Anda di halaman 1dari 22

BBM 3206

SEMANTIK
0LEH :
PROF. MADYA DR. AHMAD
MAHMOOD BIN MUSANIF
KONSEP MAKNA
„ Aristotle menyatakan bahawa unit terkecil
yang bermakna atau the smallest significant
unit of speech ialah perkataan.

„ Dalam linguistik sekarang, unit tatabahasa


terkecil yang bermakna adalah morfem.

„ Menurut Ullmann (1962:55), ada dua aliran


pemikiran tentang konsep makna: aliran
anatikal @ referensial dan aliran operasional @
kontekstual.
PENGERTIAN MAKNA
SECARA ANATIKAL
„ Menurut de Saussure (1959:67),bahasa
terdiri daripada bunyi atau penanda
(signifiant) dan makna atau petanda
(signifie).

„ Penanda adalah bayangan akustik,


misalnya urutan bunyi m+e+j+a.
Petanda adalah gambaran atau makna
yang melambangkan bunyi meja.
„ Oleh itu, kata atau lambang linguistik
adalah bayangan akustik atau bunyi +
gambaran atau makna.
Ogden dan Richards (1949:11)
pula menerangkan makna dengan
memecahkannya kepada tiga
komponen melalui rajah tiga segi
semiotik.
Ullmann (1962:57) telah
mempermudah teori segi tiga
semiotik dengan melihat makna
sebagai hubungan resiprokal
antara nama dengan pengertian.
Pada hakikatnya, satu nama
boleh mempunyai lebih daripada
satu pengertian dan juga
sebaliknya.
PENGERTIAN MAKNA
SECARA OPERASIONAL
„ Stuart Chase (1938:7) menerangkan
makna secara ‘operasional’, iaitu The
true meaning of word is to be found by
observing what the man does with it,
not what he says about it.

„ Wittgenstein (1953) menegaskan


bahawa makna perkataan adalah
penggunaan perkataan dalam bahasa
(the meaning of word is its use in the
language).
TEORI SEMANTIK
„ Teori adalah pendapat atau pandangan yang
dikemukakan untuk menerangkan sesuatu
perkara. Ia merupakan prinsip atau dasar
pembentukan sesuatu ilmu.

„ Teori linguistik merupakan prinsip dan dasar


untuk menganalisis dan menghuraikan data
bahasa.

„ Teori semantik adalah teori yang dapat


meletakkan makna pada setiap perkataan dan
ayat yang berkaitan dengannya dalam sesuatu
bahasa.
TEORI SEMANTIK MESTI
MEMENUHI 3 SYARAT:

„ Mesti mencerap setiap makna perkataan


dan ayat, dan hubungan antara unsur
tersebut.

„ Mesti dapat meramalkan ketaksaan pada


perkataan dan ayat.
„ Mesti mencirikan dan menjelaskan
hubungan sistematis antara
perkataan dan antara ayat, iaitu
hubungan sinonim, perangkuman
logis, penaabiran, pertentangan,
dan sebagainya.
KEPELBAGAIAN MAKNA
(HUBUNGAN MAKNA DAN
KATA-KATA)
Sinonim: Kata-kata yang mempunyai makna yang
sama. Maksud ‘sama’ tidak perlu seratus peratus
sama. Misalnya:

jemput = undang
kereta = motokar
iktisad = ekonomi
siasah = politik
mangkat = mati
biduan = penyanyi
seniman = pelakon
Antonim: Perkataan yang mempunyai
makna yang berlawanan dengan
perkataan yang lain. Misalnya:

malam lwn siang


laut lwn darat
menjual lwn membeli
memberi lwn menerima
tua lwn muda
baru lwn lama
Antonim juga dapat dibentuk dengan
cara pengimbuhan, misalnya:

progresif lwn regresif


prasejarah lwn pascasejarah
induktif lwn deduktif
seniman lwn seniwati
Dari sudut ragamnya, antonim dapat
digolongkan kepada beberapa jenis:

1. Antonim komplementar
2. Antonim gradabel
3. Antonim relasional
4. Antonim resiprokal
POLISEM, HOMONIM, DAN
HIPONIM
Polisem: Satu perkataan yang mempunyai
banyak makna atau satu set makna yang
berlainan. Misalnya, telur boleh bermakna
‘sesuatu yang dilahirkan oleh burung’, atau
‘markah kosong’, atau ‘benjol’, atau ‘hasil’,
atau ‘sejenis karangan bunga’.

Homonim: Kata-kata yang sama ejaan dan


bunyi, tetapi berbeza makna, misalnya daki
‘memanjat’ dengan daki ‘kotoran’.
Homofon: Kata-kata yang sama bunyi,
tetapi berbeza ejaan dan maknanya.
Misalnya, menonton dengan menuntun,
dan golongan dengan gulungan.

Homograf: Kata-kata yang sama ejaan,


tetapi berbeza bunyi dan maknanya.
Misalnya, semak ‘periksa’ dengan semak
‘belukar’ atau ‘kusut’.
Hiponim: Kata yang mempunyai
lingkungan atau pemeringkatan dalam
struktur makna. Misalnya kata bunga
yang mempunyai banyak jenis.
Ini menunjukkan kata bunga
merupakan satu golongan dan
cempaka, melur dsb. terdiri
sabagai anggotanya. Contoh
dalam BI seperti kata sheep.
Perubahan Makna
„ Makna sesuatu perkataan atau
ungkapan boleh berubah daripada
yang asal kepada makna yang
baharu. Namun antara unsur-unsur
bahasa, maknalah yang paling kuat
bertahan terhadap gejala
perubahan (Hashim Musa,
1994:77).
Antara faktor-faktor perubahan makna
adalah :

„ Perubahan makna kerana perkembangan


bahasa itu sendiri.
„ Perubahan makna kerana perubahan
tanggapan penutur.
„ Perubahan makna kerana perluasan
maksud.
„ Perubahan makna kerana pembatasan
maksud.
„ Perubahan makna kerana tujuan
simbolik dan stilistik.