Anda di halaman 1dari 12

Tarikh Dibaca: 15 SEPTEMBER 2023M l 29 SAFAR 1445H

Tajuk:

“FATWA BUKAN BICARA BIASA”

***

Terbitan:
Unit Khutbah
Bahagian Pengurusan Masjid
JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR
0
Khutbah Jumaat 15 September 2023M /29 Safar 1445H: “Fatwa Bukan Bicara Biasa”.
Jabatan Agama Islam Selangor

“FATWA BUKAN BICARA BIASA”


‫َ َ ُّ َ ذ َ َ َ ُ ْ ذ ُ ْ ذ َ َ ُ ُ ْ َ ۡ ا‬ َ ْ َّ ُ ْ َ ْ َ
َٰٓ
‫ يأيها ٱَّلِين ءامنوا ٱتقوا ٱّلل وقولوا قوٗل‬:‫‌الحمد ِلل ِ ‌ه القا ِئل‬
ُ َ ُ َ ُ ُ ۡ ُ َ ۡ ۡ َ َ ۡ ُ َ َٰ َ ۡ َ ۡ ُ َ ۡ ۡ ُ ‫ا‬
ِ‫ يصلِح لكم أعملكم ويغفِر لكم ذنوبكمۗۡ ومن ي ِطع‬٧٠ ‫َس ِديدا‬
َ ۡ
ً َ ً ۡ َ َ َ ۡ َ َ َُ ُ َ َ َ‫ذ‬
1
٧١ ‫ٱّلل ورسولۥ فقد فاز فوزا ع ِظيما‬
ً‫يك َل ُه َو َأ ْش َه ُد َأ ان ُم َح امدا‬
َ ‫َأ ْش َه ُد َأ ْن اَّل إ َل ََه إ اَّل ا الل ُه َو ْح َد ُه ََّل َشر‬
ِ ِ ِ
ََ َ ‫ََ َ َ ُ َ ا‬ َ َ ‫ا‬ ُ ‫َْ ُ ُ ََ ُ ُْ ُ ا‬
‫ اللهم ص ِل وس ِلم على س ِي ِدنا محم ٍد وعلى‬.‫عبده ورسوله‬
َ.‫ص ْحب َه َأ ْج َمع َْي َن‬ َ ‫آل َه َو‬
ِ ‫ِ ِے‬ ‫ِ ِے‬
َ ْ َ َ ‫ا‬ َ ْ ُ ْ ُ َ ‫َ ا َ ْ ُ َ َ َ ُّ َ ْ ُ ْ ُ َ ا ُ ْ ا‬
‫ أو ِصيكم وِإياي ِبتقوى‬،‫ فيآ أيها اْلس ِلمون ِاتقوا الله‬،‫أما بعد‬
َ‫َ َ ْ َ َ ْ ُ ا ُ ن‬
َ . ‫للا فقد فا اْلتقو‬ َِ
ََ َ ُ ‫َ َ ا ُ َ َ َ َ َٰٓ َ ُّ َ ذ َ َ َ ُ ْ ذ ُ ْ ذ َ َ ذ‬
‫ يأيها ٱَّلِين ءامنوا ٱتقوا ٱّلل حق تقاتِهِۦ وٗل‬:‫قال الله تعالى‬
َ ُ ۡ ُّ ُ َ َ ‫َ ُ ُ ذ ذ‬
2
١٠٢ ‫تموتن إِٗل وأنتم مسلِمون‬
Muslimin yang dirahmati Allah,

Alhamdulillah, pada hari Jumaat penghulu segala hari ini, marilah kita
bersama-sama memantapkan dan mengukuhkan ketakwaan kita kepada
Allah SWT, dengan sentiasa meneliti segala tindakan seharian kita, agar ia
sentiasa selari dan bertepatan dengan kehendak Allah SWT dan Rasul-Nya.
Mudah-mudahan, kita diberi keberkatan hidup di dunia serta kesenangan
dan kejayaan di akhirat.

1
Surah al-Ahzab : 70 - 71
2
ali-Imran : 102.

1
Khutbah Jumaat 15 September 2023M /29 Safar 1445H: “Fatwa Bukan Bicara Biasa”.
Jabatan Agama Islam Selangor

Marilah sama-sama kita menumpukan perhatian, dan menghayati


sepenuhnya khutbah pada hari ini yang bertajuk “FATWA BUKAN BICARA
BIASA.”

Hadirin yang dikasihi Allah SWT,

Imam al-Qarafi di dalam karyanya yang berjudul al-Furuq, menyatakan


bahawa fatwa ialah mengkhabarkan sesuatu hukum Allah sama ada pada
yang mesti ataupun pada yang harus.

Di zaman yang serba moden ini, terdapat umat Islam dalam kalangan
masyarakat, gemar berkongsi pengalaman, nasihat dan pandangan sama
ada melalui pengucapan awam atau di media sosial. Perkongsian yang baik
dan bermanfaat sudah tentu dapat memberi input positif dan kebaikan
kepada orang lain yang mendengar dan membacanya.

Namun sekiranya perkara yang ingin dikongsikan adalah berkaitan


pandangan Hukum Syarak atau fatwa bagi sesuatu perkara yang masih
samar dan belum diputuskan, adalah tidak sepatutnya bagi kita sebagai
umat Islam, untuk mengeluarkan kenyataan atau “fatwa” sendiri secara
terburu-buru, dengan mendahului pihak berautoriti. Lebih parah jika
pandangan yang dikeluarkan itu dilihat mempunyai kepentingan peribadi
atau memberi kelebihan kepada kumpulan tertentu, tanpa meraikan
maslahah kesatuan umat Islam secara keseluruhan.

Di negeri Selangor, fatwa dikeluarkan bukan atas dasar pandangan


individu seorang mufti semata-mata, bahkan ia dibuat secara kesepakatan
majoriti ahli Jawatankuasa Fatwa negeri Selangor yang terdiri daripada para
alim ulama’ dan mereka yang pakar dalam bidang masing-masing. Merujuk
kepada Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003, seksyen
48(2) “Apabila Jawatankuasa bercadang hendak membuat fatwa Mufti
hendaklah memanggil suatu mesyuarat Jawatankuasa Fatwa bagi maksud
membincangkan fatwa yang dicadangkan itu.”

2
Khutbah Jumaat 15 September 2023M /29 Safar 1445H: “Fatwa Bukan Bicara Biasa”.
Jabatan Agama Islam Selangor

Berdasarkan Enakmen ini, maka fatwa adalah keputusan secara


kolektif daripada pandangan para alim ulama’ dan pakar-pakar bidang
tertentu, supaya keputusan yang dikeluarkan lebih tepat seterusnya
membawa kebaikan kepada umat Islam dan seluruh rakyat.

Fatwa hendaklah membawa kepada kestabilan dan keamanan


sesebuah negeri atau negara. Fatwa juga perlu bersifat menyelesaikan
masalah dan merungkai persoalan yang timbul di tengah-tengah
masyarakat. Sebaliknya bukan fatwa sekiranya pandangan yang dibuat oleh
golongan yang berkepentingan, ahli politik, pelampau agama, golongan
sesat dan orang-orang jahil, kebiasaanya akan menyebabkan perpecahan,
keganasan, kekusutan serta mencetus kebimbangan kepada masyarakat.

Hadirin Jumaat yang dikasihi Allah sekalian,

Dalam kitab al-Faqih wa al-Mutafaqqih, Khatib al-Baghdadi


menjelaskan bahawa terdapat beberapa syarat yang melayakkan seseorang
muslim untuk mengeluarkan fatwa; antaranya: baligh, berakal, adil dan
dipercayai serta menguasai Hukum Syarak.

Dalam menghuraikan maksud menguasai Hukum Syarak, terdapat


empat syarat lagi yang perlu dipenuhi iaitu memahami al-Quran, menguasai
Sunnah Rasulullah SAW, mengetahui pandangan Ulama’ terdahulu dan
menguasai Ilmu Qias.

Memahami al-Quran bermaksud menguasai kefahaman berkaitan ayat-


ayat hukum sama ada ayat muhkamat, mutasyabihat, umum, khusus,
mujmal, mufassar, nasakh dan manshukhnya. Manakala menguasai Sunnah
Rasulullah SAW pula bermakna memahami perkataan, perbuatan dan
pengakuan Rasulullah SAW, serta mengetahui status setiap riwayat dan
sebab wurud sesuatu hadis. Mengetahui pandangan Ulama’ terdahulu
bermaksud memahami ijma’ iaitu kesepakatan ulama’ terdahulu supaya

3
Khutbah Jumaat 15 September 2023M /29 Safar 1445H: “Fatwa Bukan Bicara Biasa”.
Jabatan Agama Islam Selangor

dapat mengikuti jejak mereka dan mengetahui perkara yang diperselisihkan


untuk tujuan berijtihad dengan penuh teliti dan tanggungjawab. Adapun
menguasai Ilmu Qias adalah mahir dengan hukum asal, illah dan dalil
seterusnya mampu menentukan hukum kepada perkara baharu yang timbul.

Mengeluarkan fatwa dan pandangan Hukum Syarak adalah satu


tanggungjawab yang amat berat dan ia bukanlah suatu perkara yang remeh
serta tidak bernilai. Tidak hairanlah jika para ulama’ terdahulu seboleh-
bolehnya akan mengelak daripada mengeluarkan fatwa selagi tidak diakui
keahlian mereka dalam bidang tersebut. Menerusi kitab Sifat al-Mufti wa al-
Mustafti, Imam Malik bin Anas menyatakan:

َ َ ْ َ َ َ ُْ ْ َ َ َ ‫َ َ َْْ ُ َ ا‬
َ ‫س َب َع َو َن َأ َِني َأ َهلَ َِل َذ َِل‬
َ‫ك‬ َ ‫ش َِه َد َِلي‬
َ ‫ح َتى‬
َ ‫ت‬
َ ‫َما َأ َف َت َي‬
“Aku tidak mengeluarkan fatwa sehingga tujuh puluh orang ahli ilmu
mengakui kelayakanku pada urusan tersebut.”

Bagi ulama’ terdahulu, mereka sangat takut kepada Allah SWT dalam
mengeluarkan fatwa. Segala perkara yang ditanya kepada mereka tidak
semuanya dijawab, sebaliknya mereka hanya akan menjawab jika menjadi
keperluan sahaja. Rasa takut mereka kepada tanggungjawab mengeluarkan
fatwa mendahului ketinggian ilmu yang mereka miliki. Mereka itulah orang-
orang yang berilmu, yang digelar ulama’, fuqaha’ dan murobbi ummah, yang
perlu menjadi contoh tauladan kepada kita sehingga ke hari ini.

Firman Allah SWT dalam surah Fatir ayat 28;

ٌ ُ َ ٌ َ َ ‫ۡ ُ َ َ َٰٓ ُ ْ ذ ذ‬ َ ۡ َ ‫ذ‬ َ َۡ َ ‫ذ‬


ۡۗ ِ
٢٨ ‫إِنما َيَش ٱّلل مِن عِباده ِ ٱلعلمؤا إِن ٱّلل ع ِزيز غفور‬
“Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah)
Allah dari kalangan hamba-hamba-Nya hanyalah orang-orang yang berilmu.
Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.”

4
Khutbah Jumaat 15 September 2023M /29 Safar 1445H: “Fatwa Bukan Bicara Biasa”.
Jabatan Agama Islam Selangor

Namun, amat malang dan sedih sekali di zaman kita sekarang,


keberanian mengeluarkan pendapat seolah berfatwa terutamanya dalam
pengucapan dan melalui media sosial, melebihi ilmu dan kelayakan yang
ada. Lihat saja jika timbul isu baharu yang dibahaskan di media sosial, kita
akan dapati seribu ‘mufti alam maya’, akan muncul memberikan komen tanpa
asas ilmu yang kukuh, seterusnya menyebabkan kekeliruan dan perbalahan.

Bukanlah sifat seorang ulama’ atau mufti itu untuk memberi komen
atau pandangan dalam semua hal. Mereka cukup berhati-hati dan akan
memikirkan kesannya. Dalam hal ini, Imam al-Nawawi dalam Adab al-Fatwa
wa al-Mufti wa al-Mustafti menyatakan bahawa imam al-Shafie ditanya
tentang satu permasalahan hukum tetapi tidak dijawab, lalu imam al-Shafie
menjelaskan:

َ َ ْ َ ُ ُّ َ ْ َْ ‫َا َْيَا‬
‫ض َل ِفي السكوت أو ِفي الج َواب‬َ ‫حتى َأد ِر أ َن ال َف‬
“Sehingga aku tahu mana satu yang lebih afdhal sama ada diam atau
menjawab.”

Inilah akhlak dan peribadi seorang ilmuan yang merupakan imam


mazhab. Sangat teliti dan cukup berhati-hati. Hal ini tidak berlaku sama
sekali kepada seseorang yang tiada ilmu, akan sentiasa mengeluarkan
“fatwa segera” terhadap semua isu, mendabik dada dengan
pengetahuannya yang cetek, walaupun pada perkara yang tidak memberi
kebaikan kepada umat Islam.

Muslimin yang dirahmati Allah sekalian,



Fatwa atau pandangan hukum yang salah daripada orang yang jahil
bukan sahaja membrikan kesan kepada orang yang mengeluarkan fatwa,
bahkan ia akan merosakkan masyarakat. Dalam riwayat Jabir
Radiallahuanhu, beliau berkata yang bermaksud;

5
Khutbah Jumaat 15 September 2023M /29 Safar 1445H: “Fatwa Bukan Bicara Biasa”.
Jabatan Agama Islam Selangor

“Kami keluar dalam satu perjalanan. Seorang lelaki dalam kalangan


kami telah ditimpa batu lalu cedera di kepalanya. Dia kemudiannya bermimpi
(sehingga keluar mani). Lalu dia bertanya kepada sahabat-sahabatnya:
“Adakah bagiku kelonggaran untuk bertayammum? Mereka menjawab: Kami
tidak dapati untuk engkau kelonggaran sedangkan engkau mampu
menggunakan air. Maka dia pun mandi dan (akibatnya) dia telah mati.
Apabila kami datang kepada Nabi SAW, dan baginda diberitahu hal tersebut.
Baginda bersabda:

ُ‫الل ُه َأ ََّل َس َأ ُلوا إ ْذ َل ْم َي ْع َل ُموا َفإ ان َما ِش َفاء‬


‫َ َُ ُ َ ََُ ُ ا‬
‫قتلوه قتلهم‬
ِ ِ
ُ‫ال‬ َ ُّ ْ
َ ‫ال ِع ِي السؤ‬
“Mereka telah membunuhnya, semoga Allah membunuh mereka.
Mengapa tidak mereka bertanya jika mereka tidak tahu?!! Ubat bagi
kejahilan itu adalah dengan bertanya.
(Riwayat Abu Daud).

Demikianlah kesan atau musibah yang akan dihadapi oleh umat Islam
jika masing-masing kurang bertanya kepada ahlinya, sebaliknya berlumba-
lumba mengeluarkan fatwa tanpa ilmu, kesan daripada tindakan dan
pertuturan, mendahului ilmu dan pemikiran.

Hadirin yang dikasihi Allah sekalian,

Bagi mengakhiri khutbah pada kali ini, khatib menyeru dan mengajak
seluruh umat Islam supaya menghayati beberapa pengajaran berikut untuk
dijadikan sebagai pedoman hidup kita:

1. Fatwa bukanlah bicara biasa yang boleh dikeluarkan oleh


sesiapa sahaja, bahkan ia merupakan suatu tanggungjawab yang amat berat
untuk dipikul oleh seseorang yang mengeluarkannya di hadapan Allah SWT.

6
Khutbah Jumaat 15 September 2023M /29 Safar 1445H: “Fatwa Bukan Bicara Biasa”.
Jabatan Agama Islam Selangor

2. Mengeluarkan fatwa bererti mengeluarkan Hukum Syarak


mewakili Allah SWT dan Rasul-Nya. Jika tidak memiliki keilmuan dan
kebijaksanaan yang tinggi, maka janganlah sesekali berkongsi pandangan
dan maklumat berkaitan Hukum Syarak di tengah masyarakat.
3. Tingkatkan ilmu agama dalam diri masing-masing dan mereka
yang berada di bawah jagaan kita, kerana dengan ilmu akan menyebabkan
kita lebih berhati-hati ketika mengeluarkan sebarang kenyataan dan
pandangan serta dapat menjauhkan kita daripada terpengaruh dengan
pandangan yang salah.
4. Jika terdapat sebarang keraguan dalam memahami Hukum
Syarak, sila rujuk kepada pihak berautoriti agama Islam, dalam

‫َ ُ ُْ ذ َ ذ‬
mendapatkan pandangan, fatwa dan hukum yang tepat.

ْ‫الرجي ِم‬
‫الشيْ َطان ذ‬ ‫أعوذ بِاّللِ مِن‬
ِ ِ
ُّ ُ َ َ ُ ۡ َ َ َ َ ۡ َ َ ۡ ‫ۡ ٌ ذ ذ‬ َ َ َ َۡ َ ُ َۡ ََ
‫وٗل تقف ما ليس لك بِهِۦ عِل ٌۚم إِن ٱلسمع وٱۡلص وٱلفؤاد ُك‬
‫َُْ َ َ َ َُۡ َ ۡ ُ ا‬
٣٦ ‫أو َٰٓلئِك َكن عنه مسوٗل‬
“Dan janganlah engkau mengatakan perkara yang engkau tidak
mempunyai pengetahuan mengenainya, sesungguhnya pendengaran dan
penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya
tentang apa yang dilakukannya.”
(Surah al-Israa’: 36).

7
‫‪Khutbah Jumaat 15 September 2023M /29 Safar 1445H: “Fatwa Bukan Bicara Biasa”.‬‬
‫‪Jabatan Agama Islam Selangor‬‬

‫للا ل ْي َو َل ُك ْم في ْال ُق ْرآن ْال َع ِظ ْيم‪َ ،‬و َن َف َعن ْي َوإ اي ُاكمْ‬ ‫َبا َر َك ُ‬
‫َ‬
‫ِ ِ‬ ‫ِ‬ ‫ِ‬ ‫ِ‬ ‫ِ‬
‫ْ‬ ‫َ ْ َ َ َ ْ ْ َ ْ َََ ا َ ْ َ ْ ُ‬
‫الذك ِر الح ِكي ِم وتقبل ِم ِني و ِمنكم ِتال‬ ‫ات و ِ‬ ‫ِبما ِفي ِه ِمن اآلي ِ‬
‫ُ‬ ‫ْ‬ ‫َ‬ ‫ََ ُ ا ُ ُ َ ا ُْ ْ‬
‫وته‪ِ ،‬إنه هو الس ِميع الع ِليم‪َ .‬‬
‫َ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫َ ُ ُ َ ْ ْ َ َ ََ ْ َ ْ ُ َ ْ َ ْ َ ْ ََ ُ‬
‫أقول قو ِل َي هذا وأستغ ِفر للا الع ِظيم ِلي ولكم وِلسآ ِئ ِر‬
‫الر ِح ْيم‪ُ.‬‬‫اس َت ْغ ِف ُر ْو ُه إ ان ُه ُه َو ْال َغ ُف ْو ُر ا‬
‫ات‪َ ،‬ف ْ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫ُْ ْ ْ َ َ ُْ‬
‫ِ‬ ‫اْلس ِل ِمين واْلس ِلم ِ‬

‫‪8‬‬
‫‪Khutbah Jumaat 15 September 2023M /29 Safar 1445H: “Fatwa Bukan Bicara Biasa”.‬‬
‫‪Jabatan Agama Islam Selangor‬‬

‫‪KHUTBAH KEDUA‬‬
‫َ‬ ‫ْ َ ْ ُ ا ا ْ َ ََ َ َ ُْ ْ ْ َ َ َ َ َ َ َ ا‬
‫الحم َد ِلل ِه ال ِذي جعلنا ِمن اْلس ِل ِمين‪ ،‬ور قنا ِمن الط ِيب ِ َ‬
‫ات‪.‬‬
‫للا َو ْح َد ُه َََّل َشرْي َك َل ُه‪َ ،‬و َأ ْش َه ُد َأنا‬
‫َأ ْش َه ُد َأ ْن اَّل إ َل َه إ ا ََّل َُ‬
‫ِ‬ ‫ِ ِ‬
‫ُ َ ا ً َ ْ ُ ُ َ َر ُ ْ ُ ُ ا ُ ا َ َ َ ْ َ َ ْ َ َ َ َ‬
‫محمدا عبده و سوله‪ .‬اللهم ص ِل وس ِلم وبا ِرك على س ِي ِدنا‬
‫ْ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫ْ‬ ‫ُ‬ ‫َ‬ ‫َ َ ْ ََ ْ َ‬ ‫ُ َ ا َ ََ‬
‫محم ٍد وعلى ِآل َِه وصح ِب ِه ومن ت ِبعهم ِب ِإحس ٍان ِإلى يو ِم‬
‫يك ْم َوإ ايايَ‬‫ُ‬ ‫اُ ْ اَ ُ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫ْ َا َ ُْ َ‬
‫ِ‬ ‫وص‬
‫للا‪ِ ،‬اتقوا الله‪ ،‬أ ِ‬ ‫الدي ِن‪ .‬أما بعد‪ ،‬فيا ِعباد ِ‬ ‫ِ‬
‫َ َ ْ َ َ ْ ُ ا ُ ْ نَ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫َ‬
‫للا فقد فا اْلتقو ‪.‬‬ ‫ِبتقوى ِ‬
‫‪Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,‬‬

‫‪Marilah sama-sama kita bertakwa‬‬ ‫‪kepada Allah SWT dengan‬‬


‫‪melakukan ketaatan kepada-Nya dan menjauhkan diri daripada perbuatan‬‬
‫‪keji dan maksiat.‬‬
‫َ‬
‫لَع ٱنلذب َيَٰأ ُّي َها ٱ ذَّل َ‬
‫ِين َء َام ُنوا ْ َص ُّلوا ْ َعلَيهِۡ‬ ‫ذ ذ َ َ َ َ َ َ ُ ُ َ ُّ َ َ َ‬
‫لئِكتهۥ يصلون‬ ‫إِن ٱّلل وم َٰٓ‬
‫ِ ِ ٌۚ‬
‫ً‬ ‫ۡ‬ ‫ََ ُ ْ َ‬
‫وسلِموا تسليما ‪٥٦‬‬
‫َ‬ ‫ْ‬ ‫ََ‬ ‫اُ ا َ َ َ ْ ََ َ َ ُ َ ا َ ََ‬
‫ا َللهم ص ِل وس ِلم على س ِي ِدنا محم ٍد وعلى ِآل ِه َوأصح ِاب ِه‬
‫َ‬ ‫ْ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫َ‬
‫أجم ِعي َن‪َ .‬‬
‫َ‬ ‫َ ُْْ ْ َ َ ُْْ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫ا ُ ا ْ ْ ْ ُ ْ ْ َ َ ُْ‬
‫ات واْلؤ ِم ِنين واْلؤ ِمن ِ َ‬
‫ات‬ ‫اللهم اغ ِفر ِللمس ِل ِمين واْلس ِلم ِ‬
‫َ‬ ‫َ‬ ‫ا‬ ‫ُ‬ ‫ْ‬ ‫ُ‬ ‫ْ‬ ‫ا َ َ ْ َ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫ْ َ ْ َ ُْ ْ َ َ‬
‫ات‬‫ات‪ِ ،‬إنك س ِميع ق ِريب م ِجيب الدعو ِ‬ ‫اء ِمنهم والمو ِ َ‬ ‫الحي َِ‬ ‫َ‬

‫‪9‬‬
‫‪Khutbah Jumaat 15 September 2023M /29 Safar 1445H: “Fatwa Bukan Bicara Biasa”.‬‬
‫‪Jabatan Agama Islam Selangor‬‬

‫ْ‬ ‫َ ُْ ْ ْ َ ََ‬ ‫َ اُ ا َ ا ْ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫ََ َ َ ْ‬


‫س َِل َِم َي َن‪ ،‬وأه ِل ِك‬ ‫اْل َ‬ ‫السالم َو َ‬ ‫ات‪َ .‬ا َلل َه َم َأ َِع َز َ‬ ‫اض ي الحاج ِ‬ ‫ويا ق ِ‬
‫َ‬ ‫ْ‬ ‫ْ َ َ َ َ َ ُْْ َ َ َ َ ُْ ْ‬
‫الكفرة واْلبت ِدعة واْلش ِر ِكين‪َ .‬‬
‫الم ْين‪َ ،‬و َن ْس َأ ُلكَ‬ ‫اُ ا ا َ ْ َُ َ َََ َ ا ُ َْ َ َ َ َ‬ ‫َ‬

‫ك َ َِ ِ‬ ‫اللهم ِإنا نسألك ونتوسل ِإليك ِبن ِب ِي َ‬


‫ْ‬ ‫َ‬ ‫ْ َ َْ َ‬ ‫َ‬ ‫َ ْ َ َ ْ ُ ْ َ َ َ َ ُْ ْ‬
‫ِبأسمآ ِئك الحس َنى‪ ،‬و ِصفا ِتك العظمى‪ ،‬أن تحفظ ِبعي ِن‬
‫الص َم َدان اية‪َ ،‬ج ََال َل َة َملكناَ‬ ‫ا‬ ‫الرابان اي َة‪َ ،‬وبح ْفظ و َق َايتكَ‬ ‫ا‬ ‫ع َن َايتكَ‬
‫ِِ‬ ‫ِ ِ‬ ‫ِ ِ ِِ ِ ِ ِ‬ ‫ِ ِ‬
‫ُْ َ َ َ ُ‬ ‫ُ‬ ‫ُْ َ ا ُ ْ َ‬
‫الدين ادريس شاه‬ ‫اْلعظ ِ َم‪ ،‬سلطان س َال َڠور‪ ،‬سلطان شرف ِ‬
‫ُ‬ ‫َ َ‬ ‫ُْ َ‬
‫الدين عبد العزيز شاه‬ ‫الحج ابن اْلرحوم سلطان ص َالح ِ‬
‫ا َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫ْ‬ ‫ا‬ ‫َ‬ ‫َْْ َ َ ْ َ ََ‬ ‫َ اُ ا َ‬
‫الصحة‬ ‫الحج‪ .‬اللهم أ ِد ِم العون وال ِهداية والتو ِفي َق‪ ،‬و ِ‬
‫ْ‬ ‫َ‬ ‫ُ‬ ‫ْ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫َ اَ ََ‬
‫والس َال َم َة ِمنك‪ِ ،‬لو ِل ِى عه ِد س َال َڠور‪ ،‬تڠكو أ ِمير شاه ِاب ِن‬
‫ْ َْ َ َ َ‬ ‫ُّ ْ َ َ َ ُ‬
‫الدين ادريس شاه الحج‪َِ ،‬ف َي َأم ٍن وص َال ٍح‬ ‫السلطان شرف ِ‬
‫اال َجالل َوال ْك َرام‪َ .‬ا الل ُه ام َأ ِطلْ‬ ‫َ َ ْ‬ ‫َ‬ ‫َ َ َ َ َ ََ‬
‫وعا ِفي ٍة ِبم ِنك وكرمک يا ذ‬
‫ِ ِ‬ ‫ِ‬
‫الرع اية َو ْالب ََالد‪َ ،‬وبلغْ‬ ‫ا‬ ‫صل َح ْين ل ْل ُم َو اظف ْي َن وَ‬ ‫ُع ْم َر ُه َما ُم ِْ‬
‫ِ‬ ‫ِ ِ‬ ‫ِ ِ‬ ‫ِ‬ ‫ِ ِ‬
‫ُْ َ َ ا َ‬ ‫ََ َ َُ َ‬
‫اصدهما ِلط ِر ِيق اله َدى والرش ِاد‪َ .‬‬ ‫مق ِ‬ ‫َ‬

‫‪Ya Allah! Kurniakanlah petunjuk kepada kami untuk mendirikan solat‬‬


‫‪fardu lima waktu secara berjemaah, menunaikan zakat melalui Lembaga‬‬
‫‪Zakat Selangor, mewakaf harta melalui Perbadanan Wakaf Selangor dan‬‬
‫)‪menginfakkan harta pada Tabung Infak Jariah Umat Islam Selangor (TIJARI‬‬
‫‪dan kepada anak-anak yatim melalui Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).‬‬

‫‪Jadikanlah kami antara hamba-Mu yang menjaga amanah. Kuatkan‬‬


‫‪iman kami agar menjauhi perbuatan khianat serta jauhkan kami termasuk‬‬

‫‪10‬‬
Khutbah Jumaat 15 September 2023M /29 Safar 1445H: “Fatwa Bukan Bicara Biasa”.
Jabatan Agama Islam Selangor

dalam golongan yang mengabaikan tanggungjawab dan jauhi negeri dan


negara kami daripada kehancuran disebabkan perbuatan rasuah,
penyelewengan dan salah guna kuasa. Serahkan tanggungjawab memimpin
negara kami kepada hamba-Mu yang amanah dan jujur serta tegas lagi
berani menegakkan kebenaran dan melaksanakan keadilan berlandaskan
syariat. Jadikanlah Ya Allah masjid dan surau di Negeri Selangor rumah-
rumah-Mu yang aman, mempersatukan dan menjadi nadi kekuatan ummah.

َ‫ ِا ْد َف ْع َع انا َه َذا ْال َو َب َاء َو ْال َب َ َال ََء َو ْاْلَ َرض‬،‫الل ُه اَم َيا َدا ِف َع ْال َب َال ِء‬
‫ا‬
ْ‫ف إ ان َك َع َلى ُكل َش ى ٍء‬ ُ ْ َ َ َ ْ ُ َ َ ْ َ َ َ ‫َ ا‬
ِ ِ ‫ ِبلط ِفك يا ل ِطي‬،‫والشدا ِئ ْد و ِاْلحن‬
ْ َ َ َ َ ْ َ
.‫الجاب ِة ج ِدير‬ ِ ‫ق ِدير و ِب‬
َ ‫ب َنلَا م ِۡن أَ ۡز َوَٰج َنا َو ُذر ذيَٰت َنا قُ ذرةَ أَ ۡع ُُي َوٱ ۡج َع ۡل َنا ل ِۡل ُم ذتق‬
ً‫ُي إ َماما‬ ۡ ‫َر ذب َنا َه‬
ِ ِ ٖ ِ ِ ِ
٧٤
‫ذ‬ َ َ َ َ َ ‫َ َ َ َا‬ َ ‫ُّ ۡ َ َ َ َ ا‬ َ َ َٓ‫َذ‬
٢٠١ ِ‫خرة ِ حسنة وق ِنا عذاب ٱنلار‬ ِ ‫ربنا ءات ِنا ِِف ٱدلنيا حسنة و ِِف ٱٓأۡل‬
ََٰ ۡ َ َ َٰ َ ۡ ُ ۡ َٓ ََٰ ۡ ۡ َ ۡ َ ۡ ُ ُ ۡ َ َ ‫َ َ ذ ذ ذ‬
‫ٱۡلحس ِن ِإَويتا ِٕي ذِي ٱلقرَب وينه‬ ِ ‫ إِن ٱّلل يأمر بِٱلعد ِل و‬.ِ‫عِباد اّلل‬
َ ُ ‫َ َۡ ۡ َ ٓ َ ُۡ َ َ َۡۡ َ ُ ُ ۡ ََ ذ ُ ۡ َ َ ذ‬
٩٠ ‫غ يعِظكم لعلكم تذكرون‬ ِۚ ِ ‫ع ِن ٱلفحشاءِ وٱلمنك ِر وٱۡل‬
ْ،‫اش ُك ُر ْو ُه َع َلى ِن َعم ِه َيز ْد ُكم‬ْ َ ْ ُْ ُ َْ َ ْ َ ْ َ‫َف ْاذ ُك ُرو ْا للا‬
َِ ِ ‫الع ِظيم يذكركم و‬
‫ََُْ َ ا‬
َ‫الل ُه َي ْعل ُم ما‬ ُ ْ ََ ْ ُ ْ ُ ْ َ ْ‫اس َأ ُل ْو ُه من‬
ْ ‫َو‬
‫للا أكبر و‬ ِ ‫فض ِل ِه يع ِطكم ول ِذكر‬ ِ
َ َُْ َ
‫ن‬
‌ . ‫ت ص نع و‬

11

Anda mungkin juga menyukai