Anda di halaman 1dari 90

MODUL PdPR PRASEKOLAH

(KETERAMPILAN DIRI)
ISI KANDUNGAN

Isi kandungan i
Sekapur Sireh ii
Sidang Editor iii
Prakata iv
Panduan Penggunaan Modul v
Tajuk kemahiran vii

KEMAHIRAN 1: MENGENALI DAN MENGURUS EMOSI


KD 1.1 Mengenali dan mengurus emosi sendiri
KD 1.2 Mengenali emosi orang lain

KEMAHIRAN 2: MENCAPAI EMOSI YANG POSITIF


KD 2.1 Membina konsep kendiri yang positif
KD 2.2 Membina kebolehan mengawal diri
KD 2.3 Membina keyakinan untuk berkomunikasi

KEMAHIRAN 3: MEMBINA KEMAHIRAN SOSIAL


KD 3.1 Memahami keperluan, perasaan dan pandangan orang lain
KD 3.2 Menggunakan kemahiran sosial dalam hubungan dengan orang lain

Profil Penulis

Penghargaan
SEKAPUR SIREH, SEUNTAI BICARA

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.


Salam Kuala Kangsar Teratas dan Salam Kuala Kangsar Satu Matlamat.

Ucapan sekalung tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga kepada
barisan Jawatankuasa Penulisan Modul Prasekolah di bawah Unit
Pemulihan Khas, Sektor Pembelajaran, PPD Kuala Kangsar yang terdiri
daripada jurulatih-jurulatih utama, guru-guru serta pegawai-pegawai
yang telah berjaya menghasilkan Modul PdPR Prasekolah berasaskan
Instrumen Pentaksiran Prasekolah Kebangsaan (IPPK) bagi tujuan
membantu memudahkan pelaksanaan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran kepada murid-murid prasekolah samada di rumah
mahupun di bilik darjah sekaligus membantu dalam pengumpulan data
pentaksiran prasekolah sepanjang tahun.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan perkenanNya, modul ini
akhirnya dapat diterbitkan untuk kegunaan bersama dalam proses memantapkan PdPc antara guru-guru
dan murid-murid serta ibu bapa yang turut membantu dalam penguasaan kemahiran dan perkembangan
anak-anak di rumah.

Modul PdPR Prasekolah dibangunkan sesuai dengan permintaan dan keperluan pendidikan masa kini.
Berlabuhnya tirai 2020 telah menyaksikan perubahan dalam sistem pendidikan di negara kita yang turut
terkesan dengan wabak pandemik Covid-19 dimana pembelajaran secara bersemuka tidak lagi menjadi
pilihan sebaliknya penekanan lebih kepada penguasaan kemahiran yang perlu diberi perhatian. Justeru
dengan adanya Modul Pengajaran dan Pembelajaran seperti ini, diharapkan dapat membantu guru, ibu
bapa dan murid dari segi penguasaan kemahiran dan perkembangan yang diperlukan oleh murid-murid
prasekolah.

Dalam usaha ke arah transformasi dan pembaharuan sistem pendidikan inilah, barisan Jawatankuasa
Penulisan Modul Prasekolah telah berkolaboratif mencurah idea dan menggembleng tenaga bertungkus
lumus bagi merealisasikan penghasilan naskah modul yang boleh digunakan bersama untuk keperluan
membantu meningkat dan memartabatkan keberhasilan bidang pendidikan di daerah Kuala Kangsar,
khasnya bagi bidang Prasekolah.Diharapkan penggunaan modul ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-
baiknya dan berkesan sebagai bahan bantu pengajaran untuk keperluan bersama.

Akhir kalam, saya mendoakan agar semua warga pendidikan yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung dengan projek penghasilan modul ini akan terus berjaya dan sejahtera menjayakan agenda
pendidikan negara demi melahirkan masyarakat Malaysia yang gemilang dan harmonis selaras dengan
aspirasi negara.

Semoga segala usaha dan kerja buat diberkati. Insha’Allah.

“KUALA KANGSAR TERATAS, KUALA KANGSAR SATU MATLAMAT”

SAFUAN BIN HAJI RABA’AI, PPT


PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KUALA KANGSAR,
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUALA KANGSAR.
SIDANG EDITOR
Modul PdPR Prasekolah
(TUNJANG KETERAMPILAN DIRI)
PPD Kuala Kangsar

Penasihat Tuan Safuan bin Hj. Raba’ai, PPT


Ketua Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar

Pengerusi En. Roslee bin Abdul Wahab


Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Pembelajaran)
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar

Pegawai Penyunting 1. Puan Hjh. Noor Shidah bt Sulaiman


Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Pemulihan Khas
(Penyelaras Pembelajaran Prasekolah)
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar

2.En. Azneezal Ar-Rashid bin Mohd. Ramli


Pegawai SISC+ (Sains dan Matematik)
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar

3.En. Mohd Rassidee bin Mohd Rasid


Penolong Pegawai Pendidikan Daerah
(Prasekolah dan Rendah)
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar

Ketua Panel Dr. Siti Rohana binti Salleh


Guru Cemerlang Prasekolah
Kolej Vokasional Kuala kangsar

Panel 1. Puan Nurhayati bt Sulaiman (SK Jeliang)


2. Puan Rohaida binti Din (SK Laneh)

Penulis modul 1. Puan Wan Iylia bt Md Jonet (SK Datin Khadijah)


2. Puan Norfaizah binti Mohd Puad (SK Trosor)
3. Puan Hamiza bt Abd Hamid (SK Padang Ampang)
4. Puan Nooraini bt Sabri ( SK Karai)
5. Puan Nor Hamidah bt Abu Samah (SK Lasah)
6. Puan Asmawati bt Ngah Malik (SK Perlop 1)
7. Puan Nor Halwani bt Mat Shah (SK Chegar Galah)

Rekabentuk En. Muhamad Faisal bin Ismail


Guru Prasekolah SK Pos Piah
PRAKATA

Modul PdPR Prasekolah (Keterampilan Diri) dihasilkan khusus untuk membantu guru-guru
prasekolah serta ibu bapa yang terlibat dalam pengajaran berkaitan penguasaan kemahiran
emosi dan sosial. Modul ini diharapkan dapat merealisasikan amanat Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) agar semua murid dapat menguasai asas Keterampilan Diri sejak prasekolah
lagi.

Modul PdPR Prasekolah (Keterampilan Diri) telah disusun dan dimurnikan oleh Jurulatih-
jurulatih Utama dengan kerjasama guru-guru Prasekolah PPD Kuala Kangsar sebagai penulis
modul. Modul yang disediakan ini adalah berdasarkan konstruk kemahiran dalam Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Modul ini mengandungi latihan dan aktiviti
berdasarkan kemahiran mengenali dan mengurus emosi, mencapai emosi yang positif serta
membina kemahiran sosial bagi memperkasakan keterampilan diri murid. Modul ini juga turut
mengandungi contoh dan model PdPc berbentuk interaktif serta ilustrasi yang pelbagai dan
bersesuaian bagi menjadikan proses Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) yang lebih
menarik dan berkesan agar dapat membantu merangsang minat murid untuk belajar.

Penghasilan Modul PdPR Prasekolah (Keterampilan Diri) ini diharap dapat membantu
murid dalam mengenal diri sendiri, mengurus emosi dan mengawal tingkah laku serta
menghormati kepelbagaian emosi dan pandangan orang lain. Selain itu juga, modul ini dapat
dijadikan sebagai panduan kepada semua guru prasekolah serta para ibu bapa/ penjaga atau
sesiapa juga yang terlibat dalam proses pembelajaran murid bagi menguasai kemahiran dalam
Tunjang Keterampilan Diri.

Akhir kata, adalah menjadi harapan kami agar Modul PdPR Prasekolah (Keterampilan
Diri) ini dapat dijadikan panduan dan digunakan dalam PdPc Prasekolah agar semua murid
prasekolah dapat membina kemahiran emosi dan sosial, menyesuaikan diri dalam kehidupan
bermasyarakat serta membina keyakinan murid dalam menghadapi pelbagai cabaran. Sekian.

Jurulatih Utama
Tunjang Keterampilan Diri
PANDUAN PENGGUNAAN MODUL

Pendidikan prasekolah merupakan pengalaman awal yang penting dalam dunia pendidikan awal
kanak-kanak. Pembelajaran yang berkesan serta pengalaman yang bermakna dan
menyeronokkan dapat membekalkan murid dengan kemahiran, keyakinan diri dan sikap yang
positif untuk pembelajaran seterusnya. Kurikulum prasekolah digubal dengan hasrat untuk
melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif. Perkara ini direalisasikan
melalui lapan tunjang yang diperkenalkan melalui Modul PdPR Prasekolah yang meliputi
pengetahuan, kemahiran dan pentaksiran yang diperlukan oleh murid prasekolah sebagai
persediaan untuk mengikuti pendidikan di peringkat sekolah rendah kelak.

Pandemik COVID-19 yang telah melanda seluruh dunia bermula dari tahun 2020 hingga kini
telah menyebabkan aktiviti pembelajaran di kelas prasekolah turut terjejas. Walau bagaimanapun
pembelajaran yang bermakna tetap boleh dilaksanakan dengan berkesan sekiranya guru dan ibu
bapa sama berganding bahu serta berkolaborasi bagi menjayakan pembelajaran anak-anak di
rumah melalui pelbagai kaedah dan pendekatan. Pembangunan Modul PdPR Prasekolah
Berasaskan IPPK ini merupakan inisiatif guru prasekolah daerah Kuala Kangsar bagi
menghasilkan satu bahan pembelajaran yang lengkap yang boleh digunakan sepanjang
pengajaran dan pembelajaran di rumah selain turut membantu guru mengumpul data
pentaksiran untuk Instrumen Pentaksiran Prasekolah Kebangsaan (IPPK) yang dijalankan dua
kali setahun.

Modul PdPR Prasekolah Berasaskan IPPK terdiri daripada lapan buah modul yang dibangunkan
mengikut tunjang dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) iaitu:

i. Modul PdPR Prasekolah Tunjang Bahasa Melayu


ii. Modul PdPR Prasekolah Tunjang Bahasa Inggeris
iii. Modul PdPR Prasekolah Tunjang Matematik Awal
iv. Modul PdPR Prasekolah Tunjang Sains Awal
v. Modul PdPR Prasekolah Tunjang Perkembangan Fizikal & Penjagaan Kesihatan
vi. Modul PdPR Prasekolah Tunjang Kreativiti & Estetika
vii.Modul PdPR Prasekolah Tunjang Tunjang Keterampilan Diri
viii.Modul PdPR Prasekolah Tunjang Tunjang Kemanusiaan
Modul PdPR Prasekolah ini akan diedarkan kepada semua prasekolah di bawah Pejabat
Pendidikan Daerah Kuala Kangsar untuk digunakan oleh ibu bapa dan guru prasekolah. Modul
ini bukan sahaja sesuai digunakan semasa PdPR sebagai bahan pembelajaran tetapi juga
merupakan bahan mengumpul data pentaksiran prasekolah melalui Instrumen Pentaksiran
Prasekolah kebangsaan (IPPK). Data pentaksiran IPPK ini boleh dikumpulkan melalui bantuan
ibu bapa di rumah dan guru prasekolah serta mana-mana guru yang menguruskan
pembelajaran murid. Secara tidak langsung apabila murid menggunakan bahan dalam modul
ini hasil pembelajaran mereka turut dinilai sebagai data pentaksiran IPPK dan sekaligus
merupakan evidens pentaksiran tersebut.

Kandungan modul ini terdiri daripada (i) Rancangan Pengajaran (ii) Nota Pembelajaran (iii)
Pentaksiran. Sepanjang PdPR setiap murid akan dibekalkan dengan set modul ini (8 buah)
samada secara beransur-ansur atau sekaligus dan kaedah pengajaran akan berlangsung
bersama guru setiap hari mengikut jadual waktu pengajaran prasekolah yang dibekalkan
kepada ibu bapa. Kaedah pengajaran guru adalah fleksibel sesuai dengan kesediaan murid
dan ibu bapa dari segi perkakasan, peranti, liputan dan kekangan lain turut diambilkira semasa
guru mengendalikan modul ini. Modul ini merupakan bahan bantu pengajaran sebagai
panduan ibu bapa sekiranya murid tidak dapat mengikuti pembelajaran guru secara online
(contoh: google meet, video call) atau offline (contoh: aplikasi whatsaps, telegram, DELIMA).
Ibu bapa boleh merujuk kepada Rancangan Pengajaran, nota dan aktiviti yang dibekalkan
dalam modul tersebut seterusnya mengisi penilaian murid pada akhir setiap aktiviti yang
dilaksanakan.

Pada akhir setiap pembelajaran modul ini turut disediakan aktiviti yang juga merupakan
pentaksiran mengikut tiga tahap penguasaan murid iaitu TP1: belum menguasai TP2: sedang
menguasai TP3: telah menguasai. Kaedah pentaksiran ini berpandukan Standard Prestasi
(SPi) yang digunapakai dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) sekaligus
turut digunakan dalam pengumpulan data pentaksiran prasekolah (IPPK). Modul ini diharapkan
dapat memberi manfaat kepada semua murid, guru dan ibu bapa melalui pembelajaran secara
bersemuka ataupun pembelajaran di rumah ( PdPR) khususnya di semua kelas prasekolah di
daerah Kuala Kangsar. Sekian

DR SITI ROHANA BINTI SALLEH


KETUA PANEL
PEMBANGUNAN MODUL PdPR PRASEKOLAH
TAJUK KEMAHIRAN

KEMAHIRAN 1: MENGENALI DAN MENGURUS EMOSI


KD 1.1 Mengenali dan mengurus emosi sendiri
KD 1.2 Mengenali emosi orang lain

KEMAHIRAN 2: MENCAPAI EMOSI YANG POSITIF


KD 2.1 Membina konsep kendiri yang positif
KD 2.2 Membina kebolehan mengawal diri
KD 2.3 Membina keyakinan untuk berkomunikasi

KEMAHIRAN 3: MEMBINA KEMAHIRAN SOSIAL


KD 3.1 Memahami keperluan, perasaan dan pandangan orang lain
KD 3.2 Menggunakan kemahiran sosial dalam hubungan dengan orang
lain
AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR) BERASASKAN IPPK

TUNJANG Keterampilan Diri

TEMPOH 30 minit

SASARAN 4+ dan 5+

STANDARD KD 1.1 Mengenali dan mengurus emosi sendiri


KANDUNGAN

STANDARD KD 1.1.1 Mengenal pasti dan menceritakan pengalaman emosi


PEMBELAJARAN yang melibatkan perasaan gembira, sedih, takut,
marah dan malu

KD 1.1.3 Menyatakan emosi mengikut situasi

BAHAN/BBM Link video : https://www.youtube.com/watch?v=-8SnAJYICU0

Kad imbasan, lirik lagu, Lembaran kerja

LANGKAH 1.Murid menonton video lagu Didi & Friends bertajuk ‘Kalau
PENGAJARAN Rasa Gembira’ dari link https://www.youtube.com/watch?v=-
8SnAJYICU0

2. Guru dan murid menyanyi bersama-sama.

3. Guru memperkenalkan emosi kepada murid menggunakan


kad imbasan (gembira, sedih, takut,marah dan malu)

4. Guru menceritakan dan mengaitkan peristiwa atau situasi


yang menghasilkan emosi gembira, sedih, takut, marah dan
malu.

5. Murid membuat memek muka atau membuat emosi


berdasarkan situasi yang digambarkan oleh guru.

6. Murid menyelesaikan tugasan yang diberikan.

PENTAKSIRAN
TP1: Boleh menyatakan emosi sendiri

TP2: Boleh menyatakan emosi sendiri mengikut situasi

TP3: Boleh mengurus emosi sendiri dalam pelbagai situasi


KAD IMBASAN EMOSI
AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR) BERASASKAN IPPK

TUNJANG Keterampilan Diri

TEMPOH 30 minit

SASARAN 4+ dan 5+

STANDARD KD 1.1 Mengenali dan mengurus emosi sendiri


KANDUNGAN

STANDARD KD 1.1.2 Menyatakan sesuatu yang disukai dan yang tidak


PEMBELAJARAN disukai

BAHAN/BBM Kad senyum, kad sedih, pelbagai kad aktiviti/hobi

LANGKAH 1. Guru menerangkan tentang hobi


PENGAJARAN
2. Guru bertanya soalan tentang hobi/ aktiviti yang sering
dilakukan oleh murid semasa waktu lapang

3. Murid bermain permainan ‘Saya Suka dan Saya Tidak Suka’


• Permainan Suka dan Tidak Suka
- Murid diberi kad emosi senyum (suka) dan sedih (tidak
suka)
- Guru menunjukkan satu persatu kad aktiviti kepada murid
- Murid diminta untuk menyatakan suka atau tidak suka
dengan aktiviti dengan menunjukkan kad senyum atau
sedih

4. Murid melengkapkan latihan,

PENTAKSIRAN
TP1: Boleh menyatakan emosi sendiri

TP2: Boleh menyatakan emosi sendiri mengikut situasi

TP3: Boleh mengurus emosi sendiri dalam pelbagai situasi


KAD EMOSI SEDIH KAD EMOSI GEMBIRA
Contoh hobi murid
Contoh hobi murid
AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR) BERASASKAN IPPK

TUNJANG Keterampilan Diri

TEMPOH 30 minit

SASARAN 4+ dan 5+

STANDARD KD 1.1 Mengenali dan mengurus emosi sendiri


KANDUNGAN

STANDARD KD 1.1.4 Menceritakan perasaan sendiri kepada orang lain


PEMBELAJARAN mengenai sesuatu perkara atau peristiwa yang telah
berlaku melalui pelbagai cara

KD 1.1.5 Mengurus emosi dengan memilih tindakan yang


sesuai

BAHAN/BBM Link video: https://www.youtube.com/watch?v=MmFGRFL6Lio

Lirik lagu, peralatan melukis, senarai semak

LANGKAH 1. Murid menonton video lagu perayaan ‘Suasana Hari Raya’


PENGAJARAN dari Upin & Ipin dari link
https://www.youtube.com/watch?v=MmFGRFL6Lio

2. Guru dan murid menyanyikan lagu perayaan bersama-sama.

3. Murid diminta untuk menyatakan emosi dengan menceritakan


pengalaman menyambut perayaan.

4. Murid diminta untuk menghasilkan kad ucapan perayaan


untuk diberikan kepada orang tersayang secara berpasangan
atau bersama ibubapa/keluarga.

5. Murid menceritakan tentang kad yang telah dihasilkan.

6. Guru melengkapkan borang senarai semak.

PENTAKSIRAN
TP1: Boleh menyatakan emosi sendiri

TP2: Boleh menyatakan emosi sendiri mengikut situasi

TP3: Boleh mengurus emosi sendiri dalam pelbagai situasi


CONTOH KAD UCAPAN HARI RAYA MURID
BORANG SENARAI SEMAK
AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR) BERASASKAN IPPK

TUNJANG Keterampilan Diri

TEMPOH 30 minit

SASARAN 5+

STANDARD KD1.2 Mengenali emosi orang lain


KANDUNGAN

STANDARD KD 1.2.2 Mengenal pasti emosi orang lain berdasarkan


PEMBELAJARAN penyataan perasaan atau peristiwa yang telah berlaku

BAHAN/BBM Link video:


https://www.youtube.com/watch?v=1dm2htUvAtM&t=54s

Lirik lagu, lembaran kerja, senarai semak

LANGKAH 1.Murid-murid menonton video lagu bertema emosi dari link


PENGAJARAN https://www.youtube.com/watch?v=1dm2htUvAtM&t=54s

2.Murid-murid akan menyanyi bersama-sama dan mengikut


emosi dan perasaan yang ditunjukkan.

3. Murid-murid bersoal jawab dengan guru tentang lirik lagu


yang didengar.
• Apakah haiwan yang akan membuatkan kita gembira?
• Apakah perasaan apabila orang membuat kerja yang kita
tidak suka?
• Apakah perasaan kita apabila kita tidak dapat apa yang kita
mahukan?

4.Guru bersoal jawab dengan murid berdasarkan gambaran


situasi. (Rujuk Lampiran A)

5. Murid menyelesaikan tugasan lembaran.

6. Guru mengisi borang senarai semak.

PENTAKSIRAN TP1: Boleh menyatakan emosi orang lain.

TP2: Boleh menyatakan emosi orang lain mengikut situasi.

TP3: Boleh membezakan emosi antara individu dalam situasi


yang tertentu.
LAMPIRAN A
AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR) BERASASKAN IPPK

TUNJANG Keterampilan Diri

TEMPOH 30 minit

SASARAN 4+ dan 5+

STANDARD KD 1.2 Mengenali emosi orang lain


KANDUNGAN

STANDARD KD 1.2.1 Mengenal pasti emosi orang lain berdasarkan tingkah


PEMBELAJARAN laku yang ditunjukkan

BAHAN/BBM Gambar emosi, lembaran kerja

LANGKAH 1.Guru menerangkan 5 emosi utama iaitu gembira, sedih, takut,


PENGAJARAN marah dan malu.

2. Guru mengaitkannya emosi dengan tingkah laku dengan cara


melakonkan tingkah laku yang menggambarkan emosi
seperti
• Membuat suara menangis sambal menekup muka/
menyapu airmata – sedih
• Ketawa – gembira
• Menutup muka sambil memalingkan muka/ menyorokkan
muka – malu
• Menjerit sambil menuding jari ke arah sesuatu/ memegang
kepala sambil menjerit – marah
• Menutup muka atau telinga dengan kedua belah tangan
dan menjauhkan badan sedikit – takut (Rujuk Lampiran A)

3. Guru memperkenalkan dan bermain Permainan Bulatan


Emosi (Rujuk Lampiran B)

4. Murid bermain kuiz meneka emosi berdasar gambar tingkah


laku yang di tunjukkan. (Rujuk Lampiran D)

5. Murid yang berjaya akan diberi token/hadiah.

PENTAKSIRAN TP1: Boleh menyatakan emosi orang lain.

TP2: Boleh menyatakan emosi orang lain mengikut situasi.

TP3: Boleh membezakan emosi antara individu dalam situasi


yang tertentu.
LAMPIRAN A
LAMPIRAN B

Contoh kedudukan murid dengan guru


LAMPIRAN C

Kad emosi ini


dipotong dan diberi
kepada murid untuk
“Permainan Bulatan
Emosi"
LAMPIRAN D
AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR) BERASASKAN IPPK

TUNJANG Keterampilan Diri

TEMPOH 30 minit

SASARAN 4+ dan 5+

STANDARD KD 2.1 Kemahiran membina konsep kendiri yang positif


KANDUNGAN

STANDARD KD 2.1.1 Menunjukkan sikap positif iaitu


PEMBELAJARAN (i) sabar
(ii) berdikari
(iii) berkeyakinan
(iv) tolong-menolong
(v) belas kasihan
(vi) kecindan

BAHAN/BBM Link video : https://www.youtube.com/watch?v=2ZWco7Z0N7A

Beberapa helai baju, senarai semak

LANGKAH 1. Guru menunjukkan video cara melipat baju dengan betul melalui
PENGAJARAN link https://www.youtube.com/watch?v=2ZWco7Z0N7A

2. Murid memahami cara melipat baju dan melakukan aktiviti melipat


baju dengan bimbingan

3. Guru menambah beberapa lagi bilangan helaian baju lagi dan


meminta murid untuk melipat pakaian tersebut sehingga selesai.

4. Sekiranya murid tidak dapat menyelesaikan tugasan, guru boleh


memberi rangsangan dengan memberi pujian / kata-kata positif
kepada murid atau hadiah bagi memberi semangat kepada murid
untuk meneruskan tugasan tersebut.

5. Murid diminta untuk meletakkan baju yang dilipat tadi ke dalam


almari / rak baju

6. Pencapaian murid dinilai melalui borang senarai semak yang


disediakan melalui kaedah pemerhatian semasa aktiviti
dijalankan.

PENTAKSIRAN
TP 1: Boleh menunjukkan sikap yang positif dengan rangsangan

TP 2: Boleh menunjukkan sebahagian sikap positif

TP3: Boleh menunjukkan sikap yang positif dalam pelbagai situasi


BORANG SENARAI SEMAK
AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR) BERASASKAN IPPK

TUNJANG Keterampilan Diri

TEMPOH 30 minit

SASARAN 4+ dan 5+

STANDARD KD 2.1 Kemahiran membina konsep kendiri yang positif


KANDUNGAN

STANDARD KD 2.1.1 Menunjukkan sikap positif iaitu


PEMBELAJARAN (i) sabar
(ii) berdikari
(iii) berkeyakinan
(iv) tolong-menolong
(v) belas kasihan
(vi) kecindan

BAHAN/BBM Link video https://www.youtube.com/watch?v=fvtL3437R9U

Peralatan gotong –royong, senarai semak.

LANGKAH 1. Guru menunjukkan video gotong-royong dari link


PENGAJARAN https://www.youtube.com/watch?v=fvtL3437R9U

2. Murid menyenaraikan dan bersoal jawab mengenai sikap


positif yang ada dalam video contohnya: tolong-menolong,
sabar , belas kasihan dan sebagainya.

3. Guru meminta murid melakukan aktiviti gotong-royong di


kawasan kelas. (Sekiranya PDPR, murid boleh lakukan
aktiviti gotong-royong di rumah)

4. Sekiranya murid tidak dapat menyelesaikan tugasan, guru


boleh memberi rangsangan dengan memberi pujian/kata-kata
positif kepada murid atau token bagi memberi semangat
kepada murid untuk meneruskan tugasan tersebut.

5. Pencapaian murid dinilai melalui borang senarai semak yang


disediakan melalui kaedah pemerhatian semasa aktiviti
dijalankan.

PENTAKSIRAN
TP 1: Boleh menunjukkan sikap yang positif dengan rangsangan

TP 2: Boleh menunjukkan sebahagian sikap positif

TP3: Boleh menunjukkan sikap yang positif dalam pelbagai situasi


BORANG SENARAI SEMAK
AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR) BERASASKAN IPPK

TUNJANG Keterampilan Diri

TEMPOH 30 minit

SASARAN 4+ dan 5+

STANDARD KD 2.1 Kemahiran membina konsep kendiri yang positif


KANDUNGAN

STANDARD KD 2.1.2 Menunjukkan sikap positif iaitu


PEMBELAJARAN i. kekitaan
ii. setia kawan
iii.empati

BAHAN/BBM Buku cerita / Petikan buku cerita, senarai semak

LANGKAH 1. Guru memperkenalkan cerita “Sang Tikus dan Sang Singa.


PENGAJARAN
2. Murid mendengar kisah “Sang Tikus dan Sang Singa”

3. Murid dan guru bersoal jawab mengenai sikap watak yang ada
dalam cerita tersebut. Contohnya:
• Bagaimana hubungan tikus dengan rama-rama?
• Cuba gambarkan sikap singa dalam cerita ini.
• Bagaimana singa menunjukkan rasa belasnya kepada tikus?
• Apa yang dilakukan oleh tikus untuk menyelamatkan singa?

4. Guru meminta murid menyebut sikap positif dan pengajaran yang


didapati dalam kisah tersebut.
• Kekitaan – Singa yang melepaskan tikus,dan tikus membantu
singa dalam kesusahan.
• Setia kawan – tikus bermain dengan gembira bersama rama-
rama
• Empati – singa kasihan dengan tikus dan melepaskannya dan
tikus membantu singa yang kesusahan

5. Pencapaian murid dinilai melalui borang senarai semak yang


disediakan melalui kaedah pemerhatian semasa aktiviti dijalankan.

PENTAKSIRAN
TP 1: Boleh menunjukkan sikap yang positif dengan rangsangan

TP 2: Boleh menunjukkan sebahagian sikap positif

TP3: Boleh menunjukkan sikap yang positif dalam pelbagai situasi


BORANG SENARAI SEMAK
AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR) BERASASKAN IPPK

TUNJANG Keterampilan Diri

TEMPOH 30 minit

SASARAN 4+ dan 5+

STANDARD KD 2.2 Membina kebolehan mengawal diri


KANDUNGAN

STANDARD KD 2.2.1 Membezakan antara kehendak yang diingini dengan


PEMBELAJARAN keperluan untuk membuat pemilihan dalam sesuatu situasi.

BAHAN/BBM Link video: https://youtu.be/NT7qRZHvxkg

Kad gambar, lembaran kerja

LANGKAH 1. Menayangkan klip video situasi kehidupan seharian dari link


PENGAJARAN https://youtu.be/NT7qRZHvxkg

2. Guru membimbing murid untuk bersoaljawab (Rujuk


lampiran A).

3. Penerangan tentang konsep keperluan dan kehendak dalam


situasi kehidupan seharian.
• Keperluan: Barang dan perkhidmatan yang mesti
diperlukan untuk meneruskan hidup.
• Kehendak: Keinginan untuk memiliki barang dan
perkhidmatan bagi mencapai kehidupan yang lebih selesa.

4. Fokus kepada situasi :


• Keperluan manusia untuk hidup (Air, makanan, pakaian,
rumah)
• Kehendak untuk hidup selesa (kereta, telefon, mainan,
basikal)

5. Guru menerangkan tentang perbezaan di antara keperluan


dan kehendak dalam kehidupan.

6. Lembaran kerja sebagai aktiviti pengukuhan: Murid


menggunting dan mengelaskan gambar mengikut kategori
keperluan atau kehendak bagi manusia.

PENTAKSIRAN
TP1: Boleh mengawal emosi sendiri dengan bimbingan.

TP2: Boleh mengawal diri dalam situasi tertentu.

TP3: Boleh mengawal diri dalam pelbagai situasi.


AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR) BERASASKAN IPPK

TUNJANG Keterampilan Diri

TEMPOH 30 minit

SASARAN 4+ dan 5+

STANDARD KD 2.2 Membina kebolehan mengawal diri


KANDUNGAN

STANDARD KD 2.2.2 Menyatakan cara mengurus emosi secara positif


PEMBELAJARAN dalam situasi yang tidak menyenangkan.

KD 2.2.3 Menunjukkan sikap sabar semasa berdepan dengan


situasi yang tidak menyenangkan.

BAHAN/BBM Link video: https://youtu.be/qhA3U45W1xo

Kad gambar, lembaran kerja, senarai semak

LANGKAH 1. Guru menayangkan klip video yang bertajuk “Bas Sekolah”


PENGAJARAN dari link https://youtu.be/qhA3U45W1xo

2. Berbual tentang sikap murid-murid di dalam bas dan cuba


mencungkil pengetahuan murid tentang jenis emosi yang
ditunjukkan di dalam video

3. Memperkenalkan jenis emosi yang positif dan negatif serta


mengaitkan dengan situasi kehidupan seharian.

4. Mencungkil idea murid tentang cara untuk mengatasi


masalah emosi yang terdapat di dalam video.

5. Penerangan tentang cara untuk mengatasi masalah emosi


negatif yang terdapat dalam video dan kesannya.

6. Membimbing murid main peranan dalam situasi “ menaiki bas


sekolah”.

7. Guru mengisi borang senarai semak.

PENTAKSIRAN
TP1: Boleh mengawal emosi sendiri dengan bimbingan.

TP2: Boleh mengawal diri dalam situasi tertentu.

TP3: Boleh mengawal diri dalam pelbagai situasi.


BORANG SENARAI SEMAK
AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR) BERASASKAN IPPK

TUNJANG Keterampilan Diri

TEMPOH 30 minit

SASARAN 4+

STANDARD KD 2.3 Membina keyakinan untuk berkomunikasi


KANDUNGAN

STANDARD KD 2.3.1 Bertutur dengan yakin


PEMBELAJARAN
KD 2.3.2 Bertanya dengan yakin

BAHAN/BBM Gambar, lembaran kerja, senarai semak

LANGKAH 1. Guru menunjukkan gambar aktiviti bersama keluarga semasa


PENGAJARAN waktu lapang

2. Murid menyenaraikan aktiviti yang dilakukan seperti dalam


gambar.

3. Murid diminta untuk membina soalan secara lisan


berdasarkan gambar.

4. Murid memberi penerangan tentang aktiviti yang dilihat dalam


gambar.

5. Murid membina ayat-ayat mudah berdasarkan gambar.

6. Murid mewarnakan gambar.

7. Guru mengisi borang senarai semak.

PENTAKSIRAN
TP1: Boleh berinteraksi dengan orang tertentu sahaja.

TP2: Boleh berinteraksi dengan orang lain.

TP3: Boleh berinteraksi dan memberi pendapat dengan yakin

dalam pelbagai situasi.


AKTIVITI BERSAMA KELUARGA SEMASA WAKTU LAPANG
BORANG SENARAI SEMAK
AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR) BERASASKAN IPPK

TUNJANG Keterampilan Diri

TEMPOH 30 minit

SASARAN 5+

STANDARD KD 2.3 Membina keyakinan untuk berkomunikasi


KANDUNGAN

STANDARD KD 2.3.4 Bercerita dan memberi pendapat dengan yakin


PEMBELAJARAN

BAHAN/BBM Buku cerita, senarai semak

LANGKAH 1. Guru membacakan cerita bertajuk Guntor.


PENGAJARAN
2. Murid bersoal jawab dengan guru tentang cerita yang di dengar.
Contoh soalan adalah seperti di bawah:

• Siapakah nama kanak-kanak dalam cerita itu?


• Apakah aktiviti Guntor sewaktu hunjung minggu?
• Dimana selalunya Guntor membuat ulangkaji?
• Apakah cita-cita Guntor?
• Mengapa Guntor memilih cita-cita tersebut?

3. Murid diminta untuk menceritakan semula cerita yang didengar


menggunakan ayat mudah dengan yakin.

4. Murid memberi pendapat tentang peranan atau tanggungjawab


anak-anak terhadap ibubapa di rumah.Contohnya:

• Membantu ibubapa mengemas rumah


• Belajar dan mengulangkaji pelajaran di rumah
• Bercakap lemah lembut dengan ibubapa
• Mengemas semula tempat tidur sendiri
• Membasuh pinggan atau peralatan makan sendiri.

5. Guru mengisi borang senarai semak.


PENTAKSIRAN TP1 Boleh berinteraksi dengan orang tertentu sahaja.
TP2 Boleh berinteraksi dengan orang lain.
TP3 Boleh berinteraksi dan memberi pendapat dengan yakin dalam
pelbagai situasi.
BORANG SENARAI SEMAK
AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR) BERASASKAN IPPK

TUNJANG Keterampilan Diri

TEMPOH 30 minit

SASARAN 5+

STANDARD KD 2.3 Membina keyakinan untuk berkomunikasi


KANDUNGAN

STANDARD KD 2.3.4 Bercerita dan memberi pendapat dengan yakin


PEMBELAJARAN

BAHAN/BBM Link video: https://www.youtube.com/watch?v=m2DzSERSoEk


Cerita bergambar, senarai semak

LANGKAH 1. Murid menonton video kisah “Singa dan Tikus” dari link
PENGAJARAN https://www.youtube.com/watch?v=m2DzSERSoEk (Guru/ibubapa
menunjukkan kad gambar “ Kisah Singa dan Tikus ” kepada
murid bagi yang tiada akses internet)

2. Murid bersoal jawab dengan guru tentang video/kad gambar “


Kisah Singa dan Tikus” yang dilihat.

3. Guru membimbing murid bersoal jawab.


• Apakah binatang yang kamu lihat di dalam video tersebut?
• Binatang yang manakah berbadan besar?
• Binatang yang manakah berbadan kecil?
• Apakah yang terjadi pada Tikus?
• Apakah haiwan yang berkuku tajam?
• Adakah kamu seronok mendengar cerita ini?
• Apakah sikap positif yang boleh kamu pelajari daripada cerita ini?

4.Guru bertanyakan pendapat murid apakah akan terjadi jika kita


sentiasa mengamalkan sikap positif dan nilai murni dalam
kehidupan seharian kepada seorang rakan atau di dalam kumpulan.
(Ibubapa merekod video murid bercerita sekiranya berlaku
pembelajaran dari rumah.)

5.Guru mengisi borang senarai semak.

PENTAKSIRAN TP1 Boleh berinteraksi dengan orang tertentu sahaja.


TP2 Boleh berinteraksi dengan orang lain.
TP3 Boleh berinteraksi dan memberi pendapat dengan yakin dalam
pelbagai situasi.
KISAH SINGA DAN TIKUS
BORANG SENARAI SEMAK
AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR) BERASASKAN IPPK

TUNJANG Keterampilan Diri

TEMPOH 30 minit

SASARAN 5+

STANDARD KD 2.3 Membina keyakinan untuk berkomunikasi


KANDUNGAN

STANDARD KD 2.3.4 Bercerita dan memberi pendapat dengan yakin


PEMBELAJARAN

BAHAN/BBM Gambar kanak-kanak memakai pakaian baju raya, pakaian Hari


Raya, senarai semak

LANGKAH 1. Guru menunjukkan gambar kanak-kanak memakai baju raya.


PENGAJARAN
2. Murid bercerita tentang gambar yang dilihat

3. Murid dikehendaki membawa dan menunjukkan pakaian hari raya


kepada rakan-rakan.

4. Murid menceritakan tentang pakaian hari raya mereka kepada


pasangan atau di hadapan kelas.

5. Guru membimbing murid bersoal jawab. (Rujuk Lampiran B


untuk contoh senarai soalan)

6. Murid bercerita tentang pakaian yang dipakai semasa sambutan


Hari Raya. (Sekiranya pembelajaran berlaku di rumah, ibubapa
diminta untuk merekod video murid bercerita di rumah.)

7. Guru melengkapkan senarai semak.

PENTAKSIRAN TP1 Boleh berinteraksi dengan orang tertentu sahaja.


TP2 Boleh berinteraksi dengan orang lain.
TP3 Boleh berinteraksi dan memberi pendapat dengan yakin dalam
pelbagai situasi.
LAMPIRAN B
BORANG SENARAI SEMAK
AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR) BERASASKAN IPPK

TUNJANG Keterampilan Diri

TEMPOH 60 minit

SASARAN 4+

STANDARD KD 3.1 Memahami keperluan, perasaan dan pandangan orang lain


KANDUNGAN

STANDARD KD 3.1.1 Menunjukkan kepekaan terhadap keperluan orang lain dan


PEMBELAJARAN bertindak sewajarnya

KD 3.1.2 Menyatakan perasaan orang lain berdasarkan gerak laku yang


ditunjukkannya

BAHAN/BBM Link video: https://www.youtube.com/watch?v=ofeYi2csChw


Kertas warna saiz A4, Senarai semak

LANGKAH 1. Menonton video pembelajaran melalui link diberikan dari link


PENGAJARAN https://www.youtube.com/watch?v=ofeYi2csChw

2. Guru bersoal jawab mengenai video yang ditonton. Contohnya:


• Apakah yang terdapat didalam kotak?
• Siapakah yang meletakkan kucing didalam kotak.?
• Mengapakah haiwan tersebut diletakkan di dalam kotak?
• Apakah yang dilakukan oleh orang tersebut terhadap haiwan tersebut?

3. Murid membuat aktiviti origami kucing (Rujuk Lampiran A)

4. Selesai membuat origami, murid bercerita tentang perkara yang harus


dilakukan pada haiwan tersebut. Contohnya:
• Memandikan kucing
• Memberi makan pada kucing
• Menyiapkan tempat tinggal kucing
• Meletakkan tempat tinggal kucing di tempat yang selamat
• Membelai kucing dan memastikan kucing tidak sakit

5. Guru mengisi senarai semak


PENTAKSIRAN TP1 Boleh memahami keperluan orang lain dengan bimbingan.
TP2 Boleh memahami perasaan orang lain berdasarkan gerak laku yang
ditunjukkannya.
TP3 Boleh menghormati perasaan dan pandangan orang dalam pelbagai
situasi.
LAMPIRAN A

LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT ORIGAMI KUCING


HASIL ORIGAMI KUCING
BORANG SENARAI SEMAK
AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR) BERASASKAN IPPK

TUNJANG Keterampilan Diri

TEMPOH 30 minit

SASARAN 5+

STANDARD KD 3.1 Memahami keperluan, perasaan dan pandangan orang lain.


KANDUNGAN

STANDARD KD 3.1.3 Menunjukkan sikap menghormati perasaan dan


PEMBELAJARAN pandangan orang lain

BAHAN/BBM Kad imbas buah-buahan, kertas warna pelbagai, template buah-


buahan, gam cair.

LANGKAH 1. Guru menunjukkan kad imbas buah-buahan dan murid bersoal


PENGAJARAN jawab tentang buah-buahan yang ditunjukkan. Contohnya
mengenai nama buah, rasa, warna dan sebagainya. (Rujuk
Lampiran A)

2. Guru menunjukkan contoh hasil kerja kolaj buah-buahan kepada


murid. (Rujuk Lampiran B)

3. Guru menjelaskan aktiviti kolaj yang akan dijalankan melalui link


https://www.youtube.com/watch?v=0NTzB2oWri8

4. Murid memilih templat kolaj buah-buahan yang hendak


dihasilkan. (Rujuk Lampiran C)

5. Murid menghasilkan kolaj dengan bimbingan dan bercerita


tentang kolaj yang dihasilkan di hadapan kelas. Contohnya:
• Menyebut nama kolaj buah yang dihasilkan
• Menyatakan mengapa memilih buah tersebut
• Menyatakan rasa buah tersebut.

6. Murid memberi pandangan hasil kerja rakan yang lain


contohnya dengan menyatakan samada suka atau tidak dengan
hasil kerja rakan. Memberi pendapat dari segi kekemasan dan
kesesuaian penggunaan kertas warna.

7. Guru melengkapkan senarai semak.

PENTAKSIRAN TP1 Boleh memahami keperluan orang lain dengan bimbingan.


TP2 Boleh memahami perasaan orang lain berdasarkan gerak laku
yang ditunjukkan.
TP3 Boleh menghormati perasaan dan pandangan orang dalam
pelbagai situasi.
LAMPIRAN A
LAMPIRAN B
LAMPIRAN C
BORANG SENARAI SEMAK
AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR) BERASASKAN IPPK

TUNJANG Keterampilan Diri

TEMPOH 30 minit

SASARAN 4+ dan 5+

STANDARD KD 3.2 Menggunakan kemahiran sosial dalam hubungan


KANDUNGAN dengan orang lain

STANDARD KD 3.2.1 Menghormati hak milik orang lain


PEMBELAJARAN
BAHAN/BBM Link youtube: https://www.youtube.com/watch?v=L--OZXuxfME

Nota dan senarai semak.

LANGKAH 1. Murid menonton video mengenai adab dengan kawan melalui


PENGAJARAN link https://www.youtube.com/watch?v=L--OZXuxfME

2. Guru meminta murid bercerita mengenai rakan mereka


dengan menyebut nama, umur dan tempat tinggal

3. Guru meminta murid menyebut mengapa kita perlu ada


kawan. Guru menerangkan tentang adab terhadap rakan.

4. Murid diminta berlakon dengan bimbingan ibu bapa mengikut


situasi berikut :
• Meminjam barang dari rakan
• Bermain dengan rakan

5. Murid membuat memek muka atau membuat emosi


berdasarkan situasi yang digambarkan oleh guru.

6. Murid perlu menggunakan bahasa yang sopan seperti


• “Boleh saya pinjam?” / “Boleh saya guna pensel warna
awak?”

7. Pencapaian murid dikenalpasti melalui borang senarai semak


yang disediakan.

PENTAKSIRAN
TP1: Boleh menggunakan kemahiran sosial dengan bimbingan.

TP2: Boleh menyesuaikan diri dalam situasi tertentu

TP3: Mengamalkan etika sosial dalam pelbagai situasi.


BORANG SENARAI SEMAK
AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR) BERASASKAN IPPK

TUNJANG Keterampilan Diri

TEMPOH 30 minit

SASARAN 4+ dan 5+

STANDARD KD 3.2 Menggunakan kemahiran sosial dalam hubungan dengan


KANDUNGAN orang lain

STANDARD KD 3.2.5 Menyesuaikan diri dengan situasi tertentu untuk


PEMBELAJARAN bersosialisasi

BAHAN/BBM Link video: https://www.youtube.com/watch?v=zk2DLN7O0F4

Nota dan lirik lagu.

LANGKAH 1. Murid menonton video lagu “Nenek Si Bongkok Tiga” melalui


PENGAJARAN link https://www.youtube.com/watch?v=zk2DLN7O0F4

2. Murid menyanyi lagu “Nenek Si Bongkok Tiga” dengan


bimbingan. (Rujuk Lampiran A untuk lirik lagu)

3. Guru memperkenalkan permainan ‘Nenek Si Bongkok Tiga’.(


Rujuk Lampiran B untuk cara permainan)

4. Guru dan murid bersoal jawab tentang perasaan mereka


semasa bermain.

5. Pencapaian murid dikenalpasti melalui borang senarai semak


yang disediakan.

PENTAKSIRAN
TP1: Boleh menggunakan kemahiran sosial dengan bimbingan.

TP2: Boleh menyesuaikan diri dalam situasi tertentu

TP3: Mengamalkan etika sosial dalam pelbagai situasi.


LAMPIRAN A
LAMPIRAN B
BORANG SENARAI SEMAK
AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR) BERASASKAN IPPK

TUNJANG Keterampilan Diri

TEMPOH 30 minit

SASARAN 4+ dan 5+

STANDARD KD 3.2 Menggunakan kemahiran sosial dalam hubungan dengan


KANDUNGAN orang lain

STANDARD KD 3.2.5 Menyesuaikan diri dengan situasi tertentu untuk


PEMBELAJARAN bersosialisasi

KD 3.2.6 Mengamalkan etika sosial dalam perhubungan


BAHAN/BBM Lirik lagu, Buku Cerita, Lembaran kerja.

LANGKAH 1. Guru memperkenalkan lagu bertajuk “Kongsilah”


PENGAJARAN
Mari kita kongsi..
Mainan kita ini…
Kalau tidak kongsi..
Nanti kawan lari….
kongsi…kongsi…kongsilah
(Nada Lagu: Gong Xi Fatt Choi)

2. Murid menyanyi lagu dengan bimbingan guru.

3. Murid bersoal jawab tentang lagu yang dinyanyikan.

4. Guru menceritakan cerita bertajuk “Patutkah Saya Berkongsi Ais


Krim saya ini?”(Adaptasi dari cerita Mo Willems bertajuk “Should I
share my ice cream”) (Rujuk LAMPIRAN A)

5. Guru bersoal jawab bersama murid mengenai cerita yang


didengar.

6. Murid menjalani aktiviti menggunting dan menampal aiskrim (Guru


boleh menyediakan gunting dan pensel warna secara terhad agar
semasa aktiviti murid dapat mengamalkan sikap bertolak ansur
dan berkongsi bahan)

7. Guru melengkapkan borang senarai semak

PENTAKSIRAN
TP1: Boleh menggunakan kemahiran sosial dengan bimbingan.

TP2: Boleh menyesuaikan diri dalam situasi tertentu

TP3: Mengamalkan etika sosial dalam pelbagai situasi.


LAMPIRAN A
CONTOH HASIL KERJA
BORANG SENARAI SEMAK
Modul PdPR Prasekolah merupakan
hasil kerjasama
Jurulatih Utama, guru-guru serta Pegawai
PPD Prasekolah Daerah Kuala Kangsar
tahun 2021
K E PA K A R A N P E D A G O G I

Guru Cemerlang Prasekolah DG48

Jurulatih Utama
Inovasi & Matematik
Daerah Kuala Kangsar
Ikon Inovasi Guru
Daerah Kuala Kangsar

PENDIDIKAN

Universiti Pendidikan Sultan Idris


DR. SITI ROHANA BINTI SALLEH Ijazah Doktor Falsafah (Pendidikan Awal Kanak-kanak) |
Feb 2021
Guru Prasekolah
Kolej Vokasional Kuala I n s t i t u t P e r g u r u a n Tu a n k u B a i n u n , B k t M e r t a j a m
Diploma Pendidikan( Prasekolah)|
Kangsar
Disember 2007
sirosa77@gmail.com
Universiti Putra Malaysia, Serdang
+60195470852 Master Sains, Bac. Sc. ( Pembangunan Manusia)|
Januari 2005, Februari 2000

K E PA K A R A N P E D A G O G I

Guru Prasekolah DG44

Jurulatih Utama Pentaksiran


Prasekolah
Daerah Kuala Kangsar

PENDIDIKAN

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia


Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan (Sains Politik)
EN. MUHAMAD FAISAL ISMAIL Dengan Kepujian
Tahun 2005
Guru Prasekolah
IPBMM (Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia)
SK Pos Piah, 31100 Sungai Siput (U)
KPLI – LPBS Prasekolah
silverbug81@gmail.com Tahun 2007-2008

+60194452007
K E PA K A R A N P E D A G O G I

Guru Prasekolah DG41

Jurulatih Utama
Pendidikan Sivik
Daerah Kuala Kangsar

PENDIDIKAN

Universiti Pendidikan Sultan Idris


Ijazah Sarjana Pendidikan (Pengurusan Pendidikan) |
Feb 2021
NURHAYATI BINTI SULAIMAN
IPG Kampus Pendidikan Teknik , Nilai, N.Sembilan.
Diploma Pendidikan(Prasekolah) | Julai 2013
Guru Prasekolah
SK Jeliang,Manong Universiti Teknologi Mara, Melaka
Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran (Kepujian) |
nurhayati7777@gmail.com Nov 2008
+60136537557
Universiti Teknologi Mara, Sungai Petani, Kedah.
Diploma Pentadbiran Awam | Sept 2005

K E PA K A R A N P E D A G O G I

Guru Prasekolah DG44

Jurulatih Utama Daerah (Sivik)


PPD Kuala Kangsar

PENDIDIKAN

IPG Kampus Bahasa Melayu,


Kuala Lumpur
ROHAIDA BINTI DIN
(Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian
(Pendidikan Prasekolah) `Tahun 2012
Guru Prasekolah
SK Laneh, Lubok Merbau,
Kuala Kangsar IPG Sultan Abdul Halim,
Sungai Petani
rohaidadindin@yahoo.com
Sijil Perguruan (Pend Awal Kanak-Kanak) 1993

++60196581275
Sekalung penghargaan dan ucapan terima
kasih kepada semua yang
Telah menjayakan modul PDPR Prasekolah ( Keterampilan Diri)
Daerah Kuala Kangsar:

Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar


Sektor Pembelajaran, PPD Kuala Kangsar
Unit Pemulihan Khas
Semua Jurulatih Utama Prasekolah
Kolej Vokasional Kuala Kangsar
SK Pos Piah
SK Jeliang
SK Laneh
SK Lasah
SK Chegar Galah
SK Karai
SK Trosor
SK Datin Khadijah
SK Perlop 1
SK Padang Ampang

Anda mungkin juga menyukai