Anda di halaman 1dari 1

Pertandingan Mewarna Sempena Sambutan Maulidur Rasul di Surau Al-Munawwarah PR1MA Alam

Damai.

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN MEWARNA:

1. Pertandingan terbuka kepada kanak-kanak yang berumur 6-12 tahun

2. Hanya 1 PENYERTAAN untuk setiap peserta dan penyertaan adalah PERCUMA.

3. Peserta dinasihatkan mengesahkan pendaftaran awal di kaunter pendaftaran yang akan dibuka pada
jam 7.00 malam. Ini bagi mengelakkan kesesakan sewaktu Pertandingan yang akan dimulakan pada
jam 8.00 mlm.

4. Pertandingan akan dimulakan seawal jam 8.00 mlm ke 9.00 mlm. Tiada masa tambahan akan
diberikan.

5. Ibubapa tidak boleh menemani anak-anak sewaktu mewarna. Perkara ini ditetapkan kerana tempat
mewarna adalah terhad. Peserta juga akan diawasi oleh 11 orang petugas.

6. Peserta juga boleh membawa pelapik bersaiz A3 kerana tempat mewarna beralaskan permaidani dan
kemungkinan meja ngaji yang disediakan kurang selesa.

7. Setiap peserta akan diberikan beg hadiah (goody beg).

8. Para peserta tidak perlu membawa alatan mewarna sendiri. Alatan mewarna iaitu pensel warna
akan disediakan dan diberi bersama beg hadiah (goody beg).

9. Walau bagaimanapun, peserta boleh membawa alatan mewarna sendiri tetapi warna air tidak
digalakkan kerana kualiti kertas mewarna saiz A3, 80 gram; bukan gred kertas mewarna sebenar.

10. Hadiah disediakan untuk pemenang tempat pertama hingga tempat kesepuluh bagi setiap
kategori Tahap 1 (umur 6 tahun ke 9 tahun) dan Tahap 2 (umur 10 hingga 12 tahun). Pemenang
akan diumumkan pada akhir pertandingan.

11. Pendaftaran boleh dibuat secara atas talian melalui pautan Google Form
https://forms.gle/E9fAwCiALuDuyx9z7 atau pada hari pertandingan.

12. Pendaftaran terhad kepada 60 penyertaan sahaja.

13. Keputusan juri pertandingan mahupun urus setia program adalah muktamad. Sebarang aduan atau
rayuan tidak akan dilayan.

Anda mungkin juga menyukai