Anda di halaman 1dari 22

MTE3103 Geometri

Topik 1

Teselasi pada satah

1.1 Sinopsis

Topik ini merupakan permulaan pendedahan kepada kegunaan matematik dalam seni dan rekaan manusia. Ia merupakan satu bidang yang luas dan untuk bahagian ini, kita akan

bincangkan ciptaan untuk satah 2-Dimensi. Bahagian ini meliputi jenis-jenis teselasi, teselasi dan seni serta fraktal geometri.

1.2 Hasil Pembelajaran

1.

Menambahkan pengetahuan anda dalam konsep matematik yang berkaitan dengan geometri pada satah.

2.

Menghargai peranan geometri dalam seni dan rekaannya.

1.3

Kerangka Konseptual

Teselasi pada Satah


Jenis-jenis Teselasi

Teselasi dan Seni

Fraktal Geometri

MTE3103 Geometri

1.4

Teselasi

Teselasi adalah satu bentuk pola yang melitupi sesuatu permukaan sepenuhnya, dengan tiada celah di antara bentuk dan tanpa sebarang pertindihan bentuk (yang digunakan) berlaku.

Contoh teselasi yang paling asas termasuklah jubin di bilik air. Bentuk-bentuk teselasi yang lebih menarik termasuklah teselasi Islam berbentuk bintang dan teselasi ciptaan Escher yang akan dibincangkan kemudian.

Teselasi Islam Berbentuk Bintang

Teselasi Ciptaan Escher

MTE3103 Geometri

1.4.1

Jenis-Jenis Teselasi

Terdapat beberapa cara untuk mengkategorikan teselasi, termasuklah bilangan bentuk berlainan yang digunakan dalam satu-satu teselasi atau mengkategorikan telasi dari segi sama ada menggunakan poligon sekata (regular polygons), poligon separa sekata (Semi-regular polygons) atau poligon tidak sekata (Irregular polygons). Modul ini akan mengkategorikan teselasi berdasarkan bilangan bentuk berlainan yang digunakan.

1.4.1.1

Teselasi Berdasarkan Satu Bentuk Poligon

Kita mulakan dengan merujuk kepada bentuk paling ringkas teselasi pada satahbagi yang teselasi berdasarkan satu bentuk sahaja. Ia boleh dibahagikan kepada teselasi berdasarkan satu bentuk sekata dan satu bentuk tidak sekata.

Terdapat tiga jenis teselasi satu bentuk sekata sahaja dapat dihasilkan, iaitu asas segitiga sisi sama, segi empat sisi sama dan heksagon sisi sama.

Teselasi dengan segitiga sisi sama sebagai bentuk asas

Teselasi dengan segiempat sisi sama sebagai bentuk asas

Teselasi dengan heksagon sisi sama sebagai bentuk asas

MTE3103 Geometri

Berehat sebentar dan cuba renungi, mengapa hanya terdapat tiga bentuk sekata yang boleh membentuk teselasi?

Jika kita perhatikan dengan teliti, kita akan dapati setiap bucu dalam satu-satu teselasi haruslah kelihatan sama dan sekurang-kurangnya bertemu dengan tiga poligon. Apa itu bucu? Gambaran bagi bucu ditunjukkan seperti di bawah:

Bucu

Poligon adalah rajah pada satah dengan sekurang-kurang mengandungi tiga garis lurus yang bercantum, yang dikenali sebagai sisi. Untuk permukaan satah, jumlah sudut pada bucu haruslah berjumlah 360. Misalnya sudut dalaman bagi segitiga sisi sama ialah 60, terdapat 6 segitiga bertemu pada setiap bucu. membentuk teselasi. setiap bucu, teselasi. , maka segitiga boleh Pada

Bagi segiempat sisi sama, sudut dalaman adalah 90. .

Oleh itu, segiempat sekata juga boleh membentuk

Poligon sisi lima dikenali sebagai pentagon. Setiap sudut dalaman adalah 108, . Maka penggunaan pentagon sahaja tidak dapat membentuk teselasi.

Gabungan bagi tiga pentagon.

MTE3103 Geometri

Bagi poligon sisi enam pula, ia dikenali sebagai heksagon. heksagon sekata adalah 120. Pada setiap bucu,

Sudut dalaman bagi . Oleh itu

heksagon boleh membentuk teselasi.

Jika dilanjutkan kepada heptagon, yakni poligon dengan sisi tujuh, setiap sisi dalaman adalah 128.57. Apabila tiga heptagon bertemu pada satu bucu, Pertindahan akan berlaku; seperti rajah yang ditunjukkan di bawah:

Bagi poligon dengan bilangan sisi yang lebih banyak, pencantuman tiga poligon sekata yang sama pada satu bucu tanpa pertindihan adalah mustahil. Oleh yang demikian, hanya terdapat tiga bentuk poligon sekata yang boleh membentuk teselasi. Bagaimana pula dengan teselasi dengan bentuk tidak sekata?

Teselasi juga boleh dibentuk dengan menggunakan bentuk asas yang tidak sekata. Di sini disertakan beberapa contoh teselasi dengan bentuk asas yang tidak sekata:

Segiempat Tepat

Trapezium

MTE3103 Geometri

1.4.1.1

Teselasi Berdasarkan Dua atau Lebih Poligon Berlainan

Homogenus teselasi adalah teselasi yang menggunakan dua atau lebih poligon sekata yang akan membentuk teselasi dengan syarat, pada setiap bucu mempunyai bentuk yang sama. Homogenus teselasi juga dikenali sebagai teselasi poligon separa sekata (semi-regular polygons). Beberapa contoh teselasi poligon separa sekata adalah seperti berikut:

3.6.3.6

4.8.8

3.3.3.4.4

3.3.3.3.6

MTE3103 Geometri

Teselasi poligon separa sekata diberi nama atau simbol berdasarkan bilangan sisi poligon-poligon yang bertemu pada setiap bucu. Misalnya pada teselasi pertama,

terdapat dua heksagon dan dua segitiga yang bertemu pada setiap bucu. Heksagon mempunyai enam sisi dan segitiga mempunyai tiga sisi. Oleh itu, bila dibaca mengikut putaran, ia dibaca sebagai 3.6.3.6. Mungkin anda tertanya-tanya, mengapa ia tidak dibaca sebagai 6.3.6.3? Memang ada bahan bacaan yang meletakkan nama sebagai 6.3.6.3. Ianya tidak salah, tapi kita cuba meletakkan nombor yang kecil di hadapan. Tetapi jika anda meletakkan nombor 3.3.6.6, ia bukanlah nama bagi teselasi yang pertama itu, kerana ia haruslah dibaca mengikut susunan putaran.

Nama bagi teselasi separa sekata adalah penting untuk memastikan sama ada ia homogenus atau tidak. Terdapat juga teselasi yang terdiri daripada lebih sejenis poligon sekata tetapi dikategorikan sebagai teselasi tidak homogenus. Di bawah ini

menunjukkan satu teselasi yang tidak homogenus. teselasi homogenus dan tidak homogenus?

Bolehkah anda bezakan antara

Cuba luangkan masa setengah jam dan cari teselasi homogenus sebanyak yang anda boleh dengan mencantumkan segiempat sisi sama, segitiga sisi sama, pentagon sisi sama, heksagon sisi sama, heptagon sisi sama atau oktagon sisi sama. Selamat mencuba !

MTE3103 Geometri

1.5

Teselasi dan Seni

Jika kita kaitkan teselasi dengan seni, kita tidak dapat tidak menyentuh hasil seni yang telah dikembangkan oleh seorang artis terkenal Belanda yang dikenali sebagai M.C Escher (1898-1972). Terdapat beberapa hasil kerja M.C Escher yang mempunyai nilai matematik yang tinggi, termasuklah yang telah dicetak pada baju-T, buku, cawan dan jingsaw puzzle.

Salah satu pencetus Escher dalam memulakan rekaannya berlaku apabila dia melawat Alhambra, Sepanyol pada tahun 1922. Pada ketika itu, dia sedang meneliti jubin rekaan Moorish yang sangat menarik. Walau bagaimanapun, tidak seperti Moorish yang hanya mencipta jubin daripada bentuk geometri, Escher cuba mengubah idea Moorish dengan menggunakan bentuk yang menyerupai benda, binatang, burung dan sebagainya.

Baca bahan bacaan dari Reader: EscherGeometry meets art oleh B. Ansell, The Magic Mirror of M. C. Escher oleh B. Ernst dan M. C Escher at work oleh G.A. Escher.

Beberapa contoh hasil kerja M.C. Escher:

MTE3103 Geometri

1.5.1

Menghasilkan Teselasi Jenis-Escher

Pada bahagian ini, kita akan membincangkan dua cara termudah untuk membentuk teselasi Jenis-Escher. Walaupun prinsipnya kelihatan sangat mudah, tetapi anda harus sedar (daripada pembacaan anda sebelum ini) bahawa untuk menghasilkan teselasi yang berasaskan binatang adalah tidak mudah. Daripada artikel yang telah anda baca, Escher sebenarnya meluangkan banyak masa dalam proses menyelidik, melatih dan menggunakan rekaannya untuk membentuk teselasi.

1.5.1.1 Teselasi Berdasarkan Mengubah sisi Bertentangan yang Selari

Teknik ini melibatkan mengubah pada satu sisi dan seterusnya mengubah sisi bertentangan yang selari dengan perubahan yang serupa.

Teselasi ringkas yang berasaskan segiempat sisi sama.


9

MTE3103 Geometri

1.5.1.2

Teselasi Berdasarkan Putaran

Kita telah melihat hanya terdapat tiga jenis poligon sekata yang boleh membentuk teselasi, iaitu segitiga sisi sama, segiempat sisi sama dan heksagon sisi sama. Segiempat sisi sama dan heksagon boleh menggunakan teknik mengubah satu sisi dan seterusnya mengubah sisi bertentangan yang selari dengan perubahan yang serupa. Walau bagaimanapun, ini tidak dapat dilakukan untuk segitiga sisi sama kerana ia tidak mempunyai sisi bertentangan yang selari.

Namun demikian, kita boleh mengubah pada satu sisi dan mengubah sisi yang bersebelahan dengan bentuk yang sama dengan menggunakan teknik putaran. Teknik ini juga dilakukan untuk heksagon sekata.

Rajah di atas menunjukkan hasil ciptaan yang menggunakan bentuk asas segitiga dan teknik yang digunakan adalah mengubah pada satu sisi dan kemudiannya mengubah pada sisi yang bersebelahan dengan bentuk yang sama dengan menggunakan teknik putaran. Jika anda perhatikan dengan teliti, sisi yang ketiga dibentuk dengan mengubah separuh daripada sisi tersebut dan sisi yang telah dibentuk itu diputarkan pada titik tengah sisi tersebut. Dapatkah anda melihat bagaimana ia dibentuk? Bincangkan dalam kumpulan !

Cuba cipta satu teselasi jenis-Escher dengan menggunakan antara satu teknik yang dinyatakan di atas.

10

MTE3103 Geometri

1.6

Fraktal Geometri

Pernahkah

anda

membesarkan

sebahagian

daripada

mana-mana

gambar

dengan

menggunakan komputer?

Apabila gambar tersebut dibesarkan dengan skala yang tinggi Seorang ahli matematik, Benoit

daripada gambar asal, gambar tersebut kelihatan kabur. Mandelbrot (1924-

) menyatakan bahawa pembesaran sepatutnya membolehkan kita Pada tahun 1970-an, Mandelbrot

mendapatkan maklumat yang lebih jelas dan lengkap.

menemui satu cara yang membolehkan kita untuk mereka bentuk geometri dengan satu sifat khas: jika sebahagian daripada bentuk itu dibesarkan berulang, maka maklumat tambahan yang jelas dan lengkap akan diperolehi. Mandelbrot menamakan bentuk geometri yang berulang tanpa had ini sebagai fraktal.

Set Mandelbrot
11

MTE3103 Geometri

Benoit Mandelbrot dikenali sebagai bapa kepada Fraktal Geometri. Beliau bukanlah orang yang pertama yang mencipta fraktal, tetapi beliau merupakan orang pertama yang mengabung idea beberapa ahli matematik seperti Georg Cantor, Giuseppe Peano, Helge Von Koch, Waclaw Sierpinski dan Gaston Julia untuk membentuk jenis geometri yang baru. Mandelbrot juga mendapati bahawa kebanyakkan fraktal berkongsi sifat yang sama dalam alam semula jadi. Misalnya, pada daun pakis, bila kita bandingkan dengan keseluruhan daun pakis, ia

kelihatan hampir sama dari segi bentuk, cuma berbeza dari segi saiz.

Buat masa ini, fraktal tidak ada definisi yang dipersetujui secara umum. Walau bagaimanapun, fraktal bolehlah dinyatakan sebagai bentuk geometri yang mempunyai motif serupa-diri (selfsimilar motif) yang berulang tanpa had. Satu contoh motif serupa-diri ditunjukkan di bawah:

Motif Serupa Diri yang Ditunjukkan oleh Sierpinski Gasket

12

MTE3103 Geometri

Rekaan fraktal umumnya menggunakan proses lelaran (iterative), dengan hasil lelaran sangat menghampiri motif asalnya. Misalnya dalam pembinaan Koch Curve, cara pembinaan adalah seperti di bawah:

Tahap 0: Bermula dengan satu garis lurus. Garis lurus ini dikenali sebagai initiator.

Tahap 1: Garis lurus tersebut dibahagi kepada tiga bahagian yang sama. Pada bahagian tengah tersebut, satu segitiga sama sisi dilukis dan garis pada tapak dialihkan. Tahap ini dikenali sebagai generator.

Tahap 2: Gantikan setiap bentuk initiator dengan bentuk generator pada versi skala untuk membentuk tahap selanjutnya dalam Koch Curve. Panjang versi skala pada Untuk tahap

generator adalah sama dengan panjang garis yang digantikannya. seterusnya, tahap 2 diulang. Contoh (i): Koch Curve

Tahap 0:

Tahap 1:

13

MTE3103 Geometri

Tahap 2:

Contoh (ii): Sierpinski gasket

Tahap 0:

Tahap 1:

Tahap 2:

14

MTE3103 Geometri

Contoh (iii): Box Fractal

Tahap 0:

Tahap 1:

Tahap 2:

15

MTE3103 Geometri

Contoh (iv): Peano curve

Tahap 0:

Tahap 1:

Tahap 2:

Cuba dapatkan tahap 3 dan tahap 4 bagi semua contoh fraktal di atas.

16

MTE3103 Geometri

1.6.1

Fraktal Serupa-diri Tepat (Strictly Self-Similarity Fractals)

Semua fraktal menunjukkan motif serupa-diri dengan skala yang menyusut, walau bagaimanapun terdapat beberapa fraktal yang fraktal serupa-diri tepat, yang memenuhi definisi berikut. Definisi: Sesuatu fraktal dikatakan fraktal serupa-diri tepat jika sebarang bahagian pada fraktal itu merupakan replika bagi keseluruhan fraktal.

Contoh: Tentukan sama ada fraktal berikut adalah fraktal serupa-diri tepat. a. Koch snowflake. b. Koch curve

Penyelesaian: a. Koch snowflake adalah satu bentuk yang tertutup. Mana-mana bahagian yang diambil daripada Koch snowflake(misalnya yang dibulatkan) bukanlah satu bentuk yang tertutup. Maka Koch snowflake bukanlah fraktal serupa-diri tepat.

Bahagian yang dibulatkan bukan merupakan replika bagi manamana bahagian bagi snowflakes tersebut.

17

MTE3103 Geometri

b.

Dapat diperhatikan dengan jelas bahawa mana-mana bahagian pada Koch curve adalah replika bagi keseluruhan fraktal, Maka Koch curve adalah fraktal serupa-diri tepat.

Didapati bahawa mana-mana bahagian pada Koch curve adalah replika bagi seluruh Koch curve.

Tentukan sama ada Sierpinski Gasket dan Peano curve adalah fraktal serupa-diri tepat.

1.6.2

Nisbah Gantian (Replacement Ratio) dan Nisbah Skala (Scaling Ratio)

Dua bentuk kiraan yang boleh dilakukan terhadap fraktal ialah Nisbah Gantian dan Nisbah Skala. Makna bagi Nisbah Gantian dan Nisbah Skala: Jika generator bagi sesuatu fraktal mengandungi N replika bagi initiator, maka Nisbah Gantian bagi fraktal tersebut adalah N. Jika initiator bagi fraktal tersebut mempunyai r kali linear dimensi bagi replikanya pada generator, maka Nisbah Skalanya adalah r.

18

MTE3103 Geometri

Contoh:

(i) Koch Curve

Tahap 0:

Tahap 1:

(ii) Sierpinski Gasket

Tahap 0:

Tahap 1:

Cari nisbah gantian dan nisbah skala bagi (i) Koch Curve (ii) Sierpinski Gasket

Penyelesaian:

(i)

Pada generator mengandungi empat garis lurus, tetapi initiator mengandungi satu garis lurus. Maka nisbah gantian bagi Koch Curve ialah 4 : 1, atau 4.

Garis lurus pada initiator adalah tiga kali lebih panjang daripada replikanya pada generator. Maka nisbah skalanya ialah 3 : 1, atau 3.

19

MTE3103 Geometri

(ii)

Pada generator mengandungi tiga segitiga, tetapi initiator mengandungi satu setiga. Maka nisbah gantian bagi Sierpinski Gasket ialah 3 : 1, atau 3.

Segitiga pada initiator mempunyai kelebaran dua kali lebih panjang daripada segitiganya pada replika di generator. Maka nisbah skalanya ialah 2 : 1, atau 2.

Dapatkan nisbah gantian dan nisbah skala bagi a. Peano curve b. Box Fractal

1.6.3

Dimensi Keserupaan (Similarity Dimension)

Satu perwakilan yang dikenali sebagai dimensi keserupaan, D digunakan untuk menilai kemampatan fraktal serupa-diri tepat. Dimensi keserupaan, D bagi fraktal serupa-diri tepat diberi sebagai D= Dengan N sebagai Nisbah Gantian dan r sebagai Nisbah Skala.

Contoh: Cari dimensi keserupaan bagi, (i) Koch Curve (ii) Sierpinski Gasket

Penyelesaian:

(i)

Koch Curve adalah fraktal serupa-diri tepat, maka kita boleh mendapatkan dimensi keserupaannya. Daripada soalan sebelum ini, nisbah gantian bagi Koch Curve ialah 4 dan nisbah skalanya ialah 3. Maka dimensi keserupaannya adalah: D=

20

MTE3103 Geometri

(ii)

Daripada soalan sebelum ini, nisbah gantian bagi Sierpinski Gasket ialah 3 dan nisbah skalanya ialah 2. Maka dimensi keserupaannya adalah:

D=

Cari dimensi keserupaan bagi


a. Peano curve b. Box Fractal

1.6.3

Fraktal Geometri di Kehidupan Seharian

1.6.3.1

Fraktal pada Alam Semula Jadi

Sungai

Himpunan Awan

21

MTE3103 Geometri

Pancaran Kilat

Urat Daun

1.6.3.2

Fraktal pada Rekaan Manusia

Ba-Ili di Afrika

Menara Eiffel di Paris

Untuk mendapatkan pemahaman yang lebih, anda digalakkan untuk membuat pembacaan tambahan dan melayari internet untuk tajuk di atas. Pastinya anda akan berasa seronok, betapa menariknya mempelajari matematik! Selamat membaca! Ingatan: Sila pastikan semua bahan bacaan yang telah dicetak, termasuk nota dan penyelesaian soalan disimpan dengan baik di dalam portfolio anda.

22