Anda di halaman 1dari 10

KERTAS KERJA

EXPLORING EXCEL

TARIKH

29 OKTOBER 2022

TEMPAT:

LAB CS1, FAKULTI SAINS KOMPUTER


DAN MATEMATIK, UiTM SHAH ALAM

ANJURAN:

KELAB MATEMATIK , KOLEJ PENGAJIAN


PENGKOMPUTERAN, INFORMATIK & MATEMATIK
(KPPIM), UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM)
1.0 PENGENALAN

Program Workshop Microsoft Excel + Python ini akan berlangsung pada hari Sabtu
29 Oktober 2022 yang akan bertempat di Lab CS1, Kolej Pengajian
Pengkomputeran, Informatik & matematik (KPPIM), UiTM Shah Alam. Program
ini terbuka kepada para pelajar Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik &
matematik (KPPIM) UiTM Shah Alam. Program ini merupakan kerjasama antara
Kelab Matematik (MathClub), Kelab Akademik Statistik (inStats) dengan kerjasama
syarikat Pymeche Technologies. Workshop Microsoft Excel + Python merupakan
aktiviti pembelajaran dua hala (two ways communications) dimana penceramah
daripada Pymeche Technologies akan menerangkan dahulu modul yang akan
digunakan sepanjang program ini. Seterusnya pelajar akan diberi tugasan ataupun
task untuk menguji kefahaman dan kecekapan pelajar dalam menggunakan
Microsoft Excel. Sepanjang proses ini, pelajar akan dibimbing oleh penceramah dan
fasilitator yang terlatih. Diakhir program ini, pelajar akan dibekalkan satu modul
atau aplikasi serta sijil oleh pihak Pymeche Technologies dimana ianya
memudahkan para pelajar untuk menggunakan kedua-dua perisian pada masa akan
datang. Melalui program ini, para pelajar FSKM khususnya mampu meguasai
pengguna Microsoft Excel dan Python dengan lebih baik dimana kedua-dua perisian
ini sangat digunakan didalam kelas mahupun di alam pekerjaan kelak.

2.0 ANJURAN
KELAB MATEMATIK, KOLEJ PENGAJIAN PENGKOMPUTERAN,
INFORMATIK & MATEMATIK (KPPIM), UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
(UITM).
3.0 MAKLUMAT PROGRAM

3.1 Objektif program


1. Memperkukuhkan kemahiran menggunakan Microsoft Excel dalam
kalangan pelajar KPPIM dan pelajar yang bakal melakukan Latihan
industri.
2. Membuka minda pelajar mengaplikasikan Microsoft Excel dan
Python dalam pengiraan dan visualisasi data (data visualization).
3. Mengajar pelajar untuk menguruskan jumlah data yang besar secara
berkesan.

3.2 Tarikh dan Tempat Program

Tarikh: 29 Oktober 2022

Platform: Lab CS1, Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik &

Matematik

3.3 Jenis Program

Bengkel kemahiran dan penguasaan Microsft Excel dan Python.

3.4 Jangkamasa Program

Program ini akan dianjurkan dari jam 9:30 pagi hingga 3:30 petang.

3.5 Bilangan Peserta

Bilangan peserta 30 orang yang terdiri daripada pelajar FSKM UiTM Shah
Alam
4.0 BAJET PROGRAM
Berikut merupakan bajet yang diperlukan bagi menjayakan program ini:

BIL PEKARA KUANTITI JUMLAH

1. Elaun Makanan 54 RM 324

Peserta dan AJK


Makan Tengahari
(RM6.00 × 49 orang)

Jamuan Makan (VIP)


(RM6.00 × 5 orang)

2. Cenderahati Penceramah dan fasilitator 3 RM100

3. Sijil Penghargaan AJK 16 FAKULTI

4. Sijil Penyertaan Peserta 30 FAKULTI

RM1924.00
5.0 TENTATIF PROGRAM

Program Workshop Microsoft Excel + Python

Tarikh: 29 Oktober 2022 (Sabtu)

Masa: 9:30pagi – 3:30petang

Tempat: Lab CS1, FSKM, UiTM Shah Alam

MASA AGENDA

9:00 pagi
Pendaftaran para pelajar

9:30 pagi Ketibaan pihak penceramah dan fasilitator dari


Pymeche Technologies.

10:00 pagi Taklimat ringkas daripada AJK program

10:15 pagi Sesi 1 bermula

1:15 petang Rehat. Makan Tengahari dan Solat Zuhur

2:15 petang Sesi 2 bermula

3:15 petang Tamat sesi pembelajaran. Penyampaian Cenderahati


dan Penutup

3:30 petang Bersurai


6.0 AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

PENGARAH NUR FATIHA ‘AMIRAH BINTI MOHAMED HAMZAH

Merancang perjalanan program agar berjalan dengan jayanya dan


memantau perjalanan program.

TIMBALAN AINA QAMARINA BINTI FAZIL


PENGARAH Membantu pengarah merancang perjalanan program agar berjalan
dengan jayanya.

SETIAUSAHA

Menyediakan laporan program dan surat menyurat

BENDAHARI

Menguruskan kewangan, pelarasan perbelanjaan dan jamuan

BIRO-BIRO

PROGRAM

Memastikan program berjalan dengan lancar.


Menyediakan gerak kerja program.
Memastikan bahan yang akan digunakan lengkap disediakan.

PROTOKOL
&
TEKNIKAL
Mengiringi tetamu jemputan kehormat sepanjang program berlangsung.
Menguruskan, menyediakan dan menyampaikan cenderahati kepada
tetamu diakhir program.
Memastikan para peserta berada dalam keadaan yang teratur.

PENDAFTARAN

Menyediakan Google Form pendaftaran untuk pelajar


Menyediakan WhatsApp Group untuk pelajar yang
berdaftar Menguruskan kehadiran pelajar pada hari
kejadian
Menyediakan Google Form penambahbaikan program

MULTIMEDIA
DAN PUBLISITI

Menyediakan poster dan banner mengenai program.


Merakam gambar aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program.

HADIAH DAN
SIJIL

Menyediakan cenderahati buat tetamu


Menyediakan sijil penyertaan dan penghargaan kepada para AJK dan
tetamu.

MAKANAN DAN
TUGAS-TUGAS
KHAS
Memastikan makanan disediakan pada masa yang ditetapkan. Memastikan
semua peserta dan ahli jawatankuasa mendapat makanan yang disediakan.
7.0 KESIMPULAN
Kami daripada Kelab Matematik berharap agar program Exploring Excel dapat
menambahkan pengetahuan para pelajar sekaligus dapat digunakan ilmunya pada masa
akan datang. Program ini diharapkan dapat berjalan dengan lancar agar objektif program
dapat dicapai. Sehubungan dengan itu, pihak AJK Program ini berharap agar kertas
kerja ini diberi pertimbangan dan kelulusan, bagi melancarkan program yang dapat
memberi manfaat dan faedah kepada semua pelajar.

Disediakan oleh,

..................................................................
NUR FATIHA ‘AMIRAH MOHAMED HAMZAH
Pengarah Program Exploring Excel
Tarikh : 13 SEPTEMBER 2022

Disemak oleh,

.............................................................
PUAN JAMILAH MOHD SHARIFF
Penasihat Kelab Matematik (MathClub)
Tarikh : 13 SEPTEMBER 2022

Disemak juga oleh,

.............................................................
DR. NOOR FADHILAH AHMAD RADI
Penasihat Kelab Akademik Statistik (inStats)
Tarikh : 13 SEPTEMBER 2022
Disokong oleh,

.................................................................
DR SUMARNI ABU BAKAR
Ketua Pusat Pengajian Matematik (PPM)
Tarikh : 13 SEPTEMBER 2022

Disokong juga oleh,

.................................................................
PROFESSOR MADYA DR. SAYANG MOHD DENI
Ketua Pusat Pengajian Statistik dan Sains Pemutusan
(PPSSP) Tarikh : 13 SEPTEMBER 2022

Anda mungkin juga menyukai