Anda di halaman 1dari 2

SI HIDUNG PANJANG

Bismillahirrohmanirrohim…assalamualaikum dan salam 1 Malaysia

Si Hidung Panjang……… itulah bunyinya ____________ empunya cerita.

Pada zaman dahulu, ada dua orang nelayan bersahabat baik.Seorang bernama
Si Bongkok dan seorang lagi bernama Si Gunjang.Kedua-duanya seia sekata bak kata
pepatah pisang sesikat gulai sebelanga,nak tau maksudnya kawan-
kawan…..maksudnya orang yang sentiasa saling menolong sebagai tanda muafakat
bersama-sama. Jika mereka mendapat ikan , banyak atau sedikit, mereka pasti
berbahagi sama rata.

Pada suatu hari , sewaktu di laut perahu mereka telah dilanda ribut. Perahu
mereka karam dan mereka hanyut ke sebuah pulau. Pulau itu sudah tidak ada
penghuninya lagi.Mereka pun berehat di bawah runtuhan sebuah rumah batu
sementara menanti ribut teduh.

Tiba-tiba keluarlah jin penunggu. “Aku penunggu pulau ini.Mengapa kamu


berdua datang ke mari ,”tanya jin itu.”Perahu kami karam dan kami berteduh di sini,”
jawab Si Gunjang. ”Kamu orang baik. Aku ingin menolong kamu.Apakah yang kamu
inginkan?”tanya jin penunggu. Setelah berfikir, si Gunjang menjawab, “Saya mahukan
sebuah perahu siap dengan peralatannya supaya kami senang balik ke kampung”. Si
Bongkok berfikir lain pula. “Inilah peluang keemasan” katanya dalam hati. Dia mesti
meminta sesuatu yang luar biasa bukan perahu dan peralatannya . Dia tidak mahu
menjadi nelayan lagi.

Setelah berfikir Si Bongkok pun menjawab “Aku mahukan sebentuk cincin hikmat
yang boleh menunaikan semua hajatku”. Jin itupun menunaikan hajat Si Bongkok lalu
menyerahkan sebentuk cincin hikmat kepadanya.

“Kamu yang meminta perahu dengan peralatannya sudah ku sediakan pergilah


kau ke sana dan belayarlah kembali ke tempatmu,” kata jin itu. “Terima kasih wahai jin,”
jawab Si Gunjang. Si Bongkok tidak mengucapkan terima kasih kepada jin itu tetap dia
dia mentertawakan sahabatnya kerana meminta sebuah perahu sahaja dan
peralatannya sahaja.

Si Gunjang pun belayarlah menuju ke kampungnya. Sampai di kampungnya


didapati Si Bongkok sudah sampai terlebih dahulu.Si Bongkok menggunakan cincin
hikmatnya untuk sampai serta merta.Semenjak itu mereka berdua pun sudah tidak
bersahabat baik lagi malah Si Bongkok telah semakin bongkak..Si Gunjang turun ke
laut seorang diri. Si Gunjang sentiasa berfikir ada batang mati adalah cendawan

1
tumbuh …maksudnya kawan-kawan, tidak kira di mana kita tinggal di situ pasti ada
rezeki. Si Bongkok pula hanya duduk berehat dengan isterinya di rumah yang besar
bagai istana dan dilayan oleh pelayan yang ramai. Badan Si Bongkok sudah tidak
bongkok lagi. Wajahnya dan isteri sudah bertukar menjadi lebih muda dan cantik.

Pada suatu hari Si Gunjang mendapat ikan yang luar biasa. Isterinya membakar
ikan itu. Bau ikan bakar itu sampai ke rumah Si Bongkok. Oleh kerana bau itu tersangat
sedap, dia meminta cincin hikmat supaya memanjangkan hidungnya hingga sampai ke
rumah Si Gunjang. Seketika itu juga hidungnya menjadi panjang.Isterinya sangat marah
kerana dia tidak suka hidung suaminya panjang lalu mengambil cincin itu dan
menyuruhnya memendekkan semula hidung suaminya. Malangnya pada ketika itu juga
semuanya menjadi seperti sediakala.

Si Bongkok kembali menjadi bongkok dan tua, istana telah menjadi rumah buruk
dan pelayannya semua ghaib. Hanya hidung Si Bongkok yang tidak menjadi pendek
semula . Menurut kata jin , cincin itu tidak boleh digunakan oleh orang lain sebab itulah
dia telah kembali ke bentuk asal. Oleh itu janganlah cepat lupakan sahabat dan asal
usul diri sendiri.Sebaik-baik sahabat adalah yang elok perangai dan budi
pekerti….jangan sesekali lupa untuk sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada.

Orang Daik memacu kuda


Kuda dipacu deras sekali
Buat baik berpada-pada
Buat jahat jangan sekali

Saya sudahi dengan lafaz yang mulia…


wabillahitaufiqwalhidayahwassalamualaikumwarohmatullahiwabarokatuh

Anda mungkin juga menyukai