Anda di halaman 1dari 20

SENI LUKISAN KOLAM MASYARAKAT INDIA

Devi Thannimalai
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, Universiti Malaysia Sarawak, Malaysia

ABSTRAK

Tujuan utama kajian ini adalah untuk menyatakan bahawa kolam merupakan sebuah seni lukisan

masyarakat India. Masyarakat India selalu melukis kolam pada musim perayaan dan majlis.

Dalam kajian ini, pengkaji akan membincang maksud kolam, asal-usul kolam, adat melukis

kolam, kebaikan melukis kolam, jenia-jenis kolam dan sebagainya.Pengkaji juga mengenalpasti

kaedah promosi yang digunakan untuk memperkenalkan seni lukisan kolam di Kuching,Sarawak

dan mengkaji pandangan golongan yang berpengalaman tentang seni lukisan kolam di Kuching

serta menganalisis ciri-ciri yang terdapat pada seni lukisan kolam masyarakat India di Kuching,

Sarawak melalui kaedah temuramah. Pengkaji menemu bual dua belas informan yang

mempunyai pengalaman tentang seni lukisan kolam. Pengkaji mendapati seni lukisan kolam

memberi banyak kebaikan kepada manusia iaitu kekurangan tekanan perasaan terutamanya

golongan wanita, mengelakkan penyakit tulang belakang, meningkatkan daya pemikiran kreatif

dan kolam dapat membantu seseorang untuk mengetahui di rumah mereka terdapat kuasa jahat.

Pada masa yang sama, pengkaji mendapati masyarakat India terutamanya di Kuching, Sarawak

kurang mengetahui tentang kolam. Masyarakat India di Kuching, Sarawak melukis kolam

semasa musim perayaan dan majlis untuk kecantikan dan kehiasan.

Kata kunci: Maksud kolam, asal-usul kolam, kebaikan kolam dan jenis-jenis kolam

1
PENGENALAN

Masyarakat India mempunyai banyak kategori dalam seni lukisan. Kolam merupakan salah satu

kategori dalam seni lukisan. Bagi masyarakat India, kolam merupakan sesuatu keunikan yang di

bagi oleh tuhan. Mengikut kepercayaan masyarakat India dahulu, yang terdapat di dunia iaitu

manusia, binatang, alam sekeliling, alam semesta semuanya adalah seni lukisan kolam.

Di Malaysia, masyarakat India selalu melukis kolam dalam majlis perayaan seperti perayaan

Deepavali, Perayaan Ponggal, Perayaan Thaipusam, Perkahwinan dan sebagainya. Walaupun

kolam merupakan seni lukisan kepada masyarakat India tetapi ia tetap juga terkenal dalam

kalangan masyarakat yang lain di Malaysia. Selain itu, ia telah tertarik para pelancong dari luar

negara. Walaupun kolam merupakan sebuah seni lukisan masyarakat India tetapi keunikan dan

peranan kolam semakin hari semakin dilupai oleh generasi muda masyarakat India sekarang.

Bagi mereka, kolam adalah sejenis lukisan untuk hiasan tetapi mereka tidak tahu kolam

mempunyai maksud tersendiri dan mempunyai kuasa untuk menguasai alam sekeliling dan

sebagainya.

Sebagai warga Malaysia, kita harus memelihara dan memulihara keunikan seni lukisan kolam

supaya tidak ditelan oleh unsur budaya barat. Dengan cara memelihara kolam yang tradisional,

generasi muda yang akan datang dapat mengenali dan mempelajari kepentingan kolam. Jadi,

perkara ini memerlukan atau melibatkan sokongan daripada pelbagai pihak seperti media massa,

pihak kuil, persatuan bukan kerajaan, pihak kerajaan dan para usahawan yang mengusahakan

industri seni lukisan yang berkaitan kolam. Seni lukisan kolam yang tradisional ini penting untuk

pengetahuan generasi akan datang.

2
Oleh yang demikian, kertas kerja ini akan membincangkan asal-usul, kepentingan secara

keseluruhan mengekalkan seni lukisan kolam tradisional masyarakat India di Kuching, Sarawak.

Latar Belakang Kajian

1.1 Asal Usul Kolam

“Kolam is a traditional art of decorating courtyards, temples and prayer rooms in South India

drawn mainly by womenfolk. Some women use rice flour to draw a kolam, which is a traditional

medium to be used while others use limestone powder. During festivals and weddings, rice flour

paste is used instead of the flour” (Robinson, 2007).

Menurut puan Kalianni Mapilai Chetty, kolam adalah sebuah seni lukisan kepada masyarakat

India. Walaupun kolam merupakan seni lukisan, bagi masyarakat India kolam sudah menjadi

sebuah seni yang hidup dalam kehidupan harian mereka. Selain itu, kolam juga mempunyai

kuasa. Masyarakat India dahulu bukan sahaja lukis kolam dengan menggunakan beras di lantai,

malah mereka juga melukis kolam di badan, lantai, dinding, kain dan sebagainya.

Selain itu, masyarakat India dahulu memandang dunia dan benda-benda yang terdapat pada

dunia ini seperti manusia, binatang, bunga dan sebagainya serta alam semesta sebagai seni

lukisan kolam. Setiap perayaan masyarakat India wajip mempunyai kolam. Setiap perayaan

mempunyai kolam masing-masing. Kolam juga dilukis untuk sembayang tuhan.

Encik Y.S.Perumal menyatakan bahawa kolam wujud semasa dunia tercipta oleh tuhan Ibu

Dewi. Pada masa yang sama, masyarakat India selatan dahulu melukis kolam untuk tuhan

Matahari atau Surya Bhagawan untuk perayaan ponggal

3
Menurut Puan Rajeswari Kannan, mengikut kepercayaan golongan hare Krshna yang juga

merupakan golongan Brahmin, Tuhan Vishnu atau Krshna merupakan tuhan mahabesar, seni

lukisan kolam dicipta oleh tuhan Vishnu dan Isterinya tuhan Ibu Dewi Lakshmi. Selain itu, beliau

juga menyatakan bahawa hanya badan tuhan Krishna atau Krshna mempunyai corak kolam dan

tuhan Vishnu amat menyukai seni lukisan Kolam Serta sentiasa menari di atas kolam bersama

para isterinya.

Dalam catatan sejarah “seni lukisan kolam yang warna-warni telah wujud pada zaman tamadun

lembah Indus iaitu pada 2500SM. Dalam kitab Mahabharatha, para masyarakat gopi atau

“milkmaids” melukis kolam untuk melupakan kesakitan atau kesedihan yang mereka alami

apabila tuhan Krishna kesayangan mereka tiada di dalam dunia. Lama-kelamanya kolam yang

mereka lukis diseneraikan sebagai sebuah seni lukisan dan menjadi salah satu seni dalam 64

bentuk seni dalam Vatsyayana’s Kamasustra” (Penmai.com, 2015).

(Sumber: Google images)

4
1.2 Maksud Kolam Dilukis

Mengikut kepercayaan golongan Brahmin dan Chettiar, melukis kolam terdapat dua maksud

tersendiri. Maksud yang pertama adalah sebelum matahari terbit dan matahari terbenam, sebelum

mula menjalankan tanggungjawab, manusia harus memberi makanan kepada binatang dan

serangga. Oleh sebab itu, masyarakat India sebelum memulakan tugasan harian mereka untuk

hari tersebut, mereka memberi sedekah makanan dahulu melalui melukisa kolam yang

berasaskan beras atau tepung beras kepada binatang kecil dengan kepercayaan terhadap tuhan.

Jadi, puan Kalianni Mapilai Chetty menyatakan bahawa masyarakat India dahulu menganggap

melukis kolam di awal pagi adalah sebagai tanggungjawab mulia dan dapat berkat tuhan serta

menebus segala dosa manusia. Selain dapat restu daripada tuhan, dapat juga restu daripada

binatang yang makan kolam yang berasas beras dan tepung beras yang putih.

Maksud yang kedua adalah lukisan kolam dikaitkan dengan kehidupan manusia. Dalam lukisan

kolam terdapat banyak titik dan sukar lukis garis mengikut titik. Sebelum mula lukis kolam, kena

letak titik pertama dahulu sampai titik terakhir bentuk. Selepas itu, dari titik pertama mula lukis

garisan dan kena pandai dan lalui banyak sukar untuk lukis garisan di atas setiap titik sampai

garisan itu terakhir pada titik terakhir dan wujud bentuk kolam sempurna. Begitulah kehidupan

manusia.

Puan Kalianni Mapilai Chetty memberitahu bahawa dalam kehidupan manusia, dari lahir sampai

meninggal dunia, terdapat banyak kesusahan dan masalah serta halangan kejayaan macam titik,

sebagai manusia, kita harus mengharungi segala kesusahan dan masalah dengan sikap kesabaran

dan kepercayaan terhadap tuhan seperti garisan. Akhir sekali, kita dapat kejayaan dan hidup

bahagia seperti kesempurnaan bentuk kolam.

5
1.3Bahan-Bahan Yang Digunakan Untuk Melukis Kolam

Masyarakat India melukis kolam dengan menggunakan pelbagai jenis bahan. Melalui bahan

tersebut wujudlah pelbagai jenis kolam. Seni lukisan kolam juga berubah mengikut gaya hidup

masyarakat. Masyarakat India menggunakan beras, tepung beras, bunga kelapa, bunga, Pelita,

tepung gandum, kacang hijau,pasir dan tanah,batu batah (merah dan putih), cecair tepung, buah-

buahan dan sayur-sayuran dan sebagainya.

1.4 Jenis –Jenis Kolam

Masyarakat India juga mempunyai pelbagai jenis kolam dan setiap kolam mempunyai peranan

masing-masing. Antaranya, Jenis –jenis kolam untuk tuhan, Navagraha Kolam, Jenis-jenis

kolam untuk perayaan, Jenis-jenis Pulli Kolam, Jenis-jenis Ranggoli kolam, Jenis-jenis Kolam

untuk hiasan dan kecantikan.

1.5 Kebaikan Melukis Kolam

Terdapat beberapa kebaikan melukis kolam. Masyarakat India dahulu terutamanya masyarakat

India selatan dahulu bukan sahaja melukis kolam untuk menghias atau kecantikan hadapan

rumah atau dalaman rumah sahaja malah mereka melukis kolam berdasarkan perubatan,

psikologi, kemahiran dan sebagainya. Antaranya kebaikan adalah mengurangkan tekanan

perasaan, mengelakkan penyakit sakit tulang, mewujudkan pemikiran kreatif dan sebagainya.

6
1.6 Adat Dan Peraturan Melukis Kolam

Terdapat beberapa adat dan peraturan sebelum, semasa dan selepas melukis kolam. Peraturan

yang pertama adalah sebelum melukis kolam, pelukis kena bangun awal dan bersihkan diri

sendiri dahulu sebelum mula melukis kolam. Jadi, wanita harus bangun sebelum menerbit

matahari dan membersihkan rumah serta melukis kolam di hadapan rumah, tidak boleh memakai

kasut semasa melukis kolam, semasa melukis kolam wanita mesti mengikat atau sikat rambut

dan memakai pakaian sopan serta menutup aurat, mesti mempunyai fikiran baik dan ingat tuhan,

tidak boleh dipijak atau menjalan diatas kolam dan kolam yang berasaskan tepung, beras atau

kacang tiada boleh dilukis pada waktu malam atau selepas matahari terbenam.

PERMASALAHAN KAJIAN

1. Kebanyakkan masyarakat India terutamanya generasi muda tidak mengetahui asal usul

seni lukisan kolam.

2. Masyarakat India terutamanya golongan muda India sekarang kurang mengetahui adat

tradisional melukis kolam.

3. Terdapat pengaruh moden dalam seni lukisan kolam.

7
OBJEKTIF KAJIAN

Penyelidik akan mengenalpasti tiga objektif kajian semasa menjalankan kajian. Antaranya:

1. Mengenalpasti kaedah promosi yang digunakan untuk memperkenalkan seni

lukisan kolam di Kuching,Sarawak.

2. Mengkaji pandangan golongan yang berpengalaman tentang seni lukisan kolam di

Kuching.

3. Menganalisis ciri-ciri yang terdapat pada seni lukisan kolam masyarakat India di

Kuching, Sarawak.

SOROTAN KESUSASTERAAN

2.0 Maksud Kolam

Kolam adalah sebuah seni lukisan kepada masyarakat India. Perkataan kolam berasal daripada

perkataan bahasa Tamil yang bermaksud cantik. Masyarakat India selatan gemar melukis kolam

untuk memberi sedekah atau menderma makanan kepada binatang seperti semut,burung, tupai,

serangga dan sebagainya. Masyarakat India selalu melukis kolam di hadapan rumah, tapak

perniagaan, kuil, dinding bangunan dan sebagainya.

8
Menurut Nagarajan (2010), kolam adalah sebuah seni lukisan yang dicipta oleh wanita sebelum

memulakan melukis terutamanya masyarakat India selatan gemar melukis kolam. Kolam

merupakan sesuatu corak yang dilukis dalam rumah, pejabat, kuil dan sebagainya. Nagarajan

menyatakan bahawa untuk melukis kolam memerlukan masa dan tempat dan situasi dan

memastikan tiada kena tapak kaki manusia.

“Kolams are a symbol of auspiciousness. It is Hindu belief that that the geometrical patterns &

designs appliedwith rice flour at the entrance to a home, invites Goddess lakshmi into the

household, and drives away theevil spirits. It is mostly a South Indian tradition, practised widely

in Tamilnadu. Kolams are also applied dailyin the pooja room near the lamps” (India heritage,

(n.d)).

2.1 Corak Kolam

Selain melukis kolam di lantai, masyarakat India juga membuat corak kolam pada pakaian,

permaidani, Konkrit atau bangunan dan badan manusia yang dikenali Inai dan tatu.

2.2 Kolam Dalam Bentuk Punaran atau Yantra

Corak kolam terdapat pada Yantra atau punaran. Selain melukis kolam dengan menggunakan

beras, tepung beras dan sebagainya, masyarakat India juga membuat corak kolam dalam Yantra

atau Punaran. Yantra adalah sebuah logam yang mempunyai corak atau bentuk seni lukisan

kolam. Menurut kepercayaan Masyarakat India terutamanya golongan Brahmin atau iyer dan

golongan Chettiar, Yantra mempunyai kuasa untuk memusnah kuasa jahat dan membawa

kebaikan seperti kekayaan, kesihatan, pendidikan dan sebagainya.

9
Puan Kalianni Mapilai Chetty berpendapat bahawa,selain meletak yantra tuhan di dalam

bilik sembayang, masyarakat India juga meletak Yantra di hadapan pintu rumah ,di ruang

tetamu, di bilik tidur dan sebagainya untuk menghalang kuasa jahat datang atau masuk ke dalam

rumah. Beliau menyatakan lagi bahawa golongan pendeta juga membuat yantra untuk kekayaan,

pendidikan, menghalau dosa dan sebagainya. Yantra boleh mendapat dalam pelbagai bentuk

seperti lencana, rantai, loket dan sebagainya. Terdapat beberapa Yantra atau punaran yang sangat

terkenal dalam kalangan masyarakat India. Antaranya Sri Mahameru dan Sri Cakra, Sri

Sudarsana, Sri Salagramam dan sebagainya

2.3 Kolam dan punaran untuk Vastu atau Feng Shui

Masyarakat India mempunyai kolam dan punaran khas untuk Vastu atau Feng Shui yang dikenali

sebagai Sri Vaasthu Kolam atau Yantram (punaran). Mengikut kepercayaan masyarakat India

dahulu, Dewa Vaasthu merupakan salah seorang anak lelaki kepada tuhan Vishnu dan ketua

kepada Feng Shui atau Vastu. Masyarakat India Selalu sembayang Sri Vaasthu yantram atau

punaran berbanding melukis kolam di lantai.

Menurut puan Kalianni Mapilai Chetty, Sri Vaasthu yantram atau punaran hanya boleh

sembayang mengikut hari yang ditetapkan oleh Tamil kelander atau panjaangam, meletak

makanan vegetarian dan bunga, membaca gayathiri mantra dan sembayang. Sri Vaasthu yantram

atau punaran mempunyai kuasa membaiki feng shui rumah dan bangunan.

“Elevates all misfortunes in connection with construction of the house and renovation. It is a

good yantra for those who have not bought their own house. Having this yantra, one will be

blessed with a own house soon.” (Paramasivam, 2010).

10
2.4 Kolam untuk badan

Masyarakat India melukis kolam pada badan untuk kecantikan dan tanda sembayang.

Masyarakat India meletak nama tersendiri untuk melukis kolam pada badan manusia. Marudhani

(Inai), tatu, Tilaka dan Face Arts merupakan seni lukisan kolam yang dilukis pada badan.

2.5 Kolam Dalam Nasib Tilik

Dari dahulu hingga sekarang masyarakat India sangat mempercayai nasib tilik. Untuk setiap

majlis seperti hari kelahiran anak, majlis anak dara, majlis pengebumian dan sebagainya serta

urusan bekerjapun masyarakat India akan menengok nasib tilik. Masyarakat India memanggil

nasib tilik adalah Jothidam.

Menurut Ramayyanukar & Srinivasacari (1997), Jothidam merupakan sebuah ilmu yang diberi

oleh tuhan kepada manusia untuk mengetahui rahsia kehidupan manusia dan alam semesta dan

Nasib Tilik atau Jothidam merupakan salah bahagian daripada enam bahagian dari Veda. Mereka

memberitahu lagi bahawa beberapa maharishi atau tok mahaguru pada zaman masihi dengan

restu tuhan, mencipta nasib tilik atau jothidam kepada manusia. Pada pendapat mereka, Sri

Aagasthiya Mahamunivar atau tok mahaguru Sri Aagasthiya mencipta pelbagai jenis nasib tilik

untuk manusia. Olaichuvadi dan nasib tilik garisan tapak tangan merupakan nasib tilik yang

sangat popular dalam kalangan masyarakat India sekarang dan ketiga-tiga nasib tilik mempunyai

corak kolam dan mempunyai kuasa.

11
2.6 Bulan Khas untuk melukis seni lukisan Kolam

Selain itu, Puan Kalianni Mapilai Chetty dan Sivashree Shanmuga Karthik Desihar menyatakan

bahawa beberapa Mahariskhi atau tok mahaguru masyarakat India pada zaman dahulu mencipta

sebulan khas untuk seni lukisan kolam dan bulan bulan tersebut dikenali sebagai Margazhi atau

Marghali. Mengikut Tamil Kalendar, bulan tersebut adalah bulan Disember dan awal bulan

januari.

Menurut puan Kalianni Mapilai Chetty dan puan Rajeshwari Kannan, para anak dara dan wanita

yang berasal daripada golongan Chettiar dan golongan Brahmin yang berasal keturunan

Vaishnavism dan penganut tuhan Krshna mewajipkan mengamalkan sebulan puasa pada bulan

Margazhi atau Marghali untuk tuhan Krshna.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini membincangkan aspek-aspek penting yang berkaitan dengan metodologi kajian

berdasarkan kajian seni lukisan kolam masyarakat India. Aspek-aspek yang dibincangkan adalah

lokasi kajian, sumber data dan sebagainya. Dalam metodologi kajian, pengkaji akan

menggunakan beberapa kaedah tertentu untuk mengumpulkan maklumat kajian tentang seni

lukisan kolam masyarakat India di Kuching, Sarawak. Selain itu, pengkaji juga menjelaskan

mengenai instumen-instumen seperti digital kamera, perakam suara dan sebagainya yang akan

digunakan dalam kajian ini. Pengkaji menggunakan kaedah Kaedah Kualitatif dalam kajian ini.

12
DATA

Di dalam metodologi kajian, terdapat dua cara pengumpulan data yang telah digunakan dalam

kajian ini iaitu pengumpulan data primer dan juga kaedah pengumpulan data sekunder. Kaedah

yang pertama adalah kaedah primer. Kaedah primer terbahagi kepada dua kaedah iaitu kaedah

kuantitatif dan kaedah kualitatif. Kaedah primer ini sangat penting untuk pengkaji. Sebab, dalam

kajian seni lukisan kolam masyarakat India, pengkaji akan menggunakan kaedah kualitatif .

Kaedah yang kedua adalah kaedah sekundar. Kaedah sekundar adalah pilihan yang kedua untuk

membantu mendapatkan maklumat tambahan dalam membuat kajian. Contoh kaedah sekundar

adalah bahan pembacaan. Melalui Kaedah ini, pengkaji akan dapat maklumat tambahan sebagai

sokongan kajian tentang seni lukisan kolam masyarakat India.

Selain itu, Pengkaji telah menggunakan kaedah temu bual dengan beberapa pihak yang berkaitan

dengan seni lukisan kolam di Kuching, Sarawak dan negeri Pulau Pinang. Informan penyelidikan

ini terdari daripada dua belas orang yang mengetahui tentang seni lukisan kolam.Melalui kaedah

ini, pengkaji telah mengemukan beberapa soalan berkaitan asal usul kolam, kepentingan, ciri-ciri

yang terdapat pada seni lukisan kolam masyarakat India dan sebagainya kepada pihak tersebut.

Kesemua pendapat informan telah dikumpulkan sebagai sumber maklumat untuk membuat

kajian ini.

13
SENARAI NAMA INFORMAN

 PUAN KALIANNI MAPILAI CHETTY


 PUAN RAJESWARI KANNAN
 PUAN SARASWATHY
 PUAN FAUZIAH BEE MOHD SALLEH
 ENCIK SAHUNDARARAJU VENGADASALAM
 ENCIK SIVASHRI SHANMUGA ARUN KARTHIK DESIHAR
 ENCIK Y.S.PERUMAL
 ENCIK SANDHANASEGAR
 CIK SARA
 CIK SALLY ANAK DUKUL
 CIK CLUDIA ANAK RESTER
 CIK REBECCA ANAK BARINAU

ANALISA DAN DAPATAN KAJIAN

Pengkaji telah menggunakan kaedah kualitatif iaitu melalui temuramah dan pemerhatian bagi

memperoleh data atau maklumat yang dikehendaki oleh pengkaji. Pengkaji menemuramah

mereka yang terlibat dalam bidang agama dan adat tradisional masyarakat India dengan

menanyakan beberapa soalan yang berkaitan seni lukisan kolam masyarakat India di Kuching,

Sarawak dan kepentingan seni lukisan Kolam berdasarkan objektif kajian. Selain itu, pengkaji

juga mengkaji pandangan golongan yang yang berpengalaman tentang seni lukisan kolam di

Kuching.

14
Analisis data untuk objektif pertama pengkaji iaitu mengenalpasti kaedah Kaedah promosi yang

digunakan untuk memperkenalkan kolam di Kuching, Sarawak. Berdasarkan analisis data yang

memperoleh daripada hasil menemuramah dua belas informan untuk objektif kajian pertama

menyatakan bahawa mencipta atau menulis sebuah buku yang berkaitan kepentingan seni lukisan

kolam untuk generasi akan datang dan ia dapat membantu para pengkaji yang akan datang untuk

membuat penyelidikan tentang seni lukisan kolam secara dalaman.

Memandangkan golongan muda sekarang gemar menggunakan laman sesawang dan

menceburkan diri dalam teknologi yang baru, informan-informan juga mengalakkan mencipta

sebuah "application software" untuk komputer dan telefon bimbit yang mempunyai maklumat

tentang seni lukisan kolam dapat menarik minat golongan muda masyarakat India dan

masyarakat yang lain di Kuching, Sarawak terhadap mempelajari tentang seni lukisan kolam.

Sebagai contohnya, mencipta Marvel Apps yang berkaitan kepentingan kolam dalam telefon

bimbit.

Pada masa yang sama, informan-informan juga mengalakkan membuat pertandingan melukis

kolam bersama dengan pameran yang mempunyai maklumat kepentingan seni lukisan kolam di

tempat-tempat yang menjadi tumpuan orang ramai seperti Universiti, sekolah, shopping mall dan

sebagai untuk mendorong masyarakat India dan masyarakat yang lain di Kuching, Sarawak

mempelajari tentang kepentingan seni lukisan kolam untuk generasi akan datang.

15
Objektif kedua pengkaji juga tercapai iaitu mengkaji pandangan golongan yang berpengalaman

tentang seni lukisan kolam di Kuching. Pandangan yang pertama golongan yang berpengalaman

tentang seni lukisan kolam di Kuching yang pengkaji menemuramah adalah seni lukisan kolam

adalah sebuah seni yang berkaitan dengan pemberian sedekah atau derma makanan kepada

binatang seperti semut, tupai, rama-rama dan sebagainya.

Pandangan yang kedua informan-informan yang berpengalaman tentang seni lukisan kolam

adalah sebuah seni yang unik dan dapat menarik perhatian orang ramai dari segi warna dan

corak. Mereka juga menyatakan bahawa seni lukisan kolam dapat menenangkan fikiran manusia

dan mengurangkan tekanan perasaan manusia serta seni lukisan kolam juga mewujudkan

pemikiran yang kreatif dan meningkatkan daya penumpuan pemerhatian. Selain itu, pada

pendapat informan-informan juga seni lukisan kolam dapat mengeratkan perpanduan di antara

kaum dengan cara berkongsi idea dan memberi bekerjasama untuk menyempurna seni lukisan

kolam.

Objektif terakhir juga dicapai oleh pengkaji iaitu menganalisis ciri-ciri yang terdapat pada seni

lukisan kolam masyarakat India di Kuching, Sarawak. Menurut para informan, masyarakat India

di Kuching, Sarawak gemar melukis Ranggoli dan terdapat beberapa ciri pada seni lukisan

kolam. Ciri yang pertama yang diberitahu oleh para informan adalah boleh menggunakan

pelbagai jenis bahan seperti beras, tepung beras, tepung gandum dan sebagainya untuk

menghasilkan Ranggoli. Selain itu, mereka juga memberitahu bahawa Ranggoli mempunyai

pelbagai jenis warna dan corak serta cantik sehingga dapat menarik perhatian orang ramai.

16
Ciri yang seterusnya diberitahu oleh informan-informan adalah size untuk melukis Ranggoli

kolam adalah bebas dan boleh melukis mengikut kreativiti sendiri. Mereka menyatakan bahawa

seni lukisan kolam menunjukkan gambaran atau imej yang sebenar atau realiti kepada orang

ramai yang melihat serta ia juga menunjukkan sifat kesabaran pelukis yang melukis kolam.

CADANGAN DAN RUMUSAN KAJIAN

Oleh sebab masyarakat India dan masyarakat yang lain di Kuching, Sarawak kurang mengetahui

kepentingan seni lukisan Kolam, pengkaji akan memberi beberapa cadangan untuk

mempromosikan kepentingan seni lukisan kolam dalam kalangan masyarakat India dan

masyarakat yang lain di Kuching, Sarawak. Cadangan pertama adalah pengkaji mengalakkan

pembukaan muzium yang bernama “Indian heritage Culture” di Kuching, Sarawak yang

berkaitan adat tradisional masyarakat India atau pembukaan sebuah gelari yang khas untuk seni

lukisan kolam di Kuching, Sarawak.

Cadangan yang kedua adalah pengkaji mengalakkan Kementerian Pendidikan Malaysia harus

mengalakan mengajar para ahli pendidik seperti guru harus mengajar tentang kepentingan dan

keunikkan seni lukisan masyarakat India kepada pelajar-pelajar. Selain itu, Kementerian

Pendidikan Malaysia memastikan guru-guru masyarakat India harus mengetahui adat tradisional

masyarakat India terutamanya seni lukisan kolam dan mengalakkan mereka mengajar tentang

seni lukisan kolam kepada semua pelajar tanpa mengira bangsa. Selain itu, kerajaan juga boleh

memasuki seni lukisan kolam dalam program yang berkaitan seni lukisan dan budaya masyarakat

India di Universiti sebagai sebuah kursus.

17
Cadangan yang ketiga adalah persatuan-persatuan masyarakat India iaitu Indian Youth

Association Kuching, Yayasan Hindu Pelajar Kuching, Sarawak Hindu Sangam dan sebagainya

serta kuil-kuil yang terdapat di Kuching, Sarawak harus mempromosikan kepentingan seni

lukisan seperti pertandingan seni lukisan kolam, ceramah atau forum berkaitan kepentingan seni

lukisan kolam dan sebagainya.

Cadangan yang keempat adalah pengkaji mengalakkan sebuah penciptaan “Application”

komputer atau telefon bimbit yang berkaitan kepentingan seni lukisan kolam. Selain itu, pengkaji

juga mengalakkan penciptaan teknologi realiti maya yang mengandungi informasi tentang

kepentingan seni lukisan kolam.

Selain itu, pengkaji juga mengalakkan kerajaan Malaysia menjadikan atau mengiktirafkan seni

lukisan kolam masyarakat India di peringkat United Nations Educational, Scientific and Cultural

Organization (UNESCO) iaitu seluruh rakyat Malaysia melukis sebuah seni lukisan kolam

sangat besar dalam satu hari. Melalui cara tersebut juga tidak wujud perbezaan agama, kaum dan

sebagainya dalam kalangan masyarakat Malaysia serta ia juga menjadi sebuah panduan kepada

seluruh Negara iaitu semua agama dan manusia sama serta tidak ada perbezaan.

18
KESIMPULAN

Secara keseluruhan kajian seni lukisan kolam masyarakat India, pengkaji telah menerangkan

asal-usul seni lukisan kolam, kebaikan melukis kolam, jenis-jenis kolam dan sebagainya kepada

semua orang. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah kualitatif.

Semasa pengkaji melakukan kajian tentang seni lukisan kolam masyarakat India di Pulau Pinang

dan di Kuching, Sarawak, pengkaji mendapati tidak sumber bertulisan khas untuk seni lukisan

kolam dan tidak kajian lepas tentang seni lukisan kolam masyarakat India daripada para

penyelidik di Malaysia. Jadi, pengkaji mengumpul maklumat tentang seni lukisan kolam melalui

kaedah temubual.

Sebab tidak mempunyai sumber bertulisan khas tentang seni lukisan kolam , masyarakat India di

Malaysia terutamanya masyarakat India di Kuching, Sarawak tidak mengetahui pentingan seni

lukisan kolam secara dalaman dan mereka menganggap seni lukisan kolam sebagai tanda

kecantikkan dan hiasan untuk rumah, majlis dan musim perayaan. Selain itu, golongan muda

masyarakat India sekarang di Kuching, Sarawak, hanya melukis kolam pada musim perayaan

dan majlis seperti perkahwinan sahaja.

Oleh itu, pengkaji mengalakkan atau meminta sediakan payung sebelum hujan kepada

masyarakat India di Malaysia iaitu mula peranan mereka untuk memelihara kepentingan seni

lukisan kolam untuk generasi yang akan datang dan sekarang serta memastikan tidak ditelan oleh

zaman moden. Selain itu, pengkaji juga meminta masyarakat India mengamalkan pemikiran

terbuka dan memandang seni lukisan kolam sebagai sebuah seni lukisan yang universal.

19
RUJUKAN

Indian Heritage.(n.d.). Dicapai dari Hindu Gods & Goddesses:


http://www.saigan.com/heritage/gods/navagrhm.htm.

Dicapai dari http://www.teluguone.com/vanitha/mobile/mobile/content/beautiful-pongal-kolam--

70-11011.html.

Kolam and its significance in south India (2015).Dicapai Dari


http://www.penmai.com/forums/culture/15854kolamitssignificancesouthindia.Html.

Nagarajan, V. (2010). Raṅgolī and Kōlam. Dicapai 2014, dari Sahapedia: Sahapedia

Paramasivam. (2010). Paarrellaam Poodrum Sri Gokolashtami. Thungeesam, 4-5.

Paramasivam. (2005). MAHAGANAPATHY-PURANAM AND POOJAS. Selangor: Aboorvass.

Paramasivam. (2015, November). Purana stories relating to Deepavali. Sri Thungeesam, p. 22

Paramasivam. (2010). Gaayathri Manthirangalum Prayoga Ragasiyangalum. Selangor:


Aboorvass

Ramayyanukar & Srinivasacariyar. (1997). Kutumpa Jotitam. Chennai: The Little Flower
Company.

Robinson, T.(2007). Extended Pasting Scheme for Kolam Pattern Generation. Research Paper
Madras Christian College, 55-64.

Sumathisrini. (2013, March 17). Penmai.com. 2015, dari: "kolam" in "Spiritual Queries"forum.

http://www.penmai.com/forums/spiritual-queries/47837-kolam.html

T.Selva. (2007). VASTHU SASTRA GUIDE. Malaysia: Master Yuvaraj Sowma.

20

Anda mungkin juga menyukai