Anda di halaman 1dari 1

AKU JANJI PELAJAR SMKDSA

Berdasarkan profil pelajar IBO, kami PELAJAR KELAS 2 BESTARI berjanji akan mengamalkan sifat-sifat
tersebut dalam proses pembelajaran agar menjadi pelajar SMKDSA yang cemerlang pada abad ke-21.
Sifat-sifat tersebut adalah:

1. Sentiasa melakukan refleksi kendiri untuk menilai tahap pemahaman dalam proses
pembelajaran.

2. Sentiasa rajin mencari maklumat tambahan untuk menjadi seorang pelajar yang
berpengetahuan luas dan secara tidak langsung dapat memudahkan proses pembelajaran.

3. Menjadi komunikator yang baik dalam menyampaikan maklumat semasa kepada pihak- pihak
yang berkepentingan.

4. Bijak dalam pengurusan masa dan menyiapkan tugasan bagi setiap matapelajaran yang semakin
mencabar mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

5. Menjadi seorang pemikir yang mendatangkan kebaikan terhadap diri sendiri pada masa
hadapan terutamanya dalam bidang kerjaya.

6. Mengambil peduli kepada keperluan dan kehendak sendiri untuk meningkatkan kualiti
pembelajaran.

7. Menjadi pelaku inkuiri yang sentiasa melakukan penyelidikan untuk mendapatkan hasil kajian
yang boleh mencapai objektif pembelajaran.

8. Berpandangan terbuka apabila menerima kritikan dalam meningkatkan prestasi akademik tanpa
melibatkan ketidakstabilan emosi.

9. Menjadi pelajar yang berprinsip untuk menentukan halatujuhidup

10. Menjadi pelajar yang seimbang dalam semua aspek (dengan berusaha menghayati 10 profil
pelajar IBO)

11. Mematuhi dan menghormati peraturan yang dikuatkuasakan oleh pentadbiran sekolah dengan
tidak terlibat dalam pelanggaran disiplin, menjaga kebersihan kelas dan sekolah, menjelaskan
bayaran dan yuran yang berkaitan serta berusaha untuk mengamalkan akhlak yang mulia dan
seterusnya menjaga dan menaikkan imej sekolah dalam semua aspek di peringkat negeri,
Negara dan antarabangsa.

Yang benar Saksi Disahkan oleh

………………………………………… …………………………………………. …….…………………………………………


(MUHAMMAD DINI SYAZWAN (PN SITI NUR’AIN BINTI MOHD (EN SHAHARIM BIN SAAD)
ALI B. SHAMSUDIN) SAID) PENGETUA SMKDSA
KETUA KELAS 2 BESTARI 2020 GURU KELAS 2 BESTARI 2020

Anda mungkin juga menyukai