Anda di halaman 1dari 4

INSTITUSI KEWANGAN BUKAN BANK

Syarikat Insurans
Syarikat Insurans merupakan perusahaan swasta yang menghasilkan keuntungan dengan menawarkan perlindungan terhadap risiko kepada pelanggan. Insuran umumnya terbahagi kepada insurans hayat dan insurans am. Sebagai balasan pelanggan bayaran dalam bentuk premium. Polisi Insurans adalah kontrak atau perjanjian ganti rugi antara pihak syarikat insurans (penginsurans) dengan pihak pengguna (pihak yang diinsuranskan) bahawa pampasan akan dibayar jika kecelakaan atau kemalangan yang disebutkan di dalam polisi itu berlaku. Penginsurans (insurer) ialah syarikat insurans yang menawarkan perlindungan insurans kepada si diinsurans.Sebagai balasan penginsurans menerima premium dari si diinsurans secara berkala contohnya secara bulanan atau tahunan. Si diinsurans (insured) ialah orang atau syarikat yang mendapat perlindungan insurans di mana mereka menerima perkhidmatan tersebut dengan membuat bayaran berkala yang dikenali sebagai premium.Si diinsurans dikenali sebagai pemegang polisi.

Bank Pembangunan
Malaysia mempunyai beberapa institusi kewangan pembangunan yang ditubuhkan khas untuk menggalakkan sektor-sektor ekonomi strategik tertentu. Institusi institusi ini mengkhusus dalam penyediaan pinjaman jangka sederhana dan panjang,modal ekuiti dan jaminan untuk pinjaman pinjaman . Mereka juga menyediakan perkhidmatan perkhidmatan perunding dan nasihat dalam pengenalpastian dan pembangunan projek projekbaru, di samping nasihat dan bantuan kewangan , teknikal dan pengurusan. Institusi institusi ini menjadi pelengkap kepada institusi- institusi perbankan dalam menyediakan pembiayaan untuk sektor- sektor strategik seperti pertanian , infrastuktur, perkapalan, perkilangan dan eksport, dan Perusahaan perusahaan kecil dan Sederhana. Contoh Bank yang lain :

Bank Industri dan Teknologi Bank Pertanian Malaysia

Lembaga urusan tabung haji Institusi Kewangan yang berperanan menguruskan perjalanan jemaah haji dari
Malaysia pergi ke Mekah setiap tahun.

Rakyat Malaysia tidak perlu lagi bimbang dengan sistem bank konvesional yang riba
dan tidak perlu mengadai tanah sawah untuk pergi ke Mekah. o Tujuan : Membolehkan orang islam membuat simpanan secara beransur-ansur bagi menunaikan fardhu haji atau lain-lain perbelanjaan bermanfaat. Membolehkan orang-orang islam melalui wang simpanan mereka mengambil bahagian yang lebih berkesan di bidang penanaman modal melalui cara halal di sisi islam Memberi perlindungan,pengawalan dan kebajikan kepada jemaah haji yang menunaikan fardhu haji dengan menanadakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan. Merasasakan kepada tujuan-tujuan itu Tabung Haji telah menetapkan matlamatnya iaitu memberi perkhidmatan yang baik,sempurna dan amt memuaskan jemaah haji Malaysia dalam urusan menunaikan fardhu haji Tabung Haji juga memberi keuntungan yang maksimum kepda pendepositpendeposit atas wang simpanan mereka. Tabung Haji juga berfungsi sebagai suatu badan alternatif kepada umat islam untuk menyimpan wang sambil berlabur secara halal mengikut lunas islam.

PASARAN KEWANGAN Pasaran saham (Modal)


Saham merupakan bukti hak milik ke atas sesuatu syarikat atau perusaha dalam bentuk perseorangan terbatas. 3 jenis saham : I. Risiko terhad limited risk II. Pengawalan sepenuhnya ultimate control III. Tuntutan baki residual claim Pembelian satu saham membolehkan pemilik saham untuk berkongsi hak milik dalam syarikat tersebut termasuk hak untuk sebahagian harta syarikat, sebahagian daripada kuasa membuat keputusan dan peluang untuk sebahagian daripada keuntungan yang syarikat mungkin akan memberi sebagai dividen.

Ada dua kategori asas peserta pasaran kewangan [perlu rujukan], pelabur lwn. spekulator dan institusi lwn. runcit[perlu rujukan] . Tindakan dalam pasaran kewangan oleh bank pusat biasanya lebih dianggap campur tangan berbanding penyertaan, walaupun terdapat bukti dalamLaporan Sprott '"Visible Hand of Uncle Sam"' bahawa anggapan ini kurang tepat.

Pelabur lwn. Spekulator


[sunting]Pelabur Rencana utama: Pelabur Seorang pelabur adalah mana-mana pihak yang membuat suatu pelaburan. Akan tetapi, istilah ini telah mendapat makna yang khusus dalam kewangan untuk menjelaskan jenis-jenis tertentu orang dan syarikat yang seringkali membeli ekuiti atau cagaran hutang untuk manfaat kewangan sebagai tukaran untuk membiayai sesebuah syarikat yang berkembang. Lebih jarang, istilah ini digunakan pada parti yang membeli harta tanah, mata wang, terbitan komoditi, harta persendirian, atauaset yang lain. [sunting]Spekulasi Rencana utama: Spekulasi Spekulasi, dalam erti sempit spekulasi kewangan, melibatkan membeli, memegang, menjual, dan menjualsingkat saham, bon, komoditi, mata wang, pengumpulan, harta tanah, terbitan atau mana-mana alat kewangan bernilai untuk mendapat untung dari naik turun harganya dibandingkan dengan membelinya untuk kegunaan atau untuk pendapatan melalui kaedah seperti dividen atau faedah. Spekulasi atauagiotage mewakili satu pertiga peranan pasaran dalam pasaran saham barat, berlainan dari perlindungan nilai, pelaburan jangka panjang dan arbitraj. Spekulator sesuatu aset tidak mempunyai niat untuk mendapat pendedahan jangka panjang pada semua aset terbaik. [sunting]Institusi [sunting]Pelabur

lwn. Runcit

institusi

Rencana utama: Pelabur institusi Seorang pelabur institusi adalah seorang pelabur, seperti sebuah bank, syarikat insurans, dana pencen, dana perlindungan, atau dana bersama, yang canggih dari segi kewangan dan membuat pelaburan besar, sering dipegang dalam portfolio pelaburan yang sangat besar. Oleh kerana kecanggihan mereka, pelabur berinstitusi mungkin sering menyertai dalam peletakan cagaran persendirian, dalam mana sesetengah aspek undang-undang cagaran tidak dapat digunakan. [sunting]Pelabur

runcit

Seorang pelabut runcit adalah seorang pelabur individu yang memiliki saham suatu cagaran. Pelabur runcit akan dibahagikan lagi kepada dua kategori pemilikan saham.

1.

Seorang Pemegang Saham Bermanfaat adalah seorang pelabur yang memegang saham cagaran mereka dalam akaun sebuah bank atau broker, juga digelar sebagai "in Street Name." Broker ini memegang cagaran tersebut sebagawai wakil kepada pemegang saham dasarnya.

2.

Seorang Pemegang Saham Berdaftar adalah seorang pelabur runcit yang memegang saham cagaran mereka secara langsung melalui pengisu atau ejen pengirim. Banyak pemegang saham berdaftar mempunyai salinan fizikal sijil saham mereka.

Bank pusat atau bank rizab merupakan badan yang bertanggungjawab untuk polisi kewangan sesebuah negara atau kumpulan negeri-negeri ahli. Antara tanggungjawab utama bank pusat adalah mengekalkan kestabilan mata wang negara dan bekalan wang, mengawalkadar faedah dan bertindak sebagai peminjam terakhir kepada sektor bank ketika krisis kewangan. Bank pusat berkemungkinan juga mempunyai kuasa penyelia untuk memastikan bank dan institusi kewangan tidak bertindak sembrono atau melakukan penipuan dalam aktiviti perniagaan mereka.

Forex singkatan kepada Foreign Exchange, iaitu perdagangan tukaran matawang asing. Ia juga dikenali dengan nama FX. Forex sebuah entity kewangan yang terbesar di dunia dengan transaksi melebihi $1.95 trillion sehari!!. Forex melibatkan transaksi dimana kita membeli satu matawang dan menjual satu matawang yang lain. Matawang (currency pair) ini ditransaksikan melalui broker dalam bentuk pair (pasangan) sebagai contoh British Pound dengan US Dollar (GBP/USD). Pertukaran asing (foreign exchange atau forex) berlaku apabila suatu mata wang ditukar kepada mata wang lain. Ia merupakan suatu jenis perdagangan/transaksi aktiviti jual beli mata wang antara negara yang melibatkan pasar-pasar mata wang utama di dunia selama yang berlangsung secara 24 jam secara berterusan. Merupakan pasar terbesar dunia di mana ia melibatkan transaksi wang sebesar $2 trilion pada hari pasaran dibuka. Mata wang terbahagi kepada 2 iaitu Utama dan Kecil (minor). Utama ialah mata wang paling kerap diperdagangkan iaitu USD, EUR, GBP, CHF, JPY, AUD dan CAD. Kecil adalah mata wang selain mata wang utama iaitu NZD dan SGD yang turut diniagakan tetapi tidak secara besar-besaran. Di dalam pasaran pertukaran asing, mata wang diniagakan secara berpasangan. Ia diniagakan secara berpasangan kerana dalam perdagangan mestilah ada beli dan jual. Sebagai contoh pasangan matawang EUR/USD jika membeli pasangan ini bermakna kita membeli EUR (Euro) dan jual USD (dolar AS). Forex merupakan satu pelaburan yang paling popular kerana pulangan keuntungannya yang tinggi. Keuntungan boleh mencapai sehingga 100% dalam masa beberapa hari. Akibat pergerakan yang cepat tersebut, tidak dinafikan forex juga berisiko tinggi untuk rugi apabila anda tidak mempunyai pengetahuan yang cukup.