Anda di halaman 1dari 3

NUR NABILAH BINTI ABDULLAH Pegawai Latihan Vokasional Gred J41 Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Kemaman

Payoh, 24210 Kemasik Terengganu 22 September 2011 Kepada: Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia Kementerian Sumber Manusia Blok D3, Aras 1-9, & Blok D4, Aras 6-9 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62590 Putrajaya Melalui : Pengarah Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Payoh, 24210 Kemasik, Terengganu Salinan Kepada: Pengarah Bahagian Perkhidmatan Kementerian Sumber Manusia Blok D3, Aras 1-9, & Blok D4, Aras 6-9 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62590 Putrajaya Salinan Kepada: Ketua Pengarah Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam Bahagian Perkhidmatan Aras 6-7, Blok C2, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62510 Putrajaya Tuan, PERMOHONAN PERTUKARAN KE ILP PASIR GUDANG/ ILP MERSING/ ADTEC BATU PAHAT/ JPK ZON SELATAN NAMA : NUR NABILAH BINTI ABDULLAH (860112-02-5182)

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut. 1

- 2 2. Saya seperti nama dan jawatan di atas, ingin memohon pertukaran ke ILP Pasir Gudang/ ILP Mersing/ ADTEC Batu Pahat/ JPK ZON SELATAN 3. Saya memohon pertukaran ini atas alasan-alasan berikut: i) Permohonan pertukaran ini dibuat kerana saya ingin mengikut suami yang bertugas di Johor Bahru dengan pihak swasta. Adalah sukat untuk suami saya bertukar ke negeri lain berikutan syarikat tersebut hanya beroperasi di Johor. Perjalanan dari Kemaman ke Johor Bahru memakan masa selama 5 jam untuk satu perjalanan sehala dengan melalui Jalan Mersing. Saya hanya berpeluang berjumpa suami setiap dua (2) minggu sekali jika tiada halangan kewangan dan mempunyai teman sepanjang perjalanan. Kos untuk berulang-alik dari Kemaman ke Johor Bahru juga tinggi. Purata kos tanggungan adalah seperti berikut: a) Kos pengangkutan kenderaan sendiri (setiap bulan) : RM 60.00/ 1 perjalanan x 2 (pergi & balik) x 2 (2 kali sebulan) = RM 240.00 b) Tol: Tiada jika melalui Mersing c) Kos pengangkutan bus (setiap bulan) : Dari Kemaman RM 60.00/ 1 perjalanan x 2 (pergi & balik) x 2 (2 kali sebulan) = RM 240.00 d) Kapal Terbang = RM350 (pergi dan balik) tetapi perlu berlepas dari (KUANTAN KUALA LUMPUR JOHOR BAHRU) x 2 (2 kali sebulan ) = RM 700 iv) Perjalanan saya pulang ke Johor Bahru memakan masa selama 5 jam sekiranya trafik lancar. Perjalanan jauh yang perlu dilalui setiap kali saya pulang semula ke Kemaman adakalanya menggangu prestasi kerja saya pada hari Ahad. Saya akan keletihan dan kurang produktif menjalankan kerja. Sekiranya perkara ini berlarutan, saya bimbang prestai kerja saya akan terjejas dan akan membebankan rakan sekerja. Cuti hujung minggu yang berbeza di Terengganu yakni yang jatuh pada hari Jumaat dan Sabtu menyukarkan saya untuk bertemu dengan suami yang hanya bercuti pada hari Ahad. Keadaan ini menjejaskan perhubungan kami sebagai suami isteri kerana hanya berpeluang berjumpa pada malam hari setelah suami pulang dari kerja. Jika dikira saya hanya sempat meluangkan masa bersama suami secara purata 4 hari sebulan.

ii)

iii)

v)

5. Sehubungan dengan itu, besar harapan saya agar pihak tuan dapat memberi pertimbangan dan perhatian terhadap permohonan saya ini. Saya berjanji akan sentiasa bekerja bersungguh-sungguh demi meningkatkan kualiti kerja untuk menjadi seorang anggota perkhidmatan awam yang cemerlang. Kerjasama dari pihak tuan amat saya hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian, terima kasih. Yang benar,

(NUR NABILAH BINTI ABDULLAH) Pegawai Latihan Vokasional Gred J41 Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) KemamanPayoh, 24210 Kemasik Terengganu Darul Iman