Anda di halaman 1dari 5

Doa Selamat Sempena Majlis Perkahwinan 1

Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin WassolaaTu Wassalamu ‘Ala AsyRafil Anbiya’i Wal Mursalin Wa ‘Ala
Aalihi Wasohbihi Ajma’in

Segala puji hanya untuk-Mu ya Allah atas segala nikmat pemberian yang Engka kurniakan
kepada kami.

Ya Allah, pada hari yang berkat ini, kami berhimpun di majlis ini sebagai tanda kesyukuran
kami atas nikmat-Mu bersempena dengan majlis perkahwinan yang diadakan oleh keluarga
kedua-dua mempelai dengan selamat dan sempurna bagi pernikahan ………………………………..

Allahumma Ya Rahim Ya Wadud Ya DzalJudi Wal Karami


Bersempena dengan majlis ini juga kami memohon rahmat-Mu ya Allah, kurniakanlah
kepada kedua mempelai yang diraikan ini kehidupan yang sihat dan selamat sejahtera serta
dikurniakan zuriat yang soleh. Perkukuhkanlah ikatan kasih sayang dan hormat
menghormati antara mereka, berakhlak mulia dan berbudi bahasa, serta beriman dan
bertakwa kepada-Mu ya Allah.

Allahumma Ya Badii-‘AssamaWatti Wal Ardh


Kami memohon rahmat-Mu agar dikurniakan keampunan, keberkatan dan sihat wal-afiat
kepada seisi keluarga, tuan rumah dan sekalian yang hadir bagi meraikan majlis yang
diberkati ini.
Allahumma Allif Bainal-‘AruuSaini Kama AllafTa Bainal-Ma’ WatTiini Wa Baina AaDaMa Wa
HauWa’, Wa Baina Ibrahima WaHaaJara Wa SaaRaha, Wa Baina YuuSuFa Wa DzuLaihah,
Wa Baina Ayyuba Wa Rahmah, Wa Baina Musa Wa SoFuuRoh, Wa Baina Sulaiman Wa
Balqiis, Wa Baina Sayyidina Muhammad Sollallahu ‘Alaihi Wassalam Wa ZauJaaTihil
MuThohHaraaTi RidWaaNullahi ‘AlaihinNa Ajma’ina Birohmatika Ya Arhamar-RaaHimiin.

Allahummaj’al Jam’aNa HaZaa Jam’an MarhuuMa Wa TaFarruQana Min Ba’dihi


TafarruQon Ma’SuuMaa Wa Laa Taj’al FiiNa Wa Laa Ma’aNa Syaqiyya Wa Laa MahRuuMaa
Ya Akramal Akraminn.
Ya Allah, jadikanlah perhimpunan ini satu pertemuan yang dirahmati dan perpisahan kami
pula selepas ini, satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi.

Robbanaa AaTina Fiddunyaa Hasanatan Wa Fil-AakhiRoti HasanaTan WaQinaa ‘AzaaBan-


Nar.

Wa Sollallahu ‘Ala Sayyidina Muhammadin Wa ‘Ala Aalihi Wasohbihi Ajma’in


Walhamdulillahi Robbil ‘Alamin.
Doa Sempena Majlis Perkahwinan 2

‫ِبْس ِم اللِه الَّرْح مـِن الَّر ِح ْيِم‬


‫َاْلَح ْم ُد ِ للِه َر ِّب اْلَع اَلِم ْي َن َح ْم ًدا ُيَو اِفى ِنَع َم ُه َو ُيَك اِفُئ َم ِز ْيَد ُه َياَر َّبَنا َلَك اْلَح ْم ُد َك َم ا‬
‫ َالَّلُهَّم َص ِّل َو َس ِّلْم َع َلى َس ِّيِد َنا ُمَح َّمٍد‬. ‫َيْنَبِغ ْي ِلَج َالِل َو ْج ِه َك ْالَك ِر ْيِم َو َع ِظ ْيِم ُس ْل َطاِنَك‬
‫َص َالًة ُتْنِج ْيَنا ِبَها ِم ْن َج ِم ْيِع ْاَألْهَو اِل َو ْاآلَفاِت َو َتْقِض ْي َلَنا ِبَها َج ِم ْيَع اْلَح اَج اِت‬
‫َو ُتَطِّهُر َنا ِبَها ِم ْن َج ِم ْيِع الَّسِّيَئاِت َو َتْر َفُع َنا ِبَها ِع ْنَدَك َأْع َلى الَّد َر َج اِت َو ُتَبِّلُغ َنا ِبَها‬
‫َأْقَص ى ْالَغ اَياِت ِم ْن َج ِم ْيِع اْلَخ ْيَر اِت ِفى اْلَح َياِة َو َبْع َد اْلَمَم اِت َو َع َلى َء اِلِه َو َص ْح ِبِه‬
. ‫َأْج َم ِع ْي َن‬
‫َاْلَح ْم ُد ِ للِه اَّلِذ ى جعل لنا متزوجين َو الَّص َالُة َو الَّس َالُم َع َلى َأْش َر ِف ْاَألْنِبَياِء‬
‫َو اْل ُم ْر َسِلْي َن سيدنا محمد رحمة للعالمين َو َع َلى َء اِلِه الطاهرين واصحابه الذين‬
‫كالنجوم للمهتدين‬
Alhamdulillahi-ladzi ja'alalana ma'tzujin was'shola-tu-wasalamu
'ala assrrofil-anbiya-iwalmur-salinna-saidina muhammad , rahmatil'allamin
wa'alla -a'alihi adho-hirin-wasohbihi alladzhi-na-ka-lana-jumalamukhtadin

Segala puji hanya untuk-Mu ya Allah yang telah menjadikan kami berpasang-
pasangan. Selawat dan salam di atas junjungan kami Saiyidina Muhammad
rahmat sekelian alam serta keluarga dan sahabat-sahabatnya sekelian. Ya Allah,
pada petang yang berkat ini, kami berhimpun di sini sebagai tanda kesyukuran
kami atas nikmat-Mu bersempena dengan majlis perkahwinan yang diadakan
oleh keluarga kedua-dua mempelai dengan selamat dan sempurna bagi
pernikahan anakanda mereka.
‫َالَّلُهَّم َيا َر ِح ْيُم َيا َو ُد ْو ُد ياذاالعرش المجيد فعال لما يريد‬
Ya Allah Ya Tuhan Kami Yang Maha Sempurna, rahmatilah majlis ini semoga
ianya berjalan dengan sempurna seperti mana yang telah Engkau kehendaki dan
berkatilah majlis yang diadakan ini dengan keberkatan dari permulaan hingga ke
akhirnya. Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMu.Ya Allah Ya Tuhan
kami Yang Amat Mengasihani, limpahkanlah rahmat dan keampunanMu kepada
pasangan pengantin. Kurniakanlah keduanya ketenangan, kebahagiaan dan jiwa
yang tabah menghadapi setiap dugaan dan cubaan hidup berumahtangga lebih
lebih lagi di akhir zaman yang penuh pancaroba ini. Mudah-mudahan
perkongsian hidup yang dibina ini di kurniakan zuriat yang soleh dan solehah
serta berkekalan hingga ke akhir hayat. Amiin Ya Rabbal A’lamin.
‫ َو َبْي َن‬،‫َالَّلُهَّم َأِّلْف َبْي َن ْالَع ُر ْو َس ْي ِن َك َم ا َأَّلْفَت َبْي َن اْلَم اِء َو الِّطْي ِن َو َبْي َن آَد َم َو َح َّو اء‬
‫ َو َبْي َن ُم ْو َس ى‬،‫ َو َبْي َن َأُّيْو َب َو َر ْح َم َة‬،‫ َو َبْي َن ُيْو ُسَف َو ُزَلْيَخ ة‬،‫ِإْبَر اِه ْيَم َو َهاَج َر َو َس اَر ه‬
‫ َو َبْي َن َس ِّيِد َنا ُمَح َّمٍد َص َّلى اللهُ َع َلْيِه َو َس َّلَم‬،‫ َو َبْي َن ُس َلْيَم اَن َو َبْلِقْيس‬،‫َو َص ُفْو َر ه‬
. ‫َو َز ْو َج اِتِه اْل ُم َطَّهَر اِت ِر ْض َو اُن اللِه َع َلْي ِه َّن َأْج َم ِع ْي َن ِبَر ْح َم ِتَك َيا َأْر َح َم الَّراِح ِم ْي َن‬

Ya Allah kurniakanlah restu dan kasih sayang di antara kedua pengantin ini serta
eratkan hubungan keduanya sepertimana telah Engkau hubungkan di antara air &
tanah, Adam & Hawa, Ibrahim & Siti Hajar, seperti Yusuf & Zulaika, Ayub &
Rahmah, Musa & Safurah, Sulaiman & Puteri Balqis dan seperti Baginda
Muhammad s.a.w & Siti Khadijah. Ya Allah, satukanlah keduanya dalam inayah
dan barakahMu. Semoga menjadi Nur ibadah yang mendambakan rahmatMu.

‫َالَّلُهَّم اْج َع ْل َج ْم َع َنا َهَذ ا َج ْم ًعا َم ْر ُح ْو ًم ا َو َتَفُّر َقَنا ِم ْن َبْع ِدِه َتَفُّر ًقا َم ْعُص ْو ًم ا َو َالَتْج َع ْل‬
‫ َر َّبَنا َء اِتَنا ِفى الُّد ْنَيا َح َس َنًة َو ِفى‬. ‫ِفْيَنا َو َال َم َع َنا َش ِقًّيا َو َالَم ْح ُر ْو ًم ا َيا َأْك َر َم ْاَألْك َر ِم ْيَن‬
‫ْاآلِخ َر ِة َح َس َنًة َو ِقَنا َع َذ اَب الَّناِر َو َص َّلى اللهُ َع لى َس ِّيِد َنا ُمَح َّمٍد َو َع َلى َء اِلِه َو َص ْح ِبِه‬
‫َأْج َم ِع ْي َن َو اْلَح ْم ُد ِ للِه َر ِّب اْل َع اَلِم ْي َن‬
Bersempena dengan majlis walimah ini, kami memohon inayah
dan rahmatMu. Ya Allah, agar dikurniakan kepada kedua
mempelai yang diraikan pagi ini, iaitu MOHD NUR KHALIS BIN
WAINI dan NORMUNIRA BINTI MUHAMMED YACCOFF,
kesejahteraan, kebahagiaan, ketenangan dan zuriat yang beriman
lagi bertaqwa.

Ya Allah Ya Tuhan Kami, Sesungguhnya kami menyedari bahawa Engkau telah


menjadikan semua makhluk ciptaanMu berpasangan. Benarlah firmanMU, Maha
suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan;
sama ada dari Yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari
apa Yang mereka tidak mengetahuinya.

Ya Rahman Ya Rahim, Anugerahkanlah keberkatan dan kerahmatan kepada


kedua pasangan mempelai pada hari ini kerana mereka telah menunaikan salah
satu daripada sunnah junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.. Mantapkanlah
iman, ikatan kasih sayang dan perasaan hormat-menghormati sesama mereka.
Perkasakan akhlak dan budi bahasa mereka. Anugerahkanlah kepada pasangan
pengantin yang diraikan hari ini keintiman, kecenderungan dan perasaan
tenteram sentiasa. Jalinkahlah perhubungan mereka dengan ikatan kasih sayang,
persefahaman, kebahagiaan dan belas ihsan.

Ya Allah Ya Tuhan Kami, Sesungguhnya pasangan yang diraikan dalam


walimatul’urus ini telah menunaikan salah satu suruhan junjungan besar Nabi
Muhammad s.a.w. dalam sabda baginda yang bermaksud: “Sejahtera ke atas
kamu yang memilih jalan pernikahan kerana kamu telah memilih untuk menutup
jalan maksiat”. Anugerahkanlah zuriat yang berkualiti dan warisan anak-pinak
yang banyak kepada mereka.

Ya Allah Ya Tuhan Kami, Sesungguhnya kami sedar betapa hebatnya hikmah


orang yang bernikah berbanding mereka yang hidup bujang dan betapa Islam
memuliakan mereka yang memilih jalan pernikahan daripada mereka yang masih
terdedah dengan pintu-pintu kemaksiatan. Dengan hanya satu lafaz agung, yang
haram menjadi halal, yang maksiat menjadi ibadah, yang keji menjadi suci terpuji.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,


Kami sedar bahawa engkau telah menyediakan jalan yang paling mudah untuk
menghalalkan cinta sepasang anak Adam ini. Bahagiakanlah pasangan ini
dahulu, kini dan selamanya. Engkau semaikanlah putik dan bunga-bunga kasih
yang mekar dalam mahligai pasangan ini. Jadikanlah pasangan ini merpati dua
sejoli yang berkongsi kasih, kehidupan dan segalanya. Engkau tegakkanlah pintu
ketenteraman dan kedamaian dalam kehidupan pasangan ini biar apapun badai
yang melanda. Ya Allah, engkau anugerahkanlah pepohon cinta yang
berpanjangan dan hubungan yang berkekalan dan semaikanlah bibit cinta
mereka keranaMu ya Allah. Kami merakamkan ucapan Barakallahulakum Wa
Baraka’Alaikum Wa Jama’a Bainakuma Fil Khair (Mudah-mudahan Allah
melimpahkan barakah kepada pasangan yang diraikan perkahwinan mereka hari
ini dan semoga Allah melimpahkan kebahagiaan ke atas mereka dan
mempertemukan mereka dalam kebaikan.

‫َالَّلُهَّم َيا َح َّناُن َيا َم َّناُن َيا َبِد ْيَع الَّسمـَو اِت َو اَألْر ِض َالَّلُهَّم اْج َع ْل َج ْم َع َنا َهَذ ا َج ْم ًعا‬
‫َم ْر ُح ْو ًم ا َو َتَفُّر َقَنا ِم ْن َبْع ِدِه َتَفُّر ًقا َم ْعُص ْو ًم ا َو َال َتْج َع ْل ِفْيَنا َو َال َم َع َنا َش ِقًّيا َو َال‬
‫َر َّبَنا َء اِتَنا ِفى الُّد ْنَيا َح َس َنًة َو ِفى ْاآلِخ َر ِة َح َس َنًة َو ِقَنا َع َذ اَب‬. ‫َم ْط ُر ْو ًدا َو َال َم ْح ُر ْو ًم ا‬
‫َر َّبنَا َظَلْم نَا‬. ‫ َو َأْد ِخ ْل َنا اْلَج َّنَة َم َع ْاَالْبَر اِر َيا َع ِز ْيُز َيا َغ َّفاُر َيا َر َّب اْل َع اَلِم ْي َن‬.‫الَّنار‬
‫َر َّبَنا َتَقَّبْل ِم َّنا ِإَّنَك َأْنَت‬. ‫َأْنُفَس َنا َو ِإْن َّلْم َتْغ ِفْر َلَنا َو َتْر َح ْم َنا َلَنُك ْو َنَّن ِم َن اْلَخ اِس ِر ْي َن‬
‫ َو َص َّلى اللهُ َع َلى َس ِّيِد َنا ُمَح َّمٍد‬. ‫الَّس ِم ْيُع اْلَعِلْيُم َو ُتْب َع َلْيَنا ِإَّنَك َأْنَت الَّتَّو اُب الَّر ِح ْيُم‬
. ‫َو َع َلى َء اِلِه َو َص ْح ِبِه َأْج َم ِع ْي َن َو اْل َح ْم ُد ِ للِه َر ِّب اْل َع اَلِم ْي َن‬

Anda mungkin juga menyukai