9 Kerja

- Google form tersebut perlu mengambil data kontraktor dari segi tarikh luput sijil CIDB, sijil
PKK, dan bukti syarikat mempunyai sijil berdaftar CIDB, sijil PKK, dan sijil SSM.
- Menyerahkan draf iklan tawaran kerja undi BIL.5/2023 kepada penolong Jurutera untuk
semakan lanjut.
Menerima dua buah komputer baru untuk kegunaan Penolong jurutera.
Memindahkan dan menyimpan dokumen dari komputer ke hardisk
- Aktiviti memindahkan dan menyimpan dokumen dari komputer ke hardisk dilakukan sebelum
pemasangan komputer baru dilakukan.
- Memastikan semua dokumen yang perlu dan penting dipindahkan dan disimpan dengan baik,
sebelum komputer di format.
Pemasangan komputer baru
3. 30/08/2023 9
- Aktiviti pemasangan 2 buah komputer baru untuk kegunaan penolong jurutera.
- Pemasangan komputer (monitor dan desktop CPU), dilakukan dengan meletakkan monitor dan
desktop CPU di atas meja, dan menyambungkan kabel ke port monitor di belakang desktop CPU dan
ke monitor.
- Menyambungkan papan kekunci dan tetikus yang menggunakan kabel USB ke mana-mana port
USB di belakang Desktop CPU.
- Memastikan komputer dapat dihidupkan dan berfungsi dengan baik.
4. 31/08/2023 Cuti Merdeka
WEEK 5
Time
#. Date Daily Activity Taken
(Hours)
Memuat turun perisian antivirus pada komputer baru.
- Memastikan komputer dapat dihidupkan dan berfungsi dengan baik.
- Aktiviti memuat turun perisian antivirus pada komputer baru.
- Aktiviti ini dilakukan pada kedua-dua komputer baru.
5. 01/09/2023 - Memastikan perisian yang dimuat turun dapat berfungsi dengan baik. 9

Memindahkan dokumen lama pada komputer baru.


- Menyimpan data dan dokumen pada komputer baru
- Memastikan dokumen yang telah dipindahkan sama seperti yang telah disimpan pada hardisk.
PART D: WEEKLY ACTIVITY REPORT

Antara aktiviti yang dilakukan pada minggu ke-5 adalah membuat draf iklan tawaran kerja undi
BIL.5/2023 dan draf google form bagi mengutip data kontraktor yang mendaftar menyertai kerja undi
BIL.5/2023. Bagi kerja undi BIL.5 ini, hanya 10 kerja yang ditawarkan, dan terbahagi kepada dua kategori
Work Summary bidang iaitu bidang CE01 (Pembinaan Jalan Dan Pavement) dan bidang CE21 (Kerja-Kerja Am
/ Daily Activity Kejuruteraan Awam). Proses awalan kerja undi adalah melibatkan perbincangan tarikh-tarikh penting
sepanjang proses kerja undi ini akan berlangsung dan kerja-kerja yang akan ditawarkan. Selain itu, aktiviti
lain yang dilakukan adalah pemasangan komputer dan memuat turun perisian yang penting untuk
kegunaan penolong juterutera. Sebanyak dua komputer baru yang diterima untuk kegunaan penolong
jurutera.
PART C: DAILY ACTIVITY REPORT

WEEK 6
Time
#. Date Daily Activity Taken
(Hours)
Pembetulan Iklan tawaran kerja undi BIL.5/2023
- Membuat pembetulan dan mengemaskini maklumat Iklan tawaran kerja undi BIL.5/ 2023 yang
lengkap dengan maklumat dan tarikh penting (tarikh iklan, tarikh pendaftaran, tarikh tutup
pendaftaran, dan tarikh pamer senarai kontraktor layak/ tidak layak untuk mengundi)

Senarai tarikh penting yang dikemaskini seperti berikut:


i. Tarikh iklan 5/8/2023 - 7/9/2023
ii. Tarikh semakan 8/9/2023-11/9/2023
iii. Pamer senarai layak 11/9/2023
1. 04/09/2023 9
iv. Kerja undi 12/9/2023

- Mengemaskini maklumat di Google form kerja undi BIL.5/2023, menawarkan dua bidang kerja
iaitu, kerja yang ditawarkan adalah seperti berikut:
CE01 - 1 Kerja
CE21 - 9 Kerja

- Menyerahkan draf iklan tawaran kerja undi BIL.5/2023 kepada penolong Jurutera untuk
semakan lanjut.
Pembetulan Iklan tawaran kerja undi BIL.5/2023
- Membuat pembetulan dan mengemaskini maklumat Iklan tawaran kerja undi BIL.5/ 2023 yang
lengkap dengan maklumat dan tarikh penting (tarikh iklan, tarikh pendaftaran, tarikh tutup
pendaftaran, dan tarikh pamer senarai kontraktor layak/ tidak layak untuk mengundi)

- Penambahan kerja bagi bidang CE21. Penambahbaikan kerja yang ditawarkan adalah seperti
2. 05/09/2023 9
berikut:
CE01 - 1 Kerja
CE21 - 10 Kerja

- Menyerahkan draf iklan tawaran kerja undi BIL.5/2023 kepada penolong Jurutera untuk
semakan lanjut.
Pembetulan akhir Iklan tawaran kerja undi BIL.5/2023
- Membuat pembetulan dan mengemaskini maklumat Iklan tawaran kerja undi BIL.5/ 2023 yang
lengkap dengan maklumat dan tarikh penting (tarikh iklan, tarikh pendaftaran, tarikh tutup
pendaftaran, dan tarikh pamer senarai kontraktor layak/ tidak layak untuk mengundi).

i. Senarai tarikh penting yang dikemaskini seperti berikut:


ii. Tarikh iklan 5/8/2023 - 8/9/2023
iii. Tarikh semakan 8/9/2023-11/9/2023
iv. Pamer senarai layak 11/9/2023
3. 06/09/2023 9
v. Kerja undi 12/9/2023

- Penambahan kerja bagi bidang CE21. Penambahbaikan kerja yang ditawarkan adalah seperti
berikut:
CE01 - 1 Kerja
CE21 - 10 Kerja

- Menyerahkan draf iklan tawaran kerja undi BIL.5/2023 kepada penolong Jurutera untuk
semakan akhir.
WEEK 6
Time
#. Date Daily Activity Taken
(Hours)
Task 4 (7/9/2023)
Lawatan tapak dan sukat jalan bagi kerja penyenggaraan jalan di Kg Ulu Kuang, Mukim Chemor.
- Lawatan tapak dan sukat jalan dilakukan di Kg Ulu Kuang, bagi melihat keadaan jalan dan
bahagian yang rosak untuk kerja penyenggaraan.
- Antara aktiviti yang dilakukan adalah lawatan ke kawasan jalan yang perlu dibaiki, dan sukat
jalan bagi menganggarkan kos penyenggaraan jalan yang akan dilakukan.
- Jalan yang akan disenggara dibuat kiraan berdasarkan meter/persegi bahagian jalan yang akan
diturap.
- Berdasarkan kiraan meter/persegi jalan tersebut penolong jurutera membuat anggaran harga
untuk diberikan kepada kontraktor yang bertanggungjawab.
Lawatan tapak di Sekolah SMK Wira Jaya
4. 07/09/2023 - Lawatan ke SMK Wira Jaya bagi melihat kerja pemasangan lampu di tepi padang sekolah. 9
- Antara aktiviti yang dilakukan semasa lawatan di SMK Wira Jaya adalah melihat hasil kerja
pemasangan lampu, kekemasan pendawaian lampu yang dibuat dan menguji kebolehfungsian lampu
tersebut.
- Selain itu juga, lawatan dibuat bagi memastikan kerja pemasangan dan pendawaian lampu
dibuat mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.
- Berdasarkan pemasangan lampu yang dilakukan, terdapat dua tiang lampu yang dikawal secara
automatik dengan menggunakan sensor photocell (sensor yang mengesan cahaya sekeliling).
- Lampu tersebut juga boleh dikawal secara manual menggunakan suis yang disediakan pada
feeder pillar sekiranya berlaku masalah teknikal.
- Setiap tiang lampu mempunyai 2 buah lampu. Keempat-empat lampu tersebut di kawal secara
serentak dengan menggunakan sensor dan suis yang telah dinyatakan.
Semakan dokumen pendaftar kerja Undi Bil.5/2023
- Pada peringkat ini, antara aktiviti yang dilakukan adalah pemeriksaan sijil CIDB, Sijil PKK,
Sijil SSM dan kelayakan kontraktor berdasarkan bidang yang dipilih.
- Terdapat 2 bidang kerja yang ditawarkan. Iaitu CE01 dan CE21.
CE21 - Kerja-Kerja Am Kejuruteraan Awam
CE01 - Pembinaan Jalan Dan Pavement
- Semakan data perlu dibuat bagi memastikan kerja yang dipilih kontraktor adalah sama dengan
bidang yang didaftarkan di CIDB.
5. 08/09/2023 - Kontraktor juga perlulah berdaftar dengan PKK (pusat khidmat kontraktor) dan memastikan 9
sijil-sijil tersebut tidak luput 90 hari dari tarikh pendaftaran kerja undi dibuat.
- Semakan lanjut dibuat bagi memastikan kontraktor yang telah mendaftar merupakan kontraktor
berdaftar di daerah Kinta (Perak), dan bergred 1 (G1). Kontraktor pemegang lesen CIDB Gred G1
merupakan kontraktor kecil.
Kontraktor kecil - Gred G1, G2, dan G3
Kontraktor besar - Gred G4, G5, G6 dan G7
- Akhir sekali, semakan SSM juga dibuat bagi memastikan kontraktor tersebut menjalankan
perniagaan yang berdaftar.
PART D: WEEKLY ACTIVITY REPORT

Antara aktiviti yang dilakukan pada minggu ke-6 adalah melakukan pembetulan iklan tawaran kerja undi
bil.5 2023. Terdapat beberapa maklumat yang perlu dikemaskini yang melibatkan penukaran tarikh dan
pertambahan kerja penyenggaraan sebelum iklan kerja dipamerkan pada laman facebook Pejabat Daerah
dan Tanah Kinta. Selain itu, aktiviti lawatan tapak juga diadakan di kg Ulu Kuang Chemor untuk sukat
Work Summary jalan bagi kerja penyenggaraan jalan (Kerja Undi Bil.4 2023). Aktiviti lawatan sukat jalan tersebut
/ Daily Activity dilakukan bersama penolong jurutera bersama kontraktor, bagi membuat anggaran kos dan panjang jalan
bagi kerja penyenggaraan tersebut. Di samping itu juga, lawatan ke SMK Wira Jaya juga dilakukan bagi
melihat hasil kerja pemasangan lampu di tepi padang sekolah tersebut. Akhir sekali, aktiviti semakan data
kontraktor yang mendaftar bagi kerja undi Bil.5 2023 merupakan aktiviti susulan pendaftaran kerja Undi
yang akan diadakan pada 12/9/2023, bagi menapis kelayakan kontraktor yang akan menghadiri majlis undi
tersebut.
PART C: DAILY ACTIVITY REPORT

WEEK 7
Time
#. Date Daily Activity Taken
(Hours)
Semakan kerja PLB dan S3PK.
- Setelah pemeriksaan dokumen kontraktor dilakukan, semakan kerja semasa juga dilakukan. Hal
ini bagi memastikan kontraktor yang mendaftar penyertaan undi Bil.5 2023 ini tidak mempunyai
kerja pada tahun semasa.
- Aktiviti terakhir yang perlu dibuat bagi mengetahui kelayakan kontraktor untuk menyertai
majlis undi Bil. 5 2023 adalah semakan S3PK. Semakan ini perlu dibuat bagi memastikan kontraktor
telah mendaftar syarikat pada S3PK.
- S3PK merupakan Sistem Pengurusan Perolehan dan Pemantauan Kerja.
- Matlamat utama S3PK dibangunkan adalah sebagai satu kaedah memudahcara proses kerja,
menyimpan maklumat dan rekod prestasi kontraktor serta memudahkan pemantauan kerja sebut
harga.
- Setelah semua semakan selesai dilakukan, senarai kontraktor dibahagikan mengikut kategori
bidang iaitu bidang CE21 dan CE01.

1. 11/09/2023 Mengemaskini senarai kontraktor yang layak untuk menghadiri majlis Undi Bil.5 2023. 9
- 11/9/2023 merupakan hari terakhir untuk mengemaskini data senarai kontraktor sebelum
disahkan oleh pegawai atasan.
- Antara aktiviti yang dilakukan adalah membuat semakan terakhir senarai kontraktor yang layak
untuk hadir ke majlis kerja undi.
- Berdasarkan senarai yang telah dikemaskini, seramai 198 kontraktor telah mendaftar untuk
menyertai kerja undi Bil.5 2023.
Berikut merupakan senarai layak dan tidak layak untuk menyertai kerja undi bil.5 2023:

Senarai layak :
CE01 : 8 kontraktor
CE21: 176 kontraktor

Tidak layak: 14 kontraktor


(Ditolak atas sebab tidak menepati kriteria yang telah ditetapkan)
Majlis undi Bil.5 2023
- Pada 12/9/2023 majlis undi telah diadakan di Dewan Bandaran Kinta. Tugas yang diberikan
adalah perlu menjadi petugas di kaunter pendaftaran. Pendaftaran ini bertujuan mengambil
kedatangan kontraktor yang hadir dan membuat semakan dokumen kontraktor (Sijil CIDB, Sijil
PKK, dan Sijil SSM).
Berdasarkan pendaftaran tersebut hanya 148 daripada 176 kontraktor yang hadir mendaftar untuk
kod bidang CE21, dan 5 daripada 8 kontraktor sahaja yang hadir mendaftar bagi kod bidang CE01.
- Majlis undi ini dihadiri oleh ketua Penolong Pegawai Daerah dan penghulu-penghulu mukim di
2. 12/09/2023 9
Kinta.
- Selesai sahaja pendaftaran, majlis diteruskan dengan bacaan doa dan ucapan daripada pegawai
atasan yang terlibat.
- Kemudian aktiviti cabutan undi dijalankan mengikut turutan, CE01 dan CE21. Berdasarkan
kerja yang ditawarkan, hanya 15 kontraktor yang berjaya mendapatkan kerja. Penawaran kerja
adalah seperti berikut:
CE21 (Kerja-Kerja Am Kejuruteraan Awam) - 13 kontraktor
CE01 (Pembinaan Jalan Dan Pavement) - 2 kontraktor
WEEK 7
Time
#. Date Daily Activity Taken
(Hours)
Projek Inovasi 2023
Ditugaskan untuk menyediakan kertas kerja bagi penyertaan projek inovasi 2023 bagi wakil
Bahagian Pembangunan Daerah. Kertas kerja telah disiapkan dan dihantar pada tarikh akhir
penghantaran kertas kerja iaitu Jumaat (8/9/2023) yang lepas.
Bahagian Pembangunan Daerah menyertai pertandingan Inovasi dengan idea produk yang bertajuk
Roll Pop. Produk inovasi alat pengukur pintar (Roll Pop) merupakan gabungan tiga alat pengukuran
iaitu Wheel Distance Measuring, Laser Distance, dan Measuring Tape serta tambahan lampu suluh.
Idea produk inovasi ini tercetus bagi mengatasi masalah pengguna khususnya bahagian kejuruteraan
3. 13/09/2023 seperti penolong jurutera semasa membawa dan menggunakan peralatan alat-alat ukur di tapak. 9
Aktiviti lawatan tapak memerlukan penggunaan alat yang sesuai membuat pengukuran di tapak.
Penggunaan alat ukur yang berlainan memberi kesukaran kepada pengguna untuk membawa
kesemua alat-alat ukur pada satu masa.
Persiapan pembentangan projek inovasi 2023
- Bagi membuat persiapan pembentangan projek inovasi 2023 saya ditugaskan untuk
menyediakan slaid pembentangan bersama dengan rakan lain.
- Selain itu, saya turut membantu dalam penyediaan bahan pembentangan dan persiapan bahan
untuk demonstrasi pada hari pembentangan projek.
Hari pertandingan projek inovasi 2023
Sebanyak 4 kumpulan bertanding, peserta dari Bahagian Khidmat Pengurusan, Bahagian Pejabat
Tanah, Pejabat Penghulu Mukim Lahat dan Bahagian Pembangunan Daerah.
Wakil Bahagian Pembangunan Daerah telah membentangkan produk inovasi dan melakukan
demonstrasi dengan baik. Semasa pembentangan berlangsung saya ditugaskan untuk melakukan
kerja teknikal seperti memaparkan slaid pembentangan dan mengambil gambar.

4. 14/09/2023 9
Keputusan pertandingan projek inovasi
- Berdasarkan keputusan pertandingan inovasi 2023, Bahagian pembangunan Daerah telah
memenangi tempat pertama.
- Antara komen yang diberikan oleh juri adalah, produk inovasi yang dilakukan tersebut dapat
memudahkan urusan dan mengatasi masalah yang dihadapi oleh pengguna. Selain itu, mempunyai
potensi yang baik disebabkan kos penghasilan yang tidak besar namun dapat memberi impak yang
besar kepada pengguna.
Semakan maklumat kontraktor
- Menyemak semula senarai kontraktor yang berjaya mendapatkan kerja.
- Mencari maklumat kontraktor untuk dihubungi, bagi tujuan memulakan proses lanjutan
penyerahan kerja.
- Menyerahkan maklumat-maklumat kontraktor kepada penolong jurutera dan juga staff bahagian
5. 15/09/2023 kewangan. 9

Membantu staff dalam urusan pengurusan pejabat


- Membantu staff dalam urusan pejabat.
- Membantu menguruskan dokumen di dalam komputer.
- Menguruskan dokumen untuk difaks kepada pejabat tertentu.
PART D: WEEKLY ACTIVITY REPORT

Berdasarkan aktiviti yang dilakukan pada minggu ke 7, pelbagai aktiviti yang dilakukan yang memberi
pengalaman dan pengatahuan yang baik. Bagi aktiviti tersebut, saya berpeluang sekali lagi untuk
membantu menguruskan dan membuat dokumen-dokumen kontraktor yang menyertai kerja undi bagi bil.5.
Saya juga berpeluang untuk menyertai pada hari kerja undi yang telah dilaksanakan pada 12/9/2023 yang
lalu, selain dapat membantu staff-staff sepanjang proses kerja undi berlansung. Di samping itu juga, saya
Work Summary juga turut berpeluang untuk menyumbangkan tenaga kerja dalam penyertaan projek inovasi 2023 yang
/ Daily Activity disertai oleh Bahagian Pembangunan Daerah. Saya dapat memperoleh pengalaman dan pengetahuan dalam
menyediakan kertas kerja bagi penyertaan tersebut. Penyertaan pertandingan inovasi tersebut sedikit
sebanyak memberikan impak yang baik kepada staff-staff yang terlibat, dan juga saya, lebih-lebih lagi
apabila bahagian kami diumumkan sebagai pemenang pertandingan inovasi tersebut. Kesannya, ia telah
memberi dorongan kepada staff-staff dan lain-lain untuk terus menghasilkan sesuatu lebih baik dan kreatif
pada masa akan datang, selain dapat memberikan semangat baru untuk melaksanakan kerja dengan lebih
baik.

Anda mungkin juga menyukai