Anda di halaman 1dari 25

SK SUNGAI KEM BATU 18, BINTULU

KERTAS KERJA
PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2023

TARIKH / HARI :

Pra Perkhemahan
25 Oktober 2023 & 1 November 2023
(Rabu)

Perkhemahan
3 & 4 Oktober 2023
(Jumaat & Sabtu)

TEMPAT :
Sk Sg Kem Batu 18, Bintulu
1. Nama Program
Perkhemahan Unit Beruniform 2023.

2. Pendahuluan
Perkhemahan unit beruniform adalah salah satu saluran pendidikan luar bilik darjah yang
amat berkesan dalam usaha menangani segala bentuk masalah gejala sosial.
Perkhemahan juga dapat mendidik murid-murid percaya kepada diri sendiri dan sedar akan
kemampuan diri. Melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan, mereka akan didedahkan dengan
suatu persekitaran baru. Ia juga memberikan satu rasa dengan menanam sifat keberanian
dan kepercayaan internal dan intrapersonal.

Pada tahun ini Persatuan Puteri Islam Malaysia (PPIM), Sekolah Kebangsaan Sungai Kem
Batu 18 diberi mandat untuk mengelolakan perkhemahan unit-unit beruniform yang
melibatkan murid tahap dua. Dengan semangat dan kepercayaan, adalah diharapkan
program ini akan mencapai objektifnya. Juga diharapkan agar perkhemahan ini akan dapat
memberikan peluang kepada murid-murid menonjolkan kemampuan diri mereka.
Disamping menimba pengalaman, perkhemahan ini nanti akan dapat mengeratkan tali
persaudaraan sesama murid dan juga guru-guru.

3. Matlamat
Antara matlamat program ini ialah seperti berikut:
i. Mengukuhkan ilmu pendidikan luar yang telah dipelajari serta berkongsi pengalaman
bersama-sama rakan dan jurulatih.
ii. Mengaplikasi teori-teori yang telah dipelajari di sekolah bersama-sama unit masing-
masing di dalam suasana perkhemahan sebenar.
iii. Membina keyakinan diri pelajar apabila berhadapan dengan situasi mencabar.
iv. Menanam sikap sukakan aktiviti luar sebagai suatu aktiviti yang berfaedah.
v. Menerapkan sikap hormat-menghormati sesama insan.
vi. Menanam sifat ingin berdikari dalam kehidupan seharian dan berfikiran matang.
4. Objektif
Pada akhir program diharap peserta akan :
1. Mencungkil dan menyerlahkan bakat kepimpinan masing-masing
2. Mempunyai sikap bertanggungjawab dan mengamalkan sikap kekeluargaan serta
kerjasama dalam ahli kumpulan.
3. Mempunyai ketahanan dari segi fizikal dan mental serta mempunyai sikap berdaya
saing dalam menempuh pelbagai cabaran kehidupan.
4. Mempunyai pengalaman berkaitan ikhtiar hidup di saat genting dalam kehidupan.

5. Sasaran
Seramai 60 orang peserta masing-masing daripada unit beruniform Persatuan Puteri Islam
Malaysia (PPIM), Tunas Puteri, Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM), Pengakap, Tunas
Pertahanan Awam(TUSPA) dan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS).

6. Jangkamasa
2 hari 1 malam

7. Tarikh& Hari
Pra Perkhemahan : 25 Oktober 2023 & 1 November 2023 (Rabu)
Perkhemahan : 3 hingga 4 Oktober 2023 (Jumaat hingga Sabtu)

8. Tempat
Padang SK Sg Kem Batu 18, Bintulu.

9. Sumbangan Pendaftaran
RM 15 seorang (Murid)
RM 15 seorang (Guru & AKP-termasuk guru & AKP yang tidak dapat hadir semasa hari
perkhemahan)
10. Anggaran Sumber Kewangan & Perbelanjaan

JUMLAH
BIL PERKARA JUMLAH SUMBER
KESELURUHAN
1 Makan dan minum 
 Sayap ayam 30KG (BBQ)  400.00
 Ayam 13 ekor (RM 15X 13)  195.00
 Pucuk ubi (6 ikat x RM6)  36.00
 Bunga Kantan  10.00
 Biskut coklat Khong Guan (RM10.50 X 8)  84.00
YURAN MURID DAN
 Biskut Ping Pong  50.00
GURU
 Kopi  10.00
 Teh  5.00
Murid
 Telur ayam Gred B (RM18.00 X 2 papan)  36.00 60 OrangxRM15=RM900
 Beras Cap Amoi (RM55.00 X 1)  55.00
Guru & AKP
 Minyak masak Saji 4KG  10.00
39 OrangxRM15=RM585
 Bawang besar 1KG  5.00
 Bawang merah kecil (RM13.00 X 2KG)  16.00 JUMLAH = RM1485

 Bawang putih (RM13.50 X 2KG)  17.00


 Halia  18.00
 Gula (RM4.80 X 5)  24.00
 Garam Halus (RM2.50 X 2)  5.00
 Kicap masin Adabi (RM6.50X 2)  13.00
 1002
Kicap manis Adabi (RM6.50 X 2)  13.00

2 Peralatan perkhemahan pelajar


 Kanvas 2 gulung 300.00
 Tali nylon 50.00
 Tali Ikatan 50.00
 Garam kasar & balerang 20.00 BANTUAN
 Air mineral (5 kotak x RM8) 40.00 KOKURIKULUM
 Arang 3 guni X RM 15.00 45.00 SEKOLAH
 Mancis (6 kotak x RM1) 6.00 (BKKS)
 Kain hitam (6 X RM4.50) 27.00
 Bateri Hailer 30.00 568

Hadiah / Cenderamata
3  Cenderahati Penyertaan BANTUAN
(Hamper UB X RM 50.00 300.00 KOKURIKULUM
 Piala Pertandingan 18 x RM35 630.00 SEKOLAH
 Piala Kepimpinan 2 org X RM 35.00 70.00 1000 (BKKS)
4 Sijil
 150 keping - SEKOLAH

JUMLAH BESAR 2570.00


11. Tentatif Program
Sila rujuk Lampiran 1

12. Jawatankuasa Pengelola dan PelaksanaPerkhemahan Unit Beruniform 2023


Sila rujuk Lampiran 2 dan 3

13. Bidang Tugas Jawatankuasa Pelaksana


Sila rujuk Lampiran 4

14. Senarai Nama Peserta Perkhemahan 2023


Sila rujuk Lampiran 5

15. Senarai Semak Peralatan Perkhemahan


Sila rujuk Lampiran 6

16. Senarai Semak Peralatan Peserta Perkhemahan


Sila rujuk Lampiran 7

17. Syarat Dan Peraturan Perkhemahan Unit Beruniform 2023


Sila rujuk Lampiran 8

18. Plan Sokongan


Sila rujuk Lampiran 9
19. Penutup
Adalah sangat diharapkan melalui program yang dirancang ini bakal melahirkan insan yang
berjiwa kental , bersih dan bersemangat serta mempunyai jati diri dan sifat ingin berdikari.
Selain itu, adalah diharapkan ianya berjaya dilaksanakan tanpa berlaku sebarang
kemalangan dan kecederaan.Dengan berakhirnya program ini kelak, segala bahan dan
pengalaman serta segala bentuk proses yang dilalui akan dapat dijadikan sumber rujukan
untuk individu atau kumpulan seterusnya merancang dan mengelola program seumpama
dengan lebih baik.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

__________________________ ________________________
(SITI ASMANI BINTI MUSTAPHA) (ALEX ZULKARNAEN BIN ABDULLAH)
Penyelaras, Penolong Kanan Ko-Kurikulum,
Perkhemahan Unit Beruniform 2023, SK Sg. Kem Batu 18, Bintulu
SK Sg. Kem Batu 18, Bintulu

Disahkan oleh,

___________________________________
(PAUL ANAK JARUM)
Guru Besar,
SK Sg. Kem Batu 18, Bintulu
LAMPIRAN 1
TENTATIF PROGRAM

PRA PERKHEMAHAN (25 Okt & 1 Nov 2023)

PERKARA TARIKH PENILAIAN MASA PENILAIAN


25 Oktober 2023
Cikgu Amanda 1.00 - 2.00 > Latihan
Bantu Mula Kecemasan (Rabu)
2.00 - 3.30 > Penilaian
1.00 - 2.00 > Latihan
1 November 2023
Tali Temali Cikgu Barry Nicholas 2.00 - 3.30 > Penilaian
(Rabu)
JUMAAT (3 NOV 2023)

MASA PERKARA/AKTIVITI TINDAKAN

0730 Cikgu Asmedia,


PENDAFTARAN PESERTA
0800 Cikgu Regina

0800 Kem Komandan 1&2/ Pen


TAKLIMAT KESELAMATAN
0830 Kem Kom/ Marshall Kem

0830 Kem Komandan 1&2/ Pen


ICE BREAKING
0930 Kem Kom/ Guru penasihat
UB masing-masing

0930 Guru Penasihat UB masing-


MENDIRIKAN KHEMAH
1030 masing

1030
REHAT Guru Penasihat UB
1100

1100 Cikgu Sebastine Anak


MEMBINA GADJET : PENILAIAN HARI SABTU
1200 Jampong, Urusetia

MAKAN TENGAHARI
1200 REHAT Guru Penasihat UB,
1400 SOLAT ZUHUR Cikgu Fenney
LATIHAN MALAM KEBUDAYAAN
1400 Cikgu Barry, Cikgu Zaarah,
KEMBARA RIMBA
1600 Cikgu Jacquelyn
REHAT
1600 Guru Penasihat,
MINUM PETANG
1700 Cikgu Fenney
SOLAT ASAR
Guru Penasihat UB masing-
0500
PERSEDIAAN MALAM PERSEMBAHAN masing
0600
SOLAT BERJEMAAH:
MANDI
0600 Ustaz/ Ustazah
MAKAN MALAM
0700 KEROHANIAN : Cikgu Lerin
SOLAT MAGHRIB
/Urusetia

1930 MALAM KEBUDAYAAN Cikgu Pauline, AJK


2200 BBQ Makanan,Urusetia

MINUM MALAM
2230 Guru Penasihat,
PENGURUSAN DIRI
2300 Cikgu Fenney
SOLAT ISYAK
2300
REHAT/ TIDUR MARSHALL KEM
0430

SABTU (4 NOV 2023)

MASA PERKARA/AKTIVITI TINDAKAN

0430
PENGURUSAN DIRI / SOLAT SUBUH MARSHALL CAMP
0600

0600 Kem Kom, Cikgu Nicholas,


ISTIADAT PAGI / SENAMAN / ZUMBA
0630 Urusetia

0630 Guru Penasihat,


SARAPAN PAGI
Majlis Penutupan Perkhemahan Unit Beruniform 2023
4 November 2023 (Sabtu)
2.00 Petang - 4.00 Petang
(bertempat di kawasan tapak perhimpunan)

1.30 tengahari : Para jemputan, guru dan murid mengambil tempat.

2.00 petang : Nyanyian lagu rasmi kebangsaan “Negaraku dan Ibu Pertiwiku”

2.30 petang : Bacaaan doa pembuka majlis oleh Al-fadil Ustaz Abdul Hadi

2.45 petang : Ucapan alu-aluan oleh Tn Guru Besar SK Sg Kem Batu 18,Encik Paul Anak Jarum

3.00 petang : Ucapan dan Penangguhan Perkhemahan Unit Beruniform tahun 2023 oleh Yang Dipertua PIBG , Puan
Cynthia Lanau.

: Penyampaian cenderamata kepada Yang Dipertua PIBG , Puan Cynthia Lanau dengan diiringi Guru
Besar, Cikgu Paul Anak Jarum.

3.15 petang : Penyampaian hadiah & Sijil oleh Puan Cynthia Lanau dengan diiringi Guru Besar, Cikgu Paul Anak
Jarum.

- Bantu Mula Kecemasan


- Ikatan
- Gadjet dan Khemah
- Kawad Statik
- Masakan Rimba
- Pertandingan Malam Kebudayaan
- Anugerah Kempimpinan kepada dua orang murid
- Cenderahati & Sijil Penyertaan Perkhemahan kepada setiap Unit Beruniform

3.45 petang : Penutupan


- Nyanyian Lagu Sekolah.
- Nyanyian lagu Fly Kenyalang Fly.

4.00 petang : Bersurai


LAMPIRAN 2 DAN 3
JAWATANKUASA PENGELOLA
PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM
2023

Penasihat
Cikgu Paul Anak Jarum (Guru Besar)

Pengerusi
Cikgu Alex Zulkarnaen Bin Abdullah (Penolong Kanan Kokurikulum)

Naib Pengerusi 1
Cikgu Rahanah Binti Bana (Penolong Kanan Pentadbiran)

Naib Pengerusi 2
Cikgu Jariah Binti Mohamad Dawi (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

Penyelaras 1
Cikgu Siti Asmani Binti Mustapha (Guru Penasihat Unit Beruniform Puteri Islam)

Setiausaha
Ustaz Abdul Hadi Bin Aziz

Bendahari 1
Cikgu Pauline Lok (Guru Penasihat Unit Beruniform PBSM)
JAWATANKUASA PELAKSANA
PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2023

1. Pendaftaran 7. Aktiviti
Cikgu Asmedia Livan Wan Cikgu Barry Nicholas
Cikgu Regina Umping Cikgu Jacquelyn Yusop
Cikgu Zaarah Binti Akip Ibrahim
2. Kem Komandan 1
Cikgu Nur Shafiqah 8. Makanan Dan Minuman
Kem Komandan 2 Pn. Dayang Aslinda Binti Asli (K)
Cikgu Mohd Razif bin Razani Pn. Banu Anak Ungka
Pn. Corina Anak Abok
3. Marshal Camp Pn. Dara Anak Sempurai
Cikgu Mohammad Zhafir Irsyad (K) Pn. Haslina Binti Ahmad
Cikgu Fenney Maliijah AK Jenali
4. Persediaan Tapak Khemah / Jungle Cikgu Jeniffer Anak Eddy
Trekking
En. Tinggie Anak Badang (K) 9. Kerohanian
En. Jamshari Bin Ayu Ustaz Narzuan B. Muji (Agama) (K)
Cikgu Sebastine Anak Jampong Cikgu Lerin Ungau (Moral) (K)
Ustaz Narzuan Bin Muji
10. Kebersihan
Cikgu Norezan Binti Raini
5. P.A Sistem/ Siaraya
Cikgu Siti Norlida Binti Ismail
Cikgu Larrison Leban (K)
Pekerja Pembersihan
Ustaz Narzuan B. Muji
11. Jemputan / Surat Menyurat 15. Jurugambar & Dokumentasi / Laporan
Pn. Arfah Binti Saibol (K) Ustaz Abdul Hadi bin Aziz
Pn. Ainquin Anak Kawen

12. Kecemasan 16. Peralatan


Cikgu Stephanie Milie Anak Sujie (K) En. Tinggie Anak Badang (K)
Cikgu Pauline Lok En. Jamshari Bin Ayu
Cikgu Larrison Leban
13. Keselamatan Semua Guru Lelaki
Cikgu Sebastine Anak Jampong (K)
Pengawal Keselamatan 17. Pengacara Majlis (Majlis penutupan)
Cikgu Siti Asmani Binti Mustapha
14. Hadiah Dan Sijil
Cikgu Rosita Anak Jantau (K) 18. Riadah / Sukan
Cikgu Suzy Anak Ling Cikgu Nicholas Kana Anak Thomas Tasing
Pn. Luin Anak Unjong
LAMPIRAN 4
BIDANG TUGAS JAWATANKUASA PELAKSANA
PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM
2023
Urusetia & Pendaftaran
1. Mengambil kedatangan peserta.
2. Memastikan murid mengisi borang kebenaran daripada ibu/bapa/penjaga sebelum
mengikuti program.
3. Memeriksa peralatan peribadi peserta selepas waktu pendaftaran untuk
memastikan tiada barang larangan/barang berbahaya dibawa oleh peserta.
4. Mengawal dan menyusun atur peserta sebelum peserta diambil alih oleh Kem
Komandan untuk arahan seterusnya.
5. Menyediakan tag nama bagi urusetia perkhemahan.

Kem Komandan
1. Menyampaikan syarat dan peraturan kepada peserta untuk mereka patuhi.
2. Memberi arahan kepada peserta untuk bertindak dan bergerak sepanjang tempoh
peserta di dalam kem.

‘Marshal Camp’
1. Menjaga masa pelaksanaan program.
2. Bertanggungjawab untuk mengurus masa makan, minum dan mandi.

Persediaan Tapak / Peralatan Perkhemahan


1. Mengenalpasti, menyenaraikan dan menyediakan kesemua peralatan yang
diperlukan untuk mendirikan khemah serta kesemua aktiviti pra-perkhemahan.
2. Memastikan tapak perkhemahan bebas daripada sebarang bahaya seperti dahan
pokok yang rekah, kaca pecah, paku atau apa-apa yang difikirkan boleh membawa
mudarat kepada peserta kem.
3. Memberi kerjasama dengan fasilitator untuk menyediakan alatan tambahan yang
diperlukan semasa mendirikan khemah dan semua aktiviti pra-perkhemahan.
4. Memastikan pencahayaan di tapak perkhemahan pada waktu malam mencukupi.
P.A Sistem
1. Memastikan kesemua peralatan berkaitan P.A sistem lengkap dan dapat berfungsi.
2. Menyediakan P.A sistem bagi majlis penutupan kem.
3. Bersiap sedia dengan ‘haeler’ bagi sebarang kemungkinan seperti terputus bekalan
elektrik.

Dokumentasi
1. Mengambil gambar sebagai bahan dokumentasi sepanjang tempoh kem
berlangsung.
2. Mencatat perkara-perkara penting yang berlaku dan serahkan kepada setiausaha
program untuk membuat laporan keseluruhan.

Jemputan & Surat Menyurat


1. Menyediakan draf surat makluman kepada ibu bapa, borang persetujuan/
kebenaran ibu bapa dan serahkan kepada penolong kanan HEM.
2. Mengeluarkan surat rasmi setelah draf diluluskan oleh Penolong Kanan HEM.
3. Mengagihkan kepada peserta yang terlibat dengan kadar yang segera.

Makanan & Minuman


1. Menyediakan makan dan minum kepada peserta seperti yang dijadualkan di dalam
tentatif program.

Kerohanian
1. Menyelia peserta muslim dan non-muslim untuk menunaikan solat / sembahyang
mengikut kepercayaan agama masing-masing.
2. Menyediakan pengisian rohani kepada peserta.

Riadah / Senaman
1. Merancang aktiviti riadah yang sesuai untuk peserta.
2. Memimpin dan mengawal peserta semasa beriadah.

Kebersihan
1. Memastikan tong / plastik sampah disediakan di kawasan perkhemahan.
2. Membersihkan kawasan sebaik kem tamat dan peserta bersurai. Pembersihan
meliputi tapak perkhemahan dan perkarangan makmal komputer.
Kecemasan
1. Memastikan ubat-ubatan di dalam kotak ‘First Aid Kit’ mencukupi.
2. Memastikan terdapat kenderaan khas untuk menghantar murid ke hospital
sekiranya terdapat sebarang kes kecemasan.
3. Sentiasa bersedia untuk memberikan rawatan sekiranya berlaku kecemasan atau
kemalangan kepada peserta.

Kawalan Malam / Keselamatan / Sentri


1. Memastikan terdapat penggiliran untuk berkawal sepanjang malam.
2. Mengira jumlah peserta setiap kali aktiviti dijalankan dan sebelum tidur.
3. Sentiasa bersedia untuk memberi pertolongan kepada peserta jika berlaku
sebarang kes.

Hadiah & Sijil


1. Menyediakan sijil penyertaan peserta dan sijil penghargaan untuk semua ahli
jawatankuasa kerja.
2. Menyediakan dan menguruskan hadiah bagi aktiviti yang dipertandingkan.

Pengacara Majlis
1. Mengacara majlis tepat pada masa.
2. Mengawal masa dan memastikan aturcara majlis dipatuhi seperti yang tertera di
dalam tentatif.

Aktiviti
1. Menjadi wakil setiap badan unit beruniform bagi merancang, mengurus dan
melaksanakan aktiviti.
2. Menjadi perantara antara penyelaras program dengan guru penasihat unit
beruniform serta peserta program bagi menyalurkan segala maklumat berkaitan
program.
LAMPIRAN 5
SENARAI NAMA PESERTA

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM


2023

BIL NAMA MURID JANTINA UNIT BERUNIFORM KELAS


1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
LAMPIRAN 6

SENARAI SEMAK PERALATAN


PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM
2023

Bil Item Keperluan Catatan


1 Lampu Picit 3 Tapak Khemah
2 Belerang 2 Tapak Khemah
3 Khemah/Iglu 11 Tapak Khemah
4 Tali Raffia 2 Gulung Tapak Khemah
5 Tali Besar 1 Gulung Tapak Khemah
6 Kanvas 2 Tapak Khemah
7 Pembesar Suara 1 Tapak Khemah
8 Lampu Kalimantang 1 Tapak Khemah
9 Wayar 1 Tapak Khemah
10 Mikrofon 1 Dewan Utama
11 Speaker 1 Dewan Utama
12 Kanopi 1 Pusat Sentri
13 Meja 2 Pusat Sentri
14 Loud Hailer 1 Pusat Sentri
15 Lampu Dan Wayar 1 Pusat Sentri
16 Kopi, Teh Dan Biskut Secukupnya Pusat Sentri
17 Water Heater 1 Pusat Sentri
18 Jug & Cawan 1 Set Pusat Sentri
19 Buku Log Laporan 1 Pusat Sentri
20 Parang 6 Keperluan Aktiviti
21 Tali Ikatan Tali Temali 1 Gulung Keperluan Aktiviti
22 Mass Tin 10 Set Keperluan Aktiviti
23 Mancis 1 Kotak Keperluan Aktiviti
24 Tali Jut 1 Gulung Saiz Kecil Keperluan Aktiviti
25 Kain Anduh 15 – 20 Helai Keperluan Aktiviti
26 Kon Besar 5 Keperluan Aktiviti
27 Telur 10 Biji Keperluan Aktiviti
28 Tepung 3 Kg Keperluan Aktiviti
29 Garam 1 Paket Kecil Keperluan Aktiviti
30 Gula 1 Kg Keperluan Aktiviti
31 Air Minuman Mineral 500 Ml 5 Kotak Keperluan Aktiviti
32 Peti Kecemasan 1 AJK Kecemasan
33 Kertas Sijil 1 AJK Hadiah & Sijil
34 Tali tag nama 10 Urusetia
LAMPIRAN 7
SENARAI SEMAK PERALATAN PESERTA

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM


2022

BIL ITEM KEPERLUAN CATATAN


1 Baju Uniform Persatuan 1
2 Kasut sukan 2
3 Stoking 2
4 Seluar Track 3
5 Baju T 3
Pakaian mandi, tuala, kain, pakaian dalam yang
6 Sekadar mencukupi
mencukupi
7 Lampu suluh 1
8 Pakaian sembahyang 1
9 Peralatan Tidur Sekadar mencukupi
10 Pinggan/mangkuk 1
11 Cawan/gelas 1
12 Sudu/garfu 1
13 Beg galas 1
14 Ubat-ubatan keperluan peribadi Sekadar mencukupi
LAMPIRAN 8
SYARAT DAN PERATURAN PESERTA
PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2023

1. Setiap peserta dikehendaki mematuhi ketepatan masa. Jika terdapat peserta yang ingkar
kepatuhan masa, semua ahli kumpulan akan diambil tindakan.
2. Setiap peserta diwajibkan mematuhi setiap arahan daripada kem komandan. Kegagalan
mematuhi arahan akan menyebabkan peserta atau semua ahli kumpulan di denda.
3. Semua peserta tidak dibenarkan keluar dari kawasan perkhemahan, kecuali atas
kebenaran pegawai bertugas.
4. Peserta tidak dibenarkan membawa apa-apa sahaja barang yang dilarang dan
merbahaya seperti pisau, mancis, rokok, telefon bimbitdan lain-lain.
5. Jika terdapat peserta melanggar peraturan kem, peserta tersebut akan dihantar kepada
lembaga disiplin sekolah untuk tindakan selanjutnya.
6. Sebarang pergaduhan/perkelahian semasa perkhemahan adalah dilarang sama sekali.
7. Setiap peserta dikehendaki bekerjasama dengan peserta yang lain.
8. Jika mendengar bunyi siren/wisel, peserta dikehendaki berkumpul ditapak perkhemahan
dalam masa 20 saat.
9. Setiap peserta bertanggungjawab terhadap keselamatan diri sendiri dan peserta lain.
10. Setiap kecemasan hendaklah dilaporkan kepada mana-mana pegawai bertugas dengan
kadar segera.
11. Sebarang perubahan peraturan perkhemahan akan diberitahu dari masa ke semasa.
LAMPIRAN 9
PELAN SOKONGAN
NO /
PERKAR PELAN A PELAN B
A
KELAS TAHUN 4,5,6 (SEKIRANYA
1. TAPAK PERKHEMAHAN : PADANG
HUJAN)
TEPI DEWAN TERBUKA (SEKIRANYA
2. MASAKKAN ALA RIMBA
HUJAN)
MURID MENJALANKAN LATIHAN
3. KEMBARA RIMBA MALAM KEBUDAYAAN (SEKIRANYA
HUJAN)
4. GURU CRK/CRT URUSETIA
PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2023
FORMAT PERTANDINGAN KAWAD KAKI

TEMPAT
MASUK KELUAR
BERKAWAD

UB UB UB UB UB UB

TARIKH PERTANDINGAN : 4 NOVEMBER 2023 (SABTU)


BILANGAN PESERTA : 10 Orang bagi setiap unit beruniform
PENYELARAS : Semua guru penasihat unit beruniform
TEMPAT : Dewan Terbuka
JURI : Cikgu Nicholas Kana Anak Thomas Tasing
PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2023
FORMAT PERTANDINGAN PERTOLONGAN CEMAS

TARIKH PERTANDINGAN : 25 Oktober 2023 (RABU)


BILANGAN PESERTA : 3 Orang bagi setiap unit beruniform
PENYELARAS : Cikgu Pauline Lok & Semua guru penasihat unit beruniform
TEMPAT : Makmal Komputer
JURI : Cikgu Amanda Laus Anak Justin Agas

PENILAIAN
1. Para peserta diuji dari segi enam perkara iaitu:
a. Balutan di tangan
b. Balutan sekiranya patah kaki.
c. Mencuci luka akibat terbuka/tercalar
d. Satu soalan kuiz berkenaan rawatan kecemasan mengikut situasi.
2. Semua demonstrasi dilakukan di hadapan juri.

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2022


FORMAT PERTANDINGAN MALAM KEBUDAYAAN

TARIKH PERTANDINGAN: 3 November 2023


BILANGAN PESERTA : 10 orang bagi setiap unit beruniform
PENYELARAS : Cikgu Pauline, Semua guru penasihat unit beruniform
TEMPAT : Dewan Terbuka
PENGACARA MAJLIS : Ustaz Hadi & Cikgu Fenney
JURI : Cikgu Paul Anak Jarum (GB), Cikgu Rahanah (PK1)
TEMA : Retro

PENILAIAN
1. Kesemua unit beruniform akan mempersembahkan satu persembahan berdasarkan tema
‘Retro’
2. Setiap unit beruniform diberi masa 15 minit untuk membuat persembahan masing-masing.
PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2023
FORMAT PERTANDINGAN MASAKAN RIMBA

TARIKH PERTANDINGAN: 4 November 2023 (Sabtu)


BILANGAN PESERTA : 3 orang bagi setiap unit beruniform
PENYELARAS : Cikgu Amanda Laus Anak Justin Agas
Semua guru penasihat unit beruniform
TEMPAT : Sekitar kawasan perkhemahan
JURI : YDP PIBG

PENILAIAN
1. Semua peserta akan diberikan bahan asas membuat pansuh.
2. Setiap unit beruniform dikehendaki menyediakan pansuh ayam.
3. Masa diberikan untuk menyediakan makanan ialah selama 2 jam.

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2023


FORMAT PERTANDINGAN TALI-TEMALI

TARIKH PERTANDINGAN: 1 November 2023 (Rabu)


BILANGAN PESERTA : 3 orang bagi setiap unit beruniform
PENYELARAS : Cikgu Larrison Anak Leban & Semua guru penasihat unit beruniform
TEMPAT : Dewan Terbuka
JURI : Cikgu Barry Nicholas

PENILAIAN
1. Peserta diuji dengan lima jenis ikatan iaitu:
a. Simpul bunga geti
b. Ikatan seraya
c. Buku sila
d. Lilit balak
e. Tindih kasih
2. Semua demonstrasi ikatan dilakukan di hadapan juri.
PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2023
FORMAT PERTANDINGAN GAJET

TARIKH PERTANDINGAN: 4 November 2023 (Sabtu)


BILANGAN PESERTA : 3 orang bagi setiap unit beruniform (Pembentang)
PENYELARAS : Cikgu Sebastine Anak Jampong
Semua guru penasihat unit beruniform
TEMPAT : Di dalam kawasan tapak perkhemahan unit beruniform masing-
masing
JURI : Cikgu Jariah binti Mohamad Dawi (PK HEM)
Cikgu Alex Zulkarnain bin Abdullah (PK KO)
PENILAIAN
1. Peserta akan diberikan tali dan juga buluh.
2. Semua unit beruniform dikehendaki mencipta satu gajet sekurang-kurangnya satu bagi
setiap kategori berikut:
a. Dapur
b. Rak kasut
c. Rak meletak barang
3. Para peserta dikehendaki mencipta gajet dengan kesemua ahli pada unit beruniform
masing-masing.
4. Hanya 3 orang peserta sahaja dibenarkan untuk membentangkan jenis ikatan, fungsi atau
segala perkara berkaitan dengan gajet yang dicipta kepada juri.

Anda mungkin juga menyukai