Anda di halaman 1dari 121

KEMENTERIAN PERTANIAN

& INDUSTRI MAKANAN

MODUL PEMBELAJARAN
PENGENDALIAN
UNTUK PEMASARAN
TANAMAN CILI MERAH

CAWANGAN PENDIDIKAN PEMASARAN


BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN
PRAKATA
Assalamualaikum
Warahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, Modul Pengendalian Untuk Pemasaran Tanaman Cili Merah ini dapat
dihasilkan untuk menjadi rujukan dan bahan bantuan mengajar kepada kumpulan sasar
FAMA. Usaha ini bertujuan untuk menjadikan aktiviti pendidikan pemasaran kepada
kumpulan sasar lebih sistematik dan terkini mengikut perkembangan semasa bagi komoditi-
komoditi terpilih terutama yang menjadi tumpuan pasaran pada masa kini.

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Bahagian Pembangunan Modal Insan khususnya
Cawangan Pendidikan Pemasaran dan barisan Jurulatih Pemasaran yang terdiri daripada
pegawai dan kakitangan FAMA yang terlibat dalam usaha membangunkan modul
pembelajaran seperti ini.

Akhir kata, melalui pembangunan modul – modul seperti ini diharapkan dapat memberi
impak kepada peningkatan pendapatan kumpulan sasar khususnya melalui pengurangan
kadar kerosakan lepas tuai yang tinggi di sepanjang rantaian bekalan. Semoga usaha terus
dikembangkan dan memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat yang terlibat.

Dato’ Zainal Abidin Bin Yang Razalli


Ketua Pengarah
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan

2
ISI KANDUNGAN

Bahagian 1
PENGENALAN TANAMAN

Bahagian 2
ANALISIS KEWANGAN
& DAGANGAN

Bahagian 3
AGRONOMI &
PENGURUSAN TANAMAN

Bahagian 4
PENGENDALIAN UNTUK
PEMASARAN

Bahagian 5
PEMASARAN
PENGENDALIAN UNTUK
PEMASARAN
Pengendalian untuk pemasaran bagi keluaran
pertanian sayur-sayuran dan buah-buahan adalah
penting untuk memastikan setiap hasil yang
dikeluarkan memberi pulangan pendapatan yang
maksimum kepada setiap pemain pasaran di
sepanjang rantaian bekalan. Mengurangkan kadar
kerosakan lepas tuai dan memanjangkan jangka
hayat hasil pertanian sekaligus dapat meningkatkan
pendapatan petani.

MODUL PENGENDALIAN UNTUK PEMASARAN


TANAMAN CILI MERAH
Bahagian 1
PENGENALAN TANAMAN
PENGENALAN TANAMAN

Cili atau nama botaninya Capsium Annum


L. Dari keluarga solanaceae berasal dari
Mexico dan Amerika Selatan.

Ditanam secara meluas di kebanyakan


negara tropika termasuk Malaysia.

Faktor cuaca negara ini yang mempunyai


suhu 20-30 c dan taburan hujan antara
1500-2000 mm setahun menjadikan
tanaman cili boleh hidup dengan subur.

Di Malaysia,ia juga dikenali sebagai lada


dan cabai.
PENGENALAN TANAMAN

Perak, Johor, Selangor, 2556 hektar keluasan


Pahang dan Kelantan penanaman bersamaan
adalah negeri 5% pengeluaran sayur-
pengeluar utama sayuran di Malaysia
73.6

30.8 % Kadar Sara Diri


(SSR) menunjukkan
pengeluaran dalam
negara tidak cukup
30.8

menampung
permintaan domestik.
Kadar Kebergantungan
KELUARAN DALAM IMPORT
NEGARA Import sangat tinggi
iaitu 73.6%
PENGELUARAN CILI

Perlis – 297.7 Ha W.P. Labuan – 9.13 Ha


Kedah – 164.15Ha
Kelantan – 535.91 Ha

Terengganu – 165.42 Ha

Pahang – 398.63 Ha

Johor – 469.32 Ha

Pulau Pinang – 1,632.52 Ha

Perak – 212.07 Ha Sarawak – 10,714.40 Ha

Selangor – 373.0 Ha

Negeri Sembilan – 57.76 Ha


Melaka – 62.66 Ha
LUAS BERHASIL

3,500.00 50,000.00
3,205.40
44,853.10 45,000.00
3,000.00
41,057.70 40,000.00
38,362.20
2,500.00 35,000.00
2,680.40
2,000.00 30,000.00
2,897.90 25,058.60 25,000.00
1,500.00 22,089.30
20,000.00
2,557.30
1,000.00 2,102.20 15,000.00
10,000.00
500.00
5,000.00
0.00 0.00
1
2014 2015
2 2016
3 2017
4 2018
5
Luas Berhasil Pengeluaran

TAHUN LUAS BERHASIL PENGELUARAN


2014 3,205.40 38,362.20
2015 2,680.40 44,853.10
2016 2,897.90 41,057.70
2017 2,557.30 25,058.60
2018 2,102.20 22,089.30
KELUASAN SAYUR-SAYUR UTAMA

BENDI, 3,500, 6%
BAYAM, 5,891, 10%

CILI, 2,556,
5%
TOMATO, 2,192, 4% CILI PADI,
749, 1%
TERUNG, 2,407, 4% TIMUN, 4,422, CEKUR
8% MANIS,
SAWI, 9,443, 17% 372, 1%
DAUN
BAWANG,
KACANG PANJANG, 490, 1%
4,409, 8% DAUN
SADERI,
KANGKUNG, 4,951, 240, 0%
9%

SALAD, 2,892, 5% KAILAN, 1,412, 2%


PETOLA ULAR, 94, KACANG
0%
PETOLA SEGI, BUNCIS,
1,060, 2% LABU KOBIS BULAT, 965, 2%
PERIA, MANIS, 3,502, 6%
PERIA KATAK, 1,349, 2% 1,824,
145, 0% 3% AIR,
LABU KACANG BOTOL,
419, 1% 406, 1%
LOBAK PUTIH,
237, 0% KOBIS CINA, 397, 1%
KUNDUR, 109, 0%
LOBAK
KUCAI, 178, 0%
MERAH,
115, 0%
KELUASAN BERTANAM SAYUR-SAYURAN UTAMA

SAWI I 9,443 ha I 17% BAYAM I 5,891 ha I 10% KANGKUNG I 4,951ha I 9%

KOBIS BULAT I
TIMUN I 4,422 ha I 8% KACANG PANJANG I 4,409 ha I 8% 3,502 ha I 6%

SALAD TERUNG
BENDI I 3,500 ha I 6% 2,892 ha I 5% CILI I 2,556 ha I 5% 2,407 ha I 4%

TOMATO KAILAN PERIA


2,192 ha I 4% LABU MANIS I 1,824 ha I 3% 1,412 ha I 2% 1,34 ha I 2%

PETOLA SEGI KACANG BUNCIS CILI PADI DAUN BAWANG, LABU AIR,
1,060 ha I 2% 965 ha I 2% 749 ha I 1% 490 ha I 1% 419 ha I 1%

KACANG
BOTOL KOBIS CINA, CEKUR MANIS DAUN SADERI LOBAK PUTIH
406 ha I 1% 397 ha I 1% 372 ha I 1% 240 ha I 0% 237 ha I 0%

KUCAI PERIA KATAK LOBAK MERAH


178 ha I 0% 145 ha I 0% 115 ha I 0% KUNDUR I 109 ha I 0% PETOLA ULAR 94 ha I 0%
VARIETI CILI MERAH

• Umumnya, varieti cili merah


kulai paling meluas ditanam
terutama di Kelantan, Johor Dan
Perak kerana mendapat
permintaan yang baik di pasaran,
rentan terhadap beberapa jenis
penyakit tanaman cili, lasak
semasa dikendalikan dan agak
pedas.

• Hasil pengeluarannya juga boleh


mencapai 15-20 tan untuk setiap
hektar .
VARIETI CILI MERAH

Pada masa kini, varieti Hot Pepper


seperti Cili Merah 461 dan Cili
Merah 568 banyak ditanam secara
fertigasi kerana hasil tuaian yang
tinggi dan hampir menyerupai Cili
Kulai.
VARIETI CILI MERAH

• Cili Kulai 461 adalah jenis cili


yang memang tahan virus
lalat putih berbanding kulai
original.

• Dengan pengurusan yang


betul, tanaman cili 461 ini
boleh mencecah 2 kg
sepokok untuk tempoh 4
bulan daripada pindah anak
pokok ke polibeg.

• Jangka ekonomi untuk 461


ini adalah 6 bulan dengan
pengeluaran hasil 3-4 kg
sepolibeg.

• Tuaian pertama boleh


dilakukan 75 hari selepas
pindah anak pokok secara
puratanya dengan ketinggian
pokok boleh mencecah 1.2
m secara purata
VARIETI CILI MERAH
• Cili kulai 568 boleh mencecah
15 – 30 cm panjang dengan
berat 20 – 25 g sebiji secara
purata dengan keadaan cili
yang berkedut.

• Satu kg buat cili kulai 568


boleh mengandungi 40 – 60
biji cili. Secara puratanya, hasil
cili kulai 568 boleh mencecah
2.5 – 3.5 kg sepokok untuk
tempoh 6 bulan penanaman

• Buah cili kulai 568 boleh dituai


selepas 75 hari dipindahkan ke
polibeg atau plot tanaman dan
ianya berbunga sepanjang
masa.
VARIETI CILI MERAH

• Di pasaran masa kini, Cili Merah yang


dipasarkan adalah dari jenis Cili Minyak
Tempatan, Cili Kulai Tempatan dan Cili Minyak
Import.

• Cili Merah Tempatan mempunyai kelebihan


dengan rasanya lebih pedas jika dibandingkan
dengan cili merah import yang dibawa masuk
dri Thailand, China dan Vietnam.
ZAT PEMAKANAN CILI
Bagi setiap 100gram yang
dimakan

KANDUNGAN JUMLAH
Protein (g)
2.8
Karbihidrat (g)
9.5
Lemak (g)
0.7
Serabut (g)
0
Kalsium (mg)
15.0
Besi (mg)
1.8
Fosforus (mg)
80.0
Kalium (mg)
0
Natrium (mg)
0
Karotena Beta
2730.0
(ug)
0.2
Vit. B1 (mg)
0.1
Vit. B2 (mg)
175.5
Vit. C (mg)
0.7
Niacin (mg)

Sumber: MARDI – Panduan Pengeluaran Sayur-sayuran (1990)


Bahagian 2
ANALISIS KEWANGAN
DAN DAGANGAN
KOS
KOSMARGIN
MARGINPEMASARAN
PEMASARANCILI
CILIMERAH
MERAHKULAI

Pada harga RM 7.00 di peringkat


ladang, petani mendapat pulangan
bersih RM 3.73 dengan RM 3.94 kos
pengeluaran dan RM 2.45 Kos
Pemasaran yang perlu ditanggung.
Syer petani adalah 58%.

Pemborong memperoleh RM 1.99


pulangan bersih pada harga jualan
RM 9.50 dengan Kos Pemasaran yang
perlu ditanggung sebanyak RM 0.94.
Margin kasar pemborong 21%.

Di peringkat runcit, peruncit


memperoleh RM 1.59 pulangan
bersih pada harga jualan RM 12.00
dengan kos pemasaran sebanyak RM
1.75. Margin kasar peruncit 21%
KOS MARGIN PEMASARAN CILI MERAH KULAI
PERINGKAT
KOMPONEN
LADANG BORONG RUNCIT
HARGA JUALAN (RM/KG) 7.00 9.50 12.00
HARGA BELIAN 0.00 7.00 9.50
PULANGAN KASAR 7.00 2.50 2.50
KOS PENGELUARAN
1. KOS PEMBANGUNAN 2.01 0.00 0.00
2. KOS BAHAN INPUT & PERALATAN 0.40 - -
3. KOS TENAGA KERJA 1.01 - -
4. KOS PELBAGAI 0.56 - -
KOS PEMASARAN
1. KOS TENAGA KERJA/UPAH 1.26 0.51 0.91
2. KOS PEMBUNGKUSAN 0.03 0.17 0.40
3. KOS PENYIMPANAN 0.07 0.04 0.02
4. KOS PENGANGKUTAN 0.19 0.10 0.16
5. KOS PENTADBIRAN/UTILITI 0.21 0.05 0.15
6. KOS KEROSAKAN LEPAS 0.69 0.07 0.11
TUAI/KENDALIAN/TIDAK BOLEH
DIJUAL
PULANGAN BERSIH 3.73 1.99 1.59
PECAHAN SYER RM1 (100%) YANG DIBELANJAKAN PENGGUNA
SYER PETANI 58% - -
MARGIN KASAR PEMBORONG - 21% -
MARGIN KASAR PERUNCIT - - 21%
PENGGUNAAN DAN PEMBEKALAN CILI

Pada 2019, Kadar Sara Diri (SSR) Cili adalah 30.8%


menunjukkan pengeluaran dalam negara tidak
cukup menampung permintaan dengan Kadar
Kebergantungan Import (IDR) yang sangat tinggi
iaitu sebanyak 73.6%.

KADAR PENGGUNAAN
KADAR SARA
TAHUN KEBERGANTUNGAN PER KAPITA
DIRI (SSR/%)
IMPORT (IDR/%) (PCC/kg)

2014 52.0 52.9 1.8

2015 51.4 52.1 2.1

2016 49.1 55.1 2.0

2017 38.8 66.9 1.6

2018 31.9 73.1 1.7

2019 30.8 73.6 2.0

SUMBER : AKAUN PEMBEKALAN DAN PENGGUNAAN KOMODITI


TERPILIH 2012-2019, JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA
HARGA PURATA CILI MERAH

35.00 11.68 11.60 11.05


30.00
25.00
8.91 8.15 8.50
20.00
15.00
10.00 8.05 7.30 6.80
5.00
0.00
1 2 3

HARGA
TAHUN
LADANG BORONG RUNCIT

2016 8.05 8.91 11.68

2017 7.30 8.15 11.60

2018 6.80 8.50 11.05


PERGERAKAN HARGA CILI MERAH
TEMPATAN/MINYAK

16.00
14.00
12.00
y = 0.0228x + 7.8485
10.00
R² = 0.1132
8.00
6.00
4.00
2.00
0.00
JAN 2013 OGOS 2020

Walaupun Harga runcit dipasaran Cili Merah berlaku


penurunan dan kenaikan, sebenarnya secara linear ia
adalah berada dalam keadaan meningkat daripada
tahun 2013 sehingga 2020
HARGA PURATA RUNCIT – JANUARI 2020

CILI (BURUNG/PADI) IMPORT CILI MERAH (KULAI) CILI MERAH (MINYAK)


- 200g - kg - Kg

13.64
13.22

13.16
12.86
12.04

11.83
11.67
11.67

11.38
11.31

11.12
10.81

3.23
2.42

2.39

2.37
2.32

1.85

Harga purata runcit yang direkodkan pada Januari 2020


adalah RM 2.32 bgai 200gram Cili Burung/ Padi, RM
12.86 sekilo bagi Cili Merah Kulai dan RM 12.04 sekilo
bagi Cili Merah Minyak secara umumnya.

HARGA PURATA ITEM TERPILIH DI MALAYSIA, JANUARI 2020


JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA
KUANTITI IMPORT CILI

70000

60000
KUANTITI IMPORT (MT)

50000

40000

30000

20000

10000

0
2014 2015 2016 2017 2018

TAHUN 2014 2015 2016 2017 2018

CILI (SEGAR/
49916.26 55685.09 56592.65 55938.75 64151.02
DIAWET) - MT
Bahagian 3
AGRONOMI DAN
PENGURUSAN TANAMAN
PUSINGAN TANAMAN SATU MUSIM

PENYEDIAAN
SEMAIAN,
PENYEDIAAN BATAS
(46 HARI)
KUTIPAN HASIL
(165-180 HARI)

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16

PENANAMAN
MENGUBAH ANAK BENIH,
CILI MERAH
PEMBAJAAN,
KAWALAN PENYAKIT, PEROSAK, RUMPAI DAN
MEMBAIKI BATAS (60 – 75 HARI)

PENYEDIAAN
SEMAIAN, KUTIPAN HASIL
PENYEDIAAN (100-110 HARI)
BATAS
(46 HARI)
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16

PENANAMAN
MENGUBAH ANAK BENIH,
CILI HIJAU
PEMBAJAAN,
KAWALAN PENYAKIT, PEROSAK, RUMPAI DAN
MEMBAIKI BATAS (50 - 55 HARI)
AGRONOMI DAN PENGURUSAN TANAMAN
• Penanaman cili merah di negara ini
dijalankan menggunakan kaedah
konvensional dan sistem fertigasi.

• Bagaimanapun, rata-rata petani


menggunakan sistem fertigasi berikutan
penanaman cili merah menggunakan
teknologi ini terbukti dapat meningkatkan
hasil dan mempunyai daya maju yang
tinggi.
KEPERLUAN ASAS TANAMAN

• Pemilihan dan penyediaan tapak


projek fertigasi adalah langkah
kritikal dalam menentukan
kejayaan projek penanaman cili
fertigasi.

• Penanaman cili fertigasi secara


terbuka tanpa menggunakan
struktur pelindung hujan ialah
kaedah alternatif kepada
pengusaha yang ingin
menggunakan teknologi fertigasi,
tetapi mempunyai modal atau
peruntukan yang terhad.

• Tapak projek yang dipilih


hendaklah mempunyai sumber
air bersih seperti air kolam, tasik,
sungai, mata air, air bawah tanah
(tube well) atau sumber lain. Nilai
pH yang sesuai untuk tanaman cili
antara 5.5 hingga 6.5.
KEPERLUAN ASAS TANAMAN

• Bagi penanaman cili, dua jenis


polibeg iaitu bantal dan tegak
digunakan.

• Polibeg berwarna hitam bersaiz


kira-kira 50 cm untuk polibeg
bantal dan 40 cm untuk polibeg
tegak adalah disyorkan.

• Penggunaan polibeg hitam lebih


tahan lasak dan lama berbanding
polibeg putih.
KEPERLUAN ASAS TANAMAN

Sistem fertigasi bagi penanaman cili


mempunyai peralatan lengkap seperti
tangki air baja dengan muatan 900
gelen, pam air, pengatur masa,
penapis, injap dan paip poli yang
terbahagi kepada paip utama, paip
sekunder dan paip lateral serta mikro
tiub berfungsi membawa larutan
nutrien ke setiap beg tanaman.
KEPERLUAN ASAS TANAMAN

• Varieti cili hibrid disarankan


bagi penanaman secara
fertigasi.

• Varieti yang disyorkan pada


masa kini adalah dari jenis
Cili Kulai 461 dan Cili Kulai
561 yang lebih rentan kepada
penyakit dengan pengeluaran
hasil yang lebih tinggi.

• Walau bagaimanapun,
pemilihan varieti adalah
bergantung kepada
kehendak dan permintaan
pengguna bagi memudahkan
aktiviti pemasaran.
KEPERLUAN ASAS TANAMAN

• Medium tanaman yang


disyorkan ialah 100% coco
peat. Coco peat mudah
diperoleh, murah dan lebih
mesra alam.

• Walau bagaimanapun, bagi


pengusaha fertigasi cili di
sebelah utara semenanjung
seperti negeri Kedah, Perlis dan
Pulau Pinang, sekam padi
bakar boleh digunakan sebagai
medium.

• Lubang lebihan air dibuat 5 cm


diukur dari dasar polibeg. Setiap
beg tanaman dilengkapi dengan
tiub mikro 1.0 mm (garis pusat)
yang menyalurkan larutan
nutrien dari tangki larutan baja.
KEPERLUAN ASAS TANAMAN

• Biji benih cili yang diperoleh


disemai di dalam dulang
(tray) semaian dengan 104
lubang plug.

• Peat moss digunakan


sebagai medium
percambahan.

• Kaedah semaian adalah


dengan 1 biji benih disemai
ke dalam 1 lubang plug.

• Kemudianya, peat moss


dibasahkan dengan air.

• Percambahan anak yang


seragam akan diperoleh
selepas 5–7 hari.
KEPERLUAN ASAS TANAMAN

• Selepas bercambah, anak


benih dimasukkan ke
dalam rumah semaian bagi
mengelakkan serangan
serangga perosak.

• Anak benih juga dibekalkan


larutan baja secara
celupan bagi mendapatkan
anak benih yang seragam
pembesarannya dan cepat
proses pertumbuhannya.

• Biji benih tambahan


diperlukan 10% peratus
untuk kerja-kerja
penyulaman.
KEPERLUAN ASAS TANAMAN
PEMINDAHAN ANAK BENIH

• Anak benih yang berusia 10–21 hari sedia dipindahkan ke


dalam polibeg. Pada peringkat ini, ketinggian anak benih
ialah 10–20 cm dengan 7–10 helai daun.

• Kerja-kerja memindahkan anak benih dilakukan pada


lewat petang bagi mengurangkan tekanan pada anak
benih akibat kesan pindah, sekali gus mempercepat
proses pemulihan anak benih.
PEMINDAHAN ANAK BENIH

• Anak benih cili bersama plug peat moss dimasukkan


ke dalam lubang yang dikorek pada beg tanaman dan
dipadatkan pangkalnya.

• Anak benih cili ditanam sedalam 3–5 cm dari


permukaan coco peat dengan penitis panah diletak di
pangkal anak pokok.
PEMBAJAAN
• Selepas selesai kerja
memindahkan anak pokok ke
polibeg, anak pokok cili diberikan
air kosong.

• Selepas tempoh 24 jam anak


pokok cili diberikan larutan baja
dengan kepekatan 1.8 µS
sehingga berusia 3 minggu.

• Selepas 3 minggu, kepekatan


baja dinaikkan menjadi 2.0–2.4
µS sehingga tamat musim
penanaman.

• Semburan daun (foliar) seperti


kalsium boron digalakkan bagi
mengurangkan kesan kekurangan
kalsium pada buah.
PEMBAJAAN

• Selepas 3 bulan, medium


tanaman di dalam beg-beg
plastik perlu dibilas dengan
air bersih.

• Ia dilakukan sebulan sekali


bagi melarutkan dan
seterusnya menyahkan
timbun-tambah garam garam
yang boleh menyebabkan
toksik kepada tanaman.

• Proses pembilasan dilakukan


dengan menghidupkan pam
selama satu jam tanpa henti
dan membenarkan air bersih
sahaja mengalir ke setiap
pokok.
MEMBUAT SOKONGAN TANAMAN & CATASAN

• Sokongan pada pokok cili perlu dibuat


menggunakan pancang berbentuk ‘X’ atau ‘H’.
Pancang ini memberikan sokongan pada pokok
daripada terbalik terutama pada peringkat buah.
MEMBUAT SOKONGAN TANAMAN & CATASAN

• Kerja-kerja cantasan atau membuang tunas air


dilakukan selepas 2–3 minggu penanaman. Tunas air
ialah tunas yang muncul selepas cabang utama cili.

• Bagi cili merah, tunas air dibuang kesemua sekali. Ini


bagi memastikan nutrien yang dibekalkan dapat
digunakan oleh pokok untuk pembesaran dan
penghasilan buah.
KAWALAN PENYAKIT DAN SERANGGA PEROSAK

• Penanaman cili secara fertigasi terbuka menghadapi


risiko kerosakan yang tinggi akibat serangan penyakit
dan serangga perosak.

• Walau bagaimanapun, kawalan penyakit dan serangga


perosak yang dilakukan secara bersepadu menggunakan
racun dan kaedah yang betul dapat meningkatkan kadar
kejayaan.
KALENDAR PENGELUARAN CILI MERAH KULAI

AKTIVITI PERMULAAN HARI 30-40 HASIL 1 HASIL 2 HASIL 3


PENGELUARAN 46 HARI ( berbunga) 90-100 110-140 150-180

PENYEDIAAN
X X
TANAH

MENANAM, X X X X
MEMBAJA DLL

MULA MENUAI X X X

JADUAL
7 H/1 3H/1 2H/1 4H/1
PENUAIAN

KUALITI SEDERHANA TINGGI RENDAH

KUANTITI
10 % 70-80 % 10-20 %
PENGELUARAN

46
KALENDAR PENGELUARAN CILI HIJAU KULAI

AKTIVITI PERMULAAN HARI 30-40 HASIL 1 HASIL 2 HASIL 3


PENGELUARAN 46 HARI ( berbunga) 90-100 110-140 150-180

PENYEDIAAN
X X
TANAH

MENANAM, X X X X
MEMBAJA DLL

MULA MENUAI X X X

JADUAL
2H/1 2H/1 4H/1
PENUAIAN

KUALITI SEDERHANA TINGGI RENDAH

KUANTITI
10 % 47
70-80 % 10-20 %
PENGELUARAN
Bahagian 4
PENGENDALIAN UNTUK
PEMASARAN
PENGENDALIAN UNTUK PEMASARAN

Pengendalian Untuk Pemasaran Keluaran


Pertanian yang juga dikenali sebagai
Pengendalian lepas tuai merupakan satu
rantaian operasi-operasi penyediaan,
pergerakan dan pemeliharaan kualiti hasil
dari ia mulai dituai sehinggalah sampai ke
tangan pengguna.
ALIRAN PENGENDALIAN UNTUK PEMASARAN
TANAMAN CILI

PENUAIAN PENGENDALIAN DI LADANG

OPERASI RUMAH PEMBUNGKUSAN/


PUSAT PENGUMPULAN
- Pemilihan
- Pembersihan
- Penggredan
- Pembungkusan
- Pelabelan
- Penyimpanan Sementara

PENGANGKUTAN PEMASARAN
PENUAIAN DAN
PENGENDALIAN DI LADANG
PENUAIAN
• Penuaian merupakan aktiviti
memetik, mengutip atau
memungut hasil setelah
mencapai peringkat kematangan
yang dikehendaki pasaran.

• Bagi menjalankan aktiviti


penuaian hasil, kematangan hasil
pertanian perlu dikenalpasti
terlebih dahulu.

52
SYARAT PENUAIAN
Kematangan Optimum -
Cili boleh dituai mengikut
kehendak pengguna.
Peringkat kematangan yang
sesuai adalah penting kerana
jika cili dituai terlalu awal,
hasilnya adalah rendah dan
sebaliknya jika lewat dituai,
hasilnya banyak tetapi
kualitinya rendah kerana
tempoh simpanan yang
singkat.

Masa memungut
hasilMasa yang sesuai
untuk menjalankan operasi
penuaian perlu dilakukan
pada waktu yang paling
sejuk. Rancang waktu
penuaian dengan jadual
penghantaran ke pasaran.

53
SYARAT PENUAIAN

Cara memungut yang


betul - Kebanyakan sayur
dipetik dengan cara
menggunakan jari atau
memotong tangkai
menggunakan pisau atau
gunting yang tajam dan
bersih.

Keperluan - Mengekalkan
kualiti dan mendapat
pasaran yang baik.
Kesilapan penuaian
menyebabkan kualiti
jatuh dan akan
mendatangkan kerugian.

54
Mengenal Kematangan

Kematangan Cili Merah biasanya


ditentukan melalui kiraan umur iaitu
90 hari dari mula ianya ditanam atau
65 hari selepas ianya berbunga.

55
Mengenal Kematangan

• Kematangan Cili juga dapat dikenalpasti melalui


indeks kematangan yang ditentukan melalaui
perubahan warna.

• Dalam penuaian cili merah atau hijau, kemahiran


mengenalpasti indeks kematangan cili terutama
melalui warna amatlah penting untuk mengasingkan
hasil cili di pasaran

PERINGKAT-PERINGKAT PERUBAHAN INDEKS CILI MERAH

56
INDEKS KEMATANGAN CILI MERAH

INDEKS 1 – INDEKS 4 –
Belum Matang Masak
Kulit cili Kulit cili kelihatan
berwarna hijau berwarna merah
muda. Cili dan sedikit hijau
berkenaan (hijau merah).
dipasarkan
sebagai cili hijau.

INDEKS 2 – INDEKS 5 –
Matang Masak
Kulit Cili Kulit cili berwarna
berwarna hijau merah
tua dan berkilat. sepenuhnya.

INDEKS 3 – INDEKS 6 –
Peringkat warna Terlalu Masak
Kulit cili Kulit cili berwarna
terdapat warna merah
sedikit merah, kehitaman.
merah kehijauan
dan hijau
kemerahan.
Tahap kematangan Cili 57
Merah terdiri daripada enam (6)
indeks warna seperti berikut:
Kaedah Penuaian

• Penuaian mestilah dilakukan


dengan cermat kerana
kecederaan pada hasil semasa
dituai akan mengakibatkan
hasil menjadi rosak dan tidak
dapat dipasarkan.

• Waktu yang disyorkan untuk


penuaian adalah pada awal
pagi atau petang.

• Cili Merah dipetik


menggunakan tangan dengan
memastikan tangkai tidak
bercerai dengan cili bagi
mengelak cili daripada cepat
rosak.

58
Kaedah Penuaian

• Penuaian mestilah dilakukan


dengan cermat kerana
kecederaan pada hasil semasa
dituai akan mengakibatkan
hasil menjadi rosak dan tidak
dapat dipasarkan.

• Waktu yang disyorkan untuk


penuaian adalah pada awal
pagi atau petang.

• Cili Merah dipetik


menggunakan tangan dengan
memastikan tangkai tidak
bercerai dengan cili bagi
mengelak cili daripada cepat
rosak.

59
Teknik Penuaian

• Penuaian memerlukan
masa yang sesuai untuk
mengekalkan kesegaran
hasil dan mengelakkan
kerosakan.

• Waktu yang sesuai


untuk penuaian adalah :

Waktu pagi dari jam


7.00 pagi – 11.00 pagi
atau
Waktu petang dari jam
5.00 ptg – 7.00 petang

60
Teknik Penuaian

Cili dituai dengan


tangkainya sekali.

Perlu dipastikan tangkai


tidak terpisah daripada
buah.

 

61
PENGENDALIAN DI LADANG

• Cili Merah yang telah dituai diletakkan di


dalam bekas yang di alas dengan bahan
kusyen supaya tidak cedera.

• Buah di kumpul di tempat yang teduh


sebelum diangkut ke rumah pembungkusan
atau pusat pengumpulan.

62
PENGENDALIAN DI LADANG

• Selepas tuaian dijalankan cili


hendaklah dibiarkan seketika
(dianginkan), sebelum diisi ke
dalam bakul dan dibawa ke
rumah pembungkusan.

• Bertujuan untuk;
1. Mengurangkan
peningkatan suhu
2. Membantu proses
penyahabaan.
3. Mengurangkan susutan

• Kumpul di tempat teduh dan


terlindung daripada panas dan
hujan sementara menunggu
diangkut.

63
Pengasingan Di Ladang

• Pemilihan dan pengasingan diperingkat


ladang perlu dilakukan bagi memastikan hanya
buah yang baik dan memenuhi spesifikasi
pasaran sahaja dibawa ke rumah
pembungkusan atau pusat pengumpulan.

64
Pengasingan Di Ladang

• Cili yang mengalami kerosakan mekanikal,


berpenyakit, cacatbentuk yang keterlaluan,
tidak segar, terlalu kotor diasingkan untuk
dimusnahkan atau di rawat.

• Cili yang tidak dapat digunakan di musnahkan


dengan membakar atau ditanam bagi
mengelak menarik lalat buah.

65
Pengasingan Di Ladang
Ciri – ciri Cili yang perlu diasingkan.

66
Pembungkusan Di Ladang

• Memuatkan cili ke dalam bakul mengikut


kuantiti yang sesuai bagi memastikan kualiti
terjamin.
• Gunakan bekas pengisi yang bersih, bebas dari
pencemaran seperti sisa tanaman atau
tanaman yang reput.
• Gunakan bekas yang kukuh untuk mengelakkan
renyok bila ditindan atau dihimpit oleh raga lain
yang mengandungi hasil kutipan.
• Bahagian dalam bakul sebaik-baiknya dialas
dengan kertas tebal sebagai pelapik.
Menggunakan daun pisang sebagai alas adalah
digalakkan untuk mengurangkan peningkatan
suhu dalam bakul semasa cili diangkut.

67
Pembungkusan Di Ladang

• Susun cili dengan cermat dan tidak terlampau


padat sehingga boleh mencederakan. Elakkan
mengisi cili terlampau padat dalam bekas.
• Elakkan gegaran atau goyangan yang kuat
berlaku ke atas bekas yang berisi hasil tuaian
semasa diangkut melalui jalan yang tidak rata
kerana ia boleh menyebabkan cili yang dibawa
mengalami kecederaan.

68
Pengangkutan Di Ladang

1. Mengangkut cili keluar dari ladang ke rumah


pembungkusan perlu dilakukan dengan cepat
untuk mengelakkan cili terdedah terlalu lama
pada persekitaran yang tidak sesuai.

2. Kenderaan yang sesuai dengan jarak dan jumlah


cili yang dikendalikan.

3. Lori kecil atau trailer yang disambungkan ke


traktor boleh digunakan untuk mengangkut cili
yang dipetik ke tempat pengumpulan atau rumah
pembungkusan.

4. Jalan ladang perlulah dalam keadaan baik kerana


kerosakan terhadap cili mudah berlaku jika
diangkut melalui jalan yang tidak rata.

69
Pengangkutan Di Ladang

5. Bekas yang berisi cili mestilah dipunggah ke


dalam kenderaan dengan cermat dan disusun
dengan sebaik mungkin supaya tidak mudah
terbalik atau terlalu memberi beban kepada
bekas di lapisan bawah.

6. Kerja-kerja mengangkat, menyambut, menyusun


dan mengangkut hendaklah dibuat dengan
berhati-hati supaya cili tidak bergesel dan rosak .

7. Cili tidak terdedah pada suhu tinggi - cukup


pengudaraan dan kenderaan dalam keadaan baik.

8. Elakkan gegaran atau goyangan yang kuat berlaku


ke atas bekas yang berisi hasil tuaian semasa
diangkut melalui jalan yang tidak rata kerana ia
boleh menyebabkan cili yang dibawa mengalami
kecederaan.

70
Pengangkutan Di Ladang

Antara pengangkutan yang digunakan di ladang


atau mengangkut ke pusat pengumpulan/
rumah pembungkusan;
i. Troli
ii. Kereta sorong
iii. Motosikal
iv. Jentera penarik
v. Pengandar
vi. Lori

71
OPERASI RUMAH PEMBUNGKSAN
/PUSAT PENGUMPULAN
OPERASI RUMAH PEMBUNGKUSAN/
PUSAT PENGUMPULAN

Pusat pengumpulan atau juga dikenali sebagai rumah


pembungkusan adalah suatu pusat yang menjalankan
aktiviti-aktiviti nilai tambah (value added) terhadap hasil
pertanian melalaui proses pemilihan, pembersihan,
penggredan, pembungkusan, pelabelan, penyimpanan
sementara dan pengedaran bagi memenuhi spesifikasi
dan kehendak pasaran.

73
OPERASI RUMAH PEMBUNGKUSAN/
PUSAT PENGUMPULAN
KEPENTINGAN RUMAH PEMBUNGKUSAN

Pusat pengumpulan hasil Pusat bagi menyediakan


selepas penuaian hasil mengikut spesifikasi
dan kehendak pembeli.

Pusat penyimpanan Pusat yang menyediakan


sementara nilai-tambah (value-
added)

74
ALIRAN PROSES KERJA DI
RUMAH PEMBUNGKUSAN / PUSAT PENGUMPULAN

Penerimaan Pemilihan /
1 2
Dari Ladang Pengasingan

4 Pembungkusan 3 Penggredan

5 Pelabelan 6 Penyimpanan
Sementara

7 Pengangkutan

75
Penerimaan Dari Ladang

• Hasil yang diterima dari ladang


perlu diperiksa bagi
memastikan kuantiti dan
kualiti memenuhi spesifikasi
yang diperlukan.

• Catatan rekod penerimaan -


varieti, nama pembekal, tahap
kematangan, kualiti, kuantiti,
saiz & gred hasil dicatatkan
bagi tujuan pengesanan dan
pembekalan.

• Pemunggahan di pusat
pengumpulan dilakukan
dengan berhati-hati. Elakkan
dari menghempas bakul dan
tempatkan buah ditempat
teduh

76
Pemilihan/ Pengasingan

• Proses pemilihan/ pengasingan


dibuat dengan memilih dan
mengasingkan CIli yang tidak
mencapai tahap kualiti yang
dikehendaki pasaran.

• Proses ini mengambil kira ciri-


ciri seperti tahap
kematangan/ kemasakan,
rosak mekanikal, berpenyakit,
kecacatan terlampau dan
kesegaran.

• Selain daripada itu, Cili juga


perlu diasingkan mengikut
kumpulan varieti, kualiti dan
saiz.

77
Pemilihan/ Pengasingan

PANDUAN PEMILIHAN DAN PENGASINGAN CILI

Cili Merah yang


memenuhi ciri kualiti
terbaik dan kualiti
yang diterima
pasaran sahaja
dipilih.

Cili Merah yang


rosak dan cacat
perlu diasingkan
dari dipasarkan.

78
Penggredan

Penggredan adalah aktiviti


mengasingkan hasil keluaran
pertanian mengikut kualiti,
kematangan, saiz dan/atau
bilangan berdasarkan
spesifikasi yang ditetapkan
dalam standard.

79
Penggredan

KEPENTINGAN PENGGREDAN

• Pengenalan kepada
perbezaan antara hasil
yang berkualiti tinggi dan
rendah atau tidak dapat
diterima di pasaran.

• Keseragaman hasil yang


dipasarkan memudahkan
keputusan dalam
pemasaran.

• Menetapkan pasaran dari


segi penentuan harga,
kualiti, dan segmen
pasaran.

80
Peraturan Penggredan
Setiap keluaran pertanian yang akan dipasarkan perlu
digred mengikut kehendak Peraturan-Peraturan Lembaga
Pemasaran Pertanian Persekutuan (Penggredan,
Pembungkusan dan Pelabelan Keluaran Pertanian) 2008
di bawah Akta 141, Lembaga Pemasaran Pertanian
Persekutuan 1965, (Disemak 1974) - Pindaan 2004
[A1235]

81
Penggredan

TUJUAN PENGGREDAN

1. Mengasingkan sayur
mengikut tahap kualiti
dan kehendak pasaran.

2. Mengurangkan kadar
kerosakan lepas tuai.

3. Menambah nilai dan


meningkatkan pulangan

4. Mewujudkan
keseragaman dalam
aspek perniagaan

82
Penggredan

Penggredan keluaran pertanian dibuat melalui


penilaian kepada ciri ciri asas kualiti seperti berikut :

1
Kesegaran

2
Keseragaman Indeks
CIRI – CIRI Kematangan

PENENTUAN GRED
3
Kerosakan

4
Kecacatan

5
Keseragaman
Saiz

83
Penggredan

CIRI GRED I KESEGARAN

• Produk yang mempunyai tanda tanda tidak


segar adalah dilarang untuk dipasarkan kerana
akan menjejaskan kualiti produk lain di dalam
lotnya.

• Contoh tanda tanda kesegaran ialah kulit


produk yang licin serta tekstur isi yang pejal.
Tiada tanda kedut dan lisut serta tekstur isi yang
lembut

• Produk tidak segar tanda produk tak cukup


matang atau disimpan terlalu lama

84
Penggredan

CIRI GRED I KEMATANGAN YANG SERAGAM

• Indeks warna/kemasakan digunakan untuk urusniaga


dan pemasaran menggunakan angka seperti indeks 1
hingga indeks 6.

• Kematangan dianggap seragam apabila hanya satu


indeks kematangan atau gabungan indeks yang hampir
berada dalam satu unit pembungkusan.

85
Penggredan

CIRI GRED I KEROSAKAN


• Sebarang tanda tanda kecederaan yang dapat dikesan
atau tidak di atas permukaan kulit atau isi akibat
serangan makhluk perosak, pengendalian yang kurang
cermat dan jangkitan penyakit.

• Cili yang menunjukkan tanda tanda kerosakan adalah


dilarang sama sekali kerana akan menjejaskan
jangkahayat, persembahan dan tekstur dan rasa Cili.

86
Penggredan

CIRI GRED I KECACATAN


• Kecacatan terbahagi kepada tiga iaitu;
• Cacat bentuk – bengkok, kerekot,
terbantut
• Cacat rupa – karat, nyahwarna
• Kotor – kulapuk, tanah, sarang serangga

• Kecacatan pada Cili akan menjejaskan gred dan


persembahan Cili dalam satu satu unit
pembungkusan

87
Penggredan
CIRI GRED I KESERAGAMAN SAIZ
• Satu unit pembungkusan dianggap seragam jika
berat setiap Cili berada di dalam julat yang
ditetapkan dalam pengelasan saiz.

88
Penggredan
PENGELASAN SAIZ CILI MERAH
Bagi cili merah, saiz ditentukan oleh panjang dalam unit
sentimeter (sm) seperti jadual berikut;

KELAS SAIZ KOD UKURAN (cm)

Sangat Besar XL >16.0


Besar L 10.1 – 13.0
Sedang M > 7.0 – 10.0
Kecil S < 7.0

89
Penggredan

PENGELASAN GRED

Mengikut peraturan ini, spesifikasi gred


dikelaskan kepada 3, bergantung kepada
spesifikasi dan kelonggaran yang ditetapkan.

Pegelasan Gred adalah mengikut :

1. Premium
2. Gred 1
3. Gred 2

90
Penggredan

PENGELASAN GRED PREMIUM

KELONGGARAN
GRED SPESIFIKASI
(MAKSIMUM)
Premium Cili merah dalam kelas Kematangan < 5%
ini mestilah daripada Segar < 5%
varieti yang sama, Rosak < 5%
segar dan bersih. Kecacatan < 5%
Mempunyai saiz dan Keseragaman saiz <
kematangan yang 5%
seragam. Ia juga
mestilah bebas dari
kecacatan atau
kerosakan

Rujukan Standard : Specification for Fresh Chillies MS : 894(1984)

91
Penggredan

PENGELASAN GRED 1

KELONGGARAN
GRED SPESIFIKASI
(MAKSIMUM)
1 Cili merah dalam kelas Kematangan < 5%
ini mestilah daripada Segar < 5%
varieti yang sama, Rosak < 5%
segar dan bersih. Kecacatan < 10%
Mempunyai saiz dan Keseragaman saiz <
kematangan yang 10%
seragam. Ia juga
mestilah agak bebas
dari kecacatan atau
kerosakan
Rujukan Standard : Specification for Fresh Chillies MS : 894(1984)

92
Penggredan

PENGELASAN GRED 2

KELONGGARAN
GRED SPESIFIKASI
(MAKSIMUM)
2 Cili merah dalam kelas Kematangan < 10%
ini mestilah daripada Segar < 10%
varieti yang sama, Rosak < 10%
segar dan bersih. Kecacatan < 10%
Mempunyai saiz dan Keseragaman saiz <
kematangan yang 10%
seragam. Ia juga
mestilah agak bebas
dari kecacatan atau
kerosakan
Rujukan Standard : Specification for Fresh Chillies MS : 894(1984)

93
Penggredan
KEPERLUAN MINIMUM

1. Agak bebas daripada rosak disebabkan oleh


kecederaan mekanikal, perosak dan penyakit.

2. Agak bebas daripada kecacatan dan sesuai


untuk dimakan oleh manusia.

3. Telah mencapai tahap kematangan yang


mencukupi seperti yang dikehendaki oleh
pasaran.

4. Kandungan bahan pepejal larut > 8° Brix.

5. Mematuhi tahap sisa logam berat, racun


serangga dan lain-lain parameter keselamatan
makanan seperti yang ditetapkan oleh
Suruhanjaya Codex Alimentarius untuk eksport.

94
Penggredan

KUALITI TERBAIK

Cukup matang, kelihatan


segar, bersih dan bebas
dari sebarang kecacatan
dan kerosakan fizikal.

KUALITI YANG DITERIMA PASARAN

Cukup matang, kelihatan


segar dan bersih.
Terdapat kecacatan yang
minimum dan bebas dari
sebarang kerosakan
fizikal.

95
Penggredan

KUALITI YANG TIDAK DITERIMA PASARAN


buah tidak cukup matang, tidak segar, kotor dan
terdapat kecacatan bentuk dan rupa yang teruk.
Kerosakan disebabkan oleh haiwan perosak, penyakit
dan kecederaan mekanikal yang menjejaskan jangka
hayat dan kualiti

96
Pembungkusan

Keluaran pertanian yang


dipasarkan termasuk Cili Merah
perlu dibungkus bagi mematuhi
kehendak Peraturan-Peraturan
Lembaga Pemasaran Pertanian
Persekutuan (Penggredan,
Pembungkusan dan Pelabelan
Keluaran Pertanian) 2008

97
Pembungkusan

TUJUAN PEMBUNGKUSAN

Melindungi cili daripada


rosak dan kecederaan
mekanikal

Mengelakkan penurunan
kualiti

Memudahkan pengendalian

Pengenalan produk - varieti,


bilangan, dan berat bersih
pada pembungkus

Menarik minat pengguna -


meningkatkan daya tarikan di
pasaran sebab produk dalam
satu kotak dapat dilihat

98
Pembungkusan

PEMBUNGKUSAN YANG SESUAI

Kotak Kertas
Saiz : 450 mm x 300 mm x 250 mm
Berat kotak kosong : 500 – 800g
Isi kandungan : Maksimum 10 kg
mengikut komoditi

Raga PLastik
Saiz : 490 mm x 360 mm x 160 mm
Berat bakul kosong : 1.0 kg
Isi kandungan : 5 - 10 kg mengikut
komoditi

Bakul Plastik
Saiz : 710 mm x 510 mm x 410 mm
Berat bakul kosong : 4.0 kg
Isi Muatan : Maksimum 30 kg
mengikut komoditi

99
PEMBUNGKUSAN RUNCIT

100
Pelabelan
Setiap keluaran pertanian yang hendak dipasarkan
hendaklah dilabel bagi mematuhi kehendak
Peraturan-Peraturan Lembaga Pemasaran Pertanian
Persekutuan (Penggredan, Pembungkusan dan
Pelabelan Keluaran Pertanian) 2008

101
Pelabelan

Sesuatu hasil pertanian untuk jualan hendaklah disertai


dengan LABEL yang mengandungi maklumat-maklumat:

• Nama @ Kod penanam (Sabah dan Sarawak shj)


• No. K/P/Pendaftaran syarikat
• Alamat pengeluar
• Jenis komoditi
• Gred
• Tarikh tuaian
• Bilangan
• Berat bersih

102
Penyimpanan

Cili Merah kadang kala


disimpan sementara sebelum
diangkut atau diedarkan ke
pasaran. Penyimpanan
sementara diperlukan kerana :

• Cili Merah tidak dapat


diedarkan dengan segera
kerana masalah teknikal dan
logistik.
• Memenuhi kuantiti
konsainan yang mencukupi.
• Cili Merah yang berlebihan
daripada permintaan pada
hari tersebut.
• Mengawal kedudukan harga
di pasaran

103
Penyimpanan
Proses penyimpanan cili merah memerlukan tahap suhu
10 darjah celcius bagi menurunkan suhu asal cili ke suhu
simpanan dalam masa 1 setengah hingga 2 setengah jam.

Cili Merah boleh disimpan dengan kadar suhu antara 5


hingga 8 darjah celcius dengan kelembapan relative
antara 90 hingga 95 peratus dan mampu memanjangkan
tempoh hayat cili sehingga 8 minggu

104
Pengangkutan

• Pengangkutan atau Logistik merupakan perkara


terpenting bagi menentukan komoditi yang sampai ke
destinasi kekal berkualiti sebagaimana keperluan
pasaran.

• Lori biasa digunakan untuk hantaran jarak dekat. Cili


Merah disusun secara bersilang bertujuan untuk
mengurangkan pergerakan atau gegaran sewaktu
perjalanan yang boleh menjejaskan kualiti.

105
Pengangkutan

Pastikan juga pengudaraan di atas kenderaan


mencukupi untuk mengurangkan suhu. Dalam
masa yang sama lori yang digunakan perlu
bertutup supaya Cili Merah terhindar dari cahaya
panas matahari. Perjalanan di waktu malam juga
digalakkan kerana cuaca sejuk pada waktu tersebut.

106
Pengangkutan
LANGKAH-LANGKAH MEMINIMAKAN KEROSAKAN

Mengurangkan tempoh Digalakan mengangkut


masa pengangkutan dan sayur pada suhu sejuk
pemunggahan atau waktu malam

Sistem susunan yang Mengunakan lori


teratur dan tidak bertutup kanvas yang
menghalang pengedaran mempunyai pengudaraan
udara.

Mengunakan Mengunakan pallet dan


pengangutan lori pembungkusan yang sesuai
sejuk untuk mengurangkan
pengendalian
107
Pengangkutan

JARAK PERJALANAN
Bagi Cili Merah, jarak yang
sesuai bagi perjalanan ke
pasaran adalah melebihi 200km
dari pusat pengumpulan

108
Bahagian 5
PEMASARAN

109
PEMASARAN
Cili Merah dengan kualiti dan
gred yang baik umumnya
dipasarkan secara segar
melibatkan pasar – pasar
harian biasa dan pasaraya.

110
PEMASARAN
Cili Merah dipasarkan mengikut gred ke
Pasaraya, Pasar –pasar harian dan Pusat/ Kilang-
kilang pemprosesan

PASARAYA –
GIANT, TESCO,
NSK, DSB.

PASAR HARIAN
– Pasar Tani,
Pasar malam,
Pasar-pasar
harian.

PUSAT PROSES –
Nestle, Adabi,
PKS

111
PRODUK CILI MERAH DI PASARAYA

112
PRODUK CILI MERAH DI PASARAYA

113
114
PRODUK CILI MERAH DI PASAR HARIAN
115
PRODUK CILI MERAH DI PASAR HARIAN
PRODUK CILI MERAH UNTUK116
PROSES
117
118
PEMASARAN

PURATA HARGA BULANAN CILI MERAH


BAGI TAHUN 2016-2019

• Harga ladang terendah dibayar pusat pengumpulan


kepada petani adalah RM 5 PER KG iaitu pada
Januari 2019.

• Harga ladang tertinggi dibayar pusat pengumpulan


kepada petani ialah pada JUN 2019 sebanyak RM
18 PER KG.

Sumber : PPK Kuala Langat

119
PENUTUP
Pengendalian untuk pemasaran yang baik dapat
mengurangkan kadar kerosakan lepas tuai selain
dapat memastikan kualiti hasil untuk dipasarkan
adalah baik. Melalui amalan pengendalian untuk
pemasaran yang baik dan cekap, setiap pemain
pasaran disepanjang rantaian bekalan dapat
memastikan pulangan pendapatan yang lebih baik.

MODUL PENGENDALIAN UNTUK PEMASARAN


TANAMAN CILI MERAH
SEKIAN
TERIMA KASIH
CAWANGAN PENDIDIKAN PEMASARAN
BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN

Anda mungkin juga menyukai