Anda di halaman 1dari 6

Nota Ulangkaji Peperiksaan Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) - Kemahiran bernilai tambah (KBT) merupakan kemahiran yang diperolehi

melalui aplikasi kemahiran generik, serta melalui aplikasi pendekatan, kaedah dan teknik tertentu dalam p&p di bilik darjah. KBT tersebut ialah: i. Kemahiran berfikir ii. Kemahiran belajar cara belajar iii. Kemahiran teknologi maklumat & komunikasi iv. Kajian masa depan v. Kecerdasan pelbagai vi. Pembelajaran konstruktivisme vii. Pembalajaran kontekstual Aspek2 penting dalam penyerapan KBT i. Kesesuaian KBT dengan objektif dan hasil pembelajaran ii. Bahan dan teknik untuk mengajar KBT. iii. Penyusunan langkah untuk mencapai hasil KBT iv. Peruntukkan masa bagi langkah utk menyerapkan jenis KBT v. Aspek penilaian formatif hasil pembelajan dan KBT Kemahiran belajar cara belajar (BCB) - Kem. Belajar cara belajar diajarkan supaya murid peka terhadap teknik pembelajaran yang berkesan. - Kem. Belajar yg perlu dikuasai ialah menentukan bhn yg optimum, pemerolehan maklumat dan memproses maklumat. - Penguasaan kem ini memblhkn murid meningkatkn pengetahuan, cekap bertindak dan mengamalkn pembelajarn seumur hidup. Objektif BCB i. ii. iii. iv. Meyediakan murid berupaya belajar sendiri tanpa guru Membolehkan murid menggunakan pengetahuan sedia ada, rakan dan bahan lain sebagai sumber pembelajaran Membolehkan murid membuat refleksi dan menilai tahap pembelajaran sendiri Membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ke situasi lain.

Kandungan BCB i. Kem mendengar ii. Kem membaca iii. Kem menulis iv. Kem mencatat nota v. Kem mengingat Aspek kemahiran belajar cara belajar: i. Kem mendengar secara aktif dan intensif ii. Kem merujuk iii. Kem membaca utk pemahaman dan bacaan pantas iv. Kem mencatat dan menulis pantas v. Kem menghasilkan laporan vi. Pengurusan masa dangaya pembelajaran vii. Strategi belajar dalam kumpulan. Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi - Bentuk penggunaan TMK

i. ii. iii. iv.

Pembelajaran tutorial Penerokaan Alat aplikasi Alat pemudah komunikasi

Pembelajaran konstuktivisme (Pendekatan) - Membina pemahaman dan pengetahuan baru secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sendiri. Pembelajaran konstuktivisme: i. menghubungkait merangsang rasa ingin tahu murid dengan member tugasan, mengemukakan soalan dan mencetuskan minat ii. meneroka memenuhi rasa ingin tahu melalui penyiasatan, pertanyaan, mengalakkan bekerja berkumpulan dan eksperimen iii. menerangkan menerangkan konsep, istilah, menyoal balas penerangan, meminta bukti dan alasan, penerangan. iv. Menghuraikan mengembangkan konsep dalam konteks lain. Membuat dan meneliti hubung kait konsep / topik dalam perkara lain, membuat hubungkaitan konsep / topik dengan situasi sebenar. v. Menilai menguji kefahaman murid, menunjukkan kefahaman atau pengetahuan murid dan mengemukakan soalan terbuka.

Menerusi prinsip pembelajaran konstruktivisme murid akan lebih yakin, seronok, kreatif untuk belajar serta menyediakan asas amalan pembelajaran sepanjang hayat. Teknik Bercerita. - Tujuan: i. Menarik minat murid ii. Mengekalkan perhatian iii. Membangkitkan rasa ingin tahu Ciri-ciri penting: i. Mencernakan daya kreatif dan imaginasi murid ii. Melatih murid dgn pelbagai kemahiran dan kecekapan bahasa kem. Lisan, kem mendengar dan kem. Bertutur. iii. Menggalakkan murid berkomunikasi dgn berkesan dari segi sebutan, nada intonasi dan ekspresi / memek muka iv. Memperluaskan pengalaman dan pengetahuan murid dalam pelbagai bidang yang berkaitan dengan kehidupan seharian v. Mengalakkan murid mendengar cerita secara kritis supaya lebih berfikiran matang dan berketrampilan. Prinsip penguasaan kemahiran bercerita. i. Memilih cerita yang sesuai ii. Menghafal isi-isi penting iii. Sediakan alat bantu mengajar iv. Kesediaan pelajar v. Murid boleh melihat dengan jelas wajah dan ekspresi guru vi. Mulakan cerita dengan suara yang menarik dan penuh emosi vii. Pandang terus ke muka murid secara bergilir-gilir viii. Pastikan suara jelas dan lantang ix. Kad-kad gambar dan perkataan digunakan untuk membantu murid memahami isi ceritaa dengan lebih jelas. x. Mengemukakan soalan semasa sesi bercerita kepada murid xi. Ayat dan perkataan mudah difahami xii. Disampaikan dengan gerak geri secara semulajadi xiii. Aktiviti susulan

Kesesuaian teknik bercerita Sesuai dengan: i. Kebolehan kanak-kanak ii. Masa tidak terlalu panjang iii. Ruang dan tempat iv. Suasana v. Persekitaran- tiada gangguan bising vi. Peralatan cerita vii. Bentuk dan jenis cerita viii. Kemampuan pencerita. Aktiviti bercerita: Kemahiran lisan i. Bahasa mudah ke abstrak, kosa kata baru / ungkapan di ulangulang ii. Suara jelas, iii. Sebutan jelas, tepat, kelajuan sesuai Kemahiran bukan lisan i. Mimik muka sesuai dengan emosi ii. Hubungan mata untuk menarik perhatian dan mengekalkan tumpuan iii. Bahasa badan gerak anggota untuk menjelaskan cerita dan tidak keterlaluan. iv. Paka dengan reaksi pendengar dn gangguan Prosedur menyediakan peralatan bercerita. i. Sesuai dengan cerita dan objektif P&P ii. Dibina daripada bahan yang mudah, murah, tahan lama iii. Warna yang terang, menarik dan meransang pancaindera iv. Melibatkan pelbagai deria. v. Tidak membahayakan kanak-kanak vi. Penggunaan bahan maujud dan sumber alam vii. Boleh dipelbagaikan kegunaannya viii. Mudah digunakan. Kemahiran menyoal: - kemahiran memperolehi maklumat dalam aktiviti p&p. digunakan untuk meransang tumpuan murid, mengingat pelajaran yang lepas, mencungkil pengetahuan sedia ada, pemahaman terhadap hasil pembelajaran dsb. Komponen kem. Menyoal - Pembentukkan soalan: i. jelas ii. tepat iii. ringkas Fokus tunggal i. soalan ditumpukan pada satu idea ii. soalan konvergen Fokus (Pelbagai) i. Soalan ditumpukan lebih daripada satu idea. ii. Soalan divergen Sebaran i. Ditaburkan kepada seluruh kelas

Hentian i. Beri masa murid fikirkan jawapan Melayan jawapan: i. Beri pujian ii. Lengkapkan jawapan iii. Baiki jawapan Memberi petunjuk jawapan i. Panduan dengan petunjuk jawapan Mencungkil fikiran i. Soalan bersiri / berangkai

Prinsip menyoal: i. Merancang soalan terlebih dahulu ii. Sesuai dengan peringkat umur iii. Soalan mengikut aras yang sesuai iv. Perkataan yang dgunakan hendaklah mudah difahami v. Beri peluang murid fikirkan jawapan vi. Soalan hendaklah diajukan kepada seluruh kelas. vii. Kemukakan soalan sebelum mengarah murid menjawab viii. Bentuk soalan boleh ubah ix. Soalan yang disampaikan adalah jelas dan nyata. x. Elakkan soalan yang mengikut urutan tempat duduk xi. Dorong murid memikirkan jawapannya. xii. Ringkas dan tepat. Kemahiran menggunakan papan tulis - Kemahiran ini memerlukan kecekapan guru merancang dan menyusun tulisan, nota dan gambarajah yang sesuai di papan tulis. Komponen2 penggunaan papan tulis: a) Kejelasan: i. Saiz tulisan yang sesuai ii. Tulisan yang kemas dan tepat iii. Gambarajah jelas dan ringkas. b) Susunan i. Penggunaan ruang untuk rajah dan tulisan ii. Susunan jelas dilihat seluruh kelas iii. Disusun dengan sistematik c) Penonjolan atau penekanan i. Penggunaan warna yang menarik dan sesuai ii. Penggunaan warna yang menawan d) Teknik persembahan i. Membentuk konsep yang jelas dan tepat ii. Memudahkan konsep yang kabur dan susah iii. Penglibatan murid dalam aktiviti pembelajaran iv. Menggunakannya pada masa yang sesuai

Kaedah Nahu Terjemahan kaedah klasik Tujuan: i. Membolehkan murid memahami nahu sesuatu bahasa dan juga melatih murid menulis menggunakan bahasa yang betul. ii. Membolehkan murid menterjemahkan bahasa asing ke bahasa natif dan sebaliknya. iii. Melengkapkan murid dengan perbendaharaan kata yang luas dan dapat digunakan dalam pemulisan. iv. Membolehkan murid membaca dan menterjemahkan makna yang dibaca ke bahasa ibunda dan menikmatinya. (fahami) Teknik mengajar: i. Pelajar diperkenalkan kepada undang-undang nahu dahulu. ii. Guru memberi penerangan kepada pelajar mengenai undang-undang ini dan kemudian memberi misalan. Undang-undang nahu perlu di hafal. iii. Pelajar diberi senarai perbendaharaan kata yang perlu dihafal. iv. Dalam pembelajaran bahasa kedua senarai perbendaharaan ini di pasangkan dengan makna dalam bahasa kedua. v. Pelajar kemudiannya membuat ayat-ayat dengan menggunakan senarai perbendaharaan kata itu berdasarkan undang2 yang dipelajari. Sifat2nya: i. Bersifar deduktif ii. Mementingkan bahasa tulisan daripada bahasa lisan Tujuan: i. ii. Memperkembangkan kebolehan membaca Membolehkan pelajar mempelajari bahasa kedua / asing tanpa terjemahan.

Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa Teori Huraian Bahasa Teori Struktural Teori Transformasi Generatif Teori Fungsional Teori Nahu Tradisional Teori Pemerolehan Bahasa Teori Bahaviorisme Teori Mentalis Teori Interaksionalisme Teori Kognitif

Jelaskan hubungan antara teori-teori di atas dengan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu? Kedua-dua teori ini boleh diaplikasika diantara satu sama lain untuk mencapai matlamat dan digunakan dalam aktiviti p&p bahasa Melayu. Jelaskan pengertian dan nyatakan contoh pengertian contoh Objektif/matlamat Pendekatan indukif Kaedah terus Teknik perbincangan

Strategi Pendekatan kaedah teknik

Perancangan Proses/melaksanakan Langkah2 Instrument/pengendalian

Bezakan antara pendekatan dan kaedah Pendekatan: i. Merujuk proses pengendalian pengajaran bahasa seluruhnya. ii. Harus bersandarkan sesuatu teori pengajaran dan pembelajaran bahasa iii. Pendekatan utama yang disarankan ialah pendekatan holistic @ menyeluruh. Pendeatan ini menekankan p&p yg berpusat kepada pelajar. iv. Guru berperanan sebagai pemudah cara. Pendekatan ini sesuai dengan perkembangan pendidikan semasa yg menekankan pembelajaran kendiri dan menyeluruh. v. Pendekatan ini juga bersifat fleksibel dan membolehkan guru menggabungjalinkan beberapa pendekatan lain seperti pendekatan komunikatif dan interaktif untuk mencapai p&p maksimum bagi setiap pelajar. Pendekatan Pembelajaran Bahasa i. Pembelajaran berasaskan projek ii. Pembelajaran berasaskan aktiviti iii. Pembelajaran berasaskan masalah iv. Pendekatan berpusatkan murid v. Pendekatan berpusatkan bahan vi. Pembelajaran berasaskan permainan Kaedah i. Kaedah ialah satu prosedur atau cara yang menyeluruh untuk mengajar sesuatu aspek bahasa yang bersesuaian dgn pendekatan dan objektif pengajaran ii. Tedapat 3 kaedah pengajaran yg utama: o Berpusatkan pelajar o Pengabungjalinan o Interaktif Apakah rasional pengajaran berpusatkan pelajar berdasarkan aras pembelajaran? Rasional: i. Tahap keupayaan murid berbeza-beza. ii. Murid yang cemerlang terus maju tanpa mengabaikan murid pencapaian rendah. iii. Membolehkan mereka berinteraksi dan menguasai kemahiran belajar melalui pengalaman sendiri. iv. Membina dan memantapkan keyakinan berbahasa melalui cara: o Mengambil bahagian secara aktif o Berinteraksi / berkomunikasi secara berkesan o Terlibat dalam teknik simulasi, projek, main peranan, penyelesaian masalah dan lain2 secara aktif. v. Mengurangkan penglibatan guru dlm p&p.