Anda di halaman 1dari 5

TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS PERHIMPUNAN BULAN MAC 2019

Melati kuntum tumbuh melata,


Mencari timba si anak dara,
Assalamualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Untuk makluman, Perhimpunan Bulanan pada kali ini Bil. 3/2019 dianjurkan oleh
Seksyen Penguatkuasaan dan IKS.

Sebelum kita memulakan majlis, marilah sama-sama kita mendengar taklimat


keselamatan terlebih dahulu.

----- Video Taklimat Keselamatan ------

Bismillahirahmanirahim….
Assalamualaikum WBT, salam sejahtera dan salam Melaka Berwibawa
Pintar, hijau dan bersih.

Yang Berbahagia Doktor Rabaayah bt Daud, Pengarah JKKP Melaka


Yang Berusaha Ir. Mohammad Fadzil bin Abdul Manap , Timb. Pengarah JKKP Malaka
Yang Dihormati En. Mohd. Najib b. Jaafar, Ketua Bahagian Khidmat Operasi,
Ketua-ketua seksyen dan rakan-rakan sekalian.

Bersyukur Kita Pada Pagi Yang Mulia Ini, Kita Semua Dapat Bersama – Sama
menghadirkan diri di Majlis Perhimpunan bulanan Bil. 3/2019 ini.

Bagi memberkati majlis pada pagi ini, , Marilah Kita sama-sama Mengaminkan Doa
Yang Akan dipimpin oleh Encik Nik Wan Aznan Bin Wan Abdul Kadir. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.
----- Bacaan Doa --------

Terima kasih diucapkan kepada Encik Nik Wan Aznan Bin Wan Abdul Kadir di atas
bacaan doa itu tadi.

Tuan-tuan dan puan-puan, bagi meneruskan majlis, mohon kerjasama sekalian hadirin
untuk berdiri bagi menyanyikan lagu Negaraku, dan Melaka Maju Jaya.

-------- Video Nyanyian lagu -------

Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan Bacaan Ikrar Integriti perkhidmatan awam
yang akan diketuai oleh Encik Azman Shah Bin Jaafar.

-------Bacaan Ikrar--------

Terima kasih diucapkan kepada Encik Azman Shah Bin Jaafar di atas bacaan ikrar itu
tadi.

Majlis seturusnya menjemput Encik Paarthiban A/L Selvenazan untuk menerangkan


tentang nilai Murni iaitu Kerjasama berpasukan.

--------Nilai Murni--------

Terima kasih diucapkan kepada Encik Paarthiban A/L Selvenazan diatas penerangan
nilai murni kerjasama pasukan itu tadi.
Marilah sama-sama kita menyaksikan tayangan video OSH-moment Keselamatan di
Pejabat.

----Tayangan video-----

Seterusnya marilah sama-sama kita menyaksikan tayangan Video Aktiviti Seksyen


Penguatkuasaan & Iks (Spiks) Dan Imbasan Aktiviti Jkkp Melaka Bulan Februari Dan
Mac.

------VIDEO AKTIVITI SEKSYEN PENGUATKUASAAN & IKS (SPIKS)----


-----IMBASAN AKTIVITI JKKP MELAKA BULAN FEBRUARI DAN MAC-----

Majlis kita diteruskan lagi dengan bacaan IKRAR AKTA RAHSIA RASMI 1972 yang
akan diketuai oleh Encik Mohd. Hairy bin Jaafar.

-------Bacaan Ikrar--------

Terima kasih diucapkan kepada Encik Mohd. Hairy bin Jaafar di atas bacaan IKRAR
AKTA RAHSIA RASMI 1972 itu tadi.

Majlis seterusnya menjemput Biro Kebajikan PKS untuk mengiringi Puan Pengarah bagi
menyampaikan sumbangan kepada kakitangan menerima kelahiran cahaya mata yang
baru. Dengan segala hormatnya Dipersilakan.

SUMBAGAN PKS DARIPADA BIRO KEBAJIKAN

1. En. Muhammad Taufik bin Mustapa


2. En. Hamdan bin Aziz
3. Pn. Norfarah Shidah bt Abd. Ghaffar

Terima kasih kepada Puan Pengarah diatas penyampaian sumbangan itu tadi.

Hadirin dan hadirat sekalian, marilah kita kongsikan bersama pengumuman berkenaan
perkembangan terkini yang berlaku dalam organisasi yang kita kasihi ini. Majlis
menjemput Ketua-ketua Bahagian, Ketua-ketua Seksyen dan kakitangan untuk
membuat pengumuman dan menyampaikan laporan.

---- Pengumuman dan laporan ------

Terima kasih di ucapkan kepada Timbalan Pengarah, Ketua-ketua bahagian, ketua-


ketua seksyen dan kakitangan diatas pengumuman dan laporan itu tadi.

Hadirin sekalian, tanpa melengahkan masa, majlis diteruskan lagi dengan Perutusan
dan Amanat yang akan disampaikan oleh Yang Berbahagia Doktor Rabaayah bt Daud,
selaku Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Melaka. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.

------Ucapan Pengarah---------

Demikianlah tadi perutusan dan amanat oleh Pengarah JKKP Melaka. Majlis
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas ucapan
beliau itu tadi.

Pohon nipah serak bertumbuh


Usia bertambah amal dikukuh

Selamat Hari Lahir kepada yang lahir pada bulan Mac

⮚ Encik Mohd Hafiz bin Abd Kadir (16/3/19xx)

⮚ Encik Mohd Afizul bin Mat Daud (18/3/19xx)

⮚ Puan Noor Hasliza binti Abdu Hasan (24/3/19xx)


⮚ Encik Azizul bin Abdol Gani (8/3/19xx)

minta nama-nama tersebut tampil ke hadapan untuk upacara memotong kek dan
marilah sama-sama kita menyanyikan lagu Allah Selamatkan Kamu kepada mereka…

---Nyanyian lagu hari lahir----

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta

Kini Kita Telah Sampai Ke Penghujung Majlis Perhimpunan Kita Pada Pagi Ini. Sebelum
majlis kita berakhir marilah kita sama-sama menyanyikan lagu Budaya Kerja Selamat.

Sekian, wabillahitaufik wal hidayah.


Wassalamu’alaikum w.b.t

---Nyanyian lagu budaya kerja selamat----

Majlis bersurai

Anda mungkin juga menyukai