Surat Mohon Izin Latihan
Surat Mohon Izin Latihan
Tuan,
PERMOHONAN KEIZINAN MELAKSANAKAN LATIHAN NASYID BERSAMA ALUMNI
Saya Muhammad Thariq bin Mohd Zamri, Presiden Persatuan Alumni Nasyid SMA Darul
Falah ingin memohon keizinan pihak Tuan/Puan untuk melaksanakan latihan nasyid bersama
para pelajar. Hal ini kerana, pertandingan nasyid akan berlangsung dalam masa yang terdekat
pada 15/7/2023. Justeru, kami rasa bertanggungjawab untuk memastikan para pelajar kelab
nasyid ini berlatih dengan bersungguh-sungguh dan dapat mengharumkan nama sekolah di
pertandingan nasyid.
2. Oleh itu, saya ingin mendapatkan keizinan pihak tuan untuk membenarkan saya melatih
para pelajar pada tarikh-tarikh berikut bertempat di kawasan persekitaran sekolah.
Tarikh Masa
3. Diharap dengan permohonan ini, memudahkan kami untuk melatih para pelajar dengan
lebih efisien .
4. Sebarang maklum balas atau pemakluman boleh menghubungi saya di talian 010-8049253
(Muhammad Thariq bin Mohd Zamri). Segala kerjasama yang diberikan pihak tuan dalam
perkara ini amat dihargai.
….…………………….. ….……………………..