Anda di halaman 1dari 7

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN PELAJAR 2023

PENGUMUMA Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia , Encik Esham Bin Abd


N Hamid, Kaunselor Pendidikan Daerah Sektor Psikologi Dan
Kaunseling, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi serta para
tetamu kehormat untuk mengambil tempat .

(Para tetamu diminta duduk)

Kata alu-aluan Bismillahirrahmanirrahim.


Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera.

Kuntum melati tumbuh melata


Burung merbah di pohon cemara
Assalamualaikum pembuka bicara
Selamat datang untuk semua

Lenggang bertapak seni memandang


Silat sendeng menyusun jari
Salam sembah selamat datang
Sudilah tuan ke majlis kami

Yang Berbahagia Encik Esham Bin Abd Hamid, Kaunselor


Pendidikan Daerah, Sektor Psikologi Dan Kaunseling, Pejabat
Pendidikan Daerah Kota Tinggi.

Yang Berusaha, Tuan Haji Zaman bin Wahab, Penolong Kanan


Pentadbiran,

Yang dihormati, Pn. Hjh P.Aida Binti Paimin, Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid, SMK Taman Kota Jaya.

Guru-guru, murid-murid serta hadirin dan hadirat yang dikasihi


sekalian.

Selamat datang ke majlis :


“Watikah Pelantikan Pemimpin Pelajar 2023”

Sarung ketupat berisi inti


Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri

Bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana atas keizinanNya dapat kita


bersama-sama berkumpul pada pagi ini bagi menyempurnakan satu lagi
program penting iaitu “Watikah Pelantikan Pemimpin
Pelajar 2023”
Majlis kali ini adalah bawah kelolaan Unit Hal Ehwal Murid SMK
Taman Kota jaya.

Majlis mengalu-alukan kehadiran Yang berbahagia Encik Esham Bin


Abd Hamid, ke “Watikah Pelantikan Pemimpin Pelajar
2023”

Semoga kunjungan ini akan menyerikan lagi majlis kami. Selamat


datang Yang Berbahgia Tuan.

Nyanyian Lagu Hadirin dan hadirat sekalian,


Negaraku dan
Lagu Sekolah Majlis pada petang ini akan dimulakan dengan nyanyian dua buah lagu
iaitu LAGU BANGSA JOHOR dan LAGU SEKOLAH dengan iringan
muzik.

Hadirin dipohon berdiri tegak dan menyanyikan lagu dengan penuh


semangat.

Ikrar Pelajar Hadirin sekalian, majlis kita pada petang ini akan diteruskan dengan
bacaan ikrar pelajar yang akan dipimpin oleh saudara
___________________________________________

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

(Hadirin diminta berdiri)

Terima kasih atas pimpinan bacaan ikrar itu tadi.


(Para hadirin dipersilakan duduk)

Bacaan doa Petik Kenanga di petang hari,


Gubahan diolah bawa berangkat,
Bersama memohon rahmat Ilahi,
Moga majlis mendapat berkat.

Hadirin yang dihormati sekalian,


Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah kita bersama-sama
menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh
_________________________

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

**********************************************
Aamiinn .. aaminn ya Rabbal alamin.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih


kepada ______________________________________ atas bacaan doa
itu tadi.
Ucapan Hadirin sekalian,
Pen.Kanan HEM
Adat berbahasa menyampaikan pesan,
Adat upacara menyampaikan ucapan,

Seterusnya, majlis dengan penuh takzim mempersilakan Yang Berusaha


Tuan Haji Zaman Bin Abd Wahab, Penolong Kanan Pentadbiran,
SMK Taman Kota Jaya untuk menyampaikan ucapan dan amanatnya.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

*****************************************************

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Berusaha Tuan Haji


Zaman Bin Abd Wahab, atas ucapan sebentar tadi.

Majlis Seterusnya, bagi menyemarakkan lagi Majlis watikah pelantikan


penyampaian pemimpin pelajar 2023, dijemput Yang berbahagia, Encik Esham Bin
watikah Abd Hamid dengan diiringi oleh Tuan Haji Zaman Bin Abd Wahab ,
untuk menyempurnakan majlis Penyampaian Watikah Pelantikan
Pemimpin Pelajar 2023 pada petang ini.

Dimulakan dengan Pengawas Sekolah iaitu seramai


______________________________
Untuk itu dipersilakan, (Rujuk lampiran)
1. ________
2.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Esham Bin


Abd Hamid atas penyampaian Watikah Pelantikan Pemimpin
Pelajar 2023 itu tadi.
Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Tn Hj
Zaman Bin Wahab, Penolong Kanan Pentadbiran SMK
Taman Kota Jaya untuk meneruskan Majlis Watikah Pemimpin
Pelajar 2023 pada pagi ini.

Seterusnya dipersilakan Pengawas Pusat Sumber Sekolah seramai


38 orang dan Pengawas Pusat Sumber Studio Sekaya seramai 9
orang
Untuk itu dipersilakan, (Rujuk lampiran)
1.
2.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tn Haji Zaman


Bin Abd Wahab atas penyampaian Watikah Pelantikan
Pemimpin Pelajar 2023 itu tadi.

Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Pn


Hjh P. Aida Binti Paimin, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SMK Taman Kota Jaya untuk meneruskan Majlis Watikah
Pemimpin Pelajar 2023 pada petang ini.

Seterusnya dipersilakan ahli dan Student Leader Board (SLB).


Untuk itu, dipersilakan, (rujuk lampiran)
1.
2.

Majlis diteruskan dengan watikah pelantikan Pembimbing Rakan


Sebaya
Dimulakan oleh :- (Rujuk lampiran)
1.
2.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Pn Hjh P. Aida


Binti Paimin atas penyampaian Watikah Pelantikan Pemimpin
Pelajar 2023 itu tadi.

Wangi seroja menusuk jiwa,


Terus dicari buat si dara;
Jadilah pemimpin yang berwibawa,
Sekolah cemerlang disiplin terpelihara

Ikrar pemimpin Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,


pelajar
Majlis pada petang ini akan disemarakkan lagi dengan dengan lafaz
ikrar daripada pemimpin-pemimpin pelajar. Untuk itu dipersilakan
saudara LUQMAN HAKIM BIN ABDUL RAHIM untuk memimpin
bacaan ikrar. Dipersilakan,

(Hadirin diminta untuk berdiri)

==================ikrar murid===================

Terima kasih diucapkan kepada LUQMAN HAKIM BIN ABDUL


RAHIM atas lafaz ikrar itu lagi.

(Hadirin dipersilakan duduk)

Majlis Hadirin hadirat sekalian,


penyerahan
kuasa merotan Seterusnya, bagi menyemarakkan lagi Majlis watikah pelantikan
pemimpin pelajar 2022 & Majlis Penyerahan Kuasa Merotan ini,
dijemput Inspektor Gobi Menon A/L Ramu, Pegawai Risikan
Keselamatan, IPD Kota Tinggi, diiringi Puan hajah P. Aida binti
Paimin untuk menyempurnakan majlis penyerahan Kuasa Merotan
kepada para guru. Dipersilakan.

Dimulakan dengan ,
1. En. Ahmad Najib bin Othman
2. En Mohd Azru Shahril Bin Mohd Noor
3. Pn Nurul Hidayah Bt Mat Zaid

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Inspektor Gobi Menon


A/L Ramu atas penyampaian MAJLIS PENYERAHAN KUASA
MEROTAN itu tadi.

Ceramah Hadirin dan hadirat yang dikasihi,

Majlis kita pada petang ini diteruskan lagi dengan menjemput Yang
Berbahagia Encik Esham Bin Abd Hamid, Kaunselor Pendidikan
Daerah Sektor Psikologi Dan Kaunseling, Pejabat Pendidikan
Daerah Kota Tinggi untuk menyampaikan ceramah Kepimpinan
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Selesai Ceramah

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia


Encik Esham Bin Abd Hamid, atas ceramah yang telah disampaikan
tadi.
Diharapkan apa yang disampaikan akan menjadi pedoman dan panduan
kepada semua murid.

Penyampaian Hadirin dan hadirat sekalian,


cenderamata
Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga;
Yang elok itu budi,
Yang indah itu bahasa.

Orang berbudi kita berbahasa

Sebagai hamparan tanda penghargaan dan terima kasih atas kesudian


Yang Berbahagia tuan bersama kami pada petang ini, sudilah kiranya
tuan menerima cendera hati daripada kami .

Untuk itu dijemput Tuan Haji Zaman Bin Abd Wahab, Penolong Kanan
Pentadbiran untuk menyampaikan cendera hati kepada Encik Esham
Bin Abd Hamidi, atas kesudian Menyampaikan WATIKAH
PELANTIKAN PEMIMPIN PELAJAR 2023

Dipersilakan.
---------------------- penyampaian cenderahati ------------------------

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Zaman Bin Abd Wahab atas
penyampaian cendera hati itu tadi.

Kuning emas masaknya padi,


Mawar merah dalam jambangan;
Terima kasih daun keladi,
Budi tuan jadi kenangan

Penutup majlis Hadirin dan hadirat sekalian,

Majlis pada hari ini akan diakhiri dengan nyanyian LAGU


NEGARAKU. Murid-murid serta para hadirin dimohon berdiri tegak
untuk menyanyikan lagu dengan penuh semangat.

---------------------------- lagu Negaraku -------------------------------

Dengan berakhirnya nyanyian lagu itu tadi, maka sempurnalah sudah


WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN PELAJAR 2023

Semoga majlis ini dapat meningkatkan motivasi Pengawas Sekolah,


Pengawas Pusat Sumber, Student Leader Board dan Pembimbing Rakan
Sebaya, untuk menjalankan tugas dengan baik dan penuh dedikasi
kerana ini juga merupakan suatu pengiktirafan agar mereka lebih
cemerlang dengan menjadi pemimpin yang berilmu, berakhlak tinggi
dan berketerampilan

Penutup Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat
dalam menjayakan majlis kita pada hari ini.

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Dari Kedah ke pekan sari,


Beli suasa di Kota Tinggi;
Selesai sudah tugas diberi
Di lain masa bersua lagi
Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahi Taufiq walHidayah
Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh

Anda mungkin juga menyukai