Anda di halaman 1dari 90

PENGENALAN

2
• Teknik aplikasi racun yang betul adalah penting untuk
memastikan perosak berjaya dikawal
• Memerlukan pengetahuan yang menyeluruh tentang
makhluk perosak, peralatan aplikasi, dan juga
pengurusan perosak (pest management)
• Tujuan utama teknik aplikasi racun perosak ;
– Supaya racun mengenai sasaran, dengan
kecekapan maksimum, dan usaha yang
minimum, untuk mengawal makhluk perosak,
dan juga me-minimumkan pencemaran pada
bukan sasaran (non-target)

3
Aspek penting bagi pelaksanaan program
pengendalian perosak yang berkesan :
• Pengetahuan mengenai perosak
– Jenis perosak (serangga/rumpai/kulat)
– Lokasi
– Biologi/habitat/tabiat
– Mobiliti/pergerakan perosak
• Pengetahuan mengenai racun
– Cara tindakan (mode of action) (cth: racun kulat ada yang
bertindak sebagai pelindung, pemulih, atau penghapus)
– Memilih (Selective) / Tidak memilih (broad spectrum)
– Kadar ketoksikan/phytotoxicity
– Dos/kadar yang disyorkan
– Masa semburan, cuaca, keadaan dan jadual ladang
4
• Pengetahuan mengenai formulasi racun
– Kadar kelarutan (solubility)
– Kaedah bancuhan
• Pengetahuan mengenai teknik dan peralatan
– Spot spray atau blanket spray
– Cara penggunaan
• Teknik sembur, tabur, basahan tanah, semburan udara, fumigasi,
suntikan batang, umpan, sapu, rendaman, rawatan biji benih dan
lain-lain
– Penyelenggaraan peralatan
– Kemampuan/kesesuaian peralatan
– Teknik yang bersesuaian dengan peralatan

5
Contoh Formulasi
1. Pellets
2. Granules (G)
3. Umpan (Bait)
- Formulasi kering, tak perlu
bancuh
1. Serbuk bancuh
(Wettable Powder (W
or WP))
2. Serbuk larut (Soluble
Powder (SP))
3. Granul larut air (Water-
Dispersible Granules
(WDG) & Dry Flowable
(DF))
4. Debu (Dust (D))
- Formulasi kering, perlu
dibancuh

7
1. *Larutan (Water Soluble
Concentrate/Solution
(WSC/S/SL))
2. *Emulsi (Emulsifiable
concentrate (E or EC))
3. *Pekatan
(Liquid/Flowable (F or L))
4. Sedia diguna (Ready-to-
Use Low Concentration
Solutions (RTU))
5. *Larut minyak (Oil
soluble (OS)) – fogging
nyamuk

- Perlu bancuhan air atau


minyak*
Objektif Penggunaan Racun

• Untuk mengawal perosak


• Mengelakkan kerugian pada hasil tanaman
• Mengelakkan pencemaran dan kemusnahan kepada
organisma bukan-sasaran (non-targets)

9
• Faktor yang mempengaruhi keberkesanan:
– Kualiti racun
• Jenis racun yang berbeza digunakan untuk mengawal pelbagai
jenis perosak
• Contohnya; racun serangga (kawal serangga perosak), racun kulat
(kawal penyakit tanaman), racun rumpai (kawal rumpai)
• Racun mestilah berkualiti
– Masa penggunaan
• Lebih berkesan jika digunakan di peringkat kitaran hidup perosak
yang mudah dikawal
• Masa yang tepat – kawalan yang bagus & lebih ekonomi
• Pertimbangkan keadaan cuaca dan angin sebelum meracun
– Kualiti aplikasi dan liputan (coverage)
• Dos/kadar yang betul dan sekata
• Mencapai sasaran dengan tepat
• Saiz titisan (droplet) yang tepat
10
• Kadar semburan yang disyorkan biasanya
ditunjukkan dalam ekar/hektar atau lit/ha atau gm
ai/ha
• Ia harus difahami dengan betul supaya kuantiti yang
tepat (mengikut kesesuaian rumusan racun tersebut)
dapat digunakan
• Kaedah penyemburan, jenis nozel yang berbeza
digunakan (contoh; hidraulik, gas, atau centrifugal)

11
• Kebiasaannya, air bertindak sebagai pembawa (carrier)
kepada racun perosak (atau juga udara/minyak)
• Jadi, pemilihan saiz/jenis titisan yang betul sewaktu aplikasi
adalah penting
• Bentuk, saiz, dan permukaan sasaran mungkin berbeza
• Contoh; untuk menyembur serangga yang terbang, nozel yg
boleh menghasilkan partikel semburan yg halus dan tahan
lama di udara adalah lebih sesuai
• Contoh; untuk kawalan rumpai, semburan bebas drift atau
titisan semburan kasar lebih sesuai
• Contoh; jumlah titisan (droplet) yang jatuh di setiap kawasan
semburan,
– Lebih banyak droplet diperlukan untuk racun kulat
– Kurang droplet diperlukan untuk serangga yang merangkak/mudah
bergerak

12
• Teknik penggunaan racun perosak yang betul
penting untuk menghasilkan semburan yang
seragam mengikut jenis formulasi racun
• Kaedah untuk menetapkan (setting) peralatan
meracun untuk menghasilkan semburan yang
sekata di kawasan yang dikehendaki dipanggil
KALIBRASI

13
TEKNIK SEMBURAN

14
Faktor Penyemburan yang Betul

• Pemilihan alat penyembur yang sempurna dan


sesuai
• Pemilihan nozel yang betul
• Penggunaan penapis (strainer) yang betul
• Penggunaan isipadu semburan yang betul

15
• Isipadu cecair semburan yang diperlukan bagi
setiap kawasan bergantung kepada:
– Jenis semburan dan liputan
– Keluasan tempat sasaran
– Saiz titisan semburan
– Jumlah titisan semburan
• Jika titisan semburan adalah kasar / litupan
yang luas diperlukan = isipadu yang
diperlukan adalah lebih banyak

16
Klasifikasi Isipadu Campuran-semburan
(Spray-mix)

• Semburan berisipadu tinggi (high volume


spraying) : 300 - 500 L/ha
• Semburan berisipadu rendah (low volume
spraying) : 50 - 150 L/ha
• Semburan berisipadu ultra rendah (ultra low
volume spraying) : < 5 L/ha

17
JENIS-JENIS ALAT
PENYEMBUR
(SPRAYERS)

18
Penyembur Operasi Tangan (Hand-
operated Sprayers)
• Kebaikan
– Sesuai untuk isipadu racun yang kuantitinya sedikit / keluasan
tanaman yang hendak disembur adalah kecil
– Untuk mengawal perosak pada struktur semburan bertompok-
tompok (spot-spray) atau pada tempat yang susah untuk
dimasuki
– Beroperasi dengan menggunakan pam tangan yang
menghasilkan tekanan di dalam tangki bacuhan atau di dalam
chamber
– Murah & mudah untuk digunakan dan disimpan dan senang
untuk dibersihkan

19
• Kelemahan
– Kadar tekanan dan pengeluaran semburan tidak
seragam
– Tiada pengacauan (agitation) di dalam tangki
bancuhan - menyebabkan bancuhan mendap
semasa penyemburan dijalankan

20
Antara alat-alat penyembur menggunakan
tangan:

i. Penyembur pam pemetik (trigger)


ii. Penyembur pam tolak-tarik (push-pull)
iii. Penyembur udara mampat (compressed)
iv. Penyembur galas (knapsack)

21
i. Penyembur Pam Pemetik (Trigger)

22
• Semburan terjadi apabila pemetik ditekan
beberapa kali yang akan menyedut bancuhan
racun dari dalam tangki ke nozel
• Tekanan yang dihasilkan akan menghasilkan
titis semburan
• Biasanya berkapasiti 3 liter

23
ii. Penyembur Pam Tolak-tarik (Push-pull)

24
• Vakum terhasil di dalam silinder apabila
plugger ditarik dan menyedut bancuhan racun
dari dalam tangki kecil ke permukaan silinder
• Apabila plugger ditekan, angin yang terjadi
akan memecahkan bancuhan racun kepada
semburan
• Tangki bancuhan racun mempunyai kapasiti
sehingga 10 liter

25
iii. Penyembur Udara Mampat (Compressed)

26
• Tangki dipam secara manual sehingga ke
tahap yang mampat
• Semburan terjadi apabila injap trigger pada
laras penyembur dibuka
• Mempunyai kapasiti di antara 5 -15 liter

27
iv. Penyembur Galas (Knapsack)

28
• Sejenis penyembur pam tarik-tolak yang menggabungkan
tangki dan pam di dalam satu unit
• Boleh digalas di belakang pengguna
• Tekanan boleh dihasilkan melalui diaphragm atau
plugger
• Tekanan yang dihasilkan dalam tangki atau plugger akan
memaksa bancuhan ke laras penyembur apabila injap
pada laras penyembur dibuka
• Mempunyai kapasiti di antara 8-20 liter
• Dua jenis penyembur galas
– Tanpa pengacau (non agitator)
– Dengan pengacau (agitator)

29
Penyembur Bermotor (Motorized
Sprayers)

30
• Digunakan untuk menyembur ladang yang luas melebihi satu hektar
• Terdapat berbagai kapasiti tangki bancuhan untuk penyembur jenis
ini dari 10 liter ke 500 liter
• Penyembur yang kecil seperti mistblower yang boleh digalas di
belakang pengguna
• Penyembur boom yang besar hanya boleh dibawa di atas trailer dan
ditarik oleh sebuah traktor
• Kebaikan:
– Kapasiti tangki penyembur adalah besar
– Mempunyai keupayaan tekanan rendah dan tinggi
– Lengkap dengan pembancuh hidraulik
• Kelemahan:
– Harga yang mahal
– Tidak boleh digunakan untuk berbagai tujuan selain daripada
spesifikasi asal

31
Antara alat-alat penyembur bermotor:

i. Penyembur kabus (mistblower)


ii. Penyembur boom bermekanisasi
(Mechanized boom sprayer)

32
i. Penyembur Kabus (Mistblower)

33
• Beroperasi dengan enjin dua lejang berkapasiti di
antara 35 - 80cc
• Tangki bancuhan terletak di atas enjin / kipas
• Boleh memuatkan sebanyak 10 liter air bancuhan
• Nozel yang biasa digunakan adalah jenis shear atau
gaseous energy type

Shear type nozzle


34
ii. Penyembur Boom Bermekanisasi (Mechanized Boom
Sprayer)
– Paling berkesan apabila disembur di kawasan yang luas
dengan isipadu yang rendah
– Lebih tepat berbanding penyembur tangan
– Sukar untuk digunakan di kawasan yang kecil atau terpencil

35
Teknologi Unmanned Aerial Vehicle
(Drone)

36
• Berkapasiti membawa 10-20 liter bebanan racun
• Teknik semburan menggunakan dron lebih rata,
cepat, dan berkesan
• Menjimatkan penggunaan racun dan tenaga -
mengoptimumkan semburan – menjimatkan kos
• Melindungi petani daripada insiden keracunan

37
38
JENIS-JENIS
NOZEL SEMBURAN

39
Fungsi Nozel
• Untuk mengukur jumlah cecair mengikut
tekanan yang diberikan supaya kadar
pengeluaran tetap dan boleh diukur
• Untuk memecahkan cecair kepada bentuk
titisan
• Untuk mengeluarkan titisan kepada bentuk /
paten yang diperlukan

40
Jenis-jenis Nozel
• Jenis Hidraulik
➢Nozel yang paling biasa digunakan untuk aplikasi
pesticide
➢Menggunakan tekanan udara (samada kuasa
tangan atau enjin) yang memaksa bancuhan racun
perosak melalui lubang kecil untuk menghasilkan
titis-titis semburan
➢Antara jenis-jenis nozel hidraulik yang
menghasilkan bentuk semburan yang berbeza;

41
a) Nozel kon penuh (solid cone nozzle)
– Menghasilkan bentuk semburan yang bulat
– Titik semburan adalah sekata pada keseluruhan
bulat tersebut.
– Sesuai untuk kawalan serangga perosak dan
penyakit tanaman

42
43
44
b) Nozel kon lompong tengah (Hollow cone nozzle)
– Menghasilkan bentuk semburan yang bulat tetapi tiada titik
semburan pada bahagian tengah bulatan
– Titik semburan hanya terjadi pada bahagian tepi sahaja
– Mempunyai campuran saiz titisan yang berbeza
– Sesuai untuk kawalan serangga perosak dan penyakit secara
blanket dan tidak sesuai untuk semburan bertompok-
tompok

45
c) Nozel kipas rata biasa (Regular flat fan nozzle)
– Menghasilkan bentuk semburan yang bujur
dengan hujung yang tirus
– Bentuk semburan ini sesuai untuk semburan pada
kawasan permukaan yang rata
– Nozel ini adalah direka untuk tujuan penyemburan
racun rumpai

46
d) Nozel kipas rata sekata (Even flat fan nozzle)
– Menghasilkan bentuk semburan yang sama
dengan nozel kipas rata biasa dengan
penyemburan yang sekata bagi keseluruhan
kawasan semburan
– Sesuai untuk aplikasi racun rumpai pra/pasca
cambah

47
e) Nozel melantun (Deflector nozzle)
– Untuk penyemburan di lorong kecil, kawasan
yang luas, dan juga tumbuhan yang berbaris
– Juga dikenali sebagai nozel impak (impact nozzle)
atau banjir (floodjet nozzle)
– Menghasilkan bentuk semburan kipas yang lebar
dengan titik semburan yang banyak di bahagian
tepi

48
– Beroperasi pada tekanan yang rendah
– Sesuai untuk semburan racun rumpai jenis pra
dan pasca cambah
– Pada tekanan yang tinggi, titik semburan yang
halus boleh dihasilkan dan boleh digunakan
sebagai semburan isipadu rendah (low volume
spray)

49
• Jenis Gas
➢ Digunakan bersama mesin penyembur kabus (mistblower)
dan mesin pengabut (fogger)
➢ Juga dikenali sebagai twind-fluid dan shear kerana
pemecahan cecair menjadi titik semburan dengan impak
kuasa angin ke atas cecair tersebut

• Jenis Centrifugal
➢ Bancuhan racun dimasukkan ke tengah cakera (disc) yang
bergerigi di tepinya
➢ Cecair ini akan tersebar dengan kuasa centrifugal di
bahagian tepi dan tersebar keluar dalam bentuk titik
semburan. Circle weeding di kawasan ladang

50
➢Penyembur yang mempunyai cakera yang
berpusing beroperasi dengan cara ini
➢Spinning disk akan berputar laju untuk
menyebarkan titisan semburan yang halus

51
Kod Nozel
• Sistem Kod Amerika Syarikat
– Nozel yang ditandakan 8003
bermaksud:
Semburan bersudut 80° dan kadar
pengeluaran 0.3 US gelen seminit
– Nozel 11004 mengeluarkan
semburan pada 110° dengan
pengeluaran 0.4 US gelen seminit
Nozel XR ini boleh digunakan pada
tekanan berbeza

52
• Kod British Crop Protection Council (BCPC)
– Kod ini mempunyai empat parameter
• Jenis Nozel
• Sudut Semburan
• Kadar Keluaran
• Operasi tekanan

Kod BCPC Jenis Nozel Kadar Keluaran (L/min) Tekanan (bar)


F110/1.6/3 110º fan 1.6 3.0
HC-/0.47/3 Hollow cone 0.47 3.0
D-/2.4/1 Deflector 2.4 1.0
FE80/1.18/3 80º even spray fan 1.18 3.0
FLP80/0.79/1 80º low pressure fan 0.79 1.0

53
• Contoh bacaan kod nozel:
F110/1.6/3

Jenis nozel = Tekanan (bar)


Kadar keluaran
110° fan = 3.0
(L/min) = 1.6

Nozel Flat Even 80/0.6/3


mengeluarkan semburan
pada 80° dengan
pengeluaran 0.6 liter seminit
pada tekanan 3 bar (43.5 psi)

54
PENAPIS
(STRAINER)

55
• Pemilihan penapis / strainer adalah penting, kerana racun
dalam bentuk wettable powder sesuai dengan penapis 50
mesh atau lebih kasar untuk mengelakkan nozel tersumbat
• Penapis juga menentukan saiz semburan
• Penapis 100 mesh akan menghasilkan semburan yang
berdiameter lebih kecil (lebih halus)
• Penapis perlu disesuaikan dengan kadar alir nozel
• Kadar alir nozel yang rendah memerlukan penapis lebih kecil

56
INJAP
SEMBURAN
(SPRAY VALVE )

57
• Memastikan sesuatu nozel mengeluarkan kadar
pengeluaran yang konsisten dengan tekanan yang
tetap
• Kadar pengeluaran yang dihasilkan dari kekuatan
manusia adalah tidak seragam, maka injap
pengurusan semburan perlu untuk memberikan
tekanan sama
• Jika tekanan yang diberikan kurang daripada tekanan
tersebut, tiada semburan yang keluar dari nozel
tersebut
• Jika tekanan melebihi tekanan yang ditetapkan,
tekanan yang berlebihan tersebut akan dikurangkan
kepada tekanan yang ditetapkan
58
• Racun rumpai = 1 bar (saiz titisan lebih besar)
• Racun serangga dan racun kulat = 3 bar (saiz titisan
lebih kecil)
• Tekanan yang lebih tinggi akan menghasilkan saiz
titisan yang lebih kecil/halus
• Pelbagai saiz spray valve yang terdapat di Malaysia
(1-3 bar)

1.5 bar 1.5 bar

2.0 bar 2.5 bar

59
KALIBRASI

60
• Kadar aplikasi racun haruslah seragam pada
seluruh kawasan semburan
• Elakkan penggunaan dos racun yang terlalu
banyak / terlalu sedikit
• Semburan yang terlalu banyak – pembaziran,
kecederaan tanaman, tidak ekonomi
• Semburan yang terlalu kurang – kurang
berkesan untuk mengawal makhluk perosak,
pembaziran racun, masa, dan wang

61
• Tujuan kalibrasi dilakukan:
– Memastikan keberkesanan racun
– Mengelakkan kerosakan pada tanaman dan alam
sekitar
– Mengelakkan pembaziran
– Mengelakkan berlakunya kerintangan

62
• Faktor yang mempengaruhi kalibrasi:
– Isipadu semburan
– Jenis nozel
– Keluasan kawasan
– Pelarasan tekanan
– Kadar aliran
– Kelajuan berjalan
– Lebar semburan

63
• Peralatan Kalibrasi

1. Jam
2. Pita pengukur– 100 m
3. Silinder penyukat
4. Kalkulator
5. Standard spray valve
(untuk menentukan tekanan sekata)
6. Alat penanda
7. Baldi

64
Langkah Kalibrasi
1. Sediakan alatan semburan
– Sebelum melakukan kalibrasi, pastikan alatan semburan
dalam keadaan baik
– Cuci tangki dan buang segala kotoran
– Bersih/tukar penapis (strainer)
– Periksa dan pastikan nozel tidak haus atau tersumbat
– Sapukan minyak pelincir pada bahagian yg bergerak jika
perlu
– Pastikan tiada bahagian hos / paip yang bocor
– Periksa pressure gauge dan injap semburan yang
bersesuaian

65
Nozel dan penapis perlu diperiksa dan ditentukan betul sebelum kalibrasi

66
2. Tentukan lebar semburan
– Sembur atas permukaan kering dengan
ketinggian nozel mengikut darjah semburan (FE
80° = 0.6 meter). Ukur dalam unit meter.

67
3. Tentukan kawasan kalbirasi
– Ukur luas kawasan untuk kalibrasi (e.g. 5m * 10m
= 50m persegi)
– Pakai segala kelengkapan penyemburan
– Pastikan kalibrasi dilakukan dikawasan semburan
(sekiranya kawasan semburan di sawah-sila ukur
kelajuan disawah)
– Berjalan seperti biasa
– Tentukan masa yang diambil dalam minit utk
sembur dalam petak tersebut
– Ulang sebanyak tiga (3) kali dan ambil bacaan
purata
68
Sembur dalam kawasan ditandakan. Berjalan normal
semasa sembur.

69
Nozzle
height

Swath width

Lebar semburan (swath) perlu diukur mengunakan pembaris atau pita pengukur

70
4. Tentukan kadar aliran/output nozel
– Isi air dalam tangki
– Sembur ke dalam silinder penyukat / bikar / bekas
mengikut masa diambil untuk sembur petak kalibrasi.
– Ulangi tiga (3) kali dan ambil purata. Tukar bacaan kepada
L/min (untuk rekod flow rate/minute)

71
Pengiraan
• Contoh: daripada kalibrasi 5 m x 10 m, kadar semburan
adalah 2 L.
• Jadi isipadu semburan untuk 50 m persegi adalah 2 L
• Untuk pengiraan kadar semburan 1 ha (10,000m
persegi):
50m = 2L
10,000m = X
X = 2L x 10,000m
50m
= 400 L/ha

72
PENYELENGGARAAN
ALAT PENYEMBUR

73
• Simpan manual operasi alat penyembur
dengan baik (mudah dirujuk untuk kerja-kerja
pembaikan dan operasi)
• Bersihkan pam penyembur selepas setiap kali
digunakan
• Pakai PPE semasa pembersihan alat
penyembur

74
Selepas Menyembur
• Kosongkan tangki bancuhan dari sisa bancuhan racun
• Masukkan air sehingga ¼ penuh dan goncang
• Bilas tangki tersebut dengan air
• Ini akan membersihkan semua hos, laras penyembur dan
nozel
• Nozel boleh dibuka selepas 1 minit untuk mempercepatkan
pembersihan
• Ulang langkah di atas dengan air bersih sebanyak 2 kali
• Keringkan alat penyembur dengan mengeluarkan air di semua
bahagian penyembur sehingga kering

75
Penyelenggaraan Alat Penyembur
1. Penapis
– Keluarkan penapis (terdapat di beberapa tempat pada alat
penyembur, rujuk manual) dan sembur dengan air di kedua-dua
belah untuk mengeluarkan bahan yang tersumbat
– Rendam penapis tersebut dalam minyak tanah jika terdapat
kotoran atau sisa racun
– Jika penapis tidak boleh dibersihkan atau telah terkoyak, ganti
dengan yang baru
2. Injap
– Injap buka-tutup pada laras penyembur perlu dipastikan boleh
dibuka dan ditutup dengan baik
– Jika ada kebocoran, buka injap & periksa gasket pada injap
tersebut dan jika masih bocor, gantikan dengan yang baru

76
3. Hos
– Hos mestilah tidak bocor atau pecah terutama pada
bahagian penyambung dengan injap atau laras
– Jika ada kebocoran, tukar dengan hos yang baru
4. Nozel
– Nozel adalah alat yang mudah rosak dan sensitif
– Pembersihan nozel perlu dijalankan dengan berhati-hati
– Buka nozel dan juga penapisnya
– Basuh nozel di bawah air yang laju untuk mengeluarkan
sebarang kotoran yang melekat
– Bersihkan guna gunakan berus atau dawai halus jika perlu
– Bersihkan penapis dan kemudian pasangkan semula.

77
• Pam plugger / piston / batang piston mempunyai
cawan kulit yang perlu dilembutkan dengan minyak
(supaya boleh bergerak dengan mudah dan baik)
• Tukar cawan kulit jika keras atau rosak.
• Semua bahagian yang bersambung biasanya
mempunyai washel untuk menghalang kebocoran
• Jika washel keras atau berkarat, tukar washer dengan
yang baru (sentiasa simpan stok washel)

78
• Penyembur berkuasa enjin 2 lejang - Pastikan minyak
enjin dan petrol dicampur dengan betul (biasanya
25:1)
• Buang semua petrol dalam tangki jika penyembur
tidak digunakan agak lama
• Periksa palam pencucuh selalu dan ganti selepas
enjin digunakan selama 250 jam
• Periksa penapis udara setiap kali selesai kerja harian
dan bersihkan. Tukar selepas 250 jam penyembur
tersebut digunakan.

79
KESELAMATAN DAN
ALAT
PERLINDUNGAN
DIRI (PPE)

80
Langkah mengelakkan dan mengawal kesan
bahaya (hazard) kepada alam sekitar
• Pengusaha ladang :
– menyediakan PPE yang lengkap dan memastikan
penggunaannya
– melupuskan baki bancuhan racun, racun lapuk (obselete), air
bilasan peralatan dan bekas racun kosong mengikut peraturan
dan undang-undang
• Pekerja ladang :
– diberi latihan mengenai penggunaan racun secara berhemah
• Peralatan semburan yang digunakan hendaklah bersesuaian
dengan keadaan tanaman, dikalibrasi dan perlu diselenggara

81
Keselamatan semasa membancuh racun

• Baca maklumat pada label


• Sukat kuantiti dengan tepat mengikut keluasan kawasan
semburan
• Jangan buang lebihan bancuhan ke dalam sungai, parit
pengairan dan tempat yang bukan sasaran
• Periksa alat penyembur sebelum digunakan (tidak rosak,
bocor, tersumbat)
• Jangan sentuh, bau atau rasa dengan tangan atau lidah
• Gunakan kayu untuk membancuh dan lakukan di tempat
terbuka
• Jangan makan, minum dan merokok semasa membancuh

82
Keselamatan semasa menyembur racun

• Gunakan pakaian keselamatan yang melindungi


bahagian yang akan terdedah kepada tempias atau
tumpahan racun
• Sembur racun mengikut arah angin
• Sembur waktu awal pagi atau lewat petang di mana
kesan tempias lebih rendah

83
Keselamatan selepas menyembur racun
• Letak papan tanda amaran dikawasan yang telah disembur
• Jangan benarkan haiwan peliharaan memasuki kawasan semburan
• Patuhi tempoh dilarang masuk kawasan (REI) mengikut label.
• Habiskan baki bancuhan racun dengan menyembur tanaman atau
kawasan tepi yang tiada tanaman
• Jangan buang lebihan bancuhan racun ke dalam parit, sungai atau
kawasan lain yang bukan sasarannya
• Bersihkan semua alat penyembur dan keringkan
• Bersihkan PPE dan kemudian mandi sebersih-bersihnya
• Simpan racun dalam pembungkusan asal berserta label
• Simpan racun di tempat berkunci dan tidak boleh dicapai oleh
kanak-kanak

84
PPE yang perlu dipakai semasa
mengendalikan racun
• Sarung tangan getah
• Pelindung muka (mask)
• Pelindung mata (goggle)
• Baju lengan panjang (lengan baju perlu berada di luar sarung
tangan)
• Seluar panjang (kaki seluar perlu berada di luar kasut but)
• Kasut but (dilarang menggunakan kasut yang diperbuat
daripada kain atau kulit)
• Apron kalis air

85
86
Sumber : IRRI

87
Contoh pengabaian garis panduan
keselamatan dalam pengendalian racun

88
KESIMPULAN
• Pilih jenis racun yang betul
• Penyembur yang sesuai dengan racun dah makhluk
perosak
• Kalibrasi dan kadar yang betul
• PPE
• Waktu semburan dan kaedah semburan yang betul
• BACA LABEL sebelum beli dan guna

89
TERIMA KASIH / THANK YOU

SOALAN, PENDAPAT, KEMUSYKILAN.....


APA YANG BOLEH SAYA BANTU?

Anda mungkin juga menyukai