Anda di halaman 1dari 6

REFLEKSI TEORI KOGNITIF DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SITI WAHIDA BINTI WAHAB Kami memilih mata pelajaran

sains untuk mengajar murid-murid Tahun 4 untuk pembentangan rancangan pembelajarab harian bagi memenuhi tugasan mata pelajaran Murid dan Alam Belajar. Kami memilih tajuk sistem suria kerana mata pelajaran sains boleh membuatkan kanak-kanak berfikir dengan sendiri dan boleh menarik minat murid-murid untuk memberikan tumpuan yang lebih di dalam kelas. Semasa dalam proses pengajaran, saya dapat mempelajari beberapa perkara berkaitan dengan teori kognitif yang kami pilih. Dalam Teori Pembelajaran Kognitif, pembelajaran masa kini berasakan pembelajaran sebelumnya. Murid-murid kita berbeza antara satu sama lain dari segi latar belakang dan tahap motivasi masingmasing. Ini dpata dilihat semasa saya bertanyakan soalan dalam set inkuiri, iaitu pengenalan kepada konsep sistem suria. Di sini saya dapa melihat sajauh manakah penegtahuan atau pengalaman lepas murid-murid tentang sistem suria dengan mengaitkan gambar angkasawan yang menjadi bahan bantu mengajar saya pada masa itu. Dalam teori ini juga, pembelajaran yang bermakna melibatkan hubungan iaitu makna yang dibina berasaskan pengalaman menunjukkan hubungan antara pembelajaran lalu dengan pembelajaran baru. Semasa dalam set pengukuhan konsep, saya cuba mengaitkan apa yang telah murid-murid ketahui iaitu pengalaman sedia ada dengan bertanyakan soalan seperti siapakah angkasawan negara kita? soalan seperti ini boleh membuatkan mereka berfikir dan pengingat kembali pengetahuan yang telah sedi ada. Dr Tan Ai Mei member refleksi semasa saya mengajar tentang konsep. Beliau mengatakan untuk menanam sesuati konsep, penggunaan video adalah sangat bagus.kerana saya menggunakan video pada set pengukuhan. Selain itu Asyiqin menggunakan model pemikiran induktif untuk memperkembangan kemahiran kalfisikasi, pembinaan dan pengujian hipotesis dan memahami bagaimana membina kefahaman konseptual bagi bidang konsep. Di sini, Model Pemerolehan Konsep amat berguna kerana ianya merujuk kepada usaha mencari, kemudian menyenaraikan atribut atau ciri-ciri yang membezakan sesebuah planet dalam sistem suria. Beliau menunjukkan contoh-contoh planet yang berlabel. Di sini

murid-murid boleh membanding bezaatribut yang terkandung dalam contih positif dan negative. Murid-murid juga menjana dan menguji hipotesis dengan memberikan cirri-ciri planet yang dapat mereka kenalpasti. Amira menggunakan pendekatan integrative semasa beliau menjalankan

pengajarannya. Beliau member tumpuan kepada strategi pemusatan murid. Beliau memberikan kuasa kepada murid untuk menyelesaikan susunan perkataan serta menggalakkan pembinaan hubungan. Kami bersama-sama mendampingi muridmuird agar mereka selesa untuk mendapat bimbingan. Di sini juga, kami memberikan peluang kepada mereka untuk bekerja secara berkumpulan mengajar mereka untuk menghargai rakan-rakan dan memahami perbezaan individu yang wujud dalam kalangan mereka. Dr Tan mengatakan bahawa Chong Mei Yee menggunakan strategi pemusatan guru. Ini adalah kerana Chong merupakan guru yang amat kreatif. Beliau menggunakan muzik atau nyanyian sebagai pengukuhan ilmu yang sedang di ajar. Beliau membuat demonstrasi menyanyikan lagu dan murid-murid memerhatikannya. Kemudian, murid-murid mengaplikasikannya dengan menyanyikan bersama-sama beliau dan cuba mengulangi lagu tersebut sehingga mengingatinya. Dalam proses pengajaran berlangsung, kami menggunakan kaedah dan teknik seperi sumbangsaran serta demonstrasi. Kaedah sumbangsaran amat sesuai kerana ianya menarik minat murid-murid untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru. Semasa dalam set penutup, saya menayangkan video dan bertanyakan soalan. Ini memberikan peluang kepada mereka unutk menjana ideo mengenai system suria tersebut. Selain itu, teknik ini mengajar mereka untuk menanggung risiko dalam berkongsi ideadan pandangan masing-masing serta menunjukkan idea mereka amat dihargai. Pujian merupakan salah satu cara untuk menunjukkan cara menghargai idea mereka. Secara umumnya, teori pembelajaran kognitif merupakan satu teori yang sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid. Teori

pembelajaran kognitif menekankan proses kognitif bagi menghasilkan perubahan tingkah laku dalam pembelajaran. Selain itu, ia juga satu cara pembelajaran yang menggunakan pengalamansedia ada untuk memikirkan cara penyelesaian masalah yang dihadapi.

Teori pembelajaran kognitif ini sangat menitikberatkan bahawa pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada pada murid-murid untuk proses pembelajaran. Dengan adanya teori pembelajaran kognitif ini ia secara langsung memberikan implikasiimplikasi kepada proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak atau pun muridmurid. Implikasi teori pembelajaran kognitif yang pertama kepada proses pembelajaran murid-murid iaiah merangsang ingatan kanak-kanak semula. Dalam pembelajaran kognitif ia lebih kepada menggunakan pengalaman yang sedia bagi membantu dalam proses pembelajaran. Oleh yang demikian, pembelajaran kognitif dapat merangsang ingatan kanak-kanak semula. Contohnya, ketika kanakkanak tersebut berada di alam persekolahan mereka akan melalui pembelajaran yang memerlukan pengalama natau pun pengetahuan yang sedia ada. Seperti kemahiran 3M iaitu membaca, menulis danmengira. Dengan pengetahuan ada ketika di prasekolah dahulu, tentu situasi ini tidakakan menyukarkan bagi kanakkanak tersebut. Selain itu, implikasi teori pembelajaran kognitif yang seterusnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid iaiah membantu murid-murid mengingat semula. Olehkerana pembelajaran kognitif ini menekankan kepada perubahanperubahan yang berlaku dalam cara manusia berfikir dari peringkat bayi sehingga ia dewasa. Jean Piaget memandang kanak-kanak sebagai pelajar yang aktifyang berkelakuan seperti saintismuda dan akan memperkembangkan teori mereka masing-masing. Dalam bilik darjah,murid-murid akan belajar sesuatu mengikut tahap atau pun tingkat umur mereka. Selain itu, ia juga bergantung kepada bagaimana kanak-kanak tersebut memperolehi pengetahuan mereka. Contohnya, kanak-kanak tadika memperolehi pengetahuan melalui persepsi mereka sendiri berkaitan dengan dunia. Dengan itu, apabila kanak-kanak tersebut melalui zaman persekolahan ia akan membantu murid-murid semula tentang apa yang mereka telah pelajari selama ini terutama sekali pengetahuan yang mereka miliki ketika di prasekolah. Di samping itu, implikasi pembelajaran kognitif yang lain iaiah isi-isi pelajaran hendaklah disusun mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak. Mengikut pendapat Jean Piaget dalam teori pembelajaran kognitif, beliau telah mengelaskan kepada empat tahap perkembangan kognitif Piaget iaitu sensori motor( sejak lahir hingga 2 tahun),pra operasi( 2 hingga 7 tahun), operasi konkrit( 7 hingga 11 tahun)

dan operasi formal ( 11tahun hingga remaja). Oleh yang demikian, isi pelajaran yang disampaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mestilah mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak. Hal ini demikian kerana, pengetahuan dan kebolehan kanak-kanak berbeza mengikut umur atau pun tahap masing-masing. Di sini, guru haruslah menyampaikan dan menyusun isi-isi pelajaran mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak. Contohnya, di prasekolah ia lebih kepada bermain sambil belajar serta cenderung kepada pengetahuan asas tentang kemahiran 3M dengan itu guru hendaklah mengajar murid-murid tersebut mengikut peringkat perkembangan mereka dan bukannya mengajar mereka dengan menggunakan sukatan pelajaran sekolah rendah. Secara keseluruhannya, proses pengajaran dan pembelajaran sangat dipengaruhi oleh teori pembelajaran kognitif. Hal ini jelas membuktikan teori pembelajaran kognitif merupakan satu teori yang sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid. Teori ini menekankan proses kognitif untuk

menghasilkan perubahan tingkah laku dalam pembelajaran. Selain itu, teori ini juga menekankan faktor pengalaman sedia ada untuk memikirkan cara penyelesaian masalah yang dihadapi. Teori pembelajaran kognitif ini menegaskan bahawa pengalaman sedia ada murid-murid akan banyak membantu mereka dalam menyelesaikan masalah. Dengan wujudnya teori pembelajaran kognitif ini ia sekali gus memberikan implikasi-implikasi kepada proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak atau pun murid-murid. Implikasi teori pembelajaran kognitif yang pertama kepada proses pembelajaran murid-murid iaiah merangsang ingatan kanakkanak semula.

Dalam pembelajaran kognitif ia lebih kepada menggunakan pengalaman yang sedia bagi membantu dalam proses pembelajaran. Oleh yang demikian, pembelajaran kognitif dapat merangsang ingatan kanak-kanak semula. Contohnya, ketika kanakkanak tersebut beradadi alam persekolahan mereka akan melalui pembelajaran yang memerlukan pengalaman ataupun pengetahuan yang sedia ada. Seperti kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Dengan pengetahuan ada ketika di prasekolah dahulu, tentu situasi ini tidak akan menyukarkan bagi kanakkanak tersebut.

Selain itu, implikasi teori pembelajaran kognitif yang seterusnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid iaiah membantu murid-murid mengingat semula. Oleh kerana pembelajaran kognitif ini menekankan kepada perubahanperubahan yang berlaku dalam cara manusia berfikir dari peringkat bayi sehingga ia dewasa. Jean Piaget memandang kanak-kanak sebagai pelajar yang aktif yang berkelakuan seperti saintis muda dan akan memperkembangkan teori mereka masing-masing. Dalam bilik darjah,murid-murid akan belajar sesuatu mengikut tahap atau pun tingkat umur mereka.

Selain itu,

ia

juga bergantung kepada

bagaimana

kanak-kanak tersebut

memperolehi pengetahuan mereka. Contohnya, kanak-kanak tadika memperolehi pengetahuan melalui persepsi mereka sendiri berkaitan dengan dunia. Dengan itu, apabila kanak-kanaktersebut melalui zaman persekolahan ia akan membantu muridmurid semula tentang apay ang mereka telah pelajari selama ini terutama sekali pengetahuan yang mereka miliki ketika di prasekolah.

Di samping itu, implikasi pembelajaran kognitif yang lain iaiah isi-isi pelajaran hendaklah disusun mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak. Mengikut pendapat Jean Piaget dalam teori pembelajaran kognitif, beliau telah mengelaskan kepada empat tahap perkembangan kognitif Piaget iaitu sensori motor( sejak lahir hingga 2 tahun),praoperasi( 2 hingga 7 tahun), operasi konkrit( 7 hingga 11 tahun) dan operasi formal( 11tahun hingga remaja). Oleh yang demikian, isi pelajaran yang di sampaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mestilah mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak.Hal ini demikian kerana, pengetahuan dan kebolehan kanak-kanak berbeza mengikut umur atau pun tahap masing-masing. Di sini, guru haruslah menyampaikan danmenyusun isi-isi pelajaran mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak. Contohnya,di prasekolah ia lebih kepada bermain sambil belajar serta cenderung kepada pengetahuan asas tentang kemahiran 3M dengan itu guru hendaklah mengajar murid-murid tersebut mengikut peringkat

perkembangan mereka dan bukannya mengajar mereka dengan menggunakan sukatan pelajaran sekolah rendah. Dalam pengajaran kami, Dr Tan amat berpuas hati dengan apa yang kami jalankan dan memberikan pujian dan kata-kata syabas kepada kami. Terima kadih kepada beliau kerana banyak memberi dorongan kepada kami untuk menyiapkan tugasan ini. Dan tidak lupa juga kepada ahli-ahli kumpulan yang bersengkang mata untuk menyiapkan bahan bantu mengajar dan memberikan komitmen dalam menyiapkan tugasan ini. Banyak yang dapat saya pelajari dan ianya amat berguna apabila saya bergelar seorang guru, untuk diaplikasikannya di sekolah nanti. Ini merupakan pengetahuan yang amat berguna kepada saya dan rakan-rakan. Segala maklumat yang diberikan membantu kami dalam kehidupan seharian kami dan membuatkan kami lebih memahami apa yang telah kami pelajari.