Anda di halaman 1dari 2

Keluarga adalah serapan gabungan sukukata dari bahasa sanskrit yang berbunyi

suku dankelompok yang memberi definisi satu kumpulan manusia yang dihubungkan
melalui pertaliandarah, perkahwinan, atau penjagaan dimana para anggotanya tinggal
dalam suatu tempat dibawah satu rumah dalam keadaan saling bergantungan. Ia
merupakan unit terkecil dalamsesebuah masyarakat yang asasnya terdiri daripada orang
tua dan anak. Orang tua mempunyaipasangan hidup masing-masing seperti pasangan
suami isteri atau juga boleh hidup secarabersendirian akibat kehilangan salah
seorang. Ini akan menjadikan gelaran mereka berubahmenjadi duda untuk pasangan
lelaki mahupun janda untuk pasangan wanita. Di Barat, keluargadidefinisikan sebagai satu
kumpulan manusia yang mempunyai hubungan darah atau pertaliansah seperti perkahwinan
dan pengambilan anak angkat. Banyak ahli antropologi berpendapatistilah "darah" perlu
difahami secara metaforik kerana banyak masyarakat bukan Baratmempunyai
konsep berkeluarga yang tidak bersandarkan "darah". Keluarga inti atau disebut jugadengan
keluarga batih ialah yang terdiri atas ayah, ibu, dan anak. Keluarga inti
merupakansebahagian dari lembaga sosial yang ada pada masyarakat. Bagi masyarakat
primitif yang matapencahariaannya adalah berburu dan bertani, keluarga sudah merupakan
struktur yang cukupmemadai untuk menangani produksi dan konsumsi. Keluarga merupakan
lembaga sosial dasardari mana semua lembaga lainnya berkembang kerana
kebudayaan yang makin kompleksmenjadikan lembaga-lembaga itu penting. Ayah
berperan sebagai pencari nafkah, pendidik,pelindung dan pemberi rasa aman,
sebagai kepala keluarga, sebagai anggota dari kelompoksosialnya serta sebagai anggota
dari kelompok sosialnya serta sebagai anggota masyarakat darilingkungannya. Ibu pula
mempunyai peran untuk mengurus rumah tangga, sebagai pengasuh danpendidik anak-
anaknya, pelindung dan sebagai salah satu kelompok dari peranan sosialnya sertasebagai
anggota masyarakat dari lingkungannya, di samping itu juga ibu dapat berperan
sebagaipencari nafkah tambahan dalam keluarganya. Akhir sekali, anak-anak melaksanakan
perananpsikosial sesuai dengan tingkat perkembangannya baik, mental, fisik dan spiritual.

Lazimnya, dalam hubungan kekeluargaan tingkat atau pangkat dalam sesebuah


keluargatersebut dapat dibezakan melalui kata panggilan yang digunakan. Sistem panggilan
menurutAini (2010) secara umumnya adalah gelaran, sapaan atau sebutan nama bagi
seseorang yang berhubung kait dengan cara menyapa atau memanggil mengikut nama
gelarannya. Sistem panggilan ini agak luas, merangkumi kata nama gelaran dan ganti nama
diri. Kekeluargaan pulamenurut
Kamus Dewan
(2005) adalah berkaitan dengan keluarga atau hubungan sebagaianggota di dalam sebuah
keluarga (berasaskan perhubungan keturunan atau disebabkan perkahwinan). Nor Hashimah
(2005) mengkategorikan jenis-jenis panggilan dalam keluarga Melayukepada beberapa
tingkat iaitu panggilan untuk adik-beradik, iaitu lelaki dan perempuan, panggilan untuk bapa,
panggilan untuk ibu, panggilan untuk datuk sebelah bapa atau ibu, panggilan untuk nenek
sebelah bapa atau ibu, panggilan untuk bapa saudara kedua-dua belahibu dan bapa serta
panggilan untuk ibu saudara kedua-dua belah ibu dan bapa.
Dalam menjustifikasikan sistem panggilan pula, Nor Hashimah (2005) menyatakan bahawa
kata panggilan kekeluargaan masyarakat Melayu merangkumi beberapa sistemtertentu. Setiap
sistem mempunyai tatacara yang tersendiri. Pemilihan sesuatu sistem untukdiamalkan dalam
sesebuah keluarga bukanlah sesuatu yang tegar dan mesti. Setiap keluargamempunyai amalan
dan cara tersendiri dalam sistem panggilan yang harus dan hendakdiamalkan ketika
memanggil anak-anak mereka atau ketika menetap panggilan yang harusdigunakan dalam
kalangan adik-beradik dalam sesebuah keluarga. Biasanya sistem iniditentukan dan
dimulakan oleh ibu bapa dalam sesebuah keluarga. Sistem yang diguna pakaidalam sesebuah
keluarga bertujuan bukan sahaja untuk membezakan urutan anak iaitu yangtua, yang tengah
atau yang paling kecil tetapi sistem panggilan yang diamalkan dalam sesebuahkeluarga secara
tidak langsung memupuk perasaan hormat kepada yang lebih tua agar mereka berasa lebih
bertanggungjawab kepada yang muda dan juga menyisihkan perasaan tidak hormatdalam
kalangan yang lebih muda kepada yang lebih tua daripada mereka. Amalan memberikankata
panggilan yang lebih sesuai kepada anak-anak yang tua agar digunakan oleh adik-
adiknya,secara tidak langsung anak yang tua akan terasa adanya tanggungjawab yang dipikul
untukmelindungi adik-adiknya.Hampir 500 tahun lamanya dialek Brunei telah mendapat
perhatian para sarjana barat(Saidatul Nornis 2020). Dalam konteks kata panggilan, Aini
(1994) menegaskan bahawa dialek

Anda mungkin juga menyukai